Rabu, 17 Julai 2013

GERAKAN TERAJANG NAJIB SEKARANG MAKIN AKTIF






MUKA NAJIB DI PIJAK
KENAPA TAK AMBIL
TINDAKAN?

KOMENTAR TUKAR TIUB
dibawah ada dua tulisan
yang dirterbitkan oleh the malaysian insider

dua dua tulisan ini mengkritik najib dengan hebat
malah bukan hanya mengkritik
dua tulisan ini menibai najib

tidak cukup dengan kritik dan tibai
tulisan ini menghina najib 
bukan hanya menghina najib sebagai perdana menteri
malah menghina najib sebagai jantan bodoh
malah menghina ah gib gor

apa sebenarnya semua ini?

semua ini adalah persediaan untuk menerajang najib
united malays national organisation  dari segi sejarah
sebagai sebuah pertubuhan tidak akan menerima
presiden parti yang membawa kalah dalam pilihan raya

tunku kena tendang kerana kalah
pak lah kena tendang kerana kalah
mat najib?

pencapaian mat najib lagi rendah
lagi corot 
lagi banyak kerusi hilang
lagi banyak terburai
lagi banyak terbarai
dari apa yang di menangi oleh  tunku 
darai yang dimenangi oleh  pak lah

tidak dapat tidak najib akan diminta berundur
tidaka dapat tidak rosmah mansor akan diminta berundur
jika tidak?

jika tidak muhyidddin akan mara
jika tidak zahid akan mara
bayangkan tim muhyiddin-zahid? 

NOTA
bagaimana dengan ku li
ku li akan lawan ke?
ku li ialah calon tetap presiden
yang tak menang menang
kah kah kah

MUKA NAJIB KENA KASUT
KENAPA TAK AMBIL
TINDAKAN

Siapa yang dekati pope nasihatilah wakil beliau - A Kadir Jasin
Siapa Beria-ia Jalin Hubungan Dengan Vatican?
Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011?
Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.”
Penghinaan terhadap umat Islam salah Najib - Shahbudin Husin
Mengenai komen Duta Vatican City mengenai kalimah Allah, tidak perlu berselindung juga ia adalah salah dan silap Najib sendiri. Dalam usaha Najib menunjukkan keterbukaan dan sikap liberalnya terhadap agama Kristian sambil mengharapkan pengundi Kristian terutama di Sabah dan Sarawak terus menyokong kerajaan, beliau mengadakan lawatan ke Vatican City pada Julai 2011.
Dalam lawatan itu beliau mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan Pope Benedict, kononnya untuk kepentingan dan kerjasama antara Islam dan Kristian, yang kemudian disusuli dengan persetujuan negara terkecil dalam dunia itu membuka kedutaannya di negara kita.

HARI MALAPETAKA 
31 OGOS AKAN  SAMPAI
ANAK ANK MUDA
BERSEDIA DENGAN
 BENDERA RAKYAT

------

CARI ORANG INI SAMPAI DAPAT




KOMENTAR TUKAR TIUB
orang ini wajib dicari sampai dapat
orang ini wajib di dakwa

kenapa mat ba ku teh di dakwa
kenapa minah ba ku teh di dakwa

kenapa mohamad saleh ini tidak di dakwa

orang ini bukan sahaja  menghina agam islam
orang ini juga menghina agama kristian
ornag ini juga menghina agama hindu
orang ini juga menghina agama konfusius
orang ini juga menghina semua agama

orang ini juga menghina perlembagaan malaysia
orang ini menghina 28 juta rakyat malaysia

orang ini menipu
untuk memenangkan united malays national organistaion

Siapa Mohamed Salleh?
Pencarian siapa Mohamed Salleh Mohamed Ali bermula apabila nama itu diumumkan di Parlimen oleh pembangkang sebagai pembekal dakwat kekal kontroversi yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Setakat ini, semakan mendedahkan: beliau adalah ahli perniagaan berumur 47 tahun dan menguruskan syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di Shah Alam.
Tiada respon apabila panggilan telefon dibuat ke pejabatnya petang semalam
Semakan juga mendapati Mohamed Salleh mempunyai 11 saman yang belum dibayar dan kenderaan digunakan untuk kesalahan adalah Porsche Cayenne dan Toyota Alphard.
Ahli perniagaan ini menjadi terkenal dalam sekelip mata semalam apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu Parlimen beliau adalah pembekal dakwat kekal.
Pengarah Strategi PKR itu juga mendakwa Mohamed Salleh rapat dengan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

CARI SAMPAI DAPAT
NAK AJAK
MAKAN KENDURI
--------

BERITA DARI KUALA BESUT





 MB T'ganu: Wakil rakyat Umno berhak dapat tanah
  • dikemaskini Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri tidak akan menarik balik tanah yang dianugerahkan kepada empat orang pemimpin Umno Besut untuk menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI LAH TANDA MANUSIA YANG JUJUR.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA MEROMPAK ....JUJUR MENGAKU MEROMPAK... kah kah kah..

kah kah kah...BILA  MENIPU .. JUJUR MENGAKU MENIPU... kah kah kah...

kah kah kah... MEMANG INILAH CONTOH PEMIMPIM UMMAH... kah kah kahj

kah kah kah.,..BUKAN MACAM NAJIB.....kah kah kah..

kjah kah kah...ENTOT ALTANTUYA....  KEMUDIAN BUNUH... kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS TU  MENGAKU  TAK KENAl SIAPA ALTANTUYA... kah kah kah...




BERITA TERKINI DARI KUALA BESUT
polis trafik berlagak dengan motor besar
mengiring orang jahat di kuala besut
telah melanggar  pintu pagar sekolah kebangsaan alor peroi

terbaik kerana kroni dapat projek
buat  pagar sekolah

dan malikul sembab boleh 
buat pelancaran beri dana
kah kah kah


------

TAMAROD KEMPEN TANDA TANGAN







 KEMPEN TANDA TANGAN



 GARIS POLITIK ANAK MUDA
“ Saya, yang menandatangi ini dengan penuh kesedaran adalah ahli Perhimpunan Nasional untuk Rakyat Mesir, dengan ini mengumumkan  tidak lagi percaya kepada Presiden Republik, Dr.Mohamed Morsi Isa al-Ayyat, dan meminta diadakan pilihan raya presiden sacepat mungkin. Saya berpegang tegoh dengan garis revolusi. Berusaha  untuk menjayakan revolusi. Akan menyebarkan garis revolusi kepada orang ramai.  Ini bertujuan  untuk mendirikan sebuah masyarakat yang bermaruah, adil dan merdeka. “

Dengan ayat-ayat ini anak-anak muda Mesir telah memulakan kempen tanda tangan untuk menuntut Presiden Morsi letak jawatan. Kempen ini berpayung dibawah kumpulan  yang memanggil diri mereka TAMAROD atau MELAWAN atau BERONTAK.  

Minggu lalu saya telah cuba menerangkan latar tentang apa yang sedang berlaku di Mesir.  Masyarakat dunia telah menerima hakikat bahawa telah berlaku rampasan kuasa di Mesir. Kutukan demi kutukan telah diterima. Presiden Morsi telah  dan masih ditahan oleh tentera. Kerajaan sementara telah ditubuhkan. Satu Perlembagaan baru sedang dibuat. Pilihanraya Presiden dijanjikan akan dijalankan sacepat mungkin. Tentera berjanji  akan mengundur.

Ketika saya menulis ini kumpulan penyokong Morsi masih lagi berhimpun di sekitar Masjid Rabiah Al-Asdawiyah. Dalam masa yang sama berpuluh ribu anak muda Tamarod masih juga berhimpun di Dataran Tahrir.

Jumlah warga Mesir yang gugur terus bertambah. Ada yang menjadi mangsa soldadu. Ada yang terbunuh dalam pergaduhan antara penyokong dan penentang Morsi. Hakikatnya keadaan politik Mesir dan ekonomi Mesir masih belum stabil. Suasana masih cair dan tegang. Bulan puasa ini disambut oleh warga Mesir dengan penuh  tidak ketentuan. Ditambah pula dengan melonjaknya harga bahan makanan.

Pada hemat saya, bukan satu yang senang untuk memahami apa yang berlaku di Mesir. Negara ini adalah salah sebuah negara tertua yang penuh dengan sejarah. Mesir – saperti China dan India – adalah salah sebuah negara  membawa tamadun  dan pencerahan kepada umat manusia.

Mesir selain dari memperkenalkan  beer  dan alkohol telah juga  memperkenalkan kosep Tuhan dan konsep Yang Maha Esa kepada umat manusia. Ribuan tahun dahulu tamadun ini telah  diperintah oleh  Firaun, telah diperintah oleh Raja, pernah di jajah oleh  Rome Kuno, Napolen pada tahun 1798 datang menaklok Mesir.  British, Itali dan Peranchis – kuasa imperialis Barat ini – semuanya pernah menjadi tuan kepada Mesir.

Politik Mesir moden bermula dengan Revolusi 1952 apabila soldadu  merampas kuasa dari Raja. Kumpulan tentera yang memanggil diri  mereka Free Officers Movement telah  menghalau Raja Farouk dari bumi Mesir. Rampasan kuasa tentera ini telah melahirkan  Republik Arab  Mesir.

Gamal Abdel  Nasser menjadi presiden kedua pada tahun 1956. Nasser  sama saperti Presiden Sukarno adalah kaum nasionalis yang memperjuangkan  kemerdekaan  dan bangun melawan penjajah. Nasser bekas seorang kolonel yang anti imperialis  yang telah membawa garis politik progresif ke dalam politik Mesir dan bumi Arab.  Justeru kita akan gagal  memahami peranan soldadu dan tentera Mesir  jika kita  hanya berupaya mengambil contoh  tentera-tentera  dari negara bekas tanah jajahan British.

Contohnya : Dari segi sejarah   Askar Melayu diRaja didirikan oleh British bukan untuk melawan British tetapi untuk menjaga kepentingan British. Askar Melayu bukan melawan British tetapi melawan ‘orang yang melawan British’.  Ini tidak berlaku dalam budaya soldadu dan tentera mesir. Tentera Mesir telah bangun bertamarod menentang British. Tentera Mesir telah bertamarod menghalau kaum feudal. Apa yang  saya maksudkan ialah soldadu Mesir ini memiliki sejarah menyebelahi rakyat.

Mari kita lihat apa yang telah terjadi yang menyebabkan  tentera Mesir merampas kuasa. Semua bermula apabila anak-anak  muda Mesir  sedar bahawa Revolusi Pertama mereka telah dibajak. Cita-cita untuk mendirikan Mesir yang lebih demokratik telah gagal. Presiden Morsi dari parti Ikhwan Muslimin telah gagal untuk menunaikan janji pendemokrasian.

Tuntutan utama anak muda ialah untuk mengenal dan mendakwa   mereka yang bertanggung jawab keatas kematian lebih dari 100 orang dalam Revolusi Pertama. Menuntut agar dilakukan dasar ekonomi yang membantu kaum miskin. Mengambil dasar pro-Palestin dan memutus hubungan dengan Israel.  Morsi tidak ambil  pot.

Ada satu langkah politik Morsi  yang cukup memeranjatkan Mesir. Morsi telah meluluskan satu dekri dimana Sang Presiden tidak boleh didakwa dakwi. Ini mengejutkan seluruh rakyat Mesir dan meyakinkan  orang ramai bahawa revolusi mereka telah dibajak. Dekri ini telah ditentang habis-habisan. Tidak dapat tidak Morsi yang telah menunjukan sikap anti demokrasi  terpaksa  memansuhkan dekri ini.  Dekri saperti ini tidak pernah wujud walau pun dalam 30 tahun pemerintahan Mubarak.  Semua ini menjana  gerakan pendemokrasian untuk menyingkirkan Morsi.

Pada pertengahan bulan  April 2013  – anak-anak muda telah memulakan  kempen tanda tangan menuntut Morsi mengundur.  Kempen dibawah payung Tamarud ini hanya bercadang untuk mendapatkan 15 juta tanda tangan. Angka 15 juta diambil sebagai menganjing. Ini  kerana Morsi mendapat sokongan 13 juta pengundi.  Justeru Tamarod  mahu dilihat  mendapat 2 juta  sokongan yang lebih banyak dari apa yang Morsi dapat dalam pilihan raya presiden.

Presiden Morsi pada awalnya telah memperlekehkan kempen ini. Sama saperti yang sering berlaku dalam politik Malaysia, Subhi Saleh  seorang  pemimpin Ikhwan Muslimin telah menyifatkanh kempen Tamarod ini sebagai ‘gerakan cemburu’ . Tidak cukup dengan ajenda  ‘cemburu’  Ahamad al-Mughayyir ketua Pemuda Ikhwan telah mencadangkan  agar anak muda dibelakang Tamarod ini dilucutkan kerakyatan.

Presiden Morsi akhirnya telah mengarahkan Polis  untuk menahan pemimpin pelajar dan anak muda yang melancar kempen Tamarod. Penangkapan berlaku - 10 orang pelajar dari Universiti Cairo dan 4 dari Universiti Sohag telah ditahan. Mereka ditahan dengan  menggunakan undang-undang  yang sering digunakan oleh  Mubarak untuk menggodam anak muda dan mahasiswa. Ini sama saperti yang berlaku di Kedah – negeri Pakatan Rakyat -  pada tahun 2011 yang lalu.  Menteri Besar Azizan telah menggunakan AUKU – yang ditentang oleh Pakatan Rakyat -  untuk membuang  5 orang anak mahasiswa dari pelajar Kolej Universiti Insaniah Kedah.

Tanpa disangka-sangka kempen tanda tangan  Tamarod ini telah melimpah ruah ke seluruh Mesir. Dari bandar  ke pekan, dari pekan ke kampong. Akhirnya  22 juta tanda tangan telah dikumpulkan. Dengan ini Tamarod merasa bahawa masanya telah sampai untuk Presiden Morsi  mengundur.

Pada 30 Jun 2012  yang lalu warga Mesir sekali lagi telah turun ke jalan raya. Sama ada 10 juta atau 15 juta atau 30 juta warga Mesir telah turun ke jalan raya menuntut Morsi mengundur akan terus menjadi tajuk bualan dan dibincangkan. Untuk saya ini tidak penting. Apa yang penting ialah Tamarod  - gerakan anak muda - telah mengambil garis politik yang tepat. Tamarod telah mengambil wadah  jalan raya untuk membuka ruang demokrasi.

Presiden Morsi telah diberi  tarikh mengundur.  Dalam ucapan akhirnya sebagai Presiden , Morsi telah berkata hampir 30 kali tentang haknya sebagai presiden . Sayangnya  tidak sekali pun Presiden Morsi menyentuh tentang keadaan ekonomi rakyat atau menyentuh tentang tuntutan jutaan anak muda yang sedang berkumpul di Dataran Tahrir. Justeru 3 hari kemudian tentera masuk  untuk mengambil alih kuasa.

Dari sini timbul persoalan apakah peranan  tentera itu demokratik atau anti demokratik. Dalam bab ini  perbincangan masih diteruskan. General Abdel-Fattah el-Siss berkata tentera Mesir  mencelah masuk untuk memastikan daulah Mesir tidak runtuh.


 Kita wajib sedar  walau pun  tentera Mesir memiliki sejarah pro rakyat , lembaga ini  juga telah berjaya dirasuah oleh Hosni Mubarak selama 30 tahun.  Tentera  Mesir kini telah menjadi elit politik dan elit ekonomi di Mesir. Pembaca mungkin susah untuk melihat jelas tentang peranan tentera Mesir ini. Ini kerana di Malaysia ini peranan soldadu kita  hanya satu - untuk mempertahankan negara dari serangan musuh luar. Tentera Malaysia belum pernah menjadi kuasa penentu arah politik tanah air dan belum pernah berperang.

Tentera Mesir lain coraknya. Dalam konteks politik Timur Tengah , Mesir adalah negara Arab yang terbesar dengan  84 juta penduduk. Tentera Mesir terulung dibumi Arab. Tentera Mesir  pernah berjaya memerangi Israel pada Perang Oktober 1973 untuk mendapatkan kembali Semenanjung Sinai. Hanya Perjanian  Camp David  1978 yang membatalkan permushan antara Mesir dengan Israel.

Tentera Mesir wajib dimandulka. Amerika melihat tentera Mesir  sebagai bala tentera yang berpontesi melawan Israel. Justeru tentera Mesir telah, sedang  dan akan terus  di persenjatai dan diberi dana oleh Amerika. Bukan bertujuan untuk menyerang  Isreal. Diberi dana agar tentera Mesir sentiasa tunduk setia untuk menjadi  budak  suruhan kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika tahu bagaimana pada satu ketika dahulu dibawah Presiden Nasser bukan sahaja Mesir menjadi progresif malah politik Mesir yang anti feudal telah mempengaruhi dunia Arab. Syria telah bersatu dengan Mesir pada tahun 1958. Pengaruh Mesir di Iraq membawa kepada rampasan kuasa pada tahun 1958 dan dihapuskan kuasa Raja. Di Libya Kolonel Gadaffy telah merampas kuasa pada tahun 1969 dan menghalau  Raja Idris – sama saperti yang telah dilakukan  oleh Gamal Abdel Nasser pada tahun 1952

Fahaman  nasionalis  anti feudal  dari tentera Mesir ini jelas mengancam kepentingan kuasa politik dan ekonomi ekonomi  Anglo-Amerika.  Sistem ekonomi kapitalis  yang berpaksikan bahan bakar petrolium akan runtuh jika telaga minyak ini dimiklili dan dikawal oleh kaum  nasionalis  progresif.

Jangan hairan apabila Presiden  Obama  terus memberi sokongan senjata   dan lambakan dana kepada tentera Mesir. Harus dihitam putehkan disini bahawa bahawa  negara pertama yang mengitiraf rampasan kuasa di Mesir  datang dari Saudi Arabia. Ini diikuti dengan berbilion dolar  yang dijanjikan oleh  Saudi, Kuwait dan Qatar kepada rejim baru di Cairo.  Apa  makna semua ini? ( TT) ...bersambung


 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melangggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03 -92-21-1045




---------

PENCERRAHAN DAN BERSYUKUR



JANGAN SALAH KAN ORANG
Catatan bijak..konon nak tunjuk caring lah tu...kapatalis berpaksi untung..kapitalis menindas miskin..kapitalis menyebabkan kebuluran..tapi tt let me say this too... Bukan dosa atau silap kita bila dilahirkan sebagai miskin, Tetapi silap kita bila menghabiskan hayat sebagai orang miskin.. 

Yang malas dan bangang tetap miskin sampai mati..Inilah sistem kapitalis bro.. Percaya lah hanya di Malaysia kita boleh melihat anak buruh india miskin yg tinggal di setinggan jadi pemilik kilang..

Walaupun 5A STPM saya tak layak untuk mendapatkan kursus doktor kerana kuata yg memihak kepada kaum majaroti saya tetap bersyukur kerana kerajaan memberi ptptn untuk ijazah sains di ipta dan master di europe.

 SO kalau india miskin seperti saya yg sepatutnya layak masuk simpang renggam krn background saya boleh berjaya , kenapa sesetengah orang melayu yg miliki jalan mudah dari segi akademik dan biasiswa yg begitu mudah boleh gagal??rahsianya mudah..belajar bersyukur dan jangan salahkan orang lain atas on JANGAN BUAT SANDIWARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 7/17/13

------

TINDAKAN KERAS


 WASPADA
JANGAN SALAH GUNA
KALIMAH INI

Mukhriz: Bukan Islam tak boleh guna kalimah ALLAH
Mukhriz Tun Dr Mahathir
JITRA - Kerajaan negeri Kedah tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh orang bukan Islam dalam kitab mereka dan memberi amaran keras bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap golongan yang menyalahgunakan kalimah suci itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI LANGKAH BIJAK... kah kah kah..

kah kah kah..WAJIB DI SOKONG... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG TEPAT... DASAR CANGGIH... kah kah kah..

kah kah kah..PASTI ADA YANG AKAN  SALAH GUNAKAN KALIMAH SUCI INI... kah kah kah..

woit...MANA TAHU TOWKAY BEER NANTI NAK SALAH GUNAKAN KALIMAH INI.... kah kah kah



---------

HUKUM DAN SYARAT EKONOMI KAPITALIS





KOMENTAR TUKAR TIUB
tunggu dan lihat
34 lesen telah diberi untuk import ayam
tak lama lagi akan berlaku lambakan ayam

dan harga akan turun
dan peniaga akan mengeloh

sebenarnya ini hukum dan syarat ekonomi kapitalis
apabila pemintaan kurang
tapi pembekal ramia
maka harga akan turun

tak kan tak faham

turun naik harga 
sekali murah sekali mahal
adalah sebahagian dari watak
sistem ekonomi kapitalistok peraih
tuan peruncit
tuan pembekal
semua nak cari untung
ini kerana dalam sistem ekonomi kapitalis
pemandunya  ialah keuntungan
bukan khidmat untuk sesama manusia

harga dinaikan kerana permintaan banyak
pembekal tidak banyak ayam
maka  harga  ayam dinaikkan
ini asas cari untung dalam sistem ekonomi kapitalis

tak perlu bising bising
tak perlu heboh heboh
buat bingar harga naik dimusim perayaan

NOTA
tunggu beberpa minggu lagi
akan ada berita ayam tak laku
dan pekedai kecewa
tak percaya sila tunggu
BERA 15 Julai - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi permit import kepada 34 syarikat bagi mengimport ayam daripada beberapa negara pengeluar seperti China, Thailand, Australia dan negara... 
BESUT 15 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta peniaga dan orang ramai supaya membuat aduan sekiranya mendapati ada pihak termasuk orang tengah yang memanipulasi..
KUALA LUMPUR 15 Julai - Penternak, pemborong dan peniaga ayam tidak mempunyai alasan kukuh menaikkan harga ayam kerana bekalan di seluruh negara mencukupi

--------

PARA PEMBACA SILA TEKA?






KOMENTAR TUKAR TIUB
hanya satu permintaan
meminta para pembaca
meneka adalah bayi ini
melayu?
india?
china?
bangla?

bayi apakah ini

Mayat bayi ditemui depan pintu masjid

Kulaijaya: Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam balutan kain putih apabila diletakkan dalam sebuah bakul yang ditinggalkan berhampiran pintu pagar Masjid Jamek Ar-Raudah dekat Saleng di sini, awal pagi tadi. 

Saksi yang juga noja masjid, Hassan Mohd Tap, 63, berkata penemuan mayat bayi itu disedari apabila seorang jemaah mencurigai sebuah bakul bayi ditinggalkan berhampiran pintu pagar masjid sebelum solat Subuh.

Curiga keadaan itu, jemaah berkenaan memeriksa keadaan bakul terbabit sebelum terkejut besar apabila mendapati ia mengandungi mayat seorang bayi perempuan, sebelum bergegas memaklumkan kejadian itu kepada kami semua yang berada dalam masjid. 

"Ketika turut sama melihat keadaan mayat bayi itu, saya dapati satu sampul surat mengandungi sekeping nota diletakkan pada sisi mayat bayi terbabit yang dipercayai ditulis seorang wanita yang memohon jemaah masjid ini supaya menyempurnakan jenazah anaknya. 

"Turut disertakan sekeping RM50 dalam sampul surat sama," katanya ketika ditemui di masjid itu, tengahari tadi.

---------

ORANG MELAYU SEDANG KENA TIPU





KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat bagaimana imperialis anglo amerika tipu
kaum pemodal antarabangsa punya helah
untuk merompak
untuk menjarah 
harta kekayaan rakyat dunia ketiga

buat perjanjian  dengan negara dunia ketiga
tapi rakyat negara dunia ketiga tak tahu isi perjanjian

ini jelas satu penipuan!


NDA bukan penghalang TPPA dibahaskan di Parlimen

 KUALA LUMPUR 15 Julai: Kerajaan Umno BN tidak boleh menjadikan Perjanjian Tiada Pendedahan atau Non Disclosure Agreement (NDA) sebagai tembok yang menghalang rakyat daripada mengetahui isi…
Jul 15 2013 / »

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... PASAL APA TAK BOLEH TAHU ISI PERJANJIAN.... kah kah kah..

kah kah kah...RAKYAT WAJIB TAHU ISI PERJANJIAN... kah kah kah

kah kah kah...KALAU TAK TAHU AMAT BAHAYA..... kah kah kah..

kah kah kah..TETIBA KENA  BOM OLEH AMERIKA.... kah kah kah...

kah kah kah... KERANA  PAKAI BAJU BIRU HARI  PADA HARI ISNIN... kah kah kah..

kah kah kah..DALAM PERJANJIAN TAK BOLEH PAKAI BAJU BIRU HARI ISNIN... kah kah kah..

kah kah kah...MATI IBRAHIM ALI... KERANA TAK TAHU ISI PERJANJIAN.... kah kah kah


-----------

JANGAN BUAT SANDIWARA






KOMENTAR TUKAR TIUB
tolong jangan buat sandiwara
tolong jangan buat tak tahu
tolong jangan cuba cari cari sebab
tolong jangan cuba tanya tanya

harga ayam naik
harga barang makanan naik
ini adalah hukum 
ini adalah syarat 
dalam sistem ekonomi kapitalis

jangan buat tak faham

dalam sistem ekonomi kapitalis
jika ada permintaan maka akan ada pengeluaran
jika ada permintaan maka akan wujud pembekal

lagi banyak permintaan
lagi mahal  harga bekalan

ini lah yang sedang berlaku
inilah sebab harga ayam naik
malah ini sebab harga barang naik

permintaan di musim perayaan
adalah masa yang terbaik untuk
melipatkan gandakan untung
jangan buat buat bodoh 
jangan buat buat tak tahu hal ini 

tolong jangan tipu orang kampong
tolong jangan tipu orang melayu
tolong jangan bodohkan orang melayu

jangan pusing pusing salahkan peruncit
jangan putar alam salahkan orang tengah
jangan salah kan tok peraih
jangan salahkan ah chong

selagi ekonomi memakai sistem kapitalis
selagi itulah barang akan naik harga
kerana ini hukum dan tabiat ekonomi kapitalis

ekonomi kapitalis bertuhankan untung


Ayam
SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mencari mekanisme berkesan dalam menangani masalah kenaikan harga ayam yang saban tahun berlaku sehingga membebankan pengguna terutamanya menjelang musim perayaan.

Ayam: Kerja orang tengah?
Ayam: Kerja orang tengah
SHAH ALAM – Kenaikan harga ayam bukan disebabkan oleh penjual dan pengeluar semata-mata tetapi berpunca daripada orang tengah yang mengambil kesempatan apabila permintaan meningkat.




------