Sabtu, 31 Julai 2021

LAKUKAN JANGAN HANYA BERCAKAP

 


LAKUKAN JANGAN

HANYA BERCAKAP 

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

 


JANGAN KLIM

KERAJAAN GAGAL

AMIN

LAKUKAN SESUATU

AMIN

BERCAKAP SENANG

BUAT SUSAH

AMIN








Orang muda #Lawan pemimpin bobrok


SEMUA jalan sekitar Dataran Merdeka disekat menjelang protes orang muda di tengah ibu kota pagi ini bagi mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), sebuah gabungan pergerakan masyarakat sivil dan aktivis muda, juga mendesak pembukaan sepenuhnya sidang Parlimen dan moratorium automatik pinjaman.

Kesemua tuntutan yang bertujuan mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung rakyat disebabkan sekatan pergerakan mencegah Covid-19 yang berlanjutan dari tahun lepas.

Lebih seribu aktivis berpakaian serba hitam turut membawa bendera hitam, plakad dan sepanduk tertulis pelbagai desakan seperti “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Kerajaan Pembunuh”, merujuk kepada lebih 8,000 orang yang hilang nyawa kerana Covid-19.

Ada juga yang membawa “jenazah putih”, simbol mereka yang terbunuh kerana Covid-19, lima “jenazah putih” juga diletakkan di jalan berhampiran Dataran Merdeka. – 31 Julai, 2021.










CADANGAN TUNTAS DARI MADEY

 

INI CADANGAN

TUNTAS UNTUK

SELAMATKAN 

NEGARA

AMIN

WAJIB DAPAT

 SOKONGAN

AMIN 




20 anggota MPN untuk buat tindakan cepat, kata Dr Mahathir

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) yang dicadangkan Dr Mahathir Mohamad akan melibatkan 20 anggota supaya keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan cepat.

Melalui blognya bekas perdana menteri berkata, MPN yang dicadangkannya akan merangkumi empat ahli politik, enam doktor, lima pakar ekonomi, dua pakar perundangan dan tiga ahli pendidikan.

Bagi hal berkaitan ekonomi, Dr Mahathir mencadangkan bekas menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz, ahli perniagaan Lin See Yan, Mohamed Azman Yahya dan Mohd Hassan Marican serta Lin See Yan dan Prof Dr Jomo K Sundram. 

Isu berkait kesihatan pula, ahli Parlimen Langkawi itu mencadangkan Dr Abu Bakar Suleiman, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Prof Dr Lam Sai Kit, Dr Musa Nordin, Dr Amar Singh HSS dan Dr Kumitaa Theva Das.

Manakala bagi hal pendidikan, beliau mencadangkan Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, Mohd Shukri Ab Yajid dan Samuel Isaiah, sementara untuk isu undang-undang, beliau mencadangkan Prof Shad Faruqi dan Prof Salleh Buang.

Selain itu, empat ahli politik yang dicadangkan beliau ialah Azalina Othman Said, Hannah Yeoh, Fahmi Fadzil dan Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Perlu saya jelas bahawa cadangan MPN ini pertama kali saya bentang kepada Yang di-Pertuan Agong ketika saya menghadap Baginda pada hari Khamis, 10 Jun lepas.

“Ketika itu saya mengambil peluang mencadangkan penubuhan satu badan ala-Mageran 1969 yang boleh dinamakan Majlis Pemulihan Negara ataupun National Recovery Council. Ketika itu saya tidak berikan nama-nama ahli yang saya ingin cadangkan,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menubuhkan MPN sendiri dipengerusi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras.

“Menyuruh orang yang berkali-kali gagal memperbaiki kegagalan yang disebabkan oleh kegagalan mereka bukanlah sesuatu yang bijak.

“Selain itu, turut dilantik ialah Menteri-Menteri Kabinet yang juga sebahagian dari Kerajaan yang gagal ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau percaya dengan mengehadkan keahlian tidak lebih 20 orang, keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan cepat.

“Jika MPN yang saya cadangkan ini diterima, badan ini akan dapat berfungsi dengan segera dan hit the ground running,” katanya.

Beliau merujuk kepada pelantikan Wong Chun Wai, yang merupakan penasihat semasa dan bekas Ketua Pengarang Bintang, yang dimiliki MCA.

Buat masa ini antara anggota MPN ialah bekas menteri Nor Mohamed Yakcop, pengasas bersama AirAsia Tony Fernandes dan pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman, Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang, Dr Sivakumar Thurairajasingam dari Jeffrey Cheah School of Medicine & Health Sciences, aktivis hak asasi kanak-kanak Hartini Zainudin, bekas ketua pengarah pelajaran Habibah Abdul Rahim, Wong Chun Wai, dan bekas CEO Khazanah Azman Mokhtar.

Minggu lepas, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik Muhyiddin sebagai menteri penyelaras MPN untuk mengawasi pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Tengku Zafrul berkata majlis baharu itu akan dianggotai oleh anggota dari sektor swasta, kumpulan masyarakat sivil dan pakar industri.

Beliau berkata keputusan itu selaras dengan pendekatan dirumuskan kerajaan untuk membawa Malaysia keluar dari pandemik Covid-19 secara teratur dan selamat.

Di bawah pelan pemulihan, negeri-negeri akan beralih dari satu fasa ke fasa lain berdasarkan tiga indikator.

Tiga indikator nilai ambang utama untuk memasuki Fasa 2 adalah: jumlah kes harian Covid-19 seluruh negara bawah daripada 4,000 kes, katil di unit rawatan rapi (ICU) di tahap sederhana dan 10% penduduk dewasa telah lengkap divaksinasi. – 31 Julai, 2021.


JANGAN 

BERPOLITIK

AMIN

JANGAN NAK

SCORE POINT

AMIN

TUGAS UNTUK

NEGARA

AMIN



ANWAR IBRAHIM KE ISTANA NEGARA

 

MASIH RAMAI

TAK FAHAM

APA MAKNA

BERITA INI

AMIN

INI CARA TAKTIK 

KERJA POLITIK

MONDUS OPERANDI

ANWAR IBRAHIM

AMIN 




Tiada majlis menghadap Agong, kata pegawai Anwar

PEGAWAI Anwar Ibrahim menafikan ketua pembangkang itu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini seperti dilaporkan media.

Pegawai itu mengesahkan kepada The Malaysian Insight, tiada majlis seperti itu dijadualkan untuk Anwar pada hari ini.

“Anwar sebaliknya petang ini dijadual berbincang dengan pegawai-pegawainya berkenaan sidang khas Parlimen yang akan bersambung pada Isnin,” kata pegawai tersebut.

Ia turut dinafikan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang menyifatkan laporan berkenaan sebagai “berita tidak benar”.

Terdahulu hari ini, laporan Astro Awani dan Malaysiakini mendakwa Anwar diperkenan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Laporan memetik sumber PKR itu mendakwa Anwar Akan menghadap baginda di Istana Abdulaziz di Kuantan pada jam 2.30 petang.

Desas-desus mengenai majlis menghadap itu menjadi perhatian selepas baginda menyatakan kemurkaan ke atas Muhyiddin Yassin dan pentadbiran perdana menteri itu.

Ia berkaitan pembatalan ordinan darurat yang dibuat dengan membelakangkan kuasa baginda dan mengingkari titah agar dibahaskan dan diungkaikan di Parlimen.

Pentadbiran Muhyiddin kini mengelak sebarang usul yang boleh membawa kepada pengundian di Parlimen kerana ia akan menguji sokongan majoriti dan keabsahan kuasa perdana menteri itu. – 31 Julai, 2021.

TIGA EMPAT

BULAN SEKALI

ANWAR IBRAHIM

BUAT GEMPAQ

KLIM ADA NUMBO

AMIN

TUJUAN UTAMA

UNTUK PELABUR

DALAM DAN 

LUAR NEGARA 

YANG TELAH

 BERI DANA PADA

 ANWAR & PKR

AMIN

TUJUAN KEDUA 

UNTUK IKAT  

YB  PKR AGAR

 JANGAN LARI

AMIN

TUJUAN KETIGA

UNTUK YAKINKAN

MAT SABU

GUAN ENG

BAHAWA MEREKA

ADA MASA DEPAN

SATELAH BANYAK

KALI KENA TIPU 

AMIN 

TUJUAN KE EMPAT

UNTUK IKAT

TIM BANDUAN

JANGAN LARI

AMIN

JELAS  NAJIB

MAT MASLAN DAH

LARI

AMIN

HANYA ZAHID 

YANG TINGGAL

KHALAS



BIJAK - BIJAK BETUL MUHYIDIAN

 

DALAM SENYAP

SENYAP

GEROMBOLAN

TERBARAI

KAH KAH KAH

SEKARANG ADA

BERAPA TIM

KAH KAH KAH 



BN, Umno tetap sokong kerajaan sedia ada, kata Hishammuddin

BARISAN Nasional (BN) dan Umno tetap menyokong kerajaan sedia, kata Bendahari Agung BN Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) berkata beliau senada dengan pendirian BN dan Umno yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Kita dalam BN dan Umno telah membuat pendirian dan diumumkan oleh TPM semalam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan Kerajaan Arab Saudi melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) untuk membantu Malaysia menangani cabaran pandemik Covid-19 di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan berkata lebih 110 ahli Parlimen masih menyokong kerajaan sedia ada.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara semalam. – Bernama, 30 Julai, 2021.

NAK GADUHKAN

GEROMBOLAN

SENANG SAJA

AMIN

BERI SEPARUH

JAWATAN

AMIN

DAKWA SEPARUH

AMIN

MASUK PENJARA

SEPARUH

KHALAS 

AKHIRNYA 

GEROMBOLAN 

AKAN BERGADUH

 SAMA SENDIRI

'KAH KAH KAH




UMNO BUAT PILIHAN


WOIT

KENAPA 

WAJIB PILIH

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN

NAK TIGA TIGA

 SEKALI

AMIN 

NAK RAKYAT

UNTUK  TIPU 

DAPAT UNDI

AMIN

NAK RAJA AGAR

RAKYAT DAPAT

DITIPU

AMIN

NAK PN

KERNA TANPA PN

TAKDA KUASA

TAKDA FULUS

SUSAH NAK MENIPU

KHALAS 



 

Ahli Parlimen UMNO mesti pilih untuk bersama rakyat, raja atau PN – Khaled

KUALA LUMPUR – UMNO mesti menyelamatkan Malaysia dengan mengusahakan penubuhan kerajaan Interim dengan hanya tiga mandat sahaja.

Mandat tersebut ialah menguruskan ekonomi negara, menguruskan krisis kesihatan dan mentadbir negara demi menyediakan ia untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Naib Presiden UMNO,  Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Interim ini terhenti apabila PRU diadakan.

Tegasnya, Parlimen mesti harus terus bersidang, kebebasan media dan media sosial dijamin, setiap keputusan dan perbelanjaan kerajaan mesti di bentangkan di Parlimen demi kepentingan semak dan imbang serta fungsi Perlembagaan mesti dipulihkan sepenuhnya.

Oleh itu, katanya, adalah lebih baik dan strategik untuk ahli-ahli Parlimen UMNO perlu meninggalkan Perikatan Nasional daripada membelakangkan kepentingan nasional dalam saat krisis ini.

“‘UMNO cannot abandon the nation for Perikatan Nasional” (UMNO tidak boleh mengenepikan rakyat untuk Perikatan Nasional). Apa lagi bila wibawa kerajaan telah punah sepunah-punahnya,” katanya yang menyifatkan kenyataan perdana menteri semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing.

Tambah beliau, wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan iaitu mendukung titah SPB Yang di-Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan raga.

Malah, UMNO tidak akan dan tidak wajar terheret dalam konflik ini. Iltizam UMNO sedari awal penubuhannya, adalah antara lain mempertahankan institusi raja.

”Apa jua tindakan yang tidak selari dengan iltizam tersebut adalah bertentangan dengan nilai, pendirian dan perjuangan UMNO,” jelas beliau lagi.

Menurut beliau, saat UMNO terbelenggu dengan nafsu demi kuasa dan kedudukan dalam Kerajaan PN telah berakhir.

“Wakil rakyat UMNO mesti memilih. Bersama Raja dan rakyat atau bersama dengan Perdana Menteri dan Perikatan Nasional,” ujar beliau.

TAK NAK

MUHYIDIN GANTI

DENGAN NAJIB?

KAH KAH KAH

INI PARAH

KAH KAH KAH

GANTI 

DENGAN ZAHID

LAGI PARAH

KAH KAH KAH



RAKYAT NAK TENGOK BUKTI - KALAU TIDAK SEMUA PUTAR

 


TUNJUK BUKTI 

PADA RAKYAT

KALAU TIDAK

SEMUA PUTAR

KHALAS 


Unknown commented on 

"PEKARA SOKONGAN 

MAJORITI BOLEH SELESAI"

Berbarislah mp semua ke..nak angkat plakad ke..nak tampal sd kat kepala ke..nak angkat tangan depan parlimen ke...semua tu sikitpun tak boleh menunjukkan majoruti. Yg boleh tunjuk majoriti ialah undian DALaM parlimen. Atau menang banyak dlm pilihanraya. Undang2 yg mudah dan simple.khalas!

MAT SONGEL PUTAR LAGI

 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

 

2 hours ago — ... berita “Sumber Istana Negara nafi beri perkenan untuk Anwar mengadap”, ... Malaysiakini tukar tajuk berita nafi Anwar jumpa Agong pula ...
11 Oct 2020 — Anwar belum tentu jadi PM lepas jumpa Agong. ... KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim belum tentu dapat membentuk kerajaan meskipun ...
9 Jun 2021 — KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ...
24 Feb 2020 — KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah