Ahad, 22 Oktober 2023
PULUH RIBU BERDEMO DI EROPAH !!!
SOKONGAN PADA
PALESTIN TERUS
MENGAMPUH
AMIN
PULUH RIBU
BERDEMO
DI EROPAH
KHALAS
KEMARAU DI SABAH ?
Fenomena kurang hujan: Sabah perlu bersedia hadapi isu air lebih serius awal 2024
KOTA KINABALU: Sabah diminta membuat persiapan awal termasuk mengambil langkah bersesuaian bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata mengikut ramalan, Sabah menjadi satu-satunya negeri yang bakal berdepan keadaan pengurangan kadar taburan hujan bulanan hingga 20 peratus sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), meskipun masih berlaku hujan dan ribut petir di sesetengah kawasan di negeri itu.
Menurut Armizan pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai perkara itu ketika membentangkan laporan rasmi ramalan cuaca dalam tempoh MTL pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, 17 Okt lepas.
"Diramalkan musim MTL 2023/2024 akan bermula pada November ini dan berterusan hingga Mac 2024. Sebagaimana MTL sebelum ini, sebahagian besar negeri dijangka menghadapi keadaan cuaca lebih lembap dalam tempoh ini yang membawa risiko banjir.
"Namun, diramalkan Sabah akan mengalami keadaan agak berbeza pada MTL kali ini dengan keadaan pengurangan kadar taburan hujan. Dijangka jumlah hujan bulanan (mm) bagi Sabah adalah kurang 20 peratus di bawah purata dalam tenpoh itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Bergerak di Kampung Warisan, Darau, di sini hari ini.
Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata kesiapsiagaan kerajaan Sabah dalam menghadapi fenomena itu adalah perlu bagi memastikan bekalan air masih dapat disalurkan kepada semua penduduk kerana dikhuatiri kekurangan hujan akan menyumbang kepada risiko gangguan bekalan air.
"Gangguan bekalan air yang sememangnya ada di Sabah akan menjadi lebih serius kerana 20 peratus adalah satu kadar besar. Kekurangan jumlah taburan hujan dikhuatiri memberi kesan kepada tahap bekalan air mentah di kawasan empangan dan sungai yang menjadi sumber bekalan untuk loji-loji rawatan air," katanya.
Justeru, Armizan mengesyorkan kerajaan Sabah supaya mendapatkan laporan terperinci daripada METMalaysia bagi mengenal pasti lokasi dijangka berdepan kekurangan taburan hujan agar pelan awal dapat dirangka untuk menangani risiko isu gangguan bekalan air di kawasan terbabit.
Beliau turut mengingatkan agensi berkaitan termasuk pasukan tindak balas memastikan aset termasuk pusat pemindahan sementara untuk berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi menghadapi banjir meskipun Sabah diramal mengalami kekurangan hujan sepanjang MTL.
-- BERNAMA
INI TANDA
PERUBAHAN
IKLIM
AMIN
INI BUKTI
PEMANASAN DUNIA
KHALAS
CUKONG TINGGALKAN MCA
MCA sedia bergerak solo sekiranya ditinggalkan dalam BN, kata Wee
MCA sedia bergerak sendiri sekiranya mana-mana parti dalam Barisan Nasional (BN) berhasrat membentuk pakatan baharu dan meninggalkan rakan komponennya sekarang, kata presidennya Wee Ka Siong.
Wee berkata MCA juga bersedia kalau itu bermakna ia terpaksa meneroka semula jalan politiknya.
“Apa yang paling penting, MCA mesti menegaskan ia sebuah parti politik dan bukannya badan kebajikan,” katanya, seperti dipetik The Star.
Wee berucap pada perhimpunan agung tahunan parti ke-70 di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, Wee mengingatkan ahli parti supaya berpegang kepada petunjuk politik yang digariskan oleh pengasas parti Tan Cheng Lock, ketika MCA pada masa itu diubah daripada badan kebajikan kepada parti politik.
Wee memetik kata-kata Tan pada masa itu yang menegaskan, sekiranya MCA mahu kekal jadi badan kebajikan, beliau tidak lagi mahu bersama MCA kerana pertubuhan itu adalah parti politik.
“Itulah pegangan leluhur kita yang tidak harus kita abaikan,” kata Wee.
Dalam ucapannya, Wee juga mengakui perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang turut mengubah dinamik antara komponen BN.
Perubahan itu, katanya, mencabar semangat konsensus dalam BN.
Selepas PRU15, BN membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi kerajaan di Putrajaya dan di beberapa negeri.
Kerjasama itu diteruskan dalam enam pilihan raya negeri sembilan bulan kemudian. MCA bagaimanapun tidak bertanding satu kerusi pun.
Sementara itu, menuju PRU16, Wee berkata MCA tidak lagi boleh terus jadi parti sekutu yang nasibnya ditentukan oleh parti lain.
MCA juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik yang sealiran dengannya. – 22 Oktober, 2023.
CUKONG SUDAH
TINGGALKAN MCA
KAH KAH KAH
CUKONG ADA
WAKIL BARU
BERNAMA DAP
AMIN
DAP LEBIH BERANI
TUNTUT HAK CHINA
DARI MCA
KAH KAH KAH
KHALAS
MARAH DAH NI
MARAH DAH NI
KHALAS
Unknown commented on
"BERJUMPA SALLEH BEN JONED"
Bab 1... Mabok Tazkirah pasai budak Dajjal budak Mahdi Iran perang dng Isreal dan Amerika Syarikat
Ko orang tungguu ajer lah nnti... sblom tu haku Nak habak pasai politik Mesia.. lama dah haku tak menulis...!!
Pengasas tambang murah kaum Mata sepet Malaysia kaum Cina ini pun akan bebas lepas yang sangkut masuk dalam adalah pemimpin Melayu jugak nanti... Tak caya haah ko orang tungguuuuuu haah..!!
Alahhh macam Jho Low bebas kaya raya yg di aniya dan di fitnah Bossku ke dalam... Ini lah ciri ciri pemimpin barua barua Melayu yang bertuankan Lee KwanYew@DAP..!!
Jho Low lepas lesap, Zetty Taufik Ayman dan anak penyamun nya akan bebas lepas walau pun tak lesap ke mana mana selapas sakau 700 jota hingget suit 1MDB yg di bank in dlm akaun Taufik Ayman di Singapore...!!
Mudah Kan Singapura Nak laga lagakan orang Melayu sebab semua pencuri akan deposit duit cuti dan sakau simpan di Singapura .. Ada kes Singapura ke depan utk laga lagakan pemimpin Melayu sesema Melayu. Pemimpin DAP@PAP senyap dan nampak suci di sana....!!
Satu lagi perihal Hamas, Israel Palestine dan Mahdi... Allahuuu ke main gebang sana sini dalam surah, masjid, tik tok, U tube dan medsos yg lain pasal Hamas, Iran Syiah Sunni Israel Palestine dan Mahdi. Mengantor askar dan jihad jalah kaki ke Palastine jauh panggang dari api...puii..!!
Yang berapi api tazkirah sana sini kiamat Dajal Mahdi Hamas ke main gebang lagi... Teori itu ini bagai keluar dari mulut sang tazkirah...!!
Dulu champion juara Raja guling guling atas Jalan Raya pasal Palastine, hang tak reti Nak jaga negara lah, bangang Sana sini sekarang macam tikus mondok , jadi jantan kabaret barua DAP@ LeeKwanYew...!! Hengget Jadi kertas tisu, Raja formula sakit jantung khabornya... Helok mampos bawak formula bangang masuk Kubo lagi helok..!! Nak bawak kibat benders Palestine dah tak boleh dah..!!
Heeng Sana heeng Sini Bantu nya jauh punggung dari kena liwat.. kikiki
Pada ostat ostat tazkirah dajjal Hamas Iran Syiah Sunni Isreal bagai helok hentikan lah teori memacam tuhhh... Tak ke mana pun tazkirah kau orang pun.. balik tazkirah kroohh kroohh tido ... Hesok ulang balik teori itu ini bila Nak selesai isu Palastine mcm Ni yeop ooiii..!!
Sambung nnti pasal nape Iran belasah Isreal dan USA .. yg ni ostat ostat tak ulas sangat dlm tazkirah sedangkan Isreal Iran Hamas yg dituduh Syiah ( bertakiyah ) Amerika Syarikat boleh dikatakan sekutu tapi berperang dng Isreal..!!
Yg ni napa Iran lawan Isreal dan USA ostat ostat tak pandai nak goreng dlm tazkirah... Sebab depa lebihkan cite pasal budak Dajjal dan budak Mahdi yang akan muncul Kemudian Ari... Mahdi dan Dajjal tak akan muncul lagi la weeiii...!!
Time budak Dajjal dan budak Mahdi muncul nnti ostat ostat yang canang tiap Malam dlm tazkirah tu dah mampos masuk Kubo...!! Alahaiii...
Nnti haku sambung dlm Bab 2 pasai apa Israel Iran (Hamas) USA berperang sedangkan mereka bersekutu..!!
Yg kena bangang tazkirah punnn orang Melayu... alahai..!!
Bila Madanon beekuasa Malaysia dah Jadi Media Darul Puki Mak ....!! Sambung Bab 2 nnti haah..!!
RAFIZI SERANGAN JANTUNG
SEMOGA SEHAT
KEMBALI
AMIN
Unknown commented on
"ISRAEL MENYERNAG SYRIA"
Formula tak kena sakit jantung tak ada ka...!?
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan semakin sihat selepas dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung beberapa hari lalu.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.
CURI TELOR KENA PENJARA SETAHUN - NAIB CURI BERAPA ?
CURI TELOR
PENJARA SETAHUN
AMIN
NAJIB CURI
BERBILION BILION
NAK DI BEBAS
MANA KEADILAN
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"DEMO BEBASKAN PENCURI BERNAMA NAJIB NAZAK"
Dulu ada seorang ayah curik telor ayam untuk bagi makan anaknya yang 3 hari tak makan .. sosok tersebut berjaya ditangkap dan kono pasong setahun .. tapi kono apo tak do sekor pon buek demo untuk lopehkang sosok ini.
PRU 16 MILIK PAS ?
PRU 16
MILIK PAS ?
AMIN
Unknown commented on
"HADI TIBAI ANWAR BEKAS BANDUAN"
PAS menang PRU 16, tak payahlah nak join join kah kah kah tapi apa nasib orang Sabah Sarawak? Adakah mereka terima ideologi PAS? Boleh kah pemimpin PAS menaja kepimpinan? Satu persatu kena fikir habis, adakah orang Melayu moden bandar yang guna bahasa Inggeris mahu PAS? Kah kah kah yang suka PAS kampung halaman sajalah kah kah kah orang-orang bandar lari tengok orang-orang PAS kah kah kah
NAJIB MENCURI BERBILION BILION
PENCURI MISKIN
TERUS DIPENJARA
PENCURI KAYA
NAK DI BEBASKAN
KHALAS
Unknown commented on
"DEMO BEBASKAN PENCURI BERNAMA NAJIB NAZAK"
Kah kah kah satu satunya negara maju makmur nak bebas pencuri yang disahkan mahkamah, syukur alhamdulillah orang-orang kita amat cerdik dari polis pendakwaan mahkamah semua tahu, curi kalau style Robin boleh saja dibebaskan,
kalau curi tepung susu curi tabung masjid curi beras sebab tak ada makanan tak boleh kena penjara kena sebat kah kah kah kalau curi untuk mewah projek kapal layar makan equinox boleh saja kah kah kah antara darjat orang biasa dan darjat mulia kah kah kah
SATU DUNIA SOKONG PALESTIN
DUNIA MENYOKONG
PALESTIN
AMIN
ISLAM
BUDDHA
YAHUDI KRISTIAN
HINDU ATEIS
LGBT ANARKO
SEMUA TURUN
KE JALAN RAYA
KHALAS
DEMO BEBASKAN PENCURI BERNAMA NAJIB NAZAK
Pulangkan Najib, mohon Agong beri pengampunan – Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR – Satu himpunan aman berlangsung di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini yang dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO.
Kira-kira 1,000 orang hadir dan rata-ratanya memakai baju putih berteriak agar Najib Nazak diberikan pengampunan diraja dan ‘dipulangkan’ kepada rakyat.
“Pulangkan Najib, pulangkan Najib, pulangkan Najib,” teriak mereka.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Akmal Saleh, himpunan aman itu bagi merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberikan pengampunan diraja kepada Najib.
“Kita mohon Yang di-Pertuan Agong berikan pengampunan jika melihat ketidakadilan kepada Najib dan sudah tentunya Najib perlu dipulangkan semula kepada keluarga dan rakyat.
“Kita mohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menilai sebaik-baiknya. Kita percaya atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menilai situasi ini dan saya percaya ini adalah suara majoriti rakyat Malaysia yang mahukan keadilan kepada negarawan yang banyak berjasa kepada rakyat,” katanya dalam sidang media selepas himpunan itu tamat 2.30 petang.
Hadir sama adalah anak kepada Najib, Nazifuddin Najib.
Himpunan yang bermula 2 petang itu bagaimanapun terpaksa dihentikan kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
“Kita tidak ada permit jadi kita akur. Bila polis datang kepada kami dan kami akur dan kami nak ucapkan terima kasih kepada polis yang sentiasa memberikan sokongan. Kami faham tidak ada permit tapi kami akur,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Akmal berkata, pihaknya sedang menunggu tarikh untuk sesi penyerahan 1.1 juta petisyen ‘Pulangkan Najib’ bagi pengampunan Najib.
“Kita telah kumpulan petisyen secara dalam talian dan sehingga hari ini petisyen ini telah mendapat 1.1 juta tandatangan.
“Kesemua tandatangan ini kita akan serahkan kepada pihak Istana Negara dan YDA untuk timbang tara, rakyat dan raja berpisah tiada,” jelasnya lagi.
WOIT
INI DEMO
NAK PULANGKAN
NAJIB PADA SAPA
KAH KAH KAH
PADA BIK MAMA
ATAU
PADA BINI BARU
KAH KAH KAH
DEMO BEBASKAN
PENCURI
BAGUS SEKALI
KERANA
BUDAYA DEMO
MAKIN BERKEMBANG
AMIN
POLIS TAK PERLU
HALANG
AMIN
YANG PELIK
KENAPA BIK MAMA
TAK DATANG SAMA
KAH KAH KAH
TAK NAK NAJIB
BEBAS KE ?
ATAU CEMBURU
NAJIB ADA
BINI BARU
KAH KAH KAH
KHALAS
SERUAN TAK MASUK AKAL
Jangan ambil untung bila kawalan harga ayam, telur ditarik balik, kata peruncit
PEMAIN industri tidak harus mengambil kesempatan daripada inisiatif kerajaan untuk mengapungkan harga ayam dan telur bulan depan, kata pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Ameer Ali Mydin.
Beliau berharap industri terutamanya pembekal ayam akan menguruskan harga dengan betul dan tidak terbabit dalam pencatutan yang tidak bertanggungjawab.
“Bulan depan kerajaan akan menaikkan harga siling ayam iaitu RM9.40 sekilogram.
“Kita harus ingat hanya kerana kerajaan mengapungkan harga, ia tidak bermakna harga ayam harus naik (tidak adil),” katanya kepada The Malaysian Insight.
Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam dilaksanakan untuk memastikan harga barangan dan bekalannya kekal stabil.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu kawalan harga sementara akan ditarik balik supaya pasaran tempatan dapat berfungsi dengan bebas bagi memastikan bekalan ayam dan telur mencukupi di pasaran.
Susulan itu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, tarikh harga ayam dan telur diapungkan akan diumumkan pada sidang media pada 30 Oktober ini.
Beliau berkata, perbincangan sedang diadakan dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan harga kekal berpatutan selepas pengumuman itu.
Ameer juga berkata, cabaran lain adalah ketersediaan telur.
Beliau berkata, ketersediaan telur tidak akan meningkat dengan begitu cepat walaupun dengan harga telur terapung selepas 30 Oktober.
“Jadi, ia satu kitaran dan ia tidak akan stabil dengan serta-merta walaupun untuk telur ia mungkin lebih cepat.
“Buat masa ini kami tidak mengalami kekurangan bekalan ayam. Semua pasar raya besar juga menjual ayam di bawah harga kawalan RM9.40.
“Tetapi saya tidak berpuas hati dengan pembekal kerana apabila industri mendapat tahu kerajaan berhasrat untuk mengapung harga, malangnya mereka menaikkan harga sebanyak 60 sen sekilogram minggu ini.
“Kami menjual pada harga RM8.29 sekilogram sekarang tetapi kos kami meningkat sebanyak 60 sen, jadi kami terpaksa menjual pada harga RM8.89.”
Ameer berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mesti mengambil tindakan terhadap pencatutan itu.
“Mereka mesti mengejar pemain industri kerana mengapa mereka perlu menaikkan harga.
“Secara teorinya, mereka tidak sepatutnya menaikkan harga serta-merta. Mungkin sebulan kemudian jika struktur kos mereka lebih tinggi, maka harganya perlu dikaji semula.
“KPDN mesti memantau dan menyemak harga dan mereka mesti melihat justifikasi kenaikan itu.”
Begitu juga katanya, bagi telur harga kawalan gred A adalah 45 sen, B (43 sen) dan C (41 sen).
“Jadi, pasaran menyatakan telur mungkin naik 10 sen. Contohnya telur naik dari 45 sen kepada 55 sen, saya ragu-ragu harga boleh naik lebih tinggi daripada itu kerana telur Omega berharga 60 sen.
“Bagaimana telur gred A boleh lebih mahal daripada telur Omega?
“Jadi, industri perlu mengambil iktibar, kerana perdana menteri Anwar bertegas rakyat perlu mendapat manfaat daripada ini (harga terapung) dan peniaga tidak mengambil kesempatan.”
Beliau berkata, pihak berkuasa mesti mengambil tindakan tegas jika pemain industri mengambil kesempatan kerana idea keseluruhannya adalah untuk membenarkan kuasa pasaran mengawal harga bagi memastikan ketersediaan.
“Kita mesti memastikan rakyat dan peruncit turut bertahan dengan harga yang berpatutan.
“Jadi, jika kerajaan berasakan industri ini tidak adil kepada rakyat, maka mereka patut benarkan pengimportan telur.”
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Ameer menjadi ‘suara’ perniagaan dalam menunjukkan kelemahan kerajaan serta memberikan cadangan dalam mengatasi kenaikan harga dan kekurangan makanan. – 22 Oktober, 2023.
WOIT
INI SERUAN
TAK MASUK AKAL
KAH KAH KAH
MANA ADA
KAPITALIS
NAK NAK UNTUNG
AMIN
RUKUN IMAN
KAPITALIS
NAK UNTUK
MAKSIMA
KHALAS
SABSIDI DI TARIK
HARGA PASTI NAIK
AMIN
MKHALAS
BERJUMPA SALLEH BEN JONED
BERJUMPA
SALLEH BEN JONED
MALAM TADI SAYA BERJUMPA
DENGAN SALLEH BEN JONED
SEKALI LAGI
SAYA JUMPA SALLEH BEN JONED
DI PANGGUNG EKPERIMEN
ASWARA
JAM 8.30 MALAM
WOW !
INI BETUL BETUL SALLEH
YANG SAYA KENALI
SALLEH MASIH BERSALLEH
BERHARIMAU
BERANCOK
BERGANJA
BERANAKIS
BERMURTAD
BERMELAYU
BERFALSAFAH
TAHNIAH PADA
PELAJAR ASWARA
YANG MEMBAWA SAYA
UNTUK BERTEMU SEKALI LAGI
DENGAN KAWAN LAMA
SALLEH BEN JONED
INGATAN SAYA DENGAN SALLEH
DATANG KEMBALI
BAJU HITAM ANARKO
FUCK BUMIJUIS
FUCK AGAMA
SAPA NAK JUMPA SALLEH
BOLEH
SALLEH MUNCUL LAGI
MALAM INI
JAM 8.30 MALAM
DI PANNGUNG EKPERIMEN
ASWARA
WOIT
PETANG INNI PUN SALLEH
ADA DISANA
SAPA TAK JUMPA SALLEH BEN JONED
HIDUP TAK SEMPURNA
AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)