Rabu, 25 September 2013

SURAT TERBUKA UNTUK HASAM MALEK



Mahathir: Lepaskan kuasa, elak Umno dipenuhi “orang bodoh”

Mahathir Mohamad anak lelaki Iskandar Kiktty  (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.
Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.
"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PADA SIAPA DI TUJU KAN INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...YANG JELAS PADA HASAN MALIK...kah kah kah

kah kah kah... GRADUAN MALAY STUDIES UM... kah kah kah..


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

 woit... ORANG KAMPONG DI PILAH MAKAN NASI... kah kah kah..

kah kah kah...HASAN MALEK  MAKAN DEDAK.... kah kah kah..

kah kah kah..TU PASAL JADI BANGANG... kah kah kah..

kah kah kah... TU PASAL BELAJAR MALAY STUDIES DI UM... kah kah kah

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

--------

SANG SAKA AKAN TERUS BERKIBAR




SEJARAH 
PERJUANGAN BANGSA

 
Penjara 15 tahun jika hina Jalur Gemilang
Pindaan yang ingin dibuat terhadap Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun termasuk didenda sekiranya ada individu yang menghina Jalur Gemilang.
Peruntukan pindaan yang ingin memasukkan Seksyen 12 E dalam Kanun Keseksaan yang dibacakan untuk kali pertama di Parlimen hari ini turut memberi peruntukan sama terhadap penggunaan logo atau simbol yang berlainan selain bendera bagi memperkenalkan negara.
"Mana-mana pihak yang cuba menukar, mengubahsuai, mengoyak, membakar, atau meletakkan, mempersoalkan untuk menghina sebarang logo nasional atau bendera, atau negara lain boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan juga boleh didenda," kata pindaan berkenaan


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....  HINA JALUR TEMBERANG?.... kah kah kah..

kah kah kah... BENDERA INI TAK PERLU DI HINA.... kah kah kah..

kah kah kah... BENDERA INI MEMANG ASALNYA HINA... kah kah kah..

kah...WUJUD HASIL PERTANDINGAN  MELUKIS KARTON...kah kah 

kah kah kah...OPPS.. SILAP... PERTANDINGAN LUKIS BENDERA... kah kah kah

kah kah kah...HINA KERANA DI CIPLAK DARI  BENDERA AMERIKA... kah kah kah...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TANYA PAKAR SEJARAH.... kah kah kah..

kah...DARI  31 OGOS 1957 HINGGA 2007 APA NAMA BENDERA MALAYSIA...kah ..

kah kah kah... KEMUDIAN TANYA TENTANG SANG SAKA... kah kah kah..

kah kah kah...SEJARAH SANG SAKA ADALAH SEJARAH NUSANTARA... kah kah kah

sila layari stesen punk rock
www.radiobangsarutama.com
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

---------

JEMPUTAN MALAM INI - FORUM



SATU JEMPUTAN
FORUM MALAM INI
RABU 25 SEPTEMBER 2013
JAM 8:30 MALAM
DEWAN CHINA


EKONOMI
 DARI PANDANGAN SOSIALIS
NOTA
untuk warga diluar kuala lumpur
radio bangsar utama
akan membuat liputan langsung
sila layari stesen punk rock
www.radiobangsarutama.com
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

ISTERI ROSMAH BUAT LAWAK LAGI




Saya mahu jadikan rasuah perkara silam - NAJIB
Khairdzir Md Yunus | 8:32PM Sep 24 2013
Berucap pada Syarahan Kelab Komanwel di San Francisco, Isnin, Najib berkata langkah itu bermakna mengubah budaya organisasi dan perniagaan

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KALAU NAK BUAT LAWAK OKAY... kah kah kah..

kah kah kah..TAPI BUATLAH DI COMEDY STORE... kah kah kah..

kah kah kah..DI SAN FRANCISCO ADA... kah kah kah..

kah kah kah.. DI NEW YORK ADA... kah kah kah..

woit... ROSMAH NAK BUAT TARIAN GALAH PUN OK.. kah kah kah
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

DEMO ANTI AMERIKA 11 OKTOBER KLCC






TURUN DEMO
 ANTI AMERIKA
JUMAAT 11 OKTOBER
KENAPA OBAMA DATANG KESINI
Tanah Melayu adalah negara bekas tanah jajahan British.  Semenjak zaman Raffles, Lord Minto hingga  ke zaman Haji  Mubin Sheppard rujukkan politik , ekonomi dan budaya tanah Melayu ialah Britain. Anak-anak didik British berkeliaran. Ketika membesar mereka dididik di Malay College. Yang bijak dihantar ke Canada, New Zealand, Australia atau ke Old Mother England. Mereka diberi biasiswa Colombo Plan. Kemudian menjadi pegawai MCS (Malayan civil Service) , manakala guru-guru di Tanah Melayu dilatih di Kirby England.

Sebelum  Perang Dunia Kedua,  Tanah Melayu  dengan bijih dan getah telah menjadi penyumbang utama ekonomi Britain. Pada satu ketika yang lama dahulu hampir 60% ekonomi Britain datang dari Tanah Melayu. Justeru, tidak sakah kalau kita mengatakan bahawa kota London itu dibuat hasil rompakan harta kekayan Tanah Melayu.

Sejarah Tanah Melayu berubah sesudah Perang Dunia Kedua. Perang dunia telah memuflis kuasa imperial Britain. Kantong duit Baginda Queen  diburukkan lagi dengan serangan pukul mati dari  Parti Komunis Malaya  yang melancarkan gerakan bersenjata menentang penjajah British.  

Akhirnya  kuasa imperial Anglo terpaksa mengakui bahawa Britain bukan lagi kuasa imperialis  dunia yang mutlak.  Realpolitik sesudah Perang Dunia Kedua telah mewujud  dua kuasa besar – kuasa imperialis Amerika dan blok sosialis Soviet Union.

Mengakui realpolitik ini, maka Britain telah  mengeluarkan dasar ‘ mengundur dari Timur Suez’. Ertinya  Britain akan menutup semua pengkalan tentera disebelah Timur. Kem Terendak di Melaka pengkalan tentera terbesar Britain  di Tanah Melayu akhirnya ditutup. Pengkalan udara RAF di Changi Singapura juga tutup kedai. Australia – negara budak suruhan Baginda Queen juga menutup ‘kedai kapal terbang ’ di Butterworth.

Untuk anak-anak muda – jangan  tidak tahu  bahawa Universiti Sain  yang wujud hari ini didirikan diatas bekas tapak pengkalan tentera British. Justeru letaknya  diatas bukit yang stratejik. Dari bukit ini tentera British boleh   menjaga  dan mengawal kapal dagangan British yang keluar masuk dipelabuhan Tanjung.

Pengunduran tentera kolonial British ini menjadikan barua dan budak suruhan  British  di Asia Tenggra gelabah dan takut. Apabila British meninggalkan Tanah Melayu kepada United Malays National Organisation – parti Ketuanan Melayu ini  sedar bahawa tanpa bantuan ketenteraan British mustahil mereka dapat berkuasa. Untuk terus menjaga kepentingan ekonomi penjajah British  – Tanah Melayu yang  dikatakan ‘merdeka’ telah menjadi anggota Commonwealth hingga ke hari ini.

Dalam masa yang sama nasionalisma Dayak dan Iban di Borneo telah mula merebak. Indonesia dibawah nasionalis Bung Karno – yang anti-imperialis – telah  menjadi rujukan bukan sahaja di Tanah Melayu malah dinegara-negara tanah jajahan.  Angkat senjata melawan penjajah menajdi trend politik di Asia, Afrika dan Amerika Latin.  Diserata dunia anak tanah jajahan angkat senjata melawan penjajah.

Saperti Parti Komunis Malaya - Parti Komunis Sarawak dengan PARAKU – Pasukan Rakyat Kalimantan Utara – mula melancarkan perang gerila untuk menyatukan Sabah, Sarawak dan Berunai dalam sebuah negara yang akan dipanggil Kalimantan Utara. Keadaan ini menjadikan British takut lalu projek Malaysia dinetaskan pada tahun 1963. Projek Malaysia ini bertujuan untuk memastikan kepentinagn ekonomi Britain terjaga.

Kuasa imperialis dengan licik  telah menipu dan memaksa warga   Sabah dan Sarawak  mendirikan apa yang dipanggil gagasan Malaysia. Hakikatnya  – dalam realpolitik  Sabah dan Sarawak menjadi  ‘tanah jajahan  Semenanjung’.

Perang gerila PARAKU di Sarawak  dan serangan gerila dari Tentera Pembebasan  Rakyat Malaya  memperlihatkan bahawa   barua dan budak suruhan tinggalan British dalam keadaan terancam. Keselamatan mereka tidak mungkin terjamin. Dalam masa yang sama rakyat Vietnam dibawah pimpinan Ho Chi Minh telah berjaya mengalahkan kuasa kolonial Peranchis. Gerila-gerila dari Parti Komunis Pilipina, Burma dan Thailand  sedang melancar perang pembebasan.

Tahun-tahun 70’an memperlihat kuasa imperialisma British  cuba memperkukuh kedududkan dari menjunam terus. Dalam suasana  Perang Dingin ini inilah Perjanjian Ketenteraan Lima  Negara dimeteri pada tahun 1971. Ini sebelum British mengundur terus dari Asia Tenggara. Pejanjaian  antara Britain, Australia, New Zealkand, Malaysia dan Singapura ini bertujuan untuk menjaga kepentingan British di Asia Tenggara. Juga perjanjian ini untuk mententeramkan budak-budak suruhan British yang masih lagi menghadapi serangan bersenjata dari Parti Komunis.

Perjanjian Pertahanan  Lima Negara ini menunjukkan bahawa Malaysia termasuk Berunai masih tertaklok kedalam bakul  kepentingan ekjonomi Britain. Berunai  yang tidak jadi bersama Malaysia adalah contoh terbaik dimana Sultan Berunai hanya dapat diselamatkan dari kebangkitan  rakyat dengan bantuan soldadu upahan Ghurkha yang dibawa oleh Britain.

 Kuasa imperialis Amerika sedar akan pengaruh danh kepentingan ekonomi British keatas negara bekas tanah jalahan ini. Justeru Amerika tidak menggangu gugat pengaruh Britain.  Amerika  hanya memasukan jarum CIA untuk melakukan rampasan kuasa di Indonesia pada tahun 1965.  Bung Karno dijatuhkan dan dinaikkan Haji Muhamad Suharto untuk menjadi boneka Amerika.

Saperti Geng 24 dan Geng 30 – Amerika dan Britain juga  ada perjanjian  samseng yang tidak bertulis. Dua kuasa imperial ini  tidak akan ‘menceroboh’  kawasan masing-masing. Mereka bekerjasama untuk membantu dalam hal rompak merompak negara Dunia Ketiga.

Kali pertama Amerika cuba mengembangkan sayap ke Malaysia pada tahun 1966. Ini ketika Perang Dingin  dan Perang Vietnam sedang hebat berjalan. Presiden Johnson telah datang secara resmi melawat Malaysia. Tujuan Presiden Johnson ialah untuk meminta Tunku menghatar tentera dan soldadu Malaysia bersama membantu Amerika dalam Perang Vietnam.

Presiden Johnson yang mengambil alih dari pembunuhan Kenendy sedang  terdesak oleh Perang Vietnam.  Politik dalaman Amerika sedang berkecamok. Anak-anak muda dikampus-kampus telah bangun  berdemo menentang Perang Vietnam. Warga Kulit Hitam menjadi radikal dengan Black Panther. Anak muda  kelas pertengahan Amerika telah menubuhkan Weatherman – gerakan gerilka bawah tanah – menentanmg kaum kapitalis tempatan.

Anak-anak muda Amerikan  secara terbuka telah membakar Kad Wajib Tentera. Mereka tidak mahu dipaksa menjadi soldadu untuk mati di Vietnam. Ramai yang  melarikan diri ke Canada dan keserata pelusuk dunia.  Gerakan anti-perang mengampoh ke seluruh dunia – dari London, Paris, Amsterdam ke Melbourne ke Tokyo.   Di Vietnam sendiri  jumlah soldadu Amerika  yang gugur terus bertambah.  Teknoloji termoden dan tercanggih  dalam dunia telah gagal mengalahkan Viet Cong.

Dalam suasa inilah Jonhnson sampai ke Kuala Lumpur. Presiden Amerika membuat kesilapan besar. Ketika ini Parti Buruh dan Parti Rakyat telah menyusun demo besar-besaran untuk ‘menyambut Johnson’. Kemana sahaja Presiden Johanson melawat kaum nasionalis , kaum sosialis dan kaum kiri telah turun berdemo. Benterokan berlaku di Kuala Lumpur dan di Seremban ketika Johnson datang ke Labu untuk melawsat Felda Sendayan.

Melihat suasana kebangkitan rakyat ini  menjadikan Tunku menjadi kecut.  Tunku terpaksa menolak permintaan Johnson. Langkah ini  untuk mengelakkan dari belaku pemberontakan dalam negeri dan kemungkian tentangan hebat dalam parti United Malays National Organisation sendiri. Tunku pasti telah membaca  susana dalaman parti kerana 3 tahun sesudah lawatan Johnson  ‘rampasan kuasa’  berlalu. Tunku ditendang keluar.  

Presien Johnson dalam siri lawatan ke Asia Tengggara hanya  berjaya  mendapat sokongan junta tentera di Thailand dan Pilipina. Juntya tentera boneka Amerika ini bersetuju untuk menghantar  anak-anak muda mereka mati  di Vietnam.

Kuasa imperial Amerika menyedari bahawa jika pengaruh politik Britisih akan terus  merundum  di Malaysia.  Berkemungkinan saeorang pemimpin yang tidak pro-Barat dan tidak pro-imperialis  akan lahir. Apabila Mahathir Muhamad yang mengambil garis politik Pandang Ke Timur dan Buy British Last , ini menjadikan kuasa imperial Anglo-Amerika berwaspada.

Dengan licik kuasa imperialis Amerika telah menduga Mahathir. Mahathir  yang berretorik sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang  anti-Barat sebenarkan hanya hanya sebutir  kelapa – hitam diluar  tapi puteh didalam. Ini terbukti apabila desas desus mula muncul  tentang bagaimana secara rahsia satu Perjanjian antara Malaysia dengan Amerika  telah ditanda tangani pada tahun 1984. Apa yang dijanjikan antara Mahathir dngan Setiausaha Pertahan Casper Weinberger  wallahu alam bisawab.

Secara senyap-senyap Amerika telah memerangkap negara-negara bekas tanah jajahan Bristish ini ke dalam apa yang dipanggil APEC. Kemudian memaksa negara-negara APEC ini mengikat FTA – Free Trade Aggrement – Perjanjian Dagangan Bebas.

Tidak cukup dengan Perjanjian Dagangan Bebas – kuasa imperialis Amerika juga sedang merancang untuk memaksa negara-negara di pesisiran Laut Teduh untuk menanda tangani apa yang dipanggil Perjanjian Trans Pasifik – TPPA. 

Justeru pada 11 Oktober hadapan Presiden Obama akan menjadi presiden ke dua dari Amerika yang datang melawat  secara resmi ke Malaysia. Pasti Obama tidak akan pergi ke  Felda LBJ atau melawat Jenga saperti Presiden Lyndon Baines Johnson. Keadaan telah berubah.  Apa sebenarnya  rancangan dalam kepala Barack Hussein Obama apabila Rumah Puteh merancang untuk datang ke Kuala Lumpur.


Pasti bukan datang untuk makan nasi impit atau menjamah  ikan  patin masak tempoyak di Temerloh. Pasti juga bukan datang untuk melawat Zoo Negara. Justeru apa yang diimpikan oleh kuasa imperial ini? (TT)


tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03-92-21-1045
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

------------

LAGI SATU SURAT UNTUK DIN AYAM



INGATAN
dari almarhum
untuk din ayam
dan
lebai jet 

DARI FACE BOOK 

Khas utk DIN AYAM dan rakan rakan nya yg ghairah nak jawatan kahkahkah dah tangkap ke pengedar pil kuda dan karl marx dekat kota dam
SIAPA 
LEBAI JET INI?

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

EJEN JUAL TIKET KE SYURGA TIPU

ROHAYA Asmuni dan anak perempuannya, Nurul Azrikin Azman (kiri) dibawa oleh anggota polis ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Ejen pelancongan urus pakej umrah didakwa tipu
PETALING JAYA 24 Sept. - Seorang ejen pelancongan bersama anak perempuan dan menantunya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dua orang mutawwif bagi pakej umrah melibatkan kerugian lebih RM100,000 awal tahun ini.

Rohaya Asmuni, 52, yang merupakan pengusaha syarikat Arlief Juara Kembara Sdn. Bhd.; Nurul Azrikin Azman, 31; dan suami Nurul Azrikin, Muhammad Alif Haziq Aman, 23, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.

Mereka didakwa bersama-sama menipu Mohd. Yatim Abu Idras, 57, yang merupakan ejen pengurusan pakej umrah kepada 19 orang untuk menyerahkan wang RM79,550 kepada mereka sedangkan pakej tersebut tidak wujud.

Perbuatan itu didakwa berlaku di pejabat tertuduh di syarikat Arlief Juara Kembara Sdn. Bhd. di No. 55-3, Jalan PJU 5/20E, The Strand Damansara, Kota Damansara antara 13 Januari dan 22 Mei lalu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


woit... DALAM DUNIA INI ADA DUA PERNIAGAAN PALING TUA... kah .

kah kah kah..DUA PERNIAGAAN PALING LARIS... kah kah kah..

kah kah kah...SATU  JUAL AGAMA... kah kah kah..

kah kah kah... SATU LAGI  JUAL APA?.... kah kah kah...

kah kah kah..SILA TANYA CIK GU DAN CIK GI... kah kah kah..


JEMPUTAN FORUM
APA  EKONOMI SOSIALIS
malam ini
di dewan china 
jam 8:30 malam

PANELIS
Sdr Kia Meng
Sdr Anas Jalil
Sdr Hishamuddin Rais
Sdr Adam Adli - moderator

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA SEDUNIA


TER NOW TERKINI TERHOTT

sabentar lagi parlimen akan bincang
akta tangakap tanpa bicara
akta penjara tanpa mahkamah

ISA 
akan dikembalikan?

AKTA DARURAT
darurat akan di kembalikan?

majlis peguam TIDAK TAHU tentang ini
-----------

NAJIB APOLOGETIK KEPADA CHINA



SENYAP SENYAP
TAPI 
LEDAKAN BAHAYA
Pilih pemimpin berani perjuang hak Melayu
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kriteria utama pemimpin yang dicari dalam pemilihan UMNO pada Oktober ini ialah seorang yang tidak apologetik dan secara terbuka berani memperjuangkan hak serta kepentingan orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,  Ismail Sabri Yaakob berkata, pemimpin parti tidak boleh takut memperjuangkan hak orang Melayu kerana cabaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) amat getir dengan pertambahan lebih ramai pengundi muda.

"UMNO adalah sebuah parti untuk orang Melayu, kita perlu pemimpin yang secara terbuka dan berani memperkata dan memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu, kita tidak boleh ada pemimpin yang apologetik.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...MUNKEEE INI CAKAP BETUL... kah kah kah...

kah kah kah...JANGAN LUPA SEJARAH MUNKEE INI... kah kah kah..

kah...TAHUN 1999 MUNKEE NI NAK BAKAR DEWAN CHINA KL... kah ..

kah kah kah...MUNKEE INI BERSAMA MALIKUL SEMBAB... kah kah kah..

 kah...JELAS  MUNKEEE INI DAH MASUK TIM MALIKUL... kah kah.

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

wout... YANG APOLOGETIK ITU DI MAKSUDKAN MAT MONGOL... kah ....
]
kah kah akh...YANG NAK JUAL MALAYASIA PADA AMERIKA... kah kah kah...

SATU MALAYSIA
SEDANG MENUNGGU
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
----------

DEMO ANTI AMERIKA JUMAAT 11` OKTOBER




DEMO ANTI AMERIKA
JUMAAT 11 OKTOBER 2013




DEMO ANTI AMERIKA 11 OKTOBER

Walaupun Menteri MITI, Mustapha Mohamad menggesa supaya jelajah anti-Obama dan anti-TPPA ini dihentikan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan rakan sekutu tidak berganjak untuk meneruskan jelajah sebagaimana yang dijadualkan.

Mustapha juga meminta supaya kehadiran Presiden Barrack Obama tidak disambut dengan protes besar-besaran sepertimana yang sedang disusun melibatkan pelbagai pihak.

SAMM ingin menegaskan bahawa pentingnya jelajah ini diteruskan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa Perjanjian TPPA ini bakal mengheret negara ke kancah penjajahan moden dalam bentuk ekonomi. Penjajah era baru tidak lagi membawa kereta kebal dan senjata perang, tetapi hanya dengan pena bersama kertas perjanjian. 

Kerajaan juga tidak memberi gambaran sebenar potensi TPPA yang mampu menggadai negara. Adalah dengan itu jelajah ini menjadi medan umum bagi menyampaikan maklumat yang terbocor dari 'perjanjian rahsia' TPPA.

SAMM tidak sesekali membenarkan kedaulatan tanahair diperjudikan menyedari TPPA adalah perangkap sebagaimana ia dirahsiakan dari pengetahuan umum. Bukan sekadar orang biasa malah menteri dan ahli parlimen juga ramai yang tidak mengetahui apa itu TPPA.

Perjanjian TPPA boleh ditandatangan di mana jua dan bila-bila masa selagi rundingan dari wakil MITI masih berjalan. Majlis metrai tandatangan yang sepatutnya berlaku pada Oktober lalu hanyalah ditangguhkan. Tidak semestinya ia berlaku ketika Presiden Barrack Obama hadir ke Malaysia, ia juga boleh dimetrai di luar negara.

Namun dalam masa sama SAMM tetap bertegas kehadiran Obama ke Malaysia harus ditentang. Presiden Barrack Obama memimpin negara yang mengamalkan dasar ketenteraan bersikap 'samseng antarabangsa', kejam dan berpaksi kepada zionis, Obama tidak harus masuk ke Malaysia.


Bantahan terhadap kehadiran Obama tetap diteruskan di KLCC pada 11 Oktober 2013. Malam sebelumnya, Kemuncak Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA juga akan berlangsung di KSS Kg Baru, memberi ruang kepada dua tokoh ternama Tun Mahathir dan DS Anwar untuk berada sepentas bersama menentang Perjanjian TPPA. Petisyen jemputan telah diserahkan kepada kedua-dua belah pihak melalui serahan tangan dan fax.

Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA kini memasuki siri ke 5 berlangsung di Taman Meru, Ipoh malam ini. Orang ramai dijemput hadir ke semua lokasi jelajah yang berbaki 9 daripada 14 lokasi di seluruh negara.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------