Rabu, 25 Januari 2023
DOA KOSONG - SEDEKAH ADA FULUS
Pas lipatkan gandakan ‘sedekah’ pada enam PRN, sindir Puad
KUALA LUMPUR – Puad Zarkashi menyindir Pas dengan mendakwa parti itu akan melipat gandakan amalan ‘sedekah’ pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, setakat ini, Pas masih belum didapati bersalah oleh pihak berkuasa atas perbuatan memberi ‘sedekah’ kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
WOIT
INI BARU BOTO
KAH KAH KAH
DOA DOA
BUANG MASO
TAK JADI JADI
KAH AKAH KAH
ADO SODOKAH
JAMIN JADI
KAH KAH KAH
KHALAS
SEMUA ADA AYAT
Pentaksub tegar
jangan pertahan
kekejian rasuah
jadi sedekah –
Mujahid
KUALA LUMPUR – Semua pihak khususnya pemimpin parti politik Islam yang terdesak mencari dalil agar berhenti daripada mencemari amalan baik bersedekah.
Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa turut menasihatkan pengikut parti terbabit supaya tidak mempertahankan perbuatan keji itu.
“Bersedekah ada adabnya dan mengungkit dengan bersyarat supaya menyokong parti tertentu dalam pilihan raya umum pastinya tidak ada kena mengena dengan maqasid sadaqah (tujuan syariat dalam bersedekah).
“Memberi rasuah politik dan bersedekah bezanya umpama langit dan bumi, rasuah itu keji manakala bersedekah amalan yang terpuji.
“Para pentaksub tegar janganlah mempertahankan kekejian ini, kembalilah kepada hadis dan ayat-ayat al-Quran untuk mendapat petunjuk tentang erti bersedekah dan adab-adabnya. Tolong jangan cemari kemuliaan bersedekah dan peliharalah nama baik Islam!” katanya.
Menurut Mujahid, sedekah atau dalam bahawa Arab sadaqah bermakna sesuatu pemberian kepada fakir miskin.
Sama ada dalam bentuk wang, harta, makanan atau pakaian dengan niat taqarub kepada Allah.
Perbuatan itu, katanya, bukan untuk menunjuk-nunjuk dengan manusia dan bersikap riak.
WOIT
MUJAHID APA
LU CAKAP
KAH KAH KAH
AYAT HADIS
DALIL
SEMUA SENANG
BOLEH JUMPAI
KAH KAH KAH
MUSTAHIL LU
TAK TAHU
KHALAS
HUJAN MASIH TURUN - BANJIR MASIH ADA
Johor dijangka terima hujan lebat hingga hujung minggu ini
JOHOR dijangka terus menerima hujan lebat hingga hujung minggu ini susulan terdapat perubahan ketara pada cuaca setempat di lokasi tempatan serta kadar keamatan (intensity) hujan di beberapa lokasi.
Pengarah Pelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai fasa Monsun Timur Laut yang menyebabkan keadaan hujan lebat ini.
Justeru, beliau yang juga Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar dan Pelestarian UTM, berkata rakyat negeri ini dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir, selain sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa.
“Kita kini berada dalam fasa Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir awal Mac ini. Sepatutnya (fasa kekerapan hujan lebat) berakhir pertengahan Januari seperti tahun sebelumnya tapi kelihatan terdapat perubahan ketara hingga ke Februari dan Mac, manakala pada April akan berlaku peralihan monsun yang menyebabkan keamatan hujan berkurangan.
“Oleh itu, kita dapat lihat trend keamatan taburan hujan yang tinggi seperti di Segamat, Kota Tinggi dan Kluang dalam beberapa hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di Johor Bahru hari ini.
Mohd Fadhil berkata pelbagai faktor mempengaruhi perubahan cuaca antaranya taburan angin di kawasan tropika, iaitu perubahan sedikit pun akan mempengaruhi atau membawa perubahan ketara kepada cuaca mikro di kawasan tempatan serta luruan angin monsun.
“Contohnya, di Johor Bahru baru-baru ini hujan lebat melebihi tiga jam tetapi di lokasi lain taburan hujannya sederhana dan ini disebabkan pengaruh cuaca mikro,” katanya.
Selain itu, menurutnya kadar purata keamatan hujan sebanyak 110 milimeter (mm) yang direkodkan di 23 stesen hujan di Segamat semalam, disifatkan sangat tinggi yang boleh mengakibatkan banjir berbanding kadar purata keamatan hujan minimum sehari sebanyak 10 hingga 15mm.
“Saya rasa pihak berkuasa banyak mengeluarkan maklumat awam, analisis dan informasi awal berkenaan banjir, jadi bergantung kepada agensi dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk buat tindakan supaya komuniti siap siaga.
“Saya pasti Jabatan Pengairan dan Saliran juga sudah mula menggerakkan usaha penyelenggaraan sungai serta parit sebagai usaha berterusan. Yang penting, kena ada kesedaran di pihak masyarakat supaya jangan membuang sampah serta buat persediaan lain bagi mengurangkan impak banjir,” katanya.
Mengikut data laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, daerah Kota Tinggi dan Kluang turut mencatatkan kadar purata keamatan hujan yang tinggi, masing-masing menerima 148 mm di 18 stesen dan 116 mm di tujuh stesen cerapan hujan semalam.
Setakat 2 petang ini, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,207 orang daripada 1,164 keluarga yang kini ditempatkan di 45 pusat pemindahan sementara di Segamat, Muar, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Mersing. – Bernama, 25 Januari, 2023.
AWAS
HUJAN MASIH
TURUN
AMIN
BANJIR MASISH
ADA
AMIN
DAH NAK MASUK
BULAN DUA
MASIH HUJAN
AMIN
INI TANDA
MALAPETAKA
CUACA
KHALAS
ADA KUASA ADA FULUS
PECAH BELAH
BERTERUSAN
KERANA KUASA
KHALAS
ADA KUASA
ADA FULUS
AMIN
Unknown commented on
"JANGAN SALAH KAN HADI"
Cuba lihat bangsa lain, cuba tengok agama lain, ada pecah belah? Pasti ada tapi tahap pecah belah sampai pilihan raya saja, kita ini tak habis tak sudah tak tamat, berterusan cakar tikam khianat saja saban hari, apa nak jadi, kalau Salim ada terus gantung diri amin
TAKDA ORANG DAH MATI BAWA CERRITA KUBO KUBO
JANGAN SEBAR
FAKES NEWS
AMIN
TAKDA ORANG
DAH MATI KELUAR
BAWA CERITA KUBO
KHALAS
Unknown commented on
"HIDUP HANYA SEKALI"
Oittt bhaiiii..pasai apa puak apa sebab orang kapiaq minum arak mcm minum ayaq..sebab bila mlm depa takut bila pikaq mati..tak boleh tidoq..jln keluar minum bagi mabuk...tak ingat dah bab sakit mati..seksa kubur..ko pun samalah bhaii..tiap mlm mesti ko terfikir bab mati...umur pun hujung-hujung dah..ada peluang lagi bhaii..kah kah kah
RASUAH DAH JADI GAYA HIDUP
RASUAH
DAH JADI
GAYA HIDUP
AMIN
Unknown commented on
"PAS TUDUH UMNO RASUAH"
Woit budaya rasuah bukan baru, jangan wayang jangan drama sangat, nampak bodoh sangat tur, kah kah kah semua pun makan rasuah atas sampai bawah, susah cari manusia tak makan rasuah, sudah diasuh begitu, sudah akar umbi begitu tak kira parti apa, asal usul dari akar gerombolan kah kah kah parti mana bukan akar dari United Gerombolan kah kah kah, semua sama saja, cuma beza samada juta billion atau trilion, siapa top sekarang makan rasuah?
Macam polis pencen cakap, selagi tak kena tangkap tak salah itu saja, sudah sudah lah jangan mencuri sudah, masuk mahkamah pun bukan selesai serta merta, jatuh hukum rayu sini rayu sampai Baginda Queen, semua wayang stop dulu, fokus pembangunan negara, kalau tak ada kerja politik pergi tanam pokok, korek longkang tampal jalan rosak akibat hujan, buat kerja faedah sikit, jangan buang masa kedai kopi sembang malam sampai matahari terbit hasil kosong kah kah kah
AIR BATU GLASIER MULA CAIR
AIR BATU GLASIER
MULA CAIR
Zaman Air Batu telah terjadi di atas muka bumi ini kira-kira 2.4 bilion tahun dahulu. Selama 11.500 tahun bumi kita ini dibungkus oleh salji dan air batu.
Umat manusia yang mula wujud di atas muka bumi ini kira-kira 300,000 tahun dahulu. Homo sapiens bercabang dari Homo erectus muncul dari wilayah Afrika Timur. Hari ini kawasan permulaan manusia muncul ini dikatakan wilayah berhampiran dengan negara Ethiopia.
Di wilayah inilah asal usul nenek moyang kita semua. Nenek moyang semua umat manusia. Umat manusia semua bangsa dan manusia semua agama. Amin.
Dari wilayah ini – dalam masa berjuta tahun – umat manusia bergerak dalam kumpulan merayau dan berpindah. Ada ke Utara ke Eropah, ke Amerika, ke Timur ke benua Asia hingga ke Australia.
Mereka bergerak untuk mencari dan memburu makanan. Proses berevolusi ini mengambil masa berjuta-juta tahun sebelum menjadi manusia yang kita kenali sebagai manusia hari ini.
Ketika zaman air batu berjalan umat manusia yang di Afrika tidak merasakan impak teruk dari kesejukan zaman air batu. Mereka mengadaptasi.
Waktu berjalan. Bumi berevolusi. Pokok mati pokok tumbuh. Binatang mati binatang lahir. Mati tumbuh hilang berganti. Mayat, bangkai dan serpihan plankton inilah yang ditelan bumi untuk menjadi minyak dan arang batu. Inilah asal usul bahan bakar tenaga fosil.
Masa terus berjalan. Iklim juga berubah kerana berlaku pergerakan kedudukan muka bumi yang berhadapan dengan matahari. Bumi beralih sendeng. Kini planet bumi mula merapati matahari seperti kedudukan bumi kita hari ini.
Pergerakan kedudukan bumi yang baru ini membolehkan panas cahaya matahari mencairkan air batu yang menutup bumi.
Air batu yang cair menjadi sungai dan laut. Ada kawasan muka bumi tenggelam dan ada yang timbul. Ada kawasan menjadi benua dan ada menjadi pulau-pulau.
Proses berevolusi ini mengambil masa beratus juta tahun. Hingga menjadi dunia yang kita ketahui sebagai dunia hari ini.
Hari ini masih ada air batu dan salji di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Salji dan glasier ini adalah peninggalan Zaman Air Batu. Glasier dan salji juga masih ada di pergunungan seperti di Banjaran Himalaya atau di gunung di Eropah.
Mengikut para saintis glasier ini adalah peninggalan zaman air batu yang berakhir 10.000 tahun dahulu.
Di Kutub Utara kawasan ini dipanggil Arctic Circle. Kawasan ini terletak di Utara Scandinavia, Rusia , Canada, Greenland dan Alaska.
Warga di wilayah ini di panggil Eskimo atau Inuit. Kalau Arab Badwi hidup berbudaya dalam padang pasir. Kalau Orang Asal – Senoi dan Temiar - hidup dalam hutan belantara. Orang Eskimo hidup berbudaya dalam benua air batu.
Kutub Selatan atau Antartic Circle terletak di bawah benua Australia dan benua Amerika Latin. Di wilayah ini tidak ada manusia hidup berbudaya disini.
Wilayah ini di klim oleh negara New Zealand, Australia, France, Norway, United Kingdom, Chile dan Argentina.
Kita juga – Malaysia – ada merakamkan kepentingan kita di Antartic Circle. Malaysia menanda tangani beberapa perjanjian antarabangsa terhadap wilayah ini.
Hari ini kenaikan suhu bumi membawa efek rumah hijau. Efek rumah hijau ini telah membawa kesan yang amat jelas di wilayah air batu ini.
Wilayah Kutub Utara dan Selatan ini amat sejuk dan udara paling bersih, indah dan nyaman. Kini semuanya semakin berubah. Perubahan ini mula ditemui apabila kajian di Kutub Utara bermula semenjak tahun 1978.
Hasil kajian didapati air batu glasier yang keras beribu-ribu tahun telah mula bergerak. Glasier yang cair semakin banyak.
Portal berita CNN ( Cable News Network) dari Atlanta Amerika telah melaporkan kepanasan yang amat sangat telah berlaku pada tahun 2021. Pada 15 ke 17 Julai 2021 air yang cair dari glasier berjumlah 6 bilion tan sehari.
Selama tiga hari air cair dari glasier ini boleh mengisi 7.2 juta kolam renang bersaiz Olimpik. Air sebanyak ni boleh menaikan air laut sebanyak 3 kaki setahun.
Dalam masa yang sama bahang panas ini juga telah mencairkan glasier di Banjaran Himalaya.
Laporan portal berita PBS ( Public Brocasting Service ) yang berpangkalan di Arlington Virginia Amerika telah melaporkan pada 20 Jun 2022 glasier di Himalaya makin cair. Tidak pernah berlaku glasier cair seperti ini dalam masa 10 tahun kebelakangan ini.
Air glasier yang cair dari Himalaya akan masuk ke dalam Sungai Ganges, Indus dan Brahmaputra. Lebih kurang 129 juta kaum tani bergantung hidup di lembah aliran sungai-sungai ini.
Hasil dari pencairan glasier ini telah mengakibatkan banjir di India, Pakistan dan Bangladesh pada tahun 2010, 2012, 2015 dan 2017.
Banjir Sungai Indus paling terbesar berlaku di Pakistan pada tahun lalu. Hampir satu par tiga bumi Pakistan ditenggelami air. Amin
Pada 14 Jun ke Oktober 2022 Sungai Indus yang bermula di Nangka Prabat Utara Pakistan telah melimpah. Air sungai yang mengalir masuk ke dalam Lautan Arab telah memecah tebing dan melimpahkan banjir.
Dalam ketika yang sama hujan monsun sampai. Sungai sedang penuh dengan air glasier cair dari Himalaya.
Dua punca air ini bertemu dan menghasilkan banjir terbesar dalam sejarah Pakistan.
Dua sumber air yang masuk ke dalam sungai Indus telah mengakibatkan 1,739 tercabut nyawa, 14 bilion dolar kerosakan dan 15 bilion dolar kerugian ekonomi.
Kita juga selalu membaca dan mendengar badan NGO menentang penebangan hutan dan kayu kayan. Dikatakan hutan Amazon di Amerika Latin dan hutan tropika di Kalimantan sebagai ‘ gudang oxygen’.
Apa sebenarnya peranan hutan rimba ini. Apa maknanya gudang oxygen.
Daun-daun yang hijau dari semua pokok dalam dunia ini memerlukan makanan. Fakta ini telah diketahui semenjak zaman Mesir Kuno. Justeru penduduk di zaman Mesir Kuno menyembah matahari yang dipanggil Tuhan Ra.
Warga Mesir kuno telah tahu tanpa sinar cahaya matahari tidak ada apa yang boleh hidup di muka bumi ini. Justeru mereka menyembah Ra.
Pokok untuk hidup perlu makan. Daun bertugas mencari makanan untuk pokok berbunga dan berbuah.
Dengan bantuan cahaya matahari daun-daun ini menyedut gas karbon dioksida dari udara dan air dari bumi. Proses ini menghasilkan gula dan oxygen.
Daun hijau ini kemudian akan mengeluarkan oxygen di waktu siang dengan bantuan cahaya mata hari. Proses matahari menyinari daun-daun kayu mencari makan ini dinamakan photosynthesis.
Dalam proses photosynthesis ini daun dan pokok ada menapis dan menyimpan karbon dioksida. Jika hutan terbakar atau hutan ditebang untuk merembat balaknya maka karbon dioksida tidak ada penapis. Juga hilang tempat gas ini tersimpan.
Bila hutan terbakar gas karbon dioksida akan keluar dan masuk ke atmosfera . Gas ini akan berkumpul bersama gas methane dan nitrous oxide untuk memayung bumi. Gas-gas yang terkumpul ini menambah bahang kerana cahaya matahari terperangkap.
Akibatnya dunia jadi panas. Keadaan ikat berikat dan kait mengait ini sama seperti lagu Katak dan Ular:
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku
Semua yang wujud dalam alam kita ini kait berkait. Teranyam tersusun dan teratur dengan baik seperti secawan susuk milik Anak Beruang yang ditemui oleh Goldilocks
Apa pula terjadi dengan air hujan dan air glasier yang masuk ke laut.
Tiga par empat permukaan planet bumi adalah air. Tanpa air – H20 - tidak akan ada apa-apa hidupan di atas muka bumi ini.
Justeru roket yang dihantar ke bintang Marikh tugas utama adalah cuba mengenal apakah akan ditemui air di bintang ini. Jika mana-mana planet atau bintang yang ada kombinasi H2O besar kemungkinan akan ada kehidupan. Ini hipotesis para saintis.
Dunia yang semakin panas ini bahangnya juga sedang menaikkan suhu air laut. Dari kajian para saintis yang diterbitkan dalam Jurnal Science Advances pada 20 April 2022 air laut bergerak 77% dari kebiasaan. Ini akibat pemanasan air laut.
Hubaya hubaya – air laut memainkan peranan yang amat penting dalam perencanaan iklim dan cuaca dunia kita ini.
Peranan muka bumi dan kayu kayan dalam hutan rimba ialah menyedut sedikit kepanasan. Permukaan laut juga menyedut panahan cahaya matahari.
Sedutan panahan cahaya matahari di permukaan laut ini banyak berlaku di wilayah Khatulistiwa . Jelas laut berperanan sebagai panel untuk menyimpan dan mengumpul panas.
Bila permukaan laut bertambah panas air laut berkembang dan menjadi semakin banyak.
Suhu air laut bertambah panas. Laut semakin bergelora. Angin laut semakin keras.
Wilayah lautan yang panas akan memanaskan atmosfera. Udara panas di permukaan laut akan naik ke langit. Wilayah panas ini menjadi kosong dan terus menarik datang udara dari wilayah yang tidak panas. Pergerakan angin ini menjadi ribut dan taufan.
Sepuluh tahun kebelakangan ini glasier dan salji cair. Air laut jadi panas dan bertambah. Semua ini hasil dari efek rumah hijau. Banjir dan ribut taufan semakin kerap.
Apakah langkah yang akan di ambil Homo sapiens. Apakah Homo sapiens akan mengadaptasi seperti yang telah dilakukan jutaan tahun dahulu ketika bumi dibaluti salju. Tunggu pencerahan. Amin .(TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/424796
HARI GAGALIS SEDUNIA
RAYAKAN
HARI GAGALIS
SEDUNIA
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"HIDUP HANYA SEKALI"
tt belum tunai janji. berkisahkan siapa cinta yang gagal. jangan lupa jangan gagal bercerita. kami pembaca menuntut janji tt sudah 3 pilihanraya
TOWKAY TANYA RAFIZI
Harga bahan mentah makanan tidak turun sejak 2020, kata Mydin
HARGA bahan asas utama makanan tidak turun malah tidak juga menunjukkan trend berkurangan sejak 2020, kata pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Ameer Ali Mydin.
Mydin adalah sebuah rangkaian pemborong dan peruncit terbesar di Malaysia.
Harga bahan mentah yang dipakai oleh peniaga makanan sebaliknya naik antara 10% hingga 15% pada tempoh yang sama, katanya.
“Nak kata harga ayam, tak turun. Nak kata telur, tidak cukup. Nak kata daging, harga memang sudah lama naik. Kalau tepung atau gula, harganya stabil tapi tidak turun,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.
Ameer mengulas kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini yang menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran turun.
Menurut Ameer, beliau tidak begitu jelas dengan penurunan harga yang dimaksudkan oleh Rafizi.
“Menteri perlu beri perincian harga barang yang sudah turun itu,” katanya.
Ameer memberi contoh misalnya harga minyak masak di pasaran masih tidak berubah sementara sayur-sayuran pula bergantung kepada keadaan bekalan dan cuaca semasa.
Dalam pada itu, Ameer berkata harga beberapa barangan makanan dan bahan jenama antarabangsa dijangka meningkatkan kira-kira 5% bermula bulan depan.
Jelasnya, sektor perniagaan peruncitan kini berhadapan dengan peningkatan kos operasi, antara lain kerana penarikan subsidi tarif elektrik, pelaksanaan peraturan baharu bayaran kerja lebih masa untuk pekerja dan kekurangan tenaga kerja. – 25 Januari, 2023.
WOIT
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
PASAI APA
HARGA BARANG
RAFIZI TIMBUL
KAH KAH KAH
INI JABATAN
DIA ATAU MAT SABU
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
AMIN
FATWA HADI
FATWA HADI
RASUAH ITU
REZEKI
KHALAS
Tumbok Rusok Biar Sampai Senak. merupakan peribahasa yang membawa maksud kalau nak sogok rasuah mesti bebaloi pada penerima.Mungkin ada kebenaran bukan PAS saja yang memberi sogokan... Partai lain pun beri tapi jumlah tak sampai senak...mungkin juga tak semua diberikan..kena hijack.Walhal partai yang beri RM300, RM500 atau RM1,000 dapat pangkahan. Sedekah lah ul Azim( bosar atau gadang
TUNGGU MERCUN MELETUP
MENUNGGU
MERCUN MELETUP
RABU 25/1/2022
RAYA CINA DAH HABIS
CAP GO MEH AKAN SAMPAI
MERCUN AKAN DI BAKAR
HEBOH
HARGA BARANG NAIK
HEBOH HUJAN MASIH TURUN
ADA KEMALANGAN MATI LEMAS
TIAP PETANG
HUJAN TURUN DI KL
CUACA DAH BERUBAH
DAH TAK MENENTU
BILA DURIAN BERBUNGA
BILA RAMBUTAN BERBUNGA
DAH TAK MENENTU
TAPI
JALAN PELIK
DURIAN SENTIASA ADA
DI CHOW KIT
DURIAN DAH JADI
MACAM BUAH KELAPA
ADA SEPANJANG TAHUN
KAH KAH KAH
UNITED KINDOM
SAEKOR MENTERI
DI ASAK LETAK JAWATAN
KERANA TAK BAYAR CUKAI
DI NEW ZELAND
PM LETAK JAWATAN
BERI ORANG BARU
GERMAN
BERSETUJU BERI UKRAINE
14 BIJI KERETA KEBAL
KAH KAH KAH
AMERIKA
BERSETJU BERI
KERETA KEBAL ABRAHAM
TAK TAHU BERAPA BANYAK
UKRAINE
ZALENSKY JADI MARAH
UKRAINE PERLU
500 BUAH KERETA KEBAL
14 BIJI NAK BUAT APA
KAH KAH KAH
HOKKIEN
BASAH SEJUK
PETANG KELMARIN
HUJAN LEBAT TAPI TAK LAMA
ADA PERANGAI BARU
LEBAT TAPI KEJAP
LANGIT MASIH MENDUNG
AWAN KELABU
KL & KL SENTRAL SUNYI
MASIH BERCUTI AGAKNYA
MURAI BERKICAU
DI ATAS BUKIT
SATU KUMPULAN
WARGA HOKKIEN
DATANG MENYALAK
TAK TAK MENGEJAR
BISING SALAK MENYALAK
GUA HARAP
HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK BERJEMUR
NAK AMBIL VITMIN D
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
TANDA KITA BERSYUKUR
BRO
SESUATU YANG KUSUT
PERLU DI LERAI
YANG GELAP PERLU DI JERNIHKAN
BRO
LU NAK ENJOI
LU WAJIB AJAK
ORANG LAIN ENJOI SAMA
BRO
LU MASUK KELAB
LU WAJIB MENARI
MACAM TAK DA
SAPA MELIHAT
BRO
JANGAN BUANG MASA
BERI PENCERAHAN
PADA MAT BEBAL
BRO
JANGAN BERDEBAT
DENGAN MAT BEBAL
KERANA DIA AKAN BAWA LU
KE TAHAP MEREKA
DAN AKAN MENGALAHKAN LU
DENGAN PENGALAMAN BODOHNYA
BRO
DALAM HIDUP INI
TIDAK ADA APA
YANG TIDAK MENARIK
PASTI ADA DRAMA
PASTI ADA TRAJEDI
PASTI ADA KOMIDI
BRO
AMAT SUSAH UNTUK
MEYAKINI ORANG
BAHWA MEREKA TELAH
TERTIPU DENGAN FAKE NEWS
DARI
YANG PAKAI JUBAH ARAB
BRO
JANGAN BENARKAN
SEKOLAH MEMPENGARUHI
PENDIDIKAN KITA
BRO
PALAT PALING PALAT
IALAH MELIHAT
ANAK MUDA TAKUT
BERDEMO
BRO
BUAT BAIK SELALU
ADA ORANG AKAN
HAIRAN PADA LU
BRO
KALAU LU TAKUT MATI
LU JUGA TAKUT
NAK HIDUP
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENUNGGU
LEDAKAN MERCUN
Langgan:
Catatan (Atom)