PTPTN IALAH ALONG BERLESEN

JANGAN JADI FREE LOADER
bro TT, tolong siarkan tulisan aku ini. aku rasa rakyat malaysia ni dah terhisap dengan keghairahan melampau nak hapuskan ptptn tanpa meneliti isu ni dengan lebih mendalam. aku sokong penuh pendidikan percuma. tapi aku tak sokong langsung pemansuhan ptptn. kalau ko dah pinjam duit rakyat, ko bayar la balik (tanpa faedah tentunya).
ko pinjam duit rakyat rm25,000.00 ko mesti bayar balik rm25,000.00. itu baru adil. duit ptptn tu adalah duit pembayar cukai seperti aku dan ramai rakyat malaysia yang lain. sangat tak adil kalo duit pembayar cukai (rakyat la tu) digunakan dan kemudian tidak dibayar balik. itu dah salah. dalam islam hutang wajib dibayar. sehinggakan orang yang dah mati pun, hutangnya tidak terhapus selagi waris dia tidak membayar balik. apatah lagi kalau duit tu duit hasil dari titik-peluh rakyat yang ko pinjam. itu WAJIB bayar balik.

untuk aku, pendidikan percuma hanya meliputi yuran pengajian sahaja. yuran pengajian WAJIB FREE. tapi makan, minum, berak, kencing, rumah sewa, tempat tinggal, tengok wayang, shopping, karaoke, futsal dsb. itu ko kena tanggung sendiri la. takkan itu pon rakyat nak tanggung! kalo ko pandai dan datang dari keluarga miskin, itu kerajaan wajib kasi biasiswa. kalo ko agak pandai dan miskin, itu pun perlu dibantu dan diberi biasiswa. tapi kalo ko kaya...makan minum, berak kencing ko kena tanggung sendiri la.
biasiswa hanya diberi pada mereka yang layak mengikut merit dan kedudukan ekonomi keluarga. tapi kalo ko tak layak terima biasiswa, sama ada ko tanggung sendiri ato pun ko buat pinjaman (tanpa faedah) yang boleh ditukar kepada biasiswa kalo ko dapat first class honours. ini akan menggalakkan kerja keras, rajin, tekun dan tak main-main dalam belajar. tapi kalo ko tak cemerlang, pointer cukop-cukop makan jer ato pointer average...ko kena bayar balik la duit rakyat yang ko pinjam tu. takkan makan minum berak kencing sewa rumah ko rakyat nak tanggung jugak. ko jangan jadi FREE LOADER macam Raja Gopal! pendidikan percuma untuk aku hanya cover duit yuran pengajian sahaja dari sekolah rendah sampai universiti hingga ke tahap PHD - yuran pengajiannya WAJIB PERCUMA. yang lain ko kena tanggung sendiri.

bro TT, adakah adil rakyat pembayar cukai macam aku ni kena tanggung studen-studen ni punya makan minum berak kencing sewa rumah? pastu duit rakyat tu digunakan pulak untuk shopping kat mid-valley, beli blackberry, tengok wayang, makan pizza hut dan mcdogal, sewa court main futsal, karaoke, main game, gi dating, beli kondom dan mungkin jugak duit rakyat tu digunakan jugak untuk sewa hotel murah buat kongkek hujung minggu. takkan semua ni rakyat nak tanggung jugak? adil ke kalo semua ni rakyat nak tanggung? bro TT rasa adil ke macam tu?
sebab tu bagi aku pendidikan percuma hanya meliputi yurang pengajian sahaja dan bukan kos-kos peribadi yang lain. sebab tu aku setuju pendidikan percuma tapi aku tak setuju hutang ptptn dilupuskan. kalo nak lupuskan pon hanya bahagian yuran pengajian sahaja yang perlu dilupuskan. yang lain ko kena bayar balik! duit rakyat bukan bank bapak ko yang ko boleh amik sesuka hati, belanja sesuka hati pastu ko nak lari dari bayar balik! kepada studen yang menuntut pelupusan hutang ptptn nasihat aku JANGAN JADI FREE LOADER!

ko pinjam ko kena bayar balik (tanpa faedah dan ditolak yuran pengajian). kepada studen yang bercita-cita nak jadi FREE LOADER makan minum semua tanggung ni, cubalah bayangkan kalo orang pinjam duit ko sepuluh ribu ringgit, pastu orang tu buat deg jer tak nak bayar balik...malah bukan sahaja tak nak bayar balik...melawan pulak orang yang dah kasi ko pinjam tu...macam mana ko rasa? palat kan? tak adil kan? korang pon dah besar panjang mengaji pandai sampai masuk universiti...so, seperti kata Nabil Raja Lawak..lu pikirla sendiri!
By Anonymous on CARA TERBAIK HAPUS PTPTN IALAH HAPUSKAN GEROMBOLAN... on 4/17/12
---------------------------------------------------
BERITA GUMBIRA UNTUK SELURUH NEGARA
rabu - radio bangsar utama akan dilancar
esok di dataran merdeka jam 9.00 malam
sila ikuti laporan terus menerus
dari dataran merdeka
sila layari:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
ESOK DILANCAR DI DATARN MERDEKA

NOTA:
radio bangsar utama akan
dilancarkan esok di dataran merdeka
sila ikuti laporan terus menerus
dari dataran merdeka pada jam 9.00 malam
sila tunggu dan nanti
jika terlepas rakaman tersedia
untuk para pendengra
radio bangsar utama
adalah raduo internet
yang telah dijanjikan oleh tukar tiub
harap para pembaca tukar tiub
akan mendengar radio ini
RABU - radio bangsar utama akan
melaoprkan BERSIH 3.0 ke seluruh dunia
untuk yang tidak dapat hadir
sila dengar siaran lintas langsung dari RABU
RABU ialah radio kolektif anak muda
RABU ialah radio untuk sesiapa sahaja
RABU adalah radio berani langgar laporan jelas
anak anak muda yang ingin bersama
dalam kolektif RABU sila hubungi kami
kami melatih pemberita
kami melatuh wartawan
kami melatih dj
RABU juga meminta warga dan kaum kerabat
pakatan rakyat, pencinta kebenran
para demokrat, anak muda counter culture
punk rocker - dari seluruh negara
untuk mengiklan kan progran mereka
untuk iklan dalam radio sila hubungan kami
di radio bangsar utama
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/













