NOTA
takut nak bersaing
dengan bukan melayu
takut terus corot
kah kah kah
BOIKOT PRK UiTM?
Selaku pensyarah baru di UiTM, saya sangat tertarik untuk menulis cerita ini rentetan peristiwa yang telah berlaku beberapa hari sebelum . Mungkin tulisan ini agak ringkas tetapi cukup untuk kita berfikir.
Semua tahu bahawa dikatakan UiTM merupakan kubu kuat Pro – Aspirasi. Walau apa pun terjadi, Aspirasi akan terus bertahan di UiTM.
Semalam salah seorang daripada pelajar saya minta supaya berjumpa, katanya ada suatu cerita menarik. Ramai kawan-kawan lain tidak mahu turun mengundi.
Pelajar yang berjumpa dengan saya itu katanya mahu bertanding.
Justeru, dia meminta jasa baik saya supaya menyeru pelajar-pelajar turun ke padang dan mengundi.
Namun begitu, terdetik di hati saya untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi.
Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar dibubar pada 18 November 2013. Malangnya, hal ini tidak digembar-gemburkan kepada sekalian pelajar.
Selain itu, menurut maklumat yang saya terima. Selepas tarikh pembubaran, pelajar yang berminat untuk bertanding hendaklah datang ke pejabat Hal Ehwal Pelajar dan mengambil borang dan menyerahkan semula pada hari khamis semalam.
Apa yang saya dapat lihat ialah berita ini juga tidak digembar-gemburkan dan segalanya sepi.
Ia terjadi seolah-olah segalanya bersifat eksklusif dan dalaman. Pelajar tidak dimaklumkan!
Dalam hal ini, pelajar yang berjumpa dengan saya juga menyatakan wujud akaun twitter seperti UiTM Insider, Kelab Sosialis UiTM, Pro Mahasiswa UiTM, GAMUS UiTM dan lain-lain yang menyeru supaya pilihan raya kampus yang akan diadakan pada 27 November 2013 (Rabu) ini diboikot.
Kumpulan-kumpulan ini datang dengan hashtag #DemiUiTM, #BlackUiTM, dan #BoikotPRKUiTM.
Selaku ahli akademik, saya tidak mahu mengulas isu ini secara politikal.
Tetapi, saya tertanya – tanya. Jika inilah perkara yang terjadi dan ia mendapat sambutan luas dalam kalangan pelajar. Maka, ada sesuatu yang “tidak kena” dalam sistem kita.
Dr. Jamaluddin Ahmad
Pensyarah Fakulti Pendidikan,
UiTM Shah Alam.
PENCAPAIAN TERHEBAT PELAJAR
membuat
KEPALA BANA TERBESAR
Para pelajar dan warga Universiti Teknologi Mara Cawangan Jengka mengelilingi logo 1Malaysia yang diperbuat daripada 370,000 cawan plastik terpakai di universiti berkenaan, semalam.
KUALA KRAU 31 Jan. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila membentuk logo 1Malaysia menggunakan bahan kitar semula iaitu cawan plastik semalam.
Pengiktirafan itu diumumkan oleh wakil MBOR, Zulhairi Md. Zin apabila kumpulan penuntut terbabit berjaya menyiapkan logo itu menggunakan 370,000 bekas minuman tersebut.
-----------