Jumaat, 12 Ogos 2022
INI TAKTIK LAMA
Zaid Ibrahim nafi firma guamannya akan tarik diri wakili Najib
PEGUAM Zaid Ibrahim menafikan firma guamannya akan menarik diri daripada mewakili Najib Razak dalam rayuan bekas perdana menteri terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan, Isnin ini.
Zaid berkata firmanya Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners tidak akan mengabaikan anak guam mereka dalam rayuan itu, tidak seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.
“Saya terkejut bagaimana satu kenyataan yang dibuat dalam kamar kepada penolong pendaftar (mahkamah) sampai kepada media hampir serta-merta selepas pendengaran pengurusan kes.
“Saya tidak pasti siapa sumber laporan media itu. Dalam apa juga keadaan, laporan itu tidak betul dan tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Zaid, firma guamannya tidak membuat sebarang kenyataan semasa sidang pengurusan kes dalam kamar bahawa mereka akan menarik diri.
“Kami tidak mengabaikan anak guam,” tambahnya.
Menurut Zaid, pihaknya kesal dengan laporan itu yang disifatkan berniat jahat.
Zaid berkata firma guamannya setuju mewakili Najib kerana bekas perdana menteri mempunyai rasa tidak puas hati yang sah terhadap sabitannya, terutama yang bersangkutan soal kedaulatan undang-undang, berat sebelah, dan konflik kepentingan.
“Menjadi tanggungjawab suci mana-mana peguam untuk mewakili seorang tertuduh yang ada sungutan begitu. Dengan berbuat demikian, saya tidak menghakimi kes ini terlebih dahulu, seperti yang boleh diperakui oleh mana-mana peguam terhormat.
“Menghakimi adalah tanggungjawab mahkamah. Sebagai peguam, tugas kami mewakili kes anak guam setakat yang termampu,” katanya.
Tegas Zaid, Najib berharap akan mendapat pengadilan yang penuh dan saksama di Mahkamah Persekutuan.
Beliau juga menafikan tuduhan pihaknya mengambil kes itu atas motif wang atau taktik untuk melengah-lengahkan perbicaraan rayuan akhir.
“Dalam apa juga keadaan, ini kali pertama Najib menukar peguam dalam perkara ini,” katanya.
Pada 26 Julai, Najib menamatkan khidmat peguam Muhammad Shafee Abdullah dan firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir terhadap sabitan dan hukuman atas tujuh pertuduhan menyeleweng melibatkan dana RM42 juta milik SRC International.
Shafee dan firmanya mewakili Najib sejak beliau dituduh di mahkamah pada 4 Julai 2018.
Najib kemudian melantik firma Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguam baharunya, dengan Hisyam Teh Poh Teik dari Tetuan Teh Poh Teik & Co sebagai peguam utama. Beliau dibantu dua peguam ZIST iaitu Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari untuk mendengar rayuan akhir Najib bermula Isnin ini hingga 26 Ogos.
Rayuan ini didengar selepas Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang diumum pada 28 Julai 2020.
Selepas perbicaraan antara 3 April dan 27 Ogos 2019 dan selepas mendengar keterangan 57 saksi, Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah atas tiga tuduhan jenayah pecah amanah, tiga kes pengubahan wang haram, dan satu kes salah guna kuasa.
Beliau dihukum penjara 10 tahun bagi setiap satu pertuduhan jenayah pecah amanah dan 10 tahun juga bagi setiap satu kes pengubahan wang haram. Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Beliau juga berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda.
Semua hukuman penjara berjalan serentak.
Zaid yakin pihaknya membawa perspektif baharu kepada kes Najib.
“Atas nasihat kami, Najib membatalkan beberapa perkara yang dikemukakan sebelum ini.
“Kami akan fokus sepenuhnya atas prinsip perlembagaan, kedaulatan undang-undang, keadilan asasi serta beberapa isu perundangan dan fakta dalam memohon untuk kes dibicara semula dan rayuan penuh.
“Kami sedia meneruskan usul untuk bicara semula apabila kes didengar Isnin ini,” katanya.
Kelmarin, Najib menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan pertuduhan dan menjatuhkan hukuman ke atasnya. – 12 Ogos, 2022.
WOIT
INI TAKTIK LAMA
KAH KAH KAH
HITLER PUN
PAKAI TAKTIK
INI
KAH KAH KAH
KALAU TAKDAPT
YAKINKAN RAKYAT
KELIRUKAN RAKYAT
KAH KAH KAH
BUAT BANYAK
SANDIWARA
BUKA BANYAK
CERITA BAGI
ORANG RAMAI
CUNT PIUS
KAH KAH KAH
BILA CUNT PIUS
BUKA CERITA BARU
KAH KAH KAH
APA CERITA ITU
CERITA BARU APA?
AMIN
CERITANYA:
NAJIB TAK DPT
KEADILAN
HAKIM ADA
KEPENTINGAN
AMIN
APA TUJUAN ?
APA NIAT ?
AMIN
TUJUAN NAK
MINTA ULANG
BICARA
JENG JENG JENG
ATAU MISTRAIL
SALAH BICARA
JENG JENG JENG
BUANG KES
NAJIB SELAMAT
AMIN
KHALAS
PROJEK BARU ?
Amar Singh buat laporan polis terhadap Raja Petra
BEKAS pegawai tinggi polis Amar Singh membuat laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin berhubung dakwaan seorang rakannya (Amar) turut serta semasa serbuan polis di rumah Najib Razak pada Mei 2018.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkata laporan itu dibuat petang ini di balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.
“Kertas siasatan dibuka terhadap Raja Petra kerana memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi,” katanya.
Amar juga berkata dua lagi timbalan pengarah bersara yang hadir semasa serbuan itu juga membuat laporan menyatakan kenyataan penulis blog yang berpangkalan di United Kingdom itu adalah palsu sama sekali.
Beliau menjawab dakwaan di portal Malaysia Today yang beliau (Amar) membawa terdapat seorang wanita awam ke rumah bekas perdana menteri itu yang disiarkan pada 11 Ogos.
“Tuduhan ini benar-benar palsu dan tidak berasas. Beliau (Raja Petra), mengatakan saya membawa seorang wanita awam semasa serbuan polis di rumah bekas PM.
“Beliau kemudian mengatakan wanita ini dibenarkan mengeluarkan satu beg pakaian mengandungi wang tunai dan barang berharga yang ditemui dalam serbuan itu. Dakwaan ini tidak masuk akal,” katanya dalam satu kenyataan. – 12 Ogos, 2022.
RAJA PETRA
BUAT BERITA
HAKIM NAZLAN
ADA 1 JUTA
DUIT DLM BANK
AMIN
SEMUA PERCAYA
HINGGA NAJIB
BUAT KES
TERHADAP NAZLAN
AMIN
KENAPA YG INI
FITNAH ?
KAH KAH KAH
APA KAH INI
PROJEK MINTA
ORANG BACA
LAMAN RAJA PETRA
KERANA NANTI
AKAN
ADA BANYAK
BERITA SOKONG
NAJIB BILA
NAJIB NAK
DI MASUK KE
DALAM JIL
KAH KAH KAH
BAGI PUBLISTI
LAMAN RAJA PETRA
LEBIH DULU
KAH KAH KAH
BIJAK BIJAK
OOO LA LA LA
AMIN
KHALAS
KAMUNTING 2003
KAMUNTING
TAHUN 2003
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"ALAM YANG INDAH"
Woit bro.. bila last lu solat maghrib?
MAAF - LU BETUL
MAAF
LU BETUL
AMIN
NAJIB PEMIMPIN
ISLAM SUCI
MANGSA FITNAH
AMIN
Unknown commented on
"TIPU HELAH
KERENAH NAJIB"
TT jangan fitnah Najib. Yang buat kenyataan tersebut ialah peguam loyar Encik Hisyam. Kalau ada kes ugut, peguam yang ugut, bukan Najib yang berbisu saja. Jangan zalimi Najib lagi. Tak baik.
DATUK SERI YANG GOTU
DATUK SERI
YG GOTU
DI JANDA BAIK
KAH KAH KAH
Suku Samdol commented on
"DATUK SERI
DI JANDA BAIK"
Datuk Seri kena tangkap sebab apa? Nak nikmat duniawi di Malaysia nih selalu kena potong stim dgn orang2 yang dengki sebab dia sendiri tak dapat. Polis buat serbuan sebab ada orang buat report. Kah Kah Kah
ADA PROJEK GELAP
BETUL
INI SEBAHAGIAN
DARI PROJEK
GELAP
AMIN
Unknown commented on
"ANTARA DUA DARJAT"
Kalau isnin najib masuk penjara, PRU nanti akan dengan hebatnya puak puak dia akan kata najib tidak diadili dengan adil, umno perlu menang utk bebaskan najib segera etc kah kah kah
ADA RANCANGAN GELAP
ADA
RANCANGAN
GELAP
AMIN
KALAH DULU
MENANG KEMUDIAN
AMIN
Unknown commented on
"ANTARA DUA DARJAT"
Najib takkan kedalam. Percayalah cakap gwa. Semua helah yang berlaku untuk acah2 saja keadilan masih wujud. Apa engkorang ingat najib/piee/Zaid xtahu ke minta tangguh alasan tukar peguam bukan senang nak dapat? Dorang dah tahu dan dorang dah diberitahu. Ini gwa Confirm. Kalah dulu menang kemudian. Yang nk najib ke dalam skrg ni (termasuklah aku) jgn menang sorak skrang tapi Lusa kampung tergadai. Khalas
PEGUAM CABUT LARI
BECOS SENIN
DI RANCANG
SEMUA PEGUAM
CABUT LARI
AMIN
MAHKAMAH KENA
UGUT
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"ANTARA DUA DARJAT"
Too fishy lah.. najib tak meroyan pulak di FB dia tak dapat tangguh.....selalunya boskurap ni apa saja pun dia up dekat penyokong teganya. Tt tolong siasat wat de becos
SABRU BLURBERY BELOT
Kertas siasatan isu LCS sudah lengkap – SPRM
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya telah melengkapkan beberapa kertas siasatan terhadap isu projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, kertas siasatan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan kes itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
“Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu.
“Seterusnya, SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan tersebut,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengarahkan SPRM menyegerakan siasatan projek LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Tegas beliau, sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
Pada 4 Ogos, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengeluarkan laporan siasatannya mengenai projek LCS.
Antara lain, laporan itu mengaitkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebagai orang yang bertanggungjawab menukar rekabentuk LCS yang tidak diminta pihak TLDM sebagai pengguna akhir.
Laporan itu turut menyimpulkan terdapat banyak penyelewengan dalam projek yang menyebabkan kelewatan penghantaran dan subkontraktor tidak dibayar. –
TAHNIAH
SABRI BLUBERY
KINI JADI KENG
KAH KAH KAH
SABRI BLUBERY
SUDAH BELOT
KAH KAH KAH
ZAHID KENA
SEKALI LAGI
KAH KAH KAH
UNTUK SELAMAT
SABRI BLURBERY
TAKDA PILIHAN
ZAHID PERLU
DI KORBANKAN
AMIN
KHALAS
TAPI APAKAH
MENTERI AKAN
DI DAKWA ATAU
HANYA PEGAWAI
KOCIK
KAH KAH KAH
AMIN
FREE LOADER
FREE LOADER
MAKAN TANGGUNG
BERAK CANGKUNG
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"LAGI 3 TAHUN DUNIA
AKAN MUSNAH"
Hari hari rakyat Malaysia mati kerana bayar bayar untuk golongan free loader, tak kira atas bawah tengah semua makan duit kiri kanan, apa nak jadi kat Mat Salim macam ini lah keadaan, ada ramai free loader golongan kerwbat kakitangan awam munke para sanak saudara kaum kerwbat keluarga lagi semua makan free berak senang mampoos lah begini, bagaimana negara akan bertahan??? Lah kah kah kah bagi lagi Melayu pegang semua hancur tak apa cuaca datang begitu pun mampooos Dua kaki jugak
DATUK SERI DI JANDA BAIK
'Datuk Seri' antara 25 ditahan parti liar di Janda Baik, kata polis
SEORANG lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit Tinggi Bentong, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kesemua mereka berusia 18 hingga 64 tahun yang terdiri daripada warga asing dan tempatan itu ditahan sepasukan polis kira-kira 1 pagi.
Beliau berkata ketika serbuan polis turut merampas dadah dipercayai jenis ketamin dan pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM800 dan siasatan awal mendapati banglo berkenaan disewa dengan harga RM15,000.
Katanya ujian saringan awal air kencing suspek yang terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita itu juga didapati positif dadah.
“Seorang yang ditahan bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan polis masih menyiasat siapa penganjur parti itu. Kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Zaiham merakamkan penghargaan terima kasih kepada orang ramai khususnya penduduk Bentong yang telah menyalurkan maklumat. – Bernama, 11 Ogos, 2022.
WOIT
KAH KAH KAH
PARTI LIAR
NI MACAM MANA
KAH KAH KAH
SAPA DAPAT
TANGKAP DIA
PUNYA KE ?
KAH KAH KAH
JANDA BAIK !??
BIAR BETUL
KAH KAH KAH
DATUK SERI NI
DATUK SERI
YANG ITU KE?
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)