Rabu, 13 Mac 2024
1.2 JUTA WARGA CHINA MERAH LESAP - APA JADI ?
KENAPA TAKDA
OPERASI CARI
1.2 JUTA WARGA
CHINA MERAH ?
KHALAS
BERNIAGA DENGAN ISRAEL
Kastam rampas 73 pek kurma disyaki produk dari Israel
KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang penyimpanan makanan di sini, semalam.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Sazali Mohamad berkata dalam serbuan pada 11.30 pagi itu pihaknya menemukan produk dengan label 'Organic Jumbo Medjool Dates' dipercayai dibawa masuk secara pukal dan dibungkus semula untuk dijual di pasaran tempatan.
"Sebanyak 14.6 kilogram pek buah kurma bernilai RM678 dirampas dan pemeriksaan ke atas spesifikasi produk pada pek berkenaan juga menemukan perkataan 'product of Israel'. Kita percaya kurma ini dibawa masuk dari sebuah negara eropah sejak 2022," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik perniagaan itu ditahan bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Katanya serbuan dan pemeriksaan itu dilakukan susulan video tular di media sosial baru-baru ini berkenaan sebuah premis menjual buah kurma yang disyaki produk dari Israel.-- BERNAMA
WOIT
ADA BANYAK
LAGI PRODUK
ZIONIS
AMIN
KEMPEN BOIKOT
WAJIB DI LUASKAN
AMIN
PENERANGAN
WAJIB UNTUK
ORANG RAMAI
AMIN
SEKRANG HANYA
MEK DONAL DAN
STARBUCKS
YANG DI BOIKOT
AMIN
BANYAK LAGI
BANYAK LAGI
AMIN
KHALAS
KEMARAU SAMPAI ?
Cuaca panas: Elak pembakaran terbuka
LABUAN – Pejabat Meteorologi Labuan mengeluarkan peringatan menggesa orang ramai agar mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka memandangkan musim kemarau dijangka berterusan hingga suku kedua tahun ini.
Dalam kenyataan kepada Bernama, pejabat itu memaklumkan pulau bebas cukai berkenaan mengalami pengurangan penurunan hujan yang ketara sejak Januari lepas dengan kadar hujan antara 2.8 milimeter (mm) hingga 29.6 mm.
“Tiada hujan direkodkan dari 8 Mac hingga hari ini, memburukkan lagi keadaan panas dan kering pada masa ini, namun menjelang hujung Mac hingga April negara dijangka mengalami peningkatan hujan dan ribut petir,” menurut kenyataan itu.
Musim kemarau berterusan ini disebabkan oleh berakhirnya fasa monsun timur laut dan El Nino bagi tempoh antara Februari hingga Mac.
Justeru, pihak berkuasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mengelakkan aktiviti yang boleh memburukkan lagi keadaan, terutamanya pembakaran terbuka. – BERNAMA
EL NINO
BAWA KEMARAU?
AMIN
DUGAAN LAPAR
DAHAGA MASA
BERPUASA
KHALAS
TAHUN INI TAKDA MENU RAHMAH ?
Makanan, minuman di bazar Ramadan naik harga
KUALA LUMPUR – Harga makanan dan minuman yang dijual bazar Ramadan di Tasik Permaisuri berhampiran Stadium Kuala Lumpur didapati meningkat antara RM1 hingga RM5 berbanding tahun lalu.
Meskipun ada kenaikan namun ia tidak menjejaskan jumlah pengunjung di bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.
Penjawat awam, Mohd Azizi Yusof, 44, berkata, walaupun harga makanan naik tetapi masih lagi memadai.
“Memang harga naik sekitar RM1 dan RM2 tetapi saya ke sini untuk menyokong peniaga yang menjual.
“Pada saya, naik RM1, RM2 masih boleh diterima,” katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung, Nurul Shahizan, 28, mengakui kenaikan harga jualan harga di bazar Ramadan kali ini.
“Kalau dulu air satu cawan mungkin RM1, selepas itu RM2 tapi sekarang satu bungkus paling murah kita boleh jumpa RM5. Jadi memang terasa kenaikan.
“Sekarang kuih-muih pun sudah dibungkus. Paling murah mungkin RM4, ada yang sampai RM6,” katanya.
Bukan sahaja pembeli sahaja yang mengeluh dengan kenaikan itu tetapi penjual air balang, Wan Muhammad Azayhem Jamaluddin, 31, mengakui bisnesnya sedikit terganggu kerana barang terlampau mahal.
Oleh itu, dia tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa menaikkan harga airnya.
“Contoh macam susu, gula. Dulu tahun lepas kami jual RM4, tapi tahun ini kami memang tak dapat jual RM4.
“Hampir setiap barang mengalami kenaikan dan kami tiada pilihan,” ujarnya.
Bagaimanapun, seorang peniaga kuih, Abdul Samad Mohd Said, 53, masih mengekalkan harga jualan kuih pun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah.
“Saya jual ikut harga semasa, harga pun dari RM2.50, tetap RM2.50 sahaja. Ikut harga kasih sayanglah orang kata.
“Kalau nak diikutkan terkesan juga, tapi dah kita jual. Kalau tinggi takut orang tak nak beli pula sebab, tak mampu,” jelas beliau.
Sementara itu, peniaga ikan bakar, Tome Tang, 48, mengakui tahun ini dan tahun lepas mempunyai sedikit perbezaan daripada segi harga.
Menurut beliau, walaupun ikan yang dijual mengalami kenaikan harga, dia masih menjaga kualiti ikan.
“Kita jual mengikut harga pasaran. Kalau pasaran tu naik, kita pun akan naik. Kita bukan suka-suka nak naikkan harga
“Namun, jika ada pelanggan merungut tentang kualiti ikan yang tidak baik, kami akan memulangkan kembali duit pelanggan. –
APA JADI DGN
MENU RAHMAH
AMIN
BAZAR RAMADAN
TETAP DIRAYAKAN
AMIN
INI IMAN
ISLAM BUDAYA
KHALAS
HUJAN PETANG
HUJAN PETANG
AWALNYA JAM 6 PETANG
GURUH KILAT ANGIN BERTIUB KENCANG
ARAH SUNGAI BESI GELAP
AKHIRNYA JAM 6.30
HUJAN LEBAT TURUN
KITA DI KL JADI SEJUK
MALAM SANTAI
NYAMAN
TAPI
PENIAGA BAZAAR RAMADAN
PASTI RISAU
HUJAN PETANG TUTUP
PINTU REZEKI
AMIN
BOIKOT NESCAFE
BOIKOT NESCAFE
KHALAS
"PETANG INI"
Kalau boleh henti beli atau minum nescafe kerana antara produk yg support israel. Moga usaha kecil ni kita sama2 mampu lakukan. Amin.
Unknown commented on
"JANGAN SALAHKAN JAKIM"
jangan salahkan kaum lain kalau dia buang anak salahkan jakim.. khalas.
Unknown commented on
"PISANG MANGSA
MALPETAKA IKLIM"
kalau pisang mahal jangan mkan pisang .. makan kunyit. by right.
BUAH KURMA ISRAEL
BUAH KURMA
ISRAEL
KHALAS
Unknown commented on
"BUAH KURMA ISRAEL DI PASARAN MALAYSIA"
Berkata benar walaupun hangpa termakan kurma Israel sejak zaman Tok Kerala
Benar kapal Israel berlabuh di Malaysia pada 2002 kerana
percaya harapan usaha damai -
Tun M
Hasimi Muhamad
Disember 20, 2023 11:30 MYT
astro
AWANI
TO GAZA Dr Mahathir berkata beliau menyokong tindakan Kerajaan Malaysia menyekat syarikat tersebut dari berlabuh di
pelabuhan negara- Foto/fail
NAK BERANCUK TAK PERLU JAKIM
NAK BERANCUK
TAK PERLU JAKIM
AMIN
Unknown commented on
"JANGAN SALAHKAN JAKIM"
kalau kaum lu makan babi masak petai berak basuh ke lap sapu tisu.. bau tahi ok ka ? ...kah kah kah
Unknown commented on
"JANGAN SALAHKAN JAKIM"
jangan salahkan kaum lain kalau dia buang anak salahkan jakim.. khalas.
JANGAN BUAT WAYANG AGAMA
JANGAN BUAT
WAYANG AGAMA
AMIN
Unknown commented on
"BUAH KURMA ISRAEL DI PASARAN MALAYSIA"
Nak puasa buat secara elok elok, tak payahlah pamer tak payah heboh, tak payah nak tunjuk susah payahnya berpuasa, cukup setakat ikhlas semoga mendapat berkat, lain lain hanya wayang belaka, yang pandai bercakap tidak semestinya pandai bekerja, pun orang ramai masih menonton sketsa skema politik sampai lah ketua ketua kampung masih meneruskan agenda sendiri demi penipuan beretika selama ini, cukup cukuplah sudah sudahlah kah kah kah
buat secara ikhlas kerja secara ikhlas kerana ada gaji masuk setiap bulan tanpa gagal, sebulan puasa sebulan berhari raya sakan kah kah tinggal sepuluh bulan apa nak jadi entahkan kah kah kah hanya sekadar mengingatkan sesama saudara seagama sebangsa senegara sejiwa sebati sudah kah kah kah
TIGA LOMBONG MILIK NAJIB DI MONGOLIA
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa sebuah syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menerima wang daripada SRC BVI berjumlah AS$15 juta dan memindahkannya kepada beberapa individu terkemuka.
Pengarah Urusan Quantuma International, Angela Barkhouse melalui pernyataan saksinya berkata, syarikat Muraset Limited menerima dana tersebut pada 27 Disember 2011 dan AS$40,000 dipindahkan kepada Battushig Batbold iaitu anak lelaki bekas perdana menteri Mongolia, Sükhbaataryn Batbold.
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
“AS$4.5 juta dipindahkan kepada pengarah Muraset, Cheong Choo Young iaitu proksi Batbold (Battushig) manakala isterinya Kim Hak Seon menerima AS$1.4 juta. Namun perniagaan Muraset bagaimanapun tidak diketahui,”katanya.
Wanita itu berkata demikian semasa memberi keterangan secara dalam talian dari British Virgin Islands dalam kes saman AS$1.18 bilion SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri Najib Razak di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin.
Barkhouse, saksi kedua SRC itu berkata, pada mulanya Muraset menerima dana daripada SRC BVI sebagai bayaran untuk tiga juta saham dalam Gobi Coal Energy Limited di Mongolia di mana Gobi Coal memegang hak ke atas dua lombong di Mongolia.
“Walaupun ini kelihatan sebagai transaksi yang dilakukan mengikut pelaburan dalam sektor tenaga dan sumber, pemerolehan saham ini dijalankan tidak mengikut aturan yang wajar.
“Nampaknya pemindahan ke Muraset atau Gobi Coal itu kekurangan nilai komersial. Tiada asas bagi pembayaran ini dikenal pasti dan menunjukkan bahawa ini adalah mekanisme untuk mengalihkan dana kepunyaan SRC International,” kata Barkhouse.
Pada 7 Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman sivil dengan mendakwa Najib (defendan pertama) menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana tersebut.
Selain Najib, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dinamakan sebagai defendan kedua.
SRC, yang juga anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selaku plaintif, dalam writ saman mendakwa kesemua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah.
Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
SRC juga menuntut deklarasi bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.
Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Perbicaraan bersambung esok. – Bernama
WOIT
CUKUP MENARIK
BERITA INI
AMIN
DI MONGOLIA
ADA TIGA LOMBONG
MILIK MALASIA
KAH KAH KAH
LOMBONG ARANG
UNTUK TENAGA
AMIN
DUA LAGI LOMBONG
MILIK ALTANTUYA
AMIN
LOMBONG MULUT
LOMBONG JUBO
DUA DUA MILIK
NAJIB
AMIN
KHALAS
SAMSENG MALAYSIA BERGERAK INTERNASIONAL
Polis Thailand bongkar sindiket penipuan, dua rakyat Malaysia antara yang ditahan
BANGKOK – Polis Thailand membongkar operasi sebuah sindiket penipuan dan menahan sembilan suspek termasuk dua rakyat Malaysia yang didakwa memperdaya lebih 50 mangsa penipuan pelaburan mengakibatkan kerugian kira-kira 800 juta baht (RM105.26 juta).
Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Ekonomi, Mej Jen Polis Puttidej Bunkrapue berkata, seorang lelaki Malaysia berusia 42 tahun disyaki dalang sindiket ini diberkas di Sadao, Songkhla pada 6 Mac lepas.
Seorang lagi lelaki berusia 26 tahun memiliki rekod jenayah di Malaysia bersama teman wanitanya seorang warga Thailand berusia 30 tahun ditahan di Bangkok pada keesokan harinya.
x
Beliau berkata, dua lelaki Malaysia dan wanita Thailand itu disyaki merupakan sebahagian daripada anggota sindiket transnasional yang beroperasi merentas Malaysia, Thailand dan Kemboja.
“Sindiket itu dianggarkan memiliki lebih daripada lima bilion baht (RM657.90 juta) yang beredar dalam rangkaiannya.
Siasatan awal mendapati sindiket itu memperdaya lebih daripada 50 mangsa, kebanyakannya wanita. Ada mangsa yang memindahkan antara 10 hingga 15 juta bhat pada satu-satu masa.
Seorang wanita warga emas Thai mengalami kerugian yang terbesar, iaitu 50 juta bhat (RM6.58 juta), katanya kepada Bernama.
Puttidej berkata, dua rakyat Malaysia itu akan menghadapi pertuduhan termasuk penipuan dan jenayah siber yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Mereka juga mungkin menghadapi pertuduhan tambahan iaitu jenayah terancang transnasional yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, katanya.
Siasatan mendapati capaian sindiket itu merentas beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Kemboja, Thailand, Malaysia dan juga Hong Kong.
Lelaki Malaysia berusia 42 tahun yang disyaki sebagai dalang sindiket ini didapati kerap ke Malaysia, Thailand dan Kemboja dan penyiasat menemukan pautan alamat Protokol Internet dan transaksi kewangan kepada sindiket itu di Hong Kong.
Puttidej berkata, polis menyita 84 akaun bank mengandungi lebih daripada 20 juta bhat selain daripada 20 akaun kripto.
“Polis juga merampas 33 komputer, 65 telefon bimbit dan satu koleksi barangan mewah termasuk kereta, beg dan jam tangan berjenama,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah juga mengeluarkan waran tangkap terhadap lebih 50 suspek termasuk lapan rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dengan sindiket ini.
“Kami sedang memohon kerjasama daripada polis Malaysia untuk memburu lebih ramai suspek, kata Puttidej.
“Mangsa-mangsa diperdaya supaya melabur dalam satu aplikasi palsu dipanggil “Nichare”, yang menjanjikan keuntungan mudah dan membenarkan pengeluaran awal wang untuk membina keyakinan mangsa terhadap pelaburan itu.
Bagaimanapun, apabila mangsa cuba untuk mengeluarkan jumlah wang yang banyak kemudian, mereka bertemu dengan halangan. Penipu ini kemudian menekan mereka supaya membayar fi tambahan, termasuk fi jaminan dan cukai bagi mendapatkan kembali pelaburan asal mereka.
Taktik pemangsa ini akhirnya menyebabkan ramai mangsa membuat aduan. – Bernama
WOIT
KITA HEBAT
SAMSENG MALAYSIA
KINI BUAT KERJA
DI LUAR NEGARA
AMIN
IKUT TAULADAN
PM NAJIB NAZAK
KHALAS
KAYAKAN ANAK BINI & KRONI
KAYAKAN
ANAK BINI
DAN KRONI
KHALAS
Unknown commented on
"JANGAN SALAHKAN JAKIM"
Kita ini memang suka mencari kesalahan orang lain, diri sendiri pun susah nak betulkan, betul tak? Dari pemimpin politik sampai lah akar pokok umbi semua sama, cari setiap kesalahan orang-orang lainnya, tetapi pemimpin sendiri ketua sendiri pun jenama kapur belaka, berak kapur merata pelosok negara kah kah kah, siapakah boleh jadi pemimpin Melayu teragung? Siapa bijak berbohong siang malam tanpa segan-silu berjaya, lagi satu berjaya dalam kempen media sosial mereka, sekarang sudah nampak banyak ketua kerja sepenuh masa dalam media sosial, membina persepsi saja, tak payahlah buat wayang semasa sandiwara anak beranak masih diutamakan,
dibagi peluang dibagi kontrak walhal yang layak diketepikan selalunya, nak kursus nak belajar nak temuduga nak naik pangkat semuanya keutamaan kepada sanak saudara anak beranak kaum kerabatku saja tak apa tapi jangan menuding jari kepada yang tidak diberikan peluang langsung, semakin lama semakin dalam kartel dalam setiap jabatan pasukan setiap organisasi kerajaan kah kah kah kemudian nak salahkan orang bawahan cukup mudah yang mana yang rosak semua adalah kepala bapak dia orang kah kah kah
NAJIB PENCURI PALING BESAR
NAJIB POLITIKUS
PENCURI PALING
BESAR DALAM
SEJARAH DUNIA
KHALAS
Unknown commented on
"NAJIB WAJIB TERUS
DISIMPAN DI KAJANG"
Antara pemimpin yang mencuri paling TOP ialah Najib, kurniaan Tuhan kata penyokong dulu semasa ada jawatan, sekarang ini tak ramai, semuanya menghilangkan diri sejak tak ada kuasa, begitulah manusia selagi ada kuasa ada jawatan ada pangkat ada pingat keliling oleh lalat, kah kah kah
budaya hidup tahi memang kegemaran lalat, dimana ada tahi ops dimana ada najis disitu ada lalat syukur satu lagi kurniaan, sebarang kelayakan paling kaya patut kepada keluarga kepimpinan United Gerombolan Sdn Bud kah kah kah
PUASA HARI KE DUA
PUASA
HRI KE DUA
RABU 13 MAC 2024
KITA BERPUASA MASUK
KE HARI KE DUA
GUA BERBUKA DI RUMAH
MALAM KELMARIN GUA
MAKAN MALAM DI KEDAI PAKISTAN
DI JALAN IPOH
LALU LINTAS SELESA
SEMUA PULANG KE RUMAH AWAL
UNTUK BERBUKA
TIDAK ADA JEM
MUNGKIN BAZAR RAMDAN
BARU NAK MULA
BELUM SIBUK LAGI
GUA LIHAT DI JALAN TAR
SEBELAH PASAR CHOW KIT
KHEMAH MULA DI PASANG
NIAGA BELUM MULA
SUASANA PUASA
SUASANA RAMADAN
SUASANA ISLAM BUDAYA
TELAH SAMPAI
AMIN
RAMADAN
DI GAZA
DI SUDAN
PASTI DALAM
SUASANA SUSAH
AL- QUDS
MACAM MANA ?
JENG JENG JENG
HAITI
PRESIDEN HAITI LETAK JAWATAN
SAMSENG KINI KONTROL
BANYAK KAWASAN
PBB DI SARAN
HANTAR TENTERA
AMERIKA
HANTAR 300 JUTA DOLAR
UNTUK UKRAINE
INI BOLEH BELI PELURU
UNTUK BEBERAPA MINGGU
DANA 62 BILION DOLAR
DI BLOK OLEH PARTI REPUBLIKAN
SIAM
PARTI MASA DEPAN
YANG PALING BANYAK KERUSI
PRU YANG LEPAS
AKAN DI HAPUSKAN
KRISIS DI SIAM
JENG JENG JENG
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
KL & SENTRAL BERKABUS
AGAK TEBAL
LANGIT BIRU KELAM
DI PINTU MASUK
MURAI BERKICAU
HA HA HA
CENGKERIK BERPESATA
SUARA AGAK KUAT
DALAM BELUKAR
TUK TUK TUK
BERSUARA
EMPAT BUAH KERETA TERMASUK
SATU TEKSI MASUK HOKKIEN
KELUARGA INI DATANG AWAL
ZIARAH DAN SEMBAHYANG KUBUR
HARI INI AKAN PANAS
BALKONI GUA
DAH DI LIMPAHI CAHAYA
PUASA KEDUA BERJALAN
LANCAR DALAM MUSIM PANAS
AMIN
BRO
SENYUM
RAYAKAN RABU
DENGAN SENYUMAN
BRO
KEBEBASAN TIDAK LENGKAP
JIKA KITA TIDAK BEBAS
MEMBUAT KESILAPAN
BRO
MAKANAN YANG DILARANG
BIASANYA NIKMAT
ADALAH LEBIH
BRO
LEBIH BAIK
DI CEMBURUI
DARI DI KASEHANI
BRO
BERGOSIP
ADALAH KERJA
PALING SIA SIA
DALAM DUNIA INI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA
Langgan:
Catatan (Atom)