Rabu, 18 Februari 2009

TERNOW !!! ZAMBRY YANG MENGAKUI SEBAGI MB PERAK BERSAMA 6 AHLI DUN DI GANTUNG -Mkini



Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.



kah kah kah... kah kah kah... kah kah kah....

kah kah kah... apa sudah jadi beeeeb.... elaun lum dapat... dah kena gantung...kah kah kah.... biar betul.... kah kah kah



KETUA HAKIM NEGARA TERLIBAT RASUAH ? Mkini


Pengerusi DAP, Karpal Singh mendedahkan rakaman audio yang membuktikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi dikatakan mendakwa telah memberi rasuah.

Pemimpin pembangkang itu memainkan rakaman tersebut kepada wartawan dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Karpal, rakaman tersebut adalah merupakan ucapan Zaki dalam satu konvensyen di Kuching November lalu mengenai integriti, pemangkin pembangunan mapan.

Rakaman berkualiti yang rendah, dikatakan mengandungi bahagian di mana Zaki dikatakan bercakap mengenai memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah ketika beliau menjadi peguam.

Rakaman audio dalam bahasa Inggeris selama 29 minit itu berbunyi:


"It took me six months to be nice, to bribe each and every individual to get back into their good books before our files were attended to."

"That is my personal experience, I am telling this to all the clerks and all the registries to stop this nonsense."



kah kah kah…. MAMPUSLAH RAKYAT…. HAKIM PUN RASUAH ….kah kah kah

woit… NAK MINTAK TOLONG PADA SIAPA ?... kah kah kah…

kah kah kah…. TANYA MAT MONGOL… DIA BAGI C4…kah kah kah…

kah kah kah… TANYA WAK BOTOX…. DIA MINTA SERVICE 9 JUTA...kah kah kah

kah kah kah…. MINTA PADA HAKIM… DIA CAKAP… KOREK KOREK KOREK…kah kah kah

kah kah kah… TANYA PADA PM… DIA Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

woit….. APA SUDAH JADI DENGAN KETUANAN MELAYU…kah kah kah



BARU MASUK !!! TERKINI !!! MB SELANGOR SAMAN KHIR TOYO - mStar


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid pada bulan lepas berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada pukul 11.57 pagi melalui firma guaman S.N. Nair & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar "The New Straits Times" bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Jan lepas dan di dalam suratkhabar 'Utusan Malaysia' bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Jan lepas.


kah kah kah…. PADAN MUKA… kah kah kah..

opps… MAAF … BUKAN MUKA KERANA MUKA PLASTIK…kah kah kah

kah kah kah… PADAN PENYAPU …. Kah kah kah… opps…MAAAF… PENYAPU TAK BERSALAH…. kah kah kah…

kah kah kah… PADAN MUKA WAK BOTOX…. WAK BOTOX YANG BERMORAL TINGGI…. WAK BOTOX YANG ISTERINYA LARIKAN 9 JUTA DUIT… kah kah kah…

woit …. LEMBU MAT EZAM YANG TAK BERGERAK GERAK APA JADI ?...kah kah kah




AKHIRNYA TINGGAL EMPAT EKOR RAJA




Cerita Satu : Permaisuri sedang duduk dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampong sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda di sebat untuk memacut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan. Kaum tani datang mengepong kereta kuda.

Cerita Dua : Bomoh berjanggut tebal telah mati di tembak dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salju semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan Baginda dan Permaisuri sedang memasukan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat diluar sedang bersedia menunggu dalam kesejukan salju.

Cerita Tiga : Bila malam mula gelap Baginda pun dinaikkan ke atas kapal menuju ke Itali. Beberapa orang juak juak datang mengekor. Kaki kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di perlabuhan. Bila kapal bergerak peluit pun tidak di bunyikan. Semuanya senyap.

Cerita Ke Empat : Talipon berwarna merah berdering. Pembantu President mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hunjung talian Raja Segala Raja-Raja sedar saatnya akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang injin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.

Cerita Satu adalah hari-hari akhir untuk Maria Antoinette Permaisuri Peranchis yang hingga ke hari ini masih di ingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Peranchis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti – Pemaisuri Bangang ini telah bekata “ Kalau tak ada roti makanlah kueh’. Setelah ditangkap kerna cuba hendak melarikan diri, Si Bangang ini telah di bicarakan. Keputusan rakyat lehernya di penggal dengan guillotine oleh Revolusi Peranchis pada tahun 1793. Sistem feudal beraja di hapus. Peranchis menjadi Republik.

Cerita Dua adalah saat saat akhir apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Russin telah di bunuh. Rakyat Russia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di Russia. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirkan di hukum mati oleh Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal di hapuskan. Russia menjadi Republik.

Cerita Ketiga adalah dimalam akhir Al-Malik Fārūq al-Awwal – Raja Mesir yang di naikan ke atas kapal oleh Presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah di hantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada tahun 1952. Sistem feudal di hapuskan. Mesir menjadi Republik.

Cerita Ke Empat ialah hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan dari Presiden Jimmy Carter. Jimmy Carter telah enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Jimmy Carter telah mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa Presiden sedang berehat di Camp David dan tidak mahu di ganggu. Pada 11 Febuari 1979 Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini di tendang keluar oleh Rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan. Iran menjadi sebuah Republik.

Ini adalah contoh berakhirnya sistem feudal dimana Raja, Al-Malik, Shah , Emperor dan Czar di tendang keluar oleh rakyat. Ada yang di bunuh, di penggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.

Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia - zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem feudal ini.

Feudal ialah satu sistem ekonomi dimana yang kuat di jadikan Raja dan di sembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai Raja telah mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peloh kaum tani.

Di zaman ini punca mata pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam. Gerombolan yang menamakan diri mereka Raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera mereka dilihat berkuasa.

Untuk memperkukuhkan kuasa , pada awalnya telah di munculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita Pedang Azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa. Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi.

Sistem feudal menghadapai persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama menjadi satu kuasa baru mula mengancam kuasa feudal. Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India.

Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodoh dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka di rampas. Kamu agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalal kan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.

Penipuan ini berjalan beratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah.

Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional kaum tani tidak lagi merasa gerun apabila melihat muka Raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut marut telah di koyak rabakkan oleh pemikiran rasional.

Idea yang di bawa di Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu Sains, Ilmu Alam, Ilmu Bumi dan Bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – Kaum Peniaga. Kaum Peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi dari urusan perniagaan.

Dengan ilmu sains dan pengetahun Kaum Peniaga yang mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang. Kaum tani mula meninggal tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi Kaum Peniaga juga tidak jauh ganasnya dari kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan.

Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan dari kaum buru dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Peranchis pada tahun 1789. Berlaku Revolusi Amerika pada tahun 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik di Rusia pada 1917.

Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke pencerahan. Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil dari rompakan tenaga kerja mereka.

Epilog : Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun trup. Faroq di kelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.

Ini jawapan Al- Malik Fārūq al-Awwal …‘ akhirnya dalam dunia ini akan tinggal 4 ekor raja sahaja….Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk…. ’ (TT)


( Bahagian dua akan disambung minggu hadapan )




PROGRAM MENTERI BESAR PERAK HARI INI




PAGI:


Kes Yang Amat Berhormat Menteri Besar Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin Vs Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir (MK 25-25-09) akan di dengar di mahkamah.


TARIKH: 18hb Februaru 2009 (RABU)
WAKTU: 11am
TEMPAT: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurt, Jalan Duta.

Dijemput Hadir.


PETANG DAN MALAM:


LAWATAN MENTERI BESAR PERAK YAB DATO' SERI IR. MOHD NIZAR KE BAGAN DATOH

Rabu - 18 / 02 / 2009

3.00 ptg : MAJLIS HI-TEA di Parit Satu, Sg. Sumun

5.00 ptg : RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT di Bagan Sg. Tiang

7.00 ptg : KULIAH MAGHRIB di Surau Idrisiah, Kg. Sg. Betul

8.00 mlm : MAJLIS BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT di Hutan Melintang

~ Seluruh Rakyat Dijemput Hadir ~



PENYOKONG PARTI TAK WAJAR LAUNG TAKBIR SEWENANG-WENANG – berita hairan



IPOH: Parti politik sepatutnya mengelak daripada menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan mereka termasuk ketika berceramah mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negeri atau menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar, Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz, berkata penyokong parti politik juga tidak wajar melaungkan takbir sewenang-wenangnya kerana takbir dikhususkan sebagai tanda kebesaran Allah.

Najmuddin berkata demikian ketika diminta mengulas sesetengah pemimpin parti pembangkang bukan Islam terutama DAP yang gemar membaca ayat al-Quran dalam bahasa Arab dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu dalam ceramah politik.


kah kah kah… kah kah kah…. kah kah kah….

woit …. BETUL … BETUL… BETUL…. kah kah kah

kah kah kah… MINTA GEROMBOLAN BUAT UNDANG-UNDANG ... kah kah kah...

kah kah kah... BUAT TRADE MARK... kah kah kah...

kah kah kah...BUAT COPYRIGHTS... kah kah kah...

kah kah kah....PASTIKAN HANYA GEROMBOLAN SAJA YANG BOLEH TAKBIR….
. kah kah kah..

woit…. ADA HUKUM KE ORANG DAP TAK BOLEH BACA QURAN ?... kah kah kah

woit .... MACAM MANA DENGAN... TENGKU ABDUL AZIZ IBRAHIM...AHAMAD TON..AZAHARI ISMAIL...AHMAD IKRAM ... MACAM MAN HAH !.... kah kah kah...




INSAN SUCI LAGI SUCI LEBIH PUTIH DARI MAZI



Dari Malaysian Insider : Khir Toyo telah mempersoalkan moral Elizebeth Wong “ Ini soal morality, sama ada gambar itu diambil dengan kebenaran atau tidak adalah soalan yang lain, saya tidak boleh menerima seorang Adun yang memiliki moral sedemikian.’


kah kah kah…. BETUL KE WAK BOTOX NI ?.... DAH JADI WALI ….kah kah kah…

koit… BINI WAK BOTOX NI LARI 9 JUTA RINGGIT APA CERITA ?.... kah kah kah..

woit … TANAH 200 EKAR WAK BOTOX BAGI KAT DRIVER TU MACAM MANA ?....kah kah kah...

woit... PROJEK BUAT RUMAH EXCO TU APA CERITA.... BERAPA BANYAK WAK BOTOX SEBAT ?...kah kah kah...

woit.... NAK BAGI TAHU KERAJAAN SELANGOR SEDANG SIASAT SEMUA KES TANAH WAK BOTOX....kah kah kah... BARU BOTOX NI TAHU.... kah kah kah...





PELUANG RAKYAT BETULAKAN KESILAPAN PILIH PEMBANGKANG - melayau


JAKARTA 16 Feb. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yakin rakyat akan menggunakan peluang pada dua pilihan raya kecil April ini bagi memperbetulkan kesilapan mereka memilih pembangkang sebelum ini.

Beliau berkata, ia adalah kerana dalam tempoh setahun pembangkang memerintah di beberapa negeri dan berada di Parlimen, mereka hanya menyebabkan suasana tegang dan huru-hara.


kah kah kah…. KALAU PAKATAN MENANG ERTINYA RAKYAT SALAH LAGI?.... kah kah kah…

woit…. MANA PUNYA MUNKEE CAKAP MACAM NI… kah kah kah…

kah kah kah.. MI NO SPIK INKLIS… MI NO PIL POM…. kah kah kah…

kah kah kah…. MI NO LEN MET N SAIN IN INKLIS… kah kah kah...