Rabu, 25 Disember 2019

LAU MAU CAKAP APA?







YA BEDUL LU

MAU CAKAP APA?

ARAB NI LAGI 

TAHU BAHASA

AL- QURAN

BAHASA ARAB



MAT  BEDUL





-------------

JENG JENG JENG











JENG JENG JENG
APA AKAN JADI

KEPADA NAJIB

PEMIMPIN ISLAM


Kertas siasatan kes bunuh Altantuya mungkin dibuka semula – AG

KUALA LUMPUR – Peguam Negara,  Tommy Thomas tidak menolak kemungkinan membuka semula kertas siasatan kes Altantuya Shaariibu.

Ia termasuk dakwaan terbaru melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Bloomberg, Tommy menyifatkan semua orang menyedari tidak masuk akal jika hanya dua pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang juga pengawal pengiring Najib disabitkan kesalahan membunuh wanita berkenaan pada tahun 2006.

“Tidak masuk akal hanya dua pegawai polis sahaja dipersalahkan. Kita tahu bahawa cerita ini tidak lengkap,” katanya dalam satu wawancara bersama Bloomberg pada 20 Disember lalu yang disiarkan hari ini.

Tommy berkata, pihaknya akan meneliti sama ada siasatan dibuka semula susulan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul yang dilihat tidak mempunyai motif meyakinkan dan akuan bersumpah (SD) terbaru oleh Azilah menunjukkan ada fakta terhadap sebab pembunuhan.

“Lebih banyak untuk polis melakukan siasatan dan kami akan melihatnya,” katanya.

Azilah sebelum ini memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya dengan membuat satu kenyataan bersumpah.

Melalui kenyataan bersumpah itu, Azilah menuduh Najib mengarahkannya untuk menangkap dan menghapuskan mangsa kerana mendakwa Altantuya merupakan pengintip antarabangsa dan membahayakan keselamatan negara.

Najib menafikan penglibatannya dan telah melakukan sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

MANA HILANG

ROSYAM  NOR

MAT OVER

DAVID TEO

LOKMAN ADAM

JAMAL TONGKOL

NGO ISLAM

JARINGAN MELAYU

KENAPA SEMUA

MENIKUS

PEMIMPIN ISLAM

SEDANG DIFITNAH
KAH KAH KAH

----------

MAULUD NABI





MAULUD NABI
TaT TT ..
nak tanyo leh tak ..
maso Krismas kito makar lomang masok NOGHAKO gak ko .. 
on 
SELAMAT MENYAMBUT 
MAULUD NABI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 24/12/19





--------

NABI PERANGI KAPITALIS





NABI PERANGI

KAUM KAPITALIS

Nabi nabi kamu dulu, isa dan Muhammad, diludahi kerana perangi kapitalis lah. Muhammad kata jangan dijual berhala tangkal azimat. Isa pulak memerangi jual Surat ampun dosa. Tuhan itu satu saja. 
Bila sudah berdosa, betulkan kesilapan saja.sudahnya TaT hulurmak jual pulak air mukjizat kencing unta. Tiada pulak mereka menjanjikan bidadari. Hanya pesanan, buat jahat,akan dibalas jahat.buat baik, akan dibalas baik. 
on 
AKAN DIBUAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/12/19

Mud





--------

NAK CEPAT






NAK

CEPAT

Dunia moden bro, semua nak cepat, nak segera, macam maggie mee, dua minit masak, tapi masak dua minit mati cepat, makan plastic, manusia moden begitu juga, sijil palsu, degree palsu, master palsu, semua pakai short cut, manusia zaman 50,60,70 ikhlas sikit kerja, 
generasi baru hampeh belaka, kerja malas nak tidur makan mc donut dugol kentucky jadi lemak belaka dan makanan segera dalam kotak, semua bagi kesan kualiti manusia sekarang kah kah kah... on GILA NAK CARI GLAMOUR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/12/19

K



------

BUNUH - APA NIAT







NIAT

BUNUH

satu dunia udah tahu lah, bunuh orang mesti ada NIAT, kalau tak ada NIAT memang hampeh, tapi Malaysia kan serba boleh? Hanya orang Malaysia sokong penyamun sebagai Bossku, negara lain tarak, negara lain sudah rejam batu, 
kah kah kah 
kemudian kata Malaysia terbaik, jurucakap kepada negara lain, semua hal sedunia nak campur tangan, pada hal sijil ijazah pun tipu pakai palsu, english cakap pun bebek bebek kah kah baca teks boleh lah...jangan malu mesti kembang jaguh dunia nanti 
kah kah kah 
on
 KES BUNUH
 ALTANTUYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 16:59

Ini




------------

KES BUNUH ALTANTUYA








KES BUNUH
SEMUA KES BUNUH
PERLU 3 PEKARA

3 PEKARA   WAJIB DIKETAHUI 
OLEH PIHAK POLIS
OLEH PENDAKWA
OLEH HAKIM
OLEH PEGUAM PEMBELA
SEBELUM 
PEMBUKTIAN DILAKUKAN
OLEH TUAN HAKIM

PERKARA INI IALAH

PERTAMA : MAYAT YNG DIBUNUH
KEDUA: SENJATA YANG MEMBUNUH
KETIGA: TUJUAN MEMBUNUH

DALAM KES ALTANTUYA
1 - SERPIHAN MAYAT DITEMUI
2 - SENJATA C4 DITEMUI

HANYA NO 3
?????
APA TUJUAN
APA MOTIF
AZILAH DAN SIRUL
MEMBUNUH  ALTANTUYA
INI TIDAK DITERNGKAN DI MAHKAMAH
KHALAS






--------

GILA NAK CARI GLAMOUR







NAK CARI

GLAMOUR

GILA NAK JADI

ARTIS

Terperdaya tawaran jadi model, wanita dan teman lelaki disamun, dicabul 


TERPERDAYA dengan tawaran menjadi model sambilan, seorang wanita dan teman lelakinya bukan sahaja disamun malah wanita berkenaan turut dicabul oleh seorang lelaki dalam kejadian di kawasan Lima Kedai, Iskandar Puteri, di Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu berlaku ketika wanita berumur 23 tahun dan teman lelakinya, 20, yang kedua-duanya datang dari Kuala Lumpur, sedang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi bersama-sama suspek yang diambil di Pontian untuk ke satu destinasi.

“Suspek menerusi Facebook menawarkan pekerjaan model sambilan kepada wanita itu dengan bayaran RM3,000 sehingga mendorong wanita berkenaan bersama teman lelakinya datang ke negeri ini.

“Apabila sampai di kawasan jalan mati berdekatan Lima Kedai, suspek secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang panjang dari belakang badan dan meletakkan di leher teman lelaki wanita berkenaan lalu menarik serta mengurungnya di but kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dzulkhairi berkata suspek kemudian mengarahkan wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai itu membuka pakaian dan mencabulnya serta merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbit milik suspek.

Katanya, suspek kemudian membawa kenderaan terbabit sehingga ke sebuah kawasan kebun kelapa sawit di Pontian dan mengugut wanita itu supaya tidak membuat laporan polis jika tidak mahu video berkenaan disebarkan.

“Wanita tersebut bersama teman lelakinya yang juga seorang jurujual, kemudian ditinggalkan di tepi jalan manakala suspek melarikan diri bersama kereta Perodua Myvi berwarna hitam tersebut,” katanya dan menambah kedua-dua mereka kemudian membuat laporan polis.

Dzulkhairi berkata, wanita terbabit dan teman lelakinya kerugian kira-kira RM60,000 termasuk Perodua Myvi yang merupakan milik kawan teman lelakinya itu.

“Antara barang yang disamun suspek daripada kedua-dua mereka adalah satu beg pakaian, sejumlah alat solek, seutas jam tangan, dua telefon bimbit jenis Iphone 6 dan 6 plus, beberapa kad bank serta wang tunai RM300,” katanya.

Polis sedang giat memburu suspek, katanya. – Bernama, 24 Disember, 2019.


SEDIH ADA

SIMPATI ADA

LAWAK ADA

PADAN MUKA

PUN ADA
KAH KAH KAH
--------

ABU CHIN PENG







ABU CHIN PENG

Baru baru ini bumi Malaysia heboh dengan abu Chin Peng.  Chin Peng  salah seorang pemimpin gerakan nasionalis anti fasis Jepun. Dia juga adalah Setiausaha Agong  Parti Komunis Malaya (PKM).  Nama sebenarnya ialah Ong Boon Hua.  Lahir di Setiawan Perak pada tahun 1924.


Chin Peng adalah nama perjuangan Ong Boon Hua. Ini sama  saperti nama Ernesto Geuvera de La Serna  yang menggunakan nama Che ketika bergerila melawan rejim Batista di Cuba. Atau  Josip Broz menggunakan nama Tito ketika memimpin perang gerila anti-fasis melawan Nazi dari Croatia. Atau Kusno Sosrodihardjo menggunakan nama Bung Karno  pejuang nasionalis Indonesia. Atau  Abu Ammar nama untuk Yasser Arafat pemimpin gerila Palestin. Dalam gerakan bawah tanah ramai pejuang nasionalis, anti-fasis dan pejuang anti-imperialis  mengubah nama agar  gerak kerja mereka tidak diciumi musuh. 


Dari  akhbar Parti Komunis Australia  (CPA)  saya terbaca namanya  Lainaz. Mengikut lapora akhbar komunis ini Lainaz ialah  nama bawah tanah  Samad Ismail. Saya terbaca berita ini pada ketika  Pak Samad  Ketua Pengarang kumpulan New Straits Times Press ditangkap   oleh Ghazali Shafie dibawah ISA pada tahun 1977. 

Chin Peng meninggal dunia pada 16 September 2013 di kota Bangkok. Sebelum meninggal dunia Chin Peng telah meminta kebenaran untuk pulang ke tempat tumpah darahnya – di Setiawan Perak. Permintaan telah dinafikan. 

Semua anggota PKM dan gerila PKM  yang berasal usul dan dilahir di Tanah Melayu dibenarkan pulang ke Tanah Melayu. Kecuali Chin Peng. Kebenaran untuk pulang te tanah air tanah tumpah darah  mereka berasaskan Pejanjian Damai Haadyai yang telah ditanda tangani oleh Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya dan disaksikan oleh Kerjaan Siam pada tahun 1989.

Bila Pakatan Harapan menjadi kerajaan maka abu   Chin Peng dibenarkan dibawa pulang ke Setiawan Perak. Abu mayat Chin Peng ditabur di laut Lumut dan hutan sekitar Setiawan. Ini permintaan terakhir Chin Peng.  

Bila saya terbaca berita abu Chin Peng ini  saya teringat pekara abu mayat yang sama berlaku kepada Svetlana Losiffovna pada tahun 1967. Berhari hari saya baca berita  tentang abu mayat ini   dari akhbar Utusan. 

Svetlana ini anak Stalin pemimpin Parti Komunis Soviet Union.  Svetlana telah memadu kaseh dan berkahwin  dengan Brajesh Singh  seorang komunis warga India yang bertugas di Moscow sebagai penterjemah. Brajesh meninggal dunia di Moscow pada tahun 1966. Permintaan akhir Brajesh ialah abu mayatnya hendalah ditaburkan di Sungai Ganges. 

Pada tahu 1967 Svetlana mendapat kebenaran  pergi di India untuk menaburkan abu mayat suaminya. Selesai menjalankan upacara agama anak gadis Stalin ini  telah meminta suaka politk di Amerika.  Dunia menjadi heboh. Ketika saya membaca berita  abu mayat Brajesh Singh ini saya tidak faham kenapa dunia menjadi heboh. Seterusnya ialah sejarah.

Tulisan kali ini bukan hendak membincangkan tentang abu mayat  Chin Peng atau abu mayat Brajesh. Atau kenapa Chin Peng guna nama Chin Peng dan  tidak dipanggil Mister Ong.

Abu Chin Peng ini pada pendapat saya hanyalah menifestasi. Abu Chin Peng ini ada percikan dari satu  pekara yang lebih besar. Abu Chin Peng hanyalah rintik-rintik. Ada gajah dibelakang nyiru.  Ada cupcai dibelakang lori.

Pertama : manifestasi  abu Chin Peng yang saya maksudkan  muncul dari inti pati   sikap anti komunis.  Kedua  ianya muncul kerana asas percubaan  memesongkan sejarah.  Dan ketiga – persoalan nasional yang masih belum selesai. Saya akan cuba merungkai kan satu persatu. Pada hemat saya tiga pekara ini kait mengait. 

Membincangkan  dan menghebohkan manifestasi  sahaja untuk saya tidak mencukupi. Saya pernah  memberi pencerahan bahawa manusia ini bergerak  dan bercakap dalam tiga asas.

Asas pertama - manusia bercakap tentang orang dan benda. Siapa Siti Nurhaliza. Siapa suami si Polan dan Si Polan. Siapa tidur dengan siapa.  Untuk saya perbualan ditahap ini  menjadikan kita  manusia  paling rendah. Tahap tabloid  Bacaria.

Tahap kedua manusia bercakap bercakap dan berbincang tentang tempat dan babak. Ooo… KLCC cantik.  London menarik. Manchester United menang  dengan Liverpool.  Kalau ada duit nak melawat Korea boleh jumpa K-Pop. Ini  menjadikan kita manusia masih lagi ditahap yang rendah. 

Perbincangan dan perbualan  yang afdal dan bermaruah sewajibnya ialah membincangkan konsep dan  falsafah. Bukan heboh  mengumpat bergosip  tentang  orang, babak atau  tempat.  Justeru tulisan ini membuka  wacana tentang falsafah dan konsep. Maknanya membincangkan apa  dibelakang manifestasi.

Manifestasi senang dibaca. Senang dilihat. Kilat  petir sabung  menyabung - kita nampak kilat dan kita  dengar petir. Tetapi tidak semua boleh menghuraikan bagaimana kilat dan petir berlaku. Kita hanya memahami manifestasi i.e melihat kilat. Maka untuk kita kilat hanya pancaran cahaya. Manakala petir ialah bunyi  sesudah pancaran cahaya kilat.   Semua ini tanda hujan akan turun. Khalas.

Itu sahaja yang difahami. Yang pada hemat saya ini pemahaman tahap ini agak baik . Berbanding dengan  pandangan  pada satu ketika dahulu manifestasi kilat dan petir ini dianggap tuhan marah. Dewa dilangit  marah. Kemarahan dewa dan tuhan ini perlu pengorbanan. Maka akan disemah lembu atau kambing untuk mententeramkan  kemarahan dewa dan tuhan. Ini contoh pemahaman kabur dan  gelap tentang manifestasi kilat dan petir.
Abu Chin Peng juga adalah manifestasi dari pemahaman yang kabur dan gelap. Ianya tidak ada beza dari pemikiran  manusia dahulu kala memahami petir dan kilat.

Pandangan  kabur ini lahir kerana sikap anti komunis , anti sosialis dan anti gerakan kiri. Sebenarnya amat ramai sosok sosok yang anti komunis dan anti kiri ini tidak pun memahami apa itu komunis. Dan apa itu sosialis. Mereka membabi  buta menjadi anti.  Anti mereka tanpa  merungkai sejarah yang tuntas, jauh sekali dengan panduan  pandangan ilmiah yang  masuk akal.

Selalu kita dengar bahawa komunis dan sosialis ini tidak percaya kepada agama.  Sayugia dingatkan bahawa dalam sistem kapitalis yang kita guna pakai hari ini  ramai yang tak percaya kepada agama dan tuhan. Tidak percaya kepada tuhan  dan agama bukan  monopoli  milik kaum komunis.  Atau  kaum sosialis sahaja. Pak Cik Vegan pun ada yang tidak percaya pada agama dan tuhan. Amin.

Tidak percaya kepada pekara karut marut lagi tak masuk akal  bukan satu jenayah. Ianya  tanda satu tahap kemajuan pencapaian  fikrah  manusia. Tidak percaya bahawa kilat dan petir itu tanda tuhan marah adalah bukti bahawa fikrah manusia berevolusi untuk terus maju berfikir degan ilmiah.
Propaganda anti komunis   telah  lama menyerap masuk ke Tanah Melayu. Sikap anti komunis ini  memiliki sejarahnya.  Sikap anti-komunis  dan anti sosalis   di Tanah Melayu berkait rapat dengan sejarah Inggers menjajah Tanah Melayu.

Untuk ketika ini kita lupakan dahulu hujah Pak Cik Kang Kong , Mak Cik Kang Kong dan Pak Cik Pencen yang mengatakan bahawa Tanah Melayu ini tidak pernah dijajah.  Anggaplah kenyataan Tanah Melayu tidak dijajah sebagai  komidi lawak berdiri titik tanda  ucapan selamat jalan 2019.  Dan selamat datang 2020. Amin.

Kuasa colonial Inggeris datang untuk mengambil harta kekayan Tanah Melayu. Portugis dan Belanda datang untuk rempah rampai.  Ini permulaan sistem ekonomi kapitalis  yang dipanggail Merchant Capitalism. Kapitalisma awal ini baru bermula apabila Ferrinngi menyerang Melaka pada 15 Ogos 1511. 

Juragan dan saudagar dari negara atas angin datang mencari bahan untuk dibawa pulang ke negara asal.  Di Melaka mereka mengambil rempah rampai. Di Tanah Besar China mereka mengambil tembikar, sutera dan teh. Barang-barang ini dibawa pulang untuk dijual. Juragan dan saudagar ini meraih keuntungan dari menjaja barangan yang tidak wujud dinegara atas angin.. 

Ini sejarah   yang saya rasa senang difahami. Dari sinilah bermula  penjajahan. Feringgi melanggar Melaka, Belanda melanggar Melaka – semuanya untuk berniaga. Perniagaan adalah  pemulaan sistem kapitalisma. 

Dari Kapitalis Saudagar ini muncul kapitalis moden. Wajib waspada kapitalisma moden ini bukan muncul dalam setahun atau dua tahun.  Sebelum sistem ekonomi kapitalis  wujud sistem feudal telah sedia ada berates tahun. Sebelum sistem feudal ini wujud telah ada sistem hamba abdi.  

Biar saya beritahu disini –  sistem ini berubah  atau beralih bukan dengan hati terbuka. Ada berlaku perlawanan. Ada berlaku pertempuran. Ada yang mati dan ada yang dipancung kepala.  Setaip sistem ini ada pemuka dan ada penyokong.

Saya melakar pekara ini untuk memberi pencerahan bahawa setiap sistem itu akan ada penentang. Ini hukum alam. Dalam padangan kaum Marxis hukum alam ini  dipanggil kontradiksi.  Kontradiksi ini wujud. Sama ada kamu mahu atau tidak. Sama ada kamu beragama atau tidak kontradiksi tetap wujud. Hukum  kontrdiksi ini sentiasa bergerak. Alam dan dunia kita bergerak  mengikut hukum kontradiksi. Khalas.

Apa sangkut paut semua ini dengan abu mayat Chin Peng?

Semuanya kait mengait  bersangkut paut dalam usaha  untuk memberi pencerahan. Saya tidak mahu para pembaca hanya memahami manifestsi tanpa memahami sebab musabab yang melahirkan manifestasi itu. Dalam konteks yang luas  abu mayat Ching Peng ini juga adalah rintik debu manifestasi dari sistem ekonomi kapitalis.

Umum dan sejarah  tahu bahawa Chin Peng adalah salah seorang dari protoganis utama di Tanah Melayu yang bangun untuk melawan penjajah Inggeris.  Chin Peng memimpin PKM untuk menentang Inggeris. PKM berjuang untuk menetang kapitalisma

Ada apa dengan penjajah Inggeris? Ada apa dengan kapitalisma? Tunggu minggu hadapan. Ucapan Selamat menyambut Hari Krismas. END



Tulisan ini juga disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar ini
sila pukul talipon
03 -92-21-30-45

-----------

JANGAN CUNT PIUS







JANGAN 

CUNT PIUS

Aku kompius....
dia stoned ka? 
on 
LAWAK POLIS PENCEN
Anonymous
on 24/12/19

ni bukan semua agama sesat ke tt? anak semua warga, warga semua bangsa kena tipu dengan bani israel. igama yg betul cuma penyembah dewata mulia raya jer, kan? kee yg sembah dewa zeus? iskk cuntfuse aku!
 on
 SELAMAT 
MENYAMBUT MAULUD NABI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 24/12/19

Luk




----------

BETUL KE BERITA INI?







BETUL KE NI?

KOTA BHARU

IBU KOTA

SERAMBI MEKAH

ADA KES ROGOL

PASAI APA?

Polis cari empat individu 

bantu kes rogol 

di Kota Bharu

KOTA BHARU: Polis kini berusaha menjejaki empat individu lelaki bagi membantu siasatan kes rogol di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Ganti Jimmy berkata, keempat-empat individu tersebut dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes jenayah rogol melibatkan tahun 2009, 2014 dan dua kes pada 2018.

"Kami berharap mana-mana pihak atau orang ramai yang mengenali mereka dapat maklumkan kepada kami untuk membantu menyelesaikan kes ini.

"Kepada mereka yang mengenali individu terlibat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222 untuk sebarang aduan dan sebagainya.

"Kerjasama daripada mereka amat kami perlukan untuk bantu kami selesaikan kes tersebut," katanya.

Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi.

Kesemua individu terlibat adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 51 tahun dan beralamat di sekitar daerah ini.

PELIK MELIK

MACAM MANA

SERAMBI MEKAH

JADI LAGU INI

TENGOK GAMBAR 

SEMUA

PENGANUT ISLAM

SAJE TANYA

MANA TAHU

KALAU ADA

YANG BOLEH

BERI JAWAPAN

KAH KAH KAH

Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi. - Foto PDRM

----------

GAPO DIO DBKL








GAPO
DIO

D.B.K.L

MASIH

MISTERI



-----------

UCAPAN UNTUK SEMUA







SATU TRADISI










---------

CARI GLAMOUR







CARI GLAMOUR

Terperdaya tawaran jadi model, wanita dan teman lelaki disamun, dicabul 


BERITA MENYUSUL

---------

SELAMAT HARI NATAL







SELAMAT 

HARI NATAL

Selamat Hari Natal, Hakikat utama melawan kejahatan, kemungkaran dan ketaksubaan, Tak kira agama mana, Agama pilihan hati masing masing, Tak paksa tak rela, Terpulang hati minda sendiri, Tapi jangan anggap semua sempurna, Setiap agama ada pengikut baik,sederhana dan jahat, Cubalah jadi baik atau sederhana, Jangan jadi jahat sebab jahat tidak kekal, 
Mati akan sampai jua, Cepat atau lambat, Orang jahat mati lambat entah lah orang mengata, Yang baik mati cepat, Itu pun sendiri kira mati awal atau mati lambat,  Setiap perbuatan ada hukum tindak balas, Ada karma menanti, 
Jadi baik, jangan menghasut, jangan mengumpat, jangan fitnah, jangan jahat kah kah kah Komedi tak apa, hulur pisang demi sedap tak apa, nak sangat pisang dikulum, cari pekerja tetap, ever ready, kulum sampai masak, kulum sampai tiada air kah kah kah Selamat Hari Natal, semoga semua sejahtera bahagia dan syukran selalu... 
on 
SELAMAT MENYAMBUT 
MAULUD NABI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/12/19

ja




-----------

PERCAYA KIAMAT






PERCAYA KIAMAT
Eh titi. 
Hang picaya ke dunia kiamat. Bkn ke hang picaya hang akan dihidupkan semula. Silap2 jd nabi. Sblm ni kn hang jadi semut merah. Tp kena pijak dgn garuda di dahan pohon cemara. 
on
 BERITA 
AMAT MENARIK
Publish | Delete | Spam
Nole
on 25/12/19

janga



------------

POLIS PENCEN TERUS MEROYAN







POLIS PENCEN

TERUS MEROYAN

Dia jadi KPN selama 20 tahun, 
Apa dia buat? Apa pencapaian dia sendiri, Panas kerusi dong, Dulu kawan tauke judi, tauke lendir, tauke Judi terbesar negara jadikan anak menanti, Kah kah kah Bukan cerita perwira kah kah kah Semua mengkayakan diri dengan jawatan, Sama cerita polis pencen lapuk, Masa Ada jawatan buat duit, Pau know Tim, 
Sudah pencen tetiba jadi suci murni putih belaka, Duit rasuah dulu parking mana? Kirim salam sama musang Hassan Dan Khalid samad ya bekas bekas masih idup Kah kah kah TT jangan layan bekas bekas Abu rokok now aemua 
on 
LAWAK 
POLIS PENCEN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/12/19

S



----------

SABAR KARO







SABAR KARO

Hisham cuba nak pancut tapi tak jadi. Memula citer anak ikan emas, Tak jadi, spin cakap tak boleh nak tangkap sebab anak ikan ni jenis tak makan dedak. Lepas tu mat indon.
 Terpaksa spin cakap Spura tak mahu dedah sekarang. Spura nak tunggu Abam jadi PM untuk pau Abam. Last sekali cuma SD mat pet tak cukup dadah. Pukrak, mukrak. 
Macam perangai sakai. 
on 
GI TANYA NURUL
Publish | Delete | Spam
azam
on 25/12/19

Is


----------

AKAN DIBUAT







AKAN MUNCUL
cuba cerita macam 
mana kapitalis ni jahat? 
terima kasih 
on 
BERITA 
AMAT MENARIK
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
at 19:18

G


----------