Ahad, 17 Ogos 2014

INI SECARA RESMI



Kenyataan Majlis 

Pimpinan Pakatan Rakyat

17 Ogos 2014



Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB  Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Alimenegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan  Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepadake bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

YB Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tuan Hj Mohamed Sabu
Timbalan Presiden PAS


-----------

AHAD 17 OGOS 2014


 17 OGOS 2014

pagi ahad datang bagitu cepat
pagi ahad berjalan bagitu panjang
petang ahad tak kunjung sampai
petang ahad yang tak sudah sudah

pagi yang di tunggu tunggu
petang yang di nanti nanti

pagi ahad bersejarah
petang ahad bersejarah

perjalanan yang maha panjang
perjuangan yang berterusan

untuk menobat seorang wanita
untuk memashorkan seorang perempuan
memimpin sebuah parti
memimpin sebuah negeri


PANTUN PAK SALEH
memburu rusa didalam hutan
dapat pula saekor kijang
buang khalid kuatlah pakatan
difahami oleh semua pejuang




--------

GWA TAK DAPAT NAK CAKAP






i rest my case

my lord

kah kah kah


KAH KAH KAH

gwa tak tahu
apa nak cakap
lu pikir sendirilaaa
gwa hanya
kah  kah kah 



---------

JEMPUTAN FORUM MALAM INI




FORUM

MALAM INI






RADIO BANGSAR
akan membuat liputan
untuk warga 
dimana sahaja berada

Displaying Attachment 1.jpg


NGO Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) akan menganjurkan sebuah forum bagi mengupas krisis Kerajaan Negeri Selangor yang semakin meruncing kini & polemik yang melanda parti PAS sendiri dalam isu negeri Selangor.

Oleh yang demikian, seluruh rakan media dijemput ke forum LENSA yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tajuk : "Krisis Selangor : Mengapa PAS Terasing?"

Tarikh : 17 Ogos 2014 (Ahad)
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Auditorium, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).
Ahli panel :

1) Dr. Dzulkefly Ahmad (Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS)
2) YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
3) Sdr. Suhaizan Kayat (Ketua Pemuda PAS)
4) Prof Dr. Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)

Untuk sebarang maklum balas/pertanyaan, pihak tuan/puan boleh hubungi kami di talian : 019-3851902 (shukri) atau emelkan ke lensa.anakmuda@activist.com



------------

BERITA PALSU - JANGAN PERCAYA







TIDAK BENAR

berita dalam alam maya
telah  melaporkan
bahawa faekah huseein
bekas setia usaha 
khalid ibrahim 
dan arffa setia usaha akbar khalid
telah kelihatan 
masuk ke dalam pejabat
setia usaha kerajaan
di shah alam sabentar tadi

berita melaporkan mereka
telah dilihat mengeluarkan fail-fail
dan memasukkan ke dalam sebuah van

ini berita palsu
ini fitnah
ini tohmah

berita melaporkan khalid ibrahim
telah meraung dan hentak hentak kaki
di bukit damansara juga berita palsu


KAH KAH KAH




------------

HARI HARI AKHIR SAEKOR KHALID





PAS kekal dalam Pakatan, serah 2 nama calon MB, Wan Azizah dan Azmin


PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik DaDr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini. – 17 Ogos, 2014. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kekal-dalam-pakatan-serah-2-nama-calon-mb-wan-azizah-dan-azmin#sthash.tAZw3YxF.dpuf


KAH KAH KAH
i have nothing 
to say my lord
i rest my case
i'm orang asli biduanda
from jelebu
not from selangor 
darul faekah

KAH KAH KAH


----------

JANGAN CEPAT PECAYA






KOMENTAR

bila berita tentang pak abu
masuk  ijn
tukar tiub langsunag tak ambil pot

hairan macam mana
akhbar sinar percaya

tapi sebagai akhbar pop
dengan pantas 
sinar minta maaf

ini tanda akhbar
yang dewasa
akhbar yang bertanggung jawab

Permohonan maaf kepada Saari Sungib, keluarga



Merujuk kepada laporan Sinar Harian Online bertajuk "Adun Hulu Kelang Masuk IJN” pada pagi 16 Ogos 2014, Sinar Harian memohon maaf atas kesilapan tersebut.

Kami ingin menegaskan bahawa Adun tersebut, YB Saari Sungib tidak diserang sakit jantung dan masih sihat sehingga hari ini.

Dengan ini Sinar Harian memohon maaf sekali lagi kepada beliau dan keluarganya





----------

RAMAI KECEWA BILA MAT FRAUD BUKA MULUT



BAKAL SULTAN IJOK

Setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu tidak ingin mencampuri pentadbiran negeri Selangor bawah Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan ADUN Umno menyertai kabinet Selangor sebagai anggota exco.

"Kita tak masuk campur urusan pentadbiran Selangor. Kita serahkan kepada mereka (pentadbiran sedia ada)," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

KAH KAH KAH
woit
raami kecewa
bila mat fraud buka mulut

mat ezam kecewa
mat noh omar kecewa
mat faekah kecewa
mat wawa kecewa
mat affa kecewa

KAH KAH KAH



-----------

FAKWAJA - PARTI BARU






KOMENTAR

parti baru ini
akan membuat rekod
paling cepat di daftar

berita ini juga bermakna
bahawa tim faekah telah tercium
bau bahawa ahad ini khalid
akan ditinggalkan terkonteng-konteng

Khalid bakal tubuh parti politik baru, kata Faekah


Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.

Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-bakal-tubuh-parti-politik-baru-kata-faekah#sthash.KrHXibID.dpuf

KAH KAH KAH
parti baru ini
akan dinamakan

PARTI FAKWAJA

parti  faekah 
parti wawa 
parti affa
dan parti  jonah

slogan parti ini
ialah... ?

- pinjam jangan bayar -

perjuangan parti ini
ialah lah...?

- lawan bayaran hutang -

i rest my case my lord
me not citizen of selangor
darul faekah

KAH KAH KAH





----------

MUSLIM DEMOKRAT





Perjuangan hidup mati puak profesional PAS, 17 Ogos

Tidak banyak perkembangan memberansangkan dalam PAS menjelang mesyuarat AJK PAS Pusat Ahad ini. Golongan profesional yang berusaha untuk meluluskan usul menerima pertukaran Menteri Besar Selangor masih ditentang sengit oleh puak ulama Unity Government (UG) PAS. Rajuk puak ulama lebih teruk setelah dua Adun PAS Selangor Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin ?melangkah walak? menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB baru. Kewalakan terhadap ulama dicabar oleh dua Adun berkenaan. Penasihat punah ranah Berpalingnya Saari dan Hasnul Baharuddin akan memberi lebih keberanian kepada golongan profesional PAS untuk mengemukakan usul menarik kembali sokongan kepada Khalid di Selangor. Inilah yang sedang diuruskan oleh para penasihat Hadi. Iaitu, bagaimanakah caranya untuk Hadi dan kelompok UG kekal menang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Orang yang memberitahu Hadi kononnya calon dari PKR pengedar pil kuda menjelang PRU lalu adalah orang yang sama menasihatkan Hadi menyokong Khalid. Kalau di Terengganu, Hadi disaman malu oleh calon PKR itu beberapa juta ringgit, dalam hal ini, Hadi pasti akan membuat PAS berpecah selepas 17 Ogos nanti. Golongan profesional PAS dilapor tidak sabar dengan cara Hadi mentadbir parti itu dan menekan pihak lain mendengar keputusannya. Sedangkan pemahaman politik Hadi hanyalah daripada penasihat yang diragukan tahap mentalitinya, mempunyai kepentingan dengan Khalid dan berniat untuk merapatkan PAS bersama Umno demi ketuanan Melayu. Tentangan terbuka Pertemuan dengan Anwar Ibrahim pada 11 Ogos lalu di sebuah hotel di Kuala Ibai sebaik sahaja Umno mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid sepatutnya diguna Hadi bagi menjernihkan keadaan. Sebaliknya, Hadi mendominasi pertemuan itu menghentam Anwar kononnya Ketua Umum PKR itu penyebab huru-hara politik di Malaysia, tidak menyokong pencalonan Tengku Razaleigh sebagai PM menyebabkan PR kalah dalam PRU lalu serta beberapa lagi hujah yang tidak relevan dengan krisis kepimpinan Selangor.

Oleh itu, bagi profesional PAS, tidak ada pilihan lain selain menentang Hadi secara terbuka dalam mesyuarat AJK PAS pusat. Teori 22 AJK pro PR dan 14 AJK pro Hadi tidak terpakai sekiranya beberapa ulama mengeluarkan fatwa menyokong Khalid menjelang 17 Ogos ini. Sebaliknya, perdebatan terbuka lebih penting untuk mengetahui kesahihan sokongan Hadi terhadap Khalid. Puak profesional perlu berdebat secara agreasif dan memaksa Hadi mengeluarkan semua bukti Khalid benar-benar sempurna dan tiada cacat celanya untuk disokong. Keputusan menyokong Khalid dan bekerjasama dengan Umno bukanlah kecil. Impaknya sangat dahsyat kepada PAS. Undi Cina dan India akan hilang. Undi Melayu terbelah dua. Akhirnya PAS hanya akan mampu berkuasa di Kelantan dan Terengganu sahaja. Itu pun sekiranya bernasib baik. PAS lemah di Kelantan pada pilihan raya umum 1995, hanya tiga kerusi membentengi kerajaan majoriti mudah PAS daripada ditelan Umno setelah Semangat 46 meningalkannya. PAS juga hanya tinggal satu kerusi majoriti pada pilihan raya 2004 selepas DAP meninggalkan Barisan Alternatif dan rakyat Kelantan melihat gabungan itu tiada masa depan. Cuma faktor penyelamat PAS pada PRU 1999 kerana Dr Mhathir memecat Anwar. Sokongan pengundi reformasi menyebabkan PAS menang besar di Kelantan. Pada PRU 2008, Anwar keluar penjara dan mengetuai kempen pembangkang. Kini, dengan gagahnya ulama PAS ingin memisahkan diri daripada Anwar. Adakah mereka faham politik moden? Rakyat di Pantai Barat Semenanjung kecewa dengan telatah PAS bekerjasama dengan Umno memerintah Selangor mulai 11 Ogos lalu. Politik moden mensyaratkan kerajaan yang dilantik dipandu oleh rakyat. Sentiasa berinteraksi dengan rakyat dan tidak memutuskan sesuatu yang merugikan rakyat. Semua itu dilanggar Khalid sehingga PKR tiada pilihan selain menggantikan beliau.

Sebaliknya PAS menggunakan ijtihad politik kurun ke 3 masehi, iaitu rakyat yang melantik pemimpin wajib menerima apa sahaja keputusan pemimpin itu. Praktik politik yang amat jauh menyimpang dalam amalan demokrasi sebagaimana di Eropah, Jepun atau Korea Selatan. Sultan tiada pilihan Tentu sekali pengundi di pantai barat tidak akan mengundi PAS dengan corak politik lama itu sekiranya PAS bertanding sendirian. Malah jika bertanding dengan PR sekalipun maka kerusi PAS dijangka berkurangan jika tidak dibantu oleh penerangan PKR dan DAP. Oleh itu golongan profesional yang merupakan 65 peratus daripada AJK PAS pusat amat perlu membuat keputusan penting pada 17 Ogos nanti. Iaitu menarik kembali sokongan PAS kepada Khalid. Tanpa PAS dengan hanya 12 Adun Umno amat mustahil Sultan Selangor membenarkan berjalannya minority government. Pilihan sultan menjadi terhad kepada sama ada membubarkan Dun atau menerima Menteri Besar baharu yang dicadangkan oleh PR. Dan perkara itulah yang amat ditakuti oleh puak UG dalam PAS. Mereka akan kehilangan sabahat di ?seberang sana? dan sekali lagi gagal sejak PRU 2008, kerjasama PAS - Umno 2010 dan pujukan Umno 2012.


--------

WAN AZIZAH DAPAT SOKONGAN ANAK MUDA






Majoriti Sudah Dicapai

 Tamatkan Kemelut Selangor Segera!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ketika ini sedang mengadakan Rapat Kebangsaan 3/2014, dengan ini secara langsung mengumumkan Resolusi Khas menyentuh kemelut Selangor seperti di bawah;

1.      SAMM mewakili aspirasi anak muda dan rakyat progresif memperingatkan pakatan rakyat bahawa undi yang mereka perolehi bukan untuk rakyat menempuh krisis demi krisis. SAMM melihat krisis di Selangor telah dimulakan dengan kesilapan pengurusan PKR dan PR sendiri.

2.      Tindakkan beberapa ahli parlimen muda yang angkuh tidak membantu masalah ini selesai malah mengusutkan lagi suasana. Mereka harus lebih bijak dalam mengurus krisis. Janganlah sombong dan mendabik dada kerana kegagalan krisis ini mampu membawa perpecahan muktamad Pakatan Rakyat.

3.      Kini masanya krisis ini ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Pihak YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti anggota dewan secara bertulis dan fizikal, jika pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ingin menafikan satu sahaja jalan segera buka dewan untuk menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti

4.      Sistem raja-raja Melayu khususnya pihak istana Selangor perlu bersama rakyat menjadi penyelesai masalah, bukan menjadi benteng kepada pihak-pihak tertentu. Maka SAMM mendesak pihak istana memberi laluan ‘penstrukturan organisasi’ di Selangor demi untuk mengelak pentadbiran negeri menjadi lebih bermasaalah. Pihak istana perlu panggil mengadap kedua – dua pihak dan selesaikan segera krisis ini.

5.      Dengan perlantikkan Menteri Besar yang dipilih ahli dewan secara demokrasi (majoriti), Pakatan Rakyat harus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya negeri Selangor dengan menghentikan londeh melondeh sesama sendiri. Semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sudah dicapai.

6.      SAMM juga menegaskan bahawa tiba masanya beberapa pemimpin senior Pakatan Rakyat harus undur dan beri ruang dan peluang kepada pemimpin muda.

7.      Kesepakatan dan keberanian perlu di dalam suatu gagasan. Kegagalan Pakatan Rakyat didaftarkan dalam satu Logo atau satu agenda yang jelas akan menjadikan penentuan demokrasi (seperti krisis Selangor ini) tidak mampu ditangani dengan baik pada masa hadapan. Setakat ini tidak kelihatan kesungguhhan menjadikan agenda mendaftarkan PR dibawah satu nama dan logo dijadikan keutamaan.

8.      Antara yang diberikan perhatian oleh SAMM ialah penglibatan untuk kekal berkuasa menggunakan sokongan Umno. Atas semangat Asalkan Bukan Umno (ABU) , mengekalkan kuasa menggunakan pengaruh Umno ialah pengkianatan ke atas semangat PRU 13 dimana rakyat sudah menolak Umno / Bn di Selangor. Kekal kuasa dengan bergantung sokongan Umno yang minoriti hanya akan membuka ruang kepada Umno yang telah ditolak rakyat.

Sekian

Resolusi dibacakan oleh :

Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

----------