Jumaat, 6 Januari 2023
AWAS ! ADA DALANG NAK BEBASKAN NAJIB
Siapa dalang di sebalik pendakwaan terhadap pemimpin UMNO? – Puad
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Puad Zarkashi mempersoalkan siapakah dalang di sebalik pendakwaan terhadap pemimpin-pemimpin parti itu seperti Najib dan Zahid..
Beliau berpandangan, banyak pendakwaan termasuk terhadap Najib dan Zahid meragukan.
“Persoalannya siapa dalang? Sebab itu Perdana Menteri kena segera melakukan ‘reformasi institusi’,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Mohd. Puad mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Najib melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Berhubung keputusan tersebut, beliau memberitahu, pendakwaan tidak diteruskan kerana pegawai penyiasat sendiri mengaku siasatan tidak lengkap.
“Kalau kes Shahrir gugur, maka dakwaan terhadap Najib, Rosmah Mansor dani Mohamed Shafee Abdullah menggunakan kaedah sama iaitu Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA) / LHDN juga patut gugur,” katanya.
WOIT
SOALAN YG
WAJIB DITANYA
APAKAH ADA
RANCANGAN
SEDANG DIATUR
UNTUK BEBASKAN
NAJIB & ROSMAH
KHALAS
KES ROSMAH MASUK JIL 11 JULAI
Rayuan sabitan kes rasuah
hibrid solar Rosmah 11 Julai
Pendengaran rayuan Rosmah Mansor di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dijadualkan semula pada 11 Julai depan.
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron menetapkan empat hari dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu semasa pengurusan kes hari ini.
Prosiding itu dihadiri timbalan pendakwa raya Deepa Nair Thevaharan mewakili pendakwaan manakala Rosmah diwakili peguam Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader.
Timbalan pendakwa raya Poh Yih Tinn, yang mengesahkan tarikh itu kepada media berkata tarikh pendengaran rayuan pada 22 dan 23 Jun yang sebelum ini ditetapkan pada 19 Disember lepas, telah dilapangkan.
Beliau berkata pihak-pihak dalam rayuan itu diarahkan untuk memfailkan penghujahan masing-masing pada 9 Jun dan penghujahan balas pada 23 Jun.
Pengurusan kes akhir bagi rayuan itu ditetapkan pada 4 Julai, kata Poh.
Pada 1 September tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Rosmah, 71, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, Rosmah, hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. Beliau juga didenda RM970 juta atau penjara 10 tahun.
Beliau dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Rosmah turut merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya supaya Zaini menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan dalam kesnya itu.
Dalam penghakimannya, hakim Zaini memutuskan pembelaan Rosmah hanyalah penafian dan RM6.5 juta itu memang untuknya dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta dan Seri Perdana.
WOIT
SATU DUNIA
MENUNGGU
AMIN
SATU MALAYSIA
TAK SABAR
TUNGGU
KHALAS
RASUAH UNTUK DANA POLITIK
CEO syarikat swasta disyaki ‘orang tengah’ dapatkan projek kerajaan ditahan SPRM
KUALA LUMPUR – Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta ditahan lewat malam tadi kerana disyaki menjadi ‘orang tengah’ kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang tahun 2020 hingga 2022.
Ia melibatkan projek bernilai antara RM50 hingga RM500 juta menerusi runding terus.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, penahanan berkenaan susulan siasatan membabitkan dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion di bawah program rangsangan dan pemulihan ekonomi.
Katanya, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM dan antara lima yang disiasat pihaknya.
“Hampir 90 peratus projek yang diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.
“Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10 peratus projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10 peratus hingga 20 peratus,” katanya.
Menurut sumber lagi, suspek yang ditahan dipercayai telah menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor-kontraktor dan pihak atasan.
Malah beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak tiga hingga lima peratus dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti kononnya untuk tujuan pembiayaan politik.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan lelaki berkenaan ditahan reman selama lima hari hingga 10 Januari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
WOIT
INI CARA PARTI
POLITIK CARI
DUIT
AMIN
BAGI KONTREK
KEMUDIAN SEPARUH
PULANGKAN
MASUK DANA
PARTI
KHALAS
HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA
HALANG PENCURI
KEMBALI BERKUASA
AMIN
HALANG TALIBAN
DATANG BERKUASA
KHALAS
Unknown commented on
"MELAWAN ZAHID"
PAKISTAN MAKIN TERBARAI DULU PAKISTAN DIRIKAN TALIBAN AFGHANISTAN SEKARANG DAH WUJUD TALIBAN PAKISTAN KAH KAH KAH PADAN MUKA kahkah tt itu sebenarnya amaran peringatan. malaysia tak terkecuali. jika negara bangsa diwujudkan berpaksikan atas dasar agama maka semua akan lingkup runtuh ranap. maka jalan yang harus malaysia pilih ialah demokratik berpaksikan ekonomi bebas. selain menghalalkan ketum dan ganja. gwa tak bermaksud ia akan disalahguna. amin.
ADA RANCANGAN BEBASKAN NAJIB ?
APAKAH INI
TAKTIK MENGOLAH
PERSETUJUAN
KERANA ADA
PROJEK NAK
BEBASKAN NAJIB
KHALAS
Shafee yakin dengan petisyen
Najib kepada badan PBB
BANJIR DI SERAMBI MEKAH
BANJIR
DI SERAMBI MEKAH
KAH KAH KAH
AMIN
panglimo potaseh commented on
"BANJIR DI KELANTAN & TERENGGANU SALAH SENDIRI"
Masak-ala ..sokor kita .. Serambi Mokah masey banjir, Kelantan pon masey banjir. Sorambi Mokah dah hampir sesuchi Mekah-El-Korim, Mekah Banjir maka serambi nye pon basah, sama-sama basah terair, banjir .. apa mau heran ..ini makna Allah sayang Kelantan ..Kelantan dah macam Mekah. TaT ..nak tanya, apasal MUKAH (kat Sarawak) tak banjir ..?
NAJIB DI BEBAS ?
NAJIB AKAN
DI BEBAS ?
AMIN
NAJIB MERAYU
PADA
UNITED NATION
AMIN
APAKAH INI
TRIK UNTUK
SATU RANCANGAN
YANG LEBIH BESAR
AMIN
GUBA PBB
SEBAGAI HELAH
AMIN
INI PERSOALAN
YANG WAJIB
TERUS
DI TANYA
AMIN
PERSOALAN
LAGI YANG WAJIB
DI TANYA SEKARANG
IALAH APA
PERSEDIAAN
YANG WAJIB
DILAKUAN
UNTUK PASTIKAN
NAJIB TERUS
DALAM PENJARA
KHALAS
PAKISTAN BUKAN MENUJU NEGARA GAGAL TAPI DAH GAGAL
PAKISTANN BUKAN
MENUJU NEGARA
GAGAL
TAPI SUDAH JADI
NEGARA GAGAL
KHALAS
MENCARI KELAB SOSIALIS
MENCARI
KELAB SOSIALIS
Ketika aku masuk menjadi pelajar tahun pertama di Universiti Malaya pada tahun 1971 tidak banyak yang aku tahu tentang Sosialisma.
Aku tahu wujudnya Parti Rakyat. Aku tahu wujudnya Parti Buruh. Aku pernah membaca novel garapan Ahmad Boestamam pemimpin Parti Rakyat. Aku pernah membaca novel Ishak Haji Muhamad – pemimpin Parti Buruh.
Aku pernah terbaca penglibatan Parti Rakyat dan Parti Buruh dalam pilihan raya umum tahun 1964. Dua parti ini bergabung menjadi Barisan Sosialis.
Aku tahu wujudnya Parti Komunis Malaya. Mustahil ada ang tidak pernah mendengar nama Chin Peng dan Rashid Mydin.
Abah aku Rais Manaf pernah menjadi Special Constable. Mustahil aku tidak tahu Shamsiah Fakeh. Shamsiah belajar sama dengan Rais Manaf di Sekolah Pondok Lebai Maadah di Pelangai. Lebai Maadah ialah Datuk sebelah Wan Rahmah aku.
Apa yang aku tahu tentang sosialisma pada tahun 1971 hanya tempias. Aku belum pernah membaca buku tentang : teori dan falsafah sosialis.
Aku tahu Rusia dan China itu negara sosialis.
Sebelum masuk UM aku telah tahu tentang wujudnya Kelab Sosialis di Universiti Malaya. Aku tahu dari membaca Mahasiswa Negara akhbar resmi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya ) PMUM. Tapi ini pun pendengaran dari jarak jauh.
Justeru bila aku terlihat poster forum anjuran Kelab Sosialis : Pengalaman Tahanan Isa – Karim Singh dan Tajuddin Kahar – Di Dewan Kuliah F. Aku berniat hendak bersama.
Aku pernah terbaca nama Karam Singh dari Utusan Malaysia ketika aku di sekolah menengah SMUJ tahun 1968. Karam Singh seorang peguam telah menyusun pekerja estate di Asahan Melaka.
Dari apa yang aku baca pekerja estate dari Melaka telah berjalan kaki ke Kuala Lumpur. Apa perjuangan mereka aku tidak tahu. Dalam akhbar yang aku lihat hanya muka Karam Singh.
Nama Karam Singh ini melekat kerana karam dalam bahasa Melayu bermakna tenggelam.
Aku tidak tahu siapa Tajuddin Kahar.
Aku pernah mendengar tahanan politik. Tapi aku tidak tahu apa itu ISA. Keinginan aku mendadak. Aku ingin tahu. Aku ingin mendalami fikrah dengan perkara yang mencabar minda. Cabaran inilah yang aku cari dalam universiti.
Perkara lemau basi dan banal mahu aku tinggalkan. Aku mencari satu yang baru segar yang boleh aku lakukan.
Aku ingat lagi poster dalam kertas A4 ini ditulis dengan warna merah. Poster yang aku nampak terlekat di pokok kayu di tepi jalan arah dari Dataran Sastera ke Dewan Tengku Canselor.
Ketika aku membaca poster Kelab Sosialis ini Minggu Orientasi telah tamat. Tapi aku masih merasakan diri aku budak baru. Masih belajar. Masih memerhati. Masih mendengar apa kata senior walau pun orientasi sudah selesai.
Forum Kelab Sosialis di Dewan Kuliah F – Dataran Sastera pada Rabu malam. Petangnya ketika duduk santai di bilik bacaan bawah Dewan Makan Kolej Ke Lima aku terserempak dengan Shah pelajar tahun dua fakulti sastera. Shah ini mahasitua..
Mahasitua ini terminologi untuk pelajar yang masuk universiti bukan dari tingkatan enam. Mereka telah berumur kerana telah bekerja dahulu. Kebanyakan mahasitua adalah bekas guru yang menyambung belajar ke universiti.
‘ Freshie... dah selesai semua.. kau ambil paper apa ...’ Shah bertanya.
‘ Malay, history... satu paper English... Chinese ...’ Aku menjawab.
‘ Dah masuk Dewan Kuliah F... paling besar dalam kampus...’ Shah bertanya.
‘ Dah.... malam ni pun nak gi sana...’ Aku menjawab,
‘ Malam pun ada kelas...’
‘ Nak gi forum...’ Aku menerangkan.
‘ Forum apa... ‘ Shah memandang muka aku.
‘ Forum Kelab Sosialis....’
‘ Hei hei... gila kau... dewan tu nanti penuh dengan SB... nak cari apa ...’ Shah menghalang.
Aku senyap kemudian berkata, ‘.... nak dengar pengalaman tahanan politik...’
‘ Jangan pergi... bahaya.... SB ramai...’ Shah terus menakutkan aku.
Ini kali pertama aku dengar maklumat SB ada masuk dengar forum dalam kampus. Aku bukan takut SB. Tapi aku tidak mahu dilihat degil di mata senior.
Program pertama Kelab Sosialis tahun 1971 tidak aku hadiri.
Kuliah aku bermula. Kini aku mahasiswa fakulti sastera residen Kolej Ke Lima.
Kuliah jam 8 pagi – aku cukup liat – kuliah ini menjemput ponteng. Begitu juga kuliah jam 2 petang. Lepas makan ngantuk nak tidur.
Kelas tutorial boleh pilih waktu dan masa yang sesuai. Mengikuti kuliah satu tanggung jawab. Kuliah wajib tapi nama tidak dicatat seperti tutorial.
Dalam tahun pertama kuliah Sejarah paling popular. Lebih dari 500 pelajar maka kuliah di adakan dalam Dewan Tunku Canselor (DTC )
Ketua Jabatan Sejarah Khoo Kay Kim (1937-2019). Sejarah Eropah gurunya Krishen Jit (1939-2005). Sejarah Malaysia gurunya Bonnie. Jabatan Sejarah ada pensyarah jemputan dari Jakarta untuk mata pelajaran Sejarah Indonesia.
Kuliah H101 , H102, H103 – juga amat popular. Ramai yang mendaftar. H ini tanda mata pelajaran Pengajian Melayu.
Pengajian Melayu aku rasa lemau. Seolah-olah aku telah mengulangi apa yang telah aku lalui di Tingkatan Enam. Tidak mencabar minda aku. Tidak membuka fikrah.
Prof Taib Osman ( 1934-2017 ) dengan pola-pola dan ciri ciri yang membosankan. Maka Prof ini dikenali sebagai Profesor Pola-Pola oleh pelajar UM tahun 70’an.
Aku mendaftar mengikuti kuliah Chinese Study untuk mengetahui sejarah dan budaya China. Ini bukan sejarah China Malaysia. Ini sejarah China di Tanah Besar.
Tahun 1971 aku kagum dengan. Tanah Besar China yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis. Ini juga menjadi aku mengikuti sejarah China.
Aku juga ada menyimpan niat untuk mempelajari Bahasa Mandarin.
Paling kecil ialah kuliah C150 – Sastera Inggeris- tidak sampai 10 orang pelajar. Maka kuliah diadakan dalam bilik kecil. Pensyarah Fadzilah Amin.
Kuliah dan tutorial sekali harung. Dua jam seminggu aku membuka minda dengan Sastera Inggeris.
Aku paling berminat dengan kuliah C150. Aku mula berkenal dengan dramatis Rusia Anton Chekov (1860-1909). Aku membaca drama Henrik Ibsen ( 1828-1906 ) dari Norway.
Aku mula membaca cerpen Leo Tolstoy (1828 -1910 ) dari Rusia. Fadzillah Amin memperkenalkan aku dengan penulis penulis cerpen Peranchis Guy De. Maupassant ( 1959-1893 ).
Aku juga mempelajari teater absurd - Six Character in Search of an Author – garapan Luigi Pirandello (1867-1934).
Kuliah C150 tidak pernah aku ponteng. Malah aku terus mendapat A untuk esei dan lulus cemerlang dalam peperiksaan.
Aku rasa kuliah C150 ini terus menjadi ingatan. Ini kerana seni sastera Eropah dan falsafah dari watak-watak yang aku pelajari dalam kuliah C150 ini terus menjadi guru dan pemandu pendewasaan hidup aku.
Mustahil aku akan melupakan watak Willy Loman dalam Death of a Salesman drama garapan Arthur Miller ( 1915 – 2005 ).
Kuliah aku ikuti tapai dalam masa yang sama aku terus mencari siapa pemimpin Kelab Sosialis.
Satu petang aku menapak ke Rumah Persatuan. Rumah Persatuan atau Union House di bawah bukit tidak jauh dari Pejabat Canselor dan berhadapan dengan Fakulti Pertanian.
Jalan kereta ke Union House cukup menarik. Kiri kanan jalan ada pohon sawit. Manakala jalan potong dari Union House ke DTC akan naik bukit melalui serimbun pohon buluh.
Letak Union House ini tidak jauh dari Tasik Universiti. Dalam bangunan Union House ada dua kafeteria. Satu menghala ke Tasik.
Aku memberanikan hati. Naik tangga dan masuk ke pejabat. Semua amat asing untuk aku. Aku nampak lelaki dan perempuan duduk di belakang meja. Ada yang menghadapi mesin taip. Dari umur dan pakaian aku yakin meraka bukan mahasiswa.
Aku macam rusa masuk kampung.
‘ Woit... freshie what do you want....'
Suara anak muda China muncul dari belakang aku. Dari pemerhatian aku rasa pasti mahasiswa.
‘ Not here... this is UMSU....’ Jawapan yang aku terima.
‘ Tak ada opis...’ Soalan dari aku.
‘ Wait here.... go to reading room downstair looks for Lee Chee Keong...’ Aku mendapat bantuan.
Aku terperanjat bila mendengar nama ini. Nam Lee Chee Keong ini sama seperti nama kawan baik aku Lee Keong di Jelebu.
Aku turun tangga dan masuk ke dalam bilik bacaan. Tak ramai siswa dalam bilik ini. Ada dua siswa China dan seorang pelajar Melayu.
‘ Chee Keong....’ Aku memanggil.
Tiga kepala menoleh.
‘ Yes ... what ...’ Jawapan kasar.
‘ Are you Chee Keong... ‘ aku bertanya.
‘ Not me.... him....’ Jarinya mengarahkan mata aku ke siswa yang sedang duduk.
Aku merapati Lee Chee Keong yang sedang duduk dan terus menghulur tangan
‘ Isham from Fitfth College... are you from Socialist Club....’ Aku bertanya sambil bersalam.
‘ Yes...why...’ Lee Chee Keong menjawab.
‘ Saya nak jadi ahli Kelab....’ Jawapan ringkas dari aku.
Lee Chee Keong berdiri dan memandang tepat muka aku. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/01/06/mencari-kelab-sosialis
PAS MASIH TAK MAHU IKUT PM RENDAH MORAL
PAS MASIH
TAK MAHU IKUT
PERDANA MENTERI
RENDAH MORAL
KHALAS
Unknown commented on
"INI NAMANYA WAYANG OPSS... SANDIWARA"
Jatuh apa lagi Bhai? 148 tolak 30 masih ada 118? Berapa dapat kalau masuk pihak lawan? Buka offer tengok? Dapat menteri, dapat GLC, dapat Duta atau dapat billion? Kalau ada 600 billion setakat satu billion memang laju lah MP lompat blok kah kah kah
Unknown commented on
"LAWAN ZAHID"
Tak habis habis bab politik aduh sakit jiwa orang biasa, setiap hari nak tebuk atap, nak tebuk bumbung, nak kuasa jugak, tak kira betul atau salah, negara susah rakyat susah, ini lah jadi manusia alpha, manusia ego tak habis habis nak pegang jawatan pangkat kuasa, supaya apa? Nak bantu rakyat? Jauh sekali lah, semua nak bolot kekayaan dengan kuasa yang akan ada nanti. Amin rakyat kena faham, Cina India Sabah Sarawak dah faham muslihat orang politik cuma orang Melayu masih terikat dengan agama kaum bangsa tetapi sokong pemimpin yang tiada nilai moral, nilai integriti nilai jati diri guna agama guna bangsa provokasi untuk jawatan mereka, kah kah kah tepuk dada tepuk atap pun boleh lah woit
BANJIR DI KELANTAN & TERENGGANU SALAH SENDIRI
Aktiviti tanah tidak terkawal punca Kelantan, Terengganu banjir teruk, kata pakar
AKTIVITI guna tanah tidak terkawal terutama di kawasan hulu lembangan sungai antara punca banjir teruk melanda di Kelantan dan Terengganu, kata pakar banjir.
Menurut pakar hidrologi dan banjir Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Edlic Sathiamurthy biarpun secara asasnya banjir yang berlaku itu dikaitkan dengan fenomena kitaran Ensso, La Nina dan El Nino dan perubahan iklim yang menyebabkan taburan hujan semakin lebat.
Namun penerokaan kawasan hutan secara besar-besaran bagi tujuan pembalakan, perladangan atau pembangunan menyebabkan banjir semakin memburuk dengan kesan kemusnahan yang dahsyat, katanya.
“Apabila kita terus lakukan perubahan guna tanah di hulu sungai dan bila berlaku hujan lebat yang menyebabkan aliran air turun dengan banyak.
“Tapi aliran air ini tidak dapat diserap oleh tanah atas faktor aktiviti guna tanah dan turut berlaku elemen mendapan menyebabkan sungai menjadi cetek.
“Akhirnya sungai tidak mampu menampung lebihan air menjadikan seperti keadaan yang kita lihat sekarang (banjir teruk),” katanya kepada The Malaysian Insight.
Jelas beliau, sangat penting kerajaan negeri mengawal dan tidak membenarkan berlakunya pembalakan secara besar-besaran atas alasan untuk menjadi kawasan pertanian, ujarnya.
Sathiamurthy memberi contoh pembangunan di lembangan Sungai Golok, Kelantan dan Sungai Nerus, Terengganu, antara kawasan paling terjejas teruk semasa banjir lepas.
“Kalau kita tengok kawasan dua sungai ini antara paling terjejas teruk dengan paras air yang tinggi, sedangkan ada juga kawasan lain yang kurang kesannya.
“Jadi apa kita buat dengan lembangan sungai kalau dibuat banyak pembangunan dari kawasan hutan hujan tropika ditukar jadi kawasan ladang, lombong atau kawasan perbandaran maka akan menyumbang betapa buruknya kejadian banjir,” katanya.
Beliau mengulas mengenai banjir besar yang berlaku di negeri pantai timur itu pada bulan lepas.
Terengganu merekodkan lebih 40,000 mangsa banjir dengan pekan Jerteh di Besut lumpuh sama sekali apabila semua laluan di kawasan itu ditenggelami air.
Manakala di Kelantan, hampir 32,000 menjadi mangsa dalam banjir yang turut menenggelamkan seluruh bandar Rantau Panjang.
Banjir besar baru-baru ini juga mengulangi kejadian sama pada 2014 di pantai timur.
Mengulas lanjut Sathiamurthy berkata faktor pembangunan dan tiada sistem saliran baik yang turut menjadi punca banjir buruk.
Katanya, proses perbandaran terutama dengan keadaan jalan raya yang berturap tar menyebabkan lebihan air hujan tidak dapat diserap dengan baik dan akan mengalir ke sistem saliran perparitan.
Jelasnya keadaan akan bertambah buruk jika saliran perparitan tidak direka bentuk dengan baik, gagal berfungsi akibat kelemahan penyelenggaraan dan akhirnya tidak dapat menampung jumlah air apabila hujan lebat.
“Kalau ikut konsep hidrologi baki air hujan atau air tidak diserap ini kita panggil larian air permukaan. Di kawasan hutan yang mempunyai tebatan semulajadi, hampir 100% air hujan akan diserap ke tanah dan kurang 1% akan jadi larian air permukaan.
“Ini berbanding di bandar, 90% boleh jadi larian air permukaan, sebab itu boleh jadi banjir kilat,” katanya.
Selain itu beliau turut menyatakan kebimbangan kesan pembinaan benteng pemecah ombak (break water) yang banyak terdapat di muara sungai atau laut di Terengganu.
Beliau berkata biarpun tujuan pembinaan itu bagi memudahkan bot nelayan keluar masuk tanpa mengira waktu dan pasang air surut tapi sebenarnya ia memberi kesan menyempitkan muara sungai.
“Kita tidak kata benteng ini tidak boleh digunakan tapi kalau negara lain seperti di Australia, ada banyak pemecah ombak tapi ia direka bentuk sesuai dengan sifat dan proses pantai di kawasan tersebut.
“Kalau di Malaysia satu reka bentuk pemecah ombak ini kita guna untuk semua tanpa ambil kira kesesuaian kawasan itu,” katanya.
Justeru, beliau berkata kerajaan pusat atau kerajaan negeri perlu mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam menangani isu banjir seperti pengurusan lembangan sungai bersepadu.
Katanya kaedah itu adalah yang terbaik bagi mengurangkan kesan banjir teruk namun sayangnya ia tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
“Idea itu ada sejak 20 tahun yang lalu tapi saya tak nampak konsep itu diguna pakai. Apa sahaja aktiviti guna tanah yang kita ingin lakukan sebenarnya perlu ada perancangan.
“Jika tidak kita akan sentiasa alami masalah yang sama, banjir dan mungkin akan lebih buruk. Kalau tidak ada perubahan iklim banjir teruk akan berlaku jika kita tidak jaga dan tidak merancang pembangunan.
“Sebab itu saya selalu kata banjir tidak boleh dielakkan kerana ia fenomena semulajadi namun kita boleh elak kesan yang teruk,” katanya.
Sementara itu Presiden Persatuan Kajian Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S Piarapakaran berkata ada dua faktor yang menyebabkan impak banjir yang teruk iaitu penggondolan hutan yang menyebabkan hilang tebatan semula jadi dan perubahan iklim.
Beliau juga berpendapat faktor perubahan iklim sebagai punca banjir perlu disokong atau dirujuk dengan data dan kajian trend sebelum ini.
“Perubahan iklim ini alasan mudah untuk kita mencari kambing hitam. Kita faham Malaysia iklim khatulistiwa dan ada hutan hujan tropika tapi kita ada atau tidak data sejarah untuk buktikan taburan hujan.
“Kita kena rujuk fakta dan bukan tunding jari kata ia kerana perubahan iklim,” katanya.
Paling mendesak yang perlu diberi perhatian ialah projek tebatan banjir bertujuan untuk menangani impak banjir besar namun sejauh mana keberkesanannya, katanya.
Beliau berkata menjadi kebimbangan banyak projek tebatan banjir yang dilakukan tidak lagi praktikal memandangkan berlakunya pembangunan di sekitar kawasan tersebut dan ia akhirnya membazir dan gagal.
“Projek tebatan banjir ini kita memang kena buat sebab ia akan kawal lebihan air hujan sebab hutan kita dah habis. Ia memang membantu tapi dengan syarat tidak boleh ada pembangunan di sekitar itu.
“Namun apa jadi ketika ini tidak begitu seperti contoh di Perak, projek tebatan banjir dibuat namun bila projek itu sudah berlangsung dan sudah siap kawasan sekitar itu digondol.
“Tebatan memang masih berfungsi tapi ia tidak direka untuk mengawal air hujan lebihan.
“Sebab itu saya kata apa sahaja projek tebatan dibuat kena ambil kira persekitaran terutama dalam konteks projek masa panjang supaya tidak membazir berbilion ringgit duit rakyat,” katanya.
Menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini berkata 40 projek berkaitan tebatan banjir serta saliran mesra alam akan dilaksanakan bagi menangani masalah banjir sehingga tahun 2100.
Di Kelantan terdapat dua projek utama RTB sedang dilaksanakan, satu daripadanya Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dengan kos RM456 juta yang kini siap hampir 90% dan siap sepenuhnya April ini.
Satu lagi projek ialah di Sungai Golok membabitkan tiga fasa dengan fasa satu siap 71% dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2024. – 6 Januari, 2023.
BANJIR
MALAPETAKA
CUACA SEMUANYA
HASIL KERJA
MANUSIA
AMIN
KITA SAMA SAMA
BERTANGGUNG
JAWAB
AMIN
HANYA KITA
BERSAMA SAMA
YG BOLEH
MENYELESAIKAN
MALAPETAKA
CUACA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)