Rabu, 8 Julai 2015

JAGA JAGA JANGAN BENARKAN LARI






SATU PESANAN

Kunci KAPAL TERBANG ACJ319 dan ACJ320 kena bagi Agong simpan. Takot takot malam malam gelap gelita Mat Bahalol ber lakon pasang TUJUH LIKUR kat airport terus chabut nya..... 

Senyap senyap sama AL HIPPO tolak Kapal terbang ke Landasan Mana lah tahu Orang Melayu Bugis Padang ini ada power BON BON boleh buat macam macam Kepala Otak !!!!!!!!! on PEKIKAN PERJUANGAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:58 PM







--------------

BERSEDIA KE JALAN RAYA





BERSEDiA!
anak muda
pelajar mahasiswa
aktivis ngo
aktivis parti
bersedia 
kita ke jalan raya 
sebelum ke pilihan raya 
salepas  hari raya





Bersih gesa Najib bercuti atau dipaksa berundur

Najib Razak dinasihatkan supaya bercuti daripada menjalankan tugas kerajaan dengan serta-merta sementara siasatan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai, kata Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0).
Bersih 2.0 dalam satu kenyataan berkata, Najib juga perlu mengosongkan jawatan menteri kewangan supaya siasatan dapat dijalankan secara bebas dan berkredibiliti.
"Jika beliau enggan berbuat demikian, Bersih 2.0 amat yakin dan percaya rakyat Malaysia bersedia untuk mengiringi beliau dan keluarganya keluar," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bersih-gesa-najib-bercuti-atau-dipaksa-berundur#sthash.7s4hVrVD.dpuf


KAH KAH KAH
Ekita tak ada pilihaan
hanya satu jawapan
kita turun ke jalan raya

SiAP SEDiA



-----------

DAH LAMA MENUNGGU








LAMA TUNGGU


'Tak hairan jika PM diheret ke mahkamah'11:52AM Jul 8
Najib tidak nafi dakwaan mempunyai simpanan wang RM2.6 bilion, kata Kadir Jasin


WOiT
satu malaysia dah lama tunggu
satu asean dah lama nak tengok
satu dunia dah lama nanti
tapi jangan lupa 
kah kah kah
heret sama suami najib

KAH KAH KAH

--------------

SELAMAT BERBUKA




HARi KE 21

sandiwara 
sedang 
dipentaskan

SELAMAT 

BERBUKA






-----------------

PEMENTASAN SANDIWARA





SANDiWARA




Polis serbu pejabat 1MDB


Polis menyerbu pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kuala Lumpur sejak pukul 11.30 pagi tadi, lapor portal The Star Online hari ini. 

Tinjauan mendapati polis masih berada di pejabat syarikat pelaburan negara itu di Menara IMC, di Jalan Sultan Ismail.
Polis juga mengarahkan penyambut tetamu tidak membenarkan mana-mana individu naik ke atas pejabat 1MDB di tingkat 8 itu
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-serbu-pejabat-1mdb#sthash.mmtwo6TB.dpuf


WOiT
ini  hanya sandiwara 
pementasan untuk reda keadaan
kah kah kah
di malaysia selalu macam ini
sandiwara dipentas 
untuk bagi orang ramai hati senang
kah kah kah
yang disiasat najib
najib masih lagi berkuasa
najib kepala 1MDB
najib masih  menteri keewanghan
najib masih lagi PM
maka inilah namanya
sandiwara tipu mak cik felda

SANDiWARA
---------------

USTAZ COOL MASUK PKR




TAHINiAH

KOMENTAR
apakah ustaz wan ji
yang dinobatkan
sebagai  ustaz cool
ikon counter culture anak muda
akan dapat mempertahankan
status coolnya nanti

kita tunggu
dan kita nanti




Wan Ji, tiga pemimpin siswa sertai PKR

Menyedari sokongan pengundi muda bawah 30 tahun amat penting pada pilihan raya umum akan datang, PKR hari ini mengumumkan penyertaan pemimpin muda dan mahasiswa untuk menarik sokongan kumpulan itu ke dalam parti itu.
Dalam kenyataannya, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengumumkan penyertaan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin (kiri) dan tiga pemimpin mahasiswa - Ahmad Syukri Razab, Mohammad Zaki Abdul Shukor dan Muhammad Hasny Hasni - dan tugas kepada mereka.

Wan Ji yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dilantik sebagai exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk menarik lebih ramai golongan berpendidikan Islam ke dalam parti itu.

Agamawan muda itu mendapat pendidikan Islam awal di Karachi, Pakistan sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Maqasid Syariah di Universiti Al-Azhar.

Sementara Ahmad Syukri(kanan), yang pernah mengetuai beberapa gerakan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), pula ditugaskan sebagai setiausaha pengelola AMK.

Beliau yang juga aktivis hak asasi bertanggungjawab menambah keahlian dan memperkuat sayap PKR itu.

Manakala Presiden Majlis Keadilan Mahasiswa (MKM) Mohammad Zaki dan timbalannya Muhammad Affendy ditugaskan untuk menarik sokongan mahasiswa kepada PKR.

Mohammad Zaki dan Muhammad Affendy adalah mahasiswa jurusan undang-undang dan pendebat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta pernah menjuarai debat undang-undang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"PKR akan terus memberi ruang kepada gologan muda dari kalangan mahasiswa, aktivis dan profesional supaya roh parti ini yang digerakkan oleh golongan muda akan terus dikekalkan selaras dengan amanat Anwar Ibrahim bahawa perubahan hanya berlaku dengan penyertaan orang muda," kata Rafizi.

Dalam kenyataannya juga, Rafizi turut mengumumkan bahawa Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Sheikh Ismail yang kini dilantik sebagai senator ditugaskan membawa isu wanita muda dan menambahkan penyertaan golongan itu dalam PKR.

Rafizi juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Dr Fahmi Ngah (kiri) diberi tanggungjawab untuk menarik lebih ramai penyertaan pimpinan profesional bersama parti itu.

Sebelum ini Fahmi pernah bertugas sebagai saintis kanan Agensi Penyelidikan Pertahanan United Kingdom, sebelum menyertai sektor korporat di negara itu dan di CIMB.

Beliau juga bertanggungjawab khusus kepada program 'Profesional in Politics (PIP) yang bakal dilancarkan PKR.
 


---------------------

APA KHABAR SIRUL







SiRUL

APA KHABAR

selamat berpuasa
rakyat melaysia
harapkan sirul sehat

apa cerita 
dari sydney
ada masa tulis tulis lah
surat
bagi kami rakyat malaysia
gumbira


ada berita dari kampong
sekarang 
dibukit gantang
 banyak durian



SELAMAT RAYA

---------------

PEKIKAN PERJUANGAN






#iKUT KAK

 WAN

KOMENTAR
suara wan azizah
adalah laungan rakyat
suara wan azizh
adalah suara hati orang ramai
suara wan azizah
adalah suara dari penjara

Wan Azizah cadang ‘gerakan rakyat’ untuk menentang penyelewengan

 | July 7, 2015
Tuduhan terhadap Perdana Menteri perlu dipandang serius kerana melibatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap negara.


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Dr. Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan sidang Parlimen Khas diadakan bagi mendedahkan perkembangan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, sidang khas itu perlu memanggil Gabenor Bank Negara Malaysia serta Peguam Negara untuk mendedahkan perkembangan siasatan dakwaan terhadap  Najib  Razak.
“Najib perlu diberi cuti sepanjang siasatan dijalankan,” katanya ketika berucap pada pertemuan tergempar ahli-Ahli Parlimen dan NGO yang diadakan di tapak Kawad Kehormat, Parlimen pada Rabu.
Presiden PKR itu menegaskan, semua kumpulan yang prihatin perlu menyusun gerakan rakyat untuk menolak sebarang bentuk penyelewengan dan sebarang usaha yang melindungi mana-mana pihak.
Wan Azizah berkata, tuduhan oleh Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri perlu dipandang serius oleh semua pihak.
Katanya, apa yang berlaku ke atas Najib itu merupakan satu sejarah ekoran seorang Perdana Menteri dituduh sedemikian rupa oleh sebuah penerbitan besar dunia.
“Tuduhan-tuduhan terbaru ke atas kredibiliti Perdana Menteri adalah satu isu negara yang besar kerana ia melibatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap Negara,” katanya

WOiT
kah kah kah
dah sampai masanya
dah tiba waktunya
sekarang!

TERUSKAN 


--------------

APA KHABAR TUN ABDULAH







AP

KHABAR 

TUN

 ABDULLAH
ucapkan
selamat berpuasa
lama tak dengar berita


saje tanya
manalah tahu 
kalau ada apa apa

SELAMAT RAYA

----------

SEMUA PUTAR JAYA






UNTUNG RUGI
semua kira untung rugi zaman nie abeh tt sapa untung sapa rugi kalau ada judi haram sapa untung.? kalau ada.pelacuran sapa untung ? kalau ada pendatang tanpa izin.sapa untung ? kalau.ada empat ekor haram sapa untung ? adakah semua lapisan tidak.nampak ? adakah.semua terpaksa.ikut arahan ketua ? kah kqh kqh....

semua tau.sapa.semua nampak sapa...semua sedar sapa bertanggungjawab kepada kemusnahan.negara...wal.rasuahi wal.kum.wal arabi.wal.umrahi.wal.haji.wal.settle.segala dosa kum.kah kah kah on PAK LANCHOO
Anonymous
on 7/7/15
BERBELIT BELIT
mamak mengaku melayu berbelit belit semua tau sejarah melayu peranan mamak membawa kejatuhan kerajaan melayu melaka sejarah berulang kembali semua jawatan penting diberikan kepada mamak ramai master ramai phD terlebih ramai mazlan kamus baru...mazlan sama erti dengan kebodohan kah kah kah semua ketua perancang mamak membawa kehancuran kepada najib macam.musuh dalam selimut kah kah kah on PAK LANCHOO
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/7/15
KEDAI EKOR
merata rata kedai judi internet merata rata kedai 4 ekor haram merata rata sarang pelacuran merata rata pusat hiburan apakah semua nie sudah dihalalkan ? siapa yang benarkan siapa luluskan ? kalau lidah bercabang dua bukan mamu kah kah kah on PAK LANCHOO
Anonymous
on 7/7/15





---------------

ADA AGENDA YAHUDI







Ada agenda lain di sebalik


serangan terhadap PM


TEMERLOH 7 Julai – Tuduhan tidak berasas media barat terhadap  Najib  Razak dilihat bukan hanya ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi merupakan serangan terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO,  Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, sehubungan itu masyarakat Islam tanpa mengira fahaman politik perlu bersatu padu dan menolak fitnah terancang berkenaan yang bertujuan mengucar-ngacirkan keamanan negara. 


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ada-agenda-lain-di-sebalik-serangan-terhadap-pm-1.111776#sthash.pvHnH8tW.dpuf
-

KAH KAH KAH
woit
apakah agenda lain itu?
cakap cakap cakap
kah kah kah
apakah ada agenda
nak slimkan rosmah
apakah ada agenda
nak rampas beg birkin
apakah ada agenda
rosmah nak beli kasut baru
royak royak royak

AGENDA JEWS



----------------

NAK PUTAR LAGI KE?






SENGAJA

 DI KABUR
KOMENTAR
salah satu taktik perang
ialah meninggal jejak
secara terbuka untuk 
diikuti oleh musuh

jejak ini sengaja di tinggalkan
kerana jejak ini akan
membawa ke jalan yang salah

dalam hikayat sri rama
sita yang di culik rawana
telah mengkoyakkan kain
dan menaburkan agar dapat
dituruti oleh rama 
untuk menyelamat sita

dalam kes najib
jejak ditabur untuk terus
menimbulkan ke keliruan
kepada orang ramai

sengaja diharu birukan
sengaja dikaleh kaleh isu
agar orang ramai tambah keliru
semakin keliru semakin selamat najib
semakin susah untuk difahami 
apa sebenarnya induk cerita ini
semakin selamat najib




WSJ tunjuk dokumen aliran wang ke akaun Najib


Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang mendedahkan mengenai AS$700 juta dana didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini memuatnaik dokumen online yang memperincikan perjalanan wang itu.
Dokumen-dokumen itu termasuk borang permohonan kiriman wang, surat kebenaran deposit tunai dan carta yang menggariskan aliran wang tersebut.
Beberapa angka bagaimanapun dihitamkan dalam dokumen itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wsj-tunjuk-dokumen-aliran-wang-ke-akaun-najib#sthash.gMzOe7mk.dpuf



Akaun dibeku pasukan penyiasat berbeza daripada dilaporkan, kata WSJ


Akaun-akaun dibekukan pasukan petugas khas menyiasat dakwaan wang sebanyak AS$700 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke dalam akaun-akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bukan akaun yang sama dilaporkan eksklusif Wall Street Journal (WSJ).
WSJ melaporkan pembekuan 6 akaun hari ini, memetik sumber rapat dengan siasatan yang akaun-akaun terlibat " berbeza daripada dinyatakan di dalam laporan Journal minggu lepas".
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akaun-dibeku-pasukan-penyiasat-berbeza-daripada-dilaporkan-kata-wsj#sthash.MMTC9oJs.dpuf


WOiT
nak putar lagi ke?
berapa kali nak putar
mak dah kantpius
kah kah kah

SEKALi LAGI

-------------

KELUARGA MILHALI








KELUARGA


MiLHALI



KAH KAH 

KAH


------------------

BOODEK ORI






Menteri: Akaun dibeku mungkin bukan milik PM

Ismail Sabri Yaakob berkata ia tidak semestinya akaun perdana menteri yang telah dibekukan ekoran siasatan berkaitan 1MDB.

Ismail yang mengakui beliau tidak tahu butiran mengenainya berkata akaun yang dibekukan mungkin bukan milik  Najib Razak.

Beliau berkata, yang disiasat bukan perdana menteri.

Yang disiasat, katanya, ialah syarikat yang didakwa menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi perdana Menteri.



KAH KAH KAH
woit
bodek ada macam macam bodek
tapi bodek yang satu ini
bodek angkat telor dengan batang
bodek  sampai kiamat
bodek hasan malek
bodek ahmad maslan
bodek jenis ismail sabri
paling ori paling ngok

BOODEEK

---------

ADA SAKSI ATAU TIDAK?







3 akaun dibekukan milik Najib

Tiga daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas semalam dimiliki Datuk Seri Najib Razak, ketika siasatan diteruskan terhadap kes wang berbilion ringgit didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Sumber mendedahkan kepada The Malaysian Insider, 2 daripada akaun itu ialah daripada Ambank dan Affin Bank.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/3-akaun-dibekukan-milik-najib#sthash.hdnmUGaH.dpuf

BETUL KE

kah kah kah
gwa tak caya
mana dia empat saksi
kalau tak ada empat saksi
tak ada siapa percaya

MUTA PUTA 

-----------------