Selasa, 2 November 2021

CONTOH PEMIMPIN NEGARA TAK TAHU BAHASA INGGERIS - TEMU BUAL BBC

 

 

CONTOH

PEMIMPIN NEGARA

TIDAK TAHU

BAHASA INGGERIS

DITEMUBUAL BBC

KHALAS

CHINA MERAH MENUNGGU NAJIB

 




Najib perlu dipenjara,


bersalah selagi


 dibuktikan sebaliknya,


 kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menyasarkan serangan terhadap Najib Razak, mengatakan bekas perdana menteri itu perlu menjalani hukuman penjara susulan sabitannya tahun lalu bagi kes berkaitan skandal 1MDB.

“Mahkamah mendapati perdana menteri keenam bersalah. Itu keputusan mahkamah.

“Selagi ia tidak didapati tidak bersalah, ia bersalah. Ia patut jalan hukuman. Ada rakyat Malaysia yang belum pun dicaj telah dimasuk dalam tahanan, kenapa tidak orang yang sudah pun dihukum salah menjalani hukuman. Dibenar keluar negara pula,” kata bekas perdana menteri itu ketika membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta bagi beberapa pertuduhan berkaitan RM42 juta dana SRC International, diberikan penangguhan hukuman ketika proses rayuan sabitannya sedang berjalan di Mahkamah Rayuan.

Mahathir sudah beberapa kali mempertikaikan penangguhan proses rayuan di mahkamah selain turut mengkritik keputusan yang membenarkannya dan beberapa kenamaan lain untuk melakukan perjalanan ke luar negara, termasuk isteri Najib, Rosmah Mansor.

“Sudah hampir satu tahun rayuan dibuat. Tetapi belum ada keputusan dibuat.

“Dengan izin ‘Justice delayed is justice denied’,” tambahnya.

Dalam ucapannya, Mahathir turut mempertikaikan pengumuman belanjawan kerajaan yang memperuntukkan RM332 bilion bagi tahun depan, mengatakan sebanyak RM98 bilion daripada jumlah tersebut adalah hutang.

Beliau juga berkata walaupun memahami banyak perbelanjaan yang diperlukan bagi mengatasi krisis Covid-19 dan kemerosostan ekonomi, kerajaan juga mesti serius dalam usaha memperoleh semula wang yang dicuri dari 1MDB, syarikat bermasalah yang ditubuhkan oleh Najib yang kemudiannya menjadi sasaran siasatan antarabangsa melibatkan wang berbilion dolar.

Mahathir berkata kerajaan tidak boleh memberikan alasan wang yang dicuri itu tidak boleh diperolehi semula.

“Demikian duit yang dipercayai dicuri dibalikkan kepada pencuri. Konon pihak kerajaan tidak dapat cukup bukti yang duit-duit itu duit kerajaan dari 1MDB.

“Tetapi apakah si pencuri dapat bukti jelas yang menunjuk dari mana dia perolehi duit yang begitu banyak. Kononnya hadiah dari raja negara lain?” soalnya.

Kerajaan berkata pihaknya memperolehi semula hampir RM20 bilion wang yang dicuri dari 1MDB sewaktu Najib mengetuai pentadbiran negara.

Bagaimanapun, Najib mendakwa beberapa bilion wang yang masuk ke dalam akaun peribadinya adalah sumbangan derma daripada kerajaan monarki Arab Saudi.

Mahathir juga menggesa kerajaan mengkaji semula Belanjawan 2022, mengatakan ia boleh menyebabkan negara menanggung lebih banyak hutang.

“Kita tidak perlu bangga dengan mengemuka belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara. Lagipun ia menjadi besar kerana berhutang besar.

“Dan sebahagian dari wang yang akan dihutang akan diguna untuk bayar hutang, bukan sahaja oleh kerajaan semasa tetapi juga kerajaan-kerajaan yang akan datang kerana menghutang untuk bayar hutang tidak mengurang jumlah hutang,” tambahnya.




CHINA MERAH

MENUNGGU NAJIB

AMIN

CHINA MERAH

AKAN KENDURI

BILA NAJIB KEMBALI

BERKUASA

AMIN

CHINA MERAH

GUNA JO LOW

AMIN

CHINA MERAH

TELAH PAU

OPPS... MAAF

HISHAM HUSEIN

AMIN

SANGGUP PANGGIL

BIG BROTHER

KAH KAH KAH

APAKAH 

H20 DAPAT

HADIAH

CHINA DOLL

ATAU CHINA BOY 

DARI BIG BROTHER

KAH KAH KAH

GLASGOW COP26

 




BERITA

PERSIDANGAN

GLASGOW COP 26
BERITA MELAPORKAN
PERSIDANGAN ALAM SEKITAR
DI GLASGOW SCOTLAND
TELAH DIBATALKAN
KERANA MENTERI ALAM SEKITAR
 MALAYSIA
TIDAK HADIR UNTUK MEMBACA
DOA SELAMAT 
ADALAH BERITA PALSU
BERITA FITNAH

INI BERITA JAHAT
DARI TIM PROPAGANDA ISRAEL
DAN TIM PROPAGANDA SINGAPURA
AMIN

POLIS MASUK PENJARA

 



Rasuah: Hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas inspektor polis kekal

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM125,000 ke atas seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor yang didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah RM25,000 enam tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim  Kamaludin Md Said menolak rayuan Mohd Izwan Jamalud Din, 38, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 13 Ogos 2019.

“Mahkamah mendapati hukuman penjara tiga tahun bagi kedua-dua pertuduhan dihadapi perayu tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan penjara maksimum 20 tahun seperti diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Oleh itu, sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh kedua-dua mahkamah sebelum ini, (Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu) adalah selamat dan berpatutan.

“Bagaimanapun, mahkamah berpendapat hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan terhadap perayu kerana kegagalannya membayar denda patut dikurangkan. Justeru itu, hukuman penjara tiga tahun itu dikurangkan kepada setahun enam bulan,” kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama-sama  M. Gunalan dan  Hashim Hamzah.

Mohd Izwan  yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah, Perak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM125,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 25 Feb 2018.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Izwan didakwa secara rasuah menerima suapan RM5,000 daripada Syahrull Sharahudeen sebagai dorongan untuk tidak menangkap lelaki itu yang disyaki terbabit kesalahan dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 di belakang restoran KFC di Kuala Berang, pada 6.25 petang, 20 Ogos 2015.

Mohd Izwan, yang ketika itu bertugas sebagai Inspektor Penyiasat Narkotik G di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Hulu Terengganu, juga didakwa secara rasuah meminta suapan RM20,000 daripada individu sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya di sebuah rumah di Kampung Durian Kassim, Ajil, Hulu Terengganu, pada 8 malam, 15 Ogos 2015.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Izwan dipenjara tiga tahun dan didenda RM25,000 atau penjara 12 bulan manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara tiga tahun dan didenda RM100,000 atau penjara 24 bulan.

Kedua-dua hukuman penjara diperintahkan berjalan secara serentak iaitu tiga tahun  bermula 25 Februari 2018.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar Abd Latif mewakili pendakwaan selaku responden manakala perayu diwakili peguam Amirul Ridzuan Haniff. – Bernama




 ABANG POLIS

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

RAMAI ORANG

TAK FAHAM

AMIN

INI  MALAYSIA

NEGARA ISLAM

KAH KAH KAH

AMBIL RASUAH 

JUTA JUTA

MACAM NAJIB

MACAM KU NAN

TAK MENGAPA

AMIN

TAK AKAN KENA

PENJARA

AMIN

PARTI ISLAM

AKAN HALALKAN

KAH KAH KAH

AMBIK  RASUAH

RIBU RIBU AKAN

RATUS RATUS

AKAN DIDAKWA

MASUK PENJARA

KAH KAH KAH

UNTUK DIJADIKAN

CONTOH 

SPRM & POLIS

 BUAT KERJA

KAH KAH KAH

CONTOH

UNTUK DILIHAT

NEGARA ISLAM

LAWAN RASUAH

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU GI 

TANYA  DIN AYAM

MENANTU HADI

KAH KAH KAH

GUNA ISLAM SEBAGAI TOPENG PISANG

 


GUNA ISLAM

SEBAGAI TOPENG

PISANG

KHALAS

Unknown commented on 

"BEBASKAN ANWAR

 SATU KESILAPAN"

Gua penyokong anwar dari jauh. Dia dah masuk penjara atas keputusan mahkamah maka kita musti menghormati keputusan itu. Bila dia mendapat pengampunan tidak ke kita patut menghormati keputusan itu jugak?Sekarang nie apa pulak kesalahannya? Cakap tak serupa bikin? Cakap berdegar2 tapi tong kosong. 


Ramai pemimpin ckp berdegar2 tp tong kosong takde hal punya tidak bersalah pun. Tak ada pengalaman jd PM? Cuma ada degree dlm kesusteraan melayu? Kalau mahkamah dapati dia bersalah sekali lg dan perlu masuk penjara kita terima jelah. Tp kenapa skrg belum apa2 lg dia sudah dihukum. Kata picaya kpd kebenaran. Kita tunggu jelah keputusan mahkamah yg akan menghukum anwar jika dia didapati bersalah.

BINI MUDA NAJIB MENYOROK

 



BINI MUDA NAJIB

SEDANG MENYOROK

AMIN

Unknown commented on

 "BINI MUDA NAJIB ?"

Hahaha! Entah sembunyi kat mana. Ada yg cakap Di Macau, Di Cyprus . Gwa syak kat Pekan.

BUKAN CETAK ROMPAK

 



Belanjawan besar, hutang pun besar, kata Dr Mahathir

BELANJAWAN 2022 yang besar bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, kata Dr Mahathir Mohamad, kerana ia melibatkan hutang.

Bekas perdana menteri berkata cadangan perbelanjaan kerajaan untuk tahun hadapan besar kerana hutangnya juga besar.

“Saya harap kerajaan akan semak semula Bajet 2022. 

“Kita tidak perlu bangga dengan mengemuka belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara. Lagipun ia menjadi besar kerana berhutang besar,” katanya membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini. – 2 November, 2021.  


MADEY SILAP

BESAR

KAH KAH KAH

DUIT INI

BUKAN DUIT

CETAK ROMPAK

KAH KAH KAH

TAPI DUIT CETAK

RESMI

KHALAS

PELACUR PANDAI SIMPAN DUIT

 



PELACUR PANDAI

SIMPAN DUIT

AMIN



Unknown commented on 

"PELACUR BUAT 

LANGKAH TEPAT"

Pelacur pun pandai kira kira...mana Tin Milo boleh penuh lebih dan lagi berat dan banyak jumlah dimana sifar kosong yang banyak berderet mengikut dibelakang nomber ringgit yang tertera...itu lah jadi pilihan...siapa bayar lebih dia ikut siapa bayar ciput dia cabut...

CERET BERET DI MELAKA

 




CERET BERET
SEKALI LAGI

DI MELAKA

KAH KAH KAH

BIAR BETUL

KAH  KAH KAH

JAMBAN 

SEDANG DIGALI

AMIN

HOT HOT HOT TER NOW TER KINI

 



APA KOBA
MELAKO

KAH KAH KAH

JADI KO TAK JADI

KAH KAH KAH

BOTO KO NAK

DARURAT SOBAB

MAT KOBID

KAH KAH KAH

ADA YANG MASIH TAK SEDAR

 



Rasuah: Hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas inspektor polis kekal



 ADA YANG MASIH

TAK SEDAR INI

MALAYASIA

AMIN

RASUAH SIKIT

PENJARA LAMA

AMIN

RASUAH BANYAK

TAK MASUK PENJARA

KHALAS

BEBASKAN ANWAR SATU KESILAPAN

 



BEBASKAN ANWAR

SATU KESILAPAN

KHALAS

Unknown commented on 

"KESILAPAN

 BESAR PAKATAN"

Tak betul, TT. Kesilapan terbesar Pakatan bebas Anwar dari penjara. Kesilapan terbesar Pakatan angkat Anwar sebagai boss. Kesilapan terbesar Pakatan, percaya karut Anwar. Kesilapan terbesar Pakatan ialah Anwar.

CONTOH TERBAIK NEGARA ISLAM

 


CONTOH TERBAIK

NEGARA ISLAM

KHALAS

PELACUR BUAT LANGKAH TEPAT

 



PAS guna logo Perikatan pada pilihan raya Melaka

PARTI Islam PAS memutuskan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri Melaka, umum presiden parti Abdul Hadi Awang hari ini. 

Keputusan itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota parti yang mana ada daripada kalangan mereka menyatakan rasa tidak senang dengan keputusan dan arahan Hadi.– 2 November, 2021.


PELACUR BUAT

LANGKAH TEPAT

KAH KAH KAH

TAK MAHU JADI

PELACUR

KAH KAH KAH

NAK JADI APA?

KAH KAH KAH

PONDAN?

MAK NYAH ?

BAPOK ?

ATAU

PURTAN ?

KAH KAH KAH

LANGKAH TEPAT GEROMBOLAN

 




Semua 6 Bahagian UMNO Melaka jelaskan kepada PM kekal tolak Bersatu

MELAKA – Kesemua enam Ketua UMNO Bahagian Melaka menegaskan pendirian untuk kekal menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Mohamad Ali Mohamad berkata, sebaliknya mereka dan semua ahli bahagian akan terus mengukuhkan hubungan dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN). 

“Pendirian kita jelas, seluruh Ketua Bahagian dan ahli-ahli UMNO Bahagian negeri Melaka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi PRN Melaka.

“Apa yang kita mahukan adalah kerjasama memperkukuhkan Muafakat Nasional bersama Pas,” katanya pada sidang media di Klebang di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka; Datuk Abdul Razak Abd Rahman; Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridzuan Mohd Ali; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Rospandi Leman; dan Ketua Pemuda UMNO Kota Melaka Mohd Noor Helmy Abdul Halim.

Mengulas lanjut Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, penolakan semua enam Ketua UMNO Bahagian itu terhadap Bersatu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam satu mesyuarat di Masjid Tanah malam tadi.

Ditanya bagaimanakah reaksi  perdana menteri yang juga Naib Presiden UMNO dalam pertemuan itu, Mohamad Ali berkata, perkara tersebut akan dfikirkan Ahli Parlimen Bera berkenaan.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan fikirkan tapi inilah pendirian kita.

“Maknanya, apapun berlaku kita di negeri Melaka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu,” katanya. 


 GEROMBOLAN

BUAT LANGKAH

BIJAK LAGI TEPAT

AMIN

DENGAN DASAR

INI PELACUR

MATI TENGAH JALAN

KAH KAH KAH

TAK TAHU NAK

KANG KANG

KAT MANA

KAH KAH KAH


BERSEDIA KE JALAN RAYA

 




 BERSEDIA

KE JALAN RAYA

AMIN


Arymanchino commented on

 "PENYAMUN 

BUAT LAWAK BERDIRI"

Haramjadah Bapak Penyamun.Laki bini,anak beranak menyamun harta negara tak sedar diri.Dah d kategori penjenayah masih nak berlagak sombong utk salahkan org lain.Memang kau ni bapak haramjadah..

HARI HARI TERAKHIR SAEKOR IMRAN?

 


RAMPASAN KUASA

SEKALI LAGI?

AMIN

SEGERA SUMBAT NAJIB

 


 SEGERA

SUMBAT NAJIB

KHALAS

Unknown commented on

 "PENYAMUN 

BUAT LAWAK BERDIRI"

Pasal Tu lah Bapak Penyamun ini perlu disumbat awalx lagi dalam pagar besi Sg Buluh.Jumlah wang Rakyat yang di Sakau penyamun ni lebih dari 40/lori 3 ton kalau tak silap ada yg kira.Bukan di salah guna oleh Pakatan Harapan. MP PH sanggup potong gaji mereka dan tubuh tabong nak bantu kewangan negara. Kenapalah ramai lagi yang BANGANG dan PERCAYA pada penyangak yang tidak tahu malu ni.

BINI MUDA NAJIB ?

 


 BINI MUDA

NAJIB

KHALAS


hamim commented on

 "KESILAPAN

 BESAR PAKATAN"

Jika Rosmah bini tua, siapa bini muda Najib, lawar ke, muda ke, mengancam lagi ke, ada gambar? TT ada berani ke letak gambar bini muda Najib????

BERKHALWAT HARI KE 592

 


KHALWAT KE 592

SELASA  2/11/2021
KITA MASUK KE HARI 592
BERKHALWAT

PKP 4.0
WARGA 
KENA AMBIL SATU LAGI DOS ?
MASUK AKAL KE?
RAMAI  DAH KENA PANGGIL

KAKAK GUA DAH DAPAT
SUNTIKAN KE TIGA
VAKSIN AMERIKA

INI PELIK
AWALNYA DUA DOS
NI DAH NAIK TIGA
KAH KAH KAH
SAMPAI KE BERAPA DOS?

APAKAH KITA JADI MAT PET
HINGGA  TOKAN DADAH
JADI PERDANA MENTERI KE?

PRN MELAKA
NAJIB TURUN NAIK
KE MELAKA
KENAPA ROSMAH
TAK ADA  BESAMA

TINDAKAN NAJIB
MENINGGALKAN ROSMAH
 SATU KEZALIMAN
GUNA ROSMAH MACAM SELIPAR
DAH PAKAI TINGGAL
KAH KAH KAH

PAGI INI HOKKIEN
BASAH
UJAN  LEBAT PETANG KELMARIN
UDARA BERSIH DAN SEGAR

MURAI SAMBUT GUA
CENGKERIK GEMBIRA
TERKUKUR SENANG HATI
TIONG SIBUK KE SANA KE MARI

GUA SEKALI LAGI
TERNAMPAK BURUNG HIJAU
KALI INI JELAS
SAHIH BULU HIJAU

KL & KL SENTRAL KELAM
HA HA HA
DI LANGIT SEBUAH PESAWAT
MENUJU KLIA
DERAMAN AGAK KUAT

MATAHARI BELUM KELUAR
ARAH SUNGAI BESI LANGIT KELAM
ARAH KE SHAH ALAM
LANGIT KELIHAT BIRU MUDA
TAK TAK  & EZI SENANG HATI
AMIN

BRO
MULAKAN HARI INI
DENGAN SENYUM
KITA DILAHIRKAN SEKALI LAGI
UNTUK MEMBUAT KEBAIKKAN

BRO
UNTUK KITA BERJAYA
MELUNASKAN SEMUA
PERMINTAAN KEATAS KITA
MAKA KITA WAJIB 
BERSIKAP BAHAWA
DIRI KITA INI LEBIH HEBAT
DARI YANG SEBENARNYA

BRO
SAPA TAK BERGERAK
MAJU KE DEPAN
PASTI BERGERAK
KE BELAKANG

BRO
MENERIMA DENGAN GEMBIRA
HAD KUPAYAAN KITA
ADALAH SIKAP PALAT

BRO
BERCINTA ITU
 INDAH DI KAYANGAN
PERKAHWINAN ITU
SATU DI BUMI

BRO
KITA MEMILIKI CUKUP MASA
JIKA  KITA SUSUN
DAN  GUNAKAN  BETUL2

PEMERENTAH YANG BAIK
IALAH KERAJAAN
YANG MAHUKAN
DIRI MENGURUS DIRI
KITA SENDIRI

BRO
KITA HANYA  TAHU SEDIKIT
DENGAN ILMU PENGETAHUAN
KESANGSIAN KITA AKAN BERTAMBAH

BRO
KAWAN KITA
BERI TAHU KITA
APA KITA BOLEH BUAT
MUSUH KITA
BERI TAHU KITA
APA YANG WAJIB KITA BUAT

BRO
SOSOK BIJAK
AKAN MELIHAT SEMUA
MENGGEMPARKAN
SOSOK BIASA
MELIHAT SEMUA ITU
TAKADA  APA APA

BRO
JANGAN IKUT SANGAT PERASAAN
HATI YANG SENSATIF INI
SATU PEMILIKAN
 YANG TIDAK MENGGEMBIRAKAN
DALAM ALAM YANG
TAK MENENTU

BRO
PERGI LAWAT
LUAR NEGARA
BARU KITA SEDAR
PEKARA PEKARA
YANG MOLEK YANG ADA
DALAM NEGARA SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT