Rabu, 11 Ogos 2010
MARI KETAWA SESUDAH SAHOR
THE BEST JUDGE MONEY CAN BUY IN MALAYSIA
nota:
semua boleh pukul harga
semua boleh diatur
malaysia boleeeh kah kah kah
BERJIMAT CERMAT
MENYAMBUT BULAN RAMADAN
nota:
suami: hang ni hang ingat kat dia aje
isteri: apa you cakap ni sayang?
suami: mentang mentang ini.. 190 kilo...
isteeri: eh eh eh...tak de laa..
suami : i jumpa album dia dalam kereta... you nak cakap apa..
isteri : ooo album tu... i suka gambar tu... gambar slim melim tu selaraskan
isteri: tengok muka you tak selaras langsung kah kah kah
BAHAN BAKAR
TAN SERI MUHYIDDIN YASSIN KEPTEN KAPAL SELAM
KHALID DAKWA MUHYIDDIN BATU API -mStar
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Muhyiddin Yassin sebagai 'batu api' kerana didakwa cuba melaga-lagakan hubungannya dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung isu pemilikan hartanah di kalangan bumiputera.
Khalid mendakwa, Muhyiddin sengaja memanipulasikan fakta bagi menggambarkan kononnya beliau mempunyai pandangan berbeza dan tidak mendokong pendirian Abdul Hadi berhubung isu tersebut.
"Jelas sekali TMuhyiddin nak jadi batu api dalam isu ini, beliau sengaja nak laga-lagakan saya dengan Tuan Guru .
KAH KAH KAH
Woit… SEMBAB INI BUKAN BATU API…. Kah kah kah..
Kah kah kah… SEMBAB INI SEBENARNYA BAHAN BAKAR API…. Kah kah kah..
Kah kah kah… KALAU LAMPU MINYAK ABIS MINYAL... PERAH LEHER SEMBAB…. JAMIN DAPAT MINYAK…Kah kah kah..
Kah kah kah…. KALAU KAPAL SELAM TAK CUKUP MINYAK… MASUKKAN SEMBAB DALAM TANGKI…. Kah kah kah..
kah kah kah... JAMIN KAPAL SELAM AKAN BEGERAK... kah kah kah..
Woit... TAPI ADA DUA BUAH KAPAL SELAM…. MACAM MANA?… kah kah kah
woit... JANGAN JADI BODOH...kah kah kah...
Kah kah kah…. YANG LAGI SATU MASUKKAN BIK MAMA…. Kah kah kah..
ANAK MUDA JANGAN BUANG MASA !
ALIH CARA PERJUANGAN - LAWAN TETAP LAWAN !
PELAJAR IPT TETAP DI LARANG BERPOLITIK - berita hairan
Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.
Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.
Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara
KAH KAH KAH..
nota:
anak muda pelajat dan mahsiswa jangan buang masa
jangan hantar memo
jangan jumpa meja bulat
hanya ada stu jalan
ramai ramai pergi daftar jadi pengundi
kita sama humbankan gerombolan
bukan sahaja auku akin dimansuhkan
malah kita selamatkan negara ini
dari taek terjulur julur kah kah kah
HARI PERTAMA
ANAKNYA YANG AKU MAKAN PETANG INI
SELAMAT BERBUKA PUASA
jam 6.25
cuaca di kuala lumpur nyaman
awan membantu hari pertama
tidak panas dan tidak terik
angin bertiup sama
di bangsar - sibuk sibuk
aku baru sahaja selesai membeli
ikan kembong goreng
sayur kacang masak kuning
dan gulai rebung masak kuning
untuk minuman aku mengambil air tebu -
nah gulai rebung dengan ikan sembilang
masak kuning adalah masakan yang terbaik
dalam dunia ini - jika tak ada rebung
dengan assam belimbimg - nikmatilah
masakan ini lebih hebat dari masakan maxim dari paris
masakan ini lebih nikmat dari masakan gordon ramsay dari london
kau berikan agu gadis basque aku akan memilih sambal tempoyak
kau berikan aku blonde dari sweden aku akan cari petai dan jering
kau berikan aku gadis itali yang lais matanya hitam gelam aku akan cari ikan pekasam
nah ! betapa enaknya hidup dalam kota ini
dan cuaca tidak mewajibkan aku memaki seluar dalam !
BERTOGEL JANGAN TAK BERTOGEL
PERCINTAAN TERLARANG
NIZAR CADANG SAIFUL BERSUMPAH DI MASJID SEKALI LAGI - harakah daily
Mohd Saiful Bukhari Azlan dicadangkan supaya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk membersihkan namanya dengan bersumpah sekali lagi di masjid ekoran tuduhan hubungannya dengan seorang timbalan pendakwaraya Farah Azlina Latif.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Mohamad Nizar Jamaludin dalam laman twitternya berkata, "Bulan Ramadhan lebih baik bagi Saiful bersumpah seperti mana pernah dibuatnya dalam masjid dulu perihal penafian hubungannya dengan DPP Farrah Azlina."
KAH KAH KAH
Woit… SUMPAH SUMPIT SEKALI LAGI LAAA… kah kah kah..
Woit… DULU SUMPAH APA?…. Kah kah kah..
Kah kah kah… SUMPAH KERAMAT… MACAM MAT EZAM PUNYA SUMPAH… kah kah kah..
kah kah kah... KALI INI BUAT SUMPAH SUMPIT... kah kah kah
nota:
sumpah sumpit
lada api
farah buncit
sifool tubi kah kah kah
HUMBANKAN GEROMBOLAN
BETAPA INDAHNYA DUNIA INI TANPA KERETA
5000 KM JALAN KAMPONG DILEBAR - melayau
Kerajaan negeri merancang melebarkan jalan kampung sepanjang 5,000 kilometer (km) bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di kawasan luar bandar.
Ghani Othman berkata, projek berkenaan akan dijalankan mengikut fasa namun banyak faktor perlu diambil kira kerana ia turut membabitkan tanah rizab kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan menerusi Infra Desa Johor Sdn. Bhd., telah berjaya membina 5,000km jalan baru pada pertengahan tahun 90-an namun kelebaran jalan itu hanya terhad kira-kira empat meter.
KAH KAH KAH
Woit… INI PROJEK… NAK BAGI CAWANGAN MAKAN…kah kah kah..
Woit….HABIS KEINDAHAN KAMPONG…. Kah kah kah..
Nota:
inilah akibat menyemabh pada kereta
habis tanah dui tarah
habis dudun di punah
habis ank sungai tenggelam
habis belukar di tepi jalan
habis pohion rending
habis buluh di musnah
habis kubur dikambus
hanis lopang di kering
nota:
keindahan kampong ialah kehijauan
keindahan kampong ialah jalan jalan yang bersinmpang siur
keindanhan kampong ilah belukar dan ophin yang menjalar di tepi jalan
jalan di kampong bukan lebuh raya
pulang beraya nanti nikamtilah berjalan
bukan bekereta kah kah kah
nota:
untuk menyelamatkan negara ini
dari kehancuran kita tidak ada
jalan lain - melainkan menghumbankan
gerombolan ke dalam tong smapah sejarah!
untuk itu sila daftar mengundi kah kah kah
KENYATAAN AMK PULAU PINANG
HENTIKAN SEGERA FITNAH PERKAUAMAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
10 OGOS 2010
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini menegaskan tidak akan bertolak ansur kepada mereka yang memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai ‘perkauman’ dalam menyelesaikan masalah rakyat. Cukuplah dengan siri-siri fitnah bermula dari Kampung Buah Pala, Tanah Wakaf Bagan Ajam, Isu Jelutong dan Pokok Asam yang menjadi ‘modal’ politik murahan UMNO untuk menagih sokongan rakyat, sekarang ditambah lagi dengan menghasut peniaga-peniaga Melayu Komtar untuk membenci Kerajaan Negeri, dalam isu lot niaga di ruang legar Komtar.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merujuk kepada tuduhan liar yang dilemparkan oleh Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pulau Pinang, Aziaan Ariffin yang mengatakan "Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal.”
Tuduhan jahat ini jelas menggambarkan, siapa sebenarnya pemimpin UMNO yang jelas suka bermain dalam ruang lingkup perkauman mereka yang sempit dan suka ambil sikap hentam keromo sebelum tahu apa yang sebenarnya berlaku. Siapa dia Aziaan? Adakah dia benar-benar menyelami permasalahan yang berlaku? Konon menjadi ‘hero segera’ Melayu, tetapi selama lebih 50 tahun, apa yang UMNO berjaya tinggalkan untuk orang Melayu Pulau Pinang?
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga merasa amat kesal dengan tindakan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abdul Jiman yang mengapi-apikan hubungan baik yang sudah terjalin lama antara komuniti peniaga Komtar dengan pihak Kerajaan Negeri. Tindakan beliau yang menuduh Kerajaan Negeri meroboh premis gerai dan menghalau Melayu dari Komtar adalah amat tidak tepat dan hanya emosional semata-mata.
Bilakah masanya ada notis yang mengatakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menghalau peniaga-peniaga Melayu dari Komtar? Yang jelas ada hanyalah notis untuk urusan menaiktaraf ruang niaga tersebut, agar lebih teratur dan tidak menghalang lalulintas pelanggan Komtar. Bahkan, 27 peniaga sedia ada boleh terus berniaga seperti biasa, dan ditambah lagi dengan 17 lot di tingkat yang sama dan 10 lot di tingkat 4.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) di sini juga menyatakan sokongan kepada kenyataan Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar untuk PDC melakukan kutipan terus bayaran sewa tapak dari peniaga, dan bukannya menerusi Komtar Merchant Association (KMA). Ini adalah untuk memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan, setelah kontroversi yang ditimbulkan oleh Naib Pengerusi KMA itu sendiri, Mohamed Ghani.
Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) dengan ini sekali lagi menegaskan, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melontarkan fitnah jahat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk orang Melayu, Cina dan India di negeri ini.
Demi memastikan isu-isu rakyat yang membabitkan tiga kaum ini ditangani dan diselesaikan dengan baik, AMKPP menawarkan diri sebagai orang tengah atau ‘mediator’ untuk mencari jalan keluar sebarang pemasalahan pada masa akan datang. Atas kesedaran ini, AMKPP akan menubuhkan satu sekretariat khas yang dinamakan sebagai “Sekretariat Warga Diskusi Isu Rakyat” (SWADAYA)
SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)
Langgan:
Catatan (Atom)