Selasa, 16 Februari 2021

SAPA KENAL DENGAN AJIJAH

 


 SIAPA KENAL

DENGAN AJIJAH?

BILA NAJIB DAN ROSMAH TAK SUKA

 



 SIAPA SRI RAM

AMIN

KENAPA ROSMAH

DAN ISTERI 

MAHU SRI RAM

DI KETEPIKAN

AMIN

APA  KESAH 

DIBELAKANG 

CERITA

AMIN

KENAPA TAKUT

DENGAN SRI RAM 

AMIN

ATAU INI 

HANYA TRIK NAK LAMBATKAN KES

AMIN

 HINGGA KERAJAN INI TUMBANG

AMIN

 NAIB AKAN 

BERKUASA KEMBALI

AMIN

Najib kemuka rayuan baharu gugurkan Sri Ram

BEKAS perdana menteri Najib Razak hari ini mengemukakan rayuan baharu untuk membatalkan kelayakan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB yang sedang berlangsung.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, surat pelantikan pendakwa raya menunjukkan bahawa beliau akan menerajui siasatan dan pendakwaan kes berkenaan.

“Pelantikannya bukan hanya sebagai pendakwa raya tetapi sebagai penyiasat, yang mana tidak dibenarkan,” kata Shafee kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini adalah percubaan keempat pasukan pembelaan untuk menggugurkan Sri Ram.

“Dalam buku kontroversi Tommy Thomas, secara jelas bahawa bekas peguam negara meminta timbalan pendakwa raya untuk terlibat dalam siasatan awal kes 1MDB.

“Oleh itu kami merasakan alasan yang kuat (untuk mengemukakan rayuan) dan kami memanggil sidang media ini untuk mengatakan bahawa kami akan meneruskannya,” kata Shafee. 

Peguam itu berkata hujah berat sebelah dalam rayuan penolakan sebelum ini masih sah.

“Ia tidak dibantah. Sebenarnya ia telah disahkan oleh Sri Ram. Terdapat salah laku,” katanya.

Najib menegaskan bahawa Sri Ram bersikap berat sebelah kerana keterlibatan pihak terakhir dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam skandal 1MDB dan berat sebelah itu terbukti dalam perbualan meerusi WhatsApp antara pendakwa raya dan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Najib untuk gugurkan Sri Ram dari perbicaraan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan permohonan Najib terhadap Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, adalah tidak berasas dan silap.

“Pertimbangan berbeza akan diberikan jika ia dilakukan (pendapat Sri Ramai menyebabkan berat salah) ketika menjalankan tugasnya sebagai timbalan pendakwa raya.

“Namun seperti dibangkitkan oleh responden (pasukan pendakwa) ia (dakwaan berlaku berat sebelah dalam mesyuarat Sri Ram bersama bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali pada awal 2018) terjadi sebelum Sri Ram dilantik sebagai timbalan pendakwa raya.

“Pemohon (Najib) tidak membuat sebarang permohonan lebih awal untuk mengadu tentang perlakuan Sri Ram dalam perbicaraan itu (kes meminda laporan audit 1MDB) membabitkan pemohon,” kata hakim dipetik berkata seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini.

Najib didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Arul Kanda Kandasamy, 43, bekas CEO 1MDB pula didakwa bersubahat dengan Najib meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Najib dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Februari, 2016 dan 26 Februari, 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – 16 Februari, 2021

 KALAU ROSMAH

KALAU NAJIB

TAK SUKA

ERTINYA 

SRI RAM INI

PENDAKWA HEBAT

AMIN

KEBAL TAK LUT

PELURU EMAS

AMIN

TAK  LUT 

PELURU  DOLAR

AMIN

INI HEBAT

KHALAS



NEGARA MILIK KITA SEMUA

 


NEGARA MILIK

KITA SEMUA 

BUKAN MILIK MADEY

ANWAR NAJIB ZAHID 

AMIN


Ricesaffron@gmail.com commented on

 "KERUSI PM BUKAN RETA MADEY"

Ini negara Malaysia bukan mak bapak Tun M atau mak bapak Anwar punya dan bukan mak bapak org politik punya, ini senang senang macam harta mak bapak mereka nak di bahagi bahagi kan faraid kan jawatan PM,, puiiiii,,,,,,,, ini BN pun bukan Mak bapak Zahid Hamidi punya.. 



Lagi lagi ayat akar umbi di gunakan.. masa ada kuasa takde pulak fikir akar umbi,, kalau ada akar umbi pun itu semua org politi dari AJK bahagian sampai ketua bahagian yg dah di cucuk hidung untuk pemilihan dalam politik duit dan nama yg di cadang utk umpan jadi YB YB YAB,, yg sokong pun muka ni juga, akar umbi yg original hanya duduk dalam tanah yg kerja proses kan bahan buangan dan najis najis agar jadi baja untuk kuat kan pokok hingga keluar buah dan akhir nya buat hanya dapat di lihat oleh pokok dan sekeliling dan di makan ole org politik, akar umbi tetap makan najis dan bahan buangan hingga lah pokok mampus,, 


TunM dan Anwar sudah beberapa kali cuba letak racun pada akar umbi tapi pokok tak juga mampus, ingat kalau Tun M dan Anwar tiada maka sunyi lah politik di negara ini,, semua org akan bersatu dan bekerja semula sepert tahun 50an hingga tahun 1982..manusia Malaysia akan aman tenang harmony makmur tiada lagi drama bangsawan ,, nilai ringgit akan sama semula seperti nilai Singapore dan Brunai aminnnnnnnn,, cuba Tanya Tun Daim yg cakap padai ekonomi

RAKYAT MATI TAK MAKAN

 



 RAKYAT 

MATI TAK MAKAN

Unknown commented on

 "PERANG DADAH"

Sementara Baginda Queen melancar perang candu di China, berlaku kebuluran yang dashyat di India. Tanah pertanian yang dulu ditanam makanan telah digunakan untuk tanam ganja.


 Cuaca buruk akibat ElNino menyebabkan hasil tuaian yang kurang, makanan tak cukup. Berpuluh juta orang India mati kelaparan. Cuba google "famine India opium".

TIPU MAT SABU TIPU GUAN ENG




 ANWAR

TIPU MAT SABU

TIPU GUAN ENG



Unknown commented on 

"KERUSI PM BUKAN

 RETA MADEY"

Memang penyokong Abam bodoh sombong. 20 lebih bulan ratip Atok serah atau letak jawatan. Bila Atok letak jawatan Feb lepas, Abam sendiri yang GAGAL jadi PM. Dia tak pandai mengira, ingat 90 kerusi cukup majoriti!!! Penyokong Abam ada yang bijak bin cerdik, tapi malas nak fikir. Tak nak mengaku Abam tak ada 112 kerusi dan tidak akan jadi PM. Masih buta menyokong Abam buat kacau.

APA AKAN JADI PADA SUAMI NAJIB

 


 APA AKAN JADI

PADA SUAMI NAJIB

Unknown commented on

 "DUA HARI LAGI"

Dua hari lagi suami najib bakal bertarung merebut tempat ..tak mau mengalah.. Duduk dalam kandang. Kakakah. Hendak Seyidup semati bersama isterinya manuju ke alam syurga sg buloh inn. Kakakah

KERANA BERJAYA MENGALAHKAN BIK MAMA

 



 KERANA BERJAYA

MENGALAHKAN

BIK MAMA

Unknown commented on 

"RINA PUN GAGALIS ?"

Tetiba jer TT masukan kak rina dlm blog ni napa...saje tanya...adakah TT peminat bermata jeli...KAKAKAKAKA


capt salai commented on 

"MALAYSIA ADA RINA HARUN"


Rina ni geng gagalis gak ke..sama mcm mr tt dgn dik nuyul..


INI NAMANYA AKU BERKUASA

 


 INI NAMANYA

AKU BERKUASA



DatoPidi commented on

 "TEATER ATAU SANDIWARA"

Ini biasa la. Hang jugak yg cakap. Shahibul Semaah kita nie mentaliti dunia ketiga. Sendiri yg buat undang-undang dan peraturan, sendiri yg langgar. Nak reform kepala Bana apa? Tu negeri PH buat jalan Pong tak ikut spect. Reform abah dia la. Pastu heboh rasuah, faraid secara berjemaah.

LALANG

 


 LALANG 

Unknown commented on

 "DALAM DUNIA INI 

RAMAI ORANG JAHAT"

Madey adalah contoh orang yang baik manakala bang nong mampu tunjuk pisang jer...KAKAKAKKAKAKAK

DUA HARI LAGI

 




ADA

APA 


DUA


HARI 


LAGI

RAMPASAN KUASA TERUS DILAWAN

 


 RAMPASAN KUASA

TERUS DI LAWAN

PERANG DADAH


PERANG DADAH


Ajensi  berita  nasional BERNAMA  pada 11/2/2021 melaporkan : 

DUA rakan berdepan hukuman gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 150.15 kilogram pada 1 Feb lepas.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi yang masih bebas, Amnat a/l Ratsamee di sebuah rumah di Kampung Batu Bertangkup, Jalan Kilang Gula daerah Padang Besar, kira-kira 7.50 pagi.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama serta dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Minggu lalu aku telah meminta para pembaca melihat  dan memahami apa kaitan syarikat Tiger Beer  dan Achor Beer  milik  suku sakat Baginda Queen dengan Akta  Dadah Bahaya 1952. Amat jelas pada hemat aku  hukum hakam  Akta Dadah Bahaya 1952 yang anti ganja dan ketum ini bertujuan untuk memastikan warga di Tanah Melayu didorong untuk membeli    Tiger dan Anchor.  

Ganja boleh ditanam di belakang rumah. Ketum boleh ditanam di tepi sawah. Tanaman asli dari bumi Tanah Melayu  ini menjadi pesaing hebat dan akan berpotensi membunuh pasaran   Tiger dan Anchor. 

Di Tanah Melayu Baginda Queen memperkenalkan apa yang dipanggil sistem pasaran bebas.  Pasaran bebas ini ialah  nama  cantik untuk sistem ekonomi kapitalis.  Di hebohkan bahawa dalam sistem pasaran bebas  ini pembeli dan pengguna bebas memilih apa yang hendak dibeli , diguna atau dipakai.

Tapi dalam kes  perniagaan beer hakikatnya tidak ada  pasaran bebas.   Bila ketum dan ganja diharamkan maka beer  menjadi jualan  yang dipaksakan kepada anak tanah jajahan.   Nampak atau tidak ? 

Aku melihat dengan jelas  bahawa dengan  kuasa  senjata dan hukum hakam kolonial hanya produk dari syarikat Baginda Queen sahaja yang  dibenarkan. Tanaman asli  yang berasal usul dari bumi kita di larang. Ditakrif sebagai bahaya. Dicap sebagai racun.  

Dalam masa yang sama dijual cerita  seolah-olah kerajaan Baginda Queen menjadi baik hati hendak menjaga kesihatan anak di tanah jajahan. Tertiba di Tanah Melayu  kuasa kolonial Inggeris  mahu Bani Melayu sihat walafiat. Jangan terkena  racun daun ketum. Pooorah. Semua karut.

Lu tak caya - disini buktikanya. Biar aku berkesah :   Syarikat East India Company  (EIC) sampai  ke Bengal India pada tahun 1773.  Di India  syarikat Baginda Queen ini bertemu dengan candu.  

Aduh! Cium punya cium. Hisap punya hisap candu ini dibuktikan sebagai barang baik untuk dijadikan barang jualan di pasaran bebas.

Maka candu menjadi bahan jualan EIC ke negara China. Candu ini jadi bahan tukaran – punca mata wang .  Dengan duit jual candu suku sakat Baginda Queen telah membeli   teh, tembikar, dan kain sutera dari China untuk diperniagakan di pasaran Eropah.  

England kaya raya. London jadi besar.

Perniagaan candu ini menjadikan warga China melepek menjadi Mat Pet. Maharaja China marah lalu menutup pelabuhan. Melarang  kapal lanun Baginda Queen masuk membawa candu. Perang pecah.  Ini dipanggil Perang Candu 1839-1842. 

China kalah perang  lalu menanda tangani Perjanjian Nanking 1842. Pelabuhan China  seperti Shanghai  dan Canton dipaksa  buka untuk  kapal lanun Baginda Queen berlabuh membawa candu.   

Hasil dari penjualan candu  Mamat yang bernama  William Jardine (1784-1843) mendirikan syarikat  Jardine, Matheson & Co.   Tukar beli candu ini memerlukan bank – maka  muncul  Hong Kong  And Shanghai Bank (HSBC)  

Bro, mustahil  lu tak pernah dengar Jardine dan HSBC. Ini syarikat gergasi. 

Sekarang nampak atau tidak peranan candu untuk kuasa kolonial Inggeris. Untuk aku semua nampak jelas. Candu dari India  ini  menjadi punca ekonomi membina empire . Candu membina kuasa tentera  laut dan soldadu Baginda Queen. Kuasa kolonial Inggeris berjaya  menjajah 53 negara  dalam dunia ini – yang hari ini dikenali sebagai Negara Commonwealth. Dibelakangnya ialah kuasa candu. 
 
Aku juga wajib beri tahu disini  bahawa  William Jardine  bukan kecik anak.  Selain dari tokan candu Jardine  juga seorang YB  - ahli Parlimen untuk kerajaan Baginda Queen. 

Hah! Maka tidak pelik  Baginda Queen  tidak membuat apa apa akta  di India. Tidak mentakrifkan candu sebagai  bahaya atau racun.  Ganja yang hidup meliar di India pun tidak ditakrif sebagai bahaya. Kenapa? Kerana pasaran candu dan ganja kini dimiliki oleh syarikat Baginda Queen Victoria.

Di India British mengendalikan kedai penjualan candu.  Ini bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais . Ini fakta sejarah.

Kesah candu, ganja  dan ketum ini bergerak lagi. Dari zaman Queen Victoria hingga ke tahun 60’an dan 70’an.  Sebelum Perang  Dunia Kedua hampir semua  wilayah Asia dan  Asia Tenggara  dimiliki oleh kuasa kolonial – Belanda, Inggeris, dan Peranchis .  

Vietnam dijajah oleh  kuasa kolonial Peranchis. Rakyat Vietnam bangun melawan penjajah.   Perang pembebasan rakyat Vietnam  bermula  dari tahun 1946 ke tahun 1954. Bila Peranchis kalah  - negara Vietnam terbagi dua -  Vietnam Utara – Vietnam Selatan.

Amerika kuasa imperial baru muncul  sesudah Perang Dunia Kedua  hendak tunjuk gedebe. Amerika masuk campur menyokong Vietnam Selatan. Perang   Vietnam bersambung.  Amerika Sarekat di bawah  Presiden Nixon (1969-1974)  menyambung dan meneruskan  Perang Vietnam (1955-1974).

Amerika menghantar   beratus ribu soldadu ke Vietnam. Anak muda Amerika dipaksa menjadi soldadu.  Ketika ini pencerahan politik anti perang  mula merebak. Ketika ini juga gerakan anak muda , mahasiswa dan pelajar mula mengampuh. Anak muda dan pelajar  bangun  menentang  ‘draft’ -  sistem paksaan menjadi soldadu.  


Anak muda Amerika tidak mahu pergi mati berperang. Mereka menentang draft.

Suasana anti perang ini dibantu oleh kesedaran warga  Amerika Kulit Hitam yang memperjuangkan ‘civil rights – hak asasi Kulit Hitam  semenjak 1954 .

Dua kumpulan – Kulit Hitam dan Pelajar Kulit Putih - mula bekerjasama. Mereka menentang Perang Vietnam.  Keadaan ini mengancam Amerika.  Mengancam projek perang Vietnam Nixon. 

Apa Nixon lakukan ?

Pada 18 Jun 1971 – Presiden Nixon melancarkan Perang Dadah.  Nixon menganggap dadah sebagai musuh utama Amerika. Musuh Amerika ini wajib ditumpaskan dimana sahaja ianya  berada.  Kokian dari Colombia. Candu dari Segitiga Eams – Laos , Burma dan Siam – wajib diperangi. 

Apakah sebenarnya niat Nixon dengan Perang Dadah?

Amat jelas Perang Dadah mengalihkan pandangan rakyat Amerika terhadap Perang Vietnam yang semakin  ditentang oleh rakyat Amerika dan rakyat dunia. 

Perang Dadah juga memerlukan senjata. Maka industri senjata dan tokan senjata – industri militari -  amat-amat bersyukur. Bukan hanya ada Perang  Vietnam kini Perang Dadah juga sampai. Kilang senjata bekerja 24-7.

Baik betul hati Nixon ini.  Kalau dulu  Baginda Queen dan Tuan Gabenor  Malaya meluluskan Akta  Racun 1952 untuk menjaga kesihatan rakyat hanya  untuk Tanah Melayu. Nixon lebih hebat. Nixon mahu seluruh warga dunia sihat tanpa tersedut racun dadah.  Nixon memerangi  dadah diseluruh dunia.

Kenapa Nixon  menjadi Presiden yang amat baik?

Bro... lu jangan silap baca.  Projek Perang Dadah Nixon ini ada agenda tersorok. Nixon melancarkan Perang Dadah ini ialah untuk menumpaskan Gerakan Kulit Hitam yang semakin tersusun , semakin berani  dan telah mendirikan pasukan bersenjata Kulit Hitam – Black Panther.

Black Panther  telah meradikalisasi  bukan hanya anak muda Kulit Hitam malah anak muda Kulit Putih juga telah menjadi radikal. Kini gerakan anak muda anti perang ,  kumpulan Kulit Hitam   sedang menyusun  warga Amerika untuk membawa politik baru yang keluar dari sistem dua parti – Democrat dan Republican.

Bro... ketika ini Nixon sedar jika suasana  politik baru ini diteruskan maka kuasa imperial Amerika akan ditentang. 

Tahun 60’an, di zaman Perang Vietnam dan di era Rock n Roll  Woodstock  menghisap ganja adalah perkara biasa dikalangan anak muda ,  pelajar , seniman  dan para intelektual.  Ganja dihisap tanpa sekatan.

Nixon melalui Perang Dadah telah menjadikan ganja musuh negara. Bila sahaja ganja diumumkan sebagai  dadah merbahaya makan ramai para aktivis ,  pemimpin pelajar, para seniman dan para intelektual dicap sebagai penjenayah.

Memiliki ganja dicap sebagai jenayah.  

Target utama anti ganja Nixon ini  ialah anak muda dan Kulit Hitam. Gerakan Kulit Hitam ini wajib ditumpaskan. Maka ganja ditabur merata-rata. 

Ditabur merata-rata? Apa lojiknya?  

Dibelakang Perang Dadah Nixon ini  ada lagi projek gelap  yang amat gelap.   Ada  tokan yang besar. Lebih besar dari  Jardine, Matheson & Co. Lebih besar  dari Baginda Queen Victoria. Lebih besar dari  East India Company.
Tokan baru dadah tahun 70’an telah beralih. Dulu milik kuasa kolonial Inggeris. Kini  dadah milik kuasa imperialis Amerika. 

Apa? Siapa di Amerika jadi tokan dadah. Mustahil  Intelligence Agency (CIA) tidak tercium.

Bro... nak tahu siapa tokan dadah baru tunggu minggu depan. (TT)






KERUSI PM BUKAN RETA MADEY



KERUSI PM

BUKAN RETA MADEY

Yeop sepet commented on 

"JANGAN LUPA

 PLAN B NIK NAZMI"

Penyokong abam byknye Fakin idiot,balik ratip pasal janji atok nak bagi abam. Depa ingat,jawatan PM tu Harta pusaka milik atok ke,bule suke2 janji nak bagi org itu org ini. Masa PRU14 bukan main kempen pasal rule of law, accountability bagai. Abam punya psl,persetankan semua tu. 

Lagi satu, camne atok nak handover pun, dah tak cukup nombor. Atok letak jawatan just academic je,dah sembab dgn jemin faggert lari kluor PH.silap atok ari tu patut bagi je PM olok2,dia nak sgt bergelar PM,olok2 pun jadi le.

DUIT TEPI DUIT RASUAH

 



DUIT TEPI

DUIT RASUAH



Ricesaffron@gmail.com commented on "GELARAN DATUK SERI

 MILIK NAJIB 

AKAN DITARIK?"

Duit Tepi vs Duit Rasuah Apa beza duit tepi dengan duit rasuah Rasuah@sedekah(jika hendak di cop halal) tak ramai yg tak dapat peluang atau ada yg tak ambil, tapi duit tepi datang dari sumber komisen, perniagaan ,projek yg berpunca dari hasil peluang, kuasa dan jawatan yg di sandang, Cuba tanya orang politik dari wakil rakyat hingga ke Menteri Besar, Ketua Menteri , menteri dan Pedana Menteri dan pejawat awam yg memegang kuasa dari yg bawah hingga atas yg jusa ke turus(bukan semua) 


Suruh mereka ini bersumpah dalam Masjid ada tak mereka hidup 100% guna duit gaji untuk hidup for survival tanpa ada satu sen haram pun dari duit tepi, dari pagi hingga malam , malam hingga pagi dari January hingga December dan seterusnya, duit tepi hadir dari sumber kuasa dan jawatan yg di perolehi dari hasil titik peluh rakyat, 


cuba tengok setiap org politik yg hadir pd sesuatu perjumpaan , lihat kereta mereka ada ke yg datang naik proton saga kalau naik motor pun motor yg lebih mahal dari harga kereta, mereka semua tidak tahu malu meraga kan diri dari hasil duit tepi, rakyat sambut dan bersorak,, Betul ke Orang melayu pandai berniaga? tapi kenapa hanya berlaku pada keluarga politik dan kerabat politik? Atau melayu memang pandai makan haram? TT &the kerabat TT jawap

LEBIH BAIK BELOT JADI KENG

 



LEBIH BAIK BELOT

JADI KENG

KAH KAH KAH

NAJIB AKAN

MASUK PENJARA

KAH KAH KAH

KALAU LU BELOT

TAMBAH LAGI

LIMA TAHUN

KAH KAH KAH



Saya percaya Umno peroleh manfaat dari 1MDB, kata bekas CEO

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abd Rahman mengulangi pendiriannya bahawa beliau masih percaya Umno telah mendapat manfaat daripada dana kekayaan negara itu meskipun tiada bukti yang menunjukkan wang disalurkan kepada parti politik tersebut.

Mohd Hazem, 47, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa meskipun idea penubuhan 1MDB adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada Umno mungkin kedengaran tidak masuk akal namun beliau mempercayainya kerana perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada beliau di hadapan bekas Setiausaha Sulit Najib Razak iaitu Allahyarham Azlin Alias.

“Saya akan ulangi apa yang telah saya katakan sebelum ini, dalam 1MDB, ia sama ada anda mengikuti (arahan) atau sebaliknya,” kata saksi pendakwaan ke-10 itu semasa disoal balas peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu dalam kes 1MDB. 

Muhammad Shafee: Seorang lagi bekas CEO 1MDB iaitu Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak pernah menyatakan bahawa 1MDB telah ditubuhkan demi kepentingan Umno. Anda adalah saksi pertama yang berkata demikian. Mengapa pula Umno mendapat manfaat daripadanya? Bagaimana anda boleh percayakan perkara itu?


Mohd Hazem: Pada dasarnya, saya hanya mengikut arahan. Daripada perspektif perundangan, perkara itu memang tidak masuk akal.

Muhammad Shafee: Sekarang anda sedar bahawa memberikan manfaat kepada Umno sedemikian rupa adalah satu jenayah?

Mohd Hazem: Ya.

Muhammad Shafee berkata fakta bahawa Umno mendapat manfaat daripada 1MDB boleh menyebabkan ramai orang, termasuk ahli lembaga pengarah 1MDB, dihumban ke dalam penjara dan kenyataan itu dipersetujui Mohd Hazem.

Bagaimanapun, saksi itu berkata sepanjang tempoh dua tahun menjadi CEO 1MDB, beliau tidak pernah melihat sebarang bukti berkaitan manfaat yang diberikan kepada Umno atau Najib sendiri.

Mohd Hazem berkata beliau pernah meluahkan kebimbangan mengenai perkara itu (1MDB berkhidmat untuk Umno) kepada bekas Pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamaruddin. 

Muhammad Shafee kemudian berkata Mohd Hazem tidak bersikap jujur ketika mendakwa beliau terlalu takutkan Najib sehingga sanggup bertolak ansur dengan tindakan jenayah yang dilakukan dalam 1MDB dan saksi tersebut menjawab itu adalah pandangannya (ketika beliau masih menjadi CEO 1MDB).

Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda, jika anda adalah sebahagian daripadanya, memang anda boleh bertolak ansur.

Mohd Hazem: Saya tak setuju.

Muhammad Shafee: Bagaimanapun, ketika anda meletak jawatan, mereka telah memberikan ganjaran berbentuk bonus kepada anda? Berapa banyak?

Mohd Hazem: Ya. Jumlah kasarnya melebihi RM2 juta.

Muhammad Shafee: Jumlahnya ialah RM2.725 juta. Tidakkah anda rasa lucu kerana bagi semua perkara jenayah yang anda diminta lakukan, anda telah diberi ganjaran sebanyak RM2.725 juta? 

Mohd Hazem: Ya.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama, 15 Februari, 2021

BAGI NAJIB

REHAT 15 TAHUN

DI SUNGAI BULUH

AMIN



BADAK AKAN SAMPAI

 



BADAK 

AKAN MANDI

panglimo potaseh commented on

 "TIGA HARI ADA APA"

Semua jalan dari S.Buloh ngala ke Ijok tongah repair ..suroh siap dalam tigo ari. Poniago runcit Acheh dah mulo nyurok boreh, pormintaan di ramal naik 17kali ..air akan mulo di catu. Tasik Biru akan ditutup sojam pagi, sojam potang ..katonyo ado sekor badak nak mandi ..

BURMA MYANMAR INTERNET PADAM

 



 INTERNET PADAM

RAKYAT 

BANGUN MELAWAN

PANTUN GAGALIS



PANTUN GAGALIS

Unknown commented on 

"GAGAL CUBA LAGI"

Apek kirim salam Nyonya atas tilam 
 Apek manyak hepi Hari sudah malam
 Malam sampai pagi Nyonya bagi apam
Apek minta apam Nyonya kata malam

SATU LAGI KENG SAMPAI

 


SEORANG LAGI

KENG SAMPAI

KAH KAH KAH

Saya percaya Umno peroleh manfaat dari 1MDB, kata bekas CEO


BELOT

JANGAN TAK BELOT

AMIN

NAJIB AKAN BEBAS ?

 


NAJIB AKAN 

BEBAS

Unknown commented on 

"GELARAN DATUK SERI 

MILIK NAJIB AKAN DITARIK?"

TT, betul ke Pak Jib dan tim banduan akan masuk penjara? Aku tak caya. Ada beribu alasan kes mahkamah akan di tangguh. Lepas 10 tahun, orang dah lupa ... Pak Jib no problem. Kau tengok je lah kes Altantuya ......

BERITA DARI NOKIA

 




BERITA NOKIA

KITA SEMUA

 BERPERANAN PENTING 
DALAM USAHA MENGAWL 
PENULARAN COVID-19 
JAGA DIRI ,
 KELUARGA DAN MASYARAKAT 
DALAM LINGKUNGAN KITA 

MAJLIS 
KESELAMATAN NEGARA