Rabu, 12 Januari 2022

BERI AZAM BAKI REHAT UNTUK DITIDURKAN

 


TIDURKAN

AZAM BAKI

AMIN 

BERI AZAM BAKI

BEREHAT UNTUK

DITIDURKAN

AMIN 

SABRI 114 - BERANI KE ?

 


PM ada kuasa pecat Azam, kata Pemuda PKR

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mempunyai kuasa untuk memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, kata Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Ketua Pemuda PKR itu berkata Azam salah apabila mendakwa hanya Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatannya sebagai ketua SPRM.

“Namun, berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 5, (3) Ketua Pesuruhjaya hendaklah, dalam tempoh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama diperkenankan oleh YDPA, tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.

“Ini bermakna, sebarang keputusan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM boleh dimulakan oleh Perdana Menteri seperti mana berpandukan undang-undang sedia ada hari ini,” katanya.

Awal hari ini Azam menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan dan berkata hanya Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatannya.

Memandangkan keputusan itu terletak di tangan perdana menteri Akmal berkata sayap pemuda mahu Ismail lebih berani dan bertindak ke atas Azam seperti yang dinyatakan semasa protes konvoi kereta mereka baru-baru ini terhadap ketua SPRM berhubung kontroversinya.

“Beliau sepatutnya lebih proaktif untuk menyelesaikan kemelut ini dengan segera dan seterusnya membuat pindaan undang-undang agar proses perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu melalui proses Parlimen.

“Keengganan kerajaan untuk bertindak dan sebaliknya cuba menegakkan benang yang basah hanya akan terus melemahkan institusi SPRM serta membawa negara ke kancah ‘darurat integriti’ lebih mendalam,” katanya.

Awal hari ini Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha menghantar pekeliling kepada ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri akan bermesyuarat minggu depan untuk membincangkan kontroversi pemilikan saham korporat Azam. – 12 Januari, 2022.


KUASA MEMANG

ADA

KAH KAH KAH

SOALAN NYA

BERANI KAH

SABRI 114 TOLAL

AZAM BAKI

KAH KAH KAH

SILAP SILAP

KERUSI SABRI

RAHAI

KAH KAH KAH

SEKARANG

LOKMAN ADAM

OPPS...S ILAP

ADAM BAKI

NYOROK BAWAH

KETIAK AGUNG

KAH KAH KAH

BETUL LAGI BENAR




Harimau berkeliaran bukan sebab pembalakan, kata kerajaan Kelantan


KERAJAAN negeri Kelantan menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang sejak beberapa hari lepas berpunca daripada aktiviti pembalakan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkaitan untuk mengkaji dan melakukan penyiasatan tentang punca sebenar mamalia itu keluar daripada habitat asal.



BETUL LAGI

BENAR

AMIN

BANJIR RIMAU

BUKAN KERANA

BALAK

AMIN

SEMUA KERANA

KOTE SAJAT

KAH KAH KAH

SEMUA KERANA

TIMAH

KAH KAH KAH

SEMUA KERANA

EKO GAPO

KAH KAH KAH

AZAM BAKI JUJUR LAGI SOLEH

 



Mesyuarat j/k Parlimen tentang Azam Baki minggu depan

JAWATANKUASA Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri akan bermesyuarat minggu depan untuk membincangkan kontroversi pemilikan saham korporat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Ini menurut pekeliling dihantar Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha kepada ahli PSC, yang kemudiannya dikongsi di Facebook oleh ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin yang juga ahli jawatankuasa tersebut.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu pemilikan saham syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata Nizam dalam pekeliling bertarikh 11 Januari itu.

Semua ahli PSC, termasuk pengerusinya ahli Parlimen PAS Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman dijemput menghadiri mesyuarat pada Rabu, 19 Januari, pukul 2 petang.

Selain Abdul Latiff dan Chan, ahli PSC lain termasuk Tajuddin Abdul Rahmah (BN-Pasir Salak), Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), Anyi Ngau (GPS-Baram), Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu), Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) dan William Leong (PH-Selayang).

Selain itu beberapa ahli Parlimen lain telah menyeru panel Parlimen bermesyuarat membincangkan dakwaan konflik kepentingan Azam Baki.

Enam ahli parlimen PKR juga mendesak supaya satu jawatankuasa pilihan Parlimen rentas parti ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Veteran DAP Lim Kit Siang juga lantang menggesa ketua SPRM itu muncul di hadapan PSC bagi Agensi.

Azam Baki perlu secara sukarela hadir berdepan dengan PSC bagi Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri atau letak jawatan, kata penasihat DAP itu.

Sementara itu, Azam Baki memberitahu akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian yang beliau dia tidak akan letak jawatan kerana skandal itu.

“Saya dengan tegas dan tetap dengan pendirian teguh saya untuk tidak meletakkan jawatan kerana tidak ada keperluan untuk saya berundur.

“Hanya seorang individu yang paling layak dan boleh menamatkan tugas saya adalah Yang di-Pertuan Agong, selain daripada itu, saya tidak mahu ambil peduli dengan apa jua tuntutan yang mahu diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya seperti dipetik Sinar Harian. – 12 Januari, 2022.



AZAM BAKI

JUJUR LAGI

SOLEH

KAH KAH KAH

MANGSA FITNAH

DENGKI KERANA

DIA BANYAK SAHAM

KAH KAH KAH

AMIN  

LU TAK CAYA

 LEPAS NI 

AZAM BAKI 

AKAN GI CIUM

 BATU ITAM

KAH KAH KAH

PETANG INI KUALA LUMPUR PANAS

 



CERAH & PANAS 

PETANG RABU  12/1/2022
JAM 6.30 
PASNA SAMPAI KE PETANG
ALNIT BIRU CERAH
INI PANAS SEBELUM
SAMBUTAN TAHUN BARU CHINA


JAGA BURIT BINI SENDIRI

 



Unboxing isteri’ runtuhkan institusi keluarga – Marzuk Shaary

KUALA LUMPUR – Trend ‘unboxing isteri’ yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini  tidak sepatutnya menjadi ikutan masyarakat, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tuan Haji Ahmad Marzuk Shaary.

Ini kerana, trend tersebut boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga, apabila bakal ibu bapa sebagai tonggak institusi ini daripada awal lagi sudah tidak mengikut landasan nilai yang betul, apatah lagi mahu memupuk nilai moral anak-anak. 

“Masyarakat hari ini hidup di zaman bercampur baur antara perkara yang halal dan haram. Hal ini bukan perkara yang pelik melihat kepada bagaimana media sosial dioptimumkan sepenuhnya untuk mengumpul kekayaan melalui populariti dan ramainya jumlah ‘follower’.

“Sedikit sebanyak tempias ini turut menjejaskan nilai-nilai dalam sebuah institusi keluarga Islam. Pasangan suami isteri tidak lagi menghiraukan maruah, sehingga sanggup mendedahkan aib pasangan demi sebuah ‘content’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, bekas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tuan haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbuatan ‘unboxing isteri’ adalah satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan prinsip dan budaya Islam.

Menurutnya, suami sepatutnya melindungi dan memelihara ahli keluarga masing-masing daripada mendapat kemurkaan Allah SWT, di samping menyeru mereka untuk taat kepada Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Baru-baru ini, tular satu trend di aplikasi TikTok yang mana pasangan pengantin baru memuat naik video yang menunjukkan pengantin lelaki membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.

Dalam video itu, pasangan pengantin berkenaan masih memakai busana pengantin dan ia  dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan. – 


WOIT

PAK LEBAI

WOIT TOK AJI

KAH KAH KAH

LU JAGA BURIT

BINI LU

KAH KAH KAH

LU JANGAN NAK

JAGA BURIT 

NAK JAGA KOTE

ORANG LAIN

KAH KAH KAH

ORANG MELAYU

DAH LAMA BOGEL

BILA MANDI DALAM

SUNGAI

AMIN

MELAYU BUKAN

DUDUK DI PADANG

PASIR ARAB

KAH KAH KAH

LU JAGA KOTE LU

LU JAGA BURIT

BINI LU 

KAH  KAH KAH

 SEKARANG

 LU SIBUK

LU  TAK SEDAR

LU SENDIRI

BAGI TULAR 

AGENDA

 BOXING BINI

KHALAS

AMIN

KAH KAH KAH


CUKONG BERI DANA

 




CUKONG  

MILIK KUASA

SEBENAR

BERI DANA POLITIK

UNTUK TIPU MELAYU

AMIN

INI CONTOH CUKONG

KHALAS

Unknown commented on

 "MALAYSIA KAYA - KALAU SEMUA DIKONGSI BERSAMA"

Siapa yg bagi tycoon2 tu semua hogging duit dan Dana? Proxy sape Tu??


TANPA MELAYU BELOT - CHINA APEK TAK BOLEH BUAT APA APA

 


TANPA MELAYU

BELOT CHINA APEK

TAK BOLEH

BUAT APA APA

AMIN

CONTOHNYA 

NAJIB & JO LO

KHALAS 

Unknown commented on

 "CHINA REMBAT BALAK

 ADA KERJA SAMA MELAYU"

Ini semua Melayu punya kerja lah, lulus sini lulus sana dapat habuan setiap bulan, bukan kerja Yahudi bukan kerja DAP semuanya kerja Melayu kita la kah kah kah, sampai Cina Apek diberi gelaran Tengku, Datuk Seri Tan Seri cap apek lah semua meluat sangat woit kah kah kah


Unknown commented on

 "MUHYIDDIN TAK MENGAKU 

LANTIK AZAM BAKI"

Pengkhianat Melayu isle cakap bohong tak dosa sbb depa ada pas utk cuci dosa online kot ? Tak kan Dap komunis kot ?

CADANGAN YANG WAJIB DIPIKIRKAN

 




CADANGAN 

YANG WAJIB

DIPIKIRKAN

AMIN 

Unknown commented on

 "MALAYSIA KAYA - KALAU SEMUA DIKONGSI BERSAMA"

Cepatkan hukuman tembak kepada sesiapa yang curi wang negara tak Kira level atau pangkat and event dari golongan Raja dan Sultan. First kena start dari jabatan polis,disini lah penyenayah Besar start.


USAHA JANGAN TUNGGU YB - PRU15 HUMBANKAN

 

USAHA

AMIN

JANGA TUNGGU YB

AMIN

PRU15 HUMBANKAN

KHALAS

Unknown commented on 

"MAFIA DADAH - TOKAN

 ADA DI MALAYSIA"

Angkara jambatan runtuh, jenazah diusung rentasi sungai di Jolobu...AMIN Penduduk di Kampung Sungai Rotan, Jelebu di sini terpaksa mengusung jenazah merentasi sungai selepas satu-satunya jambatan alternatif yang menghubungkan lokasi berkenaan terputus sejak bencana banjir yang lalu. AMIN Mano poie wakil rakyat Jolobak Jolobu .. ancok omak btol la wakil rakyat ni..AMIN Musim sojuk banjir di Jolobu wakli rakyat kojo mencalek kot..!! KHALAS... kah kah kah..

PAK LEBAI EKO GAPO

 


PAK LEBAI 

EKO GAPO

KAH KAH KAH

Unknown commented on

 "PAK LEBAI INI

 WAJIB DIGANTI"

Bossku sedang cari populariti. Cara mana @ apa, bossku akan cuba. Bossku sembunyi hal peribadi di sebalik penuhi hasrat pencarum. Pak lebai x cari populariti, tapi berhadapan dgn fitnah. Cukup cukuplah fitnah pada golongan lebai. Mereka manusia terbaik. KHALASS

CADANGAN GANAS

 



CADANGAN GANAS

AMIN

Unknown commented on 

"ABU ZAHAR PERLU

 DIREHAT ATAU DITIDURKAN ?"

TT, buat apa ditidurkan? terus terajang masuk gaung! hidup pun perabis beras dan oksigen! Kah! Kah! Kah!

SEJARAH TENGKU WONG

 



SEJARAH

TENGKU WONG

AMIN 

Unknown commented on 

"TENGKU WONG MASIH 

REMBAT BALAK"

Bukan nama sebenar, nama tu di sebabkan dato'wong begitu rapat dgn sultan phg yg dulu.sampaikan dgn sultan dato'wong seolah²tak perlu ada protokol yg sebagaimana rakyat biasa bila menghadap sultan.kawasan balak di phg begitu mudah dato'wong dpt kerana terlalu rapat dgn sultan sehingga dikalangan rakan²nya menggelar nya tengku wong.....

Unknown commented on 

"TENGKU WONG 

MASIH REMBAT BALAK"

Puas hati dah semua tu... Bersih sebersih nya. Dari pucuk sampsi ke akar semuanya dah berbau busuk bangkai dari NERAKA dan terasa panas api neraka...

ABU ZAHAR PERLU DIREHAT ATAU DITIDURKAN ?

 



PH gesa siasatan bebas, mahu Abu Zahar, Borhan, Azam direhatkan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tidak boleh menjalankan siasatan ke atas Ketua Pesuruhjaya agensi penguatkuasaan itu kerana dikhuatiri wujud ketidakadilan.

Sebaliknya, Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) mahu satu badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM ditubuhkan bagi menyiasat secara menyeluruh kes pembelian saham oleh  Azam Baki. 

Pengerusinya,  Anwar Ibrahim juga mahu Pengerusi LPPR,  Abu Zahar Ujang; Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Borhan Dolah dan Azam direhatkan sehingga siasatan selesai.

“Kedua mereka ini perlu direhatkan kerana enggan bertindak menyiasat sungguhpun Azam berkemungkinan telah melakukan kesalahan undang-undang dengan membenarkan akaun saham digunakan oleh adiknya secara proksi berkaitan perdagangan berjuta-juta saham dan waran,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Kenyataan itu turut ditandatangani rakan gabungan PH, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden UPKO,  Madius Tangau.

Menurut Anwar, pihaknya meneliti kenyataan media enam Ahli LPPR yang telah menjauhkan diri dari kenyataan Abu Zahar, yang dikatakan cuba membersihkan nama Azam.

Katanya, kenyataan itu amat mengejutkan dan membuka mata kepada kepincangan yang berlaku dalam proses siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Jelas, SPRM atau badan penasihat SPRM tidak boleh melakukan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya sendiri, dan siasatan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM amat diperlukan,” katanya.

Menurut beliau, kenyataan enam Ahli LPPR itu juga menjadi bukti kukuh Abu Zahar sudah tidak diyakini dan tidak dipercayai oleh mereka.

Kata Anwar, perlu ada pimpinan baru yang bersih, profesional dan bebas untuk mengetuai LPPR dan PPPR agar kewibawaan, integriti dan kredibilit SPRM dapat dipulihkan semula.

Dalam pada itu, MPPH turut memandang serius dan menegur kenyataan media tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sokongan terbuka terhadap Azam serta membuat tuduhan motif ‘dendam politik’.

“Tindakan janggal mereka secara terburu-terburu menyokong ‘bos’ mereka dengan kenyataan terbuka menyerupai tingkah laku ahli politik dalam sebuah parti politik, bukannya agensi terhormat seperti SPRM.

“Kalau begitu, suatu siasatan yang dijalankan secara mendadak oleh SPRM ke atas Suruhanjaya Sekuriti (SC) taktala sedang menyiasat perdagangan saham secara proksi oleh Azam, di mana ramai telahpun dihukum sebelum ini, boleh juga disifatkan sebagai tekanan untuk motif ‘dendam politik’.

“Sebagai penjawat awam, ketiga-tiga pegawai kanan ini patut tahu kenyataan mereka boleh ditafsir sebagai percubaan mempengaruhi proses siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya dan mengandungi tuduhan serius yang menimbulkan pelbagai tanda tanya,” katanya.

Oleh itu, Anwar menggesa pegawai kanan berkenaan membuat laporan dan biarkan polis menyiasat secara terbuka kerana sememangnya SPRM tidak akan menyiasat Azam secara bebas dan profesional, sebaliknya akan ‘membersihkan’ nama beliau.

“Kami mengulangi pendirian, satu sidang khas Parlimen perlu diadakan segera untuk merunding dan membincangkan isu yang amat penting ini, sebaiknya sehari sebelum atau selepas sidang khas berhubung isu banjir pada 20 Januari ini,” katanya. –

TAMBAH LAGI

DUA NAMA UNTK

DIREHATKAN 

 KEMUDIAN

 DITIDURKAN

AMIN

BILA  NAK 

DITIDURKAN KENA

TAMBAH DUA

LAGI KATIL

AMIN

JUMLAH TERKINI

TIGA KATIL DAN

TIGA BOTOL

OXYGEN 

AMIN

NAJIB DI TAHAN - SOAL SIASAT

 


NAK BODEK

TAPI TAK PANDAI

BOOODEEK

KAH KAH KAH

SIMPANG PERTANG DI BOM

 



SIMPANG PERTANG

DI BOM


Ingatan itu masih jelas lagi. Hanya aku tak tahu  ketika itu umur aku berapa  – mungkin empat tahun – mungkin lima tahun.  Tapi aku pasti ketika itu  Cik Gu Zaleha  Sidek mengajar di Sekolah Tapak.  Keluarga kami  duduk di rumah  guru.

Di sebelah kiri  di hadapan rumah guru ialah pokok kuinin. Pokok ini menjadi  tanda permulaan padang sekolah. Di hadapan padang sekolah  ialah kolam ikan yang bersempadan dengan kebun tebu dan kebun sayur rumah dan kedai runcit  milik Haji Hasan dan isterinya Sawi.

Di belakang sebelah kiri sekolah ialah kawasan kampung. Di sebelah kanan  ialah kebun getah yang membawa ke  masuk ke hutan rimba dara tropika yang aku tak berani meneroka. Aku hanya melihat dari jauh. 

Dari hutan rimba bukit bukau ada air terjun kecil yang akhirnya menjadi laluan  sebatang anak sungai yang  melintas di belakang rumah kami. Anak sungai ini mengalir masuk ke Batang Muar.

Tidak jauh dari sekolah ialah gedung  mesin padi yang memberi khidmat untuk penanam padi  di sekitar Tapak, Majau, Tengkek dan Kampung Tengah. Di sebelah mesin padi Kedai Amat – kedai runcit  memberi khidmat untuk orang Tapak. Juga sebuah kedai kopi.

Jauh di hadapan  rumah  aku dan sekolah ialah  kawasan sawah padi dan kawasan kampung. Di waktu petang jika aku duduk di atas tangga batu  rumah - aku nampak kawasan padi luas terbentang. Sawah-sawah ini  di sempadani oleh hutan  hijau yang semakin jauh  semakin meninggi menjadi bukit bukau hutan rimba bergunung  ganang. Warna gunung ganang ini berubah  menjadi biru. 


Mengikut Emak aku di belakang bukit bukau gunung ganang ialah Simpang Pertang dalam  daerah Jelebu.  Aku tahu sangat Simpang Pertang. Setiap kali keluarga kami pergi  melawat Wan Timah di Kampung Chenor Jelebu kami akan  melintas Simpang dan  Pertang dari  Batu Kikir.

Ada dua pekan kecil   - Simpang dan Pertang -  yang jaraknya tujuh batu antara satu dengan lain. Simpang ialah simpang pertemuan tiga jalan dari Kuala Klawang. Kiri ke Karak Pahang. Kanan ke Batu  Kikir  Kuala Pilah.  Manakala Pertang jalan simpang ke Kampung Geylang – perkampungan Melayu dan  Sakai.


Pertang dan Simpang kampung  penempatan  Orang China yang menjadi pekan kecil dengan sederet kedai papan.  Apa yang  menonjol  di  Pertang dan Simpang ada Rumah Pasung  yang besar dan ramai mata-mata terang dan mata-mata gelap.

Dua daerah ini adalah kawasan panas. Wilayah ini termasuk dalam daerah operasi gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya (PKM). Kawasan ini di kawal rapi oleh soldadu Gurkha dari pekan Kuala Klawang.

Ketika aku membesar di  Tengkek dan Jelebu aku tidak menyedari bahawa ketika aku memerhati sekeliling  dan  merakamkan babak-babak ini untuk menjadi ingatan Tanah Melayu dalam Darurat.

Kuasa kolonial Inggeris telah mengisytiharkan Darurat ke atas Tanah Melayu  pada 16 Jun 1948 – tiga tahun sebelum aku lahir. Ini menjadikan aku  Anak  Darurat dan Anak Kolonial Inggeris.

Aku tidak faham apa yang sedang berlaku di sekeliling aku. Hakikatnya semua kejadian  adalah manifestasi dari Darurat. 

Rumah Cik Gu Zaleha ada radio bateri basah. Satu hari aku terdengar warta berita jam 1.00 tengah hari  dari Radio Malaya Kuala Lumpur.  Berita  dari radio melaporkan tentera udara Inggeris telah  mengebom  Simpang Pertang.

‘ Mak ... bom tu sampai ke kampung Chenor ke....’ Aku bertanya kerana  Kampung Chenor hanya belasan  batu dari Simpang Pertang.

‘ Bom dalam utan...  Orang Putih  bom komunis...’  Emak aku memberi penjelasan.

Petang itu aku duduk di tangga. Mata aku mengarah ke gunung ganang biru – mengarah ke Simpang Pertang.  Aku memandang ke langit dengan harapan akan ternampak kapal terbang yang sedang menggugurkan bom. 

Harapan aku ini bersandarkan berita dari Radio Malaya.

Dalam kepala tergambar kedai-kedai papan di Simpang habis runtuh kena bom. Mungkin juga terbakar. Aku belum pernah melihat gambar kampung kena bom jauh sekali merasainya. 

Semua ini adalah manifestasi   Darurat.

Satu hari aku mendengar berita. Emak aku bercerita  dari surah yang didengar dari Cik Gu di Sekolah Tapak.  Cerita ini mengesahkan  bagaimana seorang Mamat Orang Kampung didatangi oleh seorang lelaki China yang meresap  muncul  secara tiba-tiba dari tepi hutan.   Orang kampung sedang bekerja dalam kebun getah. 

Kesah ini berlaku di Kampung  Guntur Tengkek tak jauh dari   perkampungan Sakai.

Mamat ini terperanjat   dan takut -  tak tahu siapa jantan  China ini. Bila ditanya baru di ketahui bahawa jantan China ini adalah seorang  gerila  Komunis yang ingin menyerah diri.

‘ Bila ada komunis serenda  diri.... kita dapat hadiah...’ Emak aku menerangkan.

‘ Serenda ni apa... pasal apa  dapat hadiah...’ Aku bertanya.

‘ Serenda ni dia serah diri... tak mahu lagi jadi komunis ...orang yang jumpa komunis itu dapat 2000 ringgit... ‘ Penjelasan dari Emak.

‘ Sapa bagi duit..’

‘ Gamin Inggeris .... bagi duit... pada sesiapa yang berjaya bawak komunis serah diri...’ Penjelasan tuntas dari Cik Gu Zaleha.

Kesah gerila komunis serah diri kemudian dapat duit 2000 ringgit melekat dalam kepala aku.

Kemudian bila kami pindah ke Jelebu kami melintas Simpang Pertang. Dari dalam kereta yang mengangkut kami pindah aku perhatikan rumah dan kedai di Simpang dan Pertang seperti biasa. Tidak ada apa-apa kerosakan atau rumah runtuh.

Hanya bila aku sampai ke Kuala Klawang  baru aku bersua dengan soldadu Inggeris dan soldadu Gurkha. 

Cerita Mamat dari Guntur dapat 2000 ringgit  ini masih segar  dalam kepala aku. Tapi Kuala Klawang sebuah pekan tidak di kawasan tepi hutan maka peluang untuk dapat 2000 ringgit itu jadi mustahil.

Pernah satu kali aku ternampak  seorang jantan China mencangkung  di tepi jalan. Ketika itu aku dari Petaseh dalam kereta Pak Ngah Aminuddin – bapa saudara aku. Aku dengan Joyo  sepupu aku  dalam perjalanan nak ke Kampung Chenor.

Bila aku nampak jantan China itu hati aku berkata : Ini  pasti China Komunis. Tapi aku hairan kenapa Pak Ngah aku tidak  berhenti dan menangkap China Komunis ini. Dan dapat 2000 ringgit.

‘ Itu China apa tu...’ Aku bertanya  secara terbuka.

‘ Itu Chino kobon pisang... dia berkobon...kek kobon gotah...’  Joyo menjawab.  

Aku merasa kecewa. Sangkaan aku jantan China yang mencangkung di tepi jalan itu komunis terbukti salah.

Tapi  pakaian yang buruk  dan rambut tidak bersisir masih meyakinkan aku  yang jantan ini  China Komunis. Imej  China Komunis telah  melekat dalam kepala aku. Imej ini hasil  dari aku melihat  wajah – China Komunis -  dalam  gambar  kertas surat kapal terbang.

Hari berganti  hari. Aku  kini perlahan lahan berubah dari budak kampung untuk menjadi budak pekan.  Ingatan aku tentang China Komunis makan pudar. Ini kerana kalau dulu di Tengkek yang aku temui hanya orang Melayu dan Sakai. Sesekali kalau ke Padang Lebar aku dapat melihat China dan Keling Malbari.

Kuala Klawang untuk aku  menjadi pekan yang  amat kosmopolitan. Ada Melayu, ramai Keling, ramai China, ramai  Gurkha dan ada Orang Inggeris.  Aku belum pernah sampai ke Kuala Lumpur lagi. Hanya mendengar nama. Ke Seremban hanya beberapa kali.  Kuala Klawang adalah rujukan hidup aku.

Satu petang – ketika itu aku masih belum masuk sekolah lagi – aku terdengar satu dentuman yang amat kuat diikuti oleh bunyi lori yang dipaksa berhenti.  Aku tak tahu apa yang berlaku.

Esoknya ketika makan tengah hari   Emak aku bercerita satu  kemalangan telah berlaku di hadapan padang sekolah di sebelah pejabat PWD. Lori Gurkha telah berdentum melanggar  seorang   Anak  Keling. Budak muda belasan tahun ini sedang berbasikal menurun bukit  dari Kaman Keling hendak masuk ke jalan besar.

. ‘ Dia terhumban jauh.... berdarah.. basikal hancur...Mak rasa mati di situ...lori Gurkha ni dari Seremban... lori GMC...lori yang mengiringi konvoi....’ Emak aku membuka cerita.

‘ Sapa salah Mak...’ Aku bertanya.

‘ Salah... salah apa pulak.....ini   Darurat ni.. takda salah apa...mana ada dakwa dakwi... mati macam tu laaa...  ‘ Jawapan ringkas.

Berita anak Keling kena langgar lori Gurkha heboh di Kuala Klawang. Malah berita ini tersebar ke kampung berdekatan. 

Untuk menyedapkan cerita  dua hari sesudah kemalangan itu berlaku ada orang Kuala  Klawang yang  ternampak  Lelaki Gurkha pemandu lori yang  melanggar Anak Keling itu berada di tepi padang Kuala Klawang. Dia datang melihat permainan kriket. Orang kampung  cam akan  dia kerana kaki kirinya berbalut.

‘ Mati macam tu laa anak Keling tu... ‘ aku masih mengasak  Emak aku.
‘ Laaa... ini negeri Orang Putih.. Gurkha itu askar  Orang Putih... kau tak reti ke...kita ni dalam darurat.. ni kerajaan Orang Putih... kalau kena tembak pun dalam darurat ni.. takda dakwa dakwi..’. Emak aku cuba memberi penjelasan.

Awal tahun 1957  aku masuk sekolah. Umur aku belum cukup tujuh tahun tapi Emak aku telah meminta  Guru Besar Cik Gu Fatimah agar  aku   diterima  sebagai murid.

Seluar pendek hitam, kemeja lengan pendek putih, kasut getah dan stoking putih.  Abang aku telah dalam darjah tiga di sekolah yang sama  - Sekolah Kuala Kawang A.

Aku ke sekolah membawa papan batu. Aku mula belajar menulis  Rumi dan  Jawi.

Sekolah aku ini di atas bukit di tepi pekan Kuala Klawang. Jalan ke sekolah aku  ini wajib melintasi  kem soldadu Gurkha. Di tepi simpang jalan  masuk ke jalan arah ke sekolah ada kubu besar di mana sentiasa ada soldadu Gurkha mengawal.  

Kubu ini di buat dari tanah dan pasir yang dimasukkan ke dalam guni. Guni-guni ini disusun untuk dijadikan tembok. Tembok kubu ini ada lubang di mana muncung senapang terjulur keluar.

Kawasan bukit di belakang sekolah  aku  adalah kawasan perumahan  pegawai Inggeris dan juga rumah guru sekolah Inggeris  - GES  (Goverment English School ). Cik Gu sekolah Melayu  aku yang pertama bernama Cik Gu Raja Razali. Dia berbasikal dari Ulu Klawang  ke sekolah.

Di atas bukit ini adalah rumah kediaman   Tuan Engineer ketua PWD, Tuan A.D.O – dan juga  Tuan Doktor.  Tuan D.O duduk di sebuah banglo kayu bersendirian di atas bukit di tepi pekan Kuala Klawang.

Rumah-rumah banglo  batu pegawai Inggeris di atas bukit belakang sekolah  didirikan dengan reka bentuk rumah seperti  di England.  Banglo  ini ada  serombong asap dan lekar besi tempat membakar arang batu untuk  pemanasan rumah. 

Dari bukit ini kita boleh melihat pekan Kuala Klawang yang di kelilingi oleh sawah padi.  Dari bukit ini juga  boleh dilihat  pokok-pokok besar yang mengeliling pekan Kuala Klawang. Pokok-pokok rendang di sepanjang jalan besar meredupkan pekan kecil ini.

Di Kuala Klawang ada padang bola, padang kriket, gelanggang  tenis dan gelanggang  badminton. Di tepi padang depan Rumah Pasung ada taman kanak-kanak – ada empat  buaian, ada empat biji jongang jonget dan sebuah  pondok kecil rumah rehat.

Kuasa kolonial Inggeris mendirikan Kuala Klawang sama seperti pekan kecil di shire county di England.

Tetiba berita heboh -  Orang Putih nak balik kampung. Yang membawa berita ini  Emak aku.  Abah aku ketika ini sedang bertugas sebagai S.C – Special Constable. 

‘ Orang Puteh nak balik kampung....’ Emak aku  membuka cerita.

‘ Kampung di mana .’ Aku mahu penjelasan.

‘ England ...juah.. naik kapal...’

‘ Gurkha kek Klawang balik sekali ke...’ 

‘ Semua balik kampung... Tuan D.O, Tuan OCPD , Tuan Engineer... Mem-mem  semua balik... Gurkha ikut sama.... kita nak  kerajaan sendiri...nak Merdeka..’ Cik Gu Zaleha memberi penjelasan.

‘ Merdeka ini apa... ‘ Pertanyaan aku tidak mendapat jawapan. Mungkin Cik Gu Zaleha dan letih dengan aku.

Heboh merdeka ini menjadi-jadi. Heboh semakin heboh kerana diberitakan sebuah padang baru akan di buat untuk menyambut Merdeka. Padang ini letaknya di Kuala Lumpur. Namanya Stadium Merdeka.

Kuala Lumpur ini satu yang amat asing dan jauh untuk aku. Kali pertama aku  berpeluang melawat Kuala Lumpur kami sekeluarga  datang  melawat Pak Ngah Aminuddin. Ketika itu Pak Ngah bekerja di Jabatan Penerangan Kerajaan Inggeris. Aku masih belum sekolah lagi.   

Di hadapan rumah Pak Ngah aku ada laluan kereta api.  Setiap kali kereta api lalu aku budak Kampong yang tak pernah melihat kereta api akan bangun berdiri melambai-lambai tanpa tujuan.  Tanpa aku mengenali  kereta api penumpang atau  gerabak membawa barang.

Kali ke dua ini aku dibawa oleh Pak Ngah  tanpa keluarga. Kali ini Pak Ngah aku telah membeli rumah banglo di Petaling Jaya. Ketika itu Petaling Jaya masih banyak pokok getah. 

Rumah-rumah di Petaling Jaya ini tersusun. Tak jauh di hadapan rumah Pak Ngah aku ada  taman kanak-kanak. Satu petang sepupu aku Kak Yati dan adiknya Faridah dan Joyo  telah membawa aku bermain di taman ini.  

Di taman inilah kali   pertama kalinya aku melihat anak Orang Putih.  Seorang budak lelaki yang mungkin sama umur dengan aku dan kakaknya yang lebih tua dari kami.

Ketika itu  nama Orang Putih yang aku pernah dengar  hanyalah Joni. Semua perempuan Orang Putih  dipanggil Mem. Tapi nama budak perempuan Orang Putih  aku tidak tahu.

Petang itu kami sesama bermain. Di sini juga untuk  pertama kalinya  berjumpa batang-batang besi yang disusun untuk kami panjat memanjat. Petang  itu aku leka dengan permainan baru ini bersama dengan  Joni. Kakak Joni hanya memerhati  kami bermain panjat memanjat.  Sesekali Sang Kakak bersuara tapi aku tak faham.

Pak Ngah aku ini lulusan SITC ( Sultan Idris Training College)  telah berhenti dari jadi guru. Kini bekerja di Jabatan Penerangan.   Dari mulut Pak Ngah  sering  aku mendengar nama  Tunku, Chin Peng,  Wahi Anwar, Datuk Onn Jaafar atau Tan Melaka dan  Sukarno.

Semangat kebangsaan Melayu Raya Pak Ngah aku kuat. Buktinya sepupu aku -  anaknya di beri nama Joyo.  Ini nama dari nasionalis Indonesia – yang mana satu aku tidak pasti. Apa yang aku pasti kawan-kawan politik Pak Ngah aku memanggil Pak Ngah aku  Bung Amin.

Pada tahun 1956 - ketika aku di rumah Pak Ngah di Petaling Jaya  sesudah aku main panjat memanjat dengan Joni  aku mendengar pantun  dua kerat dari mulut  Joyo sepupu aku:

Poot poot bunyi  motokar
Tok Onn cabut Umno merdekha

Apa makna pantun pendek ini aku tidak tahu. Yang aku tahu  bunyi hon kereta hitam  Austin Pak Ngah aku agak berlainan dari bunyi poot poot. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSAINOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/01/12/simpang-pertang-dibom/