Rabu, 20 Disember 2023

LAUT MERAH MEDAN TEMPUR BARU


LAUT MERAH

MEDAN TEMPUR

 BARU

AMIN

TINDAKAN BERANI - LANGKAH TEPAT



Kapal Israel tak dibenar berlabuh di Malaysia, kata Anwar

SYARIKAT perkapalan ZIM yang berpangkalan di Israel tidak akan dibenarkan berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mana-mana kapal yang mengibarkan bendera Israel juga tidak dibenarkan berlabuh dan kapal yang menuju ke Israel tidak dibenarkan memuatkan kargo di Malaysia, katanya.

“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap ZIM berkuatkuasa serta-merta.

“Sekatan ini tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” katanya lagi.

Tambahnya, kebenaran ke atas ZIM untuk berlabuh di Malaysia mula dibuat Kabinet pada 2002, dan pada 2005 Kabinet membenarkan kapal tersebut mendarat di Malaysia.

“Namun kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” katanya.

Larangan itu muncul ketika perhatian tertumpu ke Laut Merah yang dibimbangi menjadi pentas perang baharu ekoran tindakan balas Yaman ke atas Israel sebagai setiakawan ke atas Palestin.

Kumpulan Houthi di Yaman kini memusatkan serangan ke atas kapal dagang Israel dan juga kapal yang menuju ke pelabuhan di wilayah diduduki tersebut.

Serangan tertumpu di Selat Bab el-Mandeb, di barat daya Yaman yang menyebabkan syarikat perkapalan dunia mengelak laluan utama ke Terusan Suez itu.

Sekurang-kurangnya 12 syarikat kapal dagang dunia mengelak transit di Laut Merah termasuk Mediterranean Shipping Company, CMA CGM dan AP Moller-Maersk.

Gergasi petrokimia United Kingdom juga mengumumkan kapal tangkinya tidak akan melalui perairan itu kerana bimbang diserang.

Kapal dagang menuju ke Israel dan Eropah itu sebaliknya terpaksa berlayar lebih jauh mengelilingi benua Afrika.

Ia dijangka akan menyebabkan kos tenaga melambung dan menaikkan kos industri serta harga barangan keperluan pengguna.

Amerika Syarikat semalam mengumumkan operasi disertai pelbagai negara untuk menghantar kapal perang bagi mengawal laluan dagangan itu.

Operasi itu antara lain disertai Bahrain, Kanada, Perancis, Itali, Seychelles dan United Kingdom, menurut Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin. – 20 Disember, 2023.


INI TINDAKAN

BERANI

AMIN

INI LANGKAH

TEPAT

AMIN

KITA SEMUA

WAJIB SOKONG

AMIN

KHALAS

SEKAT KAPAL ISRAEL !!!

Kapal Israel disekat berlabuh di Malaysia


PUTRAJAYA - Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM disekat dan tidak dibenar berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Tegas Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

"Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa empat minggu dari sekarang," kata Anwar menerusi kenyataan pada Rabu.


SALUT

INI LANGKAH TEPAT

BERANI DARI

KERAJAAN MADANI

AMIN

SEMUA WAJIB

SOKONG LANGKAH

SEKAT KAPAL

ZIONIS ISRAEL

AMIN

TERUSKAN LAGI

DASAR INI

BANYAK LAGI

SYRIKAT  ZIONIS

WAJIB DI BOIKOT

AMIN

KHALAS 

MAHKAMAH HALANG TRUMP BERTANDING


Colorado supreme court disqualifies Trump from state’s 2024 ballot

State’s highest court declares former president ineligible for White House under the US constitution’s insurrection clause



Mahkamah agung Colorado membatalkan kelayakan Trump daripada undian negeri 2024


Mahkamah tertinggi negeri mengisytiharkan bekas presiden tidak layak untuk Rumah Putih di bawah klausa pemberontakan perlembagaan AS


Mahkamah Agung Colorado pada hari Selasa mengisytiharkan Donald Trump tidak layak untuk memegang jawatan semula di bawah klausa pemberontakan perlembagaan AS.


Dalam keputusan bersejarah, hakim memerintahkan supaya dia disingkirkan daripada undi utama presiden negeri, selepas menentukan bahawa dia terlibat dalam pemberontakan pada 6 Januari 2021. Keputusan itu menimbulkan kemungkinan pertikaian di mahkamah tertinggi negara untuk menyelesaikan sama ada serangan 6 Januari di Capitol berjumlah pemberontakan, dan sama ada penglibatan Trump menyebabkan dia tidak layak bertanding jawatan.


Keputusan 4-3 oleh mahkamah tertinggi Colorado menandakan kali pertama calon presiden dianggap tidak layak untuk jawatan di bawah peruntukan yang jarang digunakan yang menghalang pemberontak daripada memegang jawatan.

JELAS INI

PROJEK HALANG

TRUMP JADI

PRESIDEN

AMIN

2024 TRUMP

PASTI MENANG

AMIN

BILA MENANG

PERANG UKRAINE

PERANG GAZA

AKAN DITAMATKAN

AMIN

INI SEBAB UTAMA

TRUMP WAJIB

DI HALANG

AMIN

KHALAS

FEBUARI 24 ???


ADA APA

DENGAN

24 FEBUARI 2024

JENG JENG JENG



AMIN

KOBID KEMBALI MEREBAK


AWAS!!!

KOBID KEMBALI

MEREBAK

AMIN

ADA APA DENGAN PLANTA


ADA APA

DENGAN PLANTA

KHALAS

Unknown commented on
 "LAGI KES PLANTA"

bro..dulu lu ada tulis isu sensitif.kemudian lu membodohkan orang sambil berkata blog lu ke hack..maka lu pun terlepas.tiada beza lu dgn papagomo.dua2 berfront united utk menjatuhkan anwar madani..


Unknown commented on
 "LAGI KES PLANTA"

at least papagomo lebih berani daripada lu yg cakap bisik2 je..suatu ketika dulu lu masuk parlimen utk sekolahkan MP2 PH..kenapa sekrang lu tak masuk parlimen utk sekolahkan MP PAS PN?lu nak dilihat NGI tapi lu sendiri tiada kekuatan utk ubah akta di pentas lawak berdiri parlimen..

GAZA GEO-POLITIK TIMUR TENGAH


MALAM INI

JAM 10 TIK TOK

GAZA DAN

GEO-POLITIK

TIMUR TENGAH

KHALAS



HALANG KAPAL ZIONIS DI PERLABUHAN KLANG

 

HALANG KAPAL

ZIONIS BERLABUH

DI PERLABUHAN

 KLANG

KHALAS 

TAIK KERING PENINGGALAN MUHYIDIN & SABRI


Putrajaya perlu dedah butiran perjanjian ditandatangai kerajaan sementara, kata peguam

PUTRAJAYA sepatutnya mendedahkan butiran “perjanjian pelantikan” yang ditandatangani oleh kerajaan sementara berkaitan penganugerahan lebuh raya sebelum pilihan raya umum ke-15, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Beliau berkata dengan berbuat demikian Putrajaya boleh mendedahkan butiran yang dimasukkan oleh kerajaan Perikatan Nasional-Barisan Nasional ketika itu.

Perjanjian kerajaan sementara itu adalah berkaitan perjanjian melibatkan RM3.46 bilion dengan anak syarikat YTL Holdings Bhd untuk konsesi bagi projek Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di plaza tol.

Haniff berkata kerajaan sementara berperanan menjaga pentadbiran dan tidak komited dengan sebarang perjanjian yang boleh membebankan kerajaan akan datang.

“Apakah sifat perjanjian itu dan adakah ia mengikat atau untuk rujukan masa depan?

“Adakah kerajaan sekarang terikat sepenuhnya dengan perjanjian itu?” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau turut mempersoalkan liabiliti kerajaan sekiranya projek itu dibatalkan.

“Apa yang berlaku jika kerajaan sekarang membatalkan perjanjian itu? Adakah ia bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan?

“Mereka tidak perlu mendedahkan keseluruhan perjanjian, tetapi dapatkan kementerian yang diperlukan untuk menjelaskannya,” katanya.

Haniff berkata dalam keadaan biasa kerajaan sementara tidak sepatutnya memeterai kontrak kerajaan baharu, urusan langsung atau perjanjian dasar.

“Mereka adalah kerajaan sementara dalam tempoh pilihan raya, jadi bagaimana mereka boleh membuat sebarang perjanjian?

“Bagaimana anda boleh membuat sesuatu (perjanjian) yang akan mengikat kerajaan baharu?

“Kerajaan sementara adalah untuk menjaga hal ehwal negara dan tidak terlalu komited dalam perjanjian yang boleh membebankan pentadbiran yang akan datang,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan perjanjian plaza tol MLFF oleh kerajaan sementara menimbulkan persoalan etika kerana ia memberi tekanan kepada kerajaan semasa.

Dilaporkan juga 32 syarikat konsesi tol lebuh raya membuat bantahan terhadap tender terus kerana mereka tidak dirujuk dan jumlah kos adalah terlalu mahal sebanyak 30%.

Sementara itu Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi dilaporkan sebagai berkata anugerah untuk projek itu masih belum dimuktamadkan dan kerajaan hanya meluluskan “perjanjian pelantikan” mengenai konsep MLFF pada 17 November tahun lepas selepas kabinet menilai perkara itu.

Rundingkan semula perjanjian itu

Sementara itu Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan berkata tiada undang-undang atau garis panduan yang jelas bagi kerajaan sementara untuk memulakan dasar-dasar utama atau komited kerajaan untuk projek mega.

Beliau bagaimanapun berkata secara konvensyen kerajaan sementara tidak boleh mengambil keputusan besar seperti pemberian pekerjaan tanpa tender kepada syarikat sebanyak RM3.46 bilion.

“Kerajaan harus melihat semula perjanjian ini dan berunding semula untuk menyelesaikannya.

“Projek ini harus ditender. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, anak syarikat YTL Holding yang merupakan pihak dalam perjanjian itu harus dijemput untuk mengambil bahagian dengan pengendali sedia ada yang lain.

“Kerajaan mesti menunjukkan ia telus dan melakukannya,” katanya.

Muhammad menambah projek itu perlu ditender kerana ia bukan projek proprietari di mana hanya satu sumber sahaja yang boleh menawarkan teknologi ini.

“Teknologi serupa dilaksanakan di Australia dan Singapura jadi ia sepatutnya dibuka kepada pengendali sedia ada untuk turut serta.

“Sepatutnya tiada alasan untuk tidak membuat tender,” tambahnya. – 20 Disember, 2023.

WOIT

INI TAIK KERING

MAKIN BUSUK

PENINGGALAN

MUHYIDIN & SABRI

AMIN

KERAJAAN MADANI

KENA PIKUL

AMIN

ATAU ADA

DEAL BARU

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

KUASA MELAYU TUMPUL



Pilihan raya PBT: Kuasa politik Melayu makin tumpul – Mustafa

KUALA LUMPUR – Usaha menzahirkan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan memang diketahui umum sebagai projek politik DAP.

Penganalisis politik, Mustafa Kamal Abdul Rahman berkata, ini adalah peluang dan ruang terbaik kepada DAP untuk melaksanakannya melalui kuasa politik yang dipegang.

“Ironinya wakil rakyat DAP diletakkan di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mempunyai akses terus kepada PBT seluruh negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mencadangkan agar kerajaan mengembalikan semula pilihan raya PBT peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

Cadangan Kok Wai selaku Ahli Parlimen Cheras dikemukakan pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Mustafa Kamal juga berkata, kebaikan utama yang sedang dihebahkan berkaitan rancangan ini adalah PBT mempunyai ‘kuasa autonomi’ memilih pengerusi dan ahli majlis PBT tanpa melalui kuasa kerajaan negeri atau Persekutuan.

Katanya, ia dikatakan lebih telus dan mengurangkan campur tangan meletakkan proksi politik dalam PBT.

“Ia juga dihebahkan berupaya ‘mencantas terus’ kuasa politik ke atas projek-projek pembangunan PBT. Kesemua faktor ini disimpulkan bagi mewujudkan kecekapan tadbir urus pembangunan dan kesejahteraan masyarakat bandar,” katanya.

Menurut beliau, rancangan yang sama mempunyai kesan jangka panjang kepada demografi masyarakat di ibu kota.

Hakikatnya, beliau berkata, hampir 80 peratus perbandaran di Malaysia didiami bukan Melayu khususnya masyarakat Cina.

“Masyarakat Cina telah diberi secara percuma kuasa ekonomi dan tanah di bandar-bandar di Semenanjung Tanah Melayu selepas 1896 melalui dasar pecah dan perintah oleh British.

“Dalam masa sama, kuasa ekonomi Melayu telah dilemahkan (pemilik-pemilik lombong bijih, pengutip cukai, pedagang-pedagang sumber asli dan pembekal makanan) diletakkan sebagai kelompok petani, pesawah dan pekebun,” katanya.

Katanya, pemusatan kependudukan masyarakat Cina di kawasan bandar bermula seiring dengan proses urbanisasi yang dijalankan oleh British secara giat menjelang 1900.

“Setelah masuk pertengahan dekad 1960-an, berlaku penghijrahan masyarakat Melayu ke kawasan-kawasan bandar membuka petempatan sebagaimana yang berlaku di Selangor.

“Masyarakat Melayu dari Perak dan Johor berhijrah ke Lembah Kelang menetap di pinggir bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kelang dan Petaling Jaya,” katanya.

Tambahnya, isu pilihan raya PBT juga seakan seiring dengan kisah persempadanan semula kawasan Parlimen yang sedang heboh dalam platform sosial media sekarang.

“Sebahagian pandangan mengaitkan pemecahan kawasan padat bandar utama seperti Bukit Bintang, Seputeh, Kepong, Klang, Seremban, Rasah, Ipoh Timor dan Bagan.

“Kawasan ini dikatakan akan mewujudkan kawasan pilihan raya baharu yang didominasi oleh pengundi Cina.

“Ia bukan persoalan sesuatu masyarakat mendapat kuasa besar politik tetapi ia adalah persoalan sebuah organisasi politik yang bakal menguasai dominasi politik negara.

“Ia dibimbangi bakal mengubah demografi dan geopolitik tanah air. Keterjaminan hak-hak Melayu dan Bumiputera akan kembali menjadi isu utama dalam dua hal ini, sama ada ia akan diteruskan atau dibekukan seketika,” katanya lagi. – 

WOIT

KUASA MELAYU

DAH TUMPUL

AMIN

DAH TAHU

TUMPUL NGAPA

TAK ASAH

AMIN

PENGUNDI CHINA

BERTAMBAH 1.22 JUTA

NAPA TAK BUAT

SESUATU

AMIN

KHALAS

HAMAS MENOLAK RUNDINGAN



Israel-Gaza war live: 

Hamas says it is 

not interested in further

 talks over prisoners


Hamas berkata ia menolak perbincangan mengenai tahanan semasa perang tetapi terbuka kepada langkah untuk menamatkan konflik.

Hamas menolak mengadakan rundingan berhubung pertukaran tahanan semasa perang Israel, tetapi terbuka kepada sebarang inisiatif untuk menamatkannya, kata seorang pegawai kanan pergerakan Palestin.

"Kami mengesahkan pendirian kami menolak untuk mengadakan sebarang bentuk rundingan berhubung pertukaran tahanan di bawah perang genosid Israel yang berterusan," kata Basem Naem.

“Kami bagaimanapun, terbuka kepada sebarang inisiatif yang menyumbang untuk menamatkan pencerobohan ke atas rakyat kami dan membuka lintasan untuk membawa bantuan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin.

RUNDINGAN

HANYA UNTUK

SELESAI KONFLIK

AMIN

BUKAN TUKAR

TAWANAN

AMIN

HAMAS  BERANI

TOLAK RUNDINGAN

MAKNA HAMAS

YAKIN MENANG

KHALAS

YAMAN SABOTAJ EKONOMI ISRAEL


YAMAN BERJAYA

SABOTAJ EKONOMI

ZIONIS ISRAEL

KHALAS

TAMAL NAK CEPAT KAYA


TAMAK NAK 

CEPAT KAYA

KHALAS


Unknown commented on
 "KELULUSAN TAK ADA - 
NAK GAJI MAHAL !!!"

Apa apa saja yang luarbiasa itu sudah tahu pun tak betul, sama jugak kata pelaburan pulangan luar biasa, sekejap nak kaya, sekejap nak jadi jutawan tanpa berusaha tanpa bekerja ramailah orang macam ini, kah kah kah dekat kampung paling ramai mengelamun siang malam jadi jutawan di kedai kopi sembang kari kepala ikan kah kah kah sebab itulah sebaik dapat kerja kerajaan mula usaha mengambil apa saja supaya jadi kaya serta merta orang-orang kita banyak begitu

LANTIKAN ANAK BINI & KRONI


LANTIKAN

ANAK BINI

DAN KRONI

KHALAS


Unknown commented on 
"FATWA MAT MASLAN"

Mat lantikan ini semua kaum kerabatku kroni belaka, susah nak cari makan kalau ada orang dipilih melalui pilihanraya betul tak? Projek projek kontraktor kelas kelas terpilih susah dapat projek, nanti nak buat open tender kena telus kena terbuka pasti hilang sokongan kontrak kelas terpilih kepada parti gerombolan kah kah kah kita tahu lah niat mereka nak menjaga kerabat sendiri tetapi jangan lupa jalan kemajuan kerana bangsa agama negara sudah lama dilupakan oleh ahli-ahli United Gerombolan Sdn berhad sendiri kah kah sampai melayu sanggup undi Taliban walaupun mereka tahu Taliban susah kurang akal untuk menerima tugas berat kah kah kah

LANGGAR MATI


LANGGAR MATI



RABU 20 DISEMBER 2023
LAGI 4 HARI
KITA SAMBUT  HARI MAULUD NABI ISA
KEMUDIAN TAHUN BARU

KES PEGAWAI POLIS
LANNGAR MURID SEKOLAH
SAMPAI  MATI MASIH HEBOH

ADA HAMBA ALLAH BERI HADIAH
5,000 RINGGIT
PADA SAPA ADA KLIP VIDEO
DARI KERETA UNTUK JADI SAKSI

KELUARGA JUGA
MERAYU AGAR SAPA
NAMPAK KES AKAN
DATANG BANTU
AMIN

INI KES LANGGAR MATI
YANG ADA SAKSI
ADA JUGA BERITA
LANGGAR MATI
CABUT LARI
JENG JENG JENG

GAZA
HAMAS TOLAK PERUNDINGAN
JIKA HANYA UNTUK
BEBASKAN TAWANAN
HAMAS MAHU RUNDING
JALAN SELESAI 

UKRAINE
ZELENSKY MAHU REKRUT
500,000 SOLDADU BARU
KAH KAH KAH
MANA NAK CARI?

KINI ADA TIM TANGKAP
SAPA SAPA JANTAN BETINA
YANG BOLEH BERGERAK
AKAN DIPAKSA
UNTUK JADI SOLDADU
HANYA BAYI  YANG SELAMAT
PEREMPUAN MENGANDUNG
JANTAN CACAT PUN 
DI TANGKAP UNTUK
JADI SOLDADU

AMERIKA
MAHKAMAH TERTINGGI
DI COLORADO BATALKAN
TRUMP UNTUK
TANDING 2024
JENG JENG JENG

NEW YORK
PBB MASIH CARI JALAN
UNTUK BUAT GENCATAN SENJATA
QATAR KATA  ADA LANGAH
POSITIF

UNDI  PBB 
SATU RESOLUSI UNTUK GAZA
DI TANGGUH KERANA
AMERIKA TAK SETUJU

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
KELMARIN  TAK HUJAN
KL & KL SENTRAL CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU MUDA
BERAWAN PUTIH

TER KUR KUR   TER KUR KUR
SUARA TERKUKUR KUAT
MENYAMBUT PAGI
DENGAN SIMPONI LATAR 
CENGKERIK

HOW HOW
BERSUARA KUAT
JANTAN AMAT JAUH BERKOKOK

DALAM SAWAH RUMPUT
PULUHAN PIPIT MENCARI BIJIRIN

HARI INI AKAN PANAS
DI BALKONI GUA CAHAYA
DAH MELIMPAH
APAKAH HUJAN PETANG ?
AMIN

BRO
SENYUM KITA SAMBUT RABU
DENGAN SENYUMAN

ANAK BABI MAKAN PETAI
PETAI JATUH KE ATAS RIBA
MAULUD NABI AKAN SAMPAI
TAHUN BARU AKAN TIBA

DAPAT MENANTU DAPAT BESAN
MAKAN KENDURI SAMA DI RASA
PERANG DI GAZA BERTERUSAN
DI KAMPUNG HALAMAN NABI ISA

LAKUKAN SEKARNAG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERABU