DULU KHALID
AMAT BENGKENG
MAHU MADEY
LETAK JAWATAN
SEKARANG BARU
SEDAR SIAPA
ANWAR IBRAHIM
PEMIMPIN ISLAM
KAKI KENCING
KAKI PUTAR
Tanpa Bantuan Mahathir, Anwar Masih Dalam Penjara
(Malaysia Dateline) – Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menyorot kembali manfaat diperoleh apabila Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Dr Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Katanya, langkah menerima Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM) ketujuh lalu menyaksikan Anwar Ibrahim kemudiannya menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak yang pada masa ini menolak Dr Mahathir sebagai calon PM kesembilan agar berpegang pada pesanan pimpinan termasuk Anwar yang mahu PH diperkukuhkan.
“Apabila kita (PH) menang, Tun jadi Perdana Menteri. Antara perkara pertama yang dilakukannya, dia (Mahathir) dapatkan pengampunan bagi Anwar.
“Lalu, bagi pihak yang persoal apa untungnya kerjasama dengan Tun, itu (pengampunan) satu, yang menyebabkan Anwar berada di luar (penjara).
“Kalau tidak, Anwar masih dalam penjara sampai hari ini. Tak selesai lagi tempohnya,” katanya dalam slot Bicara YB Khalid Samad (Siri 62) menerusi Jom Channel FB Live semalam.
Untuk rekod, seminggu selepas PH meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan iaitu pada 16 Mei 2018, Anwar diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong.
Pengampunan penuh tanpa sebarang syarat itu membolehkan Anwar bergiat semula dalam politik.
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, masing-masing akan mendapat manfaat daripada pendekatan menarik rambut dalam tepung.
“Itu manfaatnya. Kalau dia (Anwar) keluar (penjara) pun, lima tahun tidak boleh terlibat dalam politik. PRU15 pun tidak boleh sebab ada tempoh lima tahun.
“Antara keuntungan terbesar apabila kita berjaya bekerjasama, Tun dapat apa yang dia nak, kita pun dapat apa yang kita mahu,” kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Sebaliknya, beliau mengingatkan pendekatan zero sum iaitu keuntungan untuk satu pihak tetapi menyebabkan kerugian untuk pihak lain tidak akan menjadikan Dr Mahathir menyokong PH Plus.
“Masing-masing dapat sebahagian walaupun bukannya semua. Itulah namanya rundingan. Itulah keadaan menang-menang yang kita usahakan.
“Kalau zero sum, aku menang, kau kalah, kalau begitu, bagaimana dia (Dr Mahathir) yang kalah akan bersama kita?
“Kita (PH) pun tidak boleh menang. Kita menang sorak tapi akhirnya negara tergadai,” tegasnya dalam program bertajuk ‘PH dan PH+ : Menarik Rambut dalam Tepung?’ itu.
Justeru, beliau menasihatkan agar semua pihak termasuk penyokong PH tidak berterusan menyerang Dr Mahathir sehingga sampai tahap memecahkan PH Plus bahkan PH sendiri.
“Adakah dengan cara itu pasti Anwar dapat menjadi Perdana Menteri? Tanpa sokongan semua pihak peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adalah lebih sukar.
“Kuncinya kalau nak Tun setuju kita mesti pastikan Tun selesa bersama kita (PH Plus). Kalau dia jadi Menteri Mentor sekali pun, dia rasa kita dengar dan hargai pandangan dia,” jelas Khalid lagi.
PALING CILAKAK
KENCING ANWAR
HANCING SEJUK
KAH KAH KAH
PADAN MUKA
DARI AWAL
DIBERITAHU
SOKONG MADEY
UNDI MADEY
TAK MAHU
DENGAR
PANDANGAN LAIN
KAH KAH KAH
SEKARANG
FRUS
MENONGGENG
KAH KAH KAH