Ambank terlibat promosi LGBT kepada umat Islam, dedah NGO Melayu -
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendedahkan penglibatan Ambank Malaysia Holdings Bhd (AMMB) mempromosikan agenda songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kepada pelanggan Islam bank tersebut.
Presiden JMM Azwanddin Hamzah mendakwa AMMB menerusi dua anak syarikat insurans mereka, AmLife dan AmFamily Takaful Berhad menjalinkan kerjasama erat dengan Metlife, sebuah syarikat insurans berpengkalan di Amerika Syarikat yang menaja agenda LGBT.
"Untuk pengetahuan, Metlife ini merupakan sebuah syarikat insurans yang sengaja terlibat mempromosi dan menyokong budaya LGBT seperti tertera dalam Buletin Amlife bulan Mei 2014 lalu," kata Azwandin pada sidang media di pejabatnya di Ampang, Selangor.
AMMB yang bernaung di bawah kumpulan Ambank Berhad mengumumkan pemeteraian perjanjian dengan Metlife International Holdings Incorporate (Metlife) pada Disember tahun lepas.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ambank-terlibat-promosi-lgbt-kepada-umat-islam-dedah-ngo-melayu#sthash.TeYKs6Xr.dpuf
Mahathir, Daim tidak setuju TPP KUALA LUMPUR - Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak memerlukan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), iaitu perjanjian perdagangan bebas antara 12 negara, termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat.
"Bagi saya TPP tak perlu. Tak ada TPP pun kita dapat bangunkan negara kita, jadi negara maju.
"Jadi apa perlunya TPP? Itu pendapat saya. Jadi kalau kerajaan tak nak terima pendapat ini terpulanglah kepada orang ramai sama ada bersetuju dengan kerajaan atau tidak," katanya selepas Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014, semalam.
Mahathir, dalam temu ramah eksklusif dengan Sinar Harian pada Julai 2013 berkata, Malaysia tidak akan mempunyai keupayaan sama dengan negara maju untuk mempertahankan diri jika syarikat antarabangsa mencabar dasar kerajaan di tribunal antarabangsa, seperti dibenarkan di bawah peruntukan Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) dalam TPP.
Pendirian Mahathir itu dikongsi bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin.
Daim berkata, beliau tidak bersetuju keputusan kerajaan mahu menandatangani TPP kerana ia akan memberi persaingan yang agak sukar kepada negara.
“Saya ingat banyak lagi pihak tidak setuju. Pertamanya kerana ia dilakukan untuk negara-negara besar yang membangun dan syarikat besar, justeru menyukarkan (Malaysia) untuk bersaing.
“Keduanya apabila kita terlibat dengan perjanjian ini, kerajaan perlu melakukan dasar ekonomi terbuka dan ia memudahkan segala perkara masuk ke negara ini,” katanya kepada media, semalam.
Beliau berkata, segala kajian mengenai perkara itu juga perlu didedahkan kepada semua pihak berkaitan sebelum keputusan diambil.
“Tetapi bila saya minta hasil kajian tersebut, mereka tidak bagi. Sepatutnya ia perlu dibincangkan bersama.
“Benda kalau baik jangan disembunyikan. Jika tidak baik pun jangan diselindungi, kerana akhirnya rakyat akan tahu juga,” katanya.
Beliau mencadangkan isu TPP dibawa ke Parlimen dan dibentangkan kepada semua wakil rakyat agar mendapat persetujuan semua.
“Minta pandangan wakil rakyat. Ia perlu kerana melibatkan kepentingan masa depan rakyat,” katanya.
TPP, yang kini dalam proses rundingan akhir, dikritik banyak pihak kerana pelaksanaannya dikhuatiri menyebabkan harga ubat-ubatan di Malaysia meningkat.
Ia juga dibimbangi menjejaskan keupayaan kerajaan membuat dasar bagi kepentingan rakyat apabila syarikat antarabangsa dibenarkan mencabar dasar kerajaan yang menyebabkan kerugian kepada mereka di tribunal antarabangsa melalui ISDS, termasuk dalam isu kesihatan dan pencemaran alam sekitar.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengeluarkan kenyataan kelmarin bagi memaklumkan rundingan TPP yang bermula pada 2010 kini memasuki peringkat akhir.
Sepuluh
hari satelah World Trade Center di New York meledak dilanggar kapal
terbang, General Wesley Clark – bekas Kamander NATO ( North
Atlantic Treaty Organisation) telah datang melawat Pentagon. Pentagon
ialah ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika. General Clark datang
untuk bertemu dengan Naib Presiden Dick Cheney dan Timbalan
Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz. Mereka berbincang tentang
ledakan yang baru berlaku.
Ketika
beredar General Clark dia telah 'ditahan' oleh seorang General yang
pernah bertugas dibawahnya. Sang General ini telah memberitahu
bahawa Iraq akan diserang. Sesudah itu Syria, Lebanon, Libya, Sudan
dan akhirnya Iran
[There] “is
a memo [at the Pentagon] that
describes how we’re going to take out seven countries in five
years, starting with Iraq, and then Syria, Lebanon, Libya, Somalia,
Sudan and, finishing off, Iran.”
General
Wesley Clark, former Supreme Allied Commander
of NATO (1997-2000), (March 2, 2007)
Justeru
jelas serangan keatas Iraq ini telah lama dirancang. Bisul telah
lama mengeram. Ledakan WTC 9/11 hanyalah 'punat' yang dirancang untuk
meletus. Perang TIDAK bermula secara sepontan. Perang disusun ,
diatur dan dirancang dengan teliti. Perang bukan mabuk bergaduh
dikedai todi.
Untuk
para pembaca yang terlupa biar saya ingatkan bahawa Amerika telah
menyerang negara-negara yang warganya beragama Islam:
Iran (1980, 1987-1988), Libya (1981, 1986, 1989, 2011), Lebanon
(1983), Kuwait (1991), Iraq (1991-2011, 2014- belum tamat), Somalia
(1992-1993, 2007- belum tamat ), Bosnia (1995), Afghanistan (1998,
2001- belumtamat), Sudan (1998), Kosovo (1999), Yemen (2000, 2002-
belum tamat), Pakistan (2004- belum tamat ) Dan ketika
saya menggarap tulisan ini perang sedang dilancarkan keatas Syria.
Apakah
maknanya semua perperangan ini? Kenapa perang ini berterusan ?
Dari
pemerhatian saya berita sama ada dari kaca TV atau yang dicetak telah
gagal untuk menerangkan sajelas mungkin tentang makna perang ini.
Media Malaysia, malah media dunia kapitalis telah gagal untuk
memberi pencerahan tentang makna perang ini.
Akhbar
dan media kita hanya melaporkan : berapa yang mati, siapa yang
meledak, dimana pertempuran berlaku, siapa yang diserang, kenyatan
dari Presiden itu dan Perdana Menteri ini atau dari Politikus dari
pelbagai jenis. Untuk saya ini TIDAK memadai untuk betul-bertul
memahami apa itu politik dan apa itu realpolitik. Dan apa maknanya
perang.
Letupan,
bom yang meledak, soldadu yang gugur, orang kampong yang tewas,
kanak-kanak yang menjadi mangsa atau bangunan yang runtuh hanyalah
fenomena perang. Semua ini adalah manifestasi. Dibelakang manifestasi
ini ada 'gajah' yang lebih besar. Gajah inilah yang TIDAK berani
diusik oleh media. Gajah ini tidak berani dihujah oleh pemerhati
politik. Gajah ini juga TIDAK dibogelkan untuk diketahui umum.
Tulisan
saya ini ialah untuk membogelkan 'gajah ' ini.
Perang
ialah politik. Saya ulangi sekali lagi bahawa perang adalah
penerusan politik. Perang adalah politik yang TIDAK dapat
diselesaikan melalui perundingan. Manakala politik ialah perebutan
kuasa. Perebutan kuasa bertujuan untuk merebut dan memiliki
punca-punca ekonomi. Ekonomi ialah asas politik. Gagal memahami asas
ini maka kita akan gagal memahami apa itu politik
Contohnya:
Pakatan Rakyat berjuang untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional
kerana Pakatan mahu memiliki punca punca ekonomi Malaysia. United
Malays National Organisation terus mahu berkuasa kerana dengan kuasa
mereka memiliki punca-punca ekonomi dan kekayaan Malaysia. Tujuan
ahli-ahli Pakatan Rakyat berpolitik ialah memiliki punca ekonomi.
Bangsa,
bahasa, agama, kenegerian, wilayah, budaya dan dan dan – semua ini
hanyalah alat propaganda dalam usaha untuk mengolah persetujuan orang
ramai dalam usaha merebut kuasa. Ianya tidak berubah-ubah sama ada
parti itu ahlinya beragama Hindu, beragama Islam, tidak beragama
atau tidak meminati agama. Ini hukum politik. Ini hukum ekonomi.
Justeru
perang yang dilancarkan oleh Amerika terhadap negara-negara Arab,
negara Afrika semuanya kerana ekonomi. Ekonomi yang dimaksudkan
ialah minyak – bahan bakar petrolium. Hari ini siapa yang memiliki
minyak akan memiliki kuasa dalam dunia ini. Tanpa memiliki bahan
bakar petrol sesebuah negara TIDAK memiliki kuasa kerana minyak
petrol ialah kuasa.
Hari
ini harga bahan bakar petrolium telah jatuh mendadak. Ketika saya
menulis ini harga Minyak Brent Mentah ialah $83 dolar 39 sen satu
tong. Bulan April yang lalu harganya hampir 120 dolar untuk satu
tong. Kenapa ini berlaku? Kenapa jatuh mendadak? Biasanya apabila
musim sejuk sampai maka harga minyak dan gas naik. Tetapi yang
berlaku sebaliknya.
Sebenarnya
- turun naik harga bahan bakar petrol dalam Oktober/November 2014
ini ialah sebahagian dari strateji perang yang sedang dilakukan oleh
Amerika. Harga minyak kini menjadi senjata.
Harus
diingati bahawa pada ketika ini Amerika memiliki dua musuh yang
jelas. Musuh Amerika ialah Rusia dan Iran. Ini musuh yang tersurat.
Awas. Musuh akhir kuasa imperial Amerika ialah China. Malah tiga
negara ini China, Rusia dan Iran secara gelap dan secara terang
sering tidak patuh dan tidak tunduk kepada kuasa imperial
Anglo-Amerika.
Amerika
menyedari bahawa hari-hari akhirnya telah sampai apablia China
menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika. China
satu-satunya kuasa dunia yang boleh bersaing dan melawan Amerika.
Jika China bersatu bersama Rusia jawabnya Amerika terkubur.
Diatas
kesedran ini – secara rahsia Amerika telah bersekongkol dengan
kerabat DiRaja Saudi Arabia untuk menjatuhkan harga minyak. Caranya
cukup senang. Saudi pada ketika ini ialah pengeluar terbesar minyak
petrol dunia. Saudi telah telah mengalirkan minyak melebihi
permintaan. Pasaran minyak dunia dilambakkan dengan minyak. Justeru
harga mula jatuh.
Tujuan
menjatuhkan harga minyak ini ialah untuk melemahkan ekonomi Rusia.
Satu sekatan ekonomi telah dikenakan keatas Rusia satelah Crimea
bersetuju untuk kembali menjadi wilayah Rusia pada March lalu.
Sekatan ini TIDAK menjejaskan ekonomi Rusia. Maka, satelah MH17
meletup 17 Julai dahulu – satu lagi sekatan ekonomi dikenakan.
Tetapi ekonomi Rusia masih lagi kukuh kerana Rusia adalah pengeluar
minyak kedua terpenting sesudah Saudi Arabia.
Pada
ketika ini Rusia membekalkan 38% bahan bakar petrol untuk Eropah. Ini
bermakna Eropah menjadi rakan niaga yang intim dengan Rusia. Eropah
bergantung kuat dengan Rusia. Rusia terus mendapat tukaran dolar dan
euro hasil dari penjualan minyak dan gas. Justeru, nikmat ekonomi
Rusia ini wajib diledakkan.
Justeru
rampasan kuasa kumpulan fascist di Ukraine wajib dibaca sebagai
sebahagian dari strateji mengepong Rusia. Apabila kumpulan fascist
pro-Amerika ini dinobatkan di Kiev maka laluan saluran minyak dan gas
dari Rusia ke Eropah akan diganggu dan dipotong. Pembekalan bahan
bakar ini minyak dan gas ke Eropah Barat adalah tunggak ekonomi
Rusia. Pasaran Rusia dihalang dalam masa yang sama harga menurun. Ini
satu serangan hebat.
Penurunan
harga minyak ini juga bertujuan untuk menggangu gugat Iran. Iran sama
saperti Rusia telah dikenakan pelbagai bentuk sekatan ekonomi.
Banyak negara temasuk Malaysia yang pada satu ketika dahulu berniaga
dengan Iran telah mendapat tekanan dari Amerika. Iran juga – sama
saperti Rusia – adalah pengeluar minyak dan gas terbesar dalam
dunia
Sebenarnya
apa lagi Amerika mahu?
Amerika
sedang merancang untuk mewujudkan satu tata dunia yang baru. Ini
dipanggil New World Order (NWO). Dalam strateji NWO ini –
negara-negara dalam dunia ini akan hilang kedaulatan dan wajib tunduk
dibawah kuasa imperial Anglo-Amerika. NWO ini akan mewujudkan satu
kerajaan yang didalangi oleh kaum pemodal Anglo-Amerika.
Justeru,
pada ketika ini dunia telah dipecah-pecah ke beberapa wilayah.
Amerika Utara dan Selatan satu wilayah. Afrika satu Wilayah. Timur
tengah satu wilayah dan Asia satu wilayah. Ada wilayah yang terikat
dengan perjanjian ekonomi dan pertahanan. Contohnya : Eropah Barat
ada penjanjian tentera dalam North Atlantic Treaty Organisation
(NATO). Jepun diikat dengan perjanjian ketenteraan semenjak tahun
1951 dengan Amerika. Asia kini sedang dipaksa untuk diikat dengan
perjanjian TTPA.
Didalam
perancangan kuasa imperial Anglo-Amerika – dengan bala tentera yang
kuat maka Empire Amerika ini akan tegak bediri hingga dunia kiamat.
Lalu
persoalan timbul : Apa kena mengena semua ini dengan ISIS?
Pada
10 March 2013 ajensi berita Reuters di Berlin telah memetik satu
berita tentang ISIS dari majalah Der Spiegal – mingguan dalam
bahasa German. Menurut laporan Der Spiegal gerila-gerila ISIS telah
dilatih oleh Amerika di Jordan. Berita ini TIDAK memeranjat sesiapa
kerana umum telah megetahui ISIS ini sama saperti Al-Qaeda adalah
anak didik Amerika.
Justeru
apa tujuan ISIS ini diwujudkan?
Sebelum
saya menjawab kenapa ISIS diwujudkan – saya amat yakin pasti semua
pembaca teringat akan nama arwah Usama Bin Ladin dari Al-Qaeda.
Malah apabila nama ini disebut pasti imej sosok akan tergambar.
Tetapi berapa ramai yang teringat akan nama Abu Musab Al-Zarqawi atau
Zarqawi?
Kemana
hilangnya Zaqarwi yang dikatakan berkaki kudung dan bermata satu.
Sosok ini dikatakan sebagai pemimpin numero uno cawangan
Al-Qaeda di Iraq. Dunia - melalui media Barat telah heboh dengan
Mamat Zaqarwi yang dilaporkan amat licik memimpin gerila menyerang
soldadu Amerika di Iraq.
Kini
Jom Heboh Mamat Zarqawi ini telah padam. Tetiba dunia menjadi Jom
Heboh dengan nama Abu Bakar Al-Baghdadi yang dulunya dikenali
sebagai Dr.Ibrahim juga dikenali sebagai Abu Du'a. Sosok ini
dilaporkan oleh media Barat sebagai Khalifah Islam yang baru. Betul
ke semua ini? ( TT) bersambung
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market