SIAPA MENGUNDI - SIAPA MENGIRA UNDI
Hakikatnya - pada pagi 6 Mei 2013 kerajaan Pakatan Rakyat
akan ditubuhkan dengan pesetujuan Yang DiPertuan Agong. Pada petangnya para
menteri kabinet akan mengangkat sumpah bersetia di bawah Perlembagaan Malaysia.
Malaysia baru yang merdeka dan
demokratik dilahirkan satelah terpesong selama 56 tahun. Malaysia Baru yang menjanjikan ruang demokrasi yang
lebih luas.
Hakikatnya pada
7 haribulan Mei 2013 harga minyak turun. Pada 9 Mei tol lebuh raya Plus
dimansuhkan. Pada 11 Mei semua tahanan
ISA di Kamunting di bebaskan. Hutang PTPTN di lupuskan. Kelantan dan Pahang
untuk pertama kalinya diumum untuk menerima royalti minyak. Wang Ikhsan dihapus. Rayalti minyak naik menjadi 20%.
Dari semenjak 6 Mei lagi semua lapangan terbang dan pintu masuk dan pintu keluar Malaysia
dikawal rapi. Ini untuk mengelakkan
orang-orang jahat – pembunuh, perogol dan perasuah – melarikan diri. Untuk
menghalang orang-orang jahat ini lari membawa jongkong emas, ringgit dan dolar
ke luar negara.
Hakikatnya - semua ini akan berlaku jika pilihan raya dalam
negara kita ini bebas, adil dan bersih. Hakikatnya pilihan raya di Malaysia ini tidak bebas, tidak adil
dan tidak bersih. Hakikatnya pilihan raya di Malaysia penuh dengan penipuan. Justeru, dalam pilihan raya di Malaysia persoalannya bukan
siapa turun mengundi tetapi siapa akan mengira undi.
Biar saya terangkan fakta sejarah pilihan raya tahun
1999 di Lembah Pantai. Zainur Zakaria
dari Keadilan Nasional dan Sharizat Jalil dari United Malays National
Organisation telah bertanding. Pada hari pengundian saya adalah warga Bangsar
Utama. Tempat pengiraan undi itu tidak sampai dua kilometer dari bilik saya. Cuaca pada hari itu molek indah dan
berseri. Hujan tidak, ribut pun tidak. Pengundian berjalan dengan aman permai.
Pengiraan undi dijalankan disebelah malam. Saya duduk
bersama kawan-kawan menunggu keputusan. Kiraan awal Shahrizat Jalil tewas. Kami
gumbira. Tetiba – hampir jam 1:00 pagi - kami diberitahu ada peti undi baru
masuk. Peti undi dari Kampong Bohol dan Kampong Pasir. Bila peti undi dibuka
Zainur Zakaria tewas. Shahrizat Jalil menang dengan hanya kelebihan 1,417 undi. Semua undi ini datang dari Kampong
Bohol dan Kampong Pasir.
Saya diberitahu bahawa peti undi ini lambat sampai
kerana hujan lebat dan banjir di Kampong Bohol dan Kampong Pasir. Sebenarnya
Kedua buah kampong ini tidak sampai 4
kilometer dari tempat pengiraan undi. Saya terperanjat dan terus mencarutkan
Shahrizat. Pada malam itu di Bangsar dan
di wilayah Lembah Pantai tidak ada hujan atau ribut. Ini hakikat sejarah. Ini
bukan fitnah.
Biar saya surahkan lagi satu kesah tentang Najib Razak
dalam pilihan raya tahun 1999. Kiraan
awal Najib Razak telah kalah. Tetiba datang peti undi yang membawa undi pos. Maknanya undi dari kem
tentera. Sebanyak 2,400 undi baru telah dibawa masuk. Akhirnya Najib menang
tipis dengan hanya mendapat 242 kelebihan undi. Hakikatnya - ini sejarah bukan fitnah.
Paling akhir ialah pilihan raya kecil di Sibu yang terkenal
dengan ‘ gua tolong lu... lu tolong gua...’. Kiraan undi pada malam 19 Mei 2010
telah menunjukkan calon DAP menang. Tetiba satu peti undi baru sampai.
Dikatakan peti undi pos ini dari kem askar
yang telah mengundi lebih awal.
Bila peti undi ini sampai para pekerja dan aktivis Pakatan Rakyat telah membantah.
Mereka tidak mahu ditipu. Pertengakaran bermula. Mereka berhujah kalau ini peti
undi pos maknanya tentera telah mengundi
3 hari lebih awal. Kenapa baru sekarang peti undi ini sampai. Suasana tegang. Akhirnya
peti undi ini di tolak. Calon DAP diistihar menang.
Hujung minggu lalu saya di Jeli Kelantan – kawasan Tok
Pa Menteri Perdangan Antarabangsa. Saya menjalankan bengkel Pemantau. Tetapi
bukan hal bengkel yang ingin saya kesah. Apa
yang ingin surahkan disini ialah
bagaimana Tok Pa ini menang dalam PRU12 dahulu. Mengikut surah yang saya dengar
dari pekerja parti PKR – Tok Pa telah kalah pada pengiraan awal. Tetiba jam
2:00 pagi satu lagi peti undi datang. Kali ini sama saperti Najib Razak di
Pekan – Tok Pa juga diselamatkan oleh undi tentera di Jeli.
Muka Abang aktvis PKR
yang menurunkan surah ini cukup sedih bercampur marah. Justeru mengikut Abang ini dia menghadirkan diri ke bengkel
Pemantau ini untuk belajar bagaimana
menjadi Pemantau yang terlatih. Abang ini tidak mahu kiraan jumlah undi di Jeli tidak akan ditipu sekali lagi.
Peti undi datang lambat, hilang tengah jalan, peti
undi lambat sampai kerana banjir, kerana jambatan patah - memang selalu kita dengar. Ini semuanya
kong kalikong kerja jahat SPR untuk memastikan United Malays National
Organisation terus berkuasa.
Semua ini adalah hakikat. Semua yang saya tulis bukan
fitnah. Selama lebih dari 50 tahun SPR telah bekerjasama dengan United Malays
National Organisation untuk mencuri undi. Tahun demi tahun United Malays
National Organisation terus menang. Menipu dan mencuri undi telah menjadi satu
seni untuk parti Ketuanan Melayu ini.
Mari kita semua renungkan kenapa perlu Ngo Tindak
Malaysia melatih berpuluh ribu Pacaba – ejen mengundi, ajen mengira dan ajen di
barong. Kenapa Bersih memerlukan 4 hingga 8,000 Pemantau. Kenapa di Kelantan dilatih hampir 2000
Pemantau Rakyat. Juga, kenapa Ngo ABU –
Asalkan Bukan Umno – bergerak dan
berkempen ke seluruh negara. Kenapa
Solidariti Anak Muda (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) aktif
memberi pencerahan tentang pilihan raya?
Jawabnya: kerana pilihan raya di Malaysia ini penuh
dengan penipuan. Selama ini kemenangan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya ialah kemenangan dengan
cara menipu undi. Kuasa yang dimiliki oleh parti Ketuanan Melayu ialah dengan
cara tipu.
Tetapi , kali ini, pada 5 Mei 2013 semuanya akan berubah. Kali
ini orang ramai bukan hanya sedar akan penipuan yang akan berlaku. Kalau dalam pilihan
raya sebelum ini pengundi dan orang ramai menerima penipuan itu dengan hati yang sedih. Mereka
pulang dengan jiwa gundah gulana satelah menerima kekalahan. Mereka melihat
kuasa dan pihak yang berkuasa bagitu kuat sekali. Kali ini semuanya telah
berubah.
Slogan warga Sabah – INI KALILAH – cukup tepat.
Kemualan, kebencian dan rasa marah orang ramai yang selama ini ditipu dalam
pilihanraya telah sampai ke tahap gaban.
Kesabaran tidak mungkin dibendung-bendung lagi. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah dibodoh-bodohkan.
Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah di tarik hidung. Selama lebih dari 50
tahun rakyat telah ditakutkan dengan pelbagai undang-udang. Selama lebih dari
50 tahun rakyat telah diancam dengan ISA. Ini kali semuanya akan berubah. Ini kali rakyat akan bangun melawan.
Satelah diumumkan parlimen dibubar dan tarikh hari
mengundi diketahui kelihatan keyakinan orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan
Barisan Nasional semakin tersusun. Setiap malam ribuan warga penyokong Pakatan
Rakyat turun mendengar ceramah penerangan. Ngo dari pelbagai sektor sedang aktif
memberi pencerahan.
Malah Ngo ABU telah memulakan kempen untuk menghalang
Mat Banga, Mat Indon atau Mat Myamar dari datang mengundi. Dengan jelas ABU telah memberi amaran kepada pendatang
yang telah diberi kad pengenalan segera ini agar jangan datang menghampiri
tempat mengundi.
Pada 5 Mei nanti - aktivis Pemantau Rakyat, SAMM, SMM, ABU dan ribuan anak muda Berbaju Kuning dari
kerabat Bersih , Berbaju Hijau dari kerabat Himpunan Hijau, Berbaju Merah dari
kerabat Royalti dan Berbaju Hitam dari kerabat SAMM – akan berkeliaran
disekitar tempat mengundi. Anak-anak muda ini akan memantau untuk memastikan pengundi
‘haram’ ini tidak berani muncul. Tidak berani menunjukkan muka di kawasan
mengundi.
Orang ramai sedar bahawa masih banyak tipu helah yang
akan dijalankan oleh SPR dan kuncu-kuncunya. Orang ramai sedar bahawa pekerja
SPR akan cuba melakukan penipuan secara licik. Kes tidak cukup borang 14, kes
lampu padam, kes leterik di seluruh
kawasan pengiraan undi putus akan terjadi. Kemasukan peti undi baru, peti undi
ditukar ganti, penemuan banyak undi rosak – semua ini adalah trik-trik lama
yang sering digunakan oleh barua United Malays National Organisatiuon untuk
menang.
Sayugia diingatkan kepada pihak yang ingin menipu,
kepada pihak yang merancang untuk menipu bahawa Bersih 1 , Bersih 2 , Bersih 3 dan Hari
Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 – adalah semboyan amaran. Semboyan amaran
inio berbunyi : tipu pilihan raya pengundi akan turun ke jalan raya. (TT)
NOTA:
tulisan ini
telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terkini
akhbar ini kini dikeluarkan 2 kali seminggu
hari selasa dan hari jumaat
boleh ditemui disemua kedai buku yang cool
atau pukul talipon:
03-92-21-40-45
--------