Sabtu, 12 Ogos 2023
SANUSI KEMPEN GEDEBE
PN optimis menang, tiada debaran hendak kalah – Sanusi
SIK – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, hari ini bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri.
Sebaik tiba pukul 10.59 pagi, beliau yang ditemani isteri, Datin Seri Jusmalailani Jusoh bertemu ibunya, Meriam Ahmad, 73, yang tiba lebih awal membuang undi.
Seterusnya, Pengarah Pilihan Raya Negeri Perikatan Nasional itu menyertai orang ramai yang beratur untuk membuang undi di pusat mengundi.
Ketika ditemui media, Muhammad Sanusi gembira dengan sentimen yang ditunjukkan ramai pengundi apabila keluar pada awal pagi dan suasana berlangsung tenang.
“Saya minta pengundi keluar awal mengundi, keluar awal sikit, tengahari akan ramai, sebab ada cakap malas yang pagi ramai, yang penting datang undi jangan tertidur sudah. Cuaca elok ini,” katanya.
Ditanya harapan buat PN, Muhammad Sanusi yakin gabungan itu mencapai kemenangan besar malam ini.
“Alhamdulilah saya opitimis mencapai kemenangan dan debaran kalah itu tak ada, biasanya kalau kita tengok suasana berdebar-debar itu, kalahlah.
“Hari ini tenang, tengok perkembangan bukan tengok hari ini sahaja, dua tiga hari lepas lagi sambutan baik, saya harap, ia diterjemah di kertas undi,” katanya.
Sementara itu, pengundian bagi PRN Ke-15 DUN Jeneri menyaksikan pertembungan satu lawan satu membabitkan Muhammad Sanusi sebagai penyandang dan calon Barisan Nasional (BN), Muhamad Khizri Abu Kassim.
Sanusi memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas menewaskan penyandangnya, Mahadzir Abdul Hamid dan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.
DUN Jeneri mempunyai 35,079 pengundi berdaftar dengan lebih 90 peratus adalah kaum Melayu. –
WOIT
MASA KEMPEN
SANUSI NI
JADI GEDEBE
KAH KAH KAH
LONDEH SANA
LONDEH SINI
KAH KAH KAH
DIA HANYA
PARTI TIME
MENTERI BESAR
KAH KAH KAH
LEPAS NI
TURUN NAIK
MAHKAMAH
MACAM NAJIB
KAH KAH KAH
KHALAS
MATI TAK SEMPAT MENGUNDI
PRN Kedah: Mahfuz masih optimis PH-BN peroleh 17 kerusi DUN
PRN: Polis terima tiga laporan guna nama, IC individu lain
Ahmad ada masalah jantung, akui mahu lepas jawatan MB
Ajal selepas celup jari, warga emas tak sempat mengundi
TAMPIN – Seorang warga emas wanita tidak sempat mengundi apabila tiba-tiba rebah selepas mencelup dakwat jari di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rokan, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, mangsa berusia 83 tahun disahkan meninggal dunia pukul 11 pagi selepas menerima maklumat dari Pembantu Kesihatan di Klinik Kesihatan Gemencheh.
Menurutnya, si mati telah hadir ke sekolah berkenaan untuk mengundi bersama-sama ahli keluarga yang lain dan berjalan kaki menuju ke Saluran 1.
“Selepas mencelup jari dalam dakwat di Saluran 1, si mati tiba-tiba telah rebah dan tidak sedarkan diri lalu dibawa oleh ahli keluarga ke Klinik Kesihatan Gemencheh.
“Si mati bagaimanapun telah sedarkan diri namun paras oksigennya semakin menurun sebelum bantuan CPR diberikan namun gagal diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
ADA SERIBU
SATU KESAH
KETIKA MENGUNDI
AMIN
KHALAS
KERAJAAN ANWAR DI NILAI
PRN 6 negeri, referendum terhadap kerajaan Anwar
Kurang setahun pentadbiran kerajaan campuran, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdepan dengan cabaran terbesarnya di enam negeri yang menjadi medan tempur politik bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu dilihat sebagai satu referendum penerimaan rakyat terhadap Anwar dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kini bergabung dengan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, perhatian tertumpu kepada Selangor, negeri terkaya di Malaysia yang menyaksikan kemaraan Perikatan Nasional (PN) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Sebanyak 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi perebutan yang bakal menyaksikan sama ada kerajaan negeri di bawah pimpinan menteri besar sementara Amirudin Shari kekal atau bertukar tangan.
Pertukaran kerajaan di Selangor, menurut beberapa pemimpin PN, akan mengakibatkan pertukaran kerajaan pusat di Putrajaya.
Misteri undi BN, undi kaum bukan Melayu
Beberapa dinamik perlu diperhatikan dalam PRN kali ini yang menjadikannya unik dan berbeza berbanding PRU15.
Antaranya ialah faktor pemindahan undi penyokong BN kepada PH.
Ini kerana berdasarkan laporan di peringkat akar umbi, BN khususnya Umno masih tidak dapat menerima keputusan parti itu untuk bergabung dengan PH yang menjadi musuh ketat selama ini.
Selain itu, pengundi bukan Melayu yang sejak lebih sedekad lalu dianggap deposit tetap PH tampak lebih fleksibel sehingga menggusarkan DAP.
Prospek DAP dan PH yang mahu terus mendominasi golongan itu, terutama di Selangor tidak nampak begitu baik.
Faktor kemasukan parti Muda ke gelanggang pertempuran, selain pergolakan dalaman DAP Pulau Pinang membabitkan beberapa pemimpin etnik India mungkin mengakibatkan PH tidak lagi boleh mendabik dada mengenai monopoli undi kaum bukan Melayu.
Helikopter Anwar, angkat tangan Sanusi
Kedua-dua blok turut menampilkan peribadi dan karisma pemimpin utama mereka sebagai “unique selling point”masing-masing.
Wajah Anwar terpampang di papan-papan iklan seluruh negara selain program-program jelajah di keenam-enam negeri.
Langkah agresif ini sebenarnya bermula lebih awal, iaitu ketika kerajaan pusat mengadakan rumah terbuka Aidilfitri membabitkan enam negeri yang terlibat PRN.
Perdana menteri ke-10 itu tampak bersungguh-sungguh berkempen Selangor dan Kedah, yang mana sepanjang tempoh ini beliau menggunakan helikopter milik kerajaan untuk memudahkan pergerakan beliau.
Anwar turut mengumumkan apa yang disifatkan pengkritik sebagai “gula-gula” PRN kepada penjawat awam.
Pesawah yang berada di utara negara juga menjadi segmen tumpuan beliau yang mengumumkan kenaikan subsidi padi kepada RM500 untuk satu tan.
Ceramah Grand Finale ahli Parlimen Tambun itu di Padang Keramat AU2 Khamis malam lalu yang penuh dengan kemeriahan adalah simbolik kepada keinginannya mematikan karier bekas protegenya, Mohamed Azmin Ali yang bertanding di Hulu Kelang.
Di sebelah PN, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendapat gelombang tersendiri apabila didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan.
Cara angkat tangan beliau selepas kesnya dibicarakan menjadi bahan kempen dan mencipta gelombang tersendiri.
“Panglima perang” PN itu menjadi watak utama yang bertempur dengan menteri-menteri persekutuan seperti Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail berhubung beberapa isu antaranya projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan elemen nadir bumi.
Sanusi yang terkenal dengan gaya “selamba” dan “kasar” itu berjaya membangkitkan semangat rakyat Kedah yang mungkin berasa negeri Jelapang Padi itu tidak dilayan dengan baik oleh persekutuan.
Beliau tidak hanya popular di Kedah, malahan namanya yang sentiasa meniti di bibir pimpinan PH menyebabkan status beliau menjadi seakan pemimpin nasional, dan strategi ini mungkin makan diri untuk PH.
Kontroversi Amirudin, manifesto PN
Di Selangor, beberapa isu menjadi hangat antaranya projek pembinaan Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) termasuk di Gombak, kawasan di mana Amirudin berkubu.
Amirudin yang mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua itu juga terbabit kontroversi projek Selangor Maritime Gateway, iaitu projek bernilai RM10 bilion dengan 600 ekar tanah di sepanjang Sungai Kelang mungkin diberikan kepada pemaju swasta.
Beliau kelihatan tekad untuk mengekang gelombang PN dengan memperkenalkan slogan “Arus Merah Kuning” sebagai jenamanya di Selangor.
PN Selangor di bawah Azmin menggembleng sepenuh tenaga untuk menawan Selangor, dengan tekad ingin menafikan ramalan pemerhati bahawa negeri itu mengekalkan status quo di bawah PH.
Gabungan tersebut yang menyasarkan sekurang-kurang 33 kerusi di Selangor mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM2 bilion sebagai tawaran kepada pengundi di Selangor.
Saman-menyaman
Selain isu nasional dan isu tempatan, kempen sepanjang dua minggu itu turut diwarnai dengan tindakan saman-menyaman antara pimpinan utama kedua-dua blok yang bertanding.
Antaranya Anwar yang menyaman bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin pada hujung Julai lalu yang mana pengerusi PN itu turut mengemukakan saman kepada Anwar membabitkan isu pelupusan hutang Felda.
Sanusi menghantar surat saman kepada Saifuddin Nasution awal bulan ini berhubung dakwaan salah peruntukan dana Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) dan isu sumber nadir bumi (REE).
Sanusi pula disaman oleh Amirudin dan taikun Berjaya Group, Vincent Tan berhubung kenyataan pengarah pilihan raya PN itu mengenai projek SMG.
Sementara Amirudin disaman oleh aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard selepas beliau mendakwanya boleh dibeli.
Pengerusi DAP Lim Guan Eng pula menuntut Azmin memohon maaf berkait tuduhan “lansi” dan salah guna kuasa.
Pada PRN kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan 572 kertas penamaan calon diterima melibatkan keseluruhan 245 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
INI UJIAN
AWAL UNTUK
KERAJAAN ANWAR
AMIN
APAKAH LULUS
CEMERLANG
ATAU
GAGAL MELESET
AMIN
KITA NANTI
JAWAPAN MALAM
LEPAS JAM 8
KHALAS
HUJAN RIBUT AKAN SAMPAI
Amaran ribut petir dikeluarkan di 7 negeri
JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di tujuh negeri termasuk dua negeri terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini hingga 4 petang.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.35 tengah hari memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perlis, Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama); Pahang (Bentong dan Bera) serta Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Selain itu, dua negeri yang terlibat PRN iaitu Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Terengganu melibatkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Di Sabah melibatkan pantai barat (Ranau), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).
PRN hari ini melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Turut diadakan hari ini adalah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. – Bernama, 12 Ogos, 2023.
WOIT
SINI KL NAMPAK
TENANG TAKDA
HUJAN RIBUT
AMIN
TEMPAT LAIN
MACAM MANA ?
AMIN
APAKAH ALAM
JADI MARAH
KERANA POLITIKUS
SUKA MENIPU
KAH KAH KAH
KHALAS
KELANTAN ADA MB BARU
Tukar MB Kelantan bukan kerana PAS tergugat, kata Hadi
KEPUTUSAN menggantikan menteri besar Kelantan bukan disebabkan kedudukan PAS tergugat di negeri itu, kata presiden parti Abdul Hadi Awang.
Katanya, Menteri Besar Ahmad Yakob sendiri membuat permintaan tersebut kerana faktor kesihatan.
“Ahmad Yakob undurkan diri kerana uzur. Dulu pun beliau merayu supaya kita lantik orang lain. Tapi kita minta beliau teruskan lagi .
“Tengah-tengah pentadbiran itu pun dia desak minta ganti atas faktor keuzuran.
“Berapa kali menteri besar terima rawatan. Jadi kali ini pertimbangkanlah, kasihan pada beliau,” katanya kepada pemberita selepas membuang undi di Terengganu.
Hadi mengulas pengumuman mengenai pelantikan menteri besar dan timbalan menteri besar baharu sekiranya PAS berjaya mengekalkan Kelantan dalam pilihan raya negeri hari ini.
Pengumuman itu dibuat pada hari terakhir tempoh kempen semalam.
Mengulas lanjut, Hadi berkata perubahan pemimpin tertinggi dalam kerajaan negeri satu perubahan positif dan diperlukan memandangkan PAS sudah lama memerintah Kelantan.
“PAS sudah lama sangat memerintah 30 tahun – letihlah orang yang bertugas itu,” katanya yang juga presiden PAS sejak 2002.
PAS juga sudah mempunyai calon menteri dan timbalan menteri besarnya, kata Hadi yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rusila di Marang pagi ini.
Beliau turut memberi jaminan calon baharu yang akan ditampilkan PAS akan diterima rakyat Kelantan.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan semalam dilaporkan berkata keputusan menukar menteri besar itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada Rabu lepas.
PAS mengumumkan menteri besar dan timbalan baharu terdiri dari gandingan seorang tokoh agamawan dan tokoh teknokrat.
Ahmad dilantik menjadi menteri besar Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menggantikan Nik Aziz Nik Mat yang berkhidmat selama lima penggal.
Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah juga dilantik ke jawatan itu selepas PRU13.
Mohd Amar dikenali sebagai pemimpin yang lebih lantang berbanding Ahmad, terutama dalam menangkis kritikan terhadap kelemahan pentadbiran Kelantan. – 12 Ogos, 2023.
SAPA PUN
JADI MB
SILA BAIKI AIR
KELANTAN
AMIN
DAH 30 TAHUN
TAK SEMBOH
SAKIT TEH TARIK
AMAT LAMA
KAH KAH KAH
TERSEKSA BADAN
TERSEKSA JIWA
KHALAS
PENGUNDI TAK TURUN ?
PRN: 5 negeri catat keluar mengundi lebih 60% setakat 4 petang
LIMA negeri yang mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60% setakat jam 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 70% diikuti Kedah (68%), Pulau Pinang (67%), Selangor (65%) dan Negeri Sembilan (62%).
Kelantan masih lagi rendah dengan peratusan keluar mengundi dicatatkan 56% setakat jam 4 petang tadi.
PENGUNDI KURANG
BAWA BAHAYA
UNTUK PAKATAN
AMIN
BAWA BAHAYA
UNTUK PERIKATAN
AMIN
APA DAH JADI
JENG JENG JENG
KHALASI
MENGUNDI - BETUL LAGI BENAR
BETUL LAGI
BENAR
KHALAS
Unknown commented on
"PRN : TANDA DAN MAKNA"
tidak mengudi adalah satu pilihan.. terima kasih
PRN : TANDA DAN MAKNA
PRN :
TANDA DAN MAKNA
Pengundian di enam negeri – Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor memiliki tanda dan makna yang tersendiri.
Kempen dan keputusan PRN ini akan menjadi rujukan kepada pengkaji sejarah yang akan datang. Ini untuk pertama kalinya berlaku pengundian di negeri ketika kerajaan pusat baru sahaja di lantik.
Ianya agak berbeza dari pilihan raya kecil kerana YB meninggal dunia. PRN 2023 ada
570 calon bertanding merebut 245 kerusi DUN pada pilihan raya enam negeri ini.
Ini adalah pertandingan antara kerajaan campuran Pakatan Harapan + Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional yang menjadi pembangkang.
Dari awal lagi PN telah berjaya mengajukan dan menebarkan jala naratif bahawa pemilihan YB di enam negeri kali ini adalah referendum kepada kerajaan Persekutuan. Dengan jelas PRN cerita ini juga di jual untuk di tafsir sebagai pemungutan pandangan terhadap Anwar Ibrahim.
Naratif ini dan keputusan PRN ini tidak akan mengubah kedudukan kerajaan campuran PH+BN.
Tapi naratif ini masih menjadi viagra yang menaikan nafsu pengundi dan penyokong Perikatan Nasional yang mahu menggulingkan kerajaan yang sedia ada.
Haji Hadi pemimpin Parti Islam terus menjual naratif bahawa keputusan PRN ini – jika Pakatan kecundang – maka kerajaan pusat akan di tukar. Dari mana dan bagaimana Hadi mendapat asal usul pendapat ini masih jadi tanda tanya.
Apa yang jelas dengan PRN ini ialah tentang kedudukan Zahid dan peranan United Malays National Organisation.
Dari berita yang tersebar umum diberitahu beberapa orang kuat parti Ketuanan Melayu ini telah keluar parti kerana tidak yakin dengan kepimpinan dan garis politik Zahid. Mereka menambah jumlah – Shahidan, Annuar Musa dan Noh Omar yang telah keluar parti ketika PRU 16 dahulu.
Kepimpinan Zahid terus menjadi induk kempen dan agenda ketidakpuasan ahli United Malays National Organisation. Rata-rata ahli parti ini merasa mereka telah ditipu oleh Zahid.
Ahli dan penyokong United Malays National Organisation mereka telah diperbodohkan dan dibangangkan oleh Zahid dengan slogan – No Anwar No DAP.
Agenda anti-Zahid ini akan membawa padah besar kepada kerajaan Pakatan. Walau pun ini adalah krisis dalaman tetapi kesannya amat besar kepada keputusan PRN ini.
Persoalan yang selalu di timbulkan : Apakah ahli United Malays National Organisation akan memilih calon Pakatan atau memberi undi kepada Perikatan. Apakah penipuan Si Zahid ini akan menghilang dan mengurangkan undi Pakatan.
Malah ada ahli penyokong dan ahli PRR dan DAP yang melihat Zahid ini sebagai kavadi. Memikul kavadi adalah amalan penganut Hindu untuk ke Batu Caves membayar nazar. Memikul kavadi bernama Zahid adalah membayar niat untuk sampai ke Putrajaya.
Malah memikul Zahid ini telah dijadikan lawak kepada niat baik Anwar Ibrahim yang sedang berkempen bertegang leher menentang rasuah. Kempen anti-rasuah Anwar ini menjadi bahan lawak kerana Zahid – timbalan kepada Anwar - sedang berhadapan dengan 47 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Dihebohkan. Jika United Malays National Organisation gagal mendapat kejayaan dan ramai calon hilang duit pertaruhan maka ini tanda malaikat maut telah menghampiri parti ketuanan Melayu ini.
Tetapi hakikatnya adalah payah lagi susah untuk mengumpil Zahid keluar dari kerusi Presiden. Zahid dengan bijak lagi licik telah memecat dan menggantung muka-muka yang berpotensi untuk mengumpil kerusi Presiden.
Zahid Hamidi dibaca kukuh dalam Majlis Kerja Tertinggi. Ahli-ahli yang tidak suka kepada Zahid boleh menonggeng sambil terkentut - kedudukan Zahid tidak akan goyang. Amin.
Satu lagi perkara yang tersirat dala PRN ini ialah jumlah pengundi yang akan keluar mengundi. PRN bukan pilihan raya umum untuk menubuhkan kerajaan. Justeru dirasakan ada kecuaian – sikap tidak ambil pot - dalam hal keluar mengundi.
Perkara keluar mengundi di takuti oleh Pakatan dan juga Perikatan. Dua gabungan ini mahu jumlah pengundi yang melebihi 70%.
Hadi Awang telah mengeluarkan fatwa untuk memastikan penyokong Parti Islam dan Bersatu – maknanya Bani Melayu agar keluar beramai-ramai. Dosa dan pahala menjadi landasan fatwa Hadi.
Dalam masa yang sama Pakatan pula merasak takut jika pengundi China tidak seratus peratus keluar mengundi. Pengundi China ‘tidak full force –‘ untuk datang mengundi.
Pengundi China menyokong kuat kerajaan Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim. Pengundi China merasa mereka selamat dan berpendapat PRN ini tidak akan mengubah kerajaan pusat. Justeru mereka merasa selesa maka tidak ambil berat untuk mengundi. Tidak pulang dari luar negara seperti sikap mereka dalam PRU16.
Dalam masa yang sama ada juga pengundi dan penyokong DAP yang merasa kecewa. Dalam PRU16 mereka telah memilih Pakatan tetapi dapat kembali kepala kleptokrat yang bernama Zahid.
Babak Zahid ini mengecewakan sebahagian pengundi China. Justeru ucapan Tony Pua sosok penasihat Anthony Loke pemimpin besar DAP. Tony Pua secara jujur masih melihat United Malaya National Organisation sebagai parti korup. Untuk pengundi genre ini undi atau tak undi pun hasilnya adalah sama. Amin.
Hakikatnya jika Melayu tak ikut fatwa Hadi maka Perikatan Nasional akan gagal mendapat kemenangan besar. Amin
Hakikatnya jika China tidak ramai keluar mengundi maka banyak kerusi Pakatan akan rahai dan jatuh ke tangan Perikatan. Amin.
Pertempuran PRN kali ini adalah pertempuran di media sosial. FaceBook. Twitter, Instagram dan Tik Tok menjadi aliran membawa pelbagai bentuk propaganda. Kreativiti dalam media sosial menjulang tinggi.
Pelbagai genre telah digunakan melalui pelantar ini. Ada lagu, ada syarahan, ada slogan, ada filem pendek, ada maki hamun – dan ada semua bentuk hasutan dan tohmahan muncul di pelbagai pelantar.
Ada propaganda bijak – ada menarik – ada parodi , ada yang kasar tapi hakikatnya Internet sedang memainkan peranan yang amat penting dalam berkempen.
RTM, TV3 , Utusan dan media yang sewaktu dengannya boleh tutup kedai. Hanya yang tak ada pilihan sahaja yang menuntun RTM atau TV3. Dala bahasa anak muda mereka yang masih menuntun RTM ini adalah generasi Mat Poyo. Amin..
Pengaruh media sosial ini diakui oleh Ketua Menteri Penang Chow Kon Yeow. Ceramah DAP di Tanjung tidak ramai yang hadir. Maka menurut pemimpin DAP ini banyak kempen DAP dijalankan melalui talian.
Wajib di akui bahawa perang siber PRN 2023 kali ini dimenangi oleh Perikatan Nasional. Pejuang siber Perikatan tidak semuanya diupah. Mereka berperang untuk menumpaskan musuh mereka. Justeru tanpa duit upah mereka terus berkarya menyerang.
Jangan sesekali di lupakan bahawa PRN kali ini juga telah memunculkan wira baru. Ini wira Melayu Islam. Satu ketika dulu Parti. Islam ada ayam sabung bernama Mat Sabu. Kali ini Perikatan Nasional ada Sanusi Mat Nor.
Heboh. Heboh.. PRN kali ini di dominasi oleh Sanusi. Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah bergelawak dengan Anwar Ibrahim. Bertikam lidah dengan Saifuddin Nasution Menteri Dalam Negeri. Sanusi dituduh mencuri, Sanusi di tangkap polis, Sanusi hina Sultan, Sanusi tuduh Anwar tidak bermoral. Hasilnya Sanusi dinobat sebagai Wira Melayu.
Anak-anak muda – Mat Rempit dan Mat Grab melihat Sanusi ini cool. Sikap anak muda ialah menentang yang wujud. Melawan yang berkuasa – dari konteks sikap kemudaan ini Sanusi dilihat cool. Anwar dan Saifuddin dilihat poyo.
Anak muda melihat Sanusi dengan bahasa yang agak kasar sebagai sosok punk counter culture. Kalau Johnny Rotten dan Sid Vicious menibai Baginda Queen – Sanusi pula menibai Saifuddin Nasution – Menteri KDN.
Malah paling cool dari mulut Sanusi ialah bila dia menyebut nama Saifuddin sebagai Pudin. Kata-kata dan lawak jenaka Sanusi menyengat dan menular mengepung anak muda untuk masuk ke perangkap Perikatan Nasional.
Paling bijak lagi ikonik ialah bagaimana Sanusi dengan cekap mengangkat ketika keluar dari mahkamah kerana tuduhan menghina Sultan Selangor.
Angkat tangan Sanusi ini sama seperti Anwar mengangkat tangan ketika keluar dari mahkamah atas tuduhan meliwat Azizan pada tahun 1998.
Tidak dapat tidak Sanusi ini bijak berfikir walau pun mulut agak kasar dengan menggunakan bahasa rakyat Kedah biasa.
Satelah mustaid apakah yang kita rumuskan.
Pada hemat saya jika Perikatan berjaya memenangi satu lagi negeri – Selangor atau Negeri Sembilan – ini akan membuktikan bahawa Melayu tidak menyokong Pakatan.
Jika ini berlaku maka saya timbulkan persoalan : apakah pengundi benci pada Anwar, pada Zahid atau pada DAP. Justeru mereka memilih Hadi dan Muhyidin.
Jika Selangor dan Negeri Sembilan jatuh ke tangan Perikatan bermakna dalam PRU16 satu pertempuran yang maha hebat akan berlaku. Agenda Melayu Islam akan menjadi kemudi negara kita.
Saya tidak berupaya untuk membuat apa apa ramalan terperinci akan keputusan PRN kali ini.
Pada hemat saya para penyokong Pakatan akan merasa selesa jika status quo kembali muncul. Kedah, Terengganu dan Kelantan di bawah Perikatan. Yang tiga lagi di bawah Pakatan
Mungkin dalam status quo ini ada banyak kerusi Pakatan tercabut tapi masih berjaya menubuhkan kerajaan. Jangan runtuh bocor boleh di terima.
Selamat mengundi. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL THE MALAYSIANINSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/456707
DAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/08/12/prn-6-negeri-tanda-dan-makna
Langgan:
Catatan (Atom)