Isnin, 12 November 2012

INI SATU LAGI SEBAB UNTUK SATU JUTA TURUN KE JALAN RAYA




Inline images 1
GERAKAN MANSUHKAN ISA
KENYATAAN MEDIA: 12 NOVEMBER 2012
4 BULAN SUAMI DIPECAT, ISTERI TAHANAN ISA HILANG SUMBER PENDAPATAN, PINJAMAN RUMAH TERTUNGGAK

Pada Julai 2012, Puan Zoharna, isteri kepada tahanan ISA Bakar bin Baba menerima surat pemakluman bahawa suaminya akan ditamatkan perkhidmatan sebagai guru di SMK Umas-Umas Tawau. Bakar bin Baba ditahan di bawah ISA pada November 2011 atas tuduhan terlibat dengan kumpulan militan Darul Islam. Beliau ditahan tiga bulan selepas Perdana Menteri mengumumkan ISA akan dimansuhkan pada Hari Malaysia tahun yang sama. 

Akibat daripada pemecatan itu, keluarga mangsa hilang sumber pendapatan yang selama ini bergantung kepada pendapatan Bakar. Lebih parah apabila bayaran pinjaman rumah yang sedang keluarga mangsa diami juga sudah tertunggak memasuki bulan ke lima. Menurut Puan Zoharna, bayaran itu tertunggak setelah mereka tidak lagi menerima gaji Bakar bin Baba yang telah ditamatkan perkhidmatan sejak julai lalu. Mereka khuatir sekiranya jumlah tertunggak itu tidak dilunaskan, mereka juga akan kehilangan kediaman yang menjadi tempat berlindung mereka sekeluarga.  

Keluarga mangsa setakat ini hanya menerima bantuan daripada rakan-rakan yang membantu meringan beban belanja harian. Namun bantuan itu masih tidak mencukupi untuk melunaskan bayaran pinjaman rumah yang berjumlah RM 598 sebulan. Isteri mangsa juga perlu menanggung perbelanjaan harian 4 orang anak yang masih bersekolah. 

Setelah menerima surat penamatan jawatan, Isteri Bakar bin Baba telah menghantar surat rayuan kepada Bahagian Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bagi mempertimbangkan semula pemecatan tersebut. Oleh itu, pada  3 Ogos yang lepas, pihak GMI telah menghubungi Puan Salamah binti Abdul Latiff, Setiausaha Bahagian Tatatertib, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk bertanyakan mengenai status pemecatan Bakar bin Baba. GMI dimaklumkan keputusan rayuan itu hanya akan dibuat dalam mesyuarat Lembaga Rayuan. Namun Puan Salamah enggan memakluman mengenai tarikh mesyuarat itu akan diadakan. 


Inline images 1Menurut maklumat terkini yang diperolehi daripada Puan Zoharna, beliau masih tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak bertanggungjawab mengenai status suami beliau dan gaji suami beliau masih ditahan.
Oleh itu GMI ingin menyeru orang ramai yang ingin membantu boleh terus menghulurkan sumbangan kepada keluarga Bakar bin Baba melalui isteri beliau, Puan Zoharna Abd Razak di akaun RHB 1100-3700-1604-11 atau akaun BSN 1210-1290-0035-5832.

Orang ramai juga boleh memberi sumbangan melalui Bendahari Gerakan Mansuhkan ISA, Puan Nashita Md Nor di akaun Maybank 1622-0993-9776. Sumbangan yang diterima GMI akan digunakan sepenuhnya sebagai dana bantuan kepada keluarga tahanan ISA yang memerlukan.   

Selain itu GMI juga mendesak agar pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran menimbang semula pemecatan Bakar bin Baba. Hal ini kerana pemecatan itu hanya akan menyebabkan Isteri dan anak-anak mangsa lebih menderita. Lebih-lebih lagi pemecatan itu dibuat tanpa Bakar bin Baba disabitkan bersalah oleh mana-mana mahkamah. GMI menganggap pemecatan bakar bin Baba tidak memiliki asas yang kukuh dan dibuat tanpa pertimbangan yang sewajarnya. 

Sekian. Terima kasih

Syukri Razab
Sekretariat GMI
Penyelaras Suaram

KAMERA AES YANG BAIK IALAH YANG TELAH MENYEMBAH BUMI




INI CONTOH BAIK
kamera aes yang baik 
adalah kamera yang
menyembah bumi

KOMENTAR TUKAR TIUB
tahniah kerajaan selangor
tahniah kerana membuat dasar yang tepat

tukat tiub dari awal lagi telah berkempen
menentang cara united malays national organisation
memeras duit orang ramai untuk mengkayakan kroni

tidak ada jalan lain
penyokong pakatan rakyta
wajib memcari untuk mengenal pasti
dimana kamera kroni ini dipasang

sesudah 14 hari jika kamera ini
masih lagi terpasang maka
tahu tahu la apa nak buat


SELANGOR BERI TEMPOH 14 HARI TANGGALKAN KAMERA AES – mkini
             
Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.
 
Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.

DULU POLIS GUNAKAN GAMBAR REKAAN INI
UNTUK TUDUH BERSIH 3.0
KALI INI
KITA TUNJUKAN  KEPADAC DUNIA  MEMANG INI
YANG KITA MAHU
DEMO 12 JANUARI  ADALAH BUKTIANY

SATU JUTA MENUNTUT 8 TUNTUTAN DI TUNAIKAN







 INI 8 TUNTUTAN 12 JANUARI






PENGUMAMAN UNTUK SEMUA

satu perhimpuan lebih besar dari besar
lebih mega dari mega
akan diadakan pada 12 janauari 2013
di kuala lumpur




semua demokrat
semua penyokong hak assi
semua anak muda
semua pelajar mahasiswa
semua warga malaysia anak semua bangsa
akan turun menuntut hak mereka pada 12 januari

- menuntut 8 tuntutan
- menuntut hapuskan isa
- menuntut belajar percuma
- menuntut hak tanah adat
- menuntut kilang lynas ditutup
- menutut kilang bukit koman ditutup
- jangan rembat tanah pengerang
- jangan rembat tanah banda dalam
- jangan rembat tanah jalan sultan
- jangan bunuh keluarga kami
- jangan rogol keluarga kami 
- jangan rampas tanah rakyat
- jangan bodohkan rakyat
- jangan tipu pilihan raya 
  ..dan dan dan....

12 januari ialah hari rakyat menuntut hak

justeru:
anak anak muda yang cekap dengan reka bentuk IT
sila mulakan berkempen
dengan flyer yang cool
flyer yang counter culture
flyer yang melawan
flyer bangun melawan
bukan flyer poyo
bukan flyer bodek
bukan flyer skema
bukan flyer ceramah
flyer yang cool melawan


justeru:
semua diminta membuat persediaan
tempah tiket bas - kapal laut - kapal terbang
keretapi, teksi, kereta sewa
tempah bilik penginapan
mula minta cuti dari sekarang

justeru:
mari kita semua membuat sejarah
sejarah adalah kita semua
12 januari adalah sejarah baru
pembentukan negara bangsa


SILA REKA BAJU T
kuning untuk penyokong bersih
hijau untuk penyokong himpuan hijau
merah untuk menuntut royalti
merah untuk menentang isa
jingga untuk warga feldahijau unggu merahn puteh
hitam selamatkan tanah warisan
hitam untuk polis jangan bunuh kami


RADIO RESMI 12 JANUARI IALAH RADIO PALING COOL
RADIO MENGHASUT
RADIO BANGUN MELAWAN
SILA LAYARI UNTUK MAKLUMAT TERKINI



KEMPEN TERBARU KITA



UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT MALAM PENCERAHAN



SETULUS IKHLAS 
DARI TIM TUKAR TIUB



PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB





TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA
Mari saya bagi pencerahan mengenai Islam.. Memang betul Melayu dan semua kaum bebas beragama dalam Islam Tiada Paksaan dalam beragama.. tu betul. Tapi itu untuk orang yang masih belum beragama Islam dan hendak memeluk Islam. Tetapi setelah orang memeluk Islam, tiada erti atau wujud mereka keluar atau boleh jadi Kafir.

Kalau mereka yang sudah Islah mahu keluar bermakna mereka mempersendakan agama dan golongan seperti Ini wajar dibunuh yang disepakati oleh itmak ulama. Kerana Islam agama yang suci mulia. Hukumuan bunuh untuk orang Islam yang keluar atau murtad lebih dari orang kafir yang menghina, seperti gambar nabi dan seumpamanya.

Ini kerana orang yang memeluk Islam wajar dan sepatutnya mengetahui dan belajar Islam dan sepatutnya tahu kebaikan ajaran Islam. Keluar dari islam/ murtad adalah tidak diterima. kerana ISlam bukan agama untuk dipermainkan. Tetapi BUKAN mudah nak membunuh dalam ISLAM. mereka perlu dinasihati kaunseling dan difahami kenapa mereka mahu keluar dari on SAJE NAK TANYA - TAKUT SILAP SILAP TERMURTAD
Anonymous
on 11/12/12

 JADI LAH MANUSIA CONTOH
Dalam Quran pun tulis...'la iqroha fiddeen' Tiada paksaan dlm agama. cannot force ppl to masuk Islam.org Islam yg murtad itu cerita lain.ADA beberapa pendapat di situ.but essentially yes, human beings are given the right to choose. kalau org melayu nak murtad, mana mana dan bila bila pun boleh murtad.dekat kubur dan akhirat, sindrik tanggung.

 what we should focus on is for Malays to learn and understand Islam better.Jgn bekobar kobar tapi basic fardu ain n methodology of agama pun tak tau.tgk Kat UK, ramai omputih masuk Islam, takyah nak peraturan bagai sbb diorang Baca Quran dan faham from page to page.

berapa ramai org melayu yg dah Baca tafsir Quran sampai habis.kalau dah Baca, confirm kau tak bising sana sini pasal perkauman la, org nk murtad la DLL Becoz ko punya internal tu kuat.org melayu Islam yg patut tunjuk contoh baik pada non Muslim.bukan create animosity mcm umno buat. Jgn excited Sgt la dgn statement nurul izzah tu.baik ko balik semak iman kau, bini dan anak anak ko on SAJE NAK TANYA - TAKUT SILAP SILAP TERMURTAD
Anonymous
on 11/12/12

 TIDAK ADA PAKSAAN UNTUK MASUK SYURGA
Salam semua, Pilihan & Paksaan. Allah sendiri tidak 'memaksa' kita masuk 'syurga'. Itulah sebabnya Dia sediakan 'neraka'. Kedua2nya adalah pilihan yg dianugerah oleh Yang Maha Pemurah. Lagipun tiada apa juapun yg boleh mengingkari kudrat & iradat Yang Maha Berkuasa.
 
Samada kita memilih 'syurga' atau 'neraka', adalah tertakluk dgn keizinanNya jua. Seangkuh2 makhluk tiada yg lebih angkuh dari mereka yg mengaku 'pejuang' Allah atau pejuang Islam kerana yg Maha Berkuasa tidak memerlukan pertolongan drp apajua sekalipun.

 Jadi kpd Zul Taliban, Hasan Jaki, Ibrahim & Nasha Jonggang dan pemuja2 mereka yg. seangkatan dgnnya perlu ingat bahawa - Allah SWT tidak perlu kamu berjuang untukNya, hanya berjuang demi menegakkan "Amal Makruf, Nahi Mungkar'. ~ Amin2 Ya Rabbil Alamin. on MAT BISUL BUAT LAWAK UNTUK BODEK DAPAT JADI CALON






DEMO TELAH MENJADI BUDAYA POLITIK





KOMENTAR TUKAR TIUB
berhimpun
berdemo 
berarak di jalan raya
telah menjadi budaya politik malaysia
hak untuk berdemo ini adalah kah asasi
tidak boleh dijual beli

sesiapa saja
parti apa saja
kumpulamn mana pun
berhak untuk  berdemo dan menunjuk kekuatan



PROGRAM HIMPUN 1,000 NGO DI PWTC – berita hairan
 
Kuala Lumpur: Himpunan Barisan satu Malaysia yang bakal disertai 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai latar belakang dan kaum akan diadakan Sabtu depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pengerusi Sekretariat himpunan itu,  Ahmad Maslan, berkata program julung kali itu bagi merapatkan hubungan antara NGO, selain berkongsi pandangan terhadap dasar pembangunan negara.

Katanya, maklum balas diperoleh dari 5,000 wakil NGO terbabit akan diserahkan kepada agensi kerajaan berkaitan bagi tujuan penambahbaikan untuk manfaat rakyat keseluruhannya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...TAK SANGKA SANGA GEROMBOLAN ADA 1000 NGO.... kayh kah kah...

kah kah kah... SYABAS.. BAGUS... kah kah kah..

woit...INI BERI PETANDA BAIK.....kah kah kah..

kah kah kah... PERTANDA BAIK UNTUK PERHIMPUNAN SEJUTA RAKYAT...kah kah kah..

woit.... GEROMBOLAN BUAT 1000.... KITA BUAT SATU JUTA.... kah kah kah..

kah kah kah...INI BARU DEMOKRASI.... kah kah kah....

NOTA:
anak muda
mahasiswa pelajar
sila  lihat jadual
sila lihat waktu
12 januari adalah sejarah anak muda





SAJE NAK TANYA - TAKUT SILAP SILAP TERMURTAD





KOMENTAR TUKAR TIUB

hanya satu soalan kepada
ngo melayu islam:

apakah hukumnya orang islam
memiliki kilang buat arak?

NOTA:
ada soalan tambahan
bila video murtad hasan ali nak tanyang?
lama sangat ditunggu
hingga ramai jadi murtad

 

LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP NURUL IZZAH – meloya

BAGAN SERAI 11 Nov. - Pelbagai pihak terus membuat laporan polis mengecam kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu baru-baru ini.

Di Perak, empat laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini semalam mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan Nurul Izzah yang didakwa boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Laporan polis itu dibuat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai, Ketua-ketua cawangan UMNO sekitar Kerian dan pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Parlimen Bagan Serai.