Khamis, 3 Disember 2009

TUKAR TIUB MALAM INI DI ASTRO AWANI - 501 - LEVIS



EMIGRASI RAKYAT MALAYSIA


MALAM INI DI ASTRO AWANI


tukar tiub akan muncul malam ini

jangan lupa jam 9.30 malam

siapa yang satu lagi ahli panel -

gua pun tak tahu - kah kah kah




MARI KITA BERSAMA MEMAHAMI APA DIA SISTEM DUA PARTI




WALAU PUN TULISAN ARAB - IANYA MASIH MILIK MUSUH UMAT MANUSIA




PEPSI DAN COKE – ADIDAS DAN PUMA

Pada tahun 2009 ini wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan berita tentang kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Malah huh hah huh hah tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada yang menyeringai gembira seperti di malam pertama bedua-duaan di bilik bersama kekasih bila mendengar kemungkinan ini.

Sistem dua parti ini adalah satu penipuan. Satu illusi yang dirancang oleh kaum pemodal. Satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengkaburi mata orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.

Lalu saya bertanya adakah sesiapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke? Adakah sesiapa yang dapat membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya - pemilik saham Pepsi adalah juga pemilik saham Coke. Hakikatnya - Puma dan Adidas adalah dua beradik yang membuka peniagaan yang sama – satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya mengamalkan sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan. Yang membezakan hanya ejaan nama yang bermula dengan A dan P.

Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan bukan saekar kebun getah atau sebuah Kancil. Yang mereka pertahankan ialah sistem ekonomi kapitalis yang selama 150 tahun ini telah mengembongkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan mereka senang lenang dan kaya raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit.

Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia dalam dunia hari ini sebenarnya adalah kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk memastikan parti apa yang naik and parti apa yang turun. Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus dalam sistem kapitalis ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di parlimen untuk mengubal undang-udang dan memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.

Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di parlimen TIDAK akan dan TIDAK pernah menyebelahi kepada kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja. Perhatikan cukai mukai yang di kenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan. Dalam masa yang sama mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai mukai. Kalau tidak percaya sila tunggu cukai baru : Cukai Barang dan Khidmat. Akan terlondeh seluar dalam Mak Minah dan akan tergadai Cupcai Pak Ali bila cukai ini sampai.

Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik : lihat apa yang terjadi kepada dasar kerajaan Pakatan Selangor yang melarang bangunan didirikan di lereng bukit. Ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa kebaikan dan keselamatan kepada warga. Lihat apa yang berlaku dibelakang tabir. Kaum pemodal – pemaju dan para kontrektor telah melobi. Akhirnya larangan ini ditarik kembali. Kenduri menarah bukit diteruskan kembali.

Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa. Laporan yang ingin diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini disimpai oleh Akta Rahsia. Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal – syarikat pemaju , kontrektor dan syarikat air - terselamat dan keuntungan mereka terjamin. Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan - jangan buat bising biarkan badan mereka dimakan cacing.

Ini bukan tohmah, propaganda atau berita putar yang saya ajukan kerana saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ini adalah hakikat dihadapan mata kita. Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat. Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut dan goncangkan kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana yang tohmah, mana yang putar alam dan apa dia kebenaran

Kaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini kaum pemodal di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang berlaku dalam negara ini. Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini membawa keuntungan yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan. Apa yang terjadi pada 8 March 2008 mengajar mereka untuk memahami bahawa warga dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak demokratik mereka.

Dengan arif dan dengan wang ringgit - kaum pemodal merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil sistem dua parti. Contoh sistem dua parti ini sedang kita lihat berjalan dengan lancar di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Di UK ada Parti Konservatif dan Parti Buruh. Di Amerika ada Parti Republican dan Parti Democrat.

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Madame Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Senior dari Republican di ganti oleh Bill Clinton dari Democrat. Kemudian Clinton di ganti oleh George Bush Junior yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Democrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan ini bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Inilah dia silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu. Kapitalisma tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan walau parti mana pun yang naik atau turun.

Justeru, perubahan antara Democrat ke Republican atau dari Konservatif ke Parti Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa perubahan yang hakiki telah berlaku. Tuan punya bank masih kaya raya. Tuan punya kilang masih memerah tenaga buruh murah. Para kontrektor masih membalon orang ramai. Cukai masih di tahap yang sama. Kaum pemodal terus melipatkan gandakan keuntungan.

Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan dari parti ini ke parti itu. Dari presiden yang ini ke presiden yang itu. Ini adalah helah kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem yang sedia ada.

Didalam kempen-kempen pilihan raya kita akan mendengar labon dan heboh heboh dari Mat Heboh yang ingin menjadi YB. Teliti dengan rapi : mereka semuanya berjanji untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari yang sedia ada.

Apa sebenranya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka berjanji akan menjalankan pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih. Ini ertinya mereka berjanji akan menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih kepada kaum pemodal. Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem ekonomi kapitalis ini.

Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa kemudaratan terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang mengajukan rukun iman : keuntungan maksima.

Rukun iman inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua hari ini. Keuntungan maksima yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa sahaja dilakukan asalkan ianya membawa untung. Balak dikeluarkan kerana ianya membawa untung. Pelacur datang dari China kerana ianya membawa untung. Hospital diswastakan kerana ianya membawa untung. Dadah diniagakan kerana ianya membawa untung.

Jika kita menyedari hakikat ini maka kita tahu bahawa sistem dua parti ini adalah kong kalikong. Tidak ada apa apa perubahan hakiki yang akan berlaku jika yang diajukan untuk dipilih hanyalah siapa yang lebih cekap mentabir sistem kapitalis.

Adakah Barisan Nasional lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat yang akan mentabir dengan baik sistem kapitalis ini? Jika ini yang dipersoalkan maka saya jamin kita semua kena tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka rancangkan.

Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti. Bukan siapa yang lebih cekap dan lebih amanah mentabirkan sistem kapitalis. Yang wajib menjadi rukun iman kita ialah menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksima. Yang menjadi rukun iman kita ialah kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi yang berasaskan kebajikan untuk umat manusia.

Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki jika kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan maksima. Apa yang wajib kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau berserban - ini tidak penting. Yang penting ialah mereka yang kita pilih akan berani bangun berjuang untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang berimankan kebajikan untuk manusia.

Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli kasut Adidas atau kasut Puma. Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih Coke Cola atau Pepsi Cola. Kita tidak mahu minuman itu. Kita mahu air advocado yang sehat untuk umat manusia.(TT)

nota: tulisan ini boleh diambil
untuk membuat kebaikan





LAGI KES BAWA LARI DUIT



MAK DATIN MISTERI YANG BAWA DUIT LARI KE LUAR NEGARA




TIAN CHUA DAKWA ADA BUKTI - berita hairan

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa mempunyai bukti sahih berhubung pembabitan isteri kepada seorang menteri kanan dan seorang tokoh korporat berpangkat Tan Sri yang mengirim dana keluar negara secara tidak sah.

Ahli Parlimen pembangkang itu mendakwa, pada Mac tahun lalu, isteri menteri itu mengirim dana sebanyak RM600,000 ke Dubai, manakala antara Jun hingga Ogos tahun lalu, tokoh korporat itu mengirim dana berjumlah RM22.2 juta ke United Kingdom.

Justeru, beliau menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyegerakan siasatan terhadap dua kes itu yang melanggar undang-undang perbankan negara mengikut Seksyen 30(1) (b) dan Seksyen 35 (b), Akta Pengurupan Wang 1998.


MORE CASH LAUNDRING ALLEGATION ,VVIP AND MINISTER'S WIFE IMPLICATED
- malaysian insider

APA KHABAR PERWAJA?

APA KHABAR MAK DATIN?

BISNESS DI DUBAI APA CERITA ?

BERITA SEDIH DI DUBAI MACAM MANA?

KAH KAH KAH

PKR leader Tian Chua claimed today he has evidence that a former minister and a spouse of a current Cabinet member had made illegal overseas cash transactions.

The first case had allegedly occurred between June and August 2008, when a “Tan Sri” who is a former minister transferred 3.5 million pounds sterling (RM22.2 million) to the United Kingdom.

The second was in March 2008, involving a wife of a senior minister, he claimed today in Parliament.

She had allegedly transferred funds amounting to RM600,000 to Dubai, claimed Chua, who is MP for Batu and also his party’s strategic director.

Chua, however, did not disclose their names or provide evidence to support his claims but said that he would do so should Bank Negara fail to investigate his allegations

KAH KAH KAH

kah kah kah... PATUTLAH DUIT NEGARA HABIS...kah kah kah




PASAL APA AYAH DINO HEBOH ?




YANG INI TERUS TAKUT NAK HEBOH - KECUT PUNAI AYAH DINO




KENAPA YANG INI HEBOH?



KENAPA INI TAK HEBOH ?



INI DULU LANGSUNG TAK BERANI HEBOH



YANG INI TAK HEBOH PULAK


INI TAK HEBOH





PARTI INDIA KESAYANGAN NAJIB KANTOI




APA SUDAH JADI DENGAN MURUJIB WIRA MAKKAL SAKTI?





INDIAN PARTY IN DISARRAY AS REBEL DEMAND LEADER TO QUIT
– malaysian insider

Launched just two months ago by Najib Razak, the Makkal Sakti party, one of a host of disparate political parties formed from what remained of the Hindraf movement, is now in turmoil with a majority of its leaders calling for its president R S Thanenthiran to quit with immediate effect.

The group of dissidents, led by deputy president A Vathemurthy is claiming the backing of more than 15 out of the 27 central committee members.

“We want Thanenthiran to relinquish the presidency. A motion to remove him was supposed to have been discussed today but the central committee meeting was cancelled at the last minute,” said Vathemurthy at a press conference here.

KAH KAH KAH

woit… TAK SAMPAI DUA BULAN DAH PANCET…kah kah kah..

kah kah kah… INI MESTI BEREBUT REBUT NAK BANTU ORANG MISKIN..kah kah kah..

kah kah kah… SAMPAI TAK ADA INDIA MISKIN LAGI YANG NAK DI TOLONG…. kah kah kah..

woit… ATAU BEREBUT FULUS YANG SUDAH MULA DI TABUR…kah kah kah..

kah kah kah…TAK KAN ANEEE INI DAPAT TODI MASAM…kah kah kah..

kah kah kah… YANG LAIN DAPAT BLACK LABEL…. kah kah kah…

kah kah kah… MESTI LAAA MEMBER BENGANG…kah kah kah..

woit… MANA MAT MONGOL NAK SURUK MUKA….kah kah kah..

woit…JAGA LAAA SIKT WATER FACE….kah kah kah..

Ciiiiit … BIKIN MALU….POOOORAAAAH… kah kah kah…




LAWAN RAJA GOPAL



COP MOHOR RAJA GOPAL




COP KETUA UMNO BAHAGIAN UNTUK DAPATKAN PROJEK
– harakah daily

Parlimen hari ini 'kecoh' apabila diberitahu bahawa terdapat surat pekeliling arahan untuk mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untuk kontraktor mendapatkan projek.

Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam soalan tambahannya kepada Kementerian Kewangan berhubung projek-projek untuk kontraktor kelas A sehingga F.

"Saya dapat tahu ada perjumpaan seorang menteri kabinet yang mengarahkan supaya projek-projek tidak disalurkan kepada penyokong Pakatan Rakyat.

"Malah ada surat pekeliling mengarahkan kontraktor mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untukmendapatkan projek," katanya yang mengundang rasa tidak senang beberapa ahli parlimen BN.

Beberapa ahli parlimen cuba mengganggu Mahfuz seraya menjawab dan melaungkan "Biasalah kroni."

KAH KAH KAH..

woit…. INI SUDAH LEBIH… kah kah kah…

kah kah kah… INI SUDAH LEBIH HEBAT DARI COP MOHOR RAJA GOPAL…kah kah kah..

kah kah kah… INI YANG BUAT RAJA GOPAL NAIK ANGIN?.... kah kah kah…

woit…NANTI NAK UMUM BULAN PUASA KENA MINTA COP MOHOR RAJA GEROMBOLA KE?.... kah kah kah



BARU SEKARANG SEDAR



REMAN KONTREKTOR CUAI
-melayau

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang mengkaji bagi meminda akta-akta berkaitan pembinaan di negara ini untuk membolehkan kontraktor yang cuai sehingga mengorbankan nyawa ditahan reman.

Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor berkata, tahanan reman itu sama seperti yang dikenakan terhadap pemandu bas mengakibatkan kemalangan maut.

Katanya, langkah itu akan memberi peringatan kepada kontraktor supaya lebih bertanggungjawab ketika membina bangunan jika tidak mahu ditahan pihak berkuasa.

‘‘Saya telah meminta CIDB melihat semula akta-akta sedia ada bagi membolehkan kita menahan pihak yang bertanggungjawab membina sesuatu struktur seperti kontraktor atau pengurus projek untuk disoal siasat.

‘‘Akta sedia ada tidak membolehkan mereka ditahan reman, jadi kita akan perhalusi perkara ini bagi menunjukkan kerajaan serius bagi memastikan kontraktor termasuk yang terlibat dalam kes jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Perak, bertanggungjawab terhadap apa yang mereka bina,” katanya

KAH KAH KAH…

kah kah kah…DAH BERGELEMPANG MAYAT BARU SEDAR…kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN REMAN… REMAN NAK BUAT APA?.... kah kah kah..

woit….TANGKAP DAN BUAT TUDUHAN MEMBUNUH…kah kah kah..

woit… TAK KAN TAK BOLEH… kah kah kah…

kah kah kah… TAK ADA BUKTI KE?... kah kah kah…

woit…. LIHAT BILIK MAYAT… KALAU NAK BUKTI….kah kah kah…