Isnin, 12 Februari 2024

ZAKAR SHI TIBAI RAJA FORMULA


ZAKAR SHI TIBAI

RAJA FORMULA

KHALAS

MAIN MERCUN RUMAH TERBAKAR


MAIN MERCUN

RUMAH TERBAKAR

KHALAS

PARLIMEN PUNCA KUASA




Berlaku adil pada Kelantan yang mahu tegakkan syiar Islam – Hassan

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu bersikap adil kepada Kerajaan Pas Kelatan dan rakyat negeri itu yang mahu menegakkan syiar Islam ditegakkan ketika melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu bukan conscience  atau isu hati nurani tetapi berkaitan keperlembagaan.

Beliau yang berpandangan berdasarkan perspektif di luar skop undang-undang berkata, kes ini perlu mengambil kira soal politik, sejarah dan budaya negeri Kelantan.

Hassan yang juga seorang peguam berkata, Kerajaan Pas di Kelantan telah memerintah negeri tersebut secara berterusan sejak Pilihan Raya Umum tahun 1990 hingga sekarang iaitu selama 33 tahun.

Enakmen Kod Jenayah Syariah Kelantan 2019 adalah enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan menjadi undang-undang apabila diperkenankan oleh Sultan Kelantan dan digazetkan dalam Warta Kerajaan Kelantan.

Namun enakmen tersebut terbatal dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Menurut Hassan, beliau percaya ahli-ahli DUN Kelantan yang majoritinya dari Pas sedar rang undang-undang enakmen yang diluluskan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya percaya mereka sedar kerana Kerajaan Negeri Kelantan bukanlah semberono dan membabi buta sengaja mahu membentangkan enakmen tersebut.

“Kerajaan Pas Kelantan bukan sebuah kerajaan armature yang baru memerintah negeri sekadar setahun dua. Di belakang Kerajaan Negeri Kelantan terdapat Penasihat Undang-undang yang amat mahir dan faham hal Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi apabila Menteri Besar Kelantan, ADUN-ADUN Pas dan Penasihat Undang-Undang Kelantan tahu risiko dan kemungkinan Enakmen Kod Jenayah Syariah tersebut dicabar di mahkamah dan dibatalkan seperti apa yang berlaku sekarang, mengapa mereka tetap bertegas untuk meneruskan penggubalan enakmen tersebut?

“Pada pandangan saya, jawapannya ialah tiga faktor yang saya sebut sebelum ini iaitu faktor politik, sejarah dan budaya rakyat Kelantan yang ada perbezaannya dengan kebanyakan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, Kelantan adalah sebuah negeri berdaulat dalam sebuah Persekutuan dan rakyatnya lebih 90% Melayu dan beragama Islam.

Rakyat Kelantan sudah lebih 33 tahun memilih Pas sebuah Parti Islam yang membawa agenda untuk memertabatkan undang-undang Syariah Islam di negeri itu.

“Rakyat memilih Pas di Kelantan melalui peti undi pilihan raya, bukannya secara ugut dan paksa. Pas memerintah di negeri Kelantan melalui pilihan raya yang demokratik mengikut lunas-lunas demokrasi, bukannya melalui kekerasan.

“Jadi Enakmen Kod Jenayah Syariah Kelantan 2019 adalah manifestasi yang asasi kehendak majoriti rakyat Kelantan yang telah memilih Kerajaan Islam pimpinan Islam Pas dalam lapan pilihan raya umum berturut-turut (tahun 1990, 1995, 1999, 2004, 2008. 2013, 2018 dan 2022).

“Apabila kita berbicara soal menang dan kalah, soal majoriti dan minoriti, maka ada faedahnya jika kita merenung kata-kata Mahatma Gandhi: In matters of conscience, the law of the majority has no place.

“Perkara ini tidak boleh diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tetapi perlu diserahkan kepada Mahkamah Keadilan Rakyat. Dalam hal ini perkataan conscience yang disebut oleh Mahatma Gandi itu adalah relevan,” ujar beliau. – 

PARLIMEN ADALAH

PUNCA KUASA

AMIN

CONSCIENCE

MEMANG BETUL

TAPI PARLIMEN

& PERLEMBAGAAN

TERUS TETAP

JADI RUJUKAN

NEGARA

AMIN

KHALAS

PENCERAHAN DALAM BAHASA MUDAH



IKIM seru dapat fakta tepat kes Nik Elin Zurina

KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyeru supaya semua pihak mendapatkan fakta yang benar dan tepat mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Satu Lagi Lawan Kerajaan Negeri Kelantan dengan majoriti 8-1 pada 9 Februari lalu.

Justeru Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya  Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, pihaknya akan menggerakkan beberapa inisiatif dan gerak kerja susulan kes itu antaranya mengadakan Persidangan Meja Bulat atau Muzakarah Pakar bagi menyampaikan maklumat perundangan betul melalui program radio dan penulisan serta hebahan media melalui berita dan media sosial.

“Untuk pengetahuan, sebuah Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam telah ditubuhkan pada Disember 2023 yang berperanan melihat dan memperhalusi semua perkara melibatkan pertindihan antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil.

“IKIM juga berbesar hati untuk terlibat sebagai anggota dalam sebarang jawatankuasa yang berkaitan dan memberi input kepada Jawatankuasa Khas sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azam menjelaskan, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat juga telah menegaskan isu dalam kes ini bukanlah tentang kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di Malaysia.

Tetapi kata beliau, berkenaan sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan-peruntukan tersebut mengikut batasan yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.

“Hukuman Sivil dan Syariah di Malaysia adalah berbentuk takzir yang mana hukuman bagi kesalahan diadakan oleh pemerintah justeru, tidak wujud cabaran terhadap undang-undang Islam di Mahkamah Syariah.

“Fakta dalam isu kes ini adalah berkaitan kuasa Badan Perundangan Negeri Kelantan
untuk menggubal atau membuat beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun
Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

“Dalam 20 peruntukan yang dicabar yang kemudiannya menjadi 18, hanya 16 peruntukan yang diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah iaitu seksyen 11, 14, 16, 17, 31, 34, 36, 37(1)(b), 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 47 dan 48 Enakmen tersebut,” katanya. –  



PERLU FAKTA

PENCERAHAN

DALAM BAHASA

MUDAH

AMIN

BUKAN GUNA

 BAHASA PEGUAM

AMIN

KELUARGA MALAYSIA


INI NAMANYA

KELUARGA

 MALAYSIA

AMIN

LOTERI DAN NIKMATNYA


BELI LOTERI

LU DAPAT NIKMAT

MENUNGGU

AMIN


zaffar commented on 
"BERITA PALSU"

Yang dihormati Tan Sri Hishamudin Rais, den boli toto, magnum dah 30 tahun lobih... Tak jugak kayo. Kono starter jo sekali rm200... Modal dah beribu ribu...
HAMPEHHHHHH


Unknown commented on
 "BERITA PALSU"

Bro lu tau TOTO tu apa? TOTO tu Tipu Orang Tak ada Otak, lu fikir lah sebab apa gua kata macam tu


KENA;I KELUARGA NAZAR


KENALI KELUARGA

NAZAR MUHAMAD

AMIN

JANGAN JAGA TEPI KAIAN ORANG


JANGAN JAGA

TEPI KAIN ORANG 

JANGAN KACAU 

BINI ORANG

KHALAS




Unknown commented on 
"WAL JUBURI ATAU AL- JUBURI"

Siapa penjaga moral rakyat Malaysia? Siapa layak jadi penjaga moral? Hadi Awang? Anwar Ibrahim? Mahathir Mohamad? Daim Zainuddin? Siapa adakah imam besar? Kah kah hidup ini singkat sangat, jaga diri sendiri sudah, tak payah sibuk sibuk sangat bab orang lain, masalah kita ini suka jaga tepi kain orang tetapi sendiri pun lupa pakai seluar dalam, yang bising kuat lagi hebat belakang tirai cuma tak keluar tak bocor lagi itu saja, antara manusia terbaik akan diam diam jaga moral sendiri dahulu tanpa meneroka orang lain, 

dia buat dia punya pasal nak main lubang depan main lubang belakang asal ada kerjasama dua pihak kah kah kah pergi perbetulkan diri dahulu masalah tak selesai pun asyik berkocak kocak hebat dalam media, siang malam berkocak tetapi belakang makan limau mandarin percuma setiap hari woit

KONSTRUK BARU


INI JUGA

KONSTRUK BARU

AMIN

DALAM ISLAM

TAK ADA RAJA

KHALAS

Unknown commented on
 "NIK ELIN - BUKAN MUDAH
 NAK MENEGAK KEBENARAN"

undang-undang islam dibawah raja dan negeri... adakah mahkamah dah salah bagi hukum ? apakah tandanya ini ?

KENAPA YB ADA PENCEN ?


KENAPA YB

ADA PENCEN ?

AMIN

NIK ELIN - BUKAN MUDAH NAK MENEGAK KEBENARAN


Ugut: Polis terima 3 laporan daripada Nik Elin Zurina

KUALA LUMPUR – Polis menerima tiga laporan daripada peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang mendakwa menerima ugutan melalui laman media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Allaudeen Abdul Majid berkata, ugutan itu diterima Nik Elin berikutan tindakannya memfailkan petisyen untuk memohon deklarasi daripada Mahkamah Persekutuan bahawa 18 seksyen dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan adalah tidak berperlembagaan kerana kesemuanya telah digubal dalam undang-undang Persekutuan.

“Tiga laporan polis itu telah dibuka kertas siasatan dan telah dijalankan siasatan serta diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai sembilan anggota, selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman, bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Menurut Allaudeen, kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar, kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Satu kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan lanjut manakala dua lagi kertas siasatan masih berada dalam siasatan polis.

“Dalam perkara berkaitan, polis telah memohon bantuan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenalpasti pemilik akaun media sosial yang terlibat (menghantar ugutan jenayah),” ujarnya.

Berikutan itu, Allaudeen menasihati orang awam supaya tidak mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan di media sosial yang mana tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun dan Seksyen 233 AKMM 1998 memperuntukan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. – 

KES INI TIDAK

DI TERANGKAN

DENGAN TUNTAS

AMIN

KES INI 

BUKAN LAWAN

AGAMA TAPI

UNDANG UNDANG

JENAYAH HANYA

BOLEH DI LULUS

OLEH PARLIEMN

AMIN

KHALAS

ISRAEL NAK HAMCURKAN HEZBULLAH


ISRAEL NAK

 HANCURKAN

 HEZBULLAH

 AMIN

HARI RAYA MAIN MERCUN ?




Kebakaran Flat

 Sri Sabah tiada

 unsur jenayah
KUALA LUMPUR – Tiada sebarang unsur jenayah dikesan setakat ini dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya lima unit rumah di tingkat 17 Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, keadaan di kawasan kejadian masih terkawal dan kerja-kerja siasatan sedang dijalankan oleh pasukan polis di lokasi.

“Buat masa ini, kita belum dapat memastikan punca kejadian kebakaran ini dan maklumat awal yang diperoleh adalah tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut kami akan maklumkan sekiranya menerima maklumat daripada pihak bomba (siasatan kebakaran),” katanya kepada pemberita selepas di lokasi kejadian tersebut.

Tambah Zam Halim, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah mengerahkan seramai 50 pegawai dan anggota bagi mengawal keadaan dan membantu siasatan kes kebakaran di lokasi kejadian itu.

Menurutnya, pasukan polis juga akan mengenalpasti kawasan pemindahan sementara, yang mana di sana juga akan ada kawalan daripada anggota.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran di Flat Perumahan awam itu kira-kira jam 9.19 malam tadi.

TERIMA KASIH

ABANG BOMBA

AMIN

APAKAH INI KES 

MAIN BERCUN?

AMIN

JANGAN NANTI ADA

RANCANGAN NAK

DIRIKAN KONDO

AMIN

KHALAS

FLET SRI SABAH TERBAKAR


ADA PROJEK

NAK BUAT 

KONDO KE?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS


WAL JUBURI ATAU AL- JUBURI


WAL JUBURI

ATAU

AL - JUBURI

AMIN

Unknown commented on 
"BUDAYA BODEK CIUM TANGAN"

tapi bila yang kena pengang telor melawan.. apa jadi ? dia dihina difitnah.. sebab tu lebih ramai yang sanggup dipengang telornya dan ditoron buntutnya dari melawan. khalas. reforjubor... kah kah kah

Unknown commented on
 "KITA SEMUA SAUDARA"

Sabda Al Juburi wahai Malaysia

Sekarang dah bole berjubo...

Berjubo lah sesuka hati kamu...

Al Jub No Hal punya

Kau Tim dng Anak pempuan Elin

AMIN

KHALAS

BAYI TAKDA SUSU ISAP KURMA


BAYI

ISAP KURMA

TAKDA SUSU

KHALAS

Unknown commented on 
"UMUR ENAM TAHUN
 DIBUNUH ZIONIS"

Sekarang di Palestine.... 30 tahun lagi Dari sekarang akan berlaku di Malaysia

Seorang ibu warga Palestin terpaksa memberikan bayinya menghisap kurma gara-gara kesukaran mendapatkan bekalan susu selepas serangan berterusan oleh Zionis Israel.

Video bayi menghisap kurma tersebut dikongsikan seorang wartawan di Palestin, Hani Aburezeq pada Instagram hari ini sekali gus mendapat perhatian daripada penduduk seluruh negara.

BERITA PALSU


BERITA PALSU

SENIN 12 FEBUARI 2024
HARI INI CUTI  LAGI
CUTI SAMBUTAN TAHUN BARU CHINA

KELMARIN GUA TERPERANGKAP
DENGAN BERITA PALSU
TENTANG MATI AKIBAT CIUM
MINYAK WANGI

GUA MINTA MAAF
GUA INGAT NAK BUAT BAIK
RUPA RUPA NYA
LAIN  JADINYA

APA TUJUAN SEBAR
BERITA PALSU INI
GUA PUN TAK FAHAM
TAPI INILAH KEADAAN KITA
SEKARANG BERITA PALSU
SCAM TIPU MELALUI INTERNET
MAKIN MENJADI JADI

ADA SAJE BERITA SCAM
WARGA HILANG PULUHAN RIBU
KENA SCAM

DENGAN WUJUDNYA INTERNET
BUDAYA SCAM
BUDAYA TIPU
AKAN TERUS BERSAMA KITA
IANYA MENJADI SEBAHAGIAN
DARI KEHIDUPAN HARIAN

HANYA SATU JALAN KELUAR
WASPADA 
WALAU KITA BERNIAT BAIK
AMIN

AMERIKA
PRESIDEN BIDEN TIDAK SETUJU
DENGAN RANCANGAN NETANYAHU
NAK BOM DAN SERANG RAFAH

PAKISTAN
RAKYAT TURUN KE JALAN RAYA
KERANA  PRU  MENIPU
KRISIS POLITIK DI PAKISATAN
TAK SUDAH SUDAH

AMERIKA
TRUMP  SEKALI LAGI
KOMEN NATO
KALI INI  TRUMP KATA
NEGARA TAK BAYAR
YURAN NATO
TIDAK AKAN DIBANTU
JIKA DISERNAG RUSIA

UKRAINE
JIKA BANTUAN SENJATA
TAK SAMPAI
JIKA GAGAL  MUNCULKAN
SOLDADU BARU
MAKA UKRAINE AKAN KALAH
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL BERJEREBU

SAEKOR MERBAH
MELINTAS SAMBIL BERSUARA
TERKUKUR DALAM SAWAH RUMPUT
MENDAYU DAYU
NUN JAUH GUA DENGAR
SUARA HOW WOW

PAGI INI DI JALAN PULANG
MURAI BERKICAU
MENJADIKAN PAGI INI 
INDAH

HARI INI AKAN PANAS
PANAS SAMPAI KE PETANG
APAKAH AKAN HUJAN ?
KITA TUNNGU
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
SAPA SAJA BOLEH 
BUAT BERITA PALSU
TAPI HANYA YANG BIJAK
AKAN MENGENAL NYA

BRO
PELUANG DATANG SEKALI
TAPI BERAHI TERUS DATANG
BERKALI KALI

BRO
MENCARUT PALING POPULAR
KETIKA DI JALAN RAYA
YANG TAK PERNAH MENCARUT PUN
AKAN BELAJAR MENCARUT

BRO
TAK GUNA KITA MENDEWASA
KALAU SEKALI SEKALA 
TAK BOLEH JADI BUDAK BUDAK

BRO
LU TAK AKAN MENANG TOTO
KALAU LU TAK BELI
TIKET TOTO
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI