AWAS
WASPADA
Polis buru lelaki sembur cat hitam di gereja Bukit Mertajam
SEBUAH gereja di Bukit Mertajam, Pulau Pinang iaitu Gereja St Anne menjadi mangsa khianat apabila beberapa patung telah diconteng menggunakan penyembur cat berwarna hitam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut berlaku pada petang semalam dan pengurus keselamatan gereja itu membuat laporan polis pada 7:06 petang.
“Pada jam 4:45 petang, seorang pekerja memaklumkan kepada pengadu bahawa seorang lelaki berbangsa India menyemburkan cat berwarna hitam ke atas beberapa patung dewa dan dewi di dalam dan luar gereja,” katanya.
Suspek bagaimanapun memarahi pengadu apabila ditanya tujuan dia berbuat begitu.
“Suspek kemudiannya meminta pen dan menulis beberapa ayat daripada Kitab Bible (Kitab suci penganut Kristian) di atas sekeping kertas yang dibawa olehnya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insight.
Nik Ros Azhan berkata suspek kemudian beredar dari gereja itu menaiki motosikal.
“Polis mendapati ada unsur khianat apabila patung dan lantai disembur dengan cat hitam
“Polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” tambahnya.
Seksyen 427 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tambahnya, anggaran kerugian mencecah RM200.
Setakat ini, polis sudah merakam percakapan pengadu dan saksi serta ke tempat kejadian untuk mengambil beberapa foto di situ.
Gereja St Anne merupakan antara gereja tertua di Malaysia yang siap dibina pada tahun 1800-an.
Ia juga merupakan salah satu lokasi pelancongan di Pulau Pinang. – 5 Disember, 2019.
WARGA WAJIB
BERHATI HATI
DAULAH
TERPENDAM
MERANCANG UTK
KACAU PAKATAN
INGAT
KEPALA BABI
DALAM MASJID
JLN KLNG LAMA
INGAT
CAT DISIMBAH
PADA MASJID
DAN SURAU
INGAT 3 BOM
MELETUP KETIKA
KEPUTUSAN
DIUMUM OLEH
MAHKAMAH
ANWAR DIDAPATI
BERSALAH
SAPA
PUNYA KERJA?
Apr 19, 2019 - Pintu kayu di bahagian hadapan Masjid Tengkera disimbah cat ... disyaki terlibat dengan perbuatan khianat menyimbah cat di pintu masjid itu.
Missing: SEMBAH
Apr 26, 2019 - MELAKA - Seorang penganggur berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melakukan khianat dengan cara ...
Missing: SEMBAH
Sep 17, 2019 - Lelaki simbah cat di masjid dan surau ditahan ... Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana khianat tempat ibadat yang ...
Missing: SEMBAH
------------