Rabu, 28 Ogos 2024

BERITA BERITA DARI MEDAN TEMPUR


BERITA BERITA

DARI MEDAN

TEMPUR

AMIN

WAJIB TONTON SEKALI LAGI


WAJIB TONTON

SEKALI LAGI

AMIN

ZAMAN MADEY AKTA HASUTAN DIGANTUNG


ZAMAN MADEY

AKTA HASUTAN

DIGANTUNG DARI

DIGUNAKAN

KHALAS

SAH PAS DIPELAWA MASUK KERAJAAN MADANON


SAH PAS

DIPELAWA MASUK

KERAJAAN

 MADANON

AMIN

PENCEN TAK ADA KWSP PUN TAK ADA



635 pengarah syarikat dilarang tinggalkan Malaysia kerana gagal carum KWSP

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyerahkan 635 nama pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen antara Januari hingga Jun untuk disenaraihitamkan daripada meninggalkan negara.

Secara keseluruhan, setakat Jun, KWSP mendapati 13,820 majikan (2.02%) daripada 685,399 yang berdaftar di bawah organisasi gagal membayar caruman pekerja mereka manakala 12,787 pengarah syarikat telah dilarang meninggalkan negara kerana caruman tidak dibayar, lapor New Straits Times.

Sebanyak 1,932 saman sivil difailkan antara Januari dan Jun, terhadap pengarah dengan 2,200 kes jenayah dibawa terhadap mereka yang ingkar caruman KWSP.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin menegaskan kegagalan membuat caruman adalah satu kesalahan serius dan majikan diwajibkan membayar mengikut Seksyen 43(1) Akta KWSP.

“KWSP tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang, termasuk tindakan sivil dan jenayah, bagi melindungi hak pekerja,” katanya.

Sazaliza memberi jaminan bahawa KWSP akan memastikan caruman tertunggak dibayar sepenuhnya melalui penguatkuasaan dan pemantauan yang ketat. – 28 Ogos, 2024.

WOIT

KES KERAJAAN

TIPU BURUH

AMIN

PENCEN TAKDA

KWSP PUN TAKDA

AMIN

PERKARA INI WAJIB

DIPERJUANG

OLEH

KESATUAN SEKERJA

AMIN

PARTI POLITIK

JADIKAN INI

ASAS KEMPEN

 AMIN

BUKAN HAL REMEH

 JAGA TELOO &

BURIT ORANG

AMIN

KHALAS

SCAM BARU DARI KILANG UBAT





33 kes disyaki mpox negatif, satu lagi tunggu pengesahan – KKM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 33 kes mpox atau cacar monyet yang disyaki di Malaysia setakat hari ini adalah negatif, kata Menteri Kesihatan,  Dr Dzulkefly Ahmad.

“Semua 33 kes disahkan negatif, 1 (baharu) tunggu pengesahan,” katanya dalam kenyataan di platform X, hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkoordinasi dengan perwakilan Malaysia di seluruh dunia.

“Ini bertujuan untuk hebahan maklumat kepada pengembara Malaysia supaya mematuhi garis panduan ditetapkan KKM,” menurut beliau.

Dzulkefly menambah, beliau akan mengeluarkan kenyataan akhbar (hari ini) mengenai langkah preemptif seterusnya untuk pertingkat kesiapsiagaan bagi menghadapi ancaman kes mpox terutama varian Clade 1b

“Buat masa ini, di luar Congo, terdapat satu kes masing-masing di Thailand, Sweden, Singapura (13 kes),” katanya.

Kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

Dari Disember 2023 hingga masa ini, tiada kes mpox.

Dalam pada itu, Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan berkata, jumlah itu dicatatkan bagi tahun lalu sehingga 27 Ogos.

Sejumlah 2.64 juta pengembara telah melalui saringan bagi gejala mpox di pintu masuk antarabangsa yang mana setakat ini tiada kes yang disyaki mpox sejak 16 Ogos hingga Selasa.

“Pengembara dari negara berisiko dinasihatkan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan.

“Sebagai persediaan awal, KKM telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi memaklumkan peranan masing-masing dalam aktiviti kawalan dan pencegahan jangkitan mpox,” jelas KKM lagi. – 


PROJEK

KILANG UBAT

AMIN

TAKUTKAN

ORANG RAMAI

KEMUDIAN PAKSA

NEGARA BELI UBAT

AMIN

PROJEK INI

AKAN KONTROL

UMAT MANUSIA

KHALAS

PRESIDEN KANG KONG DITANGKAP



Presiden MPN hadapi tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna peruntukan
SHAH ALAM – Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) dihadapkan di mahkamah sesyen di sini hari ini dengan tujuh pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan peruntukan sebanyak RM271,000.

Berdasarkan dua pertuduhan itu, Prof Emeritus  Dr Raduan Che Rose pada 14 Mac dan 3 April 2023 didakwa menyalahgunakan peruntukan MPN dengan meluluskan RM71,000 kepada Kefli Mahpol.

Selain itu, beliau yang juga Pengarah MPN Global Reach Sdn Bhd  turut didakwa dengan lima pertuduhan menyalahgunakan wang pendahuluan program UKMShape-MPN Global Reach Sdn Bhd sebanyak RM200,000 dan diberikan kepada individu yang sama.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di antara 5 hingga 15 April 2024.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Majlis UiTM itu mengaku tidak bersalah dengan semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Hakim, Datuk Anita Harun kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM40,000 kepada tertuduh, selain mengarahkannya melaporkan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali setiap bulan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin Hau menawarkan supaya mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM70,000 kepada tertuduh.

Namun, peguam yang mewakilinya,  Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memohon supaya jumlah ikat jamin yang dikurangkan.

Beliau memohon supaya mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan kerana reputasi dan imej Raduan yang juga merupakan Pengerusi Majlis Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kami minta sedikit pertimbangan harus diberikan kerana tidak ada sekelumit mengatakan tertuduh menerima faedah peribadi daripada wang transaksi berkenaan.

“Saya mohon mahkamah turut menilai reputasi yang ada pada tertuduh yang beliau ingin pertahankan, nilai yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit,” katanya kepada mahkamah.

Sementara itu, Raduan ketika merayu supaya jaminan terhadapnya dikurangkan berkata beliau  masih terkejut terhadap pertuduhan yang dihadapinya hari ini.

Dalam pada itu, Kefli di mahkamah yang sama turut berdepan tujuh pertuduhan bersuhabat dengan Raduan melakukan pecah amanah terhadap semua jumlah yang dikaitkan dengannya.

Hakim kemudian menetapkan jumlah ikat jamin RM40,000 terhadapnya.

Kefli juga diarahkan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya sekali sebulan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Sebutan dan pengurusan kes bagi Raduan dan Kefli adalah pada 23 Oktober 2024.-

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

SIASAT JUGA

DARI MANA

KANG KONG INI

DAPAT IJAZAH

KAH KAH KAH

IJAZAH BELI 

ATAU IJAZAH

INTERNET

KAH KAH KAH

DULU PERSATUAN

KANG KONG INI

ALAT SOKONG

 NAJIB

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

LUBANG BESAR DI KG KERINCHI


LUBANG BESAR

DI KG KERINCHI

AMIN

IKUT CARA JEBAT


IKUT CARA 

JEBAT

AMIN

 ADIL DISOKONG

ZALIM DIBELASAH

KHALAS

Unknown commented on
 "JEBAT SOSOK REVOLUSINER"

Wow baru sekarang nama Jebat jadi popular, dulu tak mahu nama Jebat tulah kata orang-orang tua, sekarang semakin popular semakin kerana baru sedar, kesedaran terlambat sangat apabila semua sudah diambil semua sudah disapu semua dikontrak kepada anak beranak, semua pihak miliki dipindahkan kepada kroni-kroni kah kah kah baru sedar tinggal hutang banyak saja woit kah kah kah

SIESTA MENUNGGU PETANG


SIESTA

MENUNGGU 

PETANG

CUACA PETANG MOLEK
MATAHARI BERSINAR
TIADK PANAS TIDAK REDUP

TAK TAK DAN EZI
TUNGGU MASA
UNTUK BERJALAN PETANG




BOM JANGAK SEDANG DIPASANG



BOM JANGKA

SEDANG

 DIPASANG

DIBANYAK TEMPAT

DI KUALA LUMPUR

AMIN






BAKAL PENGGANTI ZAHID HAMIDI ?


BAKAL PENGGANTI

ZAHID HAMIDI?

KHALAS

DAYAK PENAN BANGUN MELAWAN


Orang asal gesa hentikan pembalakan di Taman Damai Baram

SEKUMPULAN masyarakat Penan, yang mendakwa mata pencarian mereka terancam oleh operasi pembalakan yang berterusan di hulu lembangan Sungai Baram, hari ini menyerahkan petisyen dengan lebih 500 tandatangan kepada Timbalan Perdana Menteri Sarawak Awang Tengah Ali Hassan, menuntut aktiviti itu dihentikan serta-merta.

Salinan petisyen itu turut diserahkan kepada pengarah hutan Sarawak, Hamden Mohammad, dan Ramon Carrillo dari Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) pada pembukaan Persidangan Pemulihan Landskap Hutan Asia Pasifik selama tiga hari di Kuching.

Petisyen itu, kebanyakannya daripada penduduk kampung Penan yang tinggal di Taman Damai Baram seluas 283,500 hektar yang terletak di bahagian timur laut negeri itu berhampiran sempadan Sarawak–Kalimantan, termasuk tandatangan 44 suku kaum dari kampung Ba Data Bila yang terjejas secara langsung dengan pembinaan jalan balak.

Mereka berkata mereka bimbang tentang kesan negatif oleh jalan balak berhampiran dengan teras kawasan pemuliharaan masyarakat mereka.


Ia juga dikenali sebagai Kawasan Hutan Ulu Baram (UBFA), adalah satu usaha untuk melindungi kawasan hutan tulen terakhir Sarawak.

Bantahan itu diketuai oleh orang asli yang telah menetap di sana sejak turun-temurun - Penan, Kenyah, Saban dan Kelabit - yang menganggap kawasan itu tanah nenek moyang mereka.

Pada awal 2023, wakil masyarakat Penan, Kenyah dan Saban melancarkan Deklarasi UBFA.

Melalui dokumen ini, masyarakat menggariskan visi mereka untuk pembangunan tanpa kehilangan warisan, hutan dan budaya mereka kepada pembalakan.

Penyerahan petisyen itu adalah satu lagi tanda penentangan yang semakin meningkat oleh penduduk suku kaum di sana terhadap operasi pembalakan oleh Borneoland Timber Resources, menurut satu kenyataan oleh Keruan, sebuah kumpulan masyarakat sivil yang mewakili kaum Penan.

Keruan berkata bantahan itu “nampak semakin berkembang”.

Mereka berkata minggu lalu, 100 orang Penan dari Ulu Baram bertemu di penempatan Long Lamam untuk menghantar “mesej yang jelas” kepada syarikat pembalakan dan kerajaan negeri dalam bentuk Oro - mesej tradisional Penan.

Keruan berkata operasi Borneoland Timber Resources juga memecahbelahkan kaum Penan antara mereka yang menyokong pembalakan dan mereka yang menentangnya.

Mereka mengakui terdapat peningkatan ketegangan dalam Ba Data Bila antara mereka yang menyokong pembalakan dan mereka yang menentangnya.

Kumpulan pro pembalakan diketuai oleh ketua, yang dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat pembalakan.

Maria Nilson, seorang petani Ba Data Bila, berkata ketegangan menyemai benih ketakutan di taman itu.

Beliau adalah ahli delegasi yang menyerahkan petisyen kepada Awang Tengah.

“Tamatkan pembalakan dan kembalikan keamanan ke rumah dan hutan kami. Kami orang Penan telah menyokong projek UBFA kerana kami berharap akhirnya mendapat pembangunan tanpa memusnahkan hutan kami.

“Sekarang walaupun pengiktirafan rasmi projek itu, kebimbangan terburuk kami telah menjadi kenyataan,” katanya merujuk kepada analisis imej satelit yang dibuat minggu lalu yang mendedahkan bagaimana jalan balak di taman itu berkembang pesat.

Borneoland Timber Resources dikaitkan dengan hartawan kayu Hii King Chiong.

Keruan berkata baru-baru ini pertubuhan masyarakat sivil itu mendapati konsesi kayu itu, yang kini dikenali sebagai lesen T/9246, telah diperoleh Borneo Timber Resources daripada Samling.

Ia menyatakan bahawa walaupun semua lesen kayu mesti diperakui di bawah Pengurusan Hutan Lestari (SFM) mulai 2022, “tiada usaha untuk pensijilan diketahui sedang dijalankan untuk konsesi ini”.

Selain menumpukan usaha untuk melindungi tanah nenek moyang mereka daripada penebangan hutan dan pencerobohan oleh syarikat pembalakan, Keruan juga memainkan peranan penting dalam menggerakkan masyarakat Penan untuk membuat laporan polis, mengadakan sekatan, dan menggunakan imej satelit dan dron untuk mendokumenkan dan mencabar aktiviti pembalakan syarikat yang beroperasi di kawasan tempat tinggal mereka.

Selain itu, Keruan, bersama NGO lain, telah mengkritik kekurangan ketelusan dalam penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang berkaitan dengan aktiviti pembalakan, menekankan bahawa masyarakat sering kekurangan akses kepada maklumat penting.

Kekurangan ketelusan ini menyukarkan usaha untuk mempertanggungjawabkan syarikat pembalakan, menjadikan kerja Keruan dalam mendokumentasikan dan mencabar aktiviti ini lebih kritikal. – 27 Ogos, 2024.

HASUT SUSUN

 ATUR 

AMIN

BERI

PENCERAHAN

UNTUK BANGUN

MELAWAN

KHALAS

PROJEK TAKUTKAN ORANG RAMAI


Varian Mpox baharu berubah dengan pantas


LONDON: Varian Mpox baharu yang sedang merebak di Republik Demokratik Congo dikesan berubah lebih pantas dari jangkaan.

Menurut kumpulan saintis yang mengesahkan perkara itu selepas membuat kajian terhadap varian Mpox, penyakit terbabit lebih pantas berubah di kawasan yang kekurangan pakar dan peralatan untuk mengesan sifat virus itu.

"Ia bermakna masih banyak lagi yang belum kita dapat rungkaikan mengenai voris itu sendiri, sejauh mana ia serius dan cara penyebarannya, sekaligus menyukarkan proses tindak balas," menurut saintis mewakili Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, pakar penyakit berjangkit di Hospital Universiti Delta Niger di Nigeria yang mempengerusikan jawatankuasa kecemasan Mpox WHO, Dr Dimie Ogoina, pihaknya khuatir usaha dilakukan di Afrika hanya membuta tuli kerana masih tidak memahami sifat sebenar virus terbabit.

Jerman hantar makmal bergerak ke Congo bantu tangani virus mpox
Beliau berkata, mereka masih tidak mengenali virus itu dengan baik, sekaligus menyebabkan proses menangani masalah dari segi penyebaaran, keseriusan dan faktor risiko penyakit adalah sukar.

"Saya bimbang dengan fakta bahawa virus itu nampaknya bermutasi dan berupaya menghasilkan varian baharu.

"Clade IIb di Nigeria mengambil masa lima tahun atau lebih untuk berkembang, sekaligus mencetuskan wabak global 2022.

"Namun Clade Ib boleh melakukan perkara sama dalam tempoh tidak sampai setahun," katanya.

Sebelum ini, Mpox yang dikenali sebagai monkeypox, menjadi masalah kesihatan awam di beberapa bahagian di Afrika sejak 1970.

Penyebaran virus itu mendapat perhatian dunia selepas ia melonjak di beberapa negara pada 2022, sekaligus mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kecemasan kesihatan global.

Pengisytiharan kemudiannya ditamatkan 10 bulan kemudian.  

WHO sekali lagi mengisytiharkan kecemasan kesihatan terhadap varian baharu Mpox dikenali sebagai clade Ib yang merupakan mutasi dari clade I.

Ia sejenis Mpox yang disebarkan melalui sentuhan dengan haiwan yang dijangkiti dengan simptom jangkitan seperti selesema dan luka dipenuhi nanah, sekaligus mengancam nyawa.

Menurut WHO, Congo merekodkan lebih 18,000 kes yang disyaki clade I dan clade Ib Mpox dengan 615 kematian dilaporkan tahun ini.

Bulan lalu, terdapat 222 kes clade Ib yang disahkan di empat negara Afrika, selain satu kes masing-masing di Sweden dan Thailand membabitkan pesakit yang mempunyai sejarah perjalanan di Afrika.

Sementara itu, ahli epidemiologi Afrika Selatan dan pengerusi jawatankuasa penasihat Mpox Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Afrika, Dr Salim Abdool Karim, berkata versi bermutasi, clade Ib dan IIb, kini boleh dianggap sebagai penyakit seksual yang menular.

Beliau berkata, kebanyakan kes clade Ib yang bermutasi adalah dalam kalangan orang dewasa, bermula dengan wabak dalam kalangan pekerja seks wanita di South Kivu, Congo.  

"Virus ini juga boleh merebak melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti, kemungkinan menunjukkan bagaimana kanak-kanak dijangkiti dengan clade Ib, terutamanya di Burundi dan di kem penempatan di timur Congo," katanya. - REUTERS

SELAIN DARI

JUAL SENJATA

INDUSTRI JUAL

UBAT KEDUA

TERPENTING

UNTUK AMERIKA

AMIN

KHALAS

SATU LAGI KAWASAN TANAH MENDAP


SATU LAGI KAWASAN

TANAH MENDAP

AMIN

KAPALSELAM ALTANTUYA


KAPAL SELAM

ALTANTUYA

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "SELAMATKAN NEGARA INI"
Ni bukan kapal perang .. tapi kapal selam yg di bili oley Sang Mampadulong bersama Incik Bagindo & Al-Tantuya. Terbukti Submerin ni boley tenggelam apa. Maka Mampadulong dah boley kuar jil .. submerin dah boley nyelam ..

TAK KIRA SAPA -ASALKAN BUKAN AJEN ZIONIS


TAK KIRA SAPA

ASALKAN BUKAN

AJEN ZIONIS

AMIN

Unknown commented on
 "BUKAN SALAH
GUNA KUASA"

Salah atau betul tidak menjadi persoalan dalam usaha terus berkuasa, sekarang ini tak ada sosok yang terlebih baik, siapa calon perubahan? MB Terengganu? MB Kedah? MB Kelantan? Tak nampak cerdik cara cakap cara berhujah cara berucap masih tahap Ketua Kampung berceramah dengan anak buah saja? Peringkat antarabangsa peringkat Liga Arab boleh atau nak bawa penterjemah juga? 

Selalunya manusia mudah lupa diri apabila berada di tangga kuasa, jadi selalunya baik cermin diri dahulu bagi melihat kekuatan diri sendiri, kalau ada orang yang terbaik bagi tahu awal-awal ya kah kah kah kalau setakat Hadi Mahiaddin Hishamuddin Sabri baik lupakan hasrat kah kah kah kerana tunggangan hanya bangsa agama kaum amin

JALUR TEMBERANG


JALUR 

TEMBERANG

RABU 28 OGOS 2024
JALUR TEMBERANG
KAH KAH KAH
SAYA ULANG
JALUR TEMBERANG
KAH KAH KAH

TAHUN INI MAKIN JELAS
TAKDA SAPA  AMBIL POT
PASANG JALUR TEMBERANG
PADA KERETA  ATAU DEPAN RUMAH
KAH KAH KAH

MASANYA DAH TIBA
JALUR TEMBERANG WAJIB DIGANTI
SANG SAKA MERAH PUTIH
ADALAH PENGGANTI
JALUR TEMBERANG

TAHUN INI
KERAJAAN MADANON
CUBA HEBOHKAN JALUR TEMBERNAG
MINTA DIPASANG DIRUMAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

TAKDA SAPA AMBIL POT
LORI BAWA PASIR 
DULU GUNA JALUR TEMBERANG
UNTUK ELAK KENA PAU
MAT KAMPAU
TAHUN INI LORI PASIR PUN
TAK AMBIL POT
KAH KAH KAH
AMIN

UKRAINE 
KLIM BERJAYA MENAWAN
600 SOLDADU RUSIA
BILA BERTEMPUR
DALAM WILAYAH KURSK

AUSTRALIA
4 JADI MANGSA TIKAM
DI SYDNEY

UK
8 JADI MANGSA TIKAM
DI LONDON KETIKA
PESTA NOTINGHILL GATE
POLIS TANGKAP
230 ORANG UNTUK SIASAT

AMERIKA
TRUMP DAPAT DAKWAAN BARU
MAHKAMAH DAH BUANG KES INI
TAPI JABATAN KEADILAN AMERIKA
BUAT KES BARU ATAS TUDUHAN 
SAMA

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
KEMARIN UJAN
UDARA SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA ENAK DI PIPI
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BERAWAN PUTIH

DI PINTU MASUK
GUA DI SAMBUT OLEH JANTAN
KOKOK KUAT
TERLLAU DEKAT DENGAN GUA
KEMUDIAN SENYAP

SEKUMPULAN PIPIT MELINTAS
TIONG BERBORAK DI SANA SINI
TERKUKUR SENYAP

HARI INI AKAN PANAS
PETANG MUNGKIN HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI RABU

BRO
JAGA KESEHATAN
LU HANYA ADA SATU BADAN
JANGAN ROSAKKAN DENGAN
MAKANAN SEGERA
DAN ROKOK

BRO
LU JADI SOSOK BAHAGIA
BILA LU ENJOI
LIHAT TEMPAT YANG SAMA
BERULANG KALI

BRO
JANGAN SURUH KUCING LU
JAGA IKAN GORENG
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA