Khamis, 17 April 2014

MARI KETAWA BESAR






KAH KAH KAH

Islam tidak galak umatnya ucap ‘Rest in peace’, mati kufur tiada keampunan

Umat Islam tidak digalak untuk mengucapkan ucapan "Rest in peace (R.I.P)" kepada seseorang bukan Islam kerana ianya berunsur keagamaan yang diambil daripada Kristian, kata Majlis Fatwa Kebangsaan.
Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka; www.e-fatwa.gov.my, Majlis Fatwa Kebangsaan berkata umat Islam bagaimanapun dibolehkan untuk menyampaikan rasa simpati dan takziah mereka kepada keluarga penganut bukan Islam selagi ia tidak memberi implikasi keagamaan.
"Seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.



KAH KAH KAH

woit

dah online

dengan

tuhan


KAH KAH KAH


-----------

TULUS DAN IKHLAS





TIM TUKAR TIUB
bersama anak semua bangsa
bangsa semua agama
merasakan bersama 
kesedihan
tangisan dan remok rendam
hati nuraini
kaum keluarga, sahabat handai
dan rakan seperjuangan

al-fatihah
untuk pejuang hak rakyat



Anwar: Karpal sahabat, pejuang gigih keadilan »

anwar_karpal
KUALA LUMPUR 17 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mendiang Karpal Singh adalah seorang tokoh yang gigih…
Apr 17 2014 /  / Read More »

Karpal pejuang hak asasi, sentiasa pertahan Perlembagaan »

Karpal_Singh
KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat keluarga YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugur dan mantan Pengerusi Kebangsaan DAP yang telah…



ARWAH KARPAL
pasti bersetuju
dengan demo jalan raya

---------

CONTOH PEMIMPIN BERJIWA BESAR


Hadi ucap takziah kepada keluarga Karpal


KUALA LUMPUR 17 April - Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang maut dalam kemalangan di Gua Tempurung, Perak awal pagi ini.

Abdul Hadi berkata, mendiang Karpal seorang pejuang yang berani dan mempunyai keyakinan tinggi terhadap setiap perkara yang disuarakannya.

"Bagi pihak Pas, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mendiang Karpal. Mendiang adalah seorang bapa, rakan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak pernah berhenti daripada memperjuangkan keadilan serta menegakkan kedaulatan undang-undang," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan kepada portal rasmi parti itu, Harakahdaily hari ini.

Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori.





KOMENTAR


inilah contoh

pemimpin islam

yang berjiwa besar




--------

PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI







MALAM INI RADIO BANGSAR




Wawancara bersama Embun Karina (Buku Jalanan Seri Iskandar)




Radio Bangsar Utama bersama
"Embun Karina"
Jam 9:30 malam
Khamis 17 April 2014
Follow twitter @R_Bangsar_Utama
akan berbual mengenai "Buku Jalanan Perak"



MALAM ESOK 
DI UNIVERSITI BANGSAR UTAMA




TAYANGAN DOKUMENTARI AL-FATIHAH 

MEMALI
diskusi bersama pengarah - rahmat haron serta watak utama dan pembuat musik lagu shuhada memali amin iskandar



ANJURAN BERSAMA KELAB BANGSAR


UTAMA & KOMAS 8.30 MALAM. JUMAAT 18/4/2014 TEMPAT: KELAB BANGSAR UTAMA
SEMUA DIJEMPUT DATANG.


SABTU  IPOH PERAK




---------

JEMPUTAN UNTUK KETAWA





LAWAK BERDIRI 
bukan 
lawak bodoh

NOTA
tukar tiub
akan membuat lawak berdiri
dalam bahasa melayu
semua di jemput hadir
kalau tak lawak
lempang sekali
kah kah kah

------

SEKALI BACA DAH TAHU




Jangan halang hudud, DAP tak wujud di Kelantan'

8:15PM Apr 16


PERKASA mengkritik keras DAP dan PKR yang didakwa menghalang PAS daripada melaksanakan hudud di Kelantan.

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mengkritik keras DAP dan PKR yang didakwa berusaha menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Menjuruskan kritikannya kepada DAP, presiden PERKASA  Ibrahim Ali berkata, parti itu tiada hak campur tangan dalam pegangan akidah dan syariat Islam atau urusan kerajaan negeri,

“Hudud adalah syariat Islam dan hampir 95 peratus rakyat Kelantan adalah umat Islam. Manakala Hudud yang dicadang oleh kerajaan Kelantan adalah untuk orang Islam sahaja.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..KALAU BRAHIM ALI  SOKONG..kah kah kah..

kah kah kah.. MESTI INI TAK MOLEK... kah kah kah..

kah kah kah..MACAM BACA UTUSAN... kah kah..

 kah kah..KALAU UTUSAN SOKONG ITU ORANG JAHAT..kah kah...

kah kah kah..KALAU BRAHIM SOKONG... kah kah..

kah kah kah..MESTI PROJEK JAHAT..kah kah kah



----------

NAJIB DAN SEPUPU TIPU






52% KATA TIPU

Majoriti yakin Putrajaya tidak jujur terhadap rakyat isu MH370


SolidaritiAnak Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua mengambil serius dapatan dari kajian terbaru Merdeka Centre berkenaan isu kehilangan pesawat MH370.

Dalam respon kepada soalan sama ada responden menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat. Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Malah dapatan survey yang sama mendapati ekoran dari peristiwa MH370 lebih 45% rakyat mula hilang keyakinan terhadap Putrajaya. 

SAMM pada 4 April 2014, jam 9 pagi melalui kenyataan media telah dengan tegas menggesa Perdana Menteri, Najib Razak agar bercakap benar di depan rakyat. SAMM dan majoriti rakyat mula sedar kes kehilangan MH370 ini bukan kemalangan trajedi biasa sebaliknya satu kes rampasan pesawat melibatkan pertembungan kuasa besar dunia dan semua termasuk Malaysia menjadi mangsa. 

SAMM sedar Najib sedang tersepit dalam pertembungan kuasa besar. Najib sedang berusaha menyelamat keadaan sebaliknya dia tidak sedar dengan tidak bercakap benar kepada rakyat sendiri akan menyebabkan dia terus tersepit lebih teruk malah meletakkan negara lebih berisiko.

Najib dan para pengampu harus berhenti bersikap negatif dengan menyifatkan semua yang memberi pendapat bercanggah sedikit dengan skrip beliau dilihat sebagai tidak patriotik dan harus dihukum termasuk dibuang kerakyatan.

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?

Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. 

Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas".

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.

Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. 

Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

-----------

HUDUD SEBAGAI SENJATA





KUALA TERENGGANU 15 April - Pas tidak akan mempedulikan bantahan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebaliknya akan tetap mengemukakan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan...

KOTA BHARU 15 April - Kerajaan Pas Kelantan tidak akan tunduk dengan tentangan DAP terhadap usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk...




 KOMENTAR TUKAR TIUB
hudud  ini sedang dijadikan senjata
untuk memecahkan pakatan rakyat
ini projek pevak dan belah
united malays national organisation

di pakistan sesudah jeneral zia
merampas kuasa pada thgun 1977
hudud telah dijadikan senjata
untuk menghalalkan kuasa tentera
hasilnya hingga hari ini pakistan
adalah negara gagal

hudud tidak membantu
melahirakan negara berkebajikan di pakistan

di berunai hudud diperkenalkan
hudud ini bertujuan 
untuk mempertahankan kuasa sultan
hudud berunai tidak ada
sangkut paut dengan islam
jauh sekali dengan keadilan

dunia tahu di mana 
anak beranak  sultan berpoya-poya
hudud bernuai ini adalah
satu  tipu helah kaum feudal
untuk terus berkuasa

sultan berunai anak beranak 
tinggal dilondon
negara kafir yang tidak mengamalkan hudud
tetapi menjalankan negara berkebajikan


SEBELUM BERHUDUD
TUMBANGKAN 
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION 
----------

BERITA BAIK




KOMENTAR
tiap kali nak berhimpun
di dataran merdeka
ada saje songel

dataran merdeka nak cabut rumput
dataran merdeka nak tambah baja
dataran merdeka nak diperbaki
dataran merdeka longkang pecah

poooraaah

1 mei 2014
tetap
di dataran merdeka
atau
pilihan 1 dataran merdeka
pilihan 2 dataran merdeka
pilihan 3 dataran merdeka




Himpunan 1 Mei: Tian Chua & SUA PSM dipanggil polis

Mei_1_anti_GSTKUALA LUMPUR 16 APR: Ahli parlimen Batu, Tian Chua dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam dipanggil ke balai polis, dipercayai berhubung himpunan Hari Buruh 1 Mei depan.

Keadilandaily dimaklumkan dari Jawatankuasa Mei 1, kedua mereka diminta hadir ke IPD Dang Wangi jam 2.30 petang ini.

“Harap ianya (panggilan polis) adalah pandangan, bukan ancaman. Seluruh dunia menyambut Hari Buruh dengan himpunan dan protes,” kata Arutchelvam di Facebook.

GASAK SAMPAI TERBURAI

-----

TUKAR TIUB BREAKING NEWS



AL- FATIHAH

KARPAL SINGH KEMALANGAN

yb karpal singh telah terlibat
kemalangan kereta
di gua tempurong gopeng

cedera parah
dan telah meninggal dunia

kini mayatnya berada
di hopital kampar perak



----------