Jumaat, 21 Julai 2017

FORUM CULT - 2017





FORUM CULT

TAHUN 2017
SEMUA DIJEMPUT DATANG
 DENGAR & LAYAN
DAN
BUAT KEPUTUSAN







----------------

APA YANG TERSIRAT






LU FAHAM

ATAU TIDAK

APA TERSIRAT

DALAM

BERITA INI?




'Kesemua 191 ketua bahagian Umno sokong Najib'

Kesemua 191 ketua bahagian Umno seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan pentadbiran Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri, kata Setiausaha Agung Umno,  Tengku  Adnan Tengku Mansor.
Menurutnya, sokongan padu berkenaan dizahirkan oleh 191 ketua bahagian dalam pertemuan tertutup dengan perdana menteri di Seri Perdana di Putrajaya pada Rabu malam.
"Kesemua ketua bahagian Umno memberitahu perdana menteri bahawa mereka semua di belakang beliau demi agama, bangsa dan negara.
"Sokongan sedemikian adalah penting dalam memastikan parti adalah kuat dan kalis sebarang ancaman," katanya.
APA TERSIRAT

makna nya telah ada
beberpa bahagian yang
mula mempersoalkan najib

telah mula ada bahagian
yang bertanya hal 1MDB

telah ada rasa tak puas
hati terhadap pimpinan najib

telah ada bahagian merasa
kalau najib terus menjadi pm
nampaknya kapal gerombolan
akan karam

telah ada bahagian yang tunjuk
simpati kepada mahathir

semua ini tanda tanda bahaya
maka tengku fraud telah
buat kenyataan bahawa'
semua sokong najib
semua sokong rosmah

ada bahagian mula rasa
pengaruh mahathir makin kembang
lagi lama najib berkuasa
lagi ampoh sokongan mahathir

juag jangan lupa
telah ada bahagian tak puas hati
buat buat tak sokong najib
untuk dapat dedak
ini budaya gerombolan



--------------

SATU LAGI SANDIWARA








SPRM

PERLU BANYAK

SANDIWARA

PERLU BANYAK

PEMENTASAN

TEATER

FIC beli hotel di London: 2 ditahan SPRM

Seorang pengarah syarikat perunding pengurusan aset adalah seorang daripada dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung pembelian sebuah hotel di London.
Seorang lagi ialah ketua unit harta syarikat perkhidmatan pos. Tahanan itu masing-masing berusia 45 dan 36 tahun.
Kenyataan SPRM menyatakan kedua-dua tahanan itu ditahan kira-kira jam 1 petang tadi ketika hadir memberi keterangan berhubung pembelian aset oleh Felda Investment Coperation (FIC).
Kata SPRM, mereka diminta memberi keterangan mengenai pembeliau hotel empat bintang di Kensington antara 2013 dan 2015 lalu.
SANDIWARA

DIPENTAS

UNTUK TUTUP

KES NAJIB

CURI DUIT

KES 1MDB

KES RANTAI

KES CINCION

INTAN BERLIAN

ROSMAH

INI TUGAS 

SPRM

SEKARANG

KALAU TAK

NAPA KES

SRC BHD. 

TAK DIUSIK


----------

GARIS BARISAN BERSATU









MUSUH

KEPADA 

MUSUH KITA

IALAH

KAWAN KITA




Keinginan kepada perubahan menyatukan PH, kata Nurul Izzah


PEMBANGKANG perlu menjadi inklusif dalam usahanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sambil menambah pelantikan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang pemimpin utama membantu menyampaikan mesej mereka.

Beliau berkata, benteng kepada sebarang kemungkinan terjejasnya agenda Pakatan Harapan (PH) ialah pembaharuan ikrar yang menyatukan pengerusi, ketua umum dan keseluruhan struktur gabungan itu.

"Peringatan yang paling besar kepada rakyat Malaysia adalah bagaimana kerajaan kleptokrat ini berada di bawah pimpinan Najib Razak. Jadi, kita harus membuktikan janji kita sama seperti Dr Mahathir.

"Dia perlu membuktikan kata-kata dengan tindakan dan setakat ini saya sangat gembira kerana dia bekerja keras untuk meyakinkan ramai orang betapa perlunya untuk menggulingkan bukan sahaja Najib tetapi sistem itu," katanya ketika melawat PPR Kg Muhibbah di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu diminta memberi komen mengenai kesan pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi PH, berikutan kebimbangan pembangkang mungkin perlu menjawab skandal-skandal yang dikatakan dilakukan Dr Mahathir termasuk kerugian forex.

Dr Mahathir dan seteru lamanya Anwar Ibrahim berganding untuk menggulingkan Najib pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berkongsi tanggungjawab memimpin gabungan itu dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai presiden.

"Saya tidak perlu mengulas mengenai pelbagai pandangan, yang penting adalah apa yang menyatukan kami dan kami semua mempunyai pandangan egalitarian (memegang prinsip hak sama untuk semua) tentang bagaimana urusan dalam PH dibuat.

"Saya tidak berada dalam struktur teratas tetapi saya tidak mempunyai masalah atau tidak ada keraguan yang memastikan suara saya didengar dengan jelas terutamanya berkaitan dengan peringatan mengenai pembaharuan ikrar.

Beliau berkata kenyataan terbaru Dr Mahathir mengatakan tidak kisah digelar boneka merupakan cara yang baik untuk menutup mulut orang daripada bertanya soalan yang sama.

"Ini satu perkembangan penting, kami perlu sampaikan suara kami dan tidak penting siapa penyampai itu kerana yang paling utama adalah pembaharuan," katanya. –  21 Julai, 2017.


JANGAN LARI

DARI GARIS

BARISAN 

BERSATU

GARIS

UNITED FRONT 


FORUM 

Mahathir  

Agen Perubahan 

atau

Agen pemusnah 

Tarikh: Selasa 25 Julai 2017
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Dewan China KL

PANELIS

1- Isham Rais - NGI

2- YB Dr. Jeya - PSM

3- Mat Sabu - PAN

4- Haris Ibrahim 

Anjuran Kelab Bangsar Utama






--------------

FORUM WAJIB HADIR






FORUM 

Mahathir  

Agen Perubahan 

atau

Agen pemusnah 

Tarikh: Selasa 25 Julai 2017
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Dewan China KL

PANELIS

1- Isham Rais - NGI

2- YB Dr. Jeya - PSM

3- Mat Sabu - PAN

4- Haris Ibrahim

Anjuran Kelab Bangsar Utama






-------------

WA TAK TAKUT






WA X TAKUT

sapa kepung pon wa tak kisah, wa tak gentar, wa panglima bugis, setiakawan cina merah ada, cina masa depan gwa, gwa sudah kow tim sama cina merah, cina masa depan gwa, lu olang manyak dengki sama wa, wa baru kutip 8 tahun, wa tak cukup mau bagi makan badak, sekali badak makan habis harta gwa, kenapa lu olang tarak paham? 

WA ADA CINA

gwa kena jaga ahli parlimen gwa, wa kena jaga ketua bahagian wa, wa kena jaga ketua ketua jabatan wa, kena bagi dedak hari hari, kalau wa tak kutip kutip wa mau bagi dedak dari mana? kah kah kah 
on KEPONGAN SAMPAI LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/20/17






--------

LOGO HARAPAN - TALI GATUNG










BRO....
LU FAHAM

POLITIK 

ATAU TIDAK

LU INGAT

ROS AKAN 

LULUS LOGO

HARAPAN?

LOGO INI TALI

GANTUNG

UNTUK NAJIB









-----------------

PRU14 AKAN DIPERCEPAT





PRU DICEPAT


najib sudah terima laporan
dari sb 
dari penasehat
najib dah baca laporan berita
15 ribu di melaka
3 ribu di kota tinggi
puluan ribu kelmarin di tanjung
semua nak jumpa mahathir
ini bahaya

dulu mahathir maha zalim
sekarang mahathir  maha harapan

jika ombak maha harapan berterusan
jika ombak  berpanjangn
hari hari akhir saekor najib
akan sampai cepat

langkah ngo
langkah kerajaan selangor
langkah kerajaan pulau pinang
membawa SPR ke mahkamah
untuk gagalkan projek penipuan
untuk batal persempadan semula
untuk lambatkan pru14

najib sedang gelabah
najib beri arahan sana sini
najib beri arahan terutama pada SPR

SPR telah melakukan
yang terbaik untuk najib
senarai pengundi 1994 - 2003 
telah hilang dilupus

ini maknanya penipuan sedang berjalan
ini maknanya SPR sedang menipu
ini maknanya ramai pengundi sah
akan dihilang nama dari daftar
ini maknanya ramai 
pengundi hantu
akan masuk mengundi

ini maknanya PRU14 
akan dicepatkan
sebelum mahathir
sebelum maha harapan
dapat menyusun






-----------------