Selasa, 30 Oktober 2012

KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA



BERHIMPUN DI:
taman seremban jaya
( dekat tol senawang)

50 RIBU BERHIMPUN 
DI DATARAN SEREMBAN
MENUNTUIT 8 TUNTUTAN

50,000 - PRA – HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU INI – keadilan daily

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini.

“Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan,” kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.

“Warna-warna tersebut terdiri daripada merah, kuning, hijau dan oren,” jelasnya.
Beliau berkata, warna kuning mewakili Himpunan Bersih yang menuntut lapan perkara, manakala hijau berkaitan dengan alam sekitar yang membantah projek Lynas serta Pengerang.

“Warna merah mewakili tuntutan royalti rakyat Kelantan, manakala oren mewakili tuntutan peneroka Felda. Jadi terserah kepada peserta untuk memilih warna baju untuk dipakai pada himpunan itu nanti,” jelas Mat Sabu dipetik Harakah.

Tambahnya, himpunan itu adalah ekoran sikap kerajaan yang masih tidak melayan tuntutan lapan perkara pada Himpunan Bersih sebelum ini termasuk membersihkan senarai daftar pemilih.

“Kita lihat daftar pemilih masih tidak dibersihkan sepenuhnya, terdapat terlalu banyak nama pengundi meragukan, sebab itu kita mengambil keputusan mengadakan himpunan ini bagi mendesak kerajaan memenuhi tuntutan kita,” tegasnya.

Program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu.

Ia dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Antaranya termasuk Ketua Umum KEADILAN,  Anwar Ibrahim; Presiden PAS,  Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.

 
Ia telah diumumkan ditunda ke Januari tahun hadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetap dibuat pada tarikh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang Negeri Sembilan.

Dari Negeri Sembilan, program jelajah Kebangkitan Rakyat pula akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dan negeri.

Menurut Mat Sabu, mereka akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januari tahun hadapan.







INI DASAR KERAJAAN SELANGOR TERHADAP RANCANGAN ROMPAKAN GEROMBIOLAN



DARI FACEBOOK MB SELANGOR:

Kerajaan negeri akan menangguhkan kelulusan 

pembinaan AES sehingga mendengar penerangan syarikat 

AES. 

Pendirian rasmi kerajaan negeri akan diumumkan 

selepas mendengar penerangan tersebut.



INI LOGO MELAWAN




SATU SPESIS BARU - BUKAN ANJING DAN BUKAN LEMBU - BUKAN SHARIZAT DAN BUKAN ROSMAH



NOTA:

spesis yang ini baru ditemui
dalam ipad ronasina

dari ipad ini spesis ini
telah keluar ke wilayah fb
dan akhirnya sampai ke tt

INI DIA SPESIS ITU



INI SATU LAGI SPESIS YANG MENAKJUBKAN

spesis ini juga amat amat menakjubkan
kita selalu terjumpa
paling banyak mereka
bersarang dalam bangunan  parlimen
kah kah kah



NOTA:
para saintis dunia
merasa hairan kenapa
spesis ini banyak ditemui di malaysia?
dan
kenapa mereka suka bersarang di bangunan parlimen?





PILIHAN JALAN RAYA SEBELUM PILIHAN RAYA





    SEKALI LAGI 
KITA WAJIB TURUN





PRU13  DAN AYAT 

SONGSANG

Dalam tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka  surah yang  telah di hafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka  bait-bait   yang  sering dilaungkan tetapi tidak dihayati.  Saya ingin melagukan shair kasar yang tidak akan mententeramkan jiwa. Surah dan bait-bait  ini telah  menjadi beban  sejarah jika tidak saya  dendangkan  kepada orang ramai.

Surah dan ayat songsang ini ialah tentang PRU13 yang akan dijalankan tidak lama lagi. Bila PRU13 ini akan diadakan saya tidak tahu. Saya bukan nujum.  Malah tarikh dan saat PRU13 ini untuk saya tidak bagitu penting. Untuk saya tarikh PRU13  bukan surah  yang akan membawa kita semua ke  jambatan yang lurus.

Apa yang saheh  tarikh  PRU13 ini hanya akan dijalankan   apabila semua persediaan untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Lojistik telah tersusun rapi. Semua  yang wajib dilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada Barisan Nasional telah dilakukan.

Pada hemat saya keputusan PRU13  akan menafikan   Pakatan Rakyat  ke Putra Jaya. Pada pemerhatian saya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh ke tangan United Malays National Organisation.  Jelas apa yang saya tulis ini adalah ayat-ayat songsang. Ayat-ayat ‘potong stim’ yang ramai  penyokong Pakatan Rakyat tidak akan bersetuju. Bunyi surah ini amat  kasar tetapi inilah hakikat realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.

Ayat-ayat songsang  dalam tulisan saya ini  bukan saya pungut dari mimpi. Ayat ini tidak saya terima melalui saka. Ayat-ayat ini berasaskan realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata saya. Ayat-ayat ini datang dari laporan demi laporan yang  saya terima sebagai ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Minggu lalu Dr. Ong Kian Meng dari MERAP - Malaysian Electoral Roll Analysis Project – bersama Bersih 2.0 telah membentangkan laporan terkhir ke Parlimen.  Merap ialah satu badan ilmiah  yang membuat kajian tentang daftar pengundi. Laporan dari Merap ini cukup memeranjatkan. Justeru,  dari laporan Merap inilah  munculnya sebahagian dari  ayat-ayat  songsang yang saya tuliskan disini.

Merap telah bertemu dengan  59,000  nama pengundi – saya ulangi lima puluh sembilan ribu – pengundi luar negara. Jumlah ini dikenal pasti kerana dalam senarai daftar nama-nama 59,000 ini menggunakan kod 71. Kod 71 ini bermakna bakal pengundi ini  lahir diluar negara. Ada dari Afrika, dari Eropah,  Vietnam, India dan dan dan... Awas.. Mat Indon dan Mat Bangla bukan disini nama mereka tercatit.


Nama 59,000 pengundi dengan Kod 71 ini adalah warga negara Malaysia yang lahir diluar negara. Maka Hairan bin Takjublah kita semua. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya ramai orang Malaysia lahir di Uganda, Kenya, Sweden , German, Qatar dan di Itali.
 
Kita juga telah membaca dan mendengar surah bagaimana nama-nama pengundi yang amat pelik lagi memelikan telah ditemui dalam senarai pengundi.  Bukit bin Batu. Harimau binti Buaya. Kijang anak lelaki Ular.  Jintan binti Bawang. Dubai bin Abu Dhabi. Ini hanyalah contoh nama-nama pelik dimana si ayah atau si ibu ketika mendaftar telah hilang  akal lalu menamakan bayi yang baru lahir ini Sungai binti Laut.

Untuk pembaca yang tersenyum membaca nama Ular bin Lipan pasti akan terbahak bahak ketawa apabila diberitahu ada juga   pengundi yang namanya  ‘ bin .   dan menjadi lawak seram  kerana nama ini  bukan ditulis  dengan ejaan  Koma bin Noktah tetapi dengan simbol ‘.
 
Lebih memeranjatkan apabila Merap membuktikan bagaimana satu alamat N0: 994   Jalan Papan Klang telah  didiami oleh 46 orang pengundi. Pelik bin hairan -  bagaimana rumah teres ini dapat menampong  46 orang penghuni ?

 Kalau pun setiap bilik ini ada katil bertingkat-tingkat  saya masih mushkil  dan ingin bertanya ada berapa buah bilik mandi dan tandas dalam rumah teres ini? Justeru saya membuat kesimpulan  46 orang penghuni rumah ini akan tidur tegak  berdiri untuk memastikan ada ruang untuk kesemua 46 orang. Untuk berak mereka ke belukar.

Awas! Sikap silatulrahim penghuni amat membanggakan.  Dalam rumah ini ada Muthusamy, Abdullah, Lim Ah Seng, Gobala,  ada Jebeng Bibik, Fatimah dan Maureen Pillay. Inilah contoh  rumah Satu Malaysia. 

Kes kalsik sebuah rumah dengan berpuluh-puluh penghuni ini terjadi  juga di Lembah Pantai. Sebuah rumah telah ditemui diduduki lebih dari 20 warga. Alhamdulilah... satu lagi contoh Malaysia yang aman permai. Tetapi apabila ditemui lot alamat    rumah ini  -  yang tersergam ialah Plaza Tol Lebuh Raya Pantai Baru. Ada 20 pengundi tinggal dalam bilik tol.
  
Pembaca sering mendengar  ‘tuduhan’  tentang  Mat Bangla, Mat Pilipina dan Mat Indon telah  diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Apakah ini ayat-ayat setan? Atau ini surah yang saheh? Mengikut Merap telah ditemui 170,000 nama pengundi yang berdaftar. Kesemua 170,000 ini adalah pengundi yang dilahirkan diluar negara. Disini kita temui  Bibik, Embak, Jebeng dan Suhail. Mereka semuanya mendaftar dengan kod 71 yang mensahehkan mereka tidak dilahirkan di Malaysia.

Untuk memedaskan lagi tempoyak masam ini – banyak nama- nama ini tidak ada bin atau binti. Hanya ada satu nama sahaja. Tidak diketahui jantan betinanya. Malah banyak nama-nama ini tidak memiliki  alamat  rumah yang penuh. Contoh yang diberikan oleh Merap ialah kajian terperinci di Kampong Melayu Majidee Johor Bahru. Dalam kampong ini ramai Jebeng, Bibik dan Embak yang mendaftar   tetapi tanpa alamat rumah dan  nama jalan. Yang ditulis hanya  Suharto Kampong Majidee.

Surah- surah diatas ini hanyalah sebahagian dari bukti yang telah ditemui oleh Merap. Ini bukan lagi dongeng atau kesah Haji Desas bin Lebai Desus.  Ini saheh dengan fakta dan kajian yang membuktikan ada perancangan untuk menipu dalam PRU13 ini.

Biar saya jelaskan sejelas mungkin. Untuk semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mereka wajib sedar bahawa  yang mereka lawan bukan parti United Malays National Organisation. Mereka bukan berlawan dengan MIC, MCA atau Barisan Nasional. Penyokong dan bakal pengundi Pakatan Rakyat bukan  melawan polis, raja, Islam  atau Perlembagaan Malaysia.

Apa yang dilawan oleh Pakatan Rakyat ialah satu sistem pemilihan calon yang ditelah  direka khusus untuk menipu. Melawan sistem tipu.

United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya telah tidak lagi mendapat sokongan pengundi. Parti ketuanan Melayu ini telah ditinggalkan oleh  Melayu sendiri. Tetapi awas. Dalam PRU13 ini nanti  United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Hairan?

United Malays National Organisation akan menang dalam PRU13 bukan kerana sokongan rakyat tetapi kerana sistem pemilihan ini telah diatur untuk menipu. Sistem pengundian ini telah disusun khas untuk memastikan penipuan berjalan licin  tanpa disedari oleh orang ramai.

Memang betul semua pengundian akan dijalan dengan mengikut  prosedur. Memang tepat semua pengundian dijalankan mengiikut peraturan. Tetapi prosedur dan peraturan ini semuanya disusun , semuanya dibuat untuk tujuan menipu.


Contohnya mesin ATM  akan mengeluarkan duit sebanyak mana yang kita minta – jika kita memiliki wang simpan dalam bank. Tetapi mesin ATM yang dibuat oleh SPR ini akan memastikan jika kita meminta 20 ringgit maka hanya 15 ringgit akan keluar dan  25 ringgit akan ditolak dari jumlah simpanan  kita. Ini bukan satu yang mustahil.  Ini penipuan.  Sistem penipuanlah yang sedang disusun oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

SPR ini bukan hanya  dikepali oleh anggota ahli parti United  Malays National Organisation. Sistem pengudian tipu  yang disusun SPR  ini telah  mendapat kerjasama dengan Jabatan Pendaftran Negara, PDRM, Majlis  Keselamatan Negara  dan United Malays National Organisation.
  
Contoh penipuan yang paling senang untuk difahami ialah  pengunaan dakwat kekal. Di negara-negara lain - biasanya sesudah mengundi maka Si Pengundi akan mencelupkan jari ke dalam botol dakwat.  Kunci ayat songsang ini ialah – SESUDAH. Tetapi dalam sistem SPR  Malasia  jari tidak dicelup ke dakwat kekal tapi hanya dicalit halus. Untuk terus menipu calitan halus ini dibuat SEBELUM memangkah.

Kenapa calit dakwat sebelum memangkah? Ini untuk memastikan akan banyak undi rosak terpalit dakwat hitam. Undi rosak ini pastilah undian untuk Pakatan.  Penipuan guna  dakwat hitam ini diteruskan untuk  apa yang dikenali sebagai Pengundi Awal. Sebelum ini tidak wujud Pengundi Awal ini. Siapa pengundi awal ini?

Pengundi awal ialah pekerja SPR di hari membuang undi. Dulu ada 100,000 – kinio ditambah untuk menjadi 240,000 – saya ulangi dua ratus empat puluh ribu pengundi. Di katakan mereka akan mengundi awal tetapi tidak diketahui seawal mana? Lima hari? Tujuh hari atau tiga hari? Lagi awal mengundi lagi baik kerana tanda telah lama hilang.  Mereka boleh mengundi beberapa kali lagi.

Surah dan ayat-ayat syaitan diatas  membuktikan bahawa  apa yang dilawan oleh  Pakatan Rakyat bukan parti politik.  Yang dilawan ialah satu sistem pemilihan yang dibentuk dan direka khas untuk menipu.  Sistem penipuan ini diwujudkan oleh SPR  untuk memastikan  United Malays National Organisation akan kembali berkuasa.  Itu saja ayat songsang? Tidak ada lagi minggu depan. (TT)
  



NOTA: tulisan ini telah 
disiarkan dalam akhbar
SUARA KEADILAN yang terbaru
 sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
 sila pukul talipon : 03-22-72-40-45

SERAM DAN LAGI MENYERAMKAN




KESAH SERAM JUMPA TAIK KERING
Bro , Bulan lepas aku pergi Ikea di Mutiara Damansara dan terserempak pulak si Hasan Jati tgh survey barang...yg paling bestnya; SEMUA ORANG BUAT TAK PEDULI DGN DIA! Bini aku yg hint...bang, bang...nampak tu sape?

 Aku jawab...oooo hasan benggong... kata jiwa melayu n pejuang agama bangsa tp tang beli BARANG PERKAKAS kau beli kt Ikea-ni produk dr negara Kristian.... lagi satu; laporan Harian Metro usahlah dipakai ni semua penipu cerita yg diada2kan...black metal lah...sembah setan lah...murtad lah..itu lah....

TUKAR KERAJAAN PERSEKUTUAN, KASIK BUNGKUS NI HARIAN METRO....akhbar sampah! on RAMAI MENUNGGU VIDEO MURTAD - HINNGA RAMAI YANG TERUS MURTAD

BUTA ADA MACAM MACAM JENIS BUTA






SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH?

KOMENTAR TUKAR TIUB

tukar tiub mengalu-ngalukan
hakim malaysia yang buta warna
syabas!
tahniah!

tapi bagimana dengan hakim buta telinga?

contohnya dalam kes pembunuhan altantuya
sirul dan azilah telah didapati bersalah membunuh altantuya
sirul dan azilah mengaku mereka di upah

tak kan hakim buta telinga
tak dengar ayat : kami di upah

kalau mereka di upah
maka hakim patut bertanya

siapa yang mengupah untuk bunuh?
jangan hanya buta warna
tapi buta telinga pulak


Hakim Malaysia kendali kes secara 'buta warna' - meloya

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Sidang Dewan Rakyat diberitahu, pengendalian kes-kes perbicaraan oleh para hakim di Malaysia dilakukan secara colour blind (buta warna) iaitu mereka tidak mengira sesiapapun yang dibicarakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tanpa mengambil kira siapakah yang menghadapi perbicaraan, hakim akan membuat pertimbangan berdasarkan kepada pembentangan fakta di hadapan mereka.

"Tidak kira orang itu orang besar ke, orang kecil ke, orang hitam ke atau orang putih ke, tidak akan dipedulikan oleh hakim-hakim. Apa yang penting apakah fakta yang dibentangkan di hadapan mereka.

"Hakim-hakim di Malaysia membicarakan kes secara colour blind. Mereka bertugas tanpa mengira sesiapapun," katanya ketika menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamed Nazri berkata, tahap serta mutu bidang kehakiman di negara ini bertambah baik dari semasa ke semasa.

"Pada tahun 2011 Malaysia berada pada kedudukan 12 daripada segi mudah urus dan sebahagian besar pencapaian itu adalah sumbangan daripada pihak mahkamah,"katanya lagi.

PENGALAMAN NAIK TEKSI SAMPAI RABAK POKET




MEMBURUH SIANG MALAM
        ORANG LAIN KAYA




 PENGALAMAN NAIK TEKSI DI SEBERANG
Ketika saya tinggal di Indonesia untuk beberapa bulan, kenderaan utama saya adalah bas mini,busway, dan taksi! Ye.. Taksi di Jakarta mungkin lebih banyak dari di Kuala Lumpur, tapi jauh lebih murah dan berkualiti. Naik teksi di Kuala Lumpur adalah perbuatan orang2 yg ada duit dan betul2 desperate shj, sedangkan naik teksi di Jakarta adalah perkara biasa.

 Saya pernah terpaksa ke luar daerah, dan decide untuk ambil teksi. Sila teka, perjalanan saya ketika itu setelah dicampur dengan trafic yang macet dan gila,akhirnya menjadi 4 jam! Tapi saya masih lagi mampu membayar ongkos teksi dengan selesa: menggunakan meter!

Tak ada teksi yang tawarkan harga bla3. Jauh atau dekat tetap pakai meter, dan murah! Teksi di Malaysia ada masalah yang perlu diakui: pemandu teksi malaysia adalah hamba kepada pemodal. Sebab itu gagal! on PENCERAHAN DARI SINGAPURA - NEGARA YANG SUKA MAKAN BABI
 

PENGALAMAN NAIK TEKSI DARI SUBANG
Saya pernah naik teksi pada pukul 11:30 malam dari sebuah hotel di Subang (sebab menghadiri majlis perkahwinan kawan saya) ke hotel yang saya nginapi di Bukit Bintang. Pemandu teksi tak nak guna meter & mahu saya bayar RM100. Saya bagi dia tahu tambangnya hanya $24 semasa waktu petang bila saya datang ke Subang dari Bukit Bintang.

 Setelah tawar menawar, saya terpaksa membayar $80 sebab tak ada teksi lain pada waktu itu setelah menunggu lebih daripada 1 jam. Jadi bila Pakatan Rakyat ambil alih, saya harap kerajaan Pakatan akan membuat undang-undang macam dinegara jiran supaya kita tidak disembelih oleh pemandu teksi yang tidak berhati perut ini. on PENCERAHAN DARI SINGAPURA - NEGARA YANG SUKA MAKAN BABI
Publish | Delete | Spam
 

 AES SEBENARNYA CARA REMBAT DUIT RAKYAT
 - Kalau AES adalah untuk keselamatan pengguna jalanraya, jadi patut diletakkan papan tanda bahawa terdapat Kamera disitu, jadi pandulah perlahan di kawasan berkemalangan tinggi untuk mengelak kemalangan jalanraya. Tetapi, jika tiada sebarangan papan-tanda untuk memberitahu bahawa terdapatnya kamera disitu,

 MAKA in bermakna untuk mencari wang semata-mata dan bukan untuk menjaga keselamatan penguna jalanraya. Kerana pemandu yang suka pancut akan mengurangan kelajuan jika mereka tahu terdapat kemera disitu, jadi, selamatlah penguna jalanraya yang lain di tempat yang berkemalangan tinggi.

 Prinsipnya untuk mengelak kemalangan dan bukan untuk menangkap, tahu tak !!? Jadi, jelaslah ini untuk mencari rezeki keatas rakyat yang semakin miskin dan bukan untuk menjaga keselamatan penguna jalanraya... Tolong sedar.... on PENCERAHAN DARI SINGAPURA - NEGARA YANG SUKA MAKAN BABI

HEBOH BISANG DAN BINGAR!



YANG MANA SATU IDAMAN KALBU
 


BEKAS MP PKR DAKWA KERAJAAN SELANGOR ANTI-HINDU – minsider

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Ahli parlimen (MP) bebas N. Gobalakrishnan menuduh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sebagai anti-Hindu kerana meluluskan projek pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran dengan tempat beribadat penganut Hindu di Batu Caves.

Dalam sidang media di Parlimen pagi tadi, MP Padang Serai tersebut berkata kenyataan oleh Ahli dewan undangan negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar mencerminkan sikap sebenar kerajaan negeri yang jelas anti-Hindu.

 Gobalakrishnan berkata kenyataan oleh Ahli dewan undangan negeri Sri Andalas Dr Xavier Jeyakumar mencerminkan sikap sebenar kerajaan negeri yang jelas anti-Hindu.

 Gobalakrishnan juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang tidak melantik ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) dikalangan mereka yang menganut agama Hindu.

“Jika terdapat exco beragama Hindu pastinya projek ini akan dihalang. Sememangnya penasihat ekonomi Selangor,  Anwar Ibrahim yang juga ketua umum PKR adalah anti-Hindu,” tambah beliau lagi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..... BARU SEKARANG SEDAR  KERAJAAN SELANGOR ANTI HINDU?.... kah kah kah..

woit...  ANTI HINDU INI MEMANG DASAR  KERAJAAN SELANGOR?.... kah kah kah..

kah kah kah.... PELIK .... SEKARANG BARU SEDAR ANWAR ANTI HINDU?... kah kah kah...

woit...  DENGAR SINI AMBOOO NAK ROYAK..... kah kah kah...

kah kah kah... GOBALA  INI IALAH IBRAHIM ALI  INDIA.....kah kah kah...

kah kah kah... IBRAHIM ALI ITU IALAH GOBALA  MELAYU.... kah kah kah..


MARI KITA  RAMAI RAMAI
 JATUHKAN NAJIB