Rabu, 13 Julai 2022

HERMAN HERMIT - BUS STOP

 

HERMAN HERMITS

BUS STOP

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "TEROMPAH DAN
 DATUK UNDANG"

Komin, Kenaboi, Pah, Lonek, Klawang, Geylang, Potaseh, Poghotang, Gagu ..orang ingat ni musti tompek kek Kenya/Uganda. Pado maso 70an sapo ado MCE kok kojo askar terus dapek satu paku ..yang ado SPM mulo dongan prebet capok, walau pun dapek lapan A ..sekarang satu paku kono ado degree. Den suko nongha "Bus Stop" versi The Hollies .. Ooo nama glemer TT jaman sekolah Herman yo ..maso tu Herman Tino bolom rakam lagu lagi ..kahkahkah


SALUT UNTUK SOSOK YANG BERANI



Siti Nuramira mengaku tidak bersalah hina Islam

SITI Nuramira Abdullah, wanita yang mengaku hafal Al-Quran sebelum membuka tudung semasa membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menghina Islam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Siti Nuramira, 26, yang dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. 

Dia dihadapkan ke mahkamah selepas perintah reman ke atasnya berakhir hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Siti Nuramira yang mengaku beragama Islam dan hafal 15 juzuk Al-Quran membuka tudung dan menanggalkan baju kurung semasa membuat persembahan, dan dengan itu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan agama.

Kesalahan itu dilakukan pada 4 Jun lalu, sekitar jam 6 petang bertempat di Restoran Crack House Comedy Club, Tingkat 1, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail di sini.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kesnya selesai.

Mahkamah juga menetapkan tertuduh hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields setiap bulan sebelum atau pada 15 haribulan. Dia juga dilarang daripada memuat naik ke mana-mana platform media sosial sebarang kenyataan berhubung prosiding mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula 18 Ogos ini.

Siti Nuramira diwakili tiga peguam iaitu Shaharudin Ali, R Sivaraj and Ramesh Chandran manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Najihah Farhana Che Awang.

Sementara itu, pasangannya Alexander Navin Vijayachandran didakwa di mahkamah berasingan di Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salah guna kemudahan telekomunikasi.

Dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Dia boleh dihukum maksimum penjara setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Penulis bebas itu, 38, didakwa berkongsi hantaran di akaun Instagram miliknya pada 5 Jun lalu dengan niat untuk menghina orang lain.

Pertuduhan kedua berkata dia didakwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTubenya pada 16 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.

Dia didakwa memuat naik kedua-dua kandungan di sebuah kondominium di Damansara Perdana.

Hakim Azrul Darus yang mengetuai kes itu menetapkan ikat jamin RM20,000 dan 1 September untuk sebutan kes.

Siti Nuramira dan pasangannya sebelum ini disiasat berhubung satu rakaman video tidak sampai seminit yang tular di media sosial, yang menimbulkan kegemparan umum.

Susulan rakaman yang tular dan laporan polis berkaitannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan kelab komedi berkenaan ditutup sementara sejak 10 Julai.

Crackhouse Comedy Club dan sekumpulan pelawak bagaimanapun menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana mereka dihukum sama. Mereka mendakwa wanita itu dan pasangannya sengaja mensabotaj kelab komedi itu. – 13 Julai, 2022.

HEBAT 

KAH KAH KAH

BERANI

KAH KAH KAH

SALUT

KAH KAH KAH

AMIN

KULIAH POLITIK



KULIAH  POLITIK

DARI SRI LANGKA

AMIN

TAK SUKA RASUAH

TURUN JALAN RAYA

HALAU POLITIKUS

RASUAH

AMIN

SABRI 114 SELAMAT ?


RoS belum keluarkan surat – Hamzah Zainudin

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) belum mengeluarkan keputusan berhubung permohonan UMNO untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan parti itu menangguhkan pemilihan.

Menteri Dalam Negeri,  Hamzah Zainudin berkata, beliau tidak bertanggungjawab dalam membuat keputusan permohonan berkenaan.

“Buat masa ini saya difahamkan RoS tidak keluarkan surat lagi. Saya pun tidak tahu, Ros buat keputusan secara bebas,” katanya ketika sidang media pada majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan.

Jelasnya, beliau hanya akan terlibat dalam pembuatan keputusan terhadap rayuan sahaja.

“Itu permohonan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang kata kalau boleh percepat dalam 16 Julai, betul juga tidak boleh salahkan PM. Sebab dia mohon kalau boleh cepatkan.

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

SABRI 114

AKAN SELAMAT

BILA ROS UMUM

PINDAAN UMNO

DI TOLAK

KAH KAH KAH

PEMILIHAN WAJIB

DIJALANKAN

SEBELUM DISEMBER

AMIN

KHALAS

ENTOT PERLU LESEN



ENTOT PERLU

LESEN 

AMIN

JAKIM TANGKAP

SEX RANJANG

DI HOTEL BUJET

KAH KAH KAH

AMIN 



Unknown commented on
 "BERANCUK PERLU LESEN 
KETAWA WAJIB PERMIT"

tu jelah tt bila tak ada jawapan dia spin isu konkek dengan lesen... itu ini itu ini.. bodo.. kah kah kah



Unknown commented on
 "BERANCUK PERLU LESEN 
KETAWA WAJIB PERMIT"

Bro, comedy is a serious business don't pelir pelir



Unknown commented on 
"BERANCUK PERLU LESEN
 KETAWA WAJIB PERMIT"

Kah kah kah.... Kes pompuan buka baju riuh satu mesia. Sampai tarik permit dan segala mcm komen bangang... Punggah... Bila ustaz tahfiz yang hafal 30 juzuk quran meliwat pelajar sendiri... Tak ado pulok tarik permit bagai.... Lagi disuruh tutup cerita ada la... Aduhai bangang... Mungkin kalu pompuan tu hapal 30 juzuk selamatla kelap lucu tu.....

DIMANA PUN PASTI ADA JAMBU

 


DIMANA PUN

PASTI ADA JAMBU

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "TEROMPAH 

DAN DATUK UNDANG"

Aduhai... kalau lah TT buat botul2 dah tentu TT boleh duduk di Putarjaya, boleh makan rasuah hebat dari Najib, woodstock, ketum, pakalolo semua dah tontu legalised ternow... hi hi alumini MCKK tu... geng budak jambu ke ? jangan marah tanya saja...

KELUARGA NAJIB CABUT LARI ...

 


KELUARGA NAJIB

OOPS ...SILAP

...KELUARGA

 RAJAPAKSA

CABUT LARI 

KE PULAU MALDIVES

AMIN

KHALAS

KES BUKA BAJU ALIH MATA

 


KES BUKA  BAJU

ALIH MATA

KAH KAH KAH

AMIN

panglimo potaseh commented on 

"BERANCUK PERLU LESEN

 KETAWA WAJIB PERMIT"


Nampak nye adingan luchah Kelab Kelawak birjaya legakan ketegangan harge barang, ayam, subsidi, minyak masak, hal Totok dan Bini Badak lahap duit. Pada mula kirajaan cobak kaver dgn isu Ukreine ..tapi isu tanggal tudong dan hina igama ni tampak lebey stim di dgr manding isu Ukreine. Nak tanya TaT, kok poey Aji guno duit rasuah kiro hino agamo tak ..kok poey Aji guno kouta orang lain apo lak hookoomang nyo ..

APA JADI PADA JUMAAT 26/8/2022 ?

 


ADAKAH

NAJIB ROSMAH

ANAK BERANAK

AKAN LARI 

SEBELUM 26/8/22 ?

 AMIN

RAJAPAKSA

ANAK BERANAK

ADIK BERADIK

DAH LARI DARI

SRI LANGKA

AMIN

RAKYAT WAJIB

WASPADA JANGAN

BENARKAN NAJIB

ANAK BERNAK LARI

AMIN

KHALAS

JUAL AGAMA


JUAL AGAMA

AMIN


Unknown commented on

 "HAJI EXPRESS 
BUKAN HAJI MALBORO"

cubaan menipu tuhan

NAJIB SEMPAT LARI KE BATAM ?....

 


NAJIB SEMPAT LARI

KE BATAM...OPPS..

RAJAPAKSA SEMPAT

LARI KE MALDIVES ?

KAH KAH KAH

AMIN

TEROMPAH DAN DATUK UNDANG



TEROMPAH 

DAN 

DATUK UNDANG 


Tahun 1968 sistem pembelajaran Malaysia masih terikat dengan sistem pembelajaran United Kingdom. Peperiksaan  akhir  untuk tingkatan lima  aliran Inggeris menghasilkan dua sijil  kelulusan. Satu sijil MCE – Malaysian Certificate of Education dan satu lagi sijil SC : Senior Cambrigde. Untuk lulus sijil MCE wajib lulus Bahasa Melayu dengan mata pelajaran yang sama.

Kertas soalan dan pemeriksaan jawapan  dalam  Bahasa Inggeris semuanya didatangkan dari United Kingdom. Kerana itu pembayaran untuk peperiksaan agak mahal - melintasi 90 ringgit. Ini belanja untuk menerbangkan kertas jawapan dan upah tukang periksa jawapan di  United Kingdom.

Justeru tidak pernah dan mustahil ada kedengaran berita :  soalan bocor. 

Tingkatan lima aliran Melayu hanya ada  SPM : Sijil Pelajaran Malaysia yang dikendalikan semuanya dalam negara. Justeru pada ketika itu  nilai SPM dilihat  lebih rendah dari nilai SC/MCE.

Lama juga aku menunggu ‘ result ‘.  Menjadi lawak : Perjalanan  kapal terbang agak lambat dari London ke Kuala Lumpur. Kemudian sampai  ke Pejabat Khir Johari  Menteri Pelajaran ketika itu. Dari pejabat  Khir Johari dihantar dengan  pos ke Pejabat  Francis Xavier  Guru Besar Sekolah Menengah Undang Jelebu.

Kemudian Bala – budak pejabat Guru Besar SMUJ – akan menampalkan  keputusan MCE/SC di ruang papan maklumat di hadapan bilik guru besar.

Petang ‘result’ keluar aku di rumah Lee Keong.  Aku dan Lee menunggu Ah Siong adik Lee yang telah diarahkan  untuk pergi melihat apakah telah ada keputusan keluar di pejabat Guru Besar.

Ah Siong berbasikal pergi dan berbasikal pulang dengan berita gembira. Aku dan Lee  Keong lulus dengan cemerlang.

Aku dan Lee mendapat grade dua dengan beberapa kepujian.

Aku berbasikal pulang ke Kampung Chenor. Berita ini aku sampaikan kepada Emak dan Kakak. Mereka sama gembira macam aku.

Aku sebenarnya tidak tahu nak buat apa.  Aku betul-betul menjadi budak kampung. Awalnya aku dan Lee Keong hitch hiking ke Perlis. Lepas itu aku duduk menebeng di kampung tidak buat apa-apa.  Aku tidak ada  tujuan yang  jelas .

Aku tidak melamar apa apa pekerjaan. Tidak melamar untuk masuk maktab perguruan. Tidak melamar nak masuk ITM – Institute Technology  Mara.  Aku membebal di  Kampung Chenor.  

Sesekali berbasikal menuntun wayang di Ruby Theatre. Sesekali  pergi mandi air terjun di Kampung Kuala Pah.  Aku menunggu tapi tidak tahu apa yang aku tunggu.

Ketika ini aku sedang cuba nasib dengan seorang anak gadis  Tingkatan Empat. Nama dia Sarah. Rumah Sarah   di tepi sungai dua batu jauh nya dari kampung aku - arah ke  Peradung. 

Si Sarah ini kadang-kandang berbasikal ke sekolah. Dia akan melintas di hadapan rumah aku. Apa yang menarik ialah Sarah ini tahu  aku meminati dia.

Dengan kawan-kawan aku panggil  Sarah ini  Yoko. Ini untuk merahsiakan identiti gadis ini. Ini cinta budak kampung. Nama Yoko ini  aku ambil dari nama kekasih John Lennon – Yoko Ono.

Dari desas desus yang aku dengar si Yoko ini  adalah  anak angkat yang diambil dari satu keluarga Cina di Jelebu.

Aku menggunakan nama Yoko kerana pengaruh    Beatles  dan Pop Yeah Yeah. Ombak Pop Yeah Yeah cukup hebat dan menggoncang Malaysia.  Kugiran disana kugiran disini.

Malah ketika ini nama aku Herman Sham. Nama aku ambil dari kugiran The Herman Hermits dengan lagu Bus Stop yang berjaya memerangkap hati muda aku. 

Herman ini jika  ada girl friend pun nak pakai  nama macam nama girl friend John Lennon.  

Anak muda tahun 1968   ‘ heboh ‘  dengan nama Jeffry Din atau John Lennon atau The Swallows atau A. Ramlee   atau Bob Dylan. Jika ada anak muda yang tidak heboh  ertinya anak muda ini bebal kerana tidak tahu bagaimana hendak  merayakan kemudaan.

Muda datang sekali. Tua bertahun-tahun hingga kotai.

Tahun 1968 berlalu. Masuk tahun 1969.

Satu hari Yusuf  Wok kini  pelajar Tingkatan Lima SMUJ datang mencari aku. Dia berbasikal dari  hotel  SMUJ. Aku merasa hairan kenapa dia datang.

‘ Ada apa ..’ Aku bertanya.

‘ Aku pesan  dari Guru Besar Mister Xavier... minggu depan petang Sabtu kau wajib datang ke sekolah....’ Yusuf menjelaskan.

‘ Pasal apa... ‘  Bertanya cepat. Aku jadi cuak juga dipanggil ke sekolah sekali lagi. Keputusan sudah keluar aku telah lulus. Mustahil ada kesilapan.

‘ Hari  Ibu Bapa... hari beri hadiah tahunan.... kau dapat hadiah....pelajar terbaik...’ Yusuf menjelaskan.

‘ Pelajaran apa .. Sastera Melayu aku dapat A1... ini ke..’ Aku menyangka aku dapat hadiah pelajar terbaik dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.

Sabtu yang dijanjikan sampai. Aku berbasikal ke Kuala Klawang.  Bila aku sampai   ke Dewan SMUJ aku  lihat ramai ibu bapa dan guru yang  masuk ke dalam  Dewan.  

Dewan SMUJ ini adalah empat bilik darjah yang disatukan. Dan satu bilik darjah  khusus dibuat tinggi untuk dijadikan pentas.  Ketika ada acara sahaja Dewan ini diwujudkan. Hari sekolah  biasa  dewan ini adalah bilik  darjah.  

Aku  masuk ke dalam Dewan. Program petang belum bermula.  Aku ambil kerusi di belakang sekali.  Aku beberapa orang  murid dari tahun aku. Dari jurusan Sains - pasti mereka juga menerima hadiah.

Dewan telah hampir penuh.. Aku tidak nampak Mister Tay, Mister Bala atau Mister Gamma Khan. Mungkin kerana program hari Sabtu mereka tidak menghadirkan diri. 

 Guru yang aku nampak hanyalah  Guru Besar dan Mister Jai Singh guru paling lama berkhidmat di SMUJ. Aku rasa  ada kurang lebih 200 tamu termasuk guru dan murid.

Tertiba semua tamu dalam Dewan bangun. Aku pun bangun sama.  Penghormatan kesampaian  Datuk Undang Luak Jelebu.  Untuk warga  Jelebu Datuk Undang ini bukan hanya kepala  Adat Perpatih tetapi dianggap Raja Jelebu. 

Guru Besar berucap memberi laporan tahun  1968.  Tentang kejayaan sekolah dan masa depan sekolah. 

Kemudian Pengerusi Ibu Bapa SMUJ berucap.  Aku Hanya menunggu masa bila agaknya aku akan naik ke pentas mengambil hadiah.

Masa yang  ditunggu sampai. Upacara  menyampaikan hadiah. Mulanya hadiah sukan. Kemudian hadiah pelajar terbaik yang lulus LCE ( Lower Certificate of  Education). Kemudian pelajar terbaik untuk mata pelajaran  peperiksaan SC/MCE tahun 1968.

Setiap  mata  pelajar yang ada dalam peperiksaan SC/MCE ada hadiah. Pelajar yang mendapat kelulusan terbaik akan menerima hadiah.

  Di mulai dengan jurusan Sains : Bioloji, Kimia, Ilmu Hisab. Ramai juga nama dipanggil tapi tidak hadir.

 Kemudian jurusan Sastera:  Sejarah dan Ilmu Alam. Mata pelajaran Sastera Melayu yang  aku mendapat  A1 tidak diumumkan.   Ini kerana mata pelajaran ini tidak di ajar di SMUJ. Aku belajar sendiri tanpa guru.

Nama aku dipanggil.  Bayangkan apa terjadi.

Aku berambut panjang. Aku  memakai seluar pendek hitam. Aku memakai baju kemeja lengan pendek berbunga. Aku tidak memakai kasut.  Aku memakai terompah kayu. Yang hampir rahai. Mungkin dari kayu  pokok getah.. 

Tahun 1969 Hishamuddin  Rais telah menjadi hippie. Seorang hippie dari Jelebu telah naik ke pentas menerima hadiah buku dari Datuk Undang Luak Jelebu. Hishamuddin Rais menerima hadiah pelajar Ilmu Alam terbaik MCE/SC SMUJ 1968..  

Tahun 1969 pengaruh hippie sedang mengampuh dunia. Aku di Jelebu pun terpengaruh dengan style dan fesyen hippie. Inilah zaman rock n roll – zaman Pop Yeah Yeah  - zaman anak  muda lelaki berambut panjang.  

Aku tidak memahami falsafah hippie tapi apa yang aku faham ialah hippie  anti-yang lama. Hippie  anti yang karut dan membawa fesyen melawan arus. 

Untuk bukti tidak suka yang lama – hippie tidak memakai kasut. Kasut dilihat simbol yang lama. Kaki ayam atau selipar dilihat sebagai tanda hippie. Begitu juga pakaian. Bukan kemeja lengan panjang, pantelon  dan tali leher atau baju batik tetapi  baju T cap Pagoda dan seluar lusuh. 

Semangat hippie ini selari dengan perasaan dan jiwa aku.  

Pemberontakan sedang berlaku dalam jiwa aku.  Sesudah mendapat keputusan  SC/MCE aku merasa aku wajib mara ke hadapan. 

Ketika aku naik ke pentas menerima hadiah dari Tok Undang  aku berpendapat : Sebelum orang lain melakukan lebih baik aku melakukan. Satu ketika nanti apa yang sedang aku lakukan ini akan berlaku. Lebih baik aku sendiri melakukannya terlebih dahulu.

Esoknya apa yang aku lakukan di atas pentas  menjadi buah mulut. Kawan-kawan mula bertanya tentang apa yang terjadi.

‘ Sam.. kao pakai terompah... dopan Undang...’   Pertanyaan dari mereka yang kurang yakin terhadap keupayaan dan keberanian aku di hadapan Datuk Undang.

Hari berjalan masa berganti. Sesekali kegembiraan sampai apabila Sarah berbasikal melintas di hadapan rumah aku.  Saban hari  aku hanya duduk tidak membuat apa-apa.

Politik negara menjadi hangat kembali. Dulu  tahun 1963 heboh dengan penubuhan Malaysia yang  ditentang oleh Bung Karno. Kini bukan isu luaran tapi isu dalaman.  Agenda pilihan raya.

Keluarga kami memang mengikuti politik. Ini kerana Pak Ngah Aminuddin Manaf  bapak saudara aku adalah Adun untuk kawasan Pertang. Justeru keluarga kami tidak dapat tidak akan mengambil tahu hal ehwal politik.

Dilaporkan  Pilihan Raya akan diadakan.  Aku mula melihat Pak Ngah aku  bertambah sibuk. Dia semakin kerap singgah ke kampung kami. Aku difahamkan Pak  Ngah sedang mengatur jentera untuk bertanding sekali lagi. Pak Ngah aku bertanding untuk kali kedua.

Poster dan banting parti United Malays National  Organisation mula di pasang disana sini. Sepupu  dan saudara mara kami mula sibuk membantu Pak Ngah. Ayah aku juga sibuk sama. 

Emak aku – Cik Gu Zaleha – patuh aturan . Guru tidak dibenarkan aktif berpolitik. 

Aku yang tidak membuat apa apa kita jadi tukang ikut.  Satu hari sebuah kereta Volvo sampai dari Seremban. Aku difahamkan kereta ini untuk diguna pakai ketika berkempen. Aku pun ikut naik Volvo ini ke hulu ke hilir memasang  banting dan bendera.

Satu hari Menteri Besar Negeri Sembilan datang secara resmi melawat Jelebu dan berkempen. Aku naik kereta Volvo dan ikut rombongan MB melawat Petasih dan Gaylang.

Dalam kereta Volvo ada alat pembesar suara – mike -  untuk melaung  menjemput orang  ramai datang ke program  MB.  

Abang sepupu aku Pak Cik Nasir menggunakan alat pembesar  suara. Awalnya aku hanya mendengar dan memerhati . Akhirnya apabila Pak Cik Nasir letih aku telah memberanikan diri  mengambil mike dan mula  bersuara menjemput orang ramai keluar beramai-ramai.

Inilah kali pertama aku  menggunakan mike  untuk tujuan politik.

Bila orang telah ramai berkampung maka MB berucap. Aku perhatian MB Datuk Mansor Osman bercakap  meminta orang Kampung Petasih dan Geylang  menyokong kerajaan Tunku  - kerajaan kapal layar. 

MB bercerita tentang kejayaan satu Hamba Allah membuka kedai roti di Kuala Pilah. Bekas  Pengarah  ITM ini mahu  orang Melayu terlibat dalam perniagaan. Ini rumusan yang aku dapat satelah mendengar ucapan MB Datuk Mansor yang berucap dengan lorat Pilah.

Di Geylang –  ada  jamuan teh . Aku teringat hingga hari ini kuih koci inti kelapa gula kabung yang menjadi sambutan kepada MB.

Tiga minggu kemudian Jelebu menjadi heboh sekali lagi. Tunku – Perdana Menteri akan datang  ke Jelebu. Aku difahamkan Pak Ngah  aku menyusun satu pasukan Pemuda UMNO bermotosikal menyambut Tungku di Bukit Tangga.  Dari Bukit Tangga Tunku  di bawa ke Padang Pekan Kuala Klawang. Sebuah pentas telah didirikan di tengah padang.

Aku masih ingat lagi pada petang itu pekan Kuala Klawang  telah penuh dengan orang ramai. Kuala Klawang dibanjiri oleh Mak Cik dan Pak Cik dari Amar Penghulu, dari Kemin, dari Gagu, dari Seperi, dari Petasih, dari Geylang, dari Gagu, dari Ulu Jelebu,  dari Sarin dan dari wilayah paling ulu  dari Kenaboi. Semua datang untuk melihat muka Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Habis ucapan Tunku bergerak untuk menaiki kereta pulang ke Seremban. Aku dengan sepupu aku Joyo  telah cuba merapati Tungku. Aku  ingin mendapat  tanda tangan Tunku untuk  buku autograf aku.

Dalam buku autograf aku telah ada tanda tangan  S. Jibeng,  A. Ramlee,  S. Mariam, Eddie Ahmad, Jeffery Din. Semua aku  dapat ketika penyanyi Pop Yeah Yeah ini a mengadakan persembahan dalam pesta  fun fair dalam pekan Kuala Klawang.

 S. Jibeng yang buta tidak menanda tangani. Dia ada cap nama S. Jibeng.

Kali ini aku  mahu tanda tangan Tunku dalam buku autograf aku.

Kami di halang polis. Tetapi apabila Pak Ngah aku melihat muka aku  dengan cepat YB Aminuddin Manaf  telah meminta polis  beri peluang kepada aku dan anaknya  Joyo.  

Petang itu aku dapat tanda tangan Tunku.

Esoknya  heboh di Jelebu dengan cerita  dua budak datang minta  tanda tangan Tunku untuk minta kerja.

Beberapa hari kemudian Yusof Wok datang sekali lagi ke rumah aku. Seperti dahulu dia membawa pesan Guru Besar SMUJ Mister Francis Xavier hendak berjumpa dengan aku.

 Aku menjadi gelabah apakah kes aku pakai terompah depan Undang Jelebu muncul kembali.

‘ Aku pun  tak tau pasal apa ....’ Yusuf Wok menerangkan.

‘ Pasal apa...’ Aku merasa cuak..

‘ Entah...mungkin  dia nak tanya kau nak sambung belajar lagi ke.... ‘ Yusuf menerangkan  sambil menghulur nota kecil kepada aku. Bertulis : Please come to my office. 

‘ Sambung belajar di mana ..’ aku bertanya.

‘ Entah...pergilaa jumpa headmaster.... aku hanya sampai pesan....’   Kata akhir Yusuf sebelum kami berpisah. 
 
Petang besoknya aku mengayuh basikal menuju ke Pejabat Guru Besar SMUJ. Aku kenal baik akan pejabat ini. Aku ketuk pintu dan masuk.

‘ Congratgulation.... I have a mesage from Seremban... you could continue  your Six Form at  Malay College  Kuala Kangsar....’ Guru Besar bersuara.

Aku tidak tahu apa nak jawab. Aku tidak tahu apa itu Malay College. Aku belum pernah sampai ke Kuala Kangsar.


Kemudian Mister Xavier mengambil satu kertas A4 dan menghulurkan kepada aku

‘ This is for you,.. from Seremban..Education Department... from the school..’ 

Mata aku merayau melihat kembali pejabat Guru Besar SMUJ untuk kali terakhir. Dalam bilik ini  lencana Prefect aku pernah diambil kembali oleh Mister Francis  Xavier kerana aku mencuri buku library.

Kali ini dalam bilik yang sama aku menerima tawaran untuk ke Malay College.

Di luar pejabat aku baca isi kertas A4:
1 – Dua helai baju putih
2 – Dua helai seluar putih panjang
3 -  Satu seluar pendek hitam & baju t
4 –  Towel mandi
5 – Sepasang baju Melayu Putih & songkok
6 – Sepatu kulit hitam
7  - Payung

Tujuh perkara yang  wajib aku bawa ke Malay College Kuala Kangsar. Aku hairan kenapa aku wajib membawa payung. Apa jenis sekolah perlukan murid ada payung. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/07/13/terompah-dan-datuk-undang


PEGUAM & PERJUANGAN

 




Lawyers for Liberty masih bawa perjuangan sama, kata pengarah 

KURANGNYA pemahaman pihak berkuasa Malaysia mengenai peranan Lawyers for Liberty (LFL) dan intimidasi daripada badan kehakiman di seberang tambak meletakkan pengarah LFL baharu Zaid Malek dalam situasi yang sangat mencabar.

Tambahan pula, Zaid memberitahu The Malaysian Insight, isu-isu yang telah diperjuangkan oleh LFL sejak penubuhannya pada 2011, berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia, masih berlaku hari ini.

“Pengarah baru, isu lama yang sama,” kata Zaid.

“Saya dapati pihak berkuasa kurang memahami isu-isu utama menjadikan tugas kami lebih sukar.


“Sebagai contoh, apabila menangani isu tiada kerakyatan, mereka enggan memberikan bentuk tertentu malah telah membuat justifikasi undang-undang yang sememangnya salah.

“Selain itu, saya percaya sebahagian daripada orang ramai turut membuat komen pedas terhadap kerja yang saya lakukan, walaupun saya dan aktivis lain hanya cuba untuk menegakkan undang-undang dan Perlembagaan.

“Kami bukan pengkhianat; kami berfungsi sebagai pemeriksaan penting terhadap penggunaan kuasa oleh pihak berkuasa dan berfungsi sebagai suara kepada kumpulan yang terdedah.”

Zaid telah dilantik sebagai pengarah LFL yang baharu bulan lepas. Meminati kerja advokasi, Zaid yang berkelulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyertai firma Daim & Gamany pada 2018.

Di sini juga beliau berkenalan dengan pengarah LFL yang lepas, Lateefa Koya, N Surendran dan Eric Paulson.

Beliau berkata LFL sentiasa lantang bersuara dalam isu salah guna kuasa polis, pelanggaran hak asasi manusia, penggunaan undang-undang untuk menyekat hak individu serta tiada kerakyatan.

Isu-isu ini masih wujud dan LFL akan terus lantang mengenainya, kata Zaid.

Pencapaian utama LFL adalah untuk mendedahkan kes kematian dalam tahanan kepada orang ramai, yang tidak didedahkan sebelum ini, katanya.

“Sebelum LFL, tidak banyak pendedahan mengenai isu ini. Melalui kerja pendahulu saya, kami telah berjaya menjadikan kes kematian dalam tahanan sebagai isu awam.

“Orang ramai akan tahu mengenainya dan ia menjangkau kepada kerja-kerja lain yang kami lakukan. Kami memastikan bahawa kes tidak disembunyikan dan ia akan diketengahkan oleh media untuk menunjukkan bahawa kerajaan tidak boleh melakukan ini dalam diam.

Beliau pernah mewakili keluarga Dharmendran Narayanasamy yang meninggal dunia di balai polis Dang Wangi, S. Balamurugan yang meninggal dunia ketika ditahan di balai polis Bandar Baru Klang dan juga remaja yang maut ditembak polis di Glenmarie.

Sekatan oleh Singapura

Walaupun pihak berkuasa di dalam negeri kurang bersemangat tentang kerja LFL, di Singapura, tindakan pihak kehakiman yang menyekat peguam membantu rayuan untuk banduan Malaysia yang dihukum mati telah menyukarkan kerja LFL.

“Singapura bertindak tegas terhadap mereka (peguam yang mewakili banduan hukuman mati) dan badan kehakiman mengeluarkan denda. Mereka (banduan dan keluarga) perlu membuat representasi diri sekarang. Seperti apa yang berlaku kepada ibu Nagaentran.

Nageanthran K Dharmalingam dihukum mati pada 27 April selepas mahkamah menolak cabaran undang-undang yang difailkan oleh ibunya dalam percubaan terakhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Pada Mei, mahkamah Singapura menjatuhkan denda berjumlah S$20,000 ke atas peguam hak asasi manusia M Ravi dan Violet Netto kerana peranan mereka dalam mewakili Nagaentran.

“Tindakan denda dan tatatertib melanggar peranan peguam. Kami adalah pegawai mahkamah dan kami memberi orang ramai akses kepada keadilan.”

LFL mempunyai sejarah panjang membantu banduan Malaysia yang dihukum mati di Singapura. Ia memberikan mereka nasihat undang-undang yang diperlukan, memastikan banduan dibicarakan secara adil dan perbicaraan pengampunan mereka didengar dengan betul.

Biasanya ini dilakukan dengan bantuan peguam Singapura, kata Zaid, tetapi tidak lagi boleh dilakukan kerana peguam takut dengan kesan daripada badan kehakiman.

Zaid, yang baru-baru ini dikenakan amaran kerana menghina mahkamah oleh pihak berkuasa Singapura, berkata ini adalah taktik intimidasi oleh republik itu.

“Saya fikir ia adalah satu tindakan untuk menakut-nakutkan oleh kerajaan Singapura dan menunjukkan sejauh mana mereka sanggup pergi ke penjara untuk mendapatkan perwakilan undang-undang.”

Pihak berkuasa Singapura memberikan amaran bersyarat 24 bulan kepada Zaid dan LFL sebagai ganti pendakwaan atas kesalahan menghina mahkamah di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) 2016 (AOJPA) pada 6 Julai, 2022.

“Saya tidak fikir saya akan kembali (ke Singapura) dan ia adalah kerana amaran itu. Amaran itu merupakan satu cara untuk menghalang saya masuk dan ia berkesan.

“Amaran itu mengatakan bahawa saya mesti menghentikan diri saya daripada melanggar undang-undang atau mereka boleh mendakwa saya untuk sebarang kesalahan yang mereka anggap sesuai.

“Mereka tahu bahawa sebagai pengarah untuk LFL, mereka tahu kami tidak akan berhenti memberi bantuan guaman kepada banduan hukuman mati di Singapura.”

Zaid juga menegaskan bahawa adalah pelik apabila Badan Peguam Malaysia dan kerajaan tidak mengulas mengenai amaran yang diterimanya, lebih-lebih lagi memandangkan komen yang dianggap menghinanya dibuat di Malaysia kepada penerbitan tempatan.

“Badan Peguam Malaysia dan kerajaan harus campur tangan. Apa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di kawasan kita, mereka (Singapura) tidak boleh bertindak.

“Persoalannya adakah mereka menceroboh kedaulatan Malaysia. Saya rakyat Malaysia yang menggunakan hak saya untuk kebebasan bersuara di Malaysia,” katanya. – 13 Julai, 2022.

 

PEGUAM YANG

BERJUANG

AMIN

PEGUAM YANG

BUKAN CARI

KAYA

AMIN

PEGUAM BUAT

KERJA AMAL

AMIN

PEGUAM GUNAKAN

ILMU BANTU

YANG MISKIN

YANG TERTINDAS

AMIN

SALUT & TABEK

UNTUK

PEGUAM JENIS INI

AMIN

KHALAS