Jumaat, 21 April 2023
DAP TAK MAHU PIKUL KAVADI
Pakatan Pulau Pinang tidak akan serah kerusi kepada BN, kata Chow
PAKATAN Harapan (PH) Pulau Pinang tidak bercadang untuk menyerahkan mana-mana kerusi DUN miliknya kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata pengerusi PH negeri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata BN boleh mempertahankan dua kerusi penyandangnya di Pulau Pinang – Sungai Dua dan Permatang Berangan.
Bagaimanapun, Chow yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, kerusi milik Perikatan Nasional (PN) terbuka untuk rundingan.
Terdapat empat kerusi PN dalam DUN 40 kerusi itu.
“Setiausaha agung (DAP) menegaskan yang semua rundingan kerusi akan berdasarkan prinsip dipersetujui bahawa semua kerusi akan kembali kepada parti penyandang,” katanya seperti dilaporkan dalam Malay Mail Online hari ini.
“Berdasarkan prinsip ini, kami tidak akan meminta kerusi mereka (BN) dan ini harus timbal balik (mereka tidak akan meminta kerusi kami),” katanya.
Pada pilihan raya 2018, PH memenangi 37 kerusi, ketika Bersatu masih menjadi sebahagian daripada pakatan itu.
BN medapat dua kerusi manakala PAS satu kerusi, Penaga.
Selepas Bersatu keluar daripada gabungan PH dan dua Adun PKR dipecat daripada parti yang kemudiannya menyertai Bersatu, empat kerusi – Seberang Jaya, Sungai Acheh, Teluk Bahang dan Bertam – jatuh kepada PN.
PH dan BN kini bersekutu, bekerjasama untuk menghadapi PN di negeri itu. – 20 April, 2023.
DASAR BETUL
LAGI TEPAT
AMIN
PARTI DAP
TAK MAHU
PIKUL KAVADI
KHALAS
AWAS !!! CUACA PANAS AKAN SAMPAI
Phuket, Bangna dan Laem Chabang dijangka dilanda cuaca paling panas
PHUKET daerah Bangna di Bangkok dan Laem Chabang di Chonburi di Thailand dijangka dilanda cuaca paling panas dengan indeks haba diramalkan melebihi 54 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran suhu tinggi dan amaran mengenai pendedahan berpanjangan kepada haba boleh menyebabkan strok haba atau strok matahari.
“Selain itu indeks haba di Phetchabun dijangka mencecah 48.1 darjah Celsius dan daerah Kosum Phisai di Maha Sarakham pula diramal mencecah 44.5 darjah Celsius iaitu tahap berbahaya. Pendedahan berpanjangan boleh menyebabkan strok matahari, kekejangan dan keletihan haba,” menurut jabatan itu.
Cuaca panas terik di Thailand dijangka berterusan sehingga Rabu depan kerana suhu boleh mencecah 44 darjah Celsius di wilayah utara.
Suhu di wilayah timur laut, tengah dan timur dijangka mencecah 42 darjah Celsius manakala suhu di selatan ialah 39 darjah Celsius.
“Kawasan di utara, timur laut, tengah dan timur Thailand akan mengalami cuaca ‘sangat panas’ dan berjerebu pada siang hari serta ribut petir dengan tiupan angin,” menurut jabatan itu.
Ribut musim panas termasuk ribut petir, tiupan angin dan hujan batu diramal bermula di wilayah timur sebelum ia merebak ke kawasan lain.
Tiupan angin diramal merentasi Laut Andaman, bahagian Selatan dan di kawasan Teluk yang akan membawa lebih banyak hujan ke bahagian selatan Thailand. – Bernama, 21 April, 2023.
AWAS !!!
CUACA PANAS
AKAN SAMPAI
AMIN
KIAMAT IKLIM
SEDANG BERJALAN
KHALAS
CARA BARU SELUDUP DADAH
UK rampas 1 tan kokain di perairan Channel
PASUKAN penguatkuasa sempadan United Kingdom merampas lebih satu tan kokain ditemui terapung di English Channel, kata Kementerian Dalam Negeri.
Polis dimaklumkan berkenaan kotak bungkusan di laut itu pada awal pagi Rabu.
Kapal pasukan sempadan mengesannya dan membawanya ke pelabuhan di Dover, di pantai selatan England.
Ujian forensic mengesahkan bungkusan itu mengandungi kokain dengan anggaran berat satu tan.
“Rampasan ini adalah mesej jelas kepada sesiapa yang mahu menyeludup dadah ke negara ini,” kata ketua pasukan pengawal sempadan Steve Dann.
Rampasan itu dibuat selang beberapa minggu selepas dua tan kokain dibungkus dalam kotak bertutup, dengan ada yang diikat dengan jaket keselamatan, terdampar di pantai di Normandy, Perancis.
Jumlah kokain yang dirampasan meningkat 68% sepanjang 12 bulan lalu, mencatat rekod baharu 18.8 tan, menurut pihak berkuasa. – AFP, 21 April, 2023.
WOIT
INI CARA BARU
SELUDUP DADAH
AMIN
BALING DLM LAUT
MEMBER TUNGGU
TEPI PANTAI
AMIN
DULU GERILA IRA
BAWA MASUK
SENJATA CARA INI
AMIN
KHALAS
BERBUKA PETANG RAYA
BERBUKA
PETANG RAYA
PETANG INI GUA BALIK KAMPUNG
PETANG INI GUA BERBUKA
DI KAMPUNG
AMAT SPESIAL
ADA LEMANG
ADA RENDANG
ADA TAPAI UBI
ADA TAPAI PULUT
GUA ADA LAMPU PELITA
GUA NAK PASANG
MALAM INI
KEMUDIAN MAIN BUNGA API
TAHUN INI GUA
ATK MAIN MERCUN
GUA HORMAT PADA
EZI DAN TAK TAK
PETANG INI GUA
NAK TENGOK KOLAM IKAN
NAK TENGOK POKOK LIMAU
PALING SPESIAL
NAK. PETIK PUCUK KETUM
ADA YANG BERI GUA TAHU
BOLEH BUAT ULAM
GUA NAK CUBA
OK
SELELASI KITA PUASA
ESOK KITA RAYA
RELAX DAN ENJOI
KITA ENJOI APA
APA YANG ADA
DALAM HIDUP INI
GUA TAK BANYAK KEINGINAN
GUA RAYAKAN APA YANG ADA
GUA TAK PERNAH
IMPIKAN AKAN YANG GUA
TAK ADA
SELAMAT BERBUKA
PEMEGANG MOHOR BOTOL BESAR
KITA RAYA
IKUT KATA
PEMEGANG MOHOR
BOTOL BESAR
...OPPS SILAP
IKUT CAKAP RTM
AMIN
Unknown commented on
"RAYA MAKIN MENARIK - TERIMA KASIH RONALD REAGAN"
Zaman kemajuan semua tak sama, tak sama kerana budaya lain cara hidup lain, dulu ingat sekali negeri Perak raya awal kah kah kah bukan pasal anak bulan tak masuk teropong, sebab sultan masa itu hebat belaka kah kah kah, siapa tak suka boleh blah negeri lain, senang cerita lah kah kah kah
JANGAN BAZIR MAKANAN
Pembaziran makanan nafikan hak makanan orang lain, kata bank makanan
RAKYAT Malaysia mesti terus berhati-hati dan mengelak daripada membazir makanan kerana ada orang lain yang memerlukan makanan yang seimbang, kata Lost Food Project (LFP).
LFP berkata setiap hari 4,000 tan makanan yang boleh dimakan dibazirkan. Ini lebih teruk semasa tempoh Ramadan dengan kira-kira 30% lebih banyak pembaziran.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ariffin Buranudeen berkata pembaziran ini berlaku pada musim perayaan, acara, bufet dan lain-lain manakala 25% daripada jumlah pembaziran datang daripada isi rumah.
“Makanan yang dibazirkan menafikan hak orang lain untuk mendapatkan nutrisi yang sepatutnya. Makan, tetapi jangan membazir.
“Itulah sebabnya kita perlu memenuhi tujuan kita memberi makan kepada orang yang kelaparan dan bukannya tempat pembuangan sampah,” katanya kepada The Malaysian Insight.
LFP ialah bank makanan bukan berdasarkan keuntungan yang komited untuk menyelamatkan dan mengagihkan semula lebihan makanan dan keperluan bukan makanan kepada lebih 80 kumpulan masyarakat sivil dan beribu-ribu keluarga B40.
Ariffin berkata, terdapat peningkatan kira-kira 30% penerima yang memerlukan bantuan makanan sejak tahun lepas.
“Pada 2022 kita menjimatkan 1.6 juta kg makanan dan inilah yang diberikan kepada rakyat, pada 2021 ia adalah 1.2 juta kg.
“Terdapat peningkatan dalam tan makanan yang diselamatkan dan penerima. Kami sedang membantu 20,000 penerima setiap bulan,” katanya.
Ariffin berkata pada Mac lalu mereka “menyelamatkan” 232,827 kg sayur-sayuran dan buah-buahan dari pasar borong Selayang, hasil segar (8,417 kg), kedai roti (8,113 kg), barangan runcit kering (13,098 kg) dan daging/makanan laut (1,099 kg).
Katanya, ia merupakan kutipan tertinggi mereka setakat ini.
Ariffin berkata punca orang ramai memerlukan makanan bukan kerana tidak cukup makanan.
“Ia boleh didapati di mana-mana. Mereka (orang ramai) boleh melihat makanan itu, tetapi mereka tidak boleh membelinya.
“Isunya adakah rakyat mampu membeli makanan tersebut dan ini membawa kepada isu kemiskinan,” katanya.
Beliau berkata mengikut indeks kelaparan global Malaysia berada di kedudukan ke-40 daripada 117 negara yang dianggap sederhana.
“Tetapi kita tidak sederhana jika rakyat tidak mampu untuk membeli makanan. Jadi kita kena tangani isu kemiskinan barulah kita boleh tangani isu ketersediaan makanan.
“Jadi bagi kebanyakan B40 yang mendapatkan makanan mereka daripada kami mereka boleh menjimatkan perbelanjaan mereka,” katanya.
Pengagihan makanan
Ariffin berkata, LFP menyediakan makanan untuk kira-kira 80 kumpulan masyarakat sivil dan penerima di lapan kawasan perumahan kos rendah di sekitar Kuala Lumpur.
Beliau berkata bekalan makanan mereka diperoleh daripada kira-kira 30 penderma korporat yang memberi lebihan makanan atau menaja barangan kering itu.
“Kami juga mempunyai pasukan yang “menyelamatkan” roti dari kedai roti. Kami mengumpul makanan pada waktu malam dan menyampaikannya kepada B40, pelajar, perumahan kos rendah atau mereka yang berada di jalanan.
“60% makanan yang dikutip iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan datang dari pasar borong Selayang.
“Kami mempunyai pasukan yang mempunyai lima sukarelawan yang ditempatkan di sana setiap hari. Kami mempunyai dua lori yang bersiap sedia. Pasukan ini ditaja oleh Yayasan Sime Darby,” katanya.
Kutipan bulanan sayur-sayuran dan buah-buahan LFP adalah kira-kira 200,000 tan manakala roti dan barangan roti lain adalah kira-kira 8,000 tan.
Katanya mereka mempunyai kira-kira sembilan kakitangan menguruskan pusat itu dengan kira-kira 200 sukarelawan datang setiap bulan untuk membantu. – 21 April, 2023.
KOMEN
KETIKA KITA
MENJAMU SELERA
DI HARI RAYA
JANGN KITA
MEMBAZIR
AMIN
RAYA DAN RAJA
HARI RAYA
DAN KUASA RAJA
Satu Pandangan
Oleh Hassan Abdul Karim
Mengapakah setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh hariraya puasa ialah pada hari Sabtu 22 April 2023 maka semuanya akur dan polimik hangat sebelum ini sama ada Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat atau Sabtu terhenti dengan sendirinya?
Jawapannya kerana rakyat Islam di Malaysia faham bahawa dalam soal urusan agama Islam adalah di bawah kuasa Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu. Ini dipanggil kuasa ataupun authoriti yang memberi legitimasi.
Setiap hari Jumaat di dalam khutbah dinyatakan bahawa orang Islam dikehendaki patuh kepada “mereka yang berkuasa di kalangan kamu” yang membawa maksud mereka itu ialah pemerintah termasuklah raja-raja. “Jika kamu berbalah maka kembalilah kepada Quran dan Hadis”. Demikian nasihat di awal khutbah Solat Jumaat.
RAYA MAKIN MENARIK - TERIMA KASIH RONALD REAGAN
Arab Saudi sambut Aidilfitri hari ini, Pakistan esok
UMAT Islam di Pakistan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.
Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Ruet-e-Hilal Pusat di Islamabad.
Pada satu sidang media, pengerusi panel melihat anak bulan, Maulana Abdul Khabir Azad berkata jawatankuasa itu sebulat suara memutuskan Hari Raya Puasa ditetapkan pada Sabtu.
Sementara itu Arab Saudi akan menyambut Aidilfitri hari ini manakala Oman akan meraikan 1 Syawal pada Sabtu. – Bernama, 21 April, 2023.
WOIT
PESTA RAYA MAKIN
MENARIK
AMIN
KINI KITA TAHU
ADA RAYA DI SANA
ADA RAYA DI SINI
AMIN
TERIMA KASIH
RONALD REAGAN
KHALAS
APA KATA TAMRIN
JANGAN MALUKAN AGONG KERANA PENTINGKAN JAWATAN
Rabu - 19/04/2023
1. Mengapa dulu Agong boleh memberi Pengampunan Di Raja atau Royal Pardon kepada Anwar yang ketika itu sedang merengkok hampir 10 tahun di Penjara Sungai Buluh dengan HANYA memaklumkan beliau melalui talipon
2. Apakah benar keadaan sekarang sudah berubah bak kata pepatah :
LAIN PADANG
LAIN BELALANG
LAIN HULU
LAIN PARANG
LAIN DULU
LAIN SEKARANG
3. Jika benar Agong hanya bertindak selepas mendengar nasihat Lembaga Pengampunan yang katanya akan bersidang pada 28hb April ini maka tidak hairanlah persoalan timbul iaitu :
APA GUNANYA LEMBAGA PENGAMPUNAN DI ADAKAN JIKA AGONG MENDENGAR ATAU MENOLAK NASIHAT TERSEBUT
4. Mengikut Perlembagaan dan cerahaan Zainur Zakaria , Peguam Kanan atau Senior Council , Perdana Menteri MISTI mempengurusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bakal menyaksikan samada permohonan Najib yang disokong oleh satu memorandum UMNO kepada Agong diterima atau ditolak
5. Sudah ada cadangan agar Perdana Menteri berkuacali dan menyerahkan kepada Agong membuat keputusan sendirian
6. Tujuan 'BERKECUALI' tersebut bagi 'melepaskan tengkok' atau dalam bahasa kasarnya ialah 'biar orang lain yang memikul beban , asalkan aku selamat'
7. Jika ini berlaku maka Agong dan Institusi Raja - Raja pasti akan dipersoalkan dan dipersalahkan , bak kata bidalan :
DI TELAN
MATI EMAK
DI LUAH
MATI BAPAK
seperti gergaji
DI SORONG
PUTUS
DI TARIK PUN
PUTUS
8. Agong berada dalam keadaan serba salah kerana Najib merupakan :
i. Sahabat baik beliau sejak kecil lagi
ii. TIDAK pasti dan keterlaluan kebenaran cakap - cakap kedai kopi atau rumours mengatakan bukan sahaja arwah Sultan Pahang malah Agong dan adik beradik beliau sendiri berkemungkinan telah sedikit sebanyak merasa habuan samada berbentuk wang tunai atau projek dari
CASH IS KING , Wallahualam !!
iii. Gelaran 'Pembesar 4 Pahang'
sebenar nya sebagai seorang 'PEMBESAR' sepatutnya beliau merasa malu apa yang pernah dilakukan nya
iii a. Istana Pahang PATUT menarik balik gelaran tersebut dan gelaran - gelaran lain seperti Datuk Seri ; begitu juga Negeri - Negeri lain yang belum berbuat demikian
b. Hanya Quran sahaja yang tidak boleh ditarik atau dipinda.
c. Sedar atau tidak Najib yang didapati bersalah oleh 13 dari 14 orang Hakim merupakan MANTAN Perdana Menteri PERTAMA yang maseh mempunyai Gelaran itu dan ini yang sedang merengkok didalam penjara
d. Sedar kah kita SELURUH dunia tahu dan kenal Malaysia oleh kerana IMDB , dan sedarkah kita DOJ , Amerika Syarikat berkerja kuat merampas dan memulangkan harta rampasan tersebut kepada kita selain dari Tim Lessner dan Roger Ng dipenjarakan dan 2 buah Bank diarah tutup oleh Kerajaan Singapura kerana terlibat dalam kes skandal IMDB yang terbesar didunia sejak Nabi Adam lagi ?
9. Dengan memorandum yang dihantar UMNO kepada Agong ia sekali gus mengesahkan :
i. UMNO mencampuri KEBEBASAN Kehakiman ; jika ini pun boleh dilakukan maka TIDAK HAIRAN jika UMNO juga mencampuri kebebasan Badan - Badan lain seperti Peguam Negara , SPRM dan SPR
ii. Membebaskan Najib bermakna UMNO kini begitu lemah sehingga memerlukan pencuri bagi menghadapi PRN dan PRU akan datang
iii. Terbukti juga UMNO sejak dibawah kepimpinan Zahid Hamidi , Jawa Ponorogo , ianya TERLALU SEBUK BERJUANG untuk
a) Mendapat kuasa ,
b ) Melepaskan pencuri dari penjara dan
c) Meminta Peguam Negara MENGGUGURKAN 47 kes beliau
sedangkan nasib rakyat terutama yang marhaen , dengan kos barang - barang dapur terus melambung naik TIDAK di ambil serius ; jika ada pun , seperti pepatah :
MELEPAS
BATUK
DI TANGGA
d) UMNO HANYA SEBOK MENABUR JANJI dan MENABUR wang ringgit TERUTAMA APABILA MENGHAMPIRI Pilihan Raya Negeri atau PRN dan PRU
10. Umum cukup yakin dan percaya Agong akan menggunakan KEWARASAN beliau apabila membuat keputusan nanti :
i. Samada terikut - ikut kehendak UMNO yang sekali gus menimbulkan persoalan
'SIAPA RAJA ?'
II. Takkan lah Agong MEMIHAK kepada keputusan seorang Hakim dari 13 Hakim yang mendapati Najib bersalah - apakah ini demokrasi ? , dan apa logik nya ?
11. Jangan ujud situasi dimana Agong kita dipandang rendah atau tidak dihormati masyarakat tempatan dan dunia HANYA kerana seorang pencuri
12. Seperti pemulangan Paspot Antarabangsa Zahid , dimana keadilan kepada mereka yang terpaksa menyerah dokumen perjalanan atau paspot apabila dituduh walaupun mungkin tidak bersalah
13. Dimana keadilaan kepada 70 , 000 banduan lain jika Najib seorang di bebaskan ; inikah perjuangan
R E F O R M A S I dan Malaysia MADANI yang di perjuang dan dilaung - laungkan selama ini ?
14. Jika Agong dan Anwar membebaskan Najib atas apa pun alasan , dimana janji keadilan ketika SUMPAH JAWATAN dulu
15. Raja - Raja Melayu WAJIB menetap dan menasihatkan Agong agar TIDAK melepaskan Najib yang HANYA berada di penjara 6 bulan dari jumlah 12 tahun dan denda RM210 juta
16. Memang tidak dinafikan Najib telah juga menabur bakti kepada Negara TAPI Najib juga seorang PENCURI yang terbesar didunia sehingga Negara sekarang TERPAKSA menanggung hutang Rm1.3 Trillion
17. ITU LAH LEGASI PENINGGALAN NAJIB YANG AKAN DIKENANG BUAT SELAMA - LAMANYA seperti legasi Hang Tuah , Puteri Langkawi , Mat Kilau dan Bonnie & Clyde
18. Agong dan Raja - Raja perlu ingat :
TIADA RAKYAT
MAKA
TIADA RAJA
TIADA RAJA
MAKA
TIADA AGONG
19. Sebagai pemimin Islam terutama nya , kita perlu diingatkan selalu Hadis Nabawi Sahih Bukhari :
'orang - orang sebelum kalian BINASA kerana ketika ada orang dikalangan terhormat mencuri , mereka di bebas dan diampunkan , dan ketika orang dikalangan rendah mencuri di tegakkan hukuman terhadap nya ; demi ALLAH
sekiranya Fatimah , anak ku sendiri mencuri AKAN ku potong tangan nya '
20. Artikel ini dikirim kan juga kepada YDP Agong dan semua Raja - Raja Melayu
Wassalam
Terima Kasih
JUAL VISA NIAGA GLOBAL
JUAL VISA
NIAGA GLOBAL
AMIN
politikgilababi commented on
"JUAL VISA IKUT ZAHID ?"
Nak harammmmm....tak cukup di- Malaysia sampai Bangladesh depa pi rembat, Global betoi lahh... aku rasa TT buat pitnah ni sebab depa ni semua bukan kapiaq yg makan babi, bukan tak basuh berak, bukan minum wain atau wiski punya orang...TT ! Hang jangannnn...
POSA ONAM
LOPEH RAYO
POSA ONAM
LOPEH TU
INTERMITTENT
FASTING
KHALAS
Unknown commented on
"RAYO ARI SABTU"
Hari terakhir puasa, kalau nak puasa lagi boleh saja sambung sambung tapi ramai tidak, berat badan ada turun tak? Pasti tak tak dan ezi badan naik, apa pun selamat hari Raya
DI AMBANG RAYA
DI AMBANG RAYA
JUMAAT 21/4/2023
KITA DI AMBANG RAYA
ESOK SABTU
HARI RAYA
PEMEGANG BOTOL BESAR
OPPPS.... SILAP
PEMEGANG MOHOR BESAR
TELAH UMUM ESOK RAYA
ANAK BULAN TAK NAMPAK
AMIN
INDONESIA
JOGJA DI KATAKAN
DAH RAYA HARI KHAMIS
MAJORITI RAYA
HARI INI
ARAB SAUDI
RAYA HARI INI
PAKISTAN
NEGARA REPUBLIK ISLAM
RAYA ESOK
MACAM MALAYSIA
AMIN
TEKNOLOJI INTERNET
MEMBOLEHKAN KITA
TAHU TENTANG RAYA
DI NEGARA NEGARA LAIN
TERIMA KASIH RONALD REAGAN
HOKKIEN
PAGI INI KERING
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI KABUS TEBAL
KL & KL SENTRAL BERKABUS
KELMARIN HUJAN SEDIKIT
HOW WOW
BERSUARAA
TUK TUK BERSUARA
MURAI BEKICAU
JANTAN BERKOKOK
DARI DUA BUKIT
DALAM BELUKAR TIONG
BISING BERGADUH
TERKUKUR BERSUARA
DARI PADANG RUMPUT
MENYAMBUT PAGI JUMAAT
YANG PERMAI
GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
PETANG NANTI GUA NAK
BALIK KAMPUNG
TAPAI LEMANG KETUPAT
RENDANG SEDNAG MENUNGGU
GUA DAH BERSEDIA
DENGAN PELITA MINYAK
GUA DAH BERSEDIA
DENGAN BUNGA API
TAHUN INI GUA TAK BELI MERCUN
GUA TAK SANGGUP
LIHAT TAK TAK & EZI
MENGGIL TAKUT
MALAM RAYA MENYOROK
BAWAH KERETA
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SENYUM KERANA
PAGI YANG INDAH
DAN KITA BERJAYA
BERPUASA 30 HARI
BRO
KEBAHAGIAN DIRASAKAN
OLEH SESIAPA SAJA
YANG BOLEH MERASA PUAS
PADA DIRINYA
BRO
KEBAHAGIAN DATANG BILA
APA YANG LU BUAT
APA YANG LU KATA
BAWA MANAFAAT
PADA ORANG LAIN
BRO
SESIAPA YANG KLIM
TAHU SEMUA JAWAPAN
DIA BELUM PERNAH
DAPAT SOALAN
BRO
KITA JADI GEMBIRA
BILA APA YANG KITA PIKIRKAN
APA YANG KITA CAKAP
APA YANG KITA BUAT
SEMUA BERJALAN SELARI
BRO
EMAS YANG LU CARI ITU
ADA DALAM DIRI LU
BRO
LU BERJALANLAH KE ARAH
TEMPAT IMPIAN LU
LU JALANI HIDUP
SEPERTI YANG LU BAYANGKAN
BRO
TAK PERLU MENAKLOK GUNUNG
KITA TAKLOK
DIRI KITA SENDIRI
BRO
BILA SUDAH MAHU KE LADANG
USAH LAGI DIBAWA MANDI
BILA SUDAH MEMBANTU ORANG
USAHLAH MINTA DI PUJI
BRO
BILA NAK PERGI KE LADANG
USAH LAH MEMBAWA KERTAS
BILA LU BANTU ORANG
USAHLAH MINTA DI BALAS
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA
Langgan:
Catatan (Atom)