Rabu, 17 Mac 2021

INI NAMANYA PERANG RAKYAT

 


INI NAMNYA

PERNAG RAKYAT

RAKYAT BANGUN

MELAWAN KEZALIMAN 

 

MARI KITA TEKA

 



WOIT

SAPA BOLEH TEKA

HARI INI YB XAVIER DI MANA?

1 - BERSAMA PEGUAM
2 - BERSAMA PENGURUP WANG
3 - BERSAMA YB SHAMSUL
4 - BERSAMA  DATUK SERI ANWAR
5 - CARI PUJUK PAKU TEPI SUNGAI KLANG

TEKA  TEKA TEKA
JANGAN
TAK TEKA

AMIN





K

 

PAKATAN HARAPAN TAK SOKONG ANWAR

 


PEMIMPIN 

PAKATAN HARAPAN

TAK SOKONG

ANWAR

AMIN

PKR  AKAN BERSAMA

KLEPTOKRAT

TANPA PAKATAN

KHALAS


Tidak perlu kerjasama dengan kleptokrat, kata 5 ahli Parlimen kepada Anwar

LIMA ahli Parlimen pembangkang menggesa Anwar Ibrahim supaya tidak menjalin kerjasama dengan kleptokrat, selepas presiden PKR mengesahkan ada rundingan peringkat awal dengan pemimpin Umno untuk kerjasama politik.

Mereka sebaliknya menggesa Anwar, yang juga ketua pembangkang, supaya mengukuhkan blok besar pembangkang untuk menghadapi kesan kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional.

Kata mereka, blok pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama dan kesepakatan sesama parti dan ahli Parlimen bagi membawa satu agenda bersama untuk memulihkan Malaysia, yang terjejas akibat krisis politik dan kesan pandemik Covid-19.

“Kami menyeru agar Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat. 

“Sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak perlu dibina berdasarkan asas ini. 

“Kita perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua,” kata mereka dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan dikeluarkan bersama oleh pemimpin dari lima parti yang membentuk blok besar pembangkang iaitu Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub; Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman; Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong; pengasas Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Baru Bian dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Kenyataan ini mengulangi nada kenyataan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Disember 2020 yang mahu Pakatan Harapan membuat anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang.

Kecuali Liew yang merupakan senator, empat yang lain adalah anggota Dewan Rakyat.

Menurut mereka, Malaysia perlukan sebuah blok pembangkang yang kuat untuk menghadapi “kecelaruan pentadbiran dan pengurusan ekonomi” negara di tengah pandemik Covid-19 yang berpanjangan.

“Sepanjang negara melalui krisis tiga serangkai – ekonomi, kesihatan dan politik - kepimpinan Perikatan Nasional tidak menonjolkan arah tuju dan rancangan yang jelas. 

“Kelompongan ini perlu dimanfaatkan oleh blok pembangkang dengan mengetengahkan satu gagasan bersama berlandaskan agenda peduli rakyat,” kata mereka.

Semalam, Anwar sekali lagi mengesahkan ada perbincangan antara PKR dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama politik.

Beliau bagaimanapun menjelaskan perbincangan itu masih pada peringkat awal dan membabitkan sokongan beberapa ahli Parlimen Umno untuk bekerjasama secara individu.

Perbincangan itu berlangsung ketika keabsahan majoriti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat terus jadi pertikaian.

Semalam, Anwar juga menggesa media untuk mempersoalkan sokongan majoriti yang ada pada Muhyiddin daripada bertanya kepadanya tentang sokongan yang ada beliau ada untuk menjatuhkan kerajaan. – 17 Mac, 2021.


DALAM PKR

SENDIRI

ANWAR TAKDAPAT

SOKONGAN

MAJORITI 100%

KAH KAH KAH

HANYA  SOKONGAN

ADEQUATE

KAH KAH KAH


SELESAI KOBID DULU

 



SELESAI KOBID

DULU 

Unknown commented on 

"MUHYIDIN TAKDA MAJORITI"

Demokrasi ni bukan untuk tukang-tukang politik sahaja. Tukang-tukang politik ni senbetul nya perosak demokrasi. Apa jenis demokrasi yang dia orang bawak ni ? Kelahi tak sudah sudah ? Kalau setahun dua tu kita boleh terima la. Tapi kalau dah nak masuk 23 tahun, ini sudah jadi demoklahi. Huraian nya kerja rampas-merampas kerajaan. Rakyat boleh aje terima kerajaan sekarang sampai Parlimen diBubarkan untuk PRU15. 

Apasal tukang-tukang politik ni nak terus bertukang nak rampas kerajaan ? Rakyat tak mau Parlimen dijadikan alat rampas-merampas kerajaan. Kita tunggu PRU15. Anwar Ibrahim tolong diam. Memekak pagi petang siang malam buat rakyat lagi terganggu. Abah dah janji covid reda, kita undi. Ini kita tuntut dari abah dan abam tolong berhenti la merapu. Selesai covid dulu.

WAJIB BERI PERHATIAN

 


DUIT KOMISEN

SATU HASIL

JANGAN BAGI

ORANG RAMAI SUSAH 

ANWAR MASIH CUKUP NUMBER

 



ANWAR MASIH

CUKUP NUMBER 

cikminah commented on

 "TERKINI TER NOWW 

TER HOTT"

He (Anwar)is counting the chicken before they are hatched that's why, he will never get the numbers.

Awaiting moderation

Unknown commented on

 "ABAH NAK SELAMAT"

TT, sidang media Abam, apa tujuannya? cerita basi yang kosong dijaja ke hulur ke hilir ? Lebih baik jangan buat. membazir masa wartawan je.

ANWAR TAK DAPAT SOKONGAN

 



BELUM APA APA

DAH KENA

SAILANG

KAH KAH KAH 


Tidak perlu kerjasama dengan kleptokrat, kata 5 ahli Parlimen kepada Anwar


SAILANG JANGAN

TAK SAILANG

KHALAS 

PERANGAI TOK MAT

 


PERANGAI 

TOK MAT

panglimo potaseh commented on 

"WARGA N9 KENAL 

SIAPA TOK MAT"

Kalah poghagai Tok Mat camtu gwa tak heran ..sobab dio UMNO ..satu lagi Tok Mat ni musti suko temberang yang dio sangat porihatin dongan Akar Umbi .


TADBIR PKR DULU SEBELUM NEGARA

 



TADBIR PKR DULU

SEBELUM NEGARA 

Unknown commented on 

"MUHYIDIN TAKDA MAJORITI"

Ada ke tak ada majoriti tak lagi penting. Yang penting, Anwar Ibrahim ada tak kebolehan mentadbir negara sebagai perdana menteri? Antara 3 parti dalam Pakatan Harapan, hanya Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti yang dipimpin Anwar, dalam keadaan huru-hara, ahli Parlimen lompat katak. 

Kalau Anwar tak dapat tadbir parti sendiri dengan baik, ada apa jaminan Anwar erti tadbir negara? Rakyat harus lupakan Anwar. Kita cari bakal pemimpin lain.

ADA PARTI BARU?

 



ADA PARTI

BAHARU ?

Unknown commented on 

"DATUK SERI 

BUAT PENGUMUMAN"

kau jgn nak malukan anwar hisam..anwar tu magrib2 dia boleh bagi kuliah, dah la micropon dia besar, segala lubang leh dengar..lubang belakang lubang depan, dah la skrg ahli2 umno taknak anwar..


kau buat pulak berita rafizi dan ijah nak tubuh parti baru, anwar takkan menyerah kalah, pasti, kut2 mana pun anwar tetap akan dapat jadi PM, hanya dgn jawatan PM sahaja dia akan dpt berkhidmat kepada lubang rakyat seluruh negara.

SAMPAI MACAM MANA ?

 



SAMPAI

MACAM MANA ?

Unknown commented on 

"LARRY LARY LARI"


Sampai macam ni perangai TT

ANAK MUDA SABAH MENYUSUN BARISAN

 



 

JUMAAT MALAM


Salam Sejahtera

MAHASISWA DAN MASYARAKAT :

 SIRI 3 

(SEJARAH PERLAWANAN MAHASISWA) 


Suara Mahasiswa UMS akan mengadakan Forum yang bertajuk "SIRI MAHASISWA DAN MASYARAKAT : SIRI 3 (SEJARAH PERLAWANAN MAHASISWA).

Diskusi pada kali ini agak menarik untuk dibincangkan dan pengetahuan ini agak dekat dengan kita sebagai Mahasiswa. Oleh itu, kami menjemput anda untuk sertai kami secara langsung di Facebook rasmi Suara Mahasiswa UMS pada ketetapan berikut:


Tarikh : 19 Mac 2020 (Jumaat)

Masa : 8 Malam

Medium : https://www.facebook.com/SuaraMahasiswaUMS/ 

"Dari mahasiswa kepada mahasiswa, dari mahasiswa untuk rakyat Malaysia"









WARGA MYANMAR SEDAR PERANAN CHINA MERAH

 

WARGA MYANMAR

SEDAR PERANAN

CHINA MERAH 

BINTANG TIGA



 

BINTANG TIGA


Jepun  mendarat di Kota Bahru pada 8 Disember 1941. Soldadu Jepun bergerak  bertempur dan berbasikal ke Selatan untuk menawan Singapura.  Dari satu mukim ke satu daerah Jepun  berjaya mengalahkan  tentera Inggeris.  

Soldadu Inggeris bersama askar upahan dari negara  tanah jajahan – dari India dan Afrika -  cuba bertahan melawan Jepun.   Soldadu Inggeris meletupkan  jambatan penghubung jalan sebagai taktik untuk melambatkan  pergerakan soldadu  Jepun. 

Berjaya melambatkan Jepun tapi gagal untuk mengalahkan Jepun.

Hasilnya: Jepun mengambil lebih dari satu bulan untuk  berjaya mengalahkan kuasa kolonial Inggeris. Seluruh Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Jepun pada 31 Januari 1942.

Jepun sampai ke Kampung Tengah  berbulan bulan kemudian. Pusat pentadbiran  Jepun untuk Negeri Sembilan pastilah di Seremban. Untuk Kampung Tengah   di Kuala Pilih. 

Di Kampung Tengah  Sekolah Tengkek telah dijadikan pusat penempatan askar  Jepun untuk mengawal kawasan pedalaman. Sekolah Tengkek ini juga menjadi kepok padi Jepun.

Cik Gu Zaleha Sidek masih setia menjadi guru bersama guru besar Cik Gu Bador. Kini  Sekolah Tengkek di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran  Jepun.  Masuk tahun ke dua di bawah kerajaan Jepun  Cik Gu Zaleha   telah mula boleh mengajar  bahasa Jepun kepada murid sekolah. 

Mengikut surah Emak aku  dia  belajar dan memahami bahasa Jepun dalam masa 6 bulan.  Emak aku belajar dengan tekun. Dalam masa yang sama Emak aku juga takut dengan askar Jepun. Belajar dalam takut.

‘ Mak raso dalam enam bulan Mak belajar... baru dapek...’ Pencerahan dari perawi sahih.

Abah aku Rais Manaf juga  telah boleh bertutur  dalam bahasa Jepun.  Ini kerana Abah aku telah direkut oleh Jepun untuk menjadi  pengawal  kepok padi dan bahan makanan yang terkumpul di Sekolah Tengkek.

‘ Masa tu susah boto... Mak takut bila nampak askar Jopun tu... orang kampung lagi takut... makanan makin susah... padi tak  jadi... Abah  kau dah  jadi pengawal Jopun...bukan ada gaji..’

Emak aku juga  pernah bercerita tentang satu penyakit  yang melanda orang kampung di musim Jepun. Mengikut Emak aku orang yang jatuh sakit kelihatan pucat, tembam dan sembab. Bila dicucuk peha atau lengan  dengan jari lekuk akan muncul.
‘ Sakit apa ni Mak ?’

‘ Beri beri ... sebab tak makan nasi ....kurang zat makanan .. ubat pun tak ado... masa itu demam kura pun banyak... ubat kuinin belum ada...  yang ada bomoh   menjampi air kelapa...’

Bila Emak aku bercerita aku hanya merakam untuk  dijadikan ingatan.  Aku tidak dapat merasa apa-apa keperitan dalam suasana perang.  Aku cuba berkhayal melayari zaman Jepun yang dilalui oleh Emak dan Abah aku  tapi gagal.   Perit telinga mendengar perit lagi  badan dilanda perang.

Aku masih tidak dapat gambarkan bagaimana soldadu Jepun itu merayau-rayau dalam kampung aku. Apakah  ada askar Jepun  terkencing bawah pokok manggis depan rumah Tok Wan aku.  Berapa  banyak orang kampung  yang telah  pernah dipaksa oleh Jepun memanjat pokok kelapa bila Jepun  haus dahaga. 

Aku tidak dapat juga menggambarkan basikal apa yang dinaiki oleh  Jepun itu. Apakah basikal Jepun itu sama seperti  basikal Raleigh milik  keluarga kami. Satu satunya basikal yang terus digunakan oleh Emak dan Abah  dari Kampung Tengah hingga ke Sekolah Tapak.

Hari ini bila aku melihat Sekolah Tengkek aku cuba  membayangkan rupa bentuk sekolah atas tanah yang beratap  rumbia, berdinding papan dan berlantaikan simen.  Dari ingatan aku  depan pintu masuk ke sekolah  pokok chiku depan. Pokok ini besar dan redang. Pasti pokok ini telah ada di zaman Jepun.

“Malam tu ... entah pasal apa Abah kau tak pergi berkawal...’ Emak aku memulakan surah.

‘ Nasib baik  betul... malam itu lebih 10 orang China datang... hari dah malam... Jepun masa itu tak ada... semua balik ke  Pilah...’

‘ China apo  datang Mak? ‘

‘ Chino Bintang Tiga...’

‘ Bintang tiga ini apa Mak...’ Aku tak sabar nak tahu.

‘  Chapiau dia ada gambar tiga bintang...’

‘ Chapiau ni apa Mak...”

‘ Topi.. topi hijau tiga bucu .. tengah-tengah ada  gambar  tiga bintang merah..’

Aku telah mendengar surah sahih  Bintang Tiga ini dari mulut Mak aku sendiri.  Surah sahih ini ialah  kesah  satu malam bila Kumpulan China Bintang Tiga sampai  ke Sekolah  Tengkek.  

‘ China ni  ada bawak senapang.... kemudian China ni mengumpulkan orang kampung.. mana yang dekat sempat datang ke sekolah awal.... Yang jauh kena panggil  datang. .. rumah kita jauh .... Mak Abah tak tahu hal...malam tu...Abah tak berkawal malam tu..’

‘ Chino ini panggil orang kampung... nak bagi tahu orang kampung hal Jepun... nak  mengajar orang kampung cara nak melawan askar Jepun...’

Menurut Mak aku apabila  Pasukan Bintang Tiga ini sampai ke kawasan sekolah seorang  kepala   Bintang Tiga ini telah memanggil  Usop yang berkawal  malam itu.  Si Usop ini telah  di dudukan  atas  kerusi  dalam  sekolah. Kerusi agak tinggi agar orang kampung semua nampak. Kemudian China  Bintang Tiga mengikat Usop.

‘ Ini cara nak mengikat Jepun... Chino tu mengajar orang kampung...Usop jadi contoh.... Usop jadi Jepun..’ Emak aku meneruskan ceritanya.

‘ Lepas mengikat Usop ...Chino ni juga mencari  Abas... tapi Abas tak ada di rumah... tak jumpa  Abas...  Abas ni agak  kaya di Kampung Tengkek...’

Emak  menyambung cerita ‘....  China dengan senapang masuk ke rumah mencari Abas... tak jumpa... tapi  Abas  bukan hilang...  ..dia nampak  semua yang berlaku. Rumah Abas tak jauh dari sekolah.   Bila sahaja Abas terdengar  Bintang Tinga sampai...   dia  lari  dan terus  memanjat pokok  jambu batu di belakang rumah...  dari puncak pokok ini dia nengok apa yang berlaku  di Sekolah Tengkek.’

‘ Pasal apa China nak cari Abas Mak...?  Aku makin tak sabar nak tahu apa seterusnya berlaku.

Emak aku menggeleng kepala.  Emak aku  cuba mengingati apa yang  ia dengar telah berlaku pada malam itu.

‘ Kemudian Ketua Bintang Tiga bagi tahu... kalau nak  buka tali ikat Usop... kena bayar sekati emas...’

Aku terperanjat bila Emak aku sampai ke babak ini. Dengan pantas aku bertanya , ‘ Bayar dengan emas.... pasal apa Mak... sapa ada emas banyak itu... ?’ 

‘ Kakak Usop meraung.. manangis... malam tu juga.. sedara mara Usop  mengumpul  gelang tangan, gelang kaki, gelinyar,  cincin, rantai  , loket... orang kampung  mana yang ada  sedekah juga...  semua takut... Bintang Tiga ni ada senapang...’

Ketika ayat ini disampaikan oleh perawi  Zaleha Sidek  kepada Hishamuddin Rais -  aku tidak faham siapa dan apa dia  Bintang Tiga. Kenapa China  ini  ada senjata. Aku tidak tahu dari mana China ini datang.

‘ Dari mana China ni datang.. dari Padang Lebar ke?’

‘ Dari hulu hutan ... bukan dari Padang Lebar... dari arah Guntur kampung  sakai ... dari Ulu Guntur..’

‘ Tak cukup dengan emas  sedara Usup bawa saekor lembu jantan... bagi pada   China Bintang Tiga...’

 Suara Mak aku menjadi sayu bila surah ini sampai ke detik  ini. Aku sendiri pun dapat  merasakan  betapa sedihnya sedar mara Usop pada malam itu. Dia hanya pengawal kepok padi Jepun.  Usop orang kampung   yang dipaksa oleh Jepun.  Usop  telah dijadikan  orang tebusan oleh Bintang Tiga.

‘ Syukurlaaa... Abah kau tak mengawal malam itu...’ Emak aku menarik nafas panjang mengingatkan kembali  babak ini.

‘ Usop .. bebas laaa lepas tu... ‘ Aku mahu Mak aku menyambung cerita.

‘  Tali pengikat Usop di buka...bila  dah  dapat emas  dan lembu..  kemudian semua orang kampung disuruh pulang...’   Emak aku berhenti sabentar. Aku lihat linangan air mata  bila Mak aku  sampai ke babak ini.

‘ Tertiba ketua Bintang Tiga beri arahan... padi Jepun semua di bakar....  tiga empat orang China mula  mencucuh api pada padi ... sekolah   Tengkek   dibakar  malam tu...’

Aku terperanjat bila sampai ke babak ini dan terus bertanya. ‘ Buku dan meja Mak kena bakar sekali?’

‘  Buku habis... padi meletup -meletup macam nak buat emping....   bau padi terbakar sampai ke rumah kita...  nampak asap mencanak naik ke langit...tapi Mak tak tahu apa yang terbakar.... nampak asap ...’ 
Sekolah Mak aku terbakar ini menjadi detik sejarah  yang hitam dalam ingatan Mak aku. Ini kerana Sekolah Tengkek ini ada khutub khanah – ada banyak buku terkumpul ini  oleh Guru Besar sosok yang cintakan ilmu.

‘ Lepas sekolah dibakar  China tu bergerak menuju ke hutan... bila  China dah tak ada orang kampung datang keluar ... gotong royong ambil air di perigi ..padam kan api... dalam sejam orang kampung dengar bunyi tembakan...  Mak agak lembu sekor tu kena tembak ... ambil daging... ‘

‘ Semua sekolah dibakar ? ‘

‘ Sebelah... orang kampung sempat padamkan yang lain... esoknya Mak  nengok  sekolah  Mak kena  terbakar .. Mak nangis....pagi tu bila Mak sampai asap ada lagi...’

Surah dan ayat-ayat zaman Jepun ini aku pungut  di zaman Inggeris telah berkuasa kembali.  Perawi sahih aku ialah Mak aku sendiri yang sekolahnya dibakar Bintang Tiga.  Kesah-kesah Jepun dan Bintang Tiga ini aku dengar ketika aku belum masuk sekolah. 

Dalam   tahun 1958 Emak aku pindah dari Sekolah Umum Kuala Klawang B ke Sekolah Umum Batu Serambai Ulu Klawang. Aku baru masuk darjah dua. Ketika itu Guru Besar ialah Cik Gu Harith. 


Sekolah papan bertiang  dan bertangga batu ini   tidak ada bilik.  Bilek  darjah  dipisahkan oleh skrin yang boleh dialih alih untuk dijadikan bilik. Ada sebuah almari yang juga dijadikan tembok bilik. Almari berkunci ini berhampiran meja guru besar. Almari ini  penuh dengan buku cerita.  

Emak aku yang  tinggal dalam  berek sekolah telah diberi kunci sekolah termasuk  kunci almari buku ini.  Aku mengambil kesempatan.  Setiap hari cuti sekolah aku dengan abang aku – Anuar  akan masuk ke sekolah dan membuka almari buku ini. Kami akan membaca buku. Kemudian kami berborak bertukar cerita. Abang aku  baca buku lain dari apa yang aku baca. Dengan cara ini kami cepat dapat tahu buku mana yang seronok dan wajib dibaca.

Di Sekolah Umum Batu Serambai  ini aku  dapat membaca buku Nyawa Di Hujung Pedang  cerita yang ditulis  Ahmad Murad Nasaruddin.  Buku ini dicetak lepas  Jepun kalah pada tahun 1946. Masa itu aku  membaca buku ini aku berada dalam darjah tiga.

Satu lagi buku yang amat  menarik untuk aku  ialah Leftnan Nor Pahlawan Gerila tulisan Aziz Zakaria (1959).  Untuk pertama kalinya aku berkenalan dengan perkataan gerila. Dalam darjah tiga aku tak tahu pun apa makna  perkataan gerila ini.

Yang menarik aku ialah kumpulan Force 136 melawan Jepun. Kesah Leftanan Nor  dengan payung terjun ini menjadikan aku berangan-angan untuk mencuba memakai payung terjun. Akhirnya aku berjaya mencuba. Aku  terjun memakai kain sarung dari  pokok  Kelepong  tepi sungai. Aku   terjun   menjunam masuk ke dalam sungai di tepi surau Lebai Johari di Kampung Batu Serambai. 

Kemudian aku dengar filem Sarjan Hassan dengan P.Ramlee sebagi hero. Filem ini keluar pada tahun 1958. Tapi aku tidak dapat melihat filem ini kerana Panggung Ruby Theater di pekan kampung aku Kuala Klawang tidak menayangkan  filem keluaran  Shaw Brothers.   Panggung  Ruby di Kuala Klawang  hanya menayangkan filem Melayu dari Cathay Keris. 

Aku hanya mendengar dan membaca nama Sarjan Hasan, nama P. Ramlee dan  nama Salleh Kamil melalui Utusan Melayu.  Pada tahun 1965 baru aku dapat menonton  Sarjan Hasan apabila sebuah panggung  kayu di buka di pekan kecil Petaling.   


Buku cerita zaman  Jepun yang aku baca ini mengsahihkan lagi surah-surah yang telah aku dengar dari Emak aku.   Cerita Sarjan Hasan ini memberikan aku gambaran tentang keganasan soldadu Jepun.  Omar Rojek yang menjadi  kepala Kempetai Jepun membawa  watak Jepun yang menakutkan.

Kini giliran aku  pula  membongkar  dan merakamkan kembali apa yang berlaku kepada keluarga aku – satu keluarga Melayu  di sebuah kampung  pedalaman.(TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DLAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/03/17/bintang-tiga-masuk-kampung/


MUHYIDIN TAKDA MAJORITI

 


DATUK SERI...

SATU DUNIA TAHU

MUHYIDIN TAKDA

MAJORITI

AMIN

MUHYIDIN ADA

DARURAT

KHALAS


Tanya Muhyiddin – masih ada majoriti atau tidak, kata Anwar

ANWAR Ibrahim berkata sokongan yang ada padanya sebagai ketua pembangkang bukan isu berbanding persoalan yang lebih besar iaitu apakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih ada sokongan majoriti untuk kekal menerajui kerajaan.

Pengerusi Pakatan Harapan berkata keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih penting untuk dipersoalkan berbanding sama ada beliau ada sokongan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

“Kenapa tidak tanya, berapa (sokongan) PN ada? Itu tidak penting? Kenapa dia (Muhyiddin) masih perintah walaupun dia tidak berani adakan sidang Parlimen?

“Kenapa sekolah dibuka tetapi Parlimen tidak boleh dibuka? Pasal apa dia tak pernah jawab sekali pun bahawa 115 ahli parlimen sudah menulis surat untuk menolak keputusan menggantung Parlimen?” kata Anwar dalam sidang media di Petaling Jaya, petang ini.

Jelas Anwar, mereka yang ada kesedaran dan faham akan demokrasi tidak akan boleh membenarkan keangkuhan kerajaan Perikatan berleluasa.

“Bagaimana boleh kita izinkan hal ini… dengan cara angkuh ugut orang, tekan orang, buat peraturan baru… cakap dengan megah, kami ada dukungan.

“Kalau berani, tanyalah perdana menteri. Tapi perdana menteri tak ada press conference, susahlah nak tanya,” tambahnya.

Anwar sebelum itu menjawab ringkas bahawa sokongan yang ada padanya masih “mencukupi”, biarpun selepas tiga ahli parlimen PKR keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin.

Anwar ditanya apakah sokongan padanya “kukuh dan meyakinkan” seperti yang pernah beliau umumkan pada pertengahan Oktober 2020.

Anwar sebelum itu menegaskan biarpun pihaknya hilang beberapa ahli parlimen, Muhyiddin tidaklah juga menambah sokongan untuk kerajaan.

“Dengan tarik tiga, empat, lima, enam orang ke PN, dia belum lagi mampu mendapat majoriti.

“Saudara buat perkiraan… menteri kanan yang pandai matematik boleh kira. Sekarang dia dapat tiga, dia dapat enam pun belum cukup dapat 110 kerusi.

“Ini saya pasti sebagai satu kenyataan yang jelas,” katanya.

Menurut Anwar, Muhyiddin sepatutnya menerima proses demokrasi selepas hilang majoriti dan kerajaan pimpinannya tidak lagi absah, dan bukannya “berlindung di sebalik badan-badan penguatkuasa.”

Anwar mendakwa kerajaan Perikatan memperalatkan agensi penguatkuasaan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengugut wakil rakyat bagi mendapatkan sokongan. 

Semalam, Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar enggan mengulas dakwaan bahawa beliau keluar dari PKR kerana ‘ditekan’ oleh SPRM. Agensi antirasuah sebelum ini menyiasat satu dakwaan rasuah dan penyelewengan yang dikaitkan dengan bekas menteri itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail membuat laporan SPRM mendakwa didatangi individu yang menawar janji manfaat sekiranya beliau memberi sokongan kepada Muhyiddin.

Menurut Anwar, beliau akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki esok untuk memohon satu pertemuan bagi menyatakan pendirian PH mengenai isu tekanan oleh kerajaan Perikatan. – 16 Mac, 2021.

DATU SERI...

SATU DUNIA

NAK TAHU

KAH KAH KAH

DATUK SERI

ADA MAJORITI

ATAU

TEMBERANG

KAH KAH KAH

PASAI APA 

NUMBO DAH

JADI TAK PENTING

KAH KAH KAH

DULU CAKAP

ADA SOKONGAN

STRONG

FORMIDABLE

CONVINCING

KAH KAH KAH

SEKARANG KENAPA

JADI  ADA KUWAIT

KAH KAH KAH

PASAL APA

ADA KUWAIT

KAH KAH KAH



ADA KUWAIT

 



ADA KUWAIT

Unknown commented on 

"DARI CONVINCING

 MAJORITY"

22 Sep 2020 — Anwar: “I have a strong formidable convincing majority. Not a small majority." 16 mac 2021- Press- so now, do you still have convincing number? Bekas penjenayah liwat-"i have adequate numbers!


 Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahakahakahakahakkahkahkahkahkah! Sam ketot dgn syed badl ketot boleh la ko kencingg.kahkahkahkah

SIAM TOLAK ASTRA ZANECA

 

SIAM TOLAK

ASTRA ZANECA

BUKAN ADA KOTE - ADA KUWAIT

 


BUKAN ADA KOTE

ADA KUWAIT


mamat commented on
 "DARI CONVINCING 
MAJORITY"

adakote ni apa ?


adakote ni apa ?


Unknown commented on 

"LARRY LARY LARI"

pujuk ni macam mana ? adakah pujuk ni macam bincang sama umno buat kumpulan baru.. runtuhkan kerajaan pn.. bicang2 tawar2 pujuk2 geli2.. sekali stim umum .. adekote..