Rabu, 17 Disember 2014

GARIS KEBAJIKAN RAKYAT






PAKATAN PERLU KEMBALI TUMPU ISU KEBAJIKAN RAKYAT

Saya sedia maklum perbezaan pendapat di dalam Pakatan Rakyat kebelakangan ini terutamanya yang melibatkan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian untuk membolehkan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan.

Walaupun perbezaan pendapat sebegini telah wujud sejak penubuhan Barisan Alternatif dalam tahun 1999 lagi, saya berpandangan keutamaan dan muafakat yang jelas perlu diberikan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang mendesak terlebih dahulu. Ini termasuklah:

 
1.      Kepayahan rakyat mengharungi beban sara hidup yang kian meningkat;
2.      Skandal rasuah dan penyelewengan yang mengakibatkan peruntukan rakyat dipotong;
3.      Kemelut ekonomi yang melanda rakyat menjelang 2015;
4.      Manipulasi agama dan perkauman untuk mengekalkan Umno/Barisan Nasional; dan
5.      Salahguna undang-undang untuk menyekat suara rakyat.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya semua pimpinan Pakatan Rakyat kembali kepada perjuangan membela kebajikan dan kepentingan rakyat bersabit isu-isu yang mendesak seperti yang disenaraikan. Keutamaan ini bukan sahaja telah menajdi amanah rakyat kepada kita tetapi strategi paling berkesan untuk menumpaskan Umno/Barisan Nasional.

Saya telah memohon Sekretariat Pakatan Rakyat untuk mendapatkan draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh Kerajaan Kelantan dengan segera. Ini bagi membolehkan KEADILAN dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain menilai sendiri cadangan Kerajaan Kelantan itu sebelum sebarang komentar lanjut dibuat.

Oleh itu, saya menasihati pimpinan KEADILAN supaya berhati-hati di dalam membuat kenyataan mengenai polemik ini supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sebarang keputusan dan pendapat mengenai polemik ini perlulah merujuk kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

  
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

17 Disember 2014

-------------

ADA SATU PERSOALAN







KOMENTAR

bukan satu rahsia
seorang pegawai polis
bengang kerana buka 
syarikat sekuriti
tapi tak dapat
lesen senjata 
lalu ambil insuran
sokong pakatan sebelum PRU13



deepak pun sama
bising itu dan ini
hingga BANK RAKYAT bagi duit




inilah fenomena
POLIS PENCEN 
bila dah pencen baru tahu
di pudu ada LENDIR
di brickfeild ada AYAM
baru tau along ni along tu

sudah pencen tak ada guna





Mereka yang tidak berani kritik kerajaan sudah kena beli, dakwa Perkasa


Perkasa mendakwa bekas pegawai tinggi kerajaan yang tidak mengkritik kerajaan sudah 'dibeli' menyebabkan “mereka diam membisu selepas bersara”.
Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Azrul Akmal Saharudin berkata demikian susulan kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Rashid Abdul Rahman kini berani mengkritik kerajaan kerana 'adalah benda dia tidak dapat'.
Rashid baru-baru ini meminta Perdana Menteri Najib Razak berhenti 'menipu' rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu berbangkit dalam negara ini.
"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.
“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.
“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya.
Susulan itu, Zahid berkata, Rashid berkata demikian kerana ada 'benda' yang dia tidak dapat.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mereka-yang-tidak-berani-kritik-kerajaan-sudah-kena-beli-dakwa-perkasa#sthash.XqtTC4bp.dpuf



KAH KAH KAH

woit
gwa nak tanya
masa  bertugas
ada kuasa
ngapa senyap
ngapa buat donno
ada INTERNET
ada blog
ada FB
napa tak bocor maklumat
ngapa tak bersuara
dah pencen baru
buat sibuk

KAH KAH KAH


------------

TANDA TANDA AWAL








 

 


TANDA-TANDA AWAL

Media milik United Malays National Organisation enggan dan gagal melaporkan tentang nilai ringgit dengan dolar yang mendadak jatuh. Hanya portal-portal internet yang berani melaporkan kejatuhan nilai ringgit/dolar ini. Mengikut berita - kejatuhan nilai ringgit ini sama saperti kemuncak krisis ekonomi 1998. Ketika tulisan ini digarap 1 dolar Amerika bernilai 3 ringgit 49 sen.

Media milik parti Ketuanan Melayu juga gagal memberi pencerahan kepada pembaca tentang makna dan tanda dari kejatuhan nilai ringgit ini. Pembaca Melayu terus dibodohkan dengan berita-berita Raja, Melayu dan Islam.

Pembaca wajib diberi maklum : apabila nilai ringgit jatuh ertinya duit upah/duit gaji yang masuk dalam poket kita – walau pun jumlah angkanya sama – tetapi kuasa membelinya merosot. Ini bermakna kalau dulu satu tin susu boleh dibeli dengan harga 1 ringgit kini harganya telah naik menjadi 2 ringgit. Bila harga barang naik ertinya nilai duit dalam poket kita kurang.

Tanda-tanda ekonomi dunia sedang dilanda krisis telah mula dapat dilihat. Harga minyak mentah tiga bulan dahulu lebih dari 100 dolar satu tong kini telah jatuh ke 61 dolar. Apa maknanya kejatuhan harga minyak? Dari satu segi harga yang murah adalah baik untuk pengguna. Baik untuk negara pengimpot minyak. Tetapi untuk negara pengeluar minyak saperti Malaysia kejatuhan harga ini memberi tamparan yang hebat.

Ketika Najib membentangkan belanjawan 2015 – pendapatan negara bergantung pada dua minyak – petrolium dan minyak sawit. Kini harga jualan kedua-dua minyak telah jatuh. Ertinya belanjawan Najib telah bocor. Kebocoran ini akan membawa krisis ekonomi yang melebar TIDAK berapa lama lagi.

Pendapatan negara pengeluar minyak – saperti Malaysia- semakin kurang. Kita bukan saja menghadapi krisis belanjawan yang bocor malah TIDAK ada lagi keupayaan untuk mengimpot barangan. Jual beli semakin berkurangan. Ini menjadikan ekonomi dunia merundum. Inilah lingkaran setan dalam sistem ekonomi kapitalis.

Kita telah membaca bagaimana TV Bernama telah gagal membayar gaji pekerja. Besar kemungkinan TV Bernama akan gulung tikar. Kita juga mula mendengar desas desus bahawa telah ada jabatan kerjaan yang upah dan gaji bulanan lewat dibayar. Kita juga mendengar bagaimana anak-anak muda – graduan yang baru lulus – mendapati peluang pekerjaan semakin menguncup. Dalam masa yang sama kita mula mendengar syarikat itu dan syarikat ini mula memberhentikan pekerja. Kita membaca tentang dana PTPTN telah dikurangkan.

Hakikatnya semua ini adalah tanda-tanda krisis ekonomi telah sampai. Hakikatnya krisis ini berkemungkinan lebih buruk dari apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu.

Merundumnya ekonomi akan membawa krisis politik. Pada tahun 1998 – krisis mata wang bermula dengan runtuhnya nilai Thai Bhat – merebak ke Rubles Rusia dan akhirnya melanggar Ringgit Malaysia. Kali ini pekara yang sama sedang berlaku. Mata wang Rusia sedang merundum. Bezanya kali ini bukan sahaja ekonomi Rusia merundum tetapi ekonomi dunia.

Krisis ekonomi ini akan membawa krisis politik. Pada tahun 1998 – krisis ekonomi telah meperlihatkan kepada kita bagaimana Presiden Haji Muhamad Suharto telah diburu rakyat di jalan raya. Di Malaysia krisis ekonomi ini telah menimbulkan krisis dalaman dalam parti United Malays National Organisation.

Pada tahun 1998 – Anwar Ibrahim telah dibuang dari kerajaan dan parti. Anwar telah dituduh meliwat. Apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim ini adalah manifestasi dari krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada ketika itu. Dengan bijak Mahathir telah mengalihkan pandangan orang ramai dari memahami kenapa ekonomi merundum kepada jubur Azizan.

Di Jakarta demo anak-anak muda pelajar telah menumbangkan Suharto. Di Kuala Lumpur demo telah meledak apabila Anwar Ibrahim dibuang dari kerajaan. Apakah perkara yang sama akan berlaku? Jawabnya: Iya. Malah kali ini satu ledakan yang lebih besar akan berlaku.

Untuk memahami apa bentuk ledakan yang akan terjadi kita wajib meneliti apa yang sedang berlaku sekarang. Najib Razak kini sedang dilihat oleh ahli parti United Malays National Organisation sebagai beban. Kalau dulu parti Ketuanan Melayu ini terpaksa memikul Mahathir Muhamad. Kali ini bukan sahaja memikul Najib malah parti ini wajib memikul Rosmah dan anak beranak Rosmah Mansor.

Projek menendang Najib semakin kuat didengar. Dua tahun dahulu sebelum PRU13 kita ada mendengar secara hitam puteh Mahathir berkata jika Najib tidak dapat menebus kekalahan Dolah Badawi maka dirinya akan diundurkan. Dalam PRU13 Najib bukan saja gagal malah kalah lebih terok dari Dolah Badawai.

Bila parti bani Ketuanan Melayu ini kalah maka ianya telah membuat sandiwara mencari sebab yang membawa kekalahan. Sandiwara ini telah ke hulu ker hilir mencari sebab musabab kenapa mereka ditolak rakyat. Dikatakan parti Ketuanan Melayu ini telah melakukan kaji selidik dan bedah siasat. Musabahah diri.

Secara dalaman para pemimpin United Malays National Organisation tahu bahawa mereka hanya mendapat 47% sokongn rakyat. Ini pun kemenangan dengan jalan tipu. Rakyat Malaysia – termasuk di Sabah dan Sarawak- telah memberikan 52% sokongan kepada Pakatan Rakyat. Dimana-mana negara dalam dunia ini jika sesebuah parti mendapat undi 52% maka pastilah parti itu akan memerentah. Tapi TIDAK di Malaysia. Ini bukan penipuan. Ini ROMPAKAN siang hari.

Dalam sandiwara mencari kenapa parti Ketuanan Melayu ini kalah – telah timbul pelbagai tuduhan. Paling senang ialah menuduh Bangsa Cina belot dan tidak sedar diri sebagai pendatang. Kemudian menuduh ada kumpulan Melayu yang bersedia menjadi kuda tunggang DAP-Cina. Kemudian menuduh Melayu TIDAK bersatu.

Kelihatan pelbagai sebab telah ditimbulkan tetapi TIDAK ada pemimpin Parti Ketuanan Melayu yang mengakui bahawa orang ramai telah benci dengan United Malays National Organisation kerana mereka mendapat kuasa dengan jalan TIPU. Parti Ketuanan Melayu ini terbukti telah mendapat undi dengan penipuan yang dirancang oleh SPR dan dibantu oleh pelbagai jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara.

Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Ini bukan propaganda kering. Ini ialah hasil laporan Surahan Jaya DiRaja Sabah tentang pendatang haram yang baru sahaja diumumkan. Dari laporan ini amat jelas dibuktikan bahawa kuasa United Malaya National Organisation yang ada pada hari ini adalah kuasa haram yang didapati dengan jalan TIPU UNDI. Penipuan undi ini berlaku secara teratur dan dirancang di Sabah.
Apabila rakyat semakin benci dan semakin marah kepada bani Ketuanan Melayu maka kita mula mendengar suara Perkasa dan suara Isma. Suara ini disambut pula oleh pelbagai jenis NGO Melayu/Islam. Rata-rata semua suara ini membawa kesah-kesah dongeng tentang Raja, Melayu dan Islam. Raja tidak lagi di hormati, Melayu semakin hilang kuasa dan Islam sedang dihina.

Raja , Melayu dan Islam ini sebenarnya hanyalah manifestasi dari pada politik yang sedang bergolak. Politik ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebuat ekonomi. Justeru apa yang kita lihat hari ini adalah perebutan punca-punca ekonomi.
Parti Ketuanan Melayu yang selama ini berkuasa telah menjarah harta kekayaan negara ini. Dari kiri dari kanan – dari depan dari belakang – mereka telah merampok kekayaan negara untuk anak bini dan kroni. Rompakan ini telah diketahui ramai. Fakta ini telah disedari ramai. Orang ramai bertambah benci dengan parti Ketuanan Melayu ini.

Maka untuk menepis serangan orang ramai. Untuk menyelamatkan diri, dan untuk terus berkuasa parti United Malaya National Organisation tidak banyak pilihan. Parti ini terpaksa berdongeng dengan kesah Raja, Melayu dan Islam.

Raja , Melayu dan Islam ini kononnya akan dapat mempertahankan kuasa mereka. Memang betul untuk sementara waktu kesah dongeng Raja, Melayu dan Islam ini sedang agak menarik. Sebenarnya, Raja, Melayu dan Islam adalah agenda mengolah persetujuan untuk memastikan bani Ketuanan Melayu terus berkuas.da. Perkasa dan Isma dan kuncu-kuncunya sedang naik tocang. Tetapi hakikatnya: dibelakang semua ini ialah perebutan ekonomi.

Apabila krisis ekonomi dunia ini sampai dan melanda Malaysia maka kita akan melihat cerita dongeng Raja, Melayu dan Islam ini akan lebih rancak dijadikan slogan dan pekikan perjuangan bani Ketuanan Melayu.

Tanda-tanda semakin jelas dilihat bagaimaan Perkasa secara terbuka telah memberi amaran kepada Najib agar TIDAK menipu rakyat. Kita juga telah membaca bagaimana seorang Ketua Bahagian parti Ketuanan Melayu dari Batu Kawan telah membuat laporan polis terhadap 1MDB. Kita juga telah terbaca bagaimana Menteri Besar Pahang yang juga pemimpin tertinggi parti Ketuanan Melayu telah menyaman Utusan Malaysai. Walhal – akhbar ini adalah milik parti Ketuanan Melayu sendiri.

Ini adalah tanda-tanda bahawa parti Ketuanan Melayu ini sedang beramok sesama sendiri. Dibelakang semua ini wujud perancangan licik yang sedang diatur untuk menendang Najib dan Rosmah.

Semua tanda-tanda ini ikat berikat dan sabit menyabit. Semua tanda-tanda ini adalah signal bahawa kuasa United Malays National Organisation semakin rapuh. RAPUH? Jika telah rapuh pastilah akan runtuh? Jika runtuh pastilah baik untuk Pakatan Rakyat.

Sabar dahulu – politik, kuasa dan harta – yang dimiliki oleh United Malays National Organisation tidak akan senang menyerah bagitu sahaja. Jangan lupa dibelakang cerita dongeng Raja, Melayu dan Islam ini wujud Dulah Terpendam/Deep State. Pada ketika ini Daulah Terpendam sedang mengipas kesah kesah dongeng ini. Raja , Melayu dan Islam dikipas untuk satu persediaan yang lebih besar untuk menyambut kedatangan krisis ekonomi.(TT)



NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45





-----------

YA AMPOON YA MEJA












23 orang didakwa di bawah Akta Hasutan sejak 2009

 | December 16, 2014
Daripada 23 didakwa, seramai lima orang didakwa (atas) kesalahan menghasut melibatkan penghinaan terhadap Raja-raja
KUALA LUMPUR: Seramai 23 individu didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 sejak 2009, persidangan Dewan Negara diberitahu Isnin.
Lapor Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata mereka didakwa atas pertuduhan menghasut melibatkan isu agama, perkauman, kerajaan, mahkamah dan Raja-raja.
“Daripada 23 yang didakwa, seramai lima orang didakwa (atas) kesalahan menghasut melibatkan penghinaan terhadap Raja-raja,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di persidangan itu di sini Isnin.
Beliau juga berkata kerajaan akan meneliti dan mengkaji secara terperinci pindaan yang sesuai terhadap akta itu susulan pengumuman kerajaan untuk mengekal dan memperkukuhkan lagi akta berkenaan.

KAH KAH KAH

woit
nak tanya
raja-raja ni apa?
ni macam kuda-kuda ke?
hina raja-raja ni
macam mana?
saje nak tanya
kerana nak belajar

APA PUNYA CABAI


-----------

JANGAN JADI BEBAL






KOMENTAR

saya telah menulis
saya telah menerangkan
dengan jelas bahawa:


politik ialah perebutan kuasa
perebutan kuasa bertujuan
untuk merebut PUNCA EKONOMI



parti politik diwujudkan
untuk berjuang mendapatkan
punca punca ekonomi

agama bahasa bangsa
hanya ALAT untuk 
mengolah persetujuan orang ramai
dibelakang agenda bangsa
dibelakang agenda bahasa
dibelakang agenda agama
ialah EKONOMI

berita dibawah ini cukup jelas
islam ke
kapir ke
atheis ke
meterialis ke
semuanya merebut punca ekonomi

politik ialah
senjata untuk merebut kuasa
merebut kuasa untuk merebut
ekonomi

dunia ini bergerak
kerana pergerakan
mencari ekonomi


PAS dedah kontraktor dapat projek 

lanskap Seri Mentaloon RM2.9 juta

Setelah diserang kerana abangnya mendapat kontrak mengubahsuai kediaman rasmi menteri besar, Pesuruhjaya PAS Kedah,  Mahfuz Omar kini menyerang balas dengan mendedahkan kontraktor luar diberikan hak untuk membuat ubah suai rumah rasmi Seri Mentaloon itu yang bernilai RM2.9 juta.
Pada sidang media semalam, Mahfuz berkata projek berkenaan diberikan kepada kontraktor yang didaftarkan pada 4 Januari 1990 beralamat do Daimond Square Off Jalan Gombak sementara alamat perniagaannya pula di Sungai Ramal Luar, Kajang, Selangor.
Sehubungan itu, Mahfuz meminta Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir memberi penjelasan kenapa projek lanskap yang turut membabitkan penanaman pokok kurma dan royal palm itu diberi kepada kontraktor luar negeri Kedah.
"Kenapa tidak diberikan kepada kontraktor dari Kedah sendiri tetapi kepada orang luar? Adakah kontraktor Kedah tidak pandai atau tidak layak?
"Yang menjadi persoalan di sini adakah tiada kontraktor sedemikian di Kedah sehinggakan kerajaan mengambil kontraktor luar untuk projek tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-dedah-kontraktor-dapat-projek-lanskap-seri-mentaloon-rm2.9-juta#sthash.KbDYy7y4.dpuf


KAH KAH KAH

woit
mustahil tak faham
kalau tak faham
saheh bebal

KAH KAH KAH


-------------

RADIO BANGSAR - SEX DRUGS n ROCK N ROLL









TEMU BUAL

radio bangsar utama
dengan  ARU cool dude
tentang 
sex drugs & rock n roll


KEMUDIAN 
KITA BERDEMO


---------

HENTIKAN PROJEK BODOHKAN MELAYU





KOMENTAR
apa rupanya
acuan tempatan?

di dubai di mexico 
di norway di madrid
di jakarta di athens
di berlin di beirut
di semua negara 
dalam dunia ini
rakyatnya anggap
jil tanpa bicara salah
ini acuan dunia
macam rasa garam 
seluruh dunia
rasa masin

hanya di malaysia
bini perdana menteri
dapat dana lebih dari
jabatan kerajaan

hanya di malaysi
perdana menteri terlibat
dalam kes bunuh

hanya di malaysia
bercakap benar
dianggap satu kesalahan

 Takrif hak asasi manusia

 ikut acuan tempatan

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Takrif hak asasi manusia yang diguna pakai di negara ini mesti bersesuaian dengan watak dan keperibadian masyarakat tempatan.

KAH KAH KAH

woit
janganlah bodohkan
orang melayu
orang melayu ni
dah jadi bangang
berilah pencerahan
cukuplah dengan
projek pembodohan
nak rasuah rasuahla
tapi jangan bodohkan
orang melayu

APA PUNYA TUUUR





-----------