Khamis, 21 September 2017

TEMPAH TIKET SEKARANG





TEMPAH

TIKET

012-2290944


KETAWALAH KAMU
SEBELUM KETAWA
DIHARAMKAN


TUKAR TIUB

LAWAK POLITIK TERKINI
LAWAK POLITIK TERBARU
POLITIK TERKINI
BAHAN TERBARU
TRUMP - NAJIB - MIKE TAISON
TAPI
PASTI ADA BIK MAMA
TEMPAH TIKET  SEKARANG

PEMENTASAN
23 September 2017  (9pm), Sabtu
24 September 2017 (9pm), Ahad

Tempat: Black Box, 
Tingkat 2 SACC Mall, 40000 Shah Alam.

TIKET
RM15 bagi umum
RM10 bagi pelajar (pelajar, OKU)

Setiap pementasan mempunyai 10 minit waktu rehat.

TEMPAHAN Telefon / whatsapp +60122290944

PERTANYAAN
Blog: www.rumahanakteater.blogspot.com 
Facebook: Rumah Anak Teater  
Twitter: RumahAnakTeater  #CeritaMalamJumaat
Instagram: Rumah Anak Teater 
Emel: rumahanakteater@gmail.com







-------------------

CILAKA TRUMP KURANG HAJAR





CILAKA 

TRUMP KURANG HAJAR
LIHAT BAHASA BADAN
INI YANG GUA CAKAP
PELOK TUBUH
MACAM GEDEBE SUNGAI GOLOK
PANDANH NAJIB MACAM
BUDAK LEKEH


NAJIB KENA KENCING






NAJIB SEDAR

DIA KENA

KENCING


TAPI NAJIB

KELENTONG

MAK CIK FELDA

SAHEH PROJEK AMERIKA









SAHEH INI

PROJEK

AMERIKA

Putrajaya diminta jelaskan urusan kewangan dengan Uber


PUTRAJAYA perlu menjelaskan urusan kewangannya dengan Uber yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan menyogok kerajaan asing untuk melancarkan operasinya, gesa pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata sekiranya Putrajaya didapati memihak kepada Uber kerana rasuah dan lobi, ia adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

"Oleh sebab dakwaan itu serius, saya gesa Irwan Serigar dan Nancy Shukri memberi reaksi segera," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Liew merujuk kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Irwan Serigar Abdullah yang juga pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan tabung amanah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri Abdullah.

KAH KAH KAH

BALIK DARI

AMERIKA

TERUS KENA

TIBAI KAUKAU

MASIH ADA

TAK CAYA NI

SEMUA KERJA

YAHUDI?

HINA NAJIB

MUSLIM

WARAK

KAH KAH KAH


-----------------

JANTAN SUWEY




MEMANG
najib isteri rosmah memang jantan suwey..lari dari baby altantuya kmudian masuk mulut china, lari mulut china kini masuk mulut amerika, balik dari amerika, terus tahfiz terbakar mati terkorban, agong lama mati dikembumi..kini suwey bersambung lagi..makin lama makin menjerut..

JANTAN 

SUWEY

tak mungkin haji hadi mahukan janda najib, tak mungkin tontowi ingin menduakan rosmah, tak mungkin tak mungkin..apa kah kesudahkan filem 1db the movie ini? utk tanyangan preview sila kontek sprm malayxia amerika..kahkahkah.. on LAGI KES NAJIB - TERBARU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:56 PM




-----------------

KITA ADA SAPUMAN



AMERIKA

ADA

SUPERMAN
MALAYSIA

LAGI HEBAT

KITA ADA

SAPUMAN








-----------------

LANCHAU PEWARIS







PEWARIS 

LANCHAU

Maaf la aku tak setuju. Tok Guru HAHA ni jadi YB pun tak payah laa. Dia kerap sangat ponteng parlimen. Jadi penasihat pun tak payah. Lebih baik dia duduk rumah mengajar quran atau kitab2 tafsir lagi bagus. Sekali sekala pergi majlis tahnik, luangkan masa dgn bini2 yg ramai atau sekali sekala pegi layan offroad naik land rover tu lagi baik. 
Takpun dia luangkan masa atas bot di tengah2 laut sambil muhasabah diri lagi baik utk dia dan baik utk rakyat malaysia. Fatwa2 dia pun dah tumpul dan manai, lebih baik serahkan tugas pada yg muda2 dan bersemangat mcm ustaz nik abduh atau ustaz audi. Sekian cadangan dari saya. on PEWARIS LANCHAU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/19/17




-------------------

INI PROJEK TANAH PASIR KE?







INI PROJEK

azmin kena sedar bahwa dia pun diangkat oleh orang2 pas..dulu azmin kata pas parti lebai, kmudian pas marah, kemudian pas ugut azmin, kemudian pas nak keluar selangor, tetiba semuanya jdi senyap sunyi dan aman damai..

TANAH

geng2 saham anwar ini semuanya sama je..khalid geng guthrie..guthrie dibawa pulang oleh madey selepas beberapa tahun selepas merdeka..madey tak bagi saham kat khalid tp anwar yg sokong..kini khalid nak buat puki ketika anwar dipenjara..

PASIR KE?

sahlah, dlm politik tiada musuh abadi..kawan kpd musuh adalah kawan kita tp bila mat taib lompat masuk parti tong taik ciptaan madey, maka itu tandanya najib adalah jantan suwey.. on
 SIAPA DIA NAK LONCAT?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/19/17







------------------

JULIANA ABAS BUKAN TONTOWI




TANG INI

HANG TANYA

USTAZ HAJI 

TONTOWI
Ketagih video lucah,  masalah baru remaja Malaysia

KESERONOKAN hanya di hujung jari. Itulah yang difkirkan oleh Juliana Abas (bukan nama sebenar) ketika pertama kali terjumpa video lucah di Internet semasa berkunjung ke rumah kawannya

Pada umurnya hanya 12 tahun, Juliana tidak mengerti apa itu hubungan seks tetapi merasakan gambar dan video yang dimuat turun itu sangat mengasyikkan. Tidak lama selepas itu, dia jadi ketagih kepada bahan lucah, sama seperti budak-budak lelaki yang sebaya dengannya.

"Saya mula dengan tonton video lucah waktu darjah 6. Waktu itu saya dengan kawan di rumah dan buka Internet. Kami hendak download lagu dan keluar video lucah.

"Waktu itu saya tidak tahu apa itu seks. Masa itu bila dah tahu, saya jadi ketagih, dan mula di rumah ada wi-fi jadi boleh cari bila-bila masa,” katanya kepada The Malaysian Insight dengan nada tersekat-sekat, malu hendak berkongsi kisah lampaunya.

JANGAN BUAT

SILAP

JULIANA ABAS

BUKAN 

YB TONTOWI

-------------

NAJIB KENA KENCING



  




NAJIB KENA KENCING

Hari Rabu ini atau setiap hari Rabu sila buka mata dan ambil perhatian. Dalam LRT, dalam komuter, dalam bas, dalam lift, dalam MRT, dalam pejabat , dalam Parlimen atau dimana saja - pandang tali leher yang dipakai oleh Si Lelaki  di depan mata.  

Jika Si Lelaki itu memakai tali leher kuning atau kelabu ini tidak ada apa makna. Jika memakai  tali leher hitam - ini juga tidak ada apa-apa makna. Tetapi jika Si Lelaki dihadapan mata memakai tali leher merah dan berjalur kecil puteh, hitam dan kuning - berwaspada. Tali leher  yang dipakai oleh Si Lelaki ini  membawa tanda dan makna.

Tali leher ini hanya  akan dipakai oleh bekas murid MCKK pada setiap hari Rabu. Mereka ini adalah ahli MCOBA - Malay College Old Boys Associatioan. MCOBA ini adalah satu  kumpulan ‘mafia tidak resmi’ di Malaysia ini. 

Mereka berselirat dimana-mana sahaja. Paling jelas mereka bersarang ditampok-tampok  kuasa. Tidak ada satu jabatan kerajaan , syarikat kerajaan, syarikat swasta atau lembaga apa sahaja yang tidak dijaringi oleh pemakai tali leher jenis ini.

Tali leher adalah tanda setiakawan mereka. Tali leher yang dipakai pada hari Rabu ini adalah tanda untuk mereka mengenal satu sama lain. Tali leher ini membawa makna kesetian sesama mereka. Tali leher ini berbunyi dan bersuara. 

Maka timbul pertanyaan ada apa dengan tali leher? Kenapa saya menulis tentang tali leher ini? Apa pentingnya tali leher ini?

Kesahnya bagini: Presiden Trump dalam buku biograpinya ada menyatakan tentang tali leher. Sebagai orang perniagaan ahli Trump amat teliti dengan warna tali leher yang dipakainya. 

Dalam urus hal ehwal perniagaan Trump akan selalu berjumpa dan berbincang dengan ahli ahli perniagan atau CEO syarikat gergasi dunia. Jika pertemuan ini penting maka Trump akan memakai tali leher merah. Jika yang ditemuinya dianggap Mat Lekeh maka Trump tidak akan memakai tali leher merah. Dia akan memilih warna yang lemah.

Beberapa bulan  lalu Presiden Trump telah bertemu dengan Xi Jinping Setiausaha Parti Komunis China. Dalam pertemuan resmi dan sidang akhbar bersama Xi Jinping, Presiden Trump  dilihat memakai tali leher berwarna merah. Ertinya untuk Trump pertemuan ini amat-amat penting.

Cuba teka warna apa tali leher yang dipakai oleh Trump ketika berjumpa Najib minggu lalu? Kesah dan Najib ini ada tersebar dalam YouTube. Dari potongan 5min 47 saat klip YouTube kita semua dapat melihat bagaimana Presiden Trump melihat Najib. Pada hari pertemuan Trump memakai tali leher berwarna  biru tidak merah. 

Malah dari bahasa badan Presiden Trump jelas dapat difahami bahawa  Si Trump ini melihat Najib ini sebagaai budak lekeh.  Ini bukan tohmah dan fitnah dari Hishamuddin Rais. Jangan percaya bulat-bulat apa yang saya tulis. Silat rujuk dan lihat sendiri klip YouTube ini. 

Saksikan bagaimana ‘ kurang hajar’ nya Si Trump. Ketika Najib bercakap dia hanya memelok tubuh. Berlagak sebagai gedebe di sempadan Sungai Golok. Atau  saperti Polis berjaya menahan  Mat Pet yang naik motosikal tanpa lesen. Mata Trump ke atas ke bawah memandang Mat Lekeh bernama Najib.

Kalau saya ini penyokong Najib. Kalau saya ini ahli parti  United Malays National Organisation pasti saya akan marah. Saya akan naik minyak. Presiden parti Ketuanan Melayu saya ini dihina.  Malah saya akan susun ratusan  ahli parti saya untuk berdemo di hadapan Kedutaan Amerika sambil kami menonggengkan bontot ke muka Presiden Trump. 

Tapi saya bukan penyokong Najib. Maka saya hanya sempat berkata - pada muka!

Dengan berpelok tubuh dan kurang hajar Si Trump ini telah menjadikan Najib gelabah. Pertuturan Bahasa Inggeris Najib dihadapan Presiden Trump ini terputus-putus penuh gementar. Pada hemat saya pertuturan Najib dihadapan Presiden Trump minggu lalu hanya   baik sadikit dari pertuturan Tan Seri Muhamad Taib ketika dia cuba melintasi ruang kastam di lapangan terbang Melbourne  Australia pada bulan April 1997 dahulu.

Kegementaran Najib dapat dirasakan hanya dengan menonton klip YouTube. Sebenarnya suasana takut Najib ini ada sebab musabab. Najib jadi takut kerana dia telah lama ditakut-takutkan.

Najib, Jho Low dan anak Rosmah dengan suami pertamanya kini berhadapan dengan kes jenayah di mahkamah Los Angles Amerika. Ini berikutan dengan kes mendobi duit 1MDB yang berjumlah berbiion ringgit.  Najib sedar akan hal ini.

Tujuan sabenarnya Najib berjumpa dengan Presiden Trump ialah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa polis Amerika tidak akan menangkap Najib.  Najib bebas terbang ke Amerika dan Eropah. Dalam perkiraan Najib bila dia berjumpa Presiden Trump maka Mak Cik dan Pak Cik Felda akan  terpancut berbangga. Tapi kesahnya lebih dari itu.

Dua tahun lalu Jabatan Keadilan Amerika - Department of Justice America - DOJ telah memulakan kes mendobi duit 1MDB. Ketika Najib mengarahkan ‘macainya’ melanggan syarikat lobi di Amerika untuk ‘cari lubang’ bertemu Trump - lembaga DOJ telah mengeluarkan kenyataan ke dua. 

Kali pertama dahulu kes 1MDb ini hanya kes sivil. Kali kedua ini kes 1MDB telah beralih menjadi kes jenayah. Yang ini mungkin Mak Cik Felda kurang arif.

Walau pun Najib tidak memiliki apa apa ijazah dari Nottingham Universiti, Najib masih ada keupayan untuk membaca akhbar The New York Times, Washington Post dan  The Wall Street Journal.

Pasti Najib tahu bagaimana akhbar dan media Amerika telah tidak putus-putus mengutuk dan memperlekehkan  dirinya. Kes duit curian 1MDB ini telah menjadi umpan untuk semua media Amerika mengutuk Najib. Najib pasti sedar hal ini walau pun kita tidak terbaca laporan media tentang Najib terkencing dalam seluar ketika melintasi ruang kastam dilapangan terbang JFK New York.

Bayangkan beberapa hari sebelum sampai ke Rumah Puteh akhbar-akhbar  besar lagi berpengaruh di Amerika  telah mencadangkan kepada Presiden Trump agar lawatan Najib ini dibatalkan. 

Media Amerika yang sedang mengepong Trump telah juga mengepong Najib. Dua-dua sosok ini dipelekeh dan dihina bulat bulat oleh media Amerika.

Bayangkan hotel tempat Najib dan delegasi Malaysai menginap pun telah dipertikaikan oleh media Amerika. Ini telah memaksa jurucakap Rumah Puteh menjawab mengatakan bahawa siasatan DOJ dan FBI masih berjalan dan tidak ada sangkut paut dengan perjumpaan Najib dengan Trump.

Malah desas desus yang mengatakan Najib akan minta ampon dari Trump agar kes DOJ ini akan diketepikan  telah dijawab oleh media Amerika sendiri. 

Adalah mustahil untuk Trump mengenepikan kes jenayah 1MDB Najib. Ini kerana anak menantu Trump sendiri pun pada ketika  ini sedang berhadapan dengan siasatan DOJ. Ini bersangkutan dengan kes hubungan menantu Trump  Trump dengan ajen Russia. 

Jikalau menantu sendiri pun tidak dapat diselamatkan dari siasatan DOJ dan FBI ,  maka mustahil Trump akan cuba menyelamatkan isteri Rosmah…opps maaf… menyelamatkan  Najib suami Rosmah yang juga Presiden parti United Malays National Organisation. Jauh panggang dari api. Jauh Kak Janda dari Abang Duda.

Najib menginap di  Trump International Hotel Washington DC. Ini hotel milik Trump. Kalau di Kuala Lumpur setiap pagi akan ada akhbar The Star/NST diselitkan dibawah pintu. Di Washington DC adalah tradisi hotel berjenama untuk memasukan akhbar Washington Post ke celah pintu bilik.

Bayangkan senario pada pagi sebelum Najib bertemu Trump. Si Rosmah telah mengambil akhbar Washington Post  yang terselit dipintu bilik. Rosmah ingin melihat-lihat iklan beg tangan  dan feshen-feshen terbaru dan pil terbaik untuk melangsingkan badan di Amerika.

Rosmah menjerit memanggil Najib kerana  di halaman Lidah Pengarang ada  surat dari Nurul Izzah terpampang luas.  Bayangkan bagaimana mata Najib terbeliak apabila melihat surat dari Nurul Izzah ini terpampang dalam akhbar The Washington Post. 

Dalam hotel di Amerika  ini pun Najib masih kena buru. Justeru inilah sebahagian dari penyebab yang menjadikan Najib gelabah dan gementar apabila berhadapan dengan Trump.
Kerana terlalu mengelabah, kerana terlalu takut, kerana hendak membodek Trump maka terhamburkan kata-kata klasik untuk kurun ini. Dalam klip YouTube kita boleh melihat pada minit 2.39 terpancut dari mulut Najib ‘….. number one, we want to help you in terms of strengthening the U.S economy…..’

Diterjemah dalam bahasa Melayu Najib berkata kepada Trump….pertamanya kami datang untuk membantu tuan Presiden dalam usaha memperkasa ekonomi Amerka…’
Ertinya Najib datang membawa Malaysia untuk  membantu menyelamatkan ekonomi Amerika.

Ini bukan kata-kata orang gila. Ini bukan cakap cakap Haji Hadi atau Nik Abduh. Ini bukan cakap Mat Pet. Ini keluar dari mulut Najib Presiden Parti United Malays National Organisation. Kalau ayat-ayat pertuturan ini datang dari Nik Abduh atau Lokman Adam maka kita tidak akan terperanjat besar. 

Tapi bila ayat-ayat ini datang dari mulut  Najib maka kita sedar bahawa Najib sedang dalam ketakutan yang maha sangat.  Najib gementar apabila berhadapan dengan Presiden Trump. Sepuluh biji Prozac pun tidak dapat mententeramkan jiwa kacau Najib.

Ketakutan  Najib makin membuak apabila majalah Newsweek pula membuat berita. Kali ini tajuk berita yang paling kurang ajar…Trump’s Meeting with Malaysian Crook…. Trump berjumpa pencuri dari Malaysia…’

Najib dihina. Najib diperlekeh. Tidak putus putus Najib dihina diluar negara.Tup tup bilaa pulang ker tanah air Najib dihina lagi. Siapa pulak hina Najib? Ada sesiapa berani hina Najib di Malaysia? Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45





--------------------------

SIAPA JULIANA ABAS






JANGAN

SALAH BACA

JULIANA ABAS

BUKAN

USTAZ HAJI

TONTOWI







----------------

BANJIR TANDA TANDA





JIKA BANJIR

DI KELANTAN

TANDA PARTI

ISLAM PAS

AKAN 

LINGKUP

KAH KAH KAH


Har Har Har.. kejut ambo...

Petua, pedoman yg dikeluarkan oleh agamawan2 tersohor PAS ini telah merisaukan yg tidak sehaluan dgnnya di seluruh negara.

Jika berlaku banjir besar di sesuatu kawasan itu, alamatnya bakal ditawan oleh lobai2 tersohor..

Harap pemimpin2 tertinggi PH dapat buat persediaan bg mengelak berlakunya banjir besar kelak..




Dave Taylor Dulu sarawak banjir besar,satu kerusi pun PAS tak menang,ada yg hilang deposit lg tu....hahahhaa
Reply
94
9 hrs
Manage
Erul Mizuary Seorg Sultan mengambil seorg Ustaz menjadi menterinya.
Maka diberi istana,
Gelaran,
...See More
Reply
62
8 hrs
Manage
Ah Shin Parti politik orang cakap pasal ekonomi, isu rakyat. Ini bukan, parti sesat ini cakap pasal agama , pasal hujan dan pasal beer festival. Yang pelik tu macai sokong juga. Tak ada otak ke atau memang dilahirkan bangang?
Reply
35
9 hrs
Manage
Jowhar Ali The only reason pas wins few seats is because of pakatan rakyat other wise there are nothing and with hadi's mentality pas is going to loose kelantan
Reply
14
9 hrsEdited
Manage
Fahmi Iskandar Kahkahkah..ni lebai lahabau punya tilikan.ribut melanda jemaah haritu tanda apa pulak? Kahkahkah..



-----------------