Rabu, 23 Mac 2016

LAPORAN SAHABAT MAT SABU







PUSAT PENGGERAK MOBI
Saya telah masukkan RM10 ke Maybank punya CDM (Cash Deposit Machine) dengan nombor akaun 564258576644, pada pukul 1 pm hari ini (22/March/2016). Akaun 564258576644 itu terpapar namanya ialah PUSAT PENGGERAK MOBI. 

Tujuan nya ialah duit ikat jamin untuk Mat Sabu. Ada kah nama PUSAT PENGGERAK MOBI itu betul dan berkait dengan ikat jamin Mat Sabu.. Tuan tt tolong jawab..Terima Kasih. on BUAT KERJA MASING MASING
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/22/16

JAWAPAN : betul nama yangh digunakan 
ialah PUSAT PENGERAK MOBI -
( mobi -singkatan mobilisasi)


SETAKAD INI
sahabat mat sabu
telah berjaya mengumpul
RM 168568.46
terima kaseh
sila teruskan


MAY BANK

5642 5857 6644








------------

PARTI KLUK KLAK






PARTi PAS

KLUK KLAK

FLiP FLOP

PUTAR ALAM



PAS tidak dijemput kerana terlalu bercanggah – Zaid


Parti Islamik itu selalu tukar kedudukannya berkenaan hudud dan penyelewengan, justeru menyukarkan kerjasama
KUALA LUMPUR: Sikap PAS terlalu bercanggah dengan kenyataan mereka maka tidak membolehkan parti Islamik itu menyertai gerakan ‘Selamatkan Malaysia’, kata bekas menteri undang-undang,  Zaid Ibrahim.
“Mereka kata mereka Islamik, tetapi menyokong penyelewengan…dimana Islamik-nya? Hari ini mereka mahu hudud, esok mereka kata tangguh dahulu…sebagai sebuah kumpulan reformasi, kita tidak boleh terima politik seperti itu. Lebih baik bagi saja PAS pada UMNO,” kata Zaid.
Beliau juga menambah perikatan pembangkang kurang beban dan lebih bersih tanpa pembabitan PAS

KAH KAH KAH

INI KEMPEN
SELAMATKAN MALAYSIA
PAS TIDAK DIJEMPUT
APAKAH MAKNANYA
PARTI PAS INI
PEROSAK MALAYISA
MACAM GEROMBOLAN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

----------

SATU MALAYSIA BANGGA








SATU MALAYSIA

WAJiB BANGGA

NAJIB BERJAYA

GAMBAR KULiT

MAJALAH TIME






2. Malaysia
That’s not the case with Malaysia. In 2009, Malaysian Prime Minister Najib Razak established a sovereign wealth fund called 1Malaysia Development Berhad (1MDB) to help the country attract foreign investment and boost its economy. Long story short, by 2015, 1MDB owed investors $11 billion. As investigations of the state fund got underway, it was revealed that $681 million dollars had been deposited into Najib’s personal account. The prime minister copped to the money transfer, but claimed it was a “gift” from the Saudi royal family, about $620 million of which he says he has returned. Two weeks ago, the 1MDB investigation uncovered that the total routed into Najib’s personal account was actually about $1 billion.




--------------

FBI SUDAH MASUK






BETUL KE

NAK SAMAN?

Saman WSJ untuk keadilan dan pampasan – Peguam Najib ...

www.freemalaysiatoday.com/.../s...

Translate this page
Free Malaysia Today
Oct 29, 2015 - Saman WSJ untuk keadilan dan pampasan – Peguam Najib ... beliau berhak untuk menasihatkan anak guamnya untuk berbuat demikian.

Najib perlu saman WSJ - Nasional - Utusan Online

www.utusan.com.my/.../najib-perlu-sa...

Translate this page
Utusan Malaysia
Jul 5, 2015 - AHMAD ZAHID HAMIDI menyampaikan sumbangan kepada anak-anakyatim sempena Program Tadarus al-Quran Perdana sempena  ...

LTAT selar, mahu saman Rafizi

Rafizi keluarkan kenyataan tidak benar serta mengelirukan mengenai bayaran gratutiti tentera dan pemindahan Pangkalan Udara Sungai Besi.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyelar Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mengaitkan projek Pangkalan Udara Sungai Besi dengan pembayaran gratuiti anggota tentera tamat perkhidmatan.
Pengerusinya, Mohd Anwar Mohd Nor, berkata pembayaran gratuiti kepada ahli anggota tentera yang tamat perkhidmatan tiada kaitan langsung dengan projek pemindahan Pangkalan Udara di Sungai Besi.
“Ia adalah perkara yang berbeza. Justeru, tindakan Rafizi yang cuba mengaitkan kedua-dua perkara ini adalah berniat jahat.
Rafizi mengeluarkan kenyataan yang tidak benar serta mengelirukan. LTAT akan berbincang dengan peguam syarikat untuk menyaman Rafizi berhubung kenyataan beliau yang menjejaskan reputasi dan kredibiliti LTAT,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

KAH KAH KAH

NAK BiNCANG

DENGAN PEGUAM

KAH KAH KAH

INI PERANGAI

ISTERI ROSMAH

NAK SAMAN WSJ

KAH KAH KAH

SAMPAI HARI NI

TARAAK HABUK

KAH KAH KAH


------------

PEMIKIRAN TAN MALAKA






SiAPA

TAN MALAKA




Siri Pemikiran Tan Malaka
'Agama Menurut Tan Malaka'



Pada 25 Mac 2016 (Jumaat)
Jam 9:00 malam



Di Madrasah Tarbiyah
Kampung Banda Dalam



Dibentang oleh
Al Fadhil Muhd Hafizuddin



Anjuran Kuliah Buku (KUBU)
Dengan kerjasama Pustaka Tan Malaka




RADIO BANGSAR
SIARAN LANGSUNG



-----------------

PROJEK SINGKIR NAJIB




PECAH DAN PERENTAH
Deklarasi Rakyat yang ditanda tangani oleh 56 sosok pada Jumaat 4 March 2016 lalu kini telah menjadi dokumen sejarah. Dokumen ini sedang  heboh dibincangkan. Dari poros kiri , kanan dan tengah - semua memiliki pandangan tentang dokumen ini. Dalam masa yang sama sokongan terhadap dokumen ini juga semakin melambak masuk. 

Hakikatnya ombak Deklarasi Rakyat ini sedang mengampoh dan  mengocak lanskap politik Malaysia.  Malah dari apa yang saya perhatikan dokumen ini akan membuka satu lanskap politik baru untuk anak semua bangsa di Malaysia.

Saya berani berkata demikian kerana heboh politik dan reaksi dari puak yang menentang semakin galak. Heboh bergolek bantal dari United Malays National Organisation sedang menjadi lawak geli lagi menyeramkan. 

Pada awalnya kita melihat bagaimana tindak balas  United Malays National Organisation. Apabila dimashorkan  dokumen ini - dengan serta merta  muncul satu kenyataan marah  dari Raja yang bukan Tengku yang mahu Muhyiddin dan Mukhriz  ditendang keluar dari parti. Kemudian  Menteri Shahidan pula  mengeluarkan kenyaataan mahu ‘berkaseh sayang’. Ada pula suara cadangan untuk memanggil  mesyuarat tergempar  Majlis Tertinggi sebagai jawapan.

Paling indah lagi murni ialah lawak berdiri dari Menteri Nazri Aziz yang mengatakan Deklarasi Rakyat ini tidak memberi apa-apa makna kepada United Malays National Organisation. 

Sayugia diingati - hukum politik mengajar kita : kalau musuh menyerang itu satu pekara yang baik. Itu tanda apa yang kita lakukan tepat menuju ke dada musuh. Jika musuh tidak menyerang maka kita wajib takut kerana ini bermakna apa yang kita lakukan  adalah kerja bodoh yang tidak menyakiti musuh.  Atau kita telah  mula  bersama dengan musuh justeru musuh tidak lagi menyerang.


Ini adalah hukum politik  yang tepat dan ilmiah. Hukum ini tidak akan berubah-ubah sama saperti kandongan air   tidak akan berubah sampai kiamat. Air terjadi dari H2O. 

Dari media United Malays National Organisation kita melihat bagaimana mereka berpeloh ketiak berusaha  mengolah persepsi tentang Deklarasi Rakyat.  Saperti biasa isu China dan parti  DAP digunakan. Gambar Mahathir duduk disebelah Kit Siang dijadikan bukti bagimana Kit Siang telah berjaya memperkudakan Mahathir. Maka dokumen ini diChinakan untuk dipanggil Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang.

Berita juga mula melaporkan bagaimana Deklarasi Rakyat ini cuba digambarkan sebagai agenda China yang berniat jahat untuk menjatuhkan  Najib seorang pemimpin Melayu.

Tetapi  hakikatnya pada 4 March yang lalu Mahathir diapit oleh dua Melayu yang bernama Muhyiddin Yasin dan Azmin Ali.  Bersama dikerusi hadapan ialah Mat Sabu, Husam Musa, Sanusi Junid, Mustapa Ali, Zaid Ibrahim dan   Mahfuz Omar. Pada pembacaan saya semua sosok ini bukan China. Sosok China  yang paling rapat dengan Mahathir bukan Lim Kit Siang saperti yang diwar warkan tetapi  Tun Ling Liong Sik.

Gambar yang dirakam pada hari menanda tangani Deklarasi Rakyat membuktikan tohmah agenda Chin ini meleset. Pengolahan berbentuk perkauman ini tidak bagitu berjaya. Apabila propaganda ini meleset  maka  dokumen ini  dialih nama  untuk menjadi  Deklarasi Mahathir.  Bekas Presiden Parti Ketuanan Melayu ini dinobatkan sebagai  sebagai pengkhianat. Apa yang dikhianati oleh Mahathir walah hu alam bi sawab.

Pengolahan garis perkauman ini adalah asas dan induk ideloji parti Ketuanan Melayu. Stratiji menggunakan  naratif  China mengkudakan Melayu ini dimainkan dengan tujuan untuk mendirikan tembok agar ahli parti United Malaya National Organisation   tidak akan berani merentas  menyeberang untuk  menanda tangani Deklarasi Rakyat ini.

Ketika tulisan ini digarap -  Deklarasi Rakyat telah masuk minggu ke 3. Heboh semakin heboh. Kita terus membaca bermacam-macam kenyataan dari pelbagai sektor parti United Malays National Organisation. Semua seirama  bersuara untuk memperlekehkan dokumen ini.

Paling akhir  ialah kenyataan Zahid Hamidi yang menasehatkan ahli parti Ketuanan  Melayu agar jangan terpengaruh dengan kitab lama. Kitab lama ini pastilah Mahathir Muhamad. Menurut Zahid semua ahli parti wajib menyokong pemimpin yang ada. Ini maknanya semua  ahli parti wajib sokong Najib.

Jelas kelihatan  serangan amat kuat dan kencang terhadap Deklarasi Rakyat. Serangan memperlekeh dokumen ini   membuktikan bahawa dokumen ini  sedang mengancam United Malays National Organisation. 

Jika dokumen ini tidak membawa apa-apa makna saperti kata Nazri Aziz maka  kenapa perlu Jamal Ikan Bakar datang menunjuk perasaan  dihadapan pejabat Mahathir Muhamad? 

Dilaporkan seramai 500 sosok telah datang menunjuk perasaan di Putrajaya.  Bekas Presiden United Malays National Organisation telah dituduh sebagai penghkianat bangsa.  

Membawa 500 orang untuk berdemo adalah  satu pencapaian demo yang amat cemerlang. Harus diakui bukan senang  untuk mengumpul dan mengajak  warga turun berdemo terutama dalam suhu cuaca yang bagini panas. 

Justeru, apa sebenarnya yang  sedang memporak perandakan  dan mengharu birukan pemikiran  pemimpin United Malays National Organisation. Ini kerana dari berita-berita yang dibaca  ramai pemimpin parti  Ketuanan Melayu sedang mengelabah. Kenyataan pimpinan parti ini bersimpang siur. Tidak tentu hala -  kelihantan hilang punca. 

Jawabnya senang sahaja. Semua ini  terjadi kerana  Deklarasi Rakyat. Babak politik  yang sedang  berlaku hanyalah reaksi terhadapa dokumen ini.

Babak politik yang sedang terbuka dihadapan  mata kita membuktikan bahawa stratiji menggalang barisan bersatu atau united front telah berjaya. Stratiji barisan bersatu ini kini telah dilihat dan difahami umum. Sadikit demi sadikit pencerahan telah berjaya menerangkan apa itu barisan bersatu.

Awas! Barisan bersatu ini juga ada lawannya.  Baik lawanya jahat. Jantan lawannya betina. Panas lawannya sejuk. Tinggi lawannya rendah.  Untuk memahami secara tuntas  tentang taktik dan stratiji barisan  bersatu kita juga wajib memahami apa dia  lawan   barisan bersatu. Apakah dia musuh dan seteru barisan bersatu?

Lawan barisan bersatu  ialah divide et empera. Divide et empera ialah bahasa Latin. Maknanya : pecah dan perentah.

Kita ambil dari bahasa Latin  kerana stratiji pecah dan perentah ini telah digunakan  dari zaman empire kuno  Iskandar Zulkarnain. Taktik ini  telah digunakan oleh Empire Rom, telah digunakan oleh Empire Parsi, telah digunakan oleh Napoleon. Malah pecah dan perentah adalah strateji politik dan strateji perang  yang digunakan  oleh kuasa penjajah hingga ke hari ini. Sesiapa tidak memahami akan stratiji ini pastikan akan menjadi hamba dalam kancah politik. Tidak ada empire dapat bertahan tanpa menggunakan divide et empera - pecah dan perentah.

Pada 11 Ogos 1509 de Sequire dari Goa telah sampai ke Melaka. Pada 24 Ogos 1511 Alfonso de Abuquergue mengambil alih  Melaka. Kerajaan Melayu Melaka jatuh  ke tangan Benggali Puteh - nama Portugis ketika itu. Portugis memerentah Melaka selama 130 tahun. 
Pada tahun 1641 Belanda telah bekerjasama dengan kerajaan Johor dan berjaya menawan Melaka. Saya ulangi sekali lagi : kerjasama Johor dengan Belanda untuk menewaskan Portugis. Ini fakta sejarah.  Ada kerjasama Johor dan Belanda untuk untuk menjatuhkan kuasa imperial Portugis. Apa yang dilakukan oleh Belanda ialah penggalangan barisan bersatu untuk untuk mengalahkan musuh.

Belanda tahu betapa pentingnaya taktik  barisan bersatu  untuk mengalahkan Portugis. Maka untuk terus berkuasa Belanda telah mengamalkan strateji yang berlawanan dengan stratiji barisan bersatu. Belanda menggunakan - divide et empera - pecah dan perentah. Melalui strateji ini empire Belanda telah tidak dapat dialahkan di Alam Melayu. 

Kota Melaka - bandar kosmopolitan dan kota perniagaan yang amat penting pada zaman itu terus menjadi punca ekonomi Belanda. Melaka saperti Wall Street New York menjadi kota berahi yang dicemburui  -  tempat jual beli rempah rampai, bijeh dan emas. Dari Melaka barangan bumi tropikal ini dihantar ke Venice dan Genoa - dua  kota  Eropah yang menjadi pusat perniagaan pada ketika itu.

Apakah tidak ada kerajaan, raja atau pembesar  Melayu   lain yang  memberahikan untuk menawan kembali Melaka?

Jawabnya ada.  Setiap Raja dan Pembesar Melayu  cemburu dan berahikan kekayaan Melaka. Pada tahun 1641 Naning berperang dengan Belanda.  Sepuluh tahun kemudian Perak datang menyerang Belanda di Melaka. Pada tahun 1882 Johor yang pernah menjadi kawan Belanda datang juga menyerang Melaka. Pada tahun 1784 Selangor datang menyerang  Belanda di Melaka.

Semua serangan yang rancang dan dijalankan oleh  musuh Belanda  ditewaskan. Bukan kerana  Perak, atau Johor tidak cukup bala tentera. Atau Belanda terlalu kuat. Sebab utama ialah kerana tidak ada satu pun kerajaan Melayu pada ketika itu  menggunakan taktik dan strateji barisan bersatu.

Johor menyerang bersendirian. Perak datang menyerang dengan rakyat Perak. Tidak terfikir oleh kerajaan Melayu ini untuk mengalang kerjasama untuk mengalahkan Belanda. Bayangkan jika Aceh, Perak, Johor mendirikan barsian bersatu - Belanda telah lingkup dengan serta merta.

Justeru, Belanda dengan licik telah menggunakan divide et empera - pecah dan perentah. Kuasa politik Melayu di Alam  Melayu ketika ini dipecah-pecah untuk senang diperentah.

Hari ini sekali lagi sejarah berulang. Musuh anak semua bangsa pada ketika  ini bukan  Bengali Puteh, bukan Belanda, bukan Inggeris , bukan Jepun tetapi Najib Rosmah. Najib Rosmah sedang membawa porak peranda kepada politik dan ekonomi Malaysia.

Untuk mengundurkan Najib dari tampok kuasa anak semua bangsa di Malaysia tidak ada jalan lain melainkan menggalang barisan bersatu yang maha luas. Penggalangan  ini hanya diikat dnegan satu tujuan : menyingkirkan Najib dari menjadi Perdana Menteri. 

Jika tidak - sama saperti anak Melaka - kita akan dipecah dan diperentah untuk terus dijajah  bukan oleh Benggali  Puteh atau Belanda tetapi oleh Najib dan Rosmah. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


---------------------

BUBARKAN PARTI PAS







WAJIB TANYA

PAKAR JIN

WAJIB TANYA

PENASEHAT




Baik bubar PAS dari gabung dengan Umno - Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS,  Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno.
“Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi?
“Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
dah nak tutup kedai ke?
kah kah kah
jangan jangan jangan
sapa nanti nak tangkap jin
kah kah kah
sapa  nak candat sotong
kah kah kah
siapa penasehat politik
siapa pernasehat ekonomi
jangan jangan jangan
din ayam kerugian besar 

ENCULEZ VOUS



------------

NAJIB BUAT TEATER MARAH








NAJiB BUAT

TEATER MARAH





Kecewa kes seleweng RM100 juta, PM ikrar tindakan tegas

Najib melahirkan rasa kecewanya dalam kes penyelewengan membabitkan rasuah lebih RM100 juta oleh pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan dan berikrar tindakan tegas menanti mereka yang terbabit.
“Saya memandang berat kes penyelewengan melibatkan pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan yang kini dalam siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
KAH KAH KAH

SUDAH  POP

JADI FESHEN

KJ BUAT TEATER

NAJiB PUN BUAT

DUA DUA LANUN

BUAT LAKONAN

TEATER MARAH

KAH KAH KAH

LANCOW TEATER

KAH KAH KAH

--------------

INI BUKAN LAWAK BERDIRI




INI BUKAN

LAWAK BERDIRI



SILA HULUR BANTUAN






HORMAT PADA ALAM

islam kata jgn percya khurafat..jgn sembah pokok jgn sembah nenek moyang..org2 asli diserata dunia masih dgn keprcayaan roh dipokok, nenek moyang dll.org asli mjaga pantang larang tanah dihutan, org asli tidak tebang pokok suka2 hati..org asli hormat alam kerana disitu ada kenangan nenek moyang, tp berteduh tempat mebiak..


namun islam yang dikatakan agama syumul lebih banyak merosakkan alam berbanding dgn org asli yg tiada agama, cuma ada kpercayaan Animism.tak pe kalo tak percaya, namun sejujurnya, lihat la contoh2 hutan2 balak di kelantan.botak sebotaknya seakan bulu jembut yg dicukur rapi..bahkan org2 agama di negeri kaki lima mekah ni berselindung dibelakang tuhan agar tuhan menyembunyikan kemaluan mereka..

lihat bakun..lihat bario..lihat kuantan aka marikh..sejujurnya, adakah islam disuruh memusnahkan alam?tokey2 balak itu org US ke?jujur la kpd diri sendiri..perlahan2 tuhan membongkarkan ketidak jujuran org agamawan ni..adakah mahu terus tersenyum..kini agamawan kelantan ni suda on SAHABAT ALAM PERAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/22/16




------------

FORUM MALAM INI







FORUM MALAM INI

UBAH TV

RADIO BANGSAR

BUAT SIARAN 

LANGSUNG

MULA JAM 8:30 MALAM








---------------

SUAMI NAJIB BUAT LAWAK







LAWAK BERDIRI

TREND HOTT

PALING POP

PALING CUN


Terpaksa lupakan cita-cita kerana jadi suami pemimpin

KUALA LUMPUR -  Rosmah Mansor hari ini berkongsi kisah hidupnya yang terpaksa melupakan cita-cita selepas mengahwini Najib..

Walau bagaimanapun, suami kepada pemimpin nombor satu negara ini berkata, beliau reda dengan ketentuan takdir itu.

"Sudah pasti saya mahu menjadi orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi ketika itu. Ibu bapa sokong saya belajar sebaik mungkin, setinggi-tinggi yang boleh dan tentunya mahu melihat anak perempuannya ini jadi yang berjaya.


ISTERI KATA

BUKAN PUNCURI

SUAMI KATA

REDA TAKDIR

KAH KAH KAH

DUA PENYAMUN

DAH PANDAi

BUAT LAWAK

TAK LAMA LAGI

BUAT LAWAK

BEG PLASTiK

KAH KAH KAH


-------------

MASIH MAKAN DEDAK






MUNKEE 

CAP AYAM

DIHANTAR 

KE KAMBOJA

MASIH MAKAN

DEDAK




---------------