Ahad, 24 Januari 2021

DAGING HALAL DAGING HARAM TAK ADA BEZA

 


TERBUKTI

DAGING HALAL

DAGING HARAM

 TAK ADA BEZA

SELAMAT MAKAN

NIKMATI

SUP EKOR

KANGAROO

INI BUKAN MASAALAH

 


PAIP PECAH

APA ADA HAL

KAH KAH KAH

AIR KARAT

RAKYAT GEMBIRA

KAH KAH KAH

RAKYAT RASA

AMAT SENANG

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

KAH KAH KAH

LU TANYA HADI

KAH KAH KAH


Perlu sebulan untuk baiki paip pecah, kata exco Kelantan

KEROSAKAN paip air mentah di Kelantan yang menyebabkan seramai 32,000 pengguna putus bekalan dijangka dipulihkan sebulan lagi, kata exco hal ehwal air.

Azmi Mohd Nor berkata dalam tempoh itu syarikat penyedia Air Kelantan Sdn Bhd  akan menyediakan tangki statik untuk bekalan air penduduk di tiga jajahan terlibat.

“Kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan oleh kontraktor dan akan mengambil masa sebulan bagi menyiapkannya,” kata Azmi dalam kenyataan dikeluarkan syarikat.

Jelasnya, gangguan berpunca dari paip pecah sejak 19 Januari di saluran yang membawa air mentah dari Sungai Bagan ke Loji Rawatan Air Merbau Chondong

“Bagi pihak AKSB, beberapa langkah jangka pendek telah diambil seperti menyediakan tangka statik sejumlah 49 buah dengan kapasiti 200 gelen (909 liter) hingga 2,000 gelen (9,092 liter).

… (Ia diletakkan di kawasan yang terjejas iaitu di 30 lokasi di Machang, 12 di Pasir Puteh dan tujuh di Kota Bharu Selatan.”

Terdahulu pada 21 Januari, AKSB menyiarkan gambar menunjukkan kebocoran paip yang dinyatakan berlaku di Loji Rawatan Air Pulai Condong tarikh itu.

Bagaimanapun, ia memberi jaminan kebocoran berkenaan tidak menjejaslkan bekalan air kepada pengguna di ketiga-tiga jajahan.

Ia turut menyatakan rancangan AKSB untuk menggantikan saluran paip berkenaan.

“Kerja-kerja yang dijadualkan akan memberi kesan yang minimum kepada pelanggan,” kata AKSB.

Usaha mengagihkan air dibantu Syarikat Air Johor, Lembaga Air Perak, Syarikat Air Terengganu, Syarikat Air Negeri Sembilan dan Syarikat Air Darul Aman, kata AKSB. – 24 Januari, 2021.

NANTI 

PASTI DAPAT

BIDADARI 

BERMATA JELI

KAH KAH KAH

BUKAN BIDADARI

DARI JELI 

KAH KAH KAH

ITU TAK LEH PAKAI

KAH KAH KAH



TITIK PERGTEMUAN

 



TITIK PERTEMUAN

Unknown commented on 

"UMNO - DAP KERJASAMA"

Apa makna titik pertengahan? Apa kalau lu angkat 1 billion kena hantam bayar balik setengah bilion...ikut logik gua pun boleh angkat 1 billion kalau kena sailang wah kasi balik setengah billion...itu nama nya fair game bukan? Last rakyat angkat tin milo sikit susu rakyat kena slam 1 minggu kalau tak boleh bayar tambah lagi 1 bulan....itu macam kah jalan pertengahan geng politik?



 Lagi satu....ada olang nak jadi PM jumpa jalan tengah kautim dengan panglima sulah jatuh-hukum 12 tahun kenyit mata dengan presiden parti besar melayu yang ada 87 kes....ini jalan tengah kegilaan apa kah? Satu persoalan rakyat mahu tanya anytime siang atau malam petang atau pagi kalau rakyat tidak cukup makan ubat wang ketuk pintu parliament boleh dapat jalan tengah kah? Cibai mahu masuk parliament pun boleh kena tahan lah wei! Lagi ramai datang nanti itu lori merah FRU sudah tunggu...mana ada jalan tengah kasi sama rakyat huh?

NUMBO EKOR

 



NUMBO EKOR

Unknown commented on 

"ANWAR KELUAR 

NUMBO LAGI"

Taik Nombor.. serupa mcm gila nombor magnum.. geng2 pak lebai pakai kopiah kat taman ni pun siap utang dgn joki nombo smpi beribu hinggit sbb gila tikam nombo... si taik nombo ni takda ubat.. agama pun tak bole tambat si gian tikam nombo

KAWAN ANWAR



KAWAN ANWAR

Unknown commented on 

"FAKTA - DUNIA 

KENAL MADEY"

Aku dah lama kata, Anwar langsung tak ada kualiti PM. Tapi, Anwar pun ada kawan antarabangsa ... Erdogan, Wolfowitz, Allayarham BJ Habibie, Erdogan, Wolfowitz, Allaryarham BJ Habibie, ... oh soli, ada nama ulangan.

JANGN SIBUK BERPOLITIK

 



JANGAN SIBUK

BERPOLITIK

Unknown commented on

 "DATUK SERI ANWAR 

KELUAR NUMBO LAGI"

Gantung Parlimen ada apa berkenaan dengan rakyat? Ahli Parlimen prihatin kepada masalah rakyat sekarang ke? Ahli Parlimen ada buat kerja ke? Atau sibuk berpolitik? Darurat ke tak darurat, apa beza kepada rakyat?


HANTAR ANWAR KE FINLAND




HANGAR ANWAR

KE  FINLAND

Unknown commented on

 "ANWAR KELUAR NUMBO LAGI"

Rakyat menderita, tapi Anwar Ibrahim masih gila nak jadi perdana menteri. Tapi kita bagi peluang sikit Anwar tunjuk kaliber perdana menteri. Sila Anwar huraikan langkah-langkah nak tangani masalah kobid? Tak payah tunggu sampai jadi perdana menteri. 


Sekarang dah ada peluang tunjuk kaliber. Kalau rancangan baik, pasti rakyat akan sokong Anwar jadi perdana menteri. Kalau Anwar tak ada dan tak tahu buat rancangan tangani kobid sekarang, sila bungkus pergi Finland. Jangan kacau rakyat Malaysia lagi. Kita dah amat muak dan marah ... anak-anak pun tak cukup makan!

EL,LO TAMPOI

 



ELO TAMPOI

MINTA NO PONE

TANJUNG RAMBUTAN

Arymanchino commented on 

"DATUK SERI ANWAR

 KELUAR NUMBO LAGI"

Helo..helo..xde org ke yg blh tlg pukol tepon tanya hospital Tampoi atau Tg Rambutan.Abam ni dah peringkat bahaya dan tak blh biarkan dia berkeliaran.Takut tiang letrik pun dia sontot..

KEDAI NUMBO DAH TUTUP

 


KEDAI NUMBO

DAH TUTUP

Unknown commented on 

"DATUK SERI ANWAR

 KELUAR NUMBO LAGI"

Numbo tak laku. Sekarang kedai numbo dah tutup. Nak buat apa dengan numbo tu? Kah! Kah! Kah!

JANGAN RISAU DU LIM AKAN DISARAKAN

 


JANGAN RISAU

DUA LIM AKAN

DISARAKAN

Unknown commented on

 "UMNO - DAP KERJASAMA"

Mustahil! DAP kini wujud demi Anwar Ibrahim saja. Kalau DAP nak ubah, nak betul-betul khidmat rakyat dan negara, suruh Lim dan Lim bersara dulu.

MUKA BERSERI

 


MUKA BERSERI

Unknown commented on 

"GUA TAKDA TV TOK SERI"

Muka tok syeikh peliwat ada seri tak?

 Tanya je. Kihkihkih

AMERIKA - DI SEERANG PENGGANAS

 



AMERIKA

DISERANG PENGGANAS

DATUK SERI ANWAR KELUAR NUMBO LAGI

 



DATUK SERI ANWAR

KELUAR 

NUMBO LAGI

KAH KAH KAH

KALI INI 

 DAH KURANG

KAH KAH KAH

DULU ADA 123

KAH KAH KAH

SEKARANG 115 

KAH KAH KAH

SAPA CABUT LARI

KAH KAH KAH




115 ahli Parlimen tolak usul darurat Muhyiddin – dakwa Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen menolak pengisytiharan darurat dan penggantungan sesi Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa, seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menolak kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin ekoran keputusannya mengisytiharkan darurat tersebut.

Malah katanya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sedang membincangkan mengenai perkara itu.

“Yang nyata sekarang dan tidak boleh disangkal adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan Perikatan Nasional melibatkan perkara besar berkenaan darurat dan penggantungan Parlimen ini ditolak oleh majoriti ahli Parlimen.

“Dan sekarang GPS Sarawak sedang membincangkan…saya tidak tahu keputusan tapi kalau ini yang berlaku maknanya yang komited betul untuk mendukung darurat itu mungkin tak sampai 90 ahli Parlimen atau jauh kurang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan pada program Bicara Negarawan anjuran Majlis Profesor Negara secara maya, hari ini.

Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai cukup sokongan daripada ahli Parlimen untuk meletakkan beliau sebagai Perdana Menteri,

Katanya, bagaimanapun ketika ini beliau menunggu ihsan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung perkara itu.Sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepadanya yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Pada satu sidang media khas pada 23 September lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata beliau sudah mempunyai jumlah sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Beliau kemudian diperkenan mengadap Yang Dipertuan Agong pada 13 Oktober dan telah mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti Ahli Parlimen yang diperlukan.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara,  Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan susulan berkata, Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.

KITA KSIAN

DATUK SERI INI

KAH KAH KAH

DAH BERAPA KALI

KELUAR NUMBO

KAH KAH KAH

DAH BERPA KALI

BELI NUMBO

KAH KAH KAH

DATUK SERI

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

YB TOLAK DARURAT

BUKAN BERMAKNA

YB SOKONG 

DATUK SERI JADI PM

KAH KAH KAH

KHALAS



BUKU DALIL UNTUK ZAHID NAJIB ANWAR

 



ANWAR ADA

BUKU 50 DALIL

KAH KAH KAH

NAJIB ADA

BUKU 100 DALIL

KAH KAH KAH

ZAHID ADA 

BUKU 30 DALIL

KAH KAH KAH


Usaha singkir Zahid bermula, kata penganalisis

USAHA untuk menyingkirkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini sudahpun bermula, kata penganalisis.

Pengarah Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata ini dapat dilihat melalui kenyataan keras dalam sidang media bekas setiausaha agung parti Annuar Musa, dan pengedaran buku mengkritik Zahid.

Selain itu, ia juga ditunjukkan dalam kenyataan terbuka oleh pemimpin akar umbi agar presiden Umno itu meletak jawatan, katanya.

“Bukanlah kebetulan apabila dua minggu sebelum itu Annuar secara terbuka menyerang Ahmad Zahid,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Seruan dari Umno Paya Besar supaya Ahmad Zahid meletak jawatan pada Jumaat hanya tindakan susulan kepada gerakan yang dicetuskan Annuar, katanya.

Susulan itu juga, buku dalam bentuk elektronik yang menyenaraikan 30 sebab Ahmad Zahid perlu meletak jawatan diedarkan.

“Ini naratif terancang sebagai membalas rancangan Ahmad Zahid untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu dan menarik keluar parti itu dari kerajaan Perikatan Nasional.

“Ia juga mengesahkan perpecahan dalaman di dalam Umno benar-benar berlaku. Inilah perkara yang Ahmad Zahid gagal tangani,” kata Hisommudin.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Bahagian Umno Paya Besar division Ahmad Tajuddin Sulaiman yang membuat seruan terbuka agar Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden.

Pengarah The Boustead itu mendakwa Ahmad Zahid gagal memimpin parti dengan arahan jelas dan menjejaskan perpaduan parti.

Bahagian itu menyertai kumpulan pemimpin Pemuda Umno yang mendesak perkara sama kerana kecewa Zahid masih gagal memutuskan hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Hisomuddin berkata serangan ini akan lebih kuat menjelang pemilihan parti yang akan dijalankan pada tahun ini.

Katanya, Umno perlu menerima bahawa parti itu tidak lagi kuat seperti dulu dan tidak lagi dapat menggembleng sokongan orang Melayu.

“Kenyataan itu menunjukkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Umno terhadap Ahmad Zahid yang tidak mampu menetapkan panduan yang baik untuk part menjelang pilihan raya umum ke-15,” kata graduan Universiti Malaya itu.

Seorang pensyarah universiti itu, Prof Awang Azman Amang Pawi pula melihat, walaupun banyak bahagian Umno mahu memutuskan kerjasama dengan Bersatu, ramai tidak selesa dengan keputusan itu.

“Terutamanya golongan yang mendapat habuan jawatan bawah kerajaan Perikatan Nasional.

“Golongan ini menggesa Ahmad Zahid menarik balik keputusan itu kerana kedudukan mereka dalam Kabinet dan dalam GLC akan hilang jika Umno memutuskan hubungan dengan Perikatan.”

Katanya, situasi pada waktu ini berlaku kerana Ahmad Zahid tidak diberi jawatan Kabinet dan tidak berpengaruh dan berkuasa seperti presiden Umno terdahulu.

“Sedangkan dalam budaya Umno politik wang sentiasa menjadi pertimbangan budaya lama mereka dan presiden umno sekarang tiada sumber wang tanpa jawatan kabinet.

“Tiada kuasa dan tiada wang,” katanya.

Namun beliau berpendapat kedudukan Ahmad Zahid tidak wajar digugat seperti itu dan pemimpin parti sepatutnya menunggu masa pemilihan parti.

Oleh itu, Ahmad Zahid perlu berani mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang cuba menggugat kestabilan parti dan memecat individu terlibat untuk membersihkan parti, katanya.

“... (Ini) bagi memastikan umno benar-benar stabil dan harmoni serta bebas daripada musuh dalaman parti sendiri. Ini penting bagi persediaan menghadapi PRU15,” katanya.

Hisomuddin pula percaya Perintah Darurat akan menguatkan gerakan untuk menyingkirkan Ahmad Zahid.

Jelasnya, ini kerana Perhimpunan Agung Umno yang sepatutnya berlangsung dua hari bermula 30 Januari sudahpun ditangguhkan disebabkan darurat tersebut.

“Kumpulan ini menggunakan ruang ini untuk mempengaruhi bahagian untuk menyingkirkan Zahid.

“Sebahagian darinya berharap naratif ‘singkir Ahmad Zahid’ ini akan mengambil alih resolusi ‘putuskan hubungan dengan Bersatu’ yang diluluskan bahagian Umno,” katanya.

Hubungan dengan Bersatu dalam gabungan kerajaan kini bermasalah apabila Umno mendakwa dibuli dan diketepikan oleh parti yang baharu dan lebih kecil itu.

Pemimpin Umno sudah beberapa kali cuba memutuskan hubungan dengan Bersatu yang akan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional tumbang, tetapi membatalkannya di saat akhir.

Ahmad Zahid dan bekas presiden Najib Razak sudahpun menyatakan kesediaan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu namun ia ditolak pemimpin Umno lain yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan. – 24 Januari, 2021.




ANWAR BERAKHIR

KE SUNGAI BULUH

AMIN

NAJIB BERAKHIR

KE MANA ?

AMIN

ZAHID BERAKHIR

KE MANA?

AMIN



FAKTA - DUNIA KENAL MADEY

 



DUNIA KENAL

MADEY


Unknown commented on 

"MADEY APA JADI ?"

Kutuk banyak mana pun OT95 dah beri kenal kat dunia malaysia satu masa hanya tinggal beberapa anak tangga ke mercu 2020 tapi kena sailang ngan PM tido ngan PM klepto nak buat cam na? Itu orang tua tak da peduli legacy, mahu hantam silakan tapi dia tetap risau negara apa akan jadi.

 Lu bandingkan legacy mat gila sawan babi nak jadi PM...sodomania ada 2 salah guna kuasa melekat...kes Ucop Rawther masih tangguh ampun dari Agong naik court lagi so? Apa quality dia ada untuk jadi PM? Cuma satu jer soklan...yang kau kutuk tak cukup mangkuk...apa jasa dah lu buat kat negara dan banyak mana berbanding orang tua tuh huh?

ANWAR KELUAR NUMBO LAGI

 


ANWAR KELUAR

NUMBO LAGI

KAH KAH KAH


115 ahli Parlimen tolak usul darurat Muhyiddin – dakwa Anwar


TAK ABIH ABIH

DONGAN NUMBO

KAH KAH KAH

YAB KAPIR BERNAMA RAJIV

 


CONTOHI YB RAJIV

SEORANG KAPIR 

TAPI BUAT BAIK

TAK TUNGGU JANJI

DAPAT BIDADARI

John Bronson commented on

 "WAKIL RAKYAT 

WAJIB DICONTOH"

Inilah YB yg mengikut landasan Islam. Tat2 yg berlabon siang malam pun tiada terfikir idea seperti ini. Al fadhil al maksum menteri agama pun tak mengeluarkan idea2 bernas tindakan sebegini. Pak syeikh tok gopoh pun asyik meroyan nak rayu tarik darurat. Wei semak la kepala dengan tok gopoh ni. Biar darurat je senang, kurang skit semak di kepala.

ZAHID DISINGKIR ?

 



BERITA BAIK

AMIN

BILA MUSUH

BERGADUH

SESAMA SENDIRI

INI BERITA BAIK

AMIN

Usaha singkir Zahid bermula, kata penganalisis


BILA KAYU

DAH CONDONG

BANGLA DATANG

BERAK

KAH KAH KAH

RAJIV LEBIH LAYAK DARI ANWAR

 



RAJIV 

LEBIH LAYAK

DARI ANWAR

Unknown commented on 

"WAKIL RAKYAT 

WAJIB DICONTOH"

Rajiv lebih layak daripada Anwar Ibrahim jadi perdana menteri Malaysia. Kelebihan Rajiv, dia prihatin rakyat dikawasan DUN beliau. Anwar ada buat apa di Port Dickson sebagai ahli Parlimen? Ada pergi Port Dickson baru-baru ini?

DARURAT DITERUSKAN

 



DARURAT

 DITERUSKAN

bima sakti commented on

 "UMNO AKAN 

LAWAN BERSATU"

Anwar, najib Dan the geng boleh menyalak sesuka Hati ... Hampa sebut lah apa saja warkah Ka, watikah Ka, Surat bantah Ka, wahyu Ka, Firman Ka dalil Ka,... Lantak hampa lah... Buat apa Aku layan cerita hampa ni... Sudah tentu tidak Akan Di layan sehingga 1 ogos... Ramalan mudah Aku Ialah , silap silap tarikh darurat Di carry forward hingga cukup tahun ... Padan muka semua...


DEDAK SAJ TAK CUKUP - PERLU PENCERHAN

 



DEDAK SAJE 

TAK CUKUP PERLU PENCERAHAN

Unknown commented on 

"KASIH SETIA 

SAEKOR ANJING"

Jadilah anjing yang setia pada tuannya tapi jadi anjing yang setia pada dedak tuannya...KAKAKAKAKAKAKAKAK

BERKHALWAT HARI KE 313

 



KHALWAT KE 313


AHAD 24/1/2021
KITA MASUK KE HARI 313
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 12

GAWAT BERTERUSAN

PAGI INI INDAH
MATAHARI  KELUAR AWAL
AWAN BEROMBAK DILANGIT
MATAHARI BERSINAR
HOKKIEN CERAH

UNGGAS CENGKERIK
BERLAGU
TERNAMPAK  GAGAK
HAMPIR 10 EKOR
BERKUMPUL DI SEBUAH MAKAM
ENTAH MESYURAT APA
MUNGKIN ADA MAKANAN

BURUNG HOW WOW
SAPERTI BIASA MELAUNG KUAT

BRO
PAGI INI MULAKAN
DENGAN SENYUM

BRO
LU ADALAH TUAN
HIDUP LU
LU ARAHKAN KEMANA
NAK  PERGI

KITA BUKAN 
BELAJAR DARI PENGALAMAN
TAPI KEUPAYAAN KITA
 MENGALAMI PENGALAMAN

IKUTLAH RESMI SUNGAI
SABAR BERTERUSAN
AKHIRNYA SAMPAI JUGA

BUKALAH DIRI
AGAR KEHIDUPAN
BOLEH MASUK

SESUDU GARAM DALAM CAWAN
MENJADIKAN AIR TIDAK DIMINUM
SESUDU GARAM DALAM KOLAM
TAK JADI APA APA

MENANGIS DENGAN
SOSOK BIJAK
LEBIH BAIK DARI KETAWA
DENGAN MAT BEBAL


SETIAP HARI KITA MENYEMAI BENIH
SATU HARI NANTI
KITA AKAN MENUAI

AIR YANG KERUH ITU
AKHIRNYA AKAN CERAH 
MENGENAP
JIKA FIKRAH KITA  TENANG
IANYA JADI CERAH

BRO
KITA SEDAR ALAM INI
MELALUI
KESEDARAN KITA

SOSOK YANG CERAH
AKAN MENJADIKAN DIRINYA PULAU
YANG MUSTAHIL DI TENGGELAM BANJIR

BRO
JANGAN KITA SUSAHKAN
ORANG LAIN
DENGAN KATA
DENGAN PERBUATAN

IMAJINASI KITA
LEBIH MOLEK DARI PEGETAHUAN

BRO
APA SAHAJA YANG 
TIDAK MENCEDERAKAN  KITA
AKAN MENJADIKAN KITA KUAT

AWALANYA 
SEMUA MUSTAHIL DILAKUAN
SEHINGGA IANYA
TUNTAS SELESAI

BRO
KALAU MALAM TAK GELAP
KITA TAK NAMPAK BINTANG

LAGI BANYAK KUASA
LAGI BESAR 
TANGGUNG JAWAB

JALAN TERBAIK
NAK KALAHKAN MUSUH
JADIKAN  DIA KAWAN

KITA BERUBAH
YANG BOLEH
MENGUBAH DUNIA

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT