Jumaat, 31 Mac 2023

PENDAKWA RAYA BERRI INGATAN


PENDAKWA RAYA

BERI INGATAN 

PADA:

ZAHID-ROSMAH

BUNG MOKHTAR

ISA SAMAD

MUHYIDIN

WAN SAIFUL

GUAN ENG

 SYED SADIK 

DAN MEREKA YANG SEWAKTU

KHALAS

KLIP SANUSI TIBAI ANWAR - WAJIB TONTON


WAJIB TONTON

KLIP UCAPAN

SANUSI 

TIBAI ANWAR

AMIN

ANWAR SAMAN

KERANA CERAMAH

DI TAMBUN INI

AMIN

KHALAS

PENCURI TIDAK KEBAL - KEHAKIMAN BEBAS



Keputusan kes Najib bukti tiada siapa kebal undang-undang, kata Sithambaram


KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk menyemak penolakan rayuan terakhirnya sebelum ini menunjukkan tiada sesiapa kebal undang-undang, kata pendakwa raya V Sithambaram.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini sepatutnya memberi mesej kepada semua bakal pesalah tidak akan ada jalan keluar dan mereka akan dihukum mengikut undang-undang suatu hari nanti.

“Jabatan Peguam Negara dapat memastikan kedaulatan undang-undang diguna pakai dalam kes ini.

“Mesej terbesar penganiayaan SRC kepada ahli politik atau pesalah lain yang berkemungkinan adalah pendakwaan ini menunjukkan tiada sesiapa di negara ini kebal undang-undang.

“Dan saya ingin menegaskan pendakwaan yang berjaya ini mesti menghantar mesej yang menyedihkan kepada semua bakal pesalah bahawa undang-undang akan mengejar anda dan menghukum mereka yang bersalah,” kata Sithambaram kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.

Awal hari ini Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman serta denda kerana rasuah dengan majoriti 4-1.

Hakim Vernon Ong berkata tidak berlaku kegagalan dalam proses keadilan ketika pendengaran prosiding rayuan akhir kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM42 juta oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu. – 31 Mac, 2023.

AWAS !!!

MEMANG BETUL

BADAN KEHAKIMAN

BEBAS

AMIN

TAPI AWAS

ADA JALUR

NAK LEPASKAN

NAJIB ROSMAH

DAN ZAHID

AMIN

JALUR INI SDG

KERJA KERAS

AMIN

KHALAS

PENCURI NAJIB BUAT HELAH DISAAT AKHIR


Najib sendiri penyebab gagal rayuannya, kata Mahkamah Persekutuan


Mahkamah Persekutuan memutuskan Najib Razak sendiri sebenarnya menjadi penyebab prosiding rayuan beliau bagi kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd tidak didengar oleh panel hakim terdahulu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat yang membacakan penghakiman majoriti 4-1 itu, menolak permohonan bekas perdana menteri untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta. 

“Tiada penafian hak pemohon (Najib) dan tiada pelanggaran keadilan dalam kes itu,” katanya.

Keputusan majoriti itu dipersetujui oleh hakim Mahkamah Persekutuan Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim itu membuat keputusan bertentangan.

Dalam penghakimannya, Ong berkata peguam Najib sendiri yang enggan membuat penghujahan lisan sejak permulaan prosiding rayuan tahun lepas, walaupun peguam Hisyam Teh Poh Teik dibenarkan berbuat demikian oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim sebelum ini yang menolak rayuan itu.

Menyentuh mengenai penangguhan rayuan Najib yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan, Ong berkata mahkamah mempunyai budi bicara mutlak untuk membenarkan atau tidak sebarang penangguhan dan panel terdahulu menggunakan budi bicara mereka secara bijaksana.

“Oleh itu, tiada merit untuk semakan keputusan itu,” kata hakim.

Mengenai permohonan Najib untuk semakan terhadap pelepasan peguamnya (Hisyam) daripada mewakilinya semasa rayuan tersebut, hakim itu berkata mahkamah mendapati pendapat pemohon bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan pelepasan peguam itu tidak boleh dipertahankan kerana kuasa itu ada, diperuntukkan dalam Peraturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Sementara itu, mengenai permohonan Najib untuk semakan semula sabitan dan hukumannya, mahkamah memutuskan panel terdahulu telah mempertimbangkan 94 alasan rayuan, penghujahan bertulis dan keputusan mahkamah terdahulu yang mendengar kes Najib.

Oleh itu, penghakiman majoriti membuat kesimpulan bahawa tiada merit untuk semakan keputusan mahkamah terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib, kata hakim itu.

“Pemohon berhujah bahawa haknya telah dicabuli. Bagaimanapun, di sini jelas pemohon adalah punca nasib malangnya sendiri. Kami tidak nampak sebarang sebab untuk menyemak sebarang keputusan panel Mahkamah Persekutuan terdahulu.

"Setelah mempertimbangkan semua rekod, mahkamah mendapati bahawa semua sabitan awal terhadap pemohon adalah selamat dan hukuman yang dikenakan terhadap pemohon tidak keterlaluan, dan oleh itu, disahkan," kata Ong.

Mengenai permohonan semakan berhubung keengganan Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan itu, hakim itu berkata undang-undang mengenai penarikan diri juga telah diselesaikan dengan baik berdasarkan prinsip ujian “bahaya berat sebelah”.

Beliau berkata keputusan Tengku Maimun untuk tidak menarik diri disokong oleh ahli panel yang lain dalam penghakiman berasingan.

Hakim itu selanjutnya berkata tiada kegagalan korum dalam apa jua perkara kerana hakim boleh mendengar sebarang penarikan diri yang dibuat terhadap mereka.

Mengenai permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu terhadap Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hakim itu berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menafikan permohonan tersebut berdasarkan penilaian yang betul terhadap keterangan di hadapannya.

“Kami menegaskan bahawa proses semakan di bawah Peraturan 137 tidak seharusnya disalahgunakan. Sehubungan itu, permohonan semakan itu ditolak," katanya.

Bukti baharu itu adalah mengenai Nazlan yang pada 2006 adalah peguam dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank, yang mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk pengurusan dan pentadbiran semua jabatan undang-undang dalam keseluruhan kumpulan.

Keputusan hari ini adalah penamat percubaan Najib untuk dibebaskan kerana permohonan semakannya di mahkamah tertinggi dalam negara ini adalah jalan terakhirnya melalui prosiding mahkamah.

Ini bermakna Najib, 69, akan menjalani baki hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang.

Pada 23 Ogos lepas, panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini, diketuai oleh Tengku Maimun, menolak rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan sabitan dan hukuman. Najib memulakan hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang pada hari yang sama.

Selain itu, Najib juga telah memfailkan permohonan pengampunan diraja pada September tahun lepas.

Pada 5 Januari lepas, beliau juga memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) untuk meminta pembebasan daripada penjara atau perbicaraan semula kes SRC International yang dihadapinya berikutan pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang beliau dakwa mempunyai kecacatan serius dan bertentangan dengan peraturan keadilan antarabangsa.

Beliau memfailkan petisyen itu melalui Tetuan Shafee & Co, di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva secara digital.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan jawatannya. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu.

PENCURI NAJIB

BUAT HELAH

SAAT AKHIR

AMIN

TUJUAN UNTUK

PENGHAKIMAN

DILIHAT CACAT

AMIN

SENGAJA BUANG

PEGUAN LAMA

AMIN

PEGUAM BARU 

BELUM BACA

SEMUA HUJAH

AMIN

INI HELAH

JAHAT PENCURI

AMIN

LEPAS ITU

LANTIK KEMBALI

HAKIM LAMA

ZAHID IBRAHIM

PEGUAM BARU

DI BUANG

AMIN

KHALAS

MENGENAL SIAPA DIA

Fahmi berang selepas akhbar petik pakar ramal OPR naik

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dikritik pengguna media sosial selepas meluahkan kemarahan dengan sebuah laporan biasa oleh sebuah akhbar yang memetik penganalisis sebagai menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan naik dalam beberapa bulan ini.

Laporan Berita Harian itu antara lain melaporkan penganalisis menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR sebanyak 25 mata peratusan seawal Julai ini.

Pandangan pakar itu berdasarkan unjuran perkembangan ekonomi yang dipacu permintaan domestik kukuh ekoran pemulihan pekerjaan dan paras pendapatan lebih baik. 

Bagaimanapun, Fahmi yang sebelum ini dikritik di sebalik pendekatan beliau menguruskan kebebasan akhbar, menyifatkan laporan itu "fitnah".

"Ini Fitnah. Rencana dengan jelas kata ini pandangan penganalisis, bukan keputusan bank negara mahupun kerajaan," katanya dalam catatan di Facebook.

"Berita Harian Online wajib betulkan dan jelaskan.”

Ia kemudian diikuti dengan Fahmi mengumumkan akan berjumpa dengan pengurusan akhbar tersebut.

Komen Fahmi itu mengundang kritikan pengguna media sosial yang menasihatkan beliau supaya memahami laporan yang diterbitkan.

Ramai pengguna media sosial turut menekankan perkataan "dijangka" yang bermakna kenaikan OPR itu tidak semestinya akan berlaku.

"YB Fahmi Fadzil cuba faham sikit. Dia cakap dijangka bukannya dia cakap sah akan naik. Cari kamus dewan bahasalah YB cari apa maksud dijangka," tulis pengguna Facebook Faizal Ariffin.

"Dijangka. Maknanya diambil dari sumber-sumber yang buat kajian. 

“Benda mudah pun gelabah," tulis seorang lagi pengguna Facebook Firdaus Saleh.

"Ini jangkaan dari analisis. Celah mana fitnahnya.

“Benda ini dikira fitnah, serius lah YB.. Bukan PH wira kebebasan bersuara ke?" kata pengguna Facebook Khairil Anwar.

Sementara itu, pengguna media sosial yang dilihat bersetuju dengan pandangan Fahmi menggesa supaya syarikat akhbar itu dikenakan tindakan tegas.

"Panggil editor kanan bagi surat tunjuk sebab, suruh dia sediakan jawapan dalam masa 48jam/2hari. 

“Kena tegas tanpa beri muka kepada pihak yang terbabit!" tulis salah seorang pengguna Facebook Shidi Shidiamin di ruangan komen itu.

Ini bukan kali pertama Fahmi menerima kritikan ramai sejak menyandang portfolio itu, yang sebahagian besarnya dilihat sebagai bertanggungjawab ke atas organisasi media di negara ini. 

Awal bulan ini, beliau mempersoalkan hasil tinjauan yang dijalankan oleh beberapa agensi media pada 100 hari pertama kerajaan, berkata penemuan itu tidak boleh dipercayai dan tidak benar-benar mencerminkan pandangan rakyat.

WOIT

KES INI SENANG

SAJE

AMIN

NAK KENAL

BETUL PERNAGAI

SESEORANG

BERI DIA KUASA

AMIN

BODOH BANGANG

ZALIM BAIK JUJUR

SEMUA AKAN

MUNCUL BILA 

ADA KUASA

KHALAS

NAJIB AKAN BUAT SEMAKAN SEKALI LAGI


Penghakiman berbeza beri harapan baharu kes Najib, kata Shafee


PENGHAKIMAN menentang oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli dalam keputusan yang menolak permohonan Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memberi sinar baharu kepada pihak pembelaan, kata Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim Abdul Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim hari ini satu-satunya hakim yang menentang keputusan majoriti 4-1 yang menolak rayuan terakhir Najib hari ini.

Shafee berkata keputusan bertentangan Abdul Rahman itu memberi kemungkinan kepada pihak pembelaan memfailkan permohonan semakan sekali lagi.

“Ada kes yang disemak lebih daripada sekali. Selagi terdapat asas untuk semakan baharu, kita boleh mohon semakan semula,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 hari ini menolak usaha terakhir Najib untuk untuk dibebaskan dari sabitan kes penyelewengan dana SRC International.

Panel hakim mencapai keputusan majoriti 4-1 untuk menolak permohonan beliau untuk menyemak semula sabitan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana itu.

Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Abdul Rahman bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang, Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Hakim Vernon Ong Lam Kiat ketika menyampaikan keputusan itu berkata tiada kesilapan mahkamah ketika pendengaran rayuan Najib oleh panel hakim tahun lalu.

Keputusan itu mengekalkan Najib di Penjara Kajang untuk menjalani baki tempoh pemenjaraan 12 tahun. – 31 Mac 2023. 

WOIT

LAGI SEKALI BUAT

SEMAKAN

LAGI SEKALI 

MASYUUK

KAH KAH KAH

LAGI LAMA

PENCURI NAJIB

MASYUUUK KAJANG

KAH KAH KAH

WOIT

KES 1MDB BELUM

SELESAI

KAH KAH KAH

KHALAS

MALAYSIA DAN LEBANON


DI MALAYSIA

 RAKYAT

TAK DAPAT KELUAR

DUIT DARI KWSP

AMIN

DI LEBANON RAKYAT

TAK DAPAT KELUAR

DUIT DARI BANK

KHALAS

KJ DIBERHENTIKAN JADI DJ ???




KJ 

DIBERHENTIKAN

JADI DJ ?

AMIN

Unknown commented on 

"JIKA NAJIB BEBAS !!!"

Tetiba lepas KJ hantam Brother Anwar Bin Ibrahim gagal Dan memalukan lawatan brother ke Arab Saudi... Hari ini KJ jadi DJ di Hot FM tak ke udara lagi....

Kebebasan bersuara ....

Dah Macam pantekkkk Mesia skg ni

Selagi Barua DAP@ LeeKwanYew menguasai kerajaan kebebasan besuara sudah hilang... Mesia Dan jadi Singapura semua bisu Dan Saman

BABI LOPEH



BABI LOPEH

KAH KAH KAH

AMIN


panglimo potaseh commented on 
"TEPAT DAN BETUL"

Kotuo Montori Molako yg dulu di borhontikan sobab tak sihat .. yo ko .. alhamdulillah Kotuo Montori yang baru ni memang boboto nampak sihat dan gomok somacam. Gomok macam Babi Lopeh .

RAKYAT PAKISTAN SERANG CHINA MERAH


RAKYAT PAKISTAN

SEDAR & KENAL

SAPA SEBENAR

CHINA MERAH

KHALAS

DARI BRICKFEILDS DISAMBUNG LAGI


DARI  BRICKFEILDS  DISAMBUNG LAGI


Kesah yang aku kesahkan ini tidak berhujung. Cerita aku ini  masih diteruskan. Kesah-kesah ini  disambung dan bersambung. 

Setiap cafe yang aku  pernah singgah, setiap cawan kopi yang pernah aku pegang  adalah penyambungan cerita. 

Ketika aku duduk sendirian dalam cafe aku akan  menoleh ke kiri ke belakang ke hadapan. Mata aku pasti ternampak ada   pelanggan yang tidak aku kenali  duduk dalam cafe yang sama.

Kadang kala aku khayalkan siapa  mereka. Rumah  dimana. Berkeluarga, bujang atau duda.  Atau sedang berkelana. Jika terlihat pasangan muda maka aku tahu mereka sedang bercinta. Atau apakah sedang merancang untuk berumah tangga.

Jika ternampak dua Mamat yang membawa fail aku akan tersenyum.  Dua Mamat membuka fail ini pasti sedang  berbincang hal perniagaan. Mungkin merancang untuk merasuah pegawai kerajaan agar projek di luluskan.

Setiap sosok yang bersantai di cafe pasti mereka ada cerita masing-masing. Sama seperti aku yang melayan secawan kopi sambil  ngelamun tentang  itu dan ini.

Pernah sekali di meja hadapan di  Old Town Cafe ketika aku sedang duduk dengan seorang  kawan tertiba melintas di hadapan aku seorang hamba Allah. Dia menoleh dan terus mengambil kerusi dari meja sebelah dan duduk di meja aku.

Aku cuba bersopan. Sebenarnya  aku tidak suka jika ada orang lain yang tidak dalam perancangan  datang duduk ke meja aku. Untuk aku ini mengganggu. 

 Aku sendiri  tidak pernah menarik kerusi datang ke meja   sebelah  walau pun di meja sebelah kenalan. Untuk aku ini  bukan dalam perancangan.

Kadang kala kita ke cafe untuk bersantai bersendirian. Jika aku tidak boleh bersendirian maka aku gagal mencari bahagia.

‘ Dari mana Bang.... ‘ Aku bersopan lagi. 

‘   Sedang pasang krane... nak buat bangunan ....’ Dengan bangga dia berkata.

Kemudian  hamba Allah ini bercerita bahawa dia bekerja memasang krane. Memasang krane di atas bangunan. Ketika ini KL Sentral sedang dibina. 

Aku pun hairan juga ada krane atas bangunan. Belum pernah aku lihat sebelum ini. Kerjanya pasti ulit.

Lalu dia bercerita  yang dia pernah bekerja  memasang krane di Dubai, Hong Kong dan di New York.   Aku hanya mendengar. Sosok ini berkisah dengan pengalaman hebat membina bangunan pencakar langit.

Kemudian dia bertanya ‘ kenal Shamsiah  Fakeh....’  Aku mengangguk kerana aku tahu siapa Shamsiah Fakeh ini.

Aku menunggu  apa sambungan  dari soalan yang dihamburkan.

‘ Saya ni .... anak Shamsiah .. anak yang  ditinggalkan.. bila Shamsiah lari masuk  utan....’  Mata aku terbuka. Bukan terperanjat kerana aku berhadapan dengan sejarah. Mata aku terbeliak kerana aku yakin Si Mamat ini kaki temberang.

Mamat ini tidak tahu bahawa aku kenal dengan Jamal anak lelaki Shamsiah. Ketika Shamsiah  wafat aku turut sama mengangkat keranda jenazah untuk di makamkan.

Malah kawan yang duduk sama di sebelah aku ketika Mamat ini buka temberang adalah kenalan baik Jamaliah cucu kepada Shamsiah.

Sampai sekarang aku tidak tahu apa untungnya Si Mamat ini buka cerita anak Shamsiah Fakeh kepada aku Hishamuddin Rais 

Ini satu  kesah yang aku pungut dari Old  Town Cafe. Kesah yang mustahil aku lupakan.

Aku ingat lagi malam  Ahad  bulan  Disember 2013 teater Bilik Sulit sedang dipentaskan  di Temerloh. Aku lupa tarikh pementasan itu. Tapi aku tidak lupa bila mana selesai berteater aku dapat panggilan talipon dari Saifuddin Nasution.

Setiausaha Agong PKR ini mahu berjumpa dengan aku esok hari Senin. Aku menolak kerana hari Senin rutin aku menulis untuk kolum Dari Brickfeilds.

‘ Ini perkara lebih penting dari kolum kau... esok wajib jumpa... ‘ Saifuddin mengasak.

Aku jadi hairan apa yang lebih penting dari aku menulis. Amat jarang aku gagal menghantar tulisan kerana ini media cetak. Ruang telah disediakan. Bukan portal Internet yang tidak memilik konsep ruang.

Senin jam 11.30 kami bertemu di Old Town. 

‘ Cik Gu Lee akan letak jawatan dan Anwar akan bertanding sebagai ganti...’ Berita meledak dari mulut Saifuddin. 

Aku tidak menjawab kerana aku bukan orang parti.  Aku hanya mendengar penerangan Saifuddin.

Dia melihat jam di tangan.

‘ Ketika kita bercakap ini Anwar di Kajang.. dia sedang  berurus untuk menukar alamat... tanding DUN wajib warga tempatan... kalau parlimen tak perlu...wajib ada alamat di Kajang... dia pakai alamat Pak Ibrahim di Country Heights ....’ Saifuddin menerangkan bahawa semuanya telah di rancang.

Aku menyokong Langkah Kajang ini. Pada hemat aku ketika itu Anwar yang gagal menjadi PM boleh menjadi MB Selangor.

Justeru UBU ( Universiti Bangsar  Utama) mengadakan forum pada Januari 2014. Klip forum ini muncul dalam YouTube pada 31 Januari 2014.

Aku ingat lagi bagaimana YB Rafizi Ramli membocorkan berita ladang lembu Shahrizat Jalil. Heboh berita lembu hingga Shahrizat Jalil , suami  dan  anak beranak  sesak nafas.

Rafizi menalipon untuk  berjumpa. Kami berjumpa  di Old Town.  Ketika ini kesah lembu Shahrizat dah mengendur.

‘ Aku  fikir cara nak teruskan kempen  lembu ni...aku rasa kena buat filem...’ Rafizi menerangkan tujuan bertemu.

Perkara filem lembu ini telah lebih awal aku baca di media sebelum kami bertemu di Old Town.

‘ Boleh... kena buat  skrip.... dan buat cerita...’ Jawapan aku pada malam itu. 

Cerita lembu Shahrizat ini aku panjangkan dengan Ah Chong pelajar ASWARA dan minta dia menulis skrip. Aku hantar skrip pada Rafizi. Tapi Shahrizat sudah tidak jadi menteri lagi.

Aku ingat lagi bulan Mac 2014  aku bertemu Louise Story. Wanita tiga puluhan ini   wartawan penyiasat dari akhbar The New York Times (NYT).

 Pertemuan kali ini tidak di Old Town tapi di sebuah restoran China di sebelah Stadium Negara. Lebih tersorok dari tempat biasa aku membuat temu janji.

Ketika aku dan Louise Story bertemu 1MDB masih dalam Tahun Sifar. Berita 1MDB belum meledak. 1MDB masih kesah terpendam.

 Louise sedang mengumpul data untuk satu artikel  tentang 1MDB dalam NYT.

Aku bertanya bila berita ini akan  keluar di akhbar NYT.

‘ Some time in Autumn  - October or November....’ Louise menjawab.

Aku terfikir kenapa begitu lambat  baru tulisan dan berita  1MDB ini meledak. Aku yang tidak terlatih dalam bidang kewartawanan tidak faham cara kerja wartawan penyiasat dari Barat.

Cara mencari fakta. Menemu bual Si Anu dan Si Anu.  Semua sumber  maklumat di periksa, dirujuk dan diperiksa berkali kali. Ini untuk memastikan berita ini tepat kukuh dan sahih. Tidak akan muncul dakwa dakwi satelah berita  diterbitkan.

Untuk  aku yang tidak faham dunia wartawan  yang penting ada laporan media Barat ini keluar. Laporan ini akan aku gunakan untuk membuat propaganda  menibai Najib.
 
Sebelum aku bertemu dengan wartawan NYT ini aku tidak  menahu siapa Jho Low. Malah nama 1MDB belum menjadi buah mulut.  Louise berkisah sedikit tentang Jho Low. Aku  pasang telinga.

Kali ke dua  kami bertemu lagi. Kali ini waktu malam di Old Town. Louise meminta apakah aku ada cara untuk dia menemu bual Azman Mokhtar.

Aku kenal Si Azman ini. Kami dari sekolah yang sama. Untuk Budak Koleq kami panggil dia Amok.

Azman Mokhtar sebelum kes 1MDB meledak ialah Pengarah Urusan Khazanah Negara. Sosok korporat  pemain ekonomi yang penting di Malaysia.

‘ A bit hard...might be impossible....’ Aku mengelak diri.
 
Louise Story bertandang  di Malaysia lebih sebulan.

Satu malam  sesudah   Louise Story pulang ke New York  aku bertemu dengan Sidikin Omar di Old Town Cafe. Anak muda  ini bekerja sebagai pemberita untuk Suara Keadilan.  Dia kenalan baik aku – aktivis dari UBU. Malah kadang kala dia menyunting  kolum  Dari Brickfeilds  aku.

‘ Mari sini aku nak bocorkan cerita pada kau ...’   Mukadimah drama 1MDB aku.

‘ Apa dia.... cerita apa?.... ‘ Dikin bertanya.

‘ Ini bigger than big....’  Inilah istilah yang aku gunakan bila aku menyebarkan propaganda 1MDB sebelum nama 1MB diketahui umum.

‘ Kau wajib kumpulkan segala maklumat tentang Najib.... something big is coming... bigger than big ...’ Lebih besar dari besar. Ini  cara aku menjual drama 1MDB kepada Dikin dan kepada sesiapa saja.

Lebih besar dari besar ini aku gunakan untuk menunjukkan betapa besarnya berita yang akan meledak dari siasatan Louise Story.

‘ Kau tunggu lah.... sebelum Krismas... bulan  sepuluh atau bulan sebelas akan ada berita dari media luar  negara tentang Malaysia...’  Aku tidak memberi maklumat penuh pada Dikin kerana aku sendiri tidak tahu apa yang akan muncul.

Sabtu malam ketika aku dan  Dikin di Old Town  Cafe – Jalan Thambypillay amat sibuk.

Aku ternampak anak muda Melayu mungkin dari kampus sekitar KL  yang ingin melihat tubuh  wanita terbaring di atas katil. Sekawan anak-anak muda  sedang  berjalan keluar  masuk dari satu pintu kedai ke satu pintu kedai.

Buruh asing – Mat  Myanmar, Mat Indon dan Mat Bangla sama sibuk. Mereka berkawan-kawan naik tangga  rumah merah untuk  mencari kasih sayang di Jalan Thambypillay.

Aku bersama Dikin menghidup teh yang sudah sejuk degan mata memandang malam dan hati menunggu ledakan berita dari New York. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/03/31/dari-brickfields-bahagian-3