Isnin, 31 Oktober 2022

ADUHAI - DONDANG SAYANG !!!



ADUHAI

DONDANG SAYANG

AMIN

HORMATI MAHKAMAH KITA

 




Mahkamah tolak saman fitnah Sultanah Terengganu terhadap editor Sarawak Report


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah RM100 juta difailkan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain.

Mahkamah turut memerintahkan Sultanah Nur Zahirah membayar kos RM80,000 kepada Rewcastle Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Kien How @ Johan Abdullah ketika membacakan keputusan berkata kenyataan dalam buku “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose” bukan fitnah.

“Pada pendapat saya, reputasi plaintif tidak terjejas,” katanya semasa prosiding dalam talian petang ini.

Kenyataan dalam buku itu berbunyi: “(Ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low) juga baik dengan pemain utama di Terengganu, isteri sultan, yang persetujuannya diperlukan untuk menubuhkan dana itu dan baginda kemudiannya mengatakan sokongannya penting untuk beliau mendapat jawatan penasihat.”

Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda membantu Jho Low menjadi penasihat TIA.

Ketika membacakan keputusannya, pesuruhjaya kehakiman berkata kenyataan yang dipersoalkan itu bukan fitnah kerana defendan hanya mengandaikan bahawa Sultanah Nur Zahirah memperkenan atau bersetuju dengan penubuhan TIA, dan Low mendakwa beliau baginda menyokongnya sebagai penasihat TIA.

Sultanah Nur Zahirah diwakili peguam A Vishnu Kumar, Mohd Haziq Pillay, dan Mohd Hilmi Sarbini, manakala peguam Americk Sidhu mewakili ketiga-tiga defendan.

Baginda memfailkan saman pada 21 November 2018. – 31 Oktober, 2022.     

MAHKAMAH

TEMPAT

KEADILAN

AMIN 


AWAS. !! XBB ANAK OMICRON SAMPAI


Malaysia berdepan 

gelombang kecil Covid 

akibat varian XBB

Malaysia sedang berdepan gelombang kecil peningkatan kes Covid-19 susulan penemuan subvarian Omicron XBB di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata berdasarkan data harian, bilangan kes baru Covid-19 meningkat sebanyak 16.5%, iaitu dari 14,525 kes pada minggu epidemiologi (ME) 42 kepada 16,917 kes pada ME 43 (23 hingga 29 Okt).

Khairy berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan (hospital awam) bagi setiap 100,00 penduduk juga menunjukkan peningkatan sebanyak 14.3% pada ME 43 berbanding ME 42.

“Kita mengesyaki yang mendorong trend kenaikan ini ialah subvarian XBB yang jadi punca gelombang di Singapura yang telah ambil masa tiga hingga empat minggu untuk menurun.

"Barangkali kita juga berdepan dengan jangkitan varian XBB dengan empat kes telah dikesan sehingga 27 Oktober lepas,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.


OMICRON

DAH BERANAK

AMIN

KITA WAJIB

TERUA IKUT

C.U.S

CARA UNTUK

SELAMAT

AMIN

KHALAS

AWAS ! JANGAN TERPERANGKAP


2 kakitangan hospital ditahan rosakkan kolam Deepavali

DUA pekerja sebuah hospital swasta di Klang ditahan kerana merosakkan kolam Deepavali di kemudahan itu.

Polis berkata seorang daripada pekerja merosakkan kolam manakala seorang lagi merakam perbuatan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao berkata kedua-dua mereka ditahan malam tadi ketika hadir di ibu pejabat polis daerah.

Kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30-an itu direman tiga hari bermula hari ini.

Kes diklasifikasikan di bawah seksyen 298A kanun keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian agama.

Video salah seorang suspek yang memakai baju Melayu berjalan di atas kolam menjadi viral semalam.

KPJ Healthcare yang merupakan lokasi kejadian itu berlaku juga sudah melancarkan siasatan. 

Mereka berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya kakitangan hospital terbabit dalam kejadian itu. – 31 Oktober 2022.

AWAS !!!

JANGAN 

DIPERANGKAP

DENGAN KEMPEN

AGAMA & KAUM

AMIN

KITA HIDUP

SESAMA KITA

AMIN

SEMUA AGAMA

SAMA 

AMIN

AJAR PENGANUT

UNTUK BUAT BAIK

HORMAT SATU 

SAMA YANG LAIN

AMIN

DUNIA INI MILIK

KITA BERSAMA

AMIN

KHALAS

KEMPEN AGAMA DAN KAUM


AGAMA & KAUM

AKAN DIJADIKAN

AGENDA KEMPEN

UNTUK DAPAT UNDI

AMIN

Unknown commented on
 "CIK MINAH BERI 
PANDANGAN BETUL"

Kerja kerja jahat sudah mula, orang upahan mula kerja jahat, buat kacau bangsa buat kacau agama, supaya mereka menang, saja kacau saja buat onar, dunia macam macam boleh buat, satu video buat semua kacau bilau, sengaja sengaja untuk mereka untung, rakyat jangan alpha, jangan keliru, kalau perlu semuanya dipentaskan untuk emosi kacau bab agama bab bangsa semua isu lama lama akan muncul tujuan satu saja, pencuri nak dibebaskan, pencuri tidak mahu masuk penjara, pencuri perasuah perompak mahu terus berkuasa, ingat ITU saja cukup, lain tak penting, setiap hari rakyat berbilang bangsa agama tak gaduh pun, ini kerja style mossad yahudi kacau bilau kah kah kah ingat ingat pangkah kena betul amin

TANAM SAYUR BELAKANG RUMAH



TANAM SAYUR

BELAKANG RUMAH

AMIN

PARTI KIRI MENANG


Lula stages astonishing comeback to beat far-right Bolsonaro in Brazil election

Luiz Inácio Lula da Silva, the former leftist president, has reclaimed the leadership and vowed to reunify his country




Bekas presiden berhaluan kiri Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, telah mencatatkan kemunculan semula politik yang menakjubkan, menewaskan penyandangnya Jair Bolsonaro dari sayap kanan dalam salah satu pilihan raya paling penting dan memar dalam sejarah negara.


Dengan 99.97% undi dikira, Silva, bekas pekerja kilang yang menjadi presiden kelas pekerja pertama Brazil tepat 20 tahun lalu, telah memperoleh 50.9% undi. Bolsonaro, jenama api yang dipilih pada 2018, menerima 49.10%.

Luiz Inácio Lula da Silva: bekas budak pembersih kasut yang berharap untuk menuntut semula jawatan presiden Brazil

Berucap kepada wartawan di sebuah hotel di São Paulo, Lula berikrar untuk menyatukan semula negaranya selepas perlumbaan toksik untuk kuasa yang telah memecahbelahkan salah satu negara demokrasi terbesar di dunia.


SALUT

TAHNIAH

KAMARADE

AMIN

BERTUKAR KERUSI UNTUK MENANG


BERTUKAR KERUSI

UNTUK MEMASTIKAN

KEMENANGAN

AMIN

Unknown commented on 
"CIK MINAH BERI 
PANDANGAN BETUL"

Xde parti yg ada intergriti mslhnya. Intergriti satu hal,paham kemahuan rakyat pun satu hal. Dan parti yg claim dia konon berintergriti,sbb itu dia bule suka2 decide sndri2? Apa cer DAP amik kerusi amanah,mcm nie intergriti ke camne?ke bule kira kaki Sakau juga?

HORMATI ALAM !!!


HORMATI ALAM

AMIN

ALAM AKAN 

HORMATI KITA

AMIN

Unknown commented on 
"BILA KITA BANJIR -
 NEGARA LAIN KEMARAU"

Jangan main main dengan alam, kalau terus permainkan maksud kiamat semua kah kah kah syukur

CALON LAWA DARI DAP



DAP harapkan undi Melayu untuk tawan Bentong, kata penganalisis

DAP bersungguh-sungguh mahu memenangi undi Melayu terutama golongan atas pagar dan cuba mengekalkan sokongan pengundi Cina untuk memenangi kerusi Parlimen Bentong di Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kata penganalisis.

Kata mereka, calon DAP Young Syefura Othman merupakan ADUN Pahang yang dikenali dan mungkin boleh mempengaruhi pengundi Melayu muda di Bentong.

Namun penganalisis juga memberi amaran tentang langkah ini yang mungkin memakan diri sekiranya penyandang Parlimen Bentong Wong Tack kekal bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu yang bakal memecahkan undi Cina.

Minggu lalu, Wong Tack mengumumkan beliau akan mempertahankan kerusi itu pada PRU15 sebagai calon Bebas.

Pengumuman itu dibuat selepas DAP mengesahkan bekas ADUN Ketari Young Syefura sebagai calon PH di kerusi Parlimen Bentong.

Aktivis itu memberitahu beliau dimaklumkan DAP yang dirinya tidak sesuai dengan strategi besar parti untuk pilihan raya kali ini.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata DAP mahu memenangi undi Melayu di Bentong sementara mengharapkan kaum Cina terus menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Kerusi itu tidak selamat untuk DAP. Kali ini mereka perlu menang undi Melayu terutama pengundi atas pagar dan pengundi baharu. Sebelum ini Wong Tack menang dengan majoriti hanya 2,000 undi dan 2,000 undi itu tidak terlalu meyakinkan.

“DAP juga berharap kaum Cina akan terus menyokong namun Liow Tiong Lai adalah nama besar yang juga bekas ahli Parlimen di situ sebelum kalah pada 2018.

“Agak menarik untuk melihat Young Syefura melawan muka lama seperti Tiong Lai. Orang Melayu yang sokong Umno akan undi BN, kita akan lihat siapa plihan pengundi baharu,” kata Azmi.

Tiong Lai, bekas menteri kesihatan dan pengangkutan merupakan ahli Parlimen Bentong dari tahun 1999 hingga 2018 disebut-sebut bakal dicalonkan sekali lagi di kerusi itu pada PRU kali ini. Pada PRU lalu beliau tewas kepada Wong Tack dari DAP dengan majoriti 2,000 undi.

Tiada jaminan kaum Cina akan undi

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata tiada jaminan pengundi Cina akan mengundi DAP kerana sentimen parti.

“Kadang-kadang corak pengundi akan lebih pilih kaum daripada parti. Macam pilihan raya kecil Teluk Intan, DAP letak calon Melayu lawan Mah Siew Keong dari MCA tapi calon Melayu DAP Dyana Sofya Mohd Daud kalah.

“Ia tidaklah soal sentimen parti sangat terutama di kawasan seperti Bentong di mana pengaruh Tiong Lai besar dan boleh dikatakan ahli politik yang bersih,” kata Mazlan.

Namun Mazlan bersetuju DAP akan cuba mendapatkan sokongan Melayu.

“Akan jadi persaingan sengit. Young Syefura dikenali dan dia ada kedudukan dalam DAP. Pengundi Cina mungkin akan pertimbangkan itu. Lebih-lebih lagi kerusi DUN dia di Ketari berada di bawah Bentong. Dia mungkin kenal orang dan orang kenal dia sebab kerja dia.

“Saya rasa BN dan PH ada peluang 50/50 untuk menang tapi kalau saya yang buat keputusan, saya akan letakkan calon Cina DAP di Bentong,” tambahnya.

Sementara itu Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata MCA mungkin mengharapkan kejayaan di Johor dan Melaka berulang di mana pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.

Katanya, imej Wong Tack sebagai aktivis alam sekitar mungkin agak terjejas susulan isu Lynas di situ masih berlaku sedangkan DAP sudah berada dalam kerajaan dan mempunyai menteri yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar sebelum ini.

“Kawasan Wong Tack membuka ruang untuk penambahbaikan dan Young Syefura dilihat ada daya tarikan jadi wajar jika DAP pilih dia berbanding Wong Tack.

“Memandangkan sesetengah pengundi Cina seperti sudah kembali menyokong MCA yang diterjemahkan dalam PRN Melaka dan Johor, lebih-lebih lagi kembalinya sokongan besar pengundi Melayu terhadap Umno jadi Tiong Lai dilihat masih ada peluang,” katanya. – 31 Oktober, 2022.


WOIT

INI CALON

PRU15 PALING CUN

AMIN 

PENGGANTI 

 BEKAS AKTIVIS

 NGO 

HIMPUNAN HIJAU

KHALAS

MUDA. BAWA POLITIK BARU



Pengerusi MUDA Perak mohon maaf


IPOH – Pengerusi MUDA Perak, Mutalib Uthman memohon maaf kerana mengumumkan dirinya akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mutalib berkata, permohonan maaf itu merupakan tanda bahawa seseorang mempunyai sifat berani.

Mengaku kesalahan juga kata beliau, adalah satu langkah penting untuk berjaya.

Dalam penjelasan terbaharu, pengasas dan penaja bersama parti MUDA itu berkata, selepas berbincang dan berunding dengan semua, pihak Parlimen Tapah akan ditandingi oleh calon PKR.

Tambah Mutalib, beliau akan bertanding dan akan diberikan kerusi luar bandar dan kerusi milik menteri selaras perjuangan parti itu untuk PRU15 iaitu ‘MUDA lawan menteri’.

“Justeru, saya memohon maaf di atas segala kekhilafan yang telah berlaku. Mengaku salah dan mohon maaf, petanda jiwa yang berani.

“Berani mengubah kesalahan ke arah kebaikan adalah langkah awal menuju kejayaan. Ayuh kita fokus memenangkan PH dan MUDA,” katanya dalam kenyataan.

Mutalib bagaimanapun tidak menyatakan kerusi yang bakal ditandinginya nanti.

Terdahulu Mutalib membuat kejutan dengan mengumumkan dirinya akan bertanding di Parlimen Tapah.

Menurut beliau keputusan itu dibuat hasil rundingan kerjasama politik di antara MUDA dan Pakatan Harapan (PH).

Keputusan itu juga dibuat susulan kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengenai status kerusi Parlimen Tapah dan Sungai Siput di Perak serta Sembrong di Johor.

“Untuk rekod, Parlimen Tapah merupakan kerusi luar bandar dan adalah kubu kuat Barisan Nasional yang kini disandang oleh Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

“Untuk menyahut seruan, perjuangan ‘MUDA melawan Menteri’ sebagaimana di kerusi-kerusi lain yang ditandingi MUDA, saya, dengan rendah diri akan menjadi calon di Parlimen Tapah ini,” katanya.

Bagaimanapun tidak lama selepas beliau membuat kenyataan, Ketua Penerangan MUDA Luqman Long menafikan parti itu meletakkan calon di Parlimen Tapah.

Luqman menegaskan kerusi tersebut milik PH dan pihaknya komited untuk mengelakkan sebarang pertembungan dengan gabungan itu.

“Berkenaan kerusi Parlimen Tapah, MUDA ingin menyatakan bahawa kerusi itu milik PH, bukan MUDA.

“Komitmen MUDA-PH juga adalah untuk mengelakkan sebaran pertindihan kerusi antara Muda-PH.

“Sebarang kenyataan yang bercanggah dengan komitmen MUDA-PH ini adalah bukan kenyataan rasmi,” kata Luqman.-

SYABAS MUDA

BAWA POLITIK

BARU

AMIN

AMAT JARANG

POLITIKUS

MINTA MAAF

AMIN

POLITIKUS MUDA

BERANI MINTA

MAAF BUKAN

SALAHKAN MEDIA

SALAH LAPOR

AMIN

INI TANDA BAIK

UNTUK NEGARA

AMIN

KAHALAS

POLITIKUS JANJI POLITIK


RAKYAT TAHU

POLITIKUS

KAKI PUTAR

AMIN

BUAT JANJI POLITIK

NIAT NAK MENCURI

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"MI MEK NO POLOMIS !!!"

Rakyat Malaysia tidak keliru, semua sudah tahu apa kerja orang politik siang malam, kacau bilau, pecah belah, buat onar supaya mereka menang dengan undi kaum, undi agama, undi simpati semua diatur supaya mereka menang, nak jawatan nak wang kena pegang jawatan kah kah kah, rakyat sudah tahu cakap orang politik tak boleh percaya, kah kah percaya rakyat terus dibodohkan disailang supaya mereka terus mencuri, merompak, komisen projek projek untuk kroni kaum keluarga kah kah
Jigit commented on
 "MI MEK NO POLOMIS !!!"

Kepala lancaw la. Kalau tengok tv sekarang ini macam2 propaganda yang keluar.....seolah2 kehidupan di Malaysia ini di alam yang indah permai serba mewah semua orang dapat bantuan. Sekor makcik bodo cakap syukur "sekarang harga ayam dah turun" pun ada. Nonok dia la...telor ayam pun PM blurberry hang tu tak mampu sediakan untuk rakyat...nak cakap benda yang lebih besar. Betul la bebal tu bukan satu dosa, tapi si bongok tak layak jadi menteri...

Unknown commented on
 "MI MEK NO POLOMIS !!!"

Semua sama saja lah woit, semua janji suruh percaya, pelacur pun percaya, kangkang depan kangkang belakang, lepas pancut blah, blah apa mahu tunggu lagi, mereka nak kuasa, semua nak kuasa ITU saja matlamat engkau orang pun, bukan nak buat kebaikan, tetapi jaga periuk nasi jaga kedudukab, jaga harta rompakan semua sekali lah, ada satu manusia nama jebat derhaka, tengok video dia sedar sedar sikit Amin kah kah kah

INDUSTRI PERANG - PENJANA EKONOMI AMERIKA


INDUSTRI PERANG

PENJANA EKONOMI

AMERIKA

AMIN

PAK LEBAI BERSAMA PENCURI


PAK LEBAI

BERSAMA PENCURI

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"HADI BOLEH KALAH - 
FAKTA SEJARAH"

Tengok muka dia pun nak muntah, cakap tak serupa bikin, pusing pusing serban sampai oksigen tak masuk kepala woit, baik pencuri dari penunggang agama seperti dia, masuk 90 juta senyap tak ada ayat kah kah kalau masih percaya mampooos lagi rakyat Marang woit, nak jadi nelayan woit kah kah kah tapi nak free semua

DEKATI KEBAIKAN - FOKUS TOLAK PENCURI

 


DEKATI

KEBAIKAN

AMIN

FOKUS HALANG

PENCURI KEMBALI

BERKUASA

AMIN

Unknown commented on

 "MENUNGGU NAMA CALON"

Selamat pagi Bro Sham, ceria ceria selalu sebab masa tidak panjang biar kebajikan biar kebaikan bersama kita selalu, akhirnya tiada apa yang kita bawa bersama, pasti bukan Intan berlian, bukan beg birkin, bukan wellfire seperti nafsu Haji kita semua, tunjuk keikhlasan, ramai puak pengampu ramai puak pengacau akan muncul, diupah, digaji dielaun untuk kacau, untuk isu kaum agama tetapi semua ini tak penting, kita fokus tolak perompak, perasuah, perogol gila rakyat, tak kira bangsa tak kira agama asal calon yang betul ikhlas nampak baik, pun tidak tentu calon akan baik selamanya, rakyat kena pilih baik atau jahat, yang jahat sudah dikenali tetapi baik belum nampak, jauhkan diri Dari kejahatan dekati kebaikan, amin semoga hari yang ceria untuk semua, masa padam ingat tak ada apa apa untuk dibawa syukur alhamdulliah kah kah kah saja

MAT KOBID MAKIN AKTIF

 





MAT KOBID

 SENIN 31 /10/2022

MUSIM TENGKUJUH
DAH BERMULA
PRU15 AKAN BERJALAN
MAT KOBID MAKIN AKTIF

DILAPORKAN
OMICRON DAH BERANAK
DAN
 ANAK INI SEDANG MEREBAK
PERANGAI DAN WATAK
ANAK OMICRON INI
SEDNAG DALAM KAJIAN

KELMARIN
ADA BERITA ANGKA
NAIK 3000 +++
NAMPAKNYA KITA MASIH
LAGI BELUM PULIH 
SEPERTI 2018

ADUH !
BANJIR
EKONOMI
DAN
MAT KOBID
KITA 
BALIK KEMBALI SUASANA
KERJAAN GAGAL
AMIN

BRAZIL
LAPORAN BERITA
LULA MENANG UNTUK
KALI KEDUA
KALI PERTAMA JADI PRESIDEN
HAMPIR
20 TAHUN DULU
ADA KES RASUAH
DAN KINI MAHKAMAH
KATA TAK BERSALAH
MAKA LULA MASUK TANDING
SEKALI LAGI

LULA BAWA 
GARIS POLITIK KIRI
TAPI BELSORANO BERHALUAN
EKTREM KANAN
LAWAN LULA MASIH
BELUM MENGAKU KALAH

KEMENANGAN LULA
TAK LEBIH DARI 2 %
APAKAH AKAN BERGADUH ?
KITA TUNGGU DAN LIHAT
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI RENYAI
BASAH DAN SEJUK
MATA HARI TAK ADA
BANGUNAN 118  DILINDUNG KABUS

HA HA HA
DALAN REBAS INI
KUMPULAN PIPIT
BERTERBANGAN
TERKUKUR DI ATAS JALAN
TEPI LOPAK AIR MENCARI CACING

HA HA HA
KALI INI GUA DENGAR
SATU KOMUNITI KATAK
OIK OIK OIK
DALAM RUMPUT TEBAL
GUA RASA KATAK INI
DAH LAMA DISANA
TUNGGU HUJAN
 TUNGGU BASAH
BARU BERSUARA
ENJOI DE MENJOI
AMN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI SENIN
YANG SEJUK

BRO
LU AMBIL SIKAP BATU KARANG
TAK PUTUS PUTUS
 DIPUKUL OMBAK
BUKAN HANYA TEGAK BERDIRI
MALAH MENTENTERAM
OMBAK & GELOMBANG

BRO
KEBAHAGIAN HIDUP KITA
BERGANTUNG PADA
KUALITI PIKIRAN KITA
OLEH ITU JAGALAH
DAN BERHATI HATI 
DARI MEMILIKI GAGASAN
YANG TIDAK  SESUAI
DENGAN KEBAJIKAN DAN
SIFAT YANG  MASUK AKAL

BRO
TAK BANYAK PEKARA
YANG DIPERLUKAN
UNTUK HIDUP BAHAGIA
SEMUA ADA DALM  DIRI KITA
DALAM CARA PIKIRAN KITA

BRO
HIDUP BAHAGIA
ADALAH KEKUATAN
BATIN DARI JIWA

BRO
LU ADA KEKUATAN
ATAS PIKIRAN LU
BUKAN DARI PERISTIWA  DI LUAR
BILA LU SEDAR PEKARA INI
LU AKAN MEMILKI KEKUATAN

BRO
HIDUP KITA INI
ADALAH 
YANG DIBUAT 
OLEH PIKIRAN KITA

BRO
JIWA MENJADI DIWARNAI
OLEH WARNA PIKIRAN

BRO
JANGAN FOKUS DENGAN
APA YANG KURANG
FOKUS DENGAN
APA YANG SUDAH KITA MILIKI

BRO
JIKA TIDAK BENAR
JANGAN LAKUKAN
JIKA TIDAK BENAR
JANGAN KATA KAN

BRO
BILA LU NAK MARAH
MELEBIHI BATAS
CUBA LU PIKIRKAN
BETAPA SINGKATNYA
HIDUP INI

BRO
WILAYAH TENANG REHAT
TAK ADA GANGGUAN
ADA DALAM JIWA KITA SENDIRI

BRO
PEKARA ITU NAMPAK SULIT
TAPI JANGAN PIKIR
MUSTAHIL UNTUK MENCAPAINYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT JAGA DIRI
DARI ANAK OMICRON