Ahad, 14 Julai 2024
SAPA DI SPRM BUNUH BENG HOCK?
Keluarga Beng Hock tagih keadilan, janji 15 PH – Yan Ke
KUALA LUMPUR – Ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock dan ahli persatuan sanggup berjalan kaki sejauh 30 kilometer selama tiga hari dari Plaza Masalam, Shah Alam hingga Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur untuk menuntut keadilan.
Jurucakapnya, Wong Yan Ke berkata, kematian Beng Hock selepas disiasat di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjadi tanda tanya dan esok merupakan ulang tahun pemergiannya yang ke-15 tahun.
“15 tahun lalu, seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock telah mati di bangunan SPRM, tapi sehingga kini, ahli keluarga Teoh Beng Hock masih mencari kebenaran.
“Kita tunggu jawapan daripada kerajaan sama ada mereka boleh tangkap dan siasat pegawai SPRM yang terlibat.
“Namun demikian sampai sekarang, walaupun kita sudah bertukar beberapa kali kerajaan, kita masih tak dapat jawapan dan kebenaran,” katanya kepada MalaysiaGazette, selepas berjalan kaki bersama kira-kira 30 peserta dari Taman Medan, Petaling Jaya ke Jalan Klang Lama, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan mendiang Beng Hock yang juga bekas pembantu EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dipanggil SPRM sebagai saksi untuk membantu siasatan mengenai dana kawasan pilihan raya pada 15 Julai 2009.
Bagaimanapun, Beng Hock yang juga bekas wartawan Sin Chew Daily ditemui mati selepas mayatnya ditemui di atas bumbung tingkat lima di bangunan bersebelahan pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009.
Yan Ke berkata, pihaknya masih menunggu jawapan dan menagih janji daripada pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu menyelesaikan kematian misteri itu kerana mereka kini sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
“Kami memang nak jawapan daripada kerajaan terutama Kerajaan Perpaduan, komposisinya bukan sahaja Barisan Nasional (BN), bahkan ada PH.
“Dari dulu sampai sekarang, PH telah memberi banyak janji tak kira janji untuk reformasi atau janji kepada ahli keluarga Teoh Beng Hock untuk menyiasat dalam kes ini,” katanya.
Yan Ke berkata, sepatutnya pemimpin PH tidak berdolak-dalih lagi dalam menunaikan janji kepada keluarga Beng Hock yang masih tertunggak hampir 15 tahun kerana mereka kini adalah kerajaan.
“Mereka kata dulu mereka adalah pembangkang, sebab itu mereka tidak boleh buat apa-apa, hanya boleh boleh menyuarakan pendapat mereka sahaja.
“Tapi sekarang menjadi salah satu ahli daripada Kerajaan Perpaduan, maka mereka ada kuasa daripada eksekutif untuk terus menyiasat kes ini,” katanya lagi. –
PASTI ADA
PEGAWAI DALAM
SPRM YANG
TAHU SAPA DERA
BENG HOCK
HINGGA JATUH
DARI BANGUNAN
AMIN
APKAH INI JUGA
AKAN JADI KES
DI LUAR TABII
AMIN
KHALAS
UMNO LINGKUP
Belum tentu UMNO bersama gabungan politik lain dalam PRU16 – Tok Mat
KOTA TINGGI – UMNO belum tentu lagi bersama mana-mana gabungan politik apabila bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, ini kerana parti itu tidak terikat dengan mana-mana pihak untuk bergabung dalam PRU16.
“Kita hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan untuk menguruskan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Sri Sayong, Felda Sungai Sayong di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tenggara, Dr Adham Baba.
Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, perkara tersebut boleh diputuskan semasa PRU16 nanti berdasarkan kekuatan dan jumlah kerusi dimenangi UMNO.
“(Ada) kata kita akan gabung dengan PH (Pakatan Harapan), tengok PRU16, kalau (Parlimen) Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggara boleh bagi (menang di kerusi tersebut), kita langgar apa ada hal,” katanya.
Beliau berkata, UMNO sudah merasai keperitan akibat hilang kuasa namun apabila sudah berada semula dalam kerajaan ketika ini seperti tidak memberi sebarang makna kepada parti.
“Seksa apabila hilang kuasa. Hilang kuasa umpama anak ayam dicatuk-catuk dek orang. Walaupun berada dalam kerajaan kita terus hilang kuasa selagi tidak dapat jawatan perdana menteri,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, parti perlu lebih memahami kehendak orang muda yang kini menjadi pengundi baharu dan banyak menentukan keputusan PRU.
“Pengundi 18 tahun jadikan (keputusan pilihan raya) tak tentu arah, takkan nak bantah undi 18, itu mengundur ke belakang namanya,” ujar beliau.
Justeru katanya, parti perlu memahami pemikiran dan berdamping dengan anak muda menerusi program-program yang mereka suka dan dapat menerimanya. –
INI SUARA UMNO
SEMANGAT 46
AMIN
BUKAN SUARA
UMNO
SEMANGAT 47
AMIN
ZAHID LINGKUP
UMNO LINGKUP
ANWAR LINGKUP
KHALAS
ANAK MUDA 20 TAHUN TEMBAK TRUMP
Penembak Trump ialah Thomas Matthew Crooks, kata FBI
FBI telah mengenal pasti penembak dalam cubaan membunuh bekas presiden Donald Trump sebagai Thomas Matthew Crooks, 20 tahun dari Pennsylvania, lapor media AS.
“FBI telah mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park, Pennsylvania, sebagai subjek yang terlibat dalam cubaan pembunuhan bekas Presiden Donald Trump pada 13 Julai, di Butler, Pennsylvania,” kata FBI dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, motifnya tidak jelas.
Lelaki bersenjata itu segera “dineutralkan” oleh Perkhidmatan Rahsia, kata ketua komunikasi Anthony Guglielmi.
Menurut sumber, penyerang itu ditempatkan di atas bumbung kilang pembuatan yang berada lebih 130 ela dari pentas tempat Donald Trump berucap kepada orang ramai di perkarangan Butler Farm Show.
Donald Trump ditembak di telinga kanan dan akaun pertama selepas kejadian itu, beliau menghuraikan butirannya.
Bercakap kepada platform media sosial Truth Social, Donald Trump berkata, “Saya ditembak dengan peluru yang menembusi bahagian atas telinga kanan saya.”
“Saya segera tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena kerana saya mendengar bunyi berdesing, tembakan, dan serta-merta merasakan peluru itu menembusi kulit. Banyak pendarahan berlaku, jadi saya sedar apa yang berlaku,” katanya. – 14 Julai, 2024.
FBI BUNUH DIA
CEPAT SANGAT
AMIN
TAK SEMPAT
NAK SOAL SIASAT
AMIN
PASTI BANYAK
TEORI AKAN
MUNCUL
AMIN
KHALAS
MOGOK LAWAN BLACKROCK HARI KE 5
HARI KE LIMA
AMIN
Lebih 100 jam sudahpun lalu.
Mogok lapar mendesak Anwar Ibrahim
batalkan menjual 39 lapangan terbang
milik Malaysia kepada syarikat Yahudi Zionis
Blackrock
WATAK SEBENAR MADANON
WATAK SEBENAR
MADANON
AMIN
Unknown commented on
"LOKMAN ADAM JANGAN
JADI LOKMAN. ADAM"
masa nak lantik nuar jadi pm.. meraka guna akta lompat... tp kini bila mp lompat.. dia kata perlembagaan membenarkan... jelas ini adalah korupsi kerajaan madanon
RAFIZI CARI GADUH DENGAN MAJLIS PEGUAM
Majlis Peguam bidas Rafizi serang profesion guaman
Badan Peguam Malaysia hari ini menyelar Rafizi Ramli selepas ucapan menteri ekonomi itu baru-baru ini yang dianggap menghina profesion guaman kerana menyerang peguam bela kepada seorang warga Israel-Perancis yang berdepan pertuduhan menyeludup senjata api.
"Badan Peguam Malaysia menyeru semua pihak untuk berhenti memberikan tanggapan yang salah dan membuat sindiran bahawa peguam tidak beretika dalam menjalankan tugasan tetap mereka.
"Peguam seharusnya dapat memberikan perkhidmatan mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih, dan bebas daripada prasangka yang tidak berasas," kata presidennya Mohamad Ezri Abdul Wahab.
Ezri berkata komen Rafizi, yang ditujukan kepada peguam Naran Singh Asa Singh kerana menunaikan tanggungjawabnya kepada tertuduh, meneruskan stigma terhadap peguam.
"Ulasan beliau juga menyentuh isu yang lebih mendalam, yang melibatkan konsep proses wajar (due process) dan keperluan untuk mencapai keseimbangan yang betul antara kebebasan bersuara dan hak untuk perbicaraan yang adil," kata kenyataan itu.
"Peguam dilihat seperti memberikan perkhidmatan mereka kepada pembida tertinggi, dan akan melakukan apa sahaja mengikut kemampuan mereka untuk melepaskan klien mereka. Persepsi sedemikian tentang kerja-kerja guaman merupakan satu salah faham tentang apa sebenarnya yang dilakukan oleh peguam-peguam."
Naran, peguam mewakili Shalom Avitan yang memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis sebelum ditahan dan didakwa atas tuduhan memiliki senjata api, menjadi sasaran Rafizi dalam ceramahnya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap baru-baru ini.
"Siapa peguam kepada seorang rakyat Israel yang sekarang ini didakwa dengan pistol atas cubaan membunuh? Nama dia Datuk Naran Singh," kata Rafizi, dalam usaha menangkis kritikan terhadap keputusan kerajaan menjual saham dalam konsortium lapangan terbang kepada sebuah syarikat milik pengurus dana pro-Israel BlackRock. "Peguam kepada orang Israel yang datang Malaysia buat kacau di Malaysia dengan pistol ini, bukan orang PKR, bukan orang Umno, bukan orang DAP, tapi orang PN."
Majlis Peguam berkata walaupun ia menyokong kebebasan bersuara, ia tidak sepatutnya "menjejaskan hak seseorang kepada perbicaraan yang adil".
"Dengan mengulas mengenai peguam tersebut dan klien warga asingnya, Rafizi Ramli telah mempertikaikan klien tersebut secara pramatang sebelum kes itu diselesaikan oleh mahkamah."
Tambahnya, hak perlembagaan untuk mendapatkan perwakilan undang-undang bermakna setiap orang yang berdepan tuduhan di mahkamah dijamin perkhidmatan peguam.
Ia juga memetik Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978, yang mewajibkan peguam memberikan khidmat kepada anak guam sekiranya ada kepakaran dalam bidang kes tersebut.
Katanya, seseorang peguam tidak harus menolak anak guam yang memerlukan perwakilan undang-undang kerana ia melucutkan hak klien mendapatkan perbicaraan adil.
"Hakikat bahawa tertuduh dalam situasi ini adalah warga asing tidak seharusnya menghalang dia daripada mendapat perwakilan undang-undang.
"Peguam yang dinamakan oleh Rafizi itu hanya menjalankan tugasnya dengan memberikan suara kepada kliennya di hadapan mahkamah Malaysia," kata Ezri.
Sebelum ini, MalaysiaNow memetik Naran membidas Rafizi, menyifatkan beliau jahil dalam percubaan meraih markah politik.
"Dia menyebut tentang anak guam saya, itu subjudis, kerana kes ini sedang berjalan di mahkamah. Bagaimana dia boleh kata (tertuduh) bunuh orang? Dia boleh didakwa menghina mahkamah," kata Naran.
Naran turut membetulkan Rafizi dengan berkata anak guamnya berdepan tuduhan berkait senjata api dan bukannya membunuh.
Katanya timbalan presiden PKR itu juga tidak mengetahui fakta kes serta hak seseorang tertuduh.
"Dia tidak faham asas hak tertuduh yang boleh melantik peguam kerana dia dianggap tidak bersalah sehingga dia disabitkan.
"Macam mana hendak jadi menteri ekonomi? Sebab itulah ekonomi negara kita turun setiap hari," kata Naran.
KAH KAH KAH
RAFIZI BAKAL
PM MALAYSIA
SUKA CARI GADUH
AMIN
KALI INI RAFIZI
BODOHKAN PEGUAM
KAH KAH KAH
RAFIZI BELUM
SEDAR
ADA PROJEK
SUNAK KAN RAFIZI
SEDANG DISUSUN
KAH KAH KAH
KHALAS
BUNUH TRUMP - PROJEK SAPA?
Suspek penembak Trump terbunuh - Perkhidmatan Rahsia AS
WASHINGTON: Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) menembak mati suspek penembak calon Presiden AS, Donald Trump di Pennsylvania pada Sabtu.
Dalam kenyataan di X, agensi keselamatan itu menyatakan suspek berkenaan sudah meninggal dunia.
"Seorang yang disyaki penembak melepaskan beberapa tembakan ke arah pentas daripada kedudukan tinggi di luar perhimpunan.
"Perkhidmatan Rahsia AS segera bertindak balas dengan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat dan sedang dirawat," menurut Ketua Komunikasi agensi itu, Anthony Guglielmi.
Beliau berkata, seorang penonton juga maut, sementara dua lagi mengalami cedera parah.
"Kejadian itu dalam siasatan dan Perkhidmatan Rahsia AS sudah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)," katanya.
Sementara itu, Trump mengesahkan terkena tembakan pada bahagian telinga kanannya.
"Saya ditembak dengan peluru yang menembusi bahagian atas telinga kanan saya. Banyak pendarahan berlaku," kata Trump di platform Truth Social.
Tembakan dilepaskan ketika kempen Trump pada Sabtu, mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai dan penyokong yang hadir.
Selepas tembakan, Trump dilihat memegang telinga kanan, kemudian menurunkan tangannya ke bawah, sebelum melutut untuk berlindung di belakang podium.
Keadaan itu memaksa ejen Perkhidmatan Rahsia mengerumuni dan melindunginya, sebelum beliau bangun kira-kira seminit kemudian, tanpa memakai topi merahnya tertera tulisan 'Make America Great Again'. - REUTERS
SASPEK DGN
PANTAS DIBUNUH
JENG JENG JENG
TAK SEMPAT
NAK DI TANYA
JENG JENG JENG
INI PROJEK
DEEP STATE?
JENG JENG JENG
AMIN
KHALAS
KITA SOKONG APA YANG KITA MAMPU
PANDANGAN
BETUL
AMIN
KITA SOKONG
APA YANG
KITA MAMPU
AMIN
Unknown commented on
"MOGOK LAPAR"
Apa punya bangang sokong mogok lapar. Apa punya barang. Kah kah kah. Patutnya sama2 mogok lapar.
TEO BENG HOCK
TEOH BENG
HOCK
AHAD 14 JULAI 2024
PADA 16 JULAI 2009
TEOH BENG HOCK MATI
JATUH DARI BANGUNAN SPRM
JENG JENG JENG
JELAS BENG HOCK
MATI DI BUNUH
OLEH PEGAWAI SPRM
JENG JENG JENG
SAMPAI SEKARANG
DAH 15 TAHUN
MASIH BELUM DITEMUI
SAPA BUNUH BENG HOCK
JENG JENG JENG
AMERIKA
PARTI REPUBLIKAN
MULA MNYERANG KAMALA HARRIS
YANG MUNGKIN JADI
PENGGANTI BIDEN
UK
PRESIDEN UKRAINE ZELENSKIY
TIBA DI UK MINGGU DEPAN
UNTUK
BERTEMU PEMIMPIN EROPAH
DAN MINTA SENJATA
FRANCE
SESUDAH PRU
TAKDA SAPA MENANG BESAR
UNTUK TUBUH KERAJAAN
KINI KEADAAN TIDAK
MENENTU
OLIMPIK TAK LAMA LAGI
LAUTAN SUNDA
MAKIN TEGANG
CHINA MERAH BIKIN KACAU
NELAYAN PILIPINA
HOKKIEN
PAGI INI CERAH
MATA HARI BELUM KELUAR
LANGIT BERAWAN PUTEH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
TIONG SIBUK
MENCARI ULAT
DI PADANG RUMPUT
YANG BARU DI POTONG
JALAN PULANG
GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK
JANTAN SENIOR
SUARA AGAK MERDU
HARI INI AKAN PANAS
HINGGA KE PETANG
MALAM ENAK SANTAI
MUSIM PANAS DAH
SAMPAI
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI AHAD
BRO
BILA BERCAKAP
PASTIKAN SEBUTAN PERKATAAN
JELAS
BRO
KUCING AMAT SUKAR
UNTUK DIJADIKAN
PEMAIN SARKAS
KUCING BEBAS MERDEKA
BRO
LU JANGAN BAYAR
LEBIH DARI 2RM
UNTUK SEBUNGKUS
NASI LEMAK TETEK
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)