Selasa, 27 Februari 2024
TURUN KE DEMO MEGA SABTU INI
Segan dengan rakyat Barat lebih bersolidariti sokong Palestin – Tian Chua
KUALA LUMPUR – Himpunan Mega Demi Palestin akan menyaksikan buat pertama kali rakyat Malaysia mengadakan perarakan besar-besaran bagi menggesa menghentikan segera pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) Tian Chua berkata, perarakan yang akan disertai oleh lebih 100 NGO dan parti politik itu akan diketuai oleh Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd. Azmi Abdul Hamid.
“Kita telah menyaksikan himpunan raksaksa di negara lain dan segan dengan negara Barat yang walaupun pemerintah mereka beri sokongan kepada rejim zionis tetapi rakyat mereka telah menunjukkan solidariti yang kukuh terhadap rakyat Palestin.
“Saya harap di Malaysia kerajaan telah menyatakan pendirian yang tegas dan rakyat harus menunjukkan kesatuan kita dengan pendirian yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia,” kata Tian Chua dalam sidang media hari ini.
Perarakan bermula dari bangunan Tabung Haji pada pukul 2 petang menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kemudian melewati beberapa jalan termasuk KLCC, Hotel Renaissance, Maju Junction Mall, Jalan Raja Laut dan berakhir di Padang Merbuk.
Tian Chua berkata, jemputan telah dihantar kepada semua parti politik dari kerajaan dan pembangkang untuk bersama-sama dalam perarakan yang telah mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia.
Dua pemimpin iaitu Presiden Amanah, Mohamad Sabu Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir telah mengesahkan kehadiran dan akan memberikan ucapan di Padang Merbuk.
“Isu Palestin ini adalah universal di masa semua kelompok politik tanpa mengira fahaman boleh bersama. Kita harap pada Sabtu ini kita boleh mencerminkan kesatuan dan perpaduan rakyat Malaysia untuk menyatakan satu suara yang tegas dan bersatu menyokong perjuangan Palestin,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi jurucakap, Hishammuddin Rais berkata, antara pengisian termasuk persembahan daripada Ito dan Blues Gang sebelum ucapan pendek disampaikan oleh pemimpin yang hadir.
Beliau berkata, mereka yang hadir boleh memakai baju berwarna hitam, putih, hijau, merah dan hitam iaitu warna bendera Palestin.
“Kita menyediakan pengawal keselamatan seramai 200 orang dan ada ambulans. Persediaan telah dilakukan secara rapi dan berharap semua rakyat Malaysia beragama Islam, Kristian, athies, apa sahaja kamu datanglah bersama. Ini bagi menyokong kemanusiaan.
“Hari ini Presiden AS, Joe Biden berharap akan ada gencatan senjata Isnin ini tapi Presiden Netanyahu pula mahu meneruskan serangan pada bulan Ramadan. Ini keadaan kritikal untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin,” kata Hishammuddin.
Peserta diingatkan supaya tidak melakukan tindakan ganas, menggunakan kata-kata kesat, tidak membawa senjata dan menjaga kebersihan sepanjang perarakan dan perhimpunan berlangsung.- MalaysiaGazette
TURUN TURUN
TURUN
RAMAI RAMAI
KITA BERSETIA
KAWAN DENGAN
PALESTIN
AMIN
SISTEM BERAJA DI MALAYSIA
AGONG TAK BOLEH
TAK LAYAN JIKA
PEMBANGKANG
DAPAT SOKONGAN MAJORITI
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyatakan pendapat bahawa Agong mesti mematuhi peruntukan perlembagaan dan tidak mengikut "selera dan sentimen peribadi."
Dia memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada ahli parlimen pembangkang dan kerajaan bahawa baginda tidak akan melayan sebarang percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.
Dalam titah baginda semasa perasmian persidangan baru Dewan Rakyat semalam, baginda bertitah semua orang harus menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk dan baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik negara.
"Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah Seri Paduka.
Hassan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Agong adalah tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan, bukan raja mutlak.
“Agong tidak boleh tak layan jika benar-benar wujud keadaan seperti dinyatakan di dalam perlembagaan seperti yang ada disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana pihak pembangkang berjaya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk bentuk kerajaan baru.
"Adalah sah dan legitimate (absah) jika kerajaan yang ada tetapi hilang legitimacy (keabsahan) maka pembangkang berusaha secara perlembagaan, mengikut undang-undang dan demokratik menggantikan kerajaan penyandang yang telah hilang sokongan.
"Agong kena ikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya ikut selera dan sentimen peribadi," kata Hassan.
Hassan berkata bahawa adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan untuk kerajaan yang telah kehilangan sokongan dan keabsahan untuk memerintah dibenarkan terus menjadi kerajaan sehingga tamat penggal pilihan raya.
“Perlembagaan Persekutuan tidak ada kata bahawa sesuatu kerajaan yang dibentuk selepas satu pilihanraya akan tetap kekal sehingga tamat tempoh lima tahun iaitu sehingga pilihan raya umum akan datang.
"Agong juga seperti ahli-ahli politik kena patuh dan hormati Perlembagaan Persekutuan.Perkara yang tidak ada di dalam perlembagaan tidak boleh diada-adakan sesuka hati. Yang boleh meminda perlembagaan hanya satu badan sahaja iaitu Parlimen," katanya.
“(Dalam perkara) ini, Agong telah crossed the line (melangkau batas),” katanya.
JANGAN LUPA
MALAYSIA AMAL
SISTEM RAJA
BER
PERLEMBAGAAN
KHALAS
PANDAI BERCAKAP -TAK PANDAI BUAT KERJA
PANDAI BERCAKAP
TAK PANDAI
BUAT KERJA
AMIN
"ANAK MUDA MULA MARAH PADA HANG KERANA HANG TAK PANDAI
JAGA NEGERI NI !!!"
Bukan semua yang cantik dengar itu indah akhirnya, rakyat sudah belajar sekarang, orang yang pandai bercakap saja tidak semestinya pandai bekerja, inilah nasib satu negara yang mempunyai 1.6 juta penjawat awam, pasti semuanya mahu menjadi jutawan sepertimana diajar oleh orang-orang politik kita sejak Merdeka, tidak salah kalau guna cara betul, berniaga melabur demi melabur atau bijak menyimpan menabung sejak bayi lagi,
ramai contoh penabung sejak baby seperti mana dibuktikan oleh seorang wanita cemerlang dikenali disempurnakan oleh orang-orang kita sejak suaminya menjadi PM, tetapi akhirnya disyaki menjadi pencuri peminat komisen atas nama suaminya, didakwa juga suka bershopping merata dunia sambil meninggalkan hutang yang banyak kepada seluruh rakyatnya yang berbilang agama bangsa membayar balik hutang dikekalkan sebagai hutang negara,
dia seronok shopping orang lain pulak kena bayar, pelik juga yang paling ramai membayar cukai tidak menikmati kemudahan sepenuhnya sepertimana dinikmati oleh jenama malas dan kurang berusaha kah kah kah, bukan semua adil bukan semua saksama walaupun itu yang dilaungkan setiap masa kah kah kah
HILANG DUIT HILANG KAWAN
PINJAM DUIT
HILANG KAWAN
HILANG DUIT
AMIN
Unknown commented on
"PARLIMEN BERSIDANG"
BRO
LU PINJAM DUIT
PADA KAWAN
LU AKAN HILANG KAWAN
AMIN
lebih malang lu akan hilang duit lu sekali
amin
POTONG BUJERT IJN - BANYAK AKAN MATI
Potong belanja program ad hoc, bukan bermain dengan nyawa – Rafidah
KUALA LUMPUR – Sebarang langkah untuk discaj semua pesakit dalam kalangan penjawat awam dan pesara kerajaan daripada Institut Jantung Negara sebagai langkah penjimatan disifatkan tidak berperikemanusiaan.
Bekas menteri Kabinet Rafidah Aziz berkata, laporan berhubung tindakan itu disifatkan sebagai perkembangan paling mengejutkan daripada Kerajaan Madani.
“Adakah Kerajaan Madani tiba-tiba mengambil pusingan U yang tajam dan IJN telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan intipati ‘Madani’. Ini adalah peristiwa yang menyedihkan,” kata beliau dalam kenyataan di media sosial.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan, rawatan kepada penjawat awam dan bekas kakitangan kerajaan di IJN adalah sebahagian daripada pakej persaraan dan mereka telah berkhidmat untuk negara sepanjang hayat.
Rafidah berkata, pemotongan kos untuk langkah penjimatan harus disasarkan kepada program ‘ad hoc‘ yang membazir di semua peringkat kerajaan bagi semua jenis acara.
“Bukan dengan bermain dengan nyawa mereka yang paling memerlukan rawatan perubatan yang mana hospital dan klinik kecil tidak dapat menyediakan (kemudahan tersebut),” katanya.
Sebuah portal, Code Blue, berkongsi tulisan seorang pesara penjawat awam yang diberhentikan rawatan selepas 25 tahun menerima rawatan rapi di IJN.
Pesara itu, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, alasan yang diberi ialah arahan kementerian supaya semua penjawat awam dan pesara perlu discaj ke pusat jantung KKM berhampiran rumah mereka.
“Saya membantah kerana masalah saya sangat rumit; pakar kardiologi kanan IJN bersetuju dengan saya. Tetapi saya diberitahu bahawa tangan mereka terikat kerana kerajaan sedang mengurangkan kos.
“Saya juga mendapat tahu pesara dan penjawat awam lain di seluruh negara, beberapa bulan lalu turut mengalami nasib yang sama.
“Jadi, saya pulang ke rumah dan membuat persediaan untuk berjumpa doktor di pusat jantung KKM berhampiran rumah saya. Ini bukan mudah kerana saya terpaksa membuat janji temu dan klinik sibuk,” katanya.
Pesara itu berkata, selepas lebih dua bulan beliau berjaya berjumpa doktor namun bimbang akan kehabisan ubat tidak lama lagi.
Lebih membimbangkan, pusat jantung yang berhampiran rumah pesara itu menyatakan, mereka tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan kes beliau dan bilangan ubat yang terhad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjelaskan perkara itu tidak lama lagi.-:
WOIT
TARIK OXYGEN
DARI
PESAKIT UNTUK
JIMAT BELANJA
SEDANG BERLAKU
AMIN
INI BUKAN JIMAT
BELANJA NEGARA
INI ZALIM
AMIN
INI BUKAN MADANI
INI LEBIH ZALIM
DARI ZAMAN
MAHAFIRAUN
KHALAS
GAZAN BULUR MULA MAKAN RUMPUT
Warga Gaza kelaparan, makan rumput; dedak ternakan
GAZA: Pengeboman tanpa henti dan dikepung ketat Israel ke atas Gaza terus mengakibatkan krisis kelaparan semakin buruk sehingga ada antara penduduk terpaksa menyembelih kuda, makan rumput, dan dedak ternakan demi kelangsungan hidup.
Di kem pelarian Jabalia di utara Gaza, Abu Jibril menceritakan keadaan sukar itu sehingga memaksanya menyembelih dua ekor kuda miliknya untuk diberi kepada ahli keluarga.
“Kami tidak punya pilihan lain selain menyembelih kuda untuk memberi makan anak-anak. Kelaparan membunuh kami,” kata lelaki berusia 60 tahun itu kepada AFP seperti dipetik WAFA.
Tanpa memberitahu sesiapa tentang daging kuda berkenaan, beliau memasak sebelum menghidangnya kepada keluarga dan jiran-jiran.
“Walaupun perlu, tapi saya bimbang akan reaksi mereka. Tiada siapa tahu mereka makan daging kuda,” katanya.
Kem Jabalia, yang ditubuhkan pada tahun 1948 dan meliputi kawasan seluas hanya 1.4km, adalah yang terbesar di Semenanjung Gaza.
Jibril dan keluarganya melarikan diri dari Beit Hanoun apabila pencerobohan Israel terhadap Gaza bermula dan berlindung di Sekolah UNRWA al-Faluga.
Sebelum pencerobohan, air tercemar dan gangguan bekalan elektrik menjadi masalah utama di kem yang padat penduduk itu.
Kini, keadaan diburukkan lagi dengan masalah kehabisan bekalan makanan kerana agensi bantuan tiada akses ke kawasan berkenaan akibat pengeboman.
Penghuni kem mulai memakan sisa jagung membusuk, dedak ternakan selain rumput bagi menghilangkan rasa lapar.
Program Makanan Sedunia (WFP) minggu lalu memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini semakin bahaya dengan “tahap putus asa yang tidak pernah berlaku sebelum ini” manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 2.2 juta orang berada di ambang kebuluran.
Sementara Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) memberi amaran bahawa kekurangan makanan yang membimbangkan selain peningkatan kekurangan zat makanan dan penyakit boleh membawa kepada “ledakan” kematian dalam kalangan kanak-kanak di Gaza.
J
WOIT
INI KEBULURAN
YG DIRANCANG
AMIN
PROJEK ZIONIS
NAK MATIKAN
SEMUA PALESTIN
AMIN
KHALAS
DEMO ANTI. REFORMATI DAH MULA
Peserta #Reformasi100Peratus mula berkumpul
KUALA LUMPUR – Para peserta #Reformasi100Peratus mula berkumpul di perkarangan Tugu Negara bagi menyertai himpunan tersebut.
Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu difahamkan akan berarak ke pekarangan Parlimen jam 9 pagi ini.
Turut berada di perkarangan Tugu Negara ini ialah Pengerusi badan pemantau pilihan raya itu, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Asraf Sharafi Mohd Azhar, dan Wong Yan Ke.
HIDUPKAN
REFORMASI
AMIN
LAWAN
REFORMATI
KHALAS
PM BERMASALAH AKAN SENTIASA KENA PAU
PM BERMASALAH
AKAN SENTIASA
KENA PAU
AMIN
Unknown commented on
"DASAR INI WAJIB DISOKONG"
dan jika PM itu ada masalah yang memalukan, akan mudah kena pau dengan negara luar.
baik dengan negara sekecil singapore apatah lagi dengan negara besar.
segala perjanjian jika PM sudah kena pegang telor maka ia akan jadi berat sebelah yang menanggung rugi bertahun2 ialah rakyar terbanyak.
PM yang bermasalah tadi? dia boleh hidup enjoy de menjoy harta halal haram makan tak habis.
jika tak kena kejar dengan SPRM si azam baki lagi lah best.
indahnya hidup malaon yang pegang kuasa. selama pegang jawatan cakap pandai perut kenyang buntang, bila sudah bersara orang akan bina tugu peringatan mengenang kononnya berjasa
kahkahkah
PARLIMEN BERSIDANG
PARLIMEN
SELASA 27 FEBUARI 2024
KELMARIN PARLIMEN BERSIDANG
AGONG BERI TITAH
UNTUK KALI PERTAMA
SEBAGAI YANG DI PERTUAN AGONG
ADA BEBERAPA PERKARA
YANG WAJIB DIAMBIL PERHATIAN
DI PERSIDANGAN KALI INI
PERTAMA
BERAPA RAMAI LAGI YB
AKAN LARI DAN SOKONG PMX
SEPERTI KATA
YB KATAK BELOT
DARI BUKIT GANTANG
KEDUA
RAKYAT NAK DENGAR
PENERANGAN MENTERI KEEWANGAN
TENTANG HAL RINGGIT JATUH
KETIGA
BERAS MADANI
APA AKAN TERJADI
JENG JENG JENG
KEEMPAT
KES NIK ELIN
APA AKAN JADI
AMIN
KELIMA
PENCEN PENCEN
SAPA AKAN HILANG
PENCEN
GAZA
JOE BIDEN BERHARAP
SATU PERJANJIAN
GENCATAN SENJATA
DI BUAT SENIN DEPAN
AMERIKA
TRUMP MERAYU
DI MAHKAMH CIVIL NEW YORK
DENDA 454 JUTA DOLAR
KES PEMALSUAN
FRANCE
PRESIDEN MACRON
BERKATA BELUM
ADA KETENTUAN
TENTANG SOLDADU NATO
MASUK KE KANCAH
PERANG UKRAINE
DAN TIDAK MENAFIKAN
KEMUNGKINAN
JENG JENG JENG
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BERSIH
AWAN BIRU TERBENTANG
UNGGAS KECIL BERSUARA
YANG LAIN TIDAK KEDENGARAN
HARI INI PASTI PANAS
BALKONI GUA DAH BERCAHAYA
JIKA TAK HUJAN PETANG
MALAM JIKA BERANGIN
AKAN SANTAI
AMIN
BRO
SENYUM
SELASA YANG BIASA
BRO
JANGAN SENANG PERCAYA
APA YANG LU DENGAR
APA YANG LU BACA
DI ZAMAN INTERNET INI
BRO
JANGAN SESEKALI
BERKATA TELAH BAKAR JEMBATAN
TAK TAHU BILA
NAK PAKAI JAMBATAN ITU
BRO
KONGSI ILMU PENGETAHUAN
INI CARA UNTUK
TERUS HIDUP
BRO
JANGAN PINJAMKAN DUIT
JANGAN MEMINJAM DUIT
BRO
LU PINJAM DUIT
PADA KAWAN
LU AKAN HILANG KAWAN
AMIN
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERSELASA
Langgan:
Catatan (Atom)