Khamis, 28 Julai 2022

HELAH NAK TIPU


TIPU HELAH

ATAU

HELAH NAK TIPU

KAH KAH KAH

AMIN

PENIPU DAN PENYAMUN PIMPIN NEGARA

 



Forum mahu ubah naratif politik Melayu pemalas, bebal


SEKUMPULAN pengkaji dan cendekiawan melancarkan badan pemikir baharu Forum Melayu Kebangsaan (Forum) yang diumumkan bertujuan mengubah naratif politik komuniti itu.

Kenyataan Forum menyebut, perspektif masyarakat yang kini diasak dengan propaganda negatif terhadap orang Melayu harus diperbetulkan.

“(Menjadi Melayu itu) dilihat terkebelakang, lemah, kekal pemalas, bodoh dan bebal yang akhirnya menyebabkan orang Melayu apologetik atau malu pada bangsa sendiri.

“Persepsi berkenaan politik orang Melayu hari ini pula dilihat seolah-olah kita tiada pilihan selain menjadi orang yang korup, dinaungi politik wang dan projek dan tidak kompeten dan cekap dalam menguruskan negara,” kenyataan badan itu dipetik.

Mereka berhasrat memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap sistem politik yang berintegriti, bermaruah dan bersih.

“Kita bertekad untuk menolak sebarang hubungan dan usaha mengekalkan politik korup, tidak beramanah, tidak cekap, yang akan memperjudikan nasib dan masa depan bangsa Melayu.”

Jawatankuasa penaja itu menyebut usaha menangani kelemahan kepemimpinan negara di kalangan orang Melayu itu kunci utama bagi menyelesaikan isu dihadapi negara.

“Hanya orang Melayu yang mampu merubah dan menentukan masa depan yang lebih baik untuk orang Melayu,” kata mereka.

Forum melantik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai penaung yang berperanan sebagai pemandu dan penasihat badan tersebut.

Pengerusi Pejuang itu juga tampil menyampaikan ucaptama di persidangan meja bulat badan itu yang bermula pagi ini di Seri Kembangan.

Profesor sejarah sosial dan intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) Ahmad Murad Merican pula dilantik sebagai jurucakap Forum.

Badan berkenaan berusaha menghimpunkan cendekiawan dan intelektual rakyat dari pelbagai disiplin dan gender untuk menjalankan wacana bagi melaksanakan perubahan sosial dan politik ini.

Dalam persidangan pagi ini, lapan kertas kerja dibentangkan meliputi subjek politik, ekonomi, sosiologi, pendidikan, media dan kepemimpinan.

Ia antara lain menampilkan pengkaji Dr. Mohammad Danial Azman dan Amir Jumaat, Dr Mohd Roslan Rosnon dan Prof Mansor Mohd Noor.

Turut membentang Dr Anuar Ahmad, Prof Ahamed Kameel Mydin Meera, Dr Hamidin Abd Hamid dan Marzuki Yahya. – 28 Julai, 2022



WOIT

DULU LEPAS 

13 MEI ADA

REVOLUSI MENTAL

KAH KAH KAH

SENU RAHMAN

JADI KEPALA

KAH KAH KAH

SEKARANG

ULANG YG SAMA

KAH KAH KAH

WOIT

SELAGI PENIPU

PENCURI

PENGKHIANAT

JADI PEMIMPIN

MELAYU TAKAN

MEMILIKI

FIKIRAN KRITIKAL

AMIN

SIANG DITIPU YB

PETANG DITIPU

RTM TV3 UTUSAN

MALAM DITIPU

LEBAI AJI USTAD

KAH KAH KAH

USTAD TAKUTKAN

DG API NERAKA

KAH KAH KAH

UMNO TAKUTKAN

DENGAN POLIS

DGN SOSMA

DG BUKIT AMAN

AMIN

ANK MUDA

TURUN DEMO

POLIS PANGGIL

TU PASAL KEPALA

MELAYU JADI TAKUT

JADI RED INDIAN

DALAM NEGARA

SENDIRI

KAH KAH KAH

AMIN

IKUT FIKRAH JADI DIRI SENDIRI


BAHAGIA

IKUT FIKRAH

JADI DIRI SENDIRI

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "GUA BANGGA JADI SAKAI"

Sakai pun Sakai lah, Masih ada identiti sendiri, tak payah ikut orang lain, tak payah sibuk menjadi orang lain, kah kah kah asal usul sendiri jangan lupa,ramai lupa asal usul, nak jadi orang putih, nak jadi pak Arab, nak jadi Russia nak jadi Korea tapi adal usul Melayu kah kah kah

SABRI LAWAN TOWKAY - TAK IKUT SYARAT

 




Perikatan akan jumpa PM, kecewa terma perjanjian tidak dipenuhi


PERIKATAN Nasional (PN) akan menghantar delegasi untuk menemui Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob bagi membincangkan pelaksanaan terma perjanjian kerjasama antara gabungan itu dan Putrajaya, kata Hamzah Zainuddin.

Setiausaha agung PN itu berkata ia berikutan perdana menteri dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma penting yang terkandung dalam perjanjian itu.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada semalam, dan dihadiri pengerusi Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Hadi Awang, Presiden STAR Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan Dominic Lau.

“Mesyuarat melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan perdana menteri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi termaterma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan Perikatan Nasional.

“Perikatan Nasional memutuskan untuk menghantar delegasi untuk menemui perdana menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat,” kata Hamzah dalam satu kenyataan hari ini.

Awal bulan ini, Muhyiddin berkata beliau bertemu Ismail untuk membincangkan beberapa perkara penting, termasuk berkenana jawatan timbalan perdana menteri.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu, berkata mesyuarat itu diadakan beberapa hari lalu untuk mempertimbangkan perjanjian sebelum ini antara gabungan itu dengan perdana menteri.

Hamzah berkata mesyuarat itu turut membincangkan Konvensyen PN yang akan diadakan pada 27 Ogos sempena ulang tahun ke-2 PN dan beberapa ketetapan penting bagi memperkemaskan kesiapsiagaan parti menjelang PRU15.

Katanya, mesyuarat itu juga memutuskan majlis pelancaran PN Terengganu akan diadakan pada 30 Julai. – 28 Julai, 2022.

INI KERAJAAN

SYARATTON

KAH KAH KAH

SABRI JADI PM

DENGAN SYARAT

KAH KAH KAH

SEKARANG SABRI

DAH TAK IKUT

SYARAT NAK

LAWAN TOWKAY

KAH KAH KAH

HAMZAH NAK

JADI TIMBALAN

PERDANA MENTERI

SABRI 114

TAK AMBIK POT

KAH KAH KAH

INI BUAT TOWKAY

BENGANG

JENG JENG JENG

KITA LIHAT

APA JADI

KAH KAH KAH

AMIN

PAK LEBAI MENCURI


CHINA JAHAT

DIKENALI

AMIN

PAK LEBAI

MENCURI TAK

DISEDARI

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"PERNIAGAAN CHINA JAHAT"

Cina jahat dikenali tak apa jugak, yang berlakon alim ular yang berlakon baik belaka semua mencuri sejak zaman berzaman, yang rasuah pakai kopiah, yang rogol pakai tasbih jubah kah kah nak cam macam mana TT kah kah kah

AMERIKA DUA KALI TURN NAIK KE BULAN

 



Polis selesai ambil keterangan kes kematian 2 remaja dalam MPV


POLIS selesai merakam keterangan 15 individu termasuk ahli keluarga dan rakan berhubung siasatan kes dua remaja yang ditemukan mati dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di ruang parkir di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada Mei lepas. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata hasil keterangan daripada semua individu terbabit mendapati kedua-dua remaja itu tiada kaitan dengan mana-mana penghuni kodominium atau pemilik parkir berkenaan. 

“Kita masih (dalam proses) melengkapkan siasatan antaranya latar belakang kedua-dua remaja itu dan persekitaran mereka, selain masih menunggu laporan perubatan bagi mengetahui punca kematian. 

“Keterangan dan siasatan itu perlu bagi mendapatkan kesimpulan kes sebelum melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

Istiadat penganugerahan itu disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Azmi berkata siasatan punca kematian dua remaja itu mengambil masa yang lama kerana melibatkan agensi berbeza selain pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Kimia.

Media sebelum ini melaporkan, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul, masing-masing berusia 19 tahun dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Klang dan Shah Alam.

Kedua-dua remaja itu ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah MPV di ruang parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras 29 Mei lepas.
 – Bernama, 28 Julai, 2022.

WOIT

LAMBAT BETUL

NAK SELESAI

KES INI

KAH KAH KAH

DI AMERIKA DAH

DUA KALI TURUN

NAIK KE BULAN

KAH KAH KAH

SEMENJAK MEI

NAK MASUK OGOS

KES TAK TUNTAS

AMIN

SIMPATI PADA

KELUARGA YG

MENUNGGU NAK

TAHU PASAL APA

ANAK MEREKA

DITEMUI  MATI

AMIN

KENA RACUN?

KENA BUNUH?

BUNUH DIRI ?

DI CEKIK HANTU

KUBUR CHERAS?

KAH KAH KAH

WOIT

NI MACAM 

KES NAJIB

ADA  TANGGUH

TANGGUH

KAH KAH KAH

MYANMAR - PERJUANGAN DITERUSKAN



SETIA KAWAN

DENGAN PEJUANG

DEMOKRASI

 MYANMAR

AMIN

KHALAS

NAJIB DAN TRUMP



 NAJIB & TRUMP

KAH KAH KAH

AMIN

Ringgo commented on 

"PAK CIK TRUMP 
NAK TANDING LAGI"

Sama macam pak cik Najib kita, berangan angan nak jadi PM lagi. Tempat mereka seterusnya kena sumbat kat sel ja.

NAJIB DENGAR NASEHAT


BERITA LAPOR

NAJIB MINTA

NASEHAT PEGUAM

DARI INDIA &

SINGAPURA

AMIN

BERITA TAK LAPOR

NAJIB JUGA

JUMPA BOMOH

KERALA INDIA

UNTUK CARI

TARIKH SESUAI

UNTUK BICARA

AMIN

LIHAT NANTI

NAJIB AKAN

PAKAI JAKET

SELUAR HITAM

BAJU PUTIH

TALI LEHER BIRU

JENG JENG JENG

DAN SELUAR

DALAM KUNING

KAH KAH KAH

ARAHAN

BOMOH KERALA

KAH KAH KAH

KHALAS

JEMPUTAN SABTU MALAM - MUSIK MELAWAN



 JEMPUTAN 

MUSIK MELAWAN

&

FORUM TALIAN

SABTU MALAM



AN INTERNATIONAL EVENT

(in Myanmar and English languages)

 

Honouring Murdered Resisters of Myanmar

Celebrating Myanmar’s Spirit of Resistance


ကျဆုံးသူရဲကောင်း လေးဦးကို ဂုဏ်ပြုခြင်း                                                         

တော်လှန်ရဲသူများရဲ့ မြန်မာပြည်၊


တော်လှန်ရေး စိတ်ဓါတ်၊ခွန်အားနှင့် ဇွဲကို

ထုတ်ဖော် ဂုန်ပြု နိုင်ငံပေါင်းစုံ ပွဲကြီး။ 

Organizer & Host:  Forces of Renewal for Southeast Asia (FORSEA)

Date:  30 July 2022 (SATURDAY)

TIME: 

8:30 (New York);

 1:30 pm (London); 3: 00 pm (Central Europe); 7 pm (Yangon); 7: 30 pm (Bangkok); 7:30 pm Phnom Penh; 8: 30 pm (Kuala Lumpur)

FORSEA YouTube LIVE

Resistance Never Dies!

တော်လှန်ရေးဟာ ဘယ်တော့မှမသေ

Performing Artists

Mun Awang, Acclaimed Dissident Musician, Liberated Area, Myanmar

Pich Charkya, Renowned Khmer Classical Singer, Documentation Centre of Cambodia, Phnom Penh

George Mathew, Conductor and Director of the Music For Life International, New York City

Kultur ShockSeattle-based gypsy punk with root in Bosnian Federal Republic of former Yugoslavia

HIPHOPDECONTROL, Kuala Lumpur, Malaysia

Hameerudin Zawawi, Malaysian Musician, Kuala Lumpur, Malaysia

YaRobin, underground hip hop group, Kuala Lumpur, Malaysia

String Quartet Sinfonietta SA, led by Prof. Belma Alic from the Music Academy of Sarajevo, Bosnia and Herzegovina

Mulham Abordan, Syrian refugee and musician, Austria

 

Solidarity Speakers

Moethee Zun, Veteran Leader of All Burma Students Democratic Front and founder of Students for A New Society in Burma (1988)

Moe Thway, A Founder, Generation Wave, Myanmar

Khaing Zar Aung, President of Industrial Workers’ Federation of Myanmar (IWFM) (tbc)

Saifuddin Abdullah, Foreign Minister, Malaysia

James C. Scottrenowned scholar of everyday resistance, Yale University and author of The Art of Not Being Governed: An Anarchist History of Upland Southeast Asia, New Haven, Connecticut

Laura, Global Women’s Strike, UK

Hishamuddin Rais, Veteran dissident, educator & performing artist, Malaysia

Jay Kerr, Labour Rights Campaigner with No Sweat and Punk Ethics, UK

Nay San Lwin, Free Rohingya Coalition

 

 

 

PROJEK AMERIKA & NATO MAKIN GAGAL



 PROJEK

AMERIKA & NATO

MAKIN GAGAL

AMIN

KHALAS

 

Dua kanak-kanak maut dalam kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Dua kanak-kanak maut, manakala dua dewasa cedera dalam kejadian tanah runtuh menghempap sebuah rumah didiami satu keluarga di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata kanak-kanak perempuan Norain Jaziz, 11, dan kanak-kanak lelaki Isa Sabri, 2, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini selepas tertimbus dalam kejadian itu.

Beliau berkata mangsa dewasa yang tertimbus ialah Siti Nur, 28, mengalami kecederaan patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki, kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 8.26 malam tadi dan setibanya di tempat kejadian mendapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga di kawasan kejadian. Lima ahli keluarga selamat.

“Mangsa berusia dua tahun (Isa) telah dihantar untuk mendapatkan rawatan ke hospital (HQE) sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, dua lagi yang tertimbus berjaya dikeluarkan bomba dan orang awam,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Misran berkata mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan dikejarkan ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS serta ambulans.

Beliau berkata seramai 10 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama tiga jentera dan 12 anggota dari BBP Lintas bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat, operasi ditamatkan pada 10 malam,” katanya.- BERNAMA

INI MANGSA

MALAPETAKA

CUACA

AMIN

TAPI MEDIA

GAGAL BERI

PENCERAHAN 

KENAPA TANAH

RUNTUH

AMIN

APA HENDAK

DISOROK 

AMIN 

APAKAH ADA 

PEMBALAKAN 

DI ATAS BUKIT

AMIN

MATI & KAMBUS

KEMALANGAN

BENTUK INI

AKAN KERAP

BERLAKU

AMIN

INI BUKTI

MALAPETAKA

CUACA

AMIN