KOMENTAR
ini bukti kejayaan jalan raya
kalau tidak turun jalan raya
tak ada laporan berita
tak ada komen menteri tentang gst
1 mei 2014
puluhan ribu
telah turun berdemo menentang gst
1 april 2015 tahun depan gst akan bermula
ini berita baik
orang ramai makin terdesak
sekarang anak muda wajib bersedia
mulakan dengan yang kecil
akhiri dengan yang besar
GST tak beri kesan negatif kuasa beli, peniaga
LEDANG 9 Mei - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna manakala peniaga pula tidak mengalami kerugian kerana harga barangan tidak akan melambung serta-merta.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Hamim Samuri berkata, pemahaman mengenai GST telah dikelirukan pihak tertentu sedangkan fungsinya adalah untuk menstabilkan harga selain menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Beliau berkata, kajian awal yang dilakukan pihak kerajaan menunjukkan pelaksanaan GST sebanyak enam peratus tidak akan memberi kesan kepada pengguna atau peniaga malah harga barangan terkawal dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati.
Kita kena faham sistem pelaksanaan cukai memang sudah dilaksanakan di negara ini iaitu SST, sebahagian besar barangan yang dijual di negara ini sudah pun dikenakan SST. GST hanya merupakan transformasi sistem cukai negara, setiap peringkat iaitu pengilang, pengedar dan peniaga ada tanggungjawab masing-masing untuk membayar cukai.
-------