Isnin, 12 Oktober 2009

INI KERJA BODOH - MENGHINA ORANG MISKIN




43,509 KELUARGA MISKIN TEGAR DAPAT BERAS PERCUMA
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Seramai 43,509 keluarga miskin tegar di seluruh negara akan mendapat beras ST15 secara percuma mulai Disember ini melalui pemberian kupon bernilai sekurang-kurangnya RM24.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar, berkata pemberian tiga kupon maksimum itu bergantung kepada jumlah ahli keluarga terbabit.

nota:
hentikan kerja bodoh yang meghina orang miskin.
beras 10 kilo ini akan habis dalam masa kurang sebulan.

ini kerja menipu rakyat.
ini kerja menghina orang miskin.
jangan bodohkan orang miskin

apa yang wajib dilakukan bukan
bagi beras – beras ini akan habis.

bukakan jalan untuk orang miskin agar
beras mereka terus mencukupi.

bukakan peluang agar mereka tidak hidup miskin.
bukankan peluang untuk mereka berdikari bukan
meminta minta untuk dihina.

beri kupon ini adalah proses dimana orang miskin
ini terus miskin dan terus bergantung. ini rancangan
gerombolan. bila orang miskin ramai mereka akan
bergantung pada gerombolan. empat tahun sekali beri
sedekah dan suruh mengundi. ini trik gerombolan.

warga yang bebas merdeka tidak akan mahu dihina.


pepatah tamil ada berkata:
ulek ilek eee unekk melayu : ertinnya
siapa ada nama eee dia bukan melayu kah kah kah






APA SUDAH JADI DENGAN PERKASA DAN PEWARIS



KHAIRY DEFENDS NAJIB’S BUMI EQUITY ABOLITION POLICY
– malaysian insider

In a sign that the Malays may be worried over i Najib Razak’s liberal policies, Umno leaders are moving to explain that such policies will not abandon them.

One such example can be seen in today’s event, where Umno Youth chief Khairy Jamaluddin (picture), speaking before Malay entrepreneurs, defended Najib's move to abolish the compulsory 30 per cent Malay ownership in businesses.

Khairy said the decision was made after studies showed that the policy could no longer achieve its objective of building a new generation of Malay businesses and that it had to go to maintain the country's global economic competitiveness.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… INI BERITA TAK MASUK AKHBAR MELAYU….kah kah kah..

kah kah kah… APA PASAL LAPOR HAPUS DASAR EKONOMI PADA AKHBAR DI SINGAPURA…. kah kah kah..

kah kah kah… MUNKEEE NI DULU KATA 30% TAK CUKUP….kah kah kah

kah kah kah… MUNKEE NI KATA MESYI 70% …. kah kah kah..

woit… BILA HAPUS HAK BUMIPUTERA ...PASAL APA ALIH DASAR…. kah kah kah…

nota:
dasar ekonomi baru ini adalah dasar yang
telah bengkrap. deb adalah dasar dimana
gerombolan telah melanun negara ini. dasar
ini telah menambahkan kemiskinan keatas
orang yang ingin ditolong.

madey meluluskan dasar tanah negara : ini merembat
semua tanah orang kampong – dari kerpan ke berembang.
banyak tanah tanah di selangor lingkup di jual
pada cukong. banyak tanah bertukar tangan.


p/s
negara siam dan indonesia TIDAK membenarkan
orang asing memiliki tanah negara mereka. inila
namanya ketuanan siam dan ketuanan indonesia kah kah kah.


NOTA :
tolong bagi tahu pewaris dan pekasa
nanti tak tahu pulak cerita ini
nanti tuduh macam macam
katakan pakatan pembelot kah kah kah






DARI ARKIB TUKAR TIUB



KEJAYAAN RASUAH DALAM BUDAYA MELAYU




NOTA :

tulisan ini keluar di malaysiakini pada 1 hb oktober 2004 – apabila
isa samd mendapat undi terbanyak untuk dipilih
sebagai naib presiden united malays national organisation.
beberapa bulan kemudian isa di buktikan telah merasuah
untuk mendapat kemenangan ini.




ISA SAMAD PILIHANKU


Dari Kepung pergi ke Batu
Terima kaseh kerana bagi saya nombor satu


(pantun dua kerat Tan Sri Isa Samad di PWTC - laporan TV1 petang Sabtu 25
September)

Ditanya sama ada faktor politik wang yang sering diperkatakan menjadi punca pemilihan seumpama itu, Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata: "Memang semua orang bercakap fasal itu, it is an open secret (ia rahsia umum).

“Benda ini (politik wang) tidak boleh disorok-sorok, semua orang tahu. Pucuk pimpinan parti pun berkata dia akan siasat,'' katanya. (Laporan Utusan Melayu - 28 September 2004)

“Sayang jangan terperanjat bila abang tersenyum lebar hingga ke telinga bila diberitahu tahu bahawa Tan Sri Isa Samad - warikh kito - telah mendapat nombor satu” (SMS Hishamuddin Rais yang sah, bukan SMS haram kepada Siti Nur Haliza)

Saya merasa bagitu marah sekali terhadap desas-desus yang cuba memperlekehkan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Samad. Desas-desus ini disebarkan sebaik sahaja Tan Sri warikh kito ini mendapat kedudukan nombor satu dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno bagi sesi 2004-2007.

Saya sebenarnya tidak ingin menggunakan semangat assobiyah kenegerian, tetapi kali ini saya terpanggil untuk mempertahankan suku, perut dan terumba apabila anak Adat Pepatih diperlekehkan.

Pertamanya, saya ingin menghebohkan kepada rakyat saentero negeri bahawa kemenangan Tan Sri Isa Samad ialah jawapan Umno kepada globalisasi. Kedua, saya menuduh bahawa rakyat Malaysia telah leleng dan gagal membaca makna dan tanda yang disampaikan oleh ahli-ahli Umno melalui kemenangan anak Negeri Sembilan. Ketiga, Tan Sri Isa Samad adalah intipati perjuangan Agenda Melayu berasakan Islam Hadari yang diajukan oleh Umno untuk kita semua.

Ahli politik kecewa

Saya, dengan jujur dan sopan - perangai yang saya amalkan semenjak berkenalan dengan Cik Siti Nur Haliza - menolak semua desas-desus dan khabar-khabar tentang politik wang (baca: rasuah) yang memenangkan Tan Sri Isa Samad. Cerita-cerita dan fitnah di luar dewan PWTC tentang Tan Sri Isa telah menggunakan duit untuk membeli undi, sengaja disebarkan oleh 'orang-orang tertentu'.

Cerita-cerita ini juga ditimbulkan oleh ahli-ahli politik kecewa yang telah ditolak rakyat. Amat jelas untuk saya bahawa semua ini adalah tohmah dan fitnah ala Laman Reformasi. Pihak-pihak tertentu dan ahli politik yang kecewa ini tidak akan berhenti-henti dari menabur fitnah. Bak kata petitih Adat Pepatih - Kepala Agung sudah diberi kenapa pahat berbunyi lagi.

Saya hampir menjadi sasau kerana hingga ke hari ini, masih ramai orang yang tidak mahu faham bahawa tidak ada politik wang a.k.a rasuah dalam parti Umno. Tidak ada rasuah ini bukan cakap saya. Ini kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden Umno sendiri. Pucuk pimpinan Umno ini telah mengatakan dengan jelas kepada pihak media bahawa mereka tidak ada bukti tentang rasuah dalam Umno.

Kenyataan dari pucuk pimpinan ini menunjukkan bahawa semua ahli-ahli Umno ini adalah orang-orang yang suci, jujur dan bersih. Jika ada rasuah dalam Umno, pasti ada seorang berdua ahlinya yang akan membuat aduan. Apakah tidak ada seorang pun daripada dua ribu orang perwakilan itu yang mengamalkan Islam Hadari, berani membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah. Mustahil.

Malah, Tan Sri Isa Samad apabila ditanya oleh para wartawan tentang isu politik wang, telah menjawab dengan begitu jujur sekali: “Saya tidak tahu”. Jawapan 'saya tidak tahu' pastilah datangnya dari seorang mulut insan yang jujur, suci dan baik hati macam Siti Nur Haliza. Jikalau Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini memiliki maklumat tentang politik wang, pasti beliaulah ahli Umno yang pertama yang akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah.

Rahsia terbuka

Di akhir persidangan, beliau ditanya sekali lagi oleh para wartawan dengan soalan yang sama dan Tan Sri Isa telah menjawab: “Kan semalam seeh dah cakap apo nak tanyo lag...”. Untuk saya, jawapan jujur dan tanpa berselindung seperti ini hanya muncul dari seorang insan yang berfikiran global dan pengamal Islam Hadari.

Kerana itu, saya menolak kenyataan Menteri Penerangan yang cuba merabunkan mata rakyat dengan ayat 'it is an open secret'. Saya tidak faham apa yang 'open' dan apa pula yang 'secret'. Zip seluar dan 'secret' siapa yang ter'open'. Abdul Kadir (Sheikh Fadzir) yang amat pandai berlawak ini, cuba meng‘viagra’kan hujahnya dengan berkata 'benda ini tidak boleh disorok-sorok semua orang tahu'.

Kalau 'benda ini semua orang tahu' kenapa Menteri Penerangan ini tidak mengarahkan RTM tidak membuat racangan Akademi Fantasia Politik Wang atau Money Politics Malaysian Idol. Jika 'benda ini semua orang tahu' pasti rancangan-rancangan ini akan menjadi popular dan boleh di francaiskan ke Brazil atau Mexico.

Justeru, cakap-cakap tentang politik wang ini mencurigakan kepala saya. Barulah saya sedar bahawa inilah contoh orang politik kecewa yang selalu dibebelkan oleh bekas pemimpin agung Umno, Tun Dr Haji Mahathir Mohamad.

Kerana itu, saya akan berburuk siku dan mengembangkan tangan untuk menutup mulut orang-orang yang akan senyum atau ketawa apabila mendengar ‘innuendo’, sindiran atau lawak-lawak yang menyamakan Tan Sri Isa Samad ini dengan Tun Ghafar Baba dari segi keupayaan pemikiran. Kisah Tun Ghafar memasuki dua universiti dengan mendapat dua ijazah – BA BA – ini memang telah menjadi cerita rakyat. Tetapi Tan Sri Isa lebih hebat dari Tun Ghafar Baba.

Buktinya, dua tahun lalu, Tan Sri Isa Samad telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Labu Seremban. Dalam Ucapan Penerimaan ijazah, Tan Sri Isa telah menyatakan bahawa beliau merasa bangga kerana sebuah kilang elektronik di Linggi telah menempa sejarah kerana berjaya membuat sebutir komputer chip yang terbesar di dunia.

Musuh ketat


Mengikut ucapan Tan Sri ini, kejayaan kilang ini berpandukan semangat Malaysia Boleh. Menurut Tan Sri Isa, hingga ke hari ini, tidak ada sebuah pun negara dalam dunia ini yang telah berjaya membuat komputer chip sebesar yang dicipta oleh kilang di Linggi.

Memang betul Isa Samad tidak pergi ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Memang betul beliau memasuki Universiti Malaya dengan menggunakan tiket bumiputera. Memang betul beliau hanya berjaya mengikuti kuliah Pengajian Melayu di Fakulti Sastera. Memang betul rakyat belum pernah mendengar beliau bercakap atau menulis dalam bahasa Inggeris.

Sebenarnya sindirian-sindiran mengenai keupayaan Bahasa Inggeris Tan Sri Isa ini berpunca dari beberapa cawangan Umno di Jelebu. Sindiran ini ditimbulkan oleh para penyokong setia Dato Seri Rais Yatim yang menjadi musuh politik Tan Sri Isa. Berbanding dengan Dato Seri Rais Yatim, memang Bahasa Inggeris Tan Sri Isa Samad ini agak corot.

Tetapi harus diingat, Dato Seri Rais Yatim, walaupun telah menulis buku Freedom Under Excutives Power in Malaysia, tarafnya sama seperti Ibrahim Ali. Jangan kita lupa, bekas pembakar jambatan ini telah menggantikan Ibrahim Ali sebagai Menteri Kehakiman apabila Dato Paduka Ibrahim Ali bersara.

Justeru, saya terperanjat apabila New Straits Times menggunakan perkataan 'terperanjat' sebagai induk berita dalam melaporkan kemenangan Tan Sri Isa Samad. Sebenarnya tidak ada apa-apa yang harus diterperanjatkan. Yang terperanjat ialah 'bomoh-bomoh media - spin doctors' dalam media kita. Seharusnya seluruh rakyat Malaysia wajib bergembira dan tersenyum.

Cuba tutup mata dan bayangkan - sesudah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, pastilah Datuk Najib Razak yang akan menggantikan beliau. Dan sesudah Najib, orang ketiga di tangga pucuk pimpinan Umno ialah Tan Sri Isa Samad. Gambarkan insan global dari Negeri Sembilan menjadi Perdana Menteri kita. Pasti kita semua akan mengelobah tersenyum.

Sebar Fitnah


Saya menolak pandangan bomoh media yang menganggap Tan Sri Isa ini tidak memiliki ketinggian susuk dan imej negarawan seperti Tan Sri Muhamad Taib. Bomoh-bomoh media ini sedang menyebarkan berita bagaimana Tan Sri Isa Samad sedang diserang hebat oleh SMS - short man syndrome - sindrom orang katek.

Tetapi dukun media ini lupa bahawa tinggi rendah susuk seseorang itu bukan satu ukuran. Dunia tidak akan melupakan Napoleon, Deng Xiaping, Habibie atau Danny de Vitto. Kesemua mereka adalah orang katek yang telah berjaya meninggalkan zuriat. Saya berani berkata bahawa Tan Sri Isa Samad adalah Napoleon kita yang datang dari Linggi, bukan Napoleon dari watak buku
Animal Farm itu.

Tanyalah sesiapa sahaja yang berasal dari Negeri Sembilan, pasti mereka akan terkenang-kenangan akan sumbangan Tan Sri Isa Samad. Semasa Tan Sri Isa berpindah ke Kuala Lumpur, orang-orang Negeri Sembilan telah menangis kerana memikirkan projek pembanguan di Lake Garden Seremban terbengkalai gagal tanpa kehadiran Tan Sri Isa.

Konsep meneroka kawasan-kawasan hijau dalam kota Seremban akan dialihkan ke Wilayah Perseketuan. Yakinlah , tidak lama lagi, Tan Sri Isa akan membawa idea yang sama untuk membangunkan kawasan simpan Bukit Nenas, Bukit Persekutuan dan Bukit Ceylon. Beruntunglah sesiapa yang menjadi warga Ibukota.

Malah, sebulan setelah menjadi Menteri Wilayah, Tan Sri Isa telah mencadangkan agar semua bulatan - roundabout - yang dianggap besar di sekitar Kuala Lumpur; seperti di hadapan Dewan Perhimpunan Cina, boleh diswastakan. Bulatan yang luas boleh dijadikan pasarana pemangkin ekonomi. Untuk saya, idea seperti inilah yang amat-amat diperlukan untuk mengembangkan ekonomi kita dalam era global.

Doktor senapang

Pengalaman Tan Sri Isa Samad dalam Negeri Sembilan Incorporated cukup positif dan amat-amat diperlukan oleh negara, terutama di Kuala Lumpur. Walaupun pada awalnya Tan Sri Isa Samad amat liat untuk meninggalkan kawasan Adun Linggi, tetapi kerana pemikiran Tan Sri ini amat-amat diperlukan oleh negara, maka Perdana Menteri kita telah bersusah payah datang menjemput beliau naik ke Kuala Lumpur.

Mungkin ada rakyat di luar Negeri Sembilan tidak pernah mendengar nama Doktor Senapang (nama terjemahan dari Bahasa Inggeris oleh DBP) - nama yang sinonim dengan Tan Sri Isa Samad. Doktor Senapang adalah rakan, kawan dan penasihat Tan Sri Isa Samad. Tanpa Doktor Senapang, pastilah banyak kawasan balak di Negeri Sembilan yang terus terbiar menjadi hutan rimba. Tanpa idea Tan Sri Isa Samad dan Doktor Senapang, rakyat Malaysia hanya akan melihat pasir memutih dan pantai melandai di Port Dickson.

Tan Sri Isa Samad dan Doktor Senapang adalah dua badan satu kepala. Doktor Senapang akan mencari tanah dan kawasan baru, terutama kawasan tanah rizab Melayu. Kawasan-kawasan ini akan ditunjukkan kepada Tan Sri Isa dan di sini, mereka berdua akan turun menembak. Inilah hubungan intim antara politikus Melayu dengan cukong Cina yang wajib dijadikan asas untuk memangkin Agenda Melayu dan Islam Hadari.

Kerana semua ini, saya dengan jujur meminta agar media-media arus perdana dan laman-laman web untuk tidak lagi memperlekehkan kewibawaan Tan Sri Isa Samad. Saya meminta semua pihak memberhentikan polemik politik wang ini. Jika agenda politik wang a.k.a rasuah ini diteruskan, pasti musuh-musuh Umno yang sakit-sakit tulang belakang pun, akan berani menyerang.

Sesiapa sahaja yang terus mempertikaikan kemenangan Tan Sri Isa Samad ini saya anggap mereka cemburu, dengki dan iri hati. Telah sampailah masa dan ketikanya bagi anak jati Adat Pepateh menyandang jawatan Perdana Menteri. Seperti Napoleon yang datang dari pulau Corsica yang kecil, Tan Sri Isa Samad juga datang dari mukim Linggi yang kecil. Kalau Napoleon akan menawan seluruh Eropah, Tan Sri Isa Samad akan menawan semua tanah kosong dan kawasan setinggan di Kuala Lumpur. Justeru, tanpa segan dan silu saya mencadangkan diri saya untuk menjadi Orang Isa. (TT)



BILA CUKONG BERGADUH SATU MALAYSIA TEPUK TANGAN



TEE KEAT STILL MCA BOSS FOR NOW
– malaysian insiderg

Ong Tee Keat remains MCA president and has been urged not to make any hasty decision, party secretary-general Wong Foon Meng said today, in a sign that Ong may be asked to stay on despite yesterday’s no-confidence vote.

“He has not resigned,” Wong said at a press conference held at the Chinese political party’s headquarters here this afternoon.

NAJIB HINTS ONG SHOULD GO
– malaysian insider

Najib Razak today dropped some not-so-subtle hints that MCA presidenti Ong Tee Keat should step down as MCA president.

The prime minister told a press conference that since the extraordinary general meeting (EGM) was the highest meeting authority in any party structure, the MCA leadership was confined to accepting the results of yesterday’s controversial meeting.

KAH KAH KAH

kah kah kah… LAWAN JANGAN TAK LAWAN…. kah kah kah..

kah kah kah… PARTI CUKONG INI SEDANG NAZAK… kah kah kah…

woit…. NAZAK.. NAZAK PUN… LAWAN LAGI… KASI HANCUR SAMA DIA… kah kah kah…

woit… ALANG ALANG MENYELOK PEKASAM… BIAR SAMA SAMA TENGGELAM…. kah kah kah…

nota:
mca pecah
mic pecah
ppp pecah
gerakan pecah
gerombolan lagi pecah -
dua gerombolan di perlis
dua gerombolan di terengganu
tiga gerombolan di kelantan
dan paling terbaru dua gerombolan di n9

serik semakin serik
koyak semakin rabak


awas :
semua pegawai kerajaan
jaga harta negara kerana dalam
masa dua tahun ini gerombolan
akan merembat apa shaja.
gerombolan sudah bersedia untuk

p/s:
tee keat ini pemimpin mca
yang tak nak tunduk pada
gerombolan. kerana itu
dirancang untuk jatuhkan tee keat.
gerombolan mahu zulkiflee nordin
jadi ketua mca kah kah kah.







MANA DIA LAPORAN STADIUM RUNTUH



BERAPA LAMA NAK KELENTONG - SAMPAI SOTONG KERING




TNB RANCANG BINA EMPANGAN BARU DI TERENGGANU ,PAHANG
– berita hairan

KUALA TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) merancang membina dua empangan hidroelektrik baru, masing-masing satu di Hulu Terengganu, Terengganu dan Hulu Jelai di Pahang.

Naib Presiden (Sumber Manusia) TNB, Muhammad Razif Abdul Rahman, berkata empangan hidroelektrik yang akan dibina di Hulu Terengganu itu terletak di kawasan Sungai Tembat dan Sungai Puah dengan kapasiti 250 megawatt manakala empangan yang akan dibina di Hulu Jelai pula berkapasiti 372 megawatt.

Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk mendedahkan anggaran kos dan keluasan kedua-dua empangan tetapi menjelaskan projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… PROJEK… PROJEK… MASYUUUK… kah kah kah…

kah kah kah…. PROJEK INI AKAN DI LULUSKAN DALAM MASA 14 HARI ?... kah kah kah…

woit… ORANG GANU MU JAGA JAGA… KALAU STADIUM BOLEH RUNTUH…. EMPANGAN INI LAGI BOLEH RUNTUH…. kah kah kah…

kah kah kah… PROJEK INI MACAM KES BAKUN…. TRIK UNTUK MEREMBAT KAYU BALAK…. kah kah kah…

nota:
kita tunggu dan lihat
bila laporan stadium runtuh ini
akan diumumkan.

kalau laporan stadium tak sampai
lebih baik ornag hulu ganu mula
beli sampan. bersedia bila empang
pecah sempat bawak lari keropok lekor kah kah kah.




SATU LAGI PROJEK UNTUK MENIPU



MENTERI TERIMA MEMO BANTAH E-UNDI
– malaysiakini

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamad Khaled Nordin membantah pelaksanaan e-undi dalam pilihanraya kampus tahun ini.

Ia diserahkan kepada menteri berkenaan di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM), selepas program Hari Raya Aidilfitri bersama Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan MPPK), semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi BANTAH Mohd Aizat berkata memorandum itu mengandungi beberapa tuntutan, antaranya memansuhkan sistem e-undi.

"Ini kerana tiadanya ketelusan dan kurang persediaan di peringkat universiti untuk melaksanakannya.

KAH KAH KAH…

woit… MUNKEE NI SEKOLAH DI MANA AGAKNYA… kah kah kah…

woit… MUNKEE NI PERNAH MASUK UNIVERSITI TAK?.... kah kah kah…

kah kah kah… JANGAN JANGAN … MUNKEE NI PUN DAPAT DIPLOMA TIMBANG KILO…. kah kah kah…

nota:
e-undi ini semuanya tipu helah.
ini percubaan untuk menjalankan
e-undi pada pilihanraya umum akan
datang.

sebuah syarikat india sedang menjalankan
projek e-undi ini.

percayalah : ini adalah senjata untuk
memastikan gerombolan akan terus berkuasa.
orang muda stu malaysia telah lari dari
gerombolan. orang melayu telah lari.
ornag cina telah lari.

maka e-undi jadi jawapan.

ingat bagaimana bush menang di florida.
adik bush memiliki syarikat e-vote.
siapa mengawal server orang inilah
yang akab menentukan siapa kalah siapa
memang.

e-undi= e-tipuuuu kah kah kah