Khamis, 23 September 2010

GAMBAR PELIK




AMAT PELIK - INI HANYA BERLAKU DI MALAYSIA



perhatikan gambar gambar ini?

semua nya muncul dari akhbar melayau
kenapa dua pembunuh altantuya tidak kelihatan muka?

walhal yang baju kuning - seorang penyakit mental
gambar terpampang jelas - apakah kerana si baju kuning
tidak ada peguam dan suadara mara - maka muka
terpampang - kes ini belum jatuh hukum lagi
- baru didakwa

yang baju kelabu pula bekas polis.
juga baru di dakwa -
apakah kerana si baju kelabu ini dituduh
membunuh anak bekas pimpinan gerombolan
maka gambar terpampang ?

bagaimana pula muka azilah dan sirul?
apakah kerana ada gedebe yang berkepentinagan
maka muka mereka hingga ke hari ini masih
disuruk walau pun telah di dapati
bersalah membunuh altantuya ?




BAJU KELABU ?



BAJU KUNING ?




SIRUL ATAU AZILAH ?


AZILAH ATAU SIRUL?



BERITA HAIRAN LAGI PELIK




BUKAN SENANG NAK BAKAR ORANG





POLIS KELUAR WARAN TANGKAP JIKA SHAMSUL TAK BANTU
- mkini

Waran tangkap akan dikeluarkan ke atas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar, jika beliau enggan membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa pimpinan tertinggi polis ada kaitan dengan pembunuhan jutawan kosmeik Datuk Sosilawati Lawiya.

Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar, berkata tindakan itu adalah jalan terakhir jika pihaknya masih gagal menghubungi Shamsul kerana kertas siasatan berhubung dakwaan berkenaan sudah dibuka


INI JAWAPAN SHAMSUL


Saya memandang serius akan dakwaan Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar yang mendakwa saya gagal dihubungi bersabit kenyataan saya mengenai spekulasi kes pembunuhan Soosilawati Lawiya. Ini sehingga membawa kepada kemungkinan waran tangkap dikeluarkan kepada saya berikutan kegagalan saya, kononnya, untuk bekerjasama dengan pihak polis.

Suka saya menegaskan beberapa perkara untuk diambil maklum oleh pihak polis khususnya Khalid sendiri.

Pertama, saya tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya saya melontarkan pertanyaan apakah mungkin wujud sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting yang gagal bertindak untuk beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek, yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Kes-kes ini, hanya dibuka semula selepas kes pembunuhan Datuk Soosilawati meletus yang nyata mendapat perhatian luar biasa daripada media.

Selanjutnya, sila layari: www.shamsuliskandar.wordpress.com

NOTA:

memang seluruh malaysia tertanya tanya?
kenapa banyak sangat pembunuhan dapat
dilakukan – sempat dibunuh dan dibakar?

pelik juga – jutawaan intan berlian dari india
hilang – isteri lapor – tak ada langsung berita
dalam media. mungkin ada dalam akbar india –
minta maaf – kami tak tahu.

ada yang pelik disini ramai yang bertanya
macam si sahamsul ini
semua orang ingin tahu
kalau ingin tahu caranya hanya bertanya
apakah yang dituduh ini memakai bomoh pendinding?
adakah yang di tuduh pakai bomoh siam?
adakah yang dituduh ini pakai bomoh jawa?
adajkah yang di tuduh ini pakai kuasa bomoh dacing dan agung kah kah kah?


SENYUM PETANG KHAMIS




WIRA DUNIA KE EMPAT



nota:
ketawalaaa kamu
sebelum ketawa di jadikan
hanya untuk penyokong
gerombolan kah kah kah

KESAH BEROK




BEROK TAK FAHAM - DI LONDON SEMUA BANGUNAN TUA DI JAGA




EYE ON MALAYSIA JADI GAJAH PUTIH - melayau

Orang ramai mahu kerajaan negeri bertegas dengan syarikat pemilik Eye On Malaysia bagi mempercepatkan rundingan mengeluarkan buaian gergasi itu yang terbiar tanpa operasi sejak tujuh bulan lalu.

Rata-rata mereka berpendapat, buaian roda gergasi itu kini bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan negeri, malah menyakitkan mata memandang apabila melihat persekitarannya tidak dijaga rapi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit… BEROK MELIHAT…. BEROK MENIRU…. kah kah kah..

kah kah kah... BEROK TERNAMPAK... BEROK MENGIKUT... kah kah kah.

kah kah kah… BEROK MELIHAT DI LONDON ADA…. kah kah kah..

kah kah kah…. BEROK PUN MAHU DI KL ADA…. kah kah kah..

kah kah kah…. TAPI BEROK TAK SEKOLAH…. kah kah kah..

kah kah kah….. BEROK TAK TAHU DI LONDON ADA PANORAMA…. kah kah kah..

kah kah kah…. DI KUALA LUMPUR ADA TIEU NAMA … kah kah kah

kah kah kah.... BEROK MELIHAT DI LONDON ADA RODA BERPuSING PUSING... kah kah kah..

kah kah kah.... DI KUALA LUMPUR HNAYA ADA TIEU NA SENG.... kah kah kah

nota:
berok tak faham nilai bangunan lama
di london semua bangunan lama memiliki
sejarah.

di kuala lumpur semua di jual pada cukong
kah kah kah


AWAS JANGAN JADI BOTOL - PENIPUAN SEDANG BERJALAN




BARUA PALING SETIA !




BERSIH 2.0 : BETULKAN LOKALITI MENGUNDI ,PINDAH PENGUNDI TIDAK SAH
– minsider

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembetulan lokaliti mengundi dan disusuli dengan pemindahan pengundi terbabit sebagai proses yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SPR melaksanakan proses ini secara meluas ekoran penggunaan sistem maklumat geografi elektronik (EGIS) sejak 2004 di seluruh negara iaitu dua tahun selepas urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir dilaksanakan.

Proses itu membawa kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada 222.

Menurut SPR, ia menjalankan proses ini selaras dengan peruntukan Subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958 dan Subseksyen 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ambiga berpendapat bahawa walaupun SPR mengesan kewujudan kesilapan dalam sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen, ia tidak harus mengganggu sempadan sedia ada.


nota:
secara senyap senyap barua gerombolan
badan yang dipangil spr ini telah mengubah dan
mengalih tempat mengundi para pengundi.

penipuan ini mula disedari dipilihanraya kecil
hulu selangor.

ini lah kerja baruan spr selama ini.

kenapas spr boleh berbuat bagini ?

setiap 10 tahun mengikut perlembagaan
boleh dibuat persempadanan semula. ini
memandangankan pertambahan penduduk.
juga boleh ditambah jumlah kerusi adun dan
parlimen.

tetapi persempadan semula ini
wajib diluluskan oleh parlimen.

selama 50 tahun inilah kerja gerombolan mengubah
dan mengalih persempadanan untuk
memastikan mereka terus berkuasa.


kali akhir persempadaan semula dibuat pada tahun 2000.

persempadaan semula tahun 2000 dilakukan kerana
pada tahun 1999 pengundi melayu telah lari untuk
mengundi Barisan Alternatif. terenganu jatuh ke tangan pas
dan parti keadilan nasional mula bertapak.

hasil dan mangsa yang paling jelas
dipersempadan semula tahun 2000
ialah kerusi mahfuz dan mat sabu
dimana sempadan telah dialih alih

hingga mereka kalah pada tahun 2004.

jadi apabila dibuat persempadan semula tahun 2000 – barua
spr – telah memastikan seboleh bolehnya tidak ada kawasan
dipantai barat yang majoriti melayunya tidak melebihi 80% - kawasan
seperti ini akan lari kepada pas.

justeru persempadan semula tahun 2000 telah
melakukan banyak perubahan dimana
banyak kawasan melayu dikurangkan pengundi melayu
untuk tinggal menjadi 60% sahaja.
pengundi bukan melayu dibawa masuk.
ini untuk memastikan pas tersepit.

presto!


kawasan dimana undi melayu 60% adalah wilayah natural parti
keadilan rakyat
!

inilah yang berlaku sekarang. kawasan-kawasan yang dulunya
dianggap selamat oleh gerombolan kini tidak selamat lagi.

helah yang sama ini telah pernah dilakukan sesudah 13 mei dulu.
ini untuk memastikan pengurangan pengundi china.
di wujudkan apa yang dipanggil wilayah persekutuan.
ini bertujuan untuk mengempiskan pengundi china.
pada awalnya helah ini berjaya untuk sementara waktu tapi lihat
pada hari ini wilayah persekutuan dan pusat pusat kota
terus menjadi kubu pakatan rakyat
.

makan pada tahun 2010 ini perlu ada persempadan semula!

untuk meluluskan persempadaan semula memerlukan dua par tiga
sokongan parlimen. pada tahun 2010 ini TIDAK mungkin berlaku.

pakatan rakyat bukan bodoh – bersedia menjadi telor – untuk
menyokong persempadaan semula.

maka si barua spr menjalan jarum mengubah pengundi tanpa
pengudi itu sendiri sedar dan tahu.

dalam masa yang sama :

mat indon, mat bangla dan pendatang telah di beri
kad pengenalan untuk memastkan mereka mengundi gerombolan.


sejarah :

pada tahun 1999 – berlaku undi sampai menang untuk shahrizat jalil.
tetiba undi dari kampong bohol sampai lambat. dikatankan hujan !

pada tahun 1999 - sebanyak 600 ribu pengundi baru – anak anak reformasi –
tidak dapat mengundi – dilambat lambat kan proses mengundi.

di setiap pilihan raya umum dan kecil akan muncul pengundi hantu !

pada tahun 2008 – telah dijanjikan dakwat akan digunakan
tiga hari sebelum piliharaya diberitakan ada mangkok di kelantan
telah memiliki dakwat yang sama. tidak ada siasatan. malaon
pengurusi spr telah membuat sidang akhbar tentang hal dakwat ini.
barua spr ini telah diapit oleh musa hassan.
maka penggunaan dakwat di batalkan. 44 jutaringgit harga dakwat sampai
hari ini tidak diketahui hujung pangkal.

undi pos terus diwujudkan sebagai
bank simpanan undi gerombolan !


untuk generasi muda mungkin tidak tahu bahawa satu ketika
dahulu majlis perbandaran yang dipilih melalui pengudian.
datuk bandar dan ahli majlis bukan barua
tetapi dipilih oleh pengundi. malaon macam datuk z tidak
akan muncul di mana mana. pemilihan ini dinamakan
pemilihan kerajaan tempatan

kuala lumpur, ipoh, seremban, pulau pinang – adalah wilayah
yang dimiliki oleh barisan sosialis – gabungan parti buruh dan
partai rakyat. bila barisan sosialis ini terus menguasai majlis
tempatan maka banyak ahli dan aktivis mereka di tahan di bawah ISA.
walau pun kena tahan pengaruh mereka masih luas dan ampoh.


akhirnya!

pemilihan kerajaan tempatkan di mansuhkan !

ingat ayat ini :

MENGUNDI JIKA BOLEH MENGUBAH APA APA
TELAH LAMA IANYA DI HARAMKAN


penipuan dihadapan mata !
masih ada mimpi di pru 13 ? kah kah kah

nota:
lupakah pilihanray kecil di sibu?
undi pos yang telah dilakuan lebih awal
tetiba yang paling akhir untuk dikira kah kah kah

lupa ?

di sabah berjuta pendatang haram
diberi kad pengenalan
hinggakan mereka kini melebihi
penduduk asal - ini kerana
gerombolan mahu sabah terus
dimiliki !

kalau ini pun tak sedar sedar
pergi minum air kencxing sendirilaaa kah kah kah

AWAS FITNAH MELIMPAH RUAH




KALAU DUIT SEBANYAK INI
SUSUN UNTUK DEMO LAGI BAIk !




MUNAJAT ROYALTI DI MEKAH PERLU RM400 RIBU
- mkini

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.

nota:
royalti minyak ini bukan isu agama
pemodal dan kaum kapitalis tidak ada agama
kauam kapitalis menyembah wang ringgit dan harta kekayaan

untuk mereka ini jawapannya bukan munajat
gunakan duit sebanyak 400 ribu ringgit itu
untuk mengumpul 200 ribu rakyat turun ke kuala lumpur
membuat tuntutan lagi masuk akal

ini satu projek tak masuk akal dan membazir
tuhan berada dimana mana dalam alam ini
kita boleh bermunjat di mana mana

silap silap hari bulan akan timbul fitnah:

- projek nak pergi mekah free -
- buat alasan nak buat munajat -

fitnah dan tohmah muncul dari musuh
yang sentiasa mencari jalan
untuk memburukkan tuntutan adil
rakyat kelantan


lihat fitnah dan tohmah dibawah ini:


CEK RM4 BILION: PAS ANGGAP PROPAGANDA JAHAT – harakah daily

PAS Pusat menyifatkan tindakan penyebaran gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan sebagai satu propaganda jahat memusnahkan nama baik PAS.

Selain menafikan PAS menerima cek itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga menyeru ahli PAS berhati-hati dengan isu yang cuba mengaitkan PAS tersebut.

"Kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

"Sehubungan itu, saya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

KAH KAH KAH

woit... KALAU KELANTAN ADA 4 BILION RINGGIT... kah kah kah..

kah kah kah... MINGGU DEPAN PAKATAN RAKYAT KE PUTRAJAYA... kah kah kah

DUNIA JUDI NAGA




CASINO NAGA WORLD CAMBODIA






nota:

mat mogol
kini jadi
mat casino kah kah kah





CASINO ROYALE DI KOTA KINABALU

Bro,

Nama pemilik karambunai resort ini ialah Tan Sri Dr Chen Lip Keong.Cukong ini sudah ada casino di kemboja 10 tahun yg lalu sampai sekarang dan nama nya Naga Resort & Casino. kalau di buat casino di karambunai maka bertambah kaya lah cukong sekor ni.Dia ni dah banyak berhabis duit dengan puak2 BN sabah dari 1995 lagi.Cukong ni dulu dr hospital kerajaan dan sangat rapat dengan Anwar Ibrahim dan Mahathir.Di kemboja dia sangat berpengaruh dengan hun sen.

wassalam

PROJEK MENIPU MELAYU LAGI




DAPAT LIMA EEEEE



DARI PEMBACA


http://expet.blogspot.com/


Sistem pendidikan sedang dicabul. Malap masa depan anak Melayu!
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru. Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek Sains dan Matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.

Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan. Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini. Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus (passing mark) dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan. Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25% sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun. Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca. Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lepas, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah. Saya tidak tahu samada polis juga bersubahat kerana kertas peperiksaan ini disimpan di balai polis.

Mampus lah kita macam ni...