Isnin, 27 Ogos 2012
RAMAI TERPERANGKAP UNTUK DIHUDUDKAN
HUDUD DAN LINGUA FRANCA
Kadang-kadang kebebalan datang berganda-ganda. Kadang-kadang kebebalan datang merata-rata. Kadang-kadang kebebalan meloroh dan melanda. Hakikatnya bukan semua guru itu berilmu dan pandai. Bukan semua profesor dan pensyarah itu cekap dan pintar. Bukan semua peguam bijak dalam hal kehakiman.
Bebal semacam mana pun, jika guru dan profesor bodoh dan bebal kita boleh mencari sosok yang bijak bistari. Kita boleh berpindah kuliah dan berpindah sekolah. Jika peguam itu bebal dan lembik - kita boleh melanggan yang cekap dan hebat. Tetapi jika politikus bebal dan bangang maka jawabnya seluruh negara ditimpa malapetaka.
Disini saya ingin bersurah tentang satu kes bodoh lagi bangang yang telah berlaku pada satu ketika dahulu. Ini kes sejarah. Untuk saya ini adalah kes klasik yang paling bangang. Kes ini wajib dijadikan pedoman untuk semua para politikus yang masih tersimpan bangang. Saya membuka kes ini sebagai satu usaha untuk memberi pencerahan kepada semua – politikus dan orang ramai - yang masih bangang.
Kes pedoman yang saya maksudkan ini ialah kes perbalahan antara dua parti politik. Kedua-dua parti politik ini telah menjadi arwah. Satu namanya Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan satu lagi namanya Parti Buruh. Kedua-duanya berjalur kiri.
Pada satu ketika yang lama dahulu dua buah parti kiri ini telah bergabung. Mereka memanggil diri mereka Front Sosialis. Inilah satu-satu gabungan politik ampuh yang mengajukan program sistem ekonomi sosialis untuk Persekutuan Tanah Melayu. Ramai pemikir, inteligensia dan intelektual anak semua bangsa telah berpayung dan berteduh dibawah gabungan ini.
Front Sosialis ini menjadi kumpulan yang paling teruji untuk bangun melawan kerajaan Perikatan. Untuk yang tidak arif sejarah - Perikatan ialah gabungan United Malays National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association. Gabungan ini wujud sebelum munculnya Barisan Nasional.
Front Sosialis ini menjadi satu gerakan kiri yang ampuh. Bukan saja menduduki Parlimen malah kerusi Kerajaan Tempatan yang dipilih secara pilihan raya juga didominasi oleh gabungan kiri ini. Pulau Pinang, Melaka dan Seremban menjadi wilayah dimana gabungan kiri ini mendapat kemenangan yang unggul. Dibandar dan kota besar semua kerusi Kerajaan Tempatan majoritinya dimenangi oleh gabungan ini.
Kerajaan Perikatan tidak dapat melawan arus kiri ini. Justeru dengan menggunakan majoriti di Parlimen, gerombolan Perikatan pada ketika itu telah memansuhkan pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tindakan kerajaan Perikatan ini membuktikan bahawa: jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa, maka pilihan raya itu akan diharamkan.
Tetapi tulisan ini bukan tentang pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tulisan ini untuk memperlihatkan bagaimana kebebalan dan kebangangan telah berjaya menutup fikrah untuk menjadi rasional.
Dari babak sejarah kita diberi tahu bagaimana tekanan demi tekanan telah dikenakan kepada jalur kiri. Pelbagai tuduhan dihempapkan kepada mereka. Dari tidak percaya kepada Tuhan kepada tidak percaya kepada Raja adalah tuduhan terhadap warga kiri.
Ramai kader dan pimpinan PSRM dan Parti Buruh menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pemimpin-pemimpin yang berupaya menggerakkan aksi orang ramai akan menjadi mangsa ISA. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap mukhabarat juga menembus masuk ke dalam kedua-dua buah parti kiri ini.
Akhirnya ejen-ajen mukhabarat ini telah berjaya menimbulkan debat yang maha hangat. Debat dan polemik ini ialah tentang dasar bahasa. PSRM mengajukan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Manakala Parti Buruh pula mahukan Bahasa Malayu diterima sebagai lingua franca.
Hingga ke hari ini masih ramai lagi warga yang gelap dan tidak tahu apa itu lingua franca. Hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui. Hanya Mutu yang mengenal Maniam. Hanya Parti Buruh sahaja yang tahu mengeja lingua franca.
Maka bermulalah polemik bahasa. Para Mat Bengong dari PSRM mengacung-acungkan tangan ke langit sambil melaungkan: Bahasa Kebangsaan!. Ini disambut pula Mat Bengong dari Parti Buruh yang melaungkan: Lingua Franca!
Dua jalur kiri ini mula bergelawak. Kedua-dua kumpulan cuba menegakkan hujah ciput mereka tanpa bantuan keilmuan mahu pun bantuan pil Viagra. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap yang menyamar sebagai peguam dan pensyarah universiti pun berbalah-balah tentang isu bahasa ini. Emosi kedua-dua kumpulan ini semakin naik seolah-olah kejantanan mereka dicabar oleh ketegangan buah dada Madonna.
Ketika Mat Mat Bengong ini bergelawak, saya masih disekolah rendah dan belum lagi pandai memakai seluar dalam. Justeru jauh sekali untuk memahami apakah dia pandangan dan hujah Ahmad Boestamam – protoganis kiri - tentang Bahasa Kebangsaan pada ketika itu. Atau apa pula hujah lingua franca yang muncul dari mulut dan tulisan Tan Kai Hee – pemimpin Parti Buruh.
Dari segi pensejarahan perserikatan dua parti kiri ini muncul dari kancah yang sama. Mereka lahir dari tradisi mulia berjuang melawan British. Mereka memiliki setiakawan yang kukuh. Tetapi agenda bahasa ini telah membuatkan mereka kehilangan punca. PSRM dan Parti Buruh menjadi mamai apabila mereka menjadikan agenda – bahasa - ini sebagai induk agenda. Kalau dalam naratif Marxis: mereka menjadikan isu bahasa sebagai kontradiksi utama.
Pertelagahan ini terus dibakar oleh suasana politik perkauman. Bengolan dari United Malays National Organisation terus membalingkan 'tulang' untuk menjadi rebutan dan salakan kepada PSRM dan Parti Buruh. Akhbar Utusan Melayu pula telah memeriahkan lagi pesta dengan melaporkan berita pertelingkahan agenda bahasa ini.
PSRM dilihat sebagai sarang Melayu Kiri manakala Parti Buruh ialah sarang Cina Kiri. Tanah subur prasangka perkauman ini memang telah sedia wujud. Prasangka terus dipertebalkan. Dalam masa yang sama api perkauman ini ditiupkan oleh ejen-ejen yang menyamar sebgai pensyarah dan peguam dari kedua-dua belah pihak. Akhirnya setiakawan antara PSRM dan Parti Buruh pecah terbarai.
Apabila gabungan kiri ini runtuh - yang terus ketawa terbahak-bahak memikul duit dan dinar ke bank ialah gerombolan dari United Malays National Organisation. Dengan menghancurkan gabungan kiri maka gerombolan kanan ini terus berpesta hingga meledaknya Reformasi 1998.
Kenapa saya menulis babak sejarah kebengongan ini? Secara jujur saya menulis naratif sejarah ini kerana saya sedang melihat Sang Bebal dengan Sang Bengong sedang bergumpal sekali lagi. Saya juga sedang melihat ejen-ejen gelap dari United Malays National Organisation sedang berusha sedaya upaya untuk meruntuhkan perserikatan Pakatan Rakyat.
Kalau empat puluh tahun dahulu yang menjadi tulang rebutan ialah agenda bahasa. Kali ini yang menjadi 'tulang rebutan' ialah hudud. Secara terancang ada sosok-sosok yang sedang sibuk bertunda-tunda melahirkan perbalahan tentang hudud.
Saya melihat ini sama saperti apa yang pernah berlaku keatas PSRM dan parti Buruh dahulu. Kini saya telah pandai memakai seluar dalam, justeru saya memahami kenapa sandiwara yang sama sedang dipentaskan kembali. Saya melihat dengan jelas, secara terancang dan tersusun gerombolan United Malays National Organisation sedang membakar 'api hudud' untuk menghanguskan Pakatan Rakyat.
Biar saya jelaskan disini bahawa tulisan ini bukan tentang agenda 'hudud' yang ingin saya timbulkan. Apa yang ingin saya terangkan ialah kebebalan politikus sehinggakan mereka tidak dapat mengenal yang mana hutan dan yang mana kayu. Mereka gagal melihat agenda induk dan agenda sampingan. Justeru, saya ingin membawa pencerahan untuk membuktikan bahawa agenda hudud ini sama seperti agenda bahasa dahulu. Agenda ini tidak akan membawa hasil masyhul.
Saya berani berkata sedemikian kerana jika para politikus dari Pakatan Rakyat yang memiliki fikrah yang rasional pastilah mereka sependapat bahawa agenda utama pada tahap ini ialah menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional. Dalam analisa politik: mengalahkan musuh politik adalah kontradiksi utama.
Sesiapa yang waras berpolitik pasti yakin bahawa menjatuhkan United Malays National Organisation ialah agenda pertama. Tergelincir dari pemahaman agenda ini bermakna lari dari garis politik yang jelas. Kita tak perlu ke Yale atau ke Havard untuk memahami bahawa tugas utama Pakatan Rakyat ialah menggulingkan United Malays National Organisation. Menggulingkan kerajaan yang sedia ada bertujuan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dari segi strategi perjuangan – pada tahap ini Pakatan Rakyat wajib mengurangkan musuh dan memperbanyakkan rakan. Ini ilmu politik 101 untuk mencapai menang. Ejen-ejen gelap dan terang United Malays National Organisation akan terus membalingkan 'tulang hudud' ke tengah kancah politik. Ini bertujuan untuk melahirkan 'perebutan’ dan 'perbalahan'.
Saya begitu yakin ejen-ejen gelap United Malays National Organisation ini sedang tersenyum puas bukan hanya Pakatan Rakyat telah dihududkan. Saya cukup yakin hudud hanya menjadi angan-angan jika gerombolan yang sedang berkuasa ini tidak dikalahkan. Malah tangan-tangan yang ingin mencapai kemenangan ke Putrajaya akan dipotong sama. (TT)
Labels:
anak muda berani bangun melawan
MALAON INI SEDANG DI CARI OLEH INTERPOL DAN POLIS NEW YORK
JELAS INI KEM DI PORT DICKSON
AYAH PEMBUNUH MENATU PENIPU
malaon ini sedang dicari oleh polis new york
malaon ini sedang diburu oleh interpol
ibu melaoan ini buat kenyataan bahawa
si malaon ini sedang berkursus di sandhurt uk
sebenrnya maloan ini berlatih di port dickson
gambar terbaru malaon ini
jelas menunjukkan bahawa
malaon ini tidak pernah berada di uk
malaon ini sedang berendam di putra jaya
BAPA BURET ANAK PELESIT
ayah mertua terlibat kes bunuh
ibu terlibat kes tipu
dan malaon ini sendiri
kes tipu ijazah masuk
universiti kulum dia
kah kah kah
TAK BERANI BUKA MULUT BESAR
NOTA:
simulut besar
tak berani buka mulut lagi
kah kah kah
GEROMBOLAN HANYA BUAT JANJI UNTUK DI CAPATI
SATU PROJEK PENIPUAN BESAR
NOTA:
united malays national organisation
sedang nazak
sedang sakit tenat
buat pelbagai janji
buat pelbagai slogan
semua untuk dicapati
SILA HAYATI LAGU INI UNTUK PENGAJARAN
Labels:
anak muda berani bangun melawan
DI BAYAR UNTUK BUAT RAMAI KAH KAH KAH - PADAN MUKA
TURUN TAK PERLU KENA BAYAR
PUTRAJAYA MENAWARKAN GANJARAN TUNAI KEPADA PESETTA ACARA HARI MERDEKA - minsider
Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di sini.
Dalam e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi dilihat semalam oleh The Malaysian Insider, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau “melakukan beberapa pembentukan bendera mudah” apabila lagu kebangsaan “Negaraku” atau lagu 1Malaysia yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang.
“T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta,” kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti. “Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan.”
Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini, akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.
“Jadi, untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100,” kata pegawai tersebut.
Pegawai tersebut menambah, jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti sepanjang bandar ini.
Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu.
E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... LIHAT BETAPA TAK LAGU PROJEK HARI MERDEKA GEROMBOLAN... kah kah kah..
kah kah kah... LIHAT BAGAIMANA DUIT DIGUNKAN UNTUK KUMPUL ANAK MUDA...kah kah kah..
kah kah kah...INI BUKAN SATU YANG BARU.... kah kah kah...
kah kah kah...BANYAK PROGRAM GEROMBOLAN SEWA MAT INDON UNTUK BUAT RAMAI... kah kah kah..
woit...JANJI DEMOKRASI MALAM 30 OGOS SEMUA DATANG SENDIRI... kah kah kah..
kah kah kah...SEMUA YANG DATANG PAKAI DUIT SENDIRI.... kah kah kah..
woit...INI LAGH BEZANYA GERMBOLAN DENGAN JANJI DEMOKRASI.... kah kah kah
layari stesen punk rock
NOTA:
sila ikuti radio bangsar utama
radio resmi janji demokrasi
Labels:
anak muda berani bangun melawan
PAS BERSAMA JANJI DEMOKRASI PADA MALAM 30 OGOS
KOMENTAR TUKAR TIUB
adalah dimaklumkan
bahawa janji demokrasi
ada gabungan yang menuntut
hak demokrasi untuk warga
selama 55 tahun anak semua bangsa
telah dinafikan hak demopkrasi mereka
mari kita bersama merayakan
janji demokrasi!
DASAR PAS YANG TEPAT JUJUR DAN JELAS
PAS SOKONG HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI - harakah daily
KUALA LUMPUR: PAS menggalakkan ahli-ahlinya untuk turut bersama-sama menyertai program santai Janji Demokrasi, 30 Ogos ini bagi meraikan sambutan ambang kemerdekaan negara.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mana-mana ahli PAS yang ingin turut serta pada program di kawasan air pancur di Dataran Merdeka itu diingatkan untuk memakai pakaian berwarna kuning seperti yang dirancang penganjur.
"Kita mengizinkan mana-mana ahli untuk menyertai program santai itu dengan hadir memakai pakaian kuning sebagai tanda sokongan terhdap tuntutan Bersih yang sehingga kini tidak dilaksanakan," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, petang ini.
Dalam pada itu, satu himpunan Pakatan Rakyat turut diadakan di Selangor pada hari tersebut dan peserta juga digalakkan untuk berpakaian kuning.
Sementara itu, PAS terus menggerakkan momentum Himpunan Hijau menuju Putrajaya, kali ini dengan menggerakkannya di peringkat negeri Sabah dan Sarawak.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata himpunan hijau di Sabah akan diadakan pada 1 Sept, manakala di Sarawak pada 2 Sept akan datang.
"Menyedari perkembangan politik di Sabah dan Sarawak muktahir ini, maka kita memutuskan untuk mengadakan himpunan hijau di negeri-negeri tersebut. Insya-Allah, ia akan diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang," tegas beliau.
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SEJARAH PERJUANGAN MENGHALAU BRITISH PERLU DI TULIS SEMUA
MAT INDERA PEJUANG BANGSA
KOMENTAR TUKAR TIUB
semalam 55 tahun sejarah
negara bangsa telah diseleweng
selama 55 tahun sejarah perjuangan
melawan british telah dikaleh
gulungan kiri
telah bangun melawan penjajah british
selama kini warga diberitahu
bahawa british telah undur
kerana perundingan
ini bohong
rakyat tanah melayu
telah bangun angkat senjata
melawan british
ramai warga telah bermandi darah
menentang british
penjajah british undur kerana
perjuangan senjata
fakta sejarah ini cuba dipadamkan
oleh united malays natgional organisation
wal hal gerombolan ini hanya wujud
sebagai anak didik british pada tahun 1946
parti kebangsaan melayu muda
parti komunis malaya
angkatan pemuda insaf - API
angkatan wanita sedar - AWAS
telah lama bangun berjuang
sejarah perjuangan mereka
telah cuba dipadamkan
kini anak anak muda melalui internet
telah mula sedar bahawa gerombolan
united malays national organisation
ada gerombolan yang bersubahat dengan british
gerombolan 1946 ini pun telah lama pupus
yang wujud hari ini adalah
gerombolan baru yang wujud pada tahun 1988
BUKTI:
sila tanya gerombolan
siapakah pemimpin gerombolan
yang telah dibunuh atay dipenjara
oleh penjajah?
sila tanya gerombolan
siapa yang mula melaungkan slogan: MERDEKA!
sila tanya gerombolan
dari mana diciplak lagu negara-ku?
sila tanya gerombiolan
dari mana diciplak jalur temberang?
SANG SAKA TANAH MELAYU
BUKTI:
lihat hari ini
langsung tidak ada
kereta yang mengkibarkan
jalur temberang
ini kerana orang ramai telah
mengasosiasikan jalur temberang ini
sebagai hak milik united malays national organisation
orang ramai tidak mahu dilihat
dengan jalur temberang ini
JALUR TEMBERANG HASIL CIPLAK
BIAR JUJUR TULIS SDEMULA SEJARAH KEMERDEKAAN - meloya
SHAH ALAM 9 Sept. - Anak kepada Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, Lt. Jen. (B) Datuk Ja‘afar Onn,72, bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan negara ini ditulis semula tetapi dalam masa yang sama mahu ia dilakukan secara jujur tanpa menyembunyi fakta-fakta sebenar.
Beliau berkata, langkah tersebut perlu dipastikan tidak membabitkan kepentingan politik atau berasa bimbang sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.
‘‘Jangan main politik, sekarang ini kita tidak boleh bercakap banyak perkara kerana takut menyinggung perasaan pihak tertentu. Sepatutnya kita mesti memberitahu apa yang benar, sejarah dan kepentingan politik perlu diletakkan berasingan,” katanya..
MALAM 30 OGOS DATARN MERDEKA
Labels:
anak muda berani bangun melawan
ANAK MUDA PELAJAR SEDANG BANGUN MELAWAN
NOTA:
tukar tiub
menyiarkan semua tuntutan
anak muda pelajar yang
sedang berjuang untuk
mengembalikan hak asasi
mereka untuk memilih kepimpinan
mereka tanpa campur tangan
dari pihak luar
MEMORANDUM “BERSIH KAMPUS”
DARIPADA :
PRO-MAHASISWA NASIONAL
KEPADA : BERSIH PILIHANRAYA (BERSIH)
TUJUAN
Memorandum ini diusulkan untuk mendapat perhatian NGO BERSIH bagi membantu mahasiswa dalam memantau dan menilai pilihanraya kampus 2012.
PENDAHULUAN.
Mahasiswa merupakan generasi yang sepatutnya diberi kebebasan untuk melontarkan apa juga idea pandang dari perspektif kaca mata anak muda. Namun tindakan menghalang dan membunuh idealisme anak muda ini seakan-akan menjadi wabak dalam negara Malaysia. Suara anak muda bukan sekadar dihalang, selain itu, disediakan dengan pelbagai hukuman bagi sesiapa yang secara lantang bersuara dan mengkritik.
Bahkan yang menjadi semakin teruk adalah pilihanraya kampus yang sepatutnya bersih dan adil menjadi cerminan kepada demokrasi di Malysia turut dicalari dengan campur tangan luar yang tidak bertanggungjawab .
“Academic chairs are many, but wise and noble teachers are few; lecture-rooms are numerous and large, but the number of young people who genuinely thirst after truth and justice is small.”
- Albert Einstein.
TUNTUTAN
1- Penetapan tarikh pilihanraya kampus
2- Mahasiswa terlibat dalam jawatankuasa mengurus pilihanraya kampus
3- Kebebasan berkempen
4- Sistem pengundian yang telus
5- Peruntukan dana kepada calon
PENDIRIAN
Kami memohon agar pihak BERSIH dapat membantu mahasiswa dalam memantau dan menilai pilihanraya kampus bagi memastikan pilihanraya kampus berjalan dengan lancar secara bersih dan adil.
HURAIAN TUNTUTAN DAN ISU
1-Penetapan tarikh pilihanraya
Huraian : Pilihanraya kampus bagi menukar kepimpinan kampus sepertimana yang tercatat di dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) berjalan setiap satu tahun sekali. Tarikh pilihanraya kampus juga sebelum ini ditetapkan sendiri oleh universiti dan ia berbeza mengikut keadaan kampus masing-masing.
Walaubagaimanapun, “OPSS 2020” antara yang salah satu perancangan yang menyebabkan pilihanraya kampus yang sepatutnya berjalan pada sekitar mac dan april 2012 ini terpaksa ditangguhkan sehingga September 2012 secara serentak antara kampus.
Campur tangan politik luar ke dalam pilihanraya kampus ini menyebabkan keterencatan perjalanan dalam politik kampus.
Kesan penangguhan pilihanraya kampus ini menyebabkan pentadbiran pengurusan kepimpinan mahasiswa menjadi sedikit bermasalah. Antaranya ialah kepimpinan kampus terpaksa ditukar dan digantikan dengan “executive caretaker” yang tidak dipilih oleh majoriti mahasiswa bagi menggantikan kepimpinan mahasiswa dan perjalanan kepimpinan kampus menjadi tidak stabil dengan pertukaran sesi yang berubah.
Tuntutan : Berdasarkan apa yang berlaku, mahasiswa menuntut tarikh pilihanraya kampus ditetapkan dan diletakkan di dalam takwim setiap universiti.
Hal ini kerana :
1-Ketulenan demokrasi yang meraikan kepada persaingan sihat tanpa ada campur tangan politik luar yang boleh mengganggu gugat perjalanan politik kampus.
2-Persediaan yang cukup buat calon mahasiswa yang ingin bertanding.
3-Persediaan mahasiswa untuk menghadapi musim pilihanraya kampus.
2-Mahasiswa terlibat dalam jawatankuasa mengurus pilihanraya kampus
Huraian : Perkara yang berlaku adalah mahasiswa tidak diberikan hak autoriti untuk mengurus pilihanraya memilih kepimpinan kampus mereka sendiri. Keputusan dalam jawatankuasa pilihanraya kampus ditetapkan secara majoriti oleh hal ehwal pelajar universiti.
Tuntutan : Mahasiswa diberikan hak dalam membuat keputusan dalam jawatankuasa pilihanraya kampus. Mahasiswa tidak dikesampingkan dalam mengurus pilihanraya. Individu atau pihak yang berhak terlibat dalam mengurus pilihanraya kampus adalah mantan kepada kepimpinan majlis perwakilan mahasiswa yang lepas.
Hal ini kerana :
1-Memastikan pihak pentadbiran bersikap telus dalam mengurus pilihanraya kampus bersama mahasiswa.
2-Mahasiswa mempunyai hak mengurus pilihanraya dan menentukan corak politik dan kepimpinan mereka.
3-Memainkan peranan mahasiswa dalam menentukan kepimpinan mereka dalam menggerakkan pilihanraya kampus.
3- Kebebasan berkempen
3.1- Tempoh berkempen
Huraian : Tempoh berkempen selama ini hanya selama 3 hari dan kadang kala termasuk hari minggu sabtu dan ahad. Tempoh 3 hari untuk berkempen kepada 15 ribu orang mahasiswa tidak mencukupi dan terlalu pendek apatah lagi calon yang bertanding terikat dengan jadual kuliah pembelajaran. Hari minggu ini juga turut menyusahkan pelajar untuk berkempen terutama untuk berkempen pada pelajar-pelajar di luar kampus.
Tuntutan : tempoh berkempen diberikan kepada calon yang bertanding selama 5 hari bekerja. Hal ini kerana :
1-Masa yang lebih mencukupi untuk calon berkempen kepada seluruh mahasiswa kampus.
2- tidak menyusahkan calon untuk berkempen kepada pelajar-pelajar terutama di luar kampus.
3.2-media bebas
Huraian : Kebebasan calon untuk berkempen manggunakan media massa amat terhad dan membelakangi zaman. Calon tidak dibenarkan berkempen menggunakan facebook, twitter, friendster,blog dan media massa lain. Perkara yang berlaku adalah seperti pengguguran calon UPM yang menggunakan media laman sosial facebook.
Tuntutan : Mahasiswa diberikan kebebasan mengunakan apa jenis media dalam berkempen. Hal ini kerana :
1-Memberikan seluas-luasnya calon untuk mengekspresikan diri mereka dalam berkempen.
2-Berkempen seiring dengan perkembangan media massa.
3.3-lokasi kempen
Huraian : Lokasi yang diberikan untuk calon mahasiswa berkempen amat terhad dan terpaksa bercampur dengan birokrasi yang tidak sepatutnya timbul. Calon mahasiswa yang diberikan autoriti oleh universiti untuk berkempen disekat untuk berkempen di kolej-kolej kediaman. Calon terpaksa membuat permohon 2 hari awal untuk mendapat keizinan kolej-kolej kediaman sebelum dibenarkan masuk ke kolej-kolej kediaman sedangkan kolej masih di dalam lingkungan dalam universiti.
Tuntutan : Calon diberikan kebebasan seluas-luasnya untuk berkempen di dalam universiti termasuk kolej kediaman. Hal ini kerana :
1-tidak menghadkan calon mahasiswa untuk berjumpa semua pelajar.
2-Mengelak birokrasi yang boleh merencatkan mahasiswa untuk berkempen.
3-4-Mekanisma berkempen
Huraian: Mekanisma atau bahan kempen mahasiswa tidak bebas. Bahan kempen terlalu mengikat calon dan terpaksa mengikut spesifikasi yang tidak bebas. Antaranya ialah bahan kempen yang hanya dihadkan kepada jenis font, saiz fontm kandungan bahan yang tertentu seperti nama calon,fakulti dan gambar sahaja. Segala jenis banner atau poster yang tidak menepati spesifikasi akan ditolak.
Tuntutan : Calon dibenarkan untuk menggunakan apa sahaja cara dan jenis mekanisma untuk berkempen.
Hal ini kerana :
1-Menambah kreativiti mahasiswa dalam berkempen dengan pelbagai jenis bahasa, corak kempen dalam bahan kempen.
2-Memberi corak pilihanraya kampus yang bersaing secara bebas dan sihat.
4-Sistem pengundian yang telus
Huraian : sistem yang diharapkan dalam pilihanraya kampus adalah sistem pilihanraya yang telus dan tidak menyusahkan mahasiswa. Apa yang berlaku adalah sistem pilihanraya seperti e-penamaan, e-bantahan, e-rayuan yang menyusahkan calon mendaftar sebagai calon dan e-voting yang berpotensi untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, tempat mengundi juga sedikit menyusahkan pelajar apabila pengundian dibuat di kolej kediaman. Ia menyusahkan kepada pelajar yang tinggal diluar kampus untuk terpaksa pergi mengundi di pusat pengundian lain kerana mereka tidak mempunyai kolej kediaman sendiri.
Tuntutan : Penambahbaikan sistem pilihanraya kampus dengan campuran sistem elektronik dan manual. Pengundian dilakukan secara elektronik dan boleh mengeluarkan salinan kertas undi elektronik untuk dimasukkan ke dalam peti undi untuk membolehkan kiraan semula dibuat .
Hal ini kerana :
1-Kiraan semula boleh dibuat apabila berlaku ketidak puas hatian calon yang bertanding atau terdapat perbezaan kiraan kertas undi yang kecil.
2-Menjamin ketelusan sistem pilihanraya tanpa ada manipulasi sistem oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
3-Mengelak perkara-perkara tidak terduga yang boleh menjejaskan sistem elektronik seperti penggodaman, putus bekalan elektrik, virus dan lain-lain.
5-Peruntukan dana calon
Huraian : Calon kebiasaanya menggunakan modal sendiri untuk bertanding. Modal dikeluarkan untuk mereka menyediakan dana untuk bahan penerangan, bahan kempen dan lain-lain.
Tuntutan : Calon diberikan peruntukan khusus untuk bertanding samada dalam bentuk tunai atau material.
Hal ini kerana :
1-Tidak membebankan mahasiswa yang berhutang dan dalam masa yang sama menyiapkan diri untuk bertanding.
2-Memberikan semangat mahasiswa untuk lebih berbakti kepada universiti setelah bertanding.
PENUTUP
Maka dengan ini, Pilihanraya kampus merupakan cerminan kepada pilihanraya umum ke 13. Demokrasi dan ketelusan dalam pemilihan kepimpinan kampus menjadi pendidikan politik mahasiswa dalam menjadi bakal pemimpin negara. Oleh itu, perhatian daripada pihak BERSIH amatlah diharap-harapkan untuk membantu mahasiswa dalam membantu dan menilai pilihanraya kampus.
“Bersama berkhidmat demi mahasiswa & rakyat”
Sekian,
Edikoup Bin lakip Sediyanto,
Juru Cakap Pro-Mahasiswa Nasional
013-9412448
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catatan (Atom)