Jumaat, 20 Mac 2020

ANGKA ANGKA KEMATIAN


ANGKA KEMATIAN

DI ITALI LEBIH

DARI CHINA



DENGAR BAIK BAIK

APA WARTAWAN

INI CAKAP




--------

UNTUK KESELAMATAN SEMUA



UNTUK 

KESELAMATAN 

SEMUA


Tentera dikerah pastikan rakyat kekal di rumah

TENTERA mula dikerahkan hari Ahad untuk membantu polis memastikan rakyat kekal di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, kata menteri pertahanan.

Ismail Sabri Yaakob berkata tentera akan membantu pihak polis memastikan pematuhan rakyat berada di rumah masing-masing.

“Tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad. Jadi kita yakin dengan bantuan daripada tentera kawalan lebih lagi dapat dilaksanakan.

“Kita harap rakyat lebih patuh kepada arahan yang dikeluarkan,” katanya dalam sidang media yang disiar langsung hari ini.

Katanya, polis juga sudah mengenalpasti 4,000 anggota jemaah tabligh yang masih gagal menjalani pemeriksaan sukarela.

“Dalam penerangan kepada saya, polis menyatakan sudah mengenalpasti semua individu itu.

“Saya harap mereka boleh tampil secara sukarela buat saringan kesihatan.

“Jangan sampai polis datang ke rumah ambil mereka dan bawa ke klinik. Apa yg dilakukan kerajaan adalah untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Gesaan sama dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah agar orang ramai dan pesakit tidak menyembunyikan sejarah perjalanan dan kontak.

“Kami mengalami beberapa insiden pada minggu ini di mana pesakit menyembunyikan hubungan dan atau gejala mereka.

“Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat, contohnya, yang dikaitkan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling juga tidak didedahkan.

“Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberi amaran, perbuatan menyembunyikan maklumat itu satu jenayah mengikut undang-undang.

Kluster jangkitan dari kumpulan tabligh tersebut kini berjumlah 576 melonjakkan jumlah pesakit positif Covid-19 kepada 900 orang.

Seramai 20 orang masih dalam unit rawatan rapi sehingga semalam dan jumlah kematian kekal dua orang.

Perintah Kawalan Pergerakan kini berkuatkuasa sehingga 31 Mac untuk memustkan rantaian jangkitan. – 20 Mac, 2020.


YANG DEGIL

BAWA BAHAYA

PADA DIRI

PADA KELUARGA

PADA JIRAN

PADA NEGARA

WAJIB

DIBERI AJARAN

JIKA MASIH DEGIL

PERLU

DI BELANGKONG
KKALAS




----------------

CONTOH KERAJAAN PRO RAKYAT








CONTOH 

KERAJAAN 

PRO RAKYAT

Selangor sedia RM128 juta untuk rakyat hadapi kesan Covid-19

KERAJAAN Selangor memperuntukkan RM127.78 juta untuk membantu rakyat negeri itu menghadapi tekanan akibat penularan wabak Covid-19, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Katanya, ia antara lain menyediakan bantuan RM200 secara one-off kepada 6,000 petugas kesihatan yang berkhidmat di seluruh hospital di negeri itu.

Kerajaan negeri juga katanya akan menyediakan bantuan makanan kepada mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac depan.

Kerajaan negeri Selangor juga mengecualikan sewa kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis bagi meringankan beban akibat kehilangan punca pendapatan utama.


Mereka juga disediakan pemberian one-off berjumlah RM500 untuk melancarkan aliran tunai perniagaan masing-masing, katanya dalam satu kenyataan.

Permohonan dibuka mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020 dan penyaluran pemberian khas akan dilaksanakan selepas tamat PKP, katanya.

Selain itu, bayaran balik pinjaman sebanyak tiga bulan ansuran kepada semua 40,000 peminjam skim Hijrah juga ditangguhkan serta merta.

Kerajaan negeri Selangor juga mengecualikan sewa kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis, kata Menteri Besar Amirudin Shari. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2020.
Kerajaan negeri Selangor juga mengecualikan sewa kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis, kata Menteri Besar Amirudin Shari. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2020.
Bagi kumpulan mahasiswa, Amirudin berkata, kerajaannya bersetuju memberikan bantuan one-off sebanyak RM200 kepada 2,500 penuntut Selangor di institusi pengajian tinggi di Sabah dan Sarawak.

Ini memandangkan Majlis Keselamatan Negara memutuskan tidak dibenarkan pulang ke kampung masing-masing.

Pelajar yang masih kekal di kampus institusi negeri itu pula, termasuk Unisel, Kuis dan Inpens akan diberi makanan percuma bermula 22 hingga 31 Mac, katanya.

Amirudin berkata, kerajaan juga meluluskan penangguhan bayaran sewa sebanyak tiga bulan ansuran untuk 2,700 penyewa, bagi skim Smart Sewa.

Kesemua 56 Adun termasuk pembangkang diberikan RM30,000 untuk aktiviti mesra rakyat, khususnya bagi keperluan harian individu dan keluarga yang terkesan dengan PKP.

Cukai Tanah dan Cukai Petak juga katanya dianjak dari 31 Mei kepada 30 Jun.

“Kelonggaran turut diberikan kepada semua pembayar cukai untuk melewatkan pembayaran cukai tanah dan petak selama sebulan bulan tanpa sebarang bebanan kos pada pihak kerajaan negeri,” kata Amirudin.

Selain perbendaharaan, pembiayaan yang diumumkan katanya turut diperolehi daripada sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

“Kerajaan negeri akan mencuba sebaik mungkin bagi meringankan beban rakyat serta menampan derita kewangan mereka yang terkesan.

“Kerajaan negeri prihatin dan bersedia mendengar sebarang cadangan untuk menambahbaik perbelanjaan fiskal negeri demi kemaslahatan rakyat,” katanya, lagi. – 20 Mac, 2020.


INI BUKAN

DASAR EKONOMI

KAPITALIS 

NEO LIBERAL

INI IDEALOJI

KEYNESIAN

SALUT  SELANGOR




-----------

BENCANA ALAM HASIL KERJA MANUSIA









BENCANA ALAM

HASIL KERJA

MANUSIA SENDIRI
Seorang lelaki cuba menangkap belalang ketika belalang ini sampai  di Sana'a  Yaman pada bulan Julai 2019. Belalang ini  telah sampai ke Afrika timur dan mengancam keselamatan makanan 25 juta orang. Gambar: Mohammed Huwais / AFP / Getty Images


------------

CARI BOMOH










CARI BOMOH
Embah Rapidah ckp sebijik macam polis ..mano boleh samokan serangan kapitalis dengan serangan virus. Misalnyo kok hantu dan jin yg serang Malaya ni dah tentu kita akan panggil Bomoh Malaya dan Bik Mama untuk memagar sempadan ..
kahkahkah bolo .. 
on 
HORMATI
 PANDANGAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 15:00

Da




---------------

BELALANG PULAK MENYERANG







TAK CUKUP 

DENGAN KARONA

KINI BELALANG

 MENYERANG

Locust crisis poses a danger to millions, forecasters warn

Experts fear swarms like those seen in Africa will become more common as tropical storms create favourable breeding conditions
Krisis belalang yang kini telah sampai di 10 negara boleh membahayakan berjuta-juta orang, kata para peramal.

Perubahan iklim mencipta keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum belalang berkembang biak di padang pasir yang biasanya tandus di jurang Arab, menurut para pakar, dan serangga kemudiannya dapat menyebar ke Yaman, di mana perang saudara telah menghancurkan kemampuan mengawal populasi belalang.

Ia adalah hasil dari siklon Mekunu, yang melanda pada tahun 2018, yang membenarkan beberapa generasi belalang padang pasir lembap dan tumbuh-tumbuhan berkembang maju di padang pasir di antara Arab Saudi, Yemen dan Oman yang dikenali sebagai Suku Empat. Belalang membiak  dan terbentuk menjadi pemusnah dan belalangpemakan tanaman, kata Keith Cressman, pakar ramalan belalang untuk Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB


IKLIM BERUBAH

KERANA KERJA

 MANUSIA 

KINI MANUSIA

WAJIB BAYAR

DENGAN NYAWA

---------

UNTUK KESELAMATAN SEMUA






UNTUK

KESELAMATAN

SEMUA

Tentera dikerah pastikan rakyat kekal di rumah


BERITA MENYUSUL



----------

KAPITALIS TETAP CARI UNTUNG









KAPITALIS TETAP

CARI UNTUNG

Bila kerajaan beri dana pd bank itu maknanya duit lu semualah. Tangguh bayaran pinjaman tidak bermakna tak kena interest bro, cuma kutip kemudian je. 
on 
LANGKAH TEPAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/03/20


Betul bank bagi tangguh 
yang gwa tatak tahan
 lia punya MUNGGA ..
kahkahkah.
 on 
LANGKAH TEPAT
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 20/03/20

Da


--------

ORANG PALING BIJAK





SOCRATES
GURU AWAL UMAT MANUSIA
PERNAH DITANYA 
SIAPAKAH 
ORANG YANG PALING BIJAK DI ATHENS

SOCRATES MENJAWAB:
ORANG YANG PALING BIJAK
IALAH ORANG  YANG SEDAR
DIRINYA TAK TAHU BANYAK PEKARA
AMIN 
Hisham TT, 
kalau blog pun macam sampah, kau nak aku baca buku yang isinya sampah? kau dah tak siuman? Tak cukup dedak ke sampai nak jual buku? saja tanya. 
kah kah kah 
on 
KAMU 
TAK BACA
 BUKU PERSOALAN NASIONAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/03/20

tt b







-------------

GALANG UNITED FRONT LAWAN KARONA




MENGGALANG

UNITED FRONT

LAWAN KARONA
depa dah berbaik baik la. kan musim korona.pandai ja hang ni.tajuk sepatutnya jd abam abam berganding bahu menentang wabak. jgn marah nnt cpt tua 
on 
ABAM 
MAKIN PARAH
Publish | Delete | Spam
imallalonetobehappy
on 17/03/20

Fr





----------

SIFAT MANUSIA









SIFAT MANUSIA
Jadi kelam kalibut kerana pm sendiri yg bermain kata pada petang hari..bila sebut saha ada pengumuman Besar pasti rakyat panik..harap penasihat pm kena pandai berbahasa..silap kata panik lah jadinya.. 
on
 JANGAN DENGAR 
BERITA ANGIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/03/20

depa






----------

HARI KE 3 PAGI INI







BERKHALWAT

HARI KE 3

PAGI INI SUNYI SENYAP
TANPA KERETA
UNTUK PERTAMA KALI
GUA BANGUN JAM  7.45 
KERANA TAK TAK
TAK MENJERIT TAK MELAUNG
KERETA SEBAGAI JAM TANDA
TELAH HILANG DARI JALAN
KHALWAT MENJADIKAN
TAK TAK HILANG JAM
KAH KAH KAH

DI 
PERKUBURUAN KWANTUNG 
GUA TERDENGAR DERAMAN KERETA
ARAH LAPANGAN TUDM
INI LALUAN UNTUK
KE LEBUH RAYA PLUS

DARI BRICKFEILD SENYAP
TAKDA KERETA
TAKDA BUNYI KERETAPI

TERJUMPA MAT BASIKAL 
LALU BERTANYA KHABAR
DIA ORANG BUKIT ROBSON
BUKIT DISEBELAH KAMPONG GUA

TERSEREMPAK
DENGAN TIGA ANAK MUDA MYAMAR
MEREKA MEMAKAI BAJU T ITAM
GUA INGAR KOMANDO
KAH KAH KAH
BETUL MEREKA KOMANDO
KAH KAH KAH
KOMANDO MYAMAR CARI TUPAI
KAH KAH KAH
MEREKA SEMUA MEMBAWA
SATU BOTOL BESAR AIR
 SAORANG MEMBAWA BEG PLASTIK
GUA TAK NAMPAK
LASTIK BATUNYA
KAH KAH KAH

KAPCAHI MELINTAS
INI MUKA JUPA TIAP PAGI
APEK TUKANG JAGA KUBUR
DARI MOTORNYA DIA BERKATA
' TAK LA OLANG.. TAK LA KELIJA..'

DIPINGGIR JALAN
ADA DUA POKOK ARA RENDANG
SATU TELAH DI GUNTING
SATU LAGI SEANG BERBUAH
HEBOH HEBOH HEBOH
LEBIH HEBIH DARI JOM HEBOH
PELBAGI UNGGAS DATANG MAKAN
MALAH GUA PERNAH TERNAMPAK
BURUNG PUNAI
DATANG BERKUMPULAN 
MAKAN BUAH ARA
DARI MANA PUNAI INI MELAYANG
TIDAKLAH GUA TAHU

PAGI INI GUA TERDENGAR 
AYAM HUTAN BERKOKOK
AGAR KASAR KOKOK
AYAM HUTAN
TIDAK SEENAK AYAM KAMPONG
MACAM  TOK BILAL BANGLA  BANG
TIDAK SEMERDU
TOK BILAL MELAYU

MAKANAN GUA MASIH ADA
TAPI GUA RISAU
DAGING DAN TULANG
UNTUK TAK TAK DAN EZI

GUA ADA
SETANDAN PISANG
YANG GUA BELI
DARI CHOW KIT SEMINGGU DULU
GUA PERAM DALAM BEG
KINI SEMUA TELAH MASAK

GUA KERAP MENALIPON
KAWAN KAWAN
BERTANYA KHABAR
UNTUK TAHU
KEADAAN DI WILAYAH
DI KAMPONG MEREKA

GUA TALIPON DIKIN
DI KELUANG
ADAM ALY DI TANJUNG
KECIK DI SERDANG
NANI DI PUBLIKA
SHAMILA DI TANJUNG
AMIR DI TEMERLOH
ZANI DI LONDON
BLAK DI SHAH ALAM
MAYA TOMMY DI DAMANSARA
 ZAMAN DI SHAH ALAM
RI DI SANDAKAN
FADIL DI TITIWANGSA
ISMAIL DI PJ

GUA PUTUS HUBUNGAN
DENGAN MUS
YANG PULANG KE KAMPONG
DI PATANI SIAM
KERANA 
KENDURI  ADIK KAWIN

GUA JUGA MENALIPON
KAKAK GUA DI CHENOR JELEBU
KAKAK GUA
DI SEMENYIH
GUA NAK  TAHU 
MACAM MANA
KEADAAN DI KAMPONG
KERANA RAMAI
ORANG KL
BERPUSU PUSU
BALIK KAMPONG

HUBUNGAN KEMANUSIAN KITA
DENGAN SAHABAT
DENGAN KENGKAWAN
JANGAN PUTUS
KITA MENJARAK DIRI
BUKAN 
MEMUTUS HUBUNGAN

HARI INI
GUA NAK MASAK
MEE KARI UNDANG
YUM YUM YUM

MARI SESAMA KITA
BERWASPADA
VIRUS KARONA
TAK KENAL 
JANTAN BETINA
TUA MUDA
KAPIR ISLAM
MELAYU CHINA
PAS AMANAH
BERSATU PKR
DAP UMNO
AMIN







-------------

LANGKAH TEPAT



LANGKAH TEPAT

BANTU REDA

KEADAAN
 

Bank tawar pelanggan terjejas wabak tangguh bayar pinjaman

SEMBILAN buah perbankan Islam sudah membenarkan pelanggan yang terjejas dengan perintah kawalan pergerakan untuk menangguhkan pembayaran pinjaman mereka sehingga enam bulan.

Menurut senarai dikeluarkan Persatuan Bank dan Institut Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), 17 daripada 26 ahlinya mengeluarkan kenyataan tawaran bantuan kewangan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bermula 18 sehingga 31 Mac.

Antara yang menawarkan penangguhan pembayaran pinjaman sehingga enam bulan ialah Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Islamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd, Maybank Islamic Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan Standard Chartered Saadi.

Tiga lagi bank- Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd- berkata mereka akan menawarkan penangguhan sementara berdasarkan keperluan perniagaan dan situasi semasa pelanggan yang terjejas.

Lima lagi bank- AmBank Islamic Bhd, Bank Simpanan Nasional, CIMB Islamic Bank Bhd, OCBC Al-Amin Bank Bhd dan SME Bank- berkata ia akan mempertimbangkan penangguhan bayaran atau penstrukturan semula bayaran berdasarkan kes.

Pelanggan diminta ke cawangan bank terdekat untuk membincangkan tindakan susulan.

Dilaporkan semalam, Bank Negara juga menyediakan kemudahan bantuan khas (SRF) bernilai RM2 bilion yang disalurkan dalam bentuk modal kerja untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdepan masalah aliran tunai. – 19 Mac, 2020.


AWAS JUGA

LEPAS INI

MUNGKIN BANK

NAK MINTA DANA

DARI KERAJAAN

BERI TANGAN KIRI

5 RINGGIT

AMBIL TANGAN

KANAN 10 RM


--------

VIRUS TAKDA AGAMA






VIRUS MACAM

KAPITALIS

TAK ADA AGAMA
Ari tu TaT galak ngatakang China kena Covit19 sebab China hentam Islam. Semalang Covit19 nular pulak pada kalangang komuniti Tobligh ..sebab apa pulak TaT ..ujiang Tuhang ke TaT? ..? on 
VIRUS 
TAK PILIH KASEH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 18/03/20

T




--------------

HORMATI PANDANGAN








HORMATI

PADANGAN DARI

SOSOK YANG

BERPEGALAMAN

Fikir dulu sebelum umum langkah, Rafidah tegur Putrajaya

BEKAS menteri Rafidah Aziz menggesa kerajaan Putrajaya untuk ‘lebih bersedia’ dalam mengambil langkah untuk membendung pandemik Covid-19 susulan beberapa kesilapan ketika melaksanakan perintah kawalan pergerakan sejak beberapa hari lalu.

Beliau mengecam pengumuman mengejut kerajaan yang dibuat dengan butiran atau pilihan yang tidak terperinci.

Rafizah juga menyarankan Putrajaya mencontohi cara kerajaan mengendalikan krisis kewangan pada 1997/98.

“Sebelum membuat dan mengumumkan sebarang keputusan terutamanya melibatkan pihak yang terjejas sama ada sektor awam, perbincangan secara terperinci perlu dilakukan bagi meneliti setiap aspek keputusan yang akan diambil,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


“Proses pelaksanaan (perlu) dijelaskan secara terperinci dan jelas,“kata ahli Bersatu berusia 76 tahun itu.

Rafidah berkata kerajaan terlebih dahulu perlu mempertimbangkan tujuan sebarang keputusan, kumpulan sasar dan memperuntukkan masa yang mencukupi bagi memastikan setiap dasar dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Beliau juga menasihatkan kerajaan untuk melaksanakan tindakan susulan bagi memastikan keberkesanan setiap langkah baharu yang dibuat.

“Lebih penting lagi melakukan persediaan dengan pelbagai pilihan lain jika mahu melakukan sebarang perubahan.

“Pengumuman secara mengejut adalah perkara terakhir yang ingin diketahui rakyat kerana kesannya lebih luas sehingga menyebabkan kekeliruan dan kerosakan yang lebih teruk.” – 19 Mac, 2020.


SETUJU

MUHYIDIN WAJIB

BERHATI HATI

KERAJAAN BELUM

MANTAP

MASIH GOYANG


-------------