Selasa, 10 Disember 2013

KERAJAAN PERPADUAN LAGI?





KUCING TERPERANJAT
BILA DENGAR NAK TUBUH
KERAJAAN PERPADUAN
kah kah kah
kah kah
kah
KOMENTAR TUKAR TIUB

lepas pru13

najib ke jakarta
anwar ker jakarta
yusof kala di jakarta

lepas jakarta
di new york

najib ke new york
anwar ke new york
al-gore di new york

sekarang hamas  pulak

siapa dildo siapa?


ADAKAH
KERAJAAN SATU MELAYU? 

Pemimpin Hamas pengantara Umno, PKR untuk rekonsiliasi nasional kali kedua

Ketika Perhimpunan Agung Umno 2013 berlangsung minggu lalu, pemimpin Hamas menghidupkan kembali perbincangan rekonsiliasi nasional di antara Umno dan PKR yang tergendala tidak berapa lama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, kata pemimpin PKR.


Perbincangan rekonsiliasi pertama selepas pilihan raya 5 Mei yang menyaksikan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang rapat dengan kedua-dua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar bawah) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pengantara.
“Kali ini pengantara bagi perbincangan ini adalah pemimpin Hamas Khaled Meshaal yang datang ke Malaysia untuk menghadiri Forum Antarabangsa Umno 2013.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...ANAK ANAK MUDA... BERSEDIA!.... kah kah kah..



----------

TIM TERJANG NAJIB MAKIN AKTIF





KOMENTAR TUKAR TIUB
selamatkah najib
dapatkah najib bertahan
dapatkan najib terus menjadi pm

gerakan terajang najib kian aktif
madey letak jawatan dari petronas
apa makannya ?

adakah untuk terus menyerang najib

kadir jasin terus menyerang najib
rosmah dicadang sebagai menteri
bertujuan untuk menganjing najib

kenapa gambar anak najib
dengan bini pertama keluar?
ini tidak pernah berlaku
rosmah menutup berita dia pernah menjanda
rosmah tutup berita najib pernah kahwin
siapa bocorkan berita anak najib?


apa peranan gani?
apa peranan gani jual pulau pada singapura?
apa peranan ajen CIA di pejabat gani?




Mat Zain: Najib tahu Gani Patail palsukan keterangan

KUALA LUMPUR 10 DIS: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam akuan bersumpahnya (SD) mendedahkan Najib Razak tahu peranan dimainkan Peguam Negara, Abdul Gani Patail dalam pemalsuan keterangan insiden mata lebam  Anwar Ibrahim.
Mat Zain dalam akuan bersumpahnya menyatakan beliau telah bertemu Najib selama setengah jam yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya pada bulan Oktober 2008.

Kritikan Kadir Jasin tanda pertembungan dua puak dalam Umno

KUALA LUMPUR 10 DIS: Kritikan bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP),  A. Kadir Jasin terhadap Najib Razak adalah bibit perpecahan dalam Umno, kata ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Menurutnya, kritikan Kadir yang juga bekas wartawan berpengalaman, mewakili suara  Mahathir Mohamad yang sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib.

GEMOK PENDEK DAN HODOH

------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA






ASTRO AWANI DI PAKSA
astro awani telah dipaksa
menarik keluar berita
tentang rosmah mansor


tengah hari kelmarin
berita  cadangan dari kadir jasin 
agar rosmah mansor dilantik jadi menteri
di lupuskan  dari laman web astro awani


SATU LAGI
 BERITA GEMPAR

Anak Najib lawat pusat pemindahan banjir

Mohd Nizar, 35, anak sulung Najib Abdul Razak, melawat pusat pemindahan di Kuantan kira-kira 5 petang semalam.

Dikesan memakai baju T yang tertulis perkataan ‘Najib My PM 2013', beliau diiringi oleh rombongan yang agak besar.

Najib adalah ahli parlimen yang lama berkhidmat di Pekan, antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.


---------

MENCARI AISHAH - SAMBUNGAN






BUKAN  SEORANG HAMBA


MENCARI AISHAH – BAHAGIAN 2

Pada 23 November 2013  aku terbaca satu berita dari Guardian London tentang 3 perempuan ‘ hamba abdi’ yang telah dibebaskan oleh Ngo Freedom Charity. Dari laporan berita – salah saorang perempuan yang dikatakan ‘hamba’   ialah warga Malaysia yang berumur 69 tahun. Aku mengambil berita ini dan memasukan ke dalam blog TukarTiub.

Dalam blog TukarTiub aku meminta pembaca meneka – siapakah Tuan pemilik hamba ini. Apakah orang Swiss? German? Jepun atau Tok Arab? Ketika aku bertanya kepada pembaca  - dalam kepala  aku menjangkakan  Tuan Hamba Abdi ini pastilah Tok Arab. Ini kerana ketika aku di London dahulu - pernah terjadi saorang perempuan dari India  atau dari Sri Langka telah melarikan diri satelah dijadikan hamba oleh satu Keluarga Arab. Malah hingga ke hari ini ‘urban lagend’ selalu bercerita tentang betapa ramainya perempuan India, Sri Langka, Nepal dan Indonesia yang hilang tanpa khabar berita  dinegara Arab – mereka  menjadi hamba Tok Arab.

Esoknya Ahad 24 November berita hamba abdi London’ ini telah menggemparkan dunia. Dari Guardian aku membaca  satu perkembangan baru. Perempuan yang dijadikan ‘ hamba’ ada bersangkutkan dengan ‘ marxist collective’ di Brixton London.  

Bila terbaca sahaja berita ini aku  gugup. Brixton? Tempat tinggal aku dahulu. Aku terperanjat. Kepala aku mengingati seribu satu macam pekara.  Aku tahu nama perempuan itu. Tapi kepada  siapa aku ingin bersuara. Kepada siapa ingin aku berkesah. Kepada Jai dan Ezi – dua ekor anjing, kepada Curvey Sang Kucing atau kepada Sepang dan Gate – dua ekor kura-kura? Mustahil mereka ini akan faham.

Sesudah membaca Guardian berulang kali - aku bertambah yakin aku tahu siapa perempuan Malaysia itu. Malah aku tahu apa dia surah dah kesahnya   yang dipanggil ‘ marxist collective’. Tetapi pagi Ahad itu tiada siapa yang boleh aku lawan berlabon. Maka apa yang tersimpan dalam kepala aku hilang melayang ketika aku mula  merayau-rayau  melayari alam maya.

Tetiba jam 3 petang talipon bimbit aku berdering. Ada   paggilan masuk. Kali ini suara Mat Saleh. Si Mat Saleh ini  menerangkan bahawa dia – Deen Nelson – seorang wartawan dari London – dari akhbar Daily Telegraph. Kah kah kah aku ketawa. Ketawa hampir termuntah.  Bagaimana pula wartawan  akhbar ini menghubungi aku?

Daily Telegraph ini adalah akhbar kanan berbanding dengan The  Guardian – akhbar  mazhab kiri  yang menyokong Parti Buruh. Telegraph menyokong Parti Konservatif. Ketika aku menjadi warga London TIDAK sekali pun aku membeli akhbar ini. Akhbar ini dan akhbar The Sun diharamkan memasuki rumah Hishamuddin Rais. Ini diketahui umum oleh kawan-kawan aku di London.

Si Nelson ini menerangkan bahawa dia dalam teksi dalam perjalanan pulang dari Seremban  ke Kuala Lumpur satelah bertemu bual dengan Irene Fenandez. Irene menjadi sasaran pertama  kerana Irene dikenali  sebagai pejuang yang menentang ‘perhambaan’ dan menentang penindasan terhadap buruh pendatang. Deen  datang ke Malaysia kerana ingin mencari siapa perempuan Malaysia yang dikatakan ‘hamba’ di London.

Darah aku menyirap. Aku terperanjat. Hampir  aku tidak  percaya akan isi perbulan talipon ini. Digagang talipon aku nyatakan  nama perempuan Malaysia  yang ‘dihambakan’ dikota London. Si Deen pula terperanjat dan TIDAK percaya kerana mustahil aku dapat tahu walhal semua media dunia sedang tercari-cari. Malah Polis Kota London tidak membocorkan nama sesiapa pun.

Diakhir perbualan talipon Deen dan aku membuat temujanji. Deen membuat satu permintaan. Dia mahu  merasa masakan Melayu yang  terbaik. Aku berjanji akan cuba mencari restoran tersebut. Aku juga  menjemput Adam Adli dan Sadikin Omar untuk besama aku ketika aku bertemu wartawan ini. Aku lakukan ini kerana aku tidak mahu mengulangi kesah yang akan aku hamburkan ini berkali-kali. Aku tahu satelah aku buka kesah ini pasti aku akan ditanya tidak putus-putus. Saheh. Inilah yang aku hadapi sekarang.

Cari punya cari tempat makan - aku memilih sebuah restoran di Jalan Panggung kerana dua pekara. Pertama  setiap petang Ahad aku berada di Jalan Panggung bersama kumpulan anak muda dari Dapur Jalanan yang membuat kerja amal memberi makan percuma kepada warga kota tanpa rumah. Kedua aku tahu ada restoran Baba Nyonya disana yang masakannya ‘boleh pakai’.

Sebelum jam 10.00 malam kami telah berada dalam restoran. Deen berkesah bagaimana Irene dan dia telah cuba-cuba memikirkan apakah ada ‘kemungkinanan’ warga Malaysia menjadi buruh dan seterusnya menjadi  hamba dalam tahun-tahun 60’an. Mengikut pandangan Irene, mustahil Malaysia negara kaya akan ada yang mencari kerja di London. Lalu ‘kesah buruh paksa’ ini dimatikan. Akhirnya  Deen bertanya siapa lagi warga Malaysia yang ‘radikal’ yang tinggal dalam kota London. Bingo. Nama aku muncul. Justeru panggilan talipon jam 3 petang. Justeru pertemuan makan malam.

Sebelum masuk kuliah sejarah kami berempat bersuai kenal.  Deen berpejabat di New Dehli. Dia  sampai ke Kuala Lumpur hari Jumaat dengan arahan Ketua Pengarang: find the woman – cari siapa wanita  Malaysia ini. Sebelum bertemu Irene Deen telah berjumpa Pak Menteri Luar Negara – semua tak tahu siapa ‘perempuan ‘ini. Semua berkata mereka juga ingin mengetahui sama.

Paling menarik ialah kesah Deen – dia juga dari mazhab kiri. Dia juga aktif ketika anak mahsiswa. Pernah bekerja dengan The Observer – akhbar mingguan untuk harian  Guardian. Pernah membocorkan beberapa kes ‘tipu’ dalam kesatuan sakerja. Justeru Deen dianggap seorang  ‘wartawan penyiasat’ yang berpengalaman. Aku ingin mengetahui sosok yang sedang makan rendang daging dihadapan aku. Aku mencuri-curi bertanya tentang Edward Snowden. Jawapan Deen meyakinkan aku bahawa walau pun bekerja di akhbar kanan – otak kirinya masih cergas.

Deen yang memiliki sejarah kiri tidak banyak masaalah untuk memahami apa yang aku surahkan. Malah dia sendiri mengetahui tentang kewujudan  wujud pelbagai bentuk kumpulan Marxist dan kumpulan kiri dalam kota London. Ada garis Trotsky dengan pelbagai tendensi , malah Deen pernah menjadi ahli  salah satu kumpulan ini,  ada garis Parti Komunis dan ada garis Mao.  Malah Deen sendiri masih menggunakan marxisma  untuk bertukang  memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata.

Akhirnya aku selesa dengan Deen. Lalu aku  timbulkan nama Siti Aisah. Lalu aku timbulkan nama Chairman Ara. Lalu aku tiumbulkan nama New Malayan Youth. Lalu aku timbulkan nama Mass Movement.  Dalam otak aku masih ada beberapa nama yang tidak aku munculkan walau pun aku tahu sosok-sosok ini berada dalam kacah kiri ketika mereka menjadi anak mahsiswa di United Kingdom.

Kemudian aku nyatakan  juga dimana kampong Siti Aishah. Kemudian aku nyatakan juga bagaimana pada tahun 1991 ketika aku menjadi warga kota Londan Abang Aishah telah pernah meminta pertolongan untuk mencari adiknya. Deen mengambil nota dalam tulisan ringkas.

Aku menerangkan bahawa Aishah ini berasal dari Jelebu dan aku tahu dimana rumah keluarganya. Dengan serta merta Deen meminta aku pergi ke Jelebu  - esok pagi Senin. Aku menolak kerana setiap Senin aku tidak mahu diganggu kerana ini ialah hari  dan masanya aku menulis untuk Suara Keadilan. Deen merayu. Dia memahami ‘dateline’  aku. Lalu dia meminta sokongan dari Adam Adli agar aku bersetuju untuk ke Jelebu.

Aku membuat panggilan kepada kawan lama yang berasal dari Jelebu. Aku mencari kesahehan orang yang ingin aku temui di Jelebu. Nama yang aku cari wujud.  Deen berharap sangat aku dapat membantu.  Aku dapat merasakan  ‘daruratnya’ keadaan.  Lalu kami berjanji esok jam 11:00 pagi kami ke Jelebu.

Sesudah makan malam Adam Adli, Sadikin Omar dan aku bertandang ke kedai kopi biasa kami di Brickfield.  Kedua anak muda ini terperanjat.  Kerana mereka telah mendengar banyak kesah-kesah aku dari pelbagai sudut. Yang Aishah di Brixton ini  belum pernah mereka dengar.Memang betul kesah ini TIDAK pernah aku bersurah.

Lalu aku bertanya kepada dua anak muda ini: apakah aku perlu campur dalam hal mencari Aishah.  Apakah aku perlu membantu Deen Nelson dari akhbar kanan Daily Telegraph?

Aku rasakan pandangan anak muda ini lebih objektif. Aku rasakan mereka  yang TIDAK memiliki beban sejarah  politik kiri,  tentang era 60’an, tentang apa itu Marxisma atau apa itu  Maoist akan memberi jawapan yang rasional.  Betul. Mereka memberi jawapan yang tepat tanpa teori politik kiri.

Menurut dua anak muda ini  pada tahun 1991 aku telah gagal  mencari Aishah. Ketika itu aku tinggal di Brixton - wilayah dimana  berita ‘hamba’ ini menggemparkan dunia. Pada tahun 1991 abang Aishah telah memberitahu aku bahawa si Aishah ini juga tinggal di Brixton.  Kali ini pada tahun 2013 ‘tugas yang belum selesai’ ini datang kembali.  Sejarah berpusing-pusing akhirnya sampai kembali ke pinggan aku. 

Anak muda ini  memberi ingatan agar aku tidak mengundur. Esok pagi aku  wajib bersama Deen Nelson pulang ke Jelebu.  (TT)  ( bersambung )



NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam
SUARA KEADILAN 



-----------

JALAN RAYA PILIHAN SIAM




KOMENTAR TUKAR TIUB
satu lagi kejayaan jalan raya
rakyat siam turun ke jalan raya
kerajaan zalim adik taksin
bubar parlimen  

Parlimen Thai dibubar, pilihan raya diadakan
BANGKOK 9 Dis. - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akhirnya tunduk kepada tekanan penunjuk perasaan antikerajaan apabila beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum pada Februari tahun depan.

Yingluck hari ini berkata, pada peringkat ini apabila pelbagai pihak menentang kerajaan, penyelesaian terbaik adalah memberikan semula kuasa kepada rakyat Thai dengan mengadakan pilihan raya umum.

"Rakyat Thailand akan membuat keputusan,'' katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung oleh saluran televisyen.

Di Bangkok, kira-kira 100,000 penunjuk perasaan berarak hari ini, memulakan semula demonstrasi selepas bersurai sementara bagi menghormati sambutan hari keputeraan Raja Bhumibol yang ke-86 pada minggu lalu.


TUNJUK PERRSAAN
CUKUP POPULAR
POLIS DAN FRU SIAM
LETAK SENJATA
DAN SOKONG DEMO


-------------

TEKA SIAPA KONTREKTOR




KUALA LUMPUR 9 Dis. - Kualiti pembinaan Hospital Serdang terus menimbulkan persoalan apabila insiden siling runtuh di situ sering berulang dan membahayakan nyawa kakitangan serta pesakit hospital tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SILA TEKA SIAPA KONTREKTOR...kah kah kah..

kah kah kah...KONTREKTOR JEPUN?.. kah kah kah..

kah kah kah...KONTREKTOR SWISS?... kah kah kah..

kah kah kah..KONTREKTOR CHINA?... kah kah kah..

kah kah..KONTREKTOR KAPIR MAKAN BABI?..kah kah 

kah kah kah..ATAU KONTREKTOR MELAYU ISLAM?... kah kah kah







---------

WHAI BANI MELAYU








GELAP YANG GELAP

Umno gelapkan masa depan Melayu- Nurul Izzah »

KENYATAAN MEDIA  NURUL IZZAH ANWAR Perhimpunan Agung UMNO sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin UMNO…



-----------

NASIONALISMA IBAN SEDANG MEMBARA





KOMENTAR TUKAR TIUB
semangat nasionalisma iban
sedang membara

Iban Kristian berkumpul di Kuching tuntut kebebasan beragama

Lebih 10,000 Iban yang beragama Kristian akan berkumpul di Kuching, Sarawak minggu ini untuk  mengingatkan Putrajaya agar menghormati Perjanjian Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, terutamanya tentang hak kebebasan beragama.


JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit.... I HAVE NOTHING TO SAY... kah kah kah..

kah kah kah..I REST MY CASE MY LORD... kah kah kah



-----------

GUNAKAN SAYA -ENJOY!







HENTIKAN
BUANG BABY


IPOH - Seorang juru kimpal terkejut selepas mendapati bunyi yang disangka kucing mengiau rupanya suara tangisan bayi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... MARI TEKA... kah kah kah..

kah kah kah...BAYI INDIA?... kah kah kah..

kah kah kah..BAYI SIAM?... kah kah kah..

kah kah kah..BAYI GERMAN?... kah kah kah..

kah kah kah..BAYI BENGALI?... kah kah kah..

kah kah kah..BAYI JEPUN?... kah kah kah

kah kah kah..ATAU BAYI MELAYU?... kah kah kah


GUNAKAN SAYA

NOTA
untuk elak buang bayi
sentiasa gunakan saya

--------------

NAJIB SANGGUP MENGAKU KOMUNIS







KAMARADE MANDELA
Najib tipu rakyat, perjuangan Umno tak sama dengan Mandela »
n_surendran
KULIM, KEDAH 9 DIS: Menyedari sokongan semakin merosot,  Najib Razak, terpaksa menipu rakyat dengan menyamakan perjuangan Umno dengan mendiang Nelson Mandela yang menentang apartheid.

“Mandela menentang penindasan terhadap rakyat. Tetapi Umno tidak menentang penindasan,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam ceramah di Kota Kenari, Kulim, semalam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... HEBAT MAT NAJIB INI.... kah kah kah..

kah kah kah... GEROMBOLAN SUDAH JADI P:ARTI KIRI..kah kah kah..

kah kah kah... NAJIB RAZAK KINI DIPANGGIL CHAIRMAN NAJIB... kah kah kah...

kah kah kah... GEROMBOLAN KINI  MENGANUT.... kah kah kah..

kah kah kah.... IDEALOJI  MARXISM- LENINISM-ROS MAOISM.. kah kah kah


NELSON MANDELA 
BERSAMA
PARTI KOMUNIS AFRIKA SELATAN

------