Sabtu, 16 September 2023
SELAMATKAN MALAYSIA - DAKWA ZAHID
Himpunan Selamatkan Malaysia buat laporan polis
KUALA LUMPUR – Tiga pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN) hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini untuk membuat laporan polis berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebas tanpa melepaskan Zahid daripada 47 pertuduhan.
Mereka ialah Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Razali Idris; Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Tun Faisal Ismail Aziz dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali.
Ketiga-tiga mereka dilihat memasuki IPD Dang Wangi sekitar jam 2.30 petang tadi diiringi beberapa pegawai polis.
Difahamkan, laporan polis itu dibuat ke atas Kerajaan Malaysia atas dakwaan menyalahgunakan kuasa menghentikan kes Ahmad Zahid dan meminta pihak berkuasa mendakwa semula Presiden UMNO itu.
Sebelum itu, mereka bersama beberapa pemimpin lain disertai lebih 3,000 orang berarak dari sebuah pasar raya di Jalan Dang Wangi sekitar jam 2.15 petang tadi.
Mereka berhimpun di Masjid Jamek Kampung Baru bermula 11 pagi tadi menerusi Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.
Para peserta dilihat melilit kain putih yang ditulis ‘#Selamatkan Malaysia’ di kepala serta memakai selendang bercorak ‘Jalur Gemilang’.
SELAMATKAN
MALAYSIA
DAKWA ZAHID
AMIN
SELAMATKAN
MALAYSIA
PENJARAKAN
ROSMAH
AMIN
KHALAS
PROJEK TUMBANGKAN KERAJAAN MASIH BERJALAN
PN harap insiden ‘kerajaan tebuk atap’ berulang – Puad
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) didakwa tidak mahu Kerajaan Perpaduan terus stabil kerana mereka berharap insiden ‘kerajaan tebuk atap’ akan berulang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi mendakwa, PN mahu konflik terus berlaku apabila berdegil ingin meneruskan penganjuran Himpunan Selamatkan Malaysia esok.
“Menunggu pilihan raya umum (PRU) empat tahun lagi terlalu lama.
“Pemimpin Pas seronok duduk dalam kerajaan Pusat dan jadi menteri. Sebab itu demo ini inisiatif Pas,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Himpunan Selamatkan Malaysia yang bakal diadakan di Kampung Baru di sini tetap diteruskan walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Pada masa yang sama, Mohd Puad mencadangkan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan perhimpunan itu dilangsungkan dengan syarat ia diadakan di Padang Merbok atau Stadium Titiwangsa.
Menurut beliau, PN sepatutnya menganjurkan perhimpunan di lokasi yang tidak mengganggu lalu lintas dan orang awam.
“Tetapi PN mahu demo yang panas dan kecoh. Sebab itu mesti buat di Kampung Baru.
“PN tidak mahu demonstrasi syok sendiri,” jelasnya.
MALAON NI
CAKAP BETUL
LAGI BENAR
AMIN
TUJUAN DEMO
IALAH UNTUK
HASUT RAKYAT
BENCI KERAJAAN
AMIN
ROSAKKAN
IMEJ KERAJAAN
AMIN
BILA RAKYAT
BENCI TAK PERLU
TUNGGU PRU
TERAJANG TERUS
KHALAS
REFORMATI !!!
REFORMATI !!!
KHALAS
Selepas sejam, protes Selamatkan Malaysia bersurai
DESAKAN supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim berundur dan laungan “Reformati” kedengaran di perhimpunan dianjurkan Perikatan Nasional di ibu kota hari ini.
Perhimpunan di hadapan Sogo itu berlangsung hampir sejam sebelum khalayak bersurai.
Ahli Bersatu Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata dia kecewa dengan pentadbiran Anwar yang gagal menunaikan janji pembaharuan mereka.
“Undang-undang patutnya sama untuk semua dan semua rakyat Malaysia perlu dilayan secara saksama.
“Tak boleh berat sebelah,” katanya yang merupakan penyelidik untuk bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan kepada khalayak.
Perarakan itu diadakan hari ini bagi membantah keputusan peguam negara menarik balik kesemua 47 pertuduhan jenayah dikenakan ke atas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Tambah Shafiq lagi, kerajaan pimpinan Anwar perlu menyemak semula bukti kes Zahid dan mendakwanya semula.
Antara politikus yang dilihat hadir protes adalah Badrul Hisham Shaharin (Bersatu) dan bekas timbalan ketua Umno Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz.
Kumpulan itu berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru sebelum berarak ke arah Balai Polis Dang Wangi dan kemudiannya menuju ke Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Mereka juga melaungkan kata-kata “Tolak Zahid”, “Dakwa Zahid” dan “Reformati”.
Polis turut hadir di kawasan sekitar peraraka untuk memantau keadaan.
Semalam, polis menolak permohonan protes itu untuk diadakan.
Sementara itu, Tun Faisal, yang juga ahli Majlis Tertinggi Muafakat Nasional berkata dia sudah membuat laporan polis untuk menggesa kerajaan mendakwa Zahid semula. – 16 September, 2023.
DAKWA ZAHID
KEADILAN UNTUK
SEMUA
AMIN
BUKAN HANYA
UNTUK ZAHID
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"SEMUA TURUN
BERDEMO PETANG ESOK"
Orang lain DNAA ada kita bantah, adakah kita barisan hakim negara? Kenapa berbeza kepada orang lain khasnya kepada musuh kita? Begitu rendah tahap pemikiran kita? Begitu dayus fikiran otak? Semuanya ada proses siasatan pendakwaan perjalanan kes sehingga jatuh hukuman? Bukan kah begitu? Kalau seorang pencuri susu dikenakan hukuman terus, tetapi adakah sama bagi orang-orang politik kita begitu sama?
Yang penting sistem keadilan kena adil saksama kepada semua sekali? Betul tak? Masalahnya kita ini lihat semua dengan kacamata perkauman, kacamata agama, sikap asabiyah sikap perkauman tebal sehingga lupa sebagai manusia yang adil, kalau kita tak ada pelajaran tak ada agama bersikap jahiliyah semua akan faham, tetapi selepas berkurun beragama beradab namun masih nampak sikap manusia ini lebih tidak baik, kah kah kah nak kata orang lain ikut kita tetapi kita sendiri tidak layak diikuti, nak bersihkan diri dahulu sebelum membersihkan diri orang lain, inilah masalahnya sebenarnya kah kah kah
UMNO BERGADUH !!! ZAHID KENCING NAJIB ?
GADUH DALAMAN
PARTI UMNO
MAKIN MEREBAK
AMIN
ZAHID KENCING
NAJIB ??
JENG JENG JENG
AMIN
REFORMASI JADI REFORMATI
Peserta protes Selamatkan Malaysia berkumpul di Sogo
RATUSAN peserta protes Selamatkan Malaysia berjaya berarak ke kompleks membeli belah Sogo walaupun polis menolak untuk memberi kebenaran kepada perarakan itu.
Mereka yang mulanya berkumpul di masjid Kg Baru sebelum hampir 500 orang mula berjalan ke arah pusat bandar.
Ada peserta yang membawa plakad tertulis “Dakwa Zahid”.
Mereka juga melaungkan “takbir”, “Allahuakbar” dan “Reformati” kepada kenderaan yang lalu lang.
Beberapa orang penganjur turut berdiri di atas lori memberikan ucapan.
Protes hari ini dibuat bagi membantah keputusan peguam negara untuk menarik balik semua 47 pertuduhan jenayah ke atas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Antara politikus yang dilihat menyertai protes adalah Badrul Hisham Shaharin (Bersatu) dan bekas timbalan ketua Umno Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz.
Polis semalam menolak permohonan protes itu.
Semantara itu, terdapat ramai anggota polis dilihat berada berhampiran Sogo dan Balai Polis Dang Wangi. – 16 September, 2023.
LAUNGAN
REFORMATI
KEDENGARAN
KAH KAH KAH
DARI REFORMASI
KE REFORMATI
AMIN
KHALAS
BERIBU RIBU TURUN BERDEMO
BERJAYA !!!
AMIN
DEMO KES BEBAS ZAHID BERJAYA
AMAT BERJAYA
KETIKA TULISAN INI DI KETIK
PARA DEMONSTRAN
SEDANG BERARAK MENUJU
RUMAH PASUNG DANG WANGI
BLOK INI BERKATA
KALAU SERIBU TURUN
MAKNA BERJAYA
TAPI TERBUKTI
BERIBU RIBU BERARAK
MEMBUKTIKAN
KES ZAHID MASIH HANGAT
KEJAYAAN DEMO
KERANA BANTUAN
IKLAN TAK PUTUS PUTUS
ADA
DARI GEREMBOLAN
DARI JAMAL TONGKOL
DARI PEGUAM
DARI BERSIH
TERIMA KASIH TINGGI
SEKALONG BUNGA
UNTUK ABANG POLIS
YANG SABAN MASA BERI IKLAN
TIAP HARI SAMPAI DUA IKALAN SEHARI
MUNCUL DALAM MEDIA
UNTUK MENGHEBOHKAN DEMO
ADA IKLAN
DARI KETUA RUMAH PASUNG
HINGGA KE KETUA POLIS NEGARA
SEMUA BERSUARA
SEMUA BERI IKLAN
DALAM HAL DEMO
IKLAN INI PENTING
LAGI DI KUTUK
LAGI DI LARANG
LAGI RIBUAN AKAN DATANG
LAGI PENGANJUR DITANGKAP
LAGI RIBUAN AKAN TURUN
TAHNIAH
ABANG POLIS
KHALAS
DEMO !!! BERIBU RIBU MULA BERARAK !!!
HEBAT !!!
BERIBU RIBU
DOMSTRAN MULA
BERGERAK MENUJU
RUMAH PASUNG
DANG WANGI
KHALAS
ZAHID BEBAS - TURUN KE JALAN
DNAA terpilih
menurut Islam
– Abdul Hadi
KUALA LUMPUR – Pengampunan hanya boleh diberikan oleh manusia dalam kes yang melibatkan hak manusia sahaja iaitu mangsa, seperti jenayah kecederaan.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, tiada pengampunan melibatkan hak Allah seperti mencuri, berzina, meliwat, meminum arak dan perkara yang merosakkan akal, termasuklah kes dadah.
“Kaedah lepas tanpa bebas (DNAA) tidak terpakai terhadap pencuri yang dihukum penjara kerana mencuri tabung masjid sebanyak RM22.
“Kenapa tidak dipastikan adakah dia mencuri kerana kelaparan atau ada apa-apa sebab yang lain?
“Sebaliknya, DNAA dilaksanakan dalam tuduhan rasuah melibatkan angka ratusan juta ringgit terhadap seorang bangsawan yang sedang menghadapi perbicaraan belum selesai.
“Adakah tiada rasa malu apabila melakukan perbuatan itu? Malangnya, ramai pula yang berilmu mempertahankan tindakan itu kerana ingin mengampu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, perkara ini bukan sahaja tertakluk dalam undang-undang dalam negeri, bahkan melibatkan undang-undang antarabangsa.
“Ada perkara berkait dengan hak manusia dan ada perkara berkait dengan hak Allah yang tertakluk bawah hak umum, sama ada jenayah dan lain-lain.
“Di samping itu, harus juga diambil kira aspek Maqasid al-Syari‘ah dan Siyasah Syar‘iyyah yang tidak wujud dalam undang-undang ciptaan manusia,” katanya.
Tambah beliau, dalam aspek DNAA terpilih, apatah lagi melibatkan campur tangan dalam kalangan bangsawan dan pemerintah, yang diberikan DNAA tidak boleh disamakan dengan kaedah-kaedah dan peruntukan sedia ada dalam syariat Islam.
“Ini kerana ia berwawasan akhirat dan menyerlahkan keadilan tanpa mengira darjat,” katanya.
CAKAP BANYAK
TAK AKAN UBAH
KEADAAN
AMIN
NAK TUNGGU
AKHIRAT
AMAT LAMBAT
AMIN
SEKARANG
SUSUN ATUR
TURUN KE JALAN
AMIN
TAK PUAS HATI
SUSUN DEMO
SATU NEGARA
AMIN
KHALAS
HOT HOT TER KINI TER NOWW - BULAN OKTOBER
HOT HOT HOTT
TERKINI TERNOWW
BULAN OKTOBER
APAKAH BETUL KERAJAAN MADANON
AKAN TAMAT PADA BULAN OKTOBER ?
JENG JENG JENG
ATAU
MAMAT INI KAKI PUTAR
KAKI KELENTONG
KAH KAH KAH
KITA LIHAT DAN TUNGGU
KHALAS
BERAS MAKIN KURANG ?
Perlu koordinasi lebih baik, kajian baharu tangani kekurangan beras, kata petani
PENDEKATAN holistik membabitkan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan boleh mengatasi isu yang membabitkan bekalan beras tempatan di negara ini, kata petani.
Mereka berkata pada masa ini tiada penyelarasan antara agensi di bawah kementerian. Juga tiada persefahaman dengan pembekal baja dan syarikat racun perosak, tambah mereka.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) Muhammad Fuad Yaacob berkata perlu ada komunikasi dua hala antara pihak berkaitan.
Tambahnya, pesawah juga mesti dibenarkan berkongsi pendapat mereka tentang cara meningkatkan pengeluaran padi.
“Masalahnya sekarang ialah setiap agensi memasang kain rentang atau bendera sendiri. Mereka tidak bekerjasama. Mereka perlu duduk berbincang sebagai satu unit di bawah kementerian termasuk pembekal baja dan syarikat racun perosak.
“Perlu ada kajian baru mengenai bekalan beras. Baja dan racun perosak sekarang tidak meningkatkan produktiviti. Jika anda hanya mempunyai pakar untuk bercakap mengenai padi dan produktivitinya, ia tidak akan menyelesaikan masalah.
“Di atas kertas, segala-galanya mungkin dan perkara di lapangan tidak sama. Tanah, iklim, dan musim di setiap negeri berbeza. Iklim di Johor berbeza dengan Pulau Pinang, musim di Selangor berbeza dengan Kedah.
“Kita tidak boleh menggunakan sistem lama untuk menanam padi lagi. Seperti kata PM kita (Perdana Menteri Anwar Ibrahim), kita perlukan tatakelola yang baik dan mereka yang berkuasa perlu turun untuk melihat apa yang berlaku di lapangan. Biar petani bersuara dan beri mereka lebih banyak masa untuk bercakap,” kata Fuad.
Awal minggu ini Dewan Rakyat membangkitkan kebimbangan mengenai kekurangan beras domestik dan menaikkan harga beras import ketika membahaskan kajian semula pertengahan penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi menangani kekurangan 38% bekalan beras untuk kegunaan tempatan.
Beliau berkata negara itu berdepan saingan sengit daripada Indonesia, yang mengalami kekurangan 42% dalam bekalan tempatannya, dan Filipina, pengimport beras terbesar di Asia Tenggara, dengan import bernilai AS$1.3 bilion (RM6.1 bilion) pada 2021.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dalam pada itu berkata tiada siapa yang patut menuding jari mengenai bekalan beras kerana masalah itu diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.
Mohamad berkata kementerian memperkenalkan Program Khas Beras Putih Tempatan sebagai langkah jangka pendek bagi memastikan beras tempatan mencukupi di pasaran.
Beliau berkata di bawah program itu, pengilang padi dan pemborong beras diminta menambah bekalan beras putih tempatan sebanyak 20%.
Mohamad berkata kementerian sebelum ini memperkenalkan inisiatif seperti Projek Padi Pintar Berskala Besar Mini Sekinchan, yang mana mereka berjaya meningkatkan pengeluaran padi kepada 11 tan metrik sehektar.
Situasi bekalan negara menjadi perhatian selepas Padiberas Nasional Bhd (Bernas) mengumumkan ia menaikkan harga beras putih import di semua gudangnya di seluruh negara kepada RM3,200 satu tan, daripada RM2,350 satu tan, berkuat kuasa serta-merta.
Eksploitasi pasaran?
Sementara itu, penyelaras Forum Keselamatan dan Kedaulatan Makanan Malaysia Nurfitri Amir Muhammad mempersoalkan mengapa Malaysia menghadapi kekurangan beras putih.
Tambahnya, perkara itu boleh diatasi sekiranya siasatan menyeluruh dilakukan oleh kementerian.
“Ada sedikit senario tetapi saya rasa ia tidak mungkin. Mengikut statistik, kita menghasilkan 65% bekalan beras dan oleh itu bekalan mesti dengan pemborong atau dengan kilang.
“Adakah mereka menahan bekalan? Jika ada, maka ini adalah eksploitasi pasaran. Tetapi saya rasa ini sangat tidak mungkin kerana harganya telah ditetapkan pada RM2.60. Tiada gunanya mereka menahannya kerana harganya akan kekal sama.
“Jadi saya rasa perlu ada siasatan rapi. Mereka perlu pergi ke kilang atau pemborong dan semak. Mereka perlu menyemak berapa banyak stok yang ada dan melihat melalui rekod,” kata Amir. – 16 September, 2023.
MULAKAN KEMPEN
BUMI HIJAU
AMIN
TANAM PADI
TANAM UBI
TANAM KELADI
AMIN
JANGAN BIARKAN
TANAH KOSONG
KHALAS
HIMPUNAN RXZ
HIMPUNAN
RXZ
KHALAS
Unknown commented on
"PENJAWAT AWAM
SOKONG PERIKATAN"
Bani melayu ini sejak zaman berzaman memang suka pilih orang yang salah rasuah korup kah kah kah kata lah apa pun tapi akhirnya akan sokong Bossku siapa paling banyak menderhaka dia akan dapat sokongan walaupun menghina kerabat diraja kah kah kah tak percaya sokongan terhadap Sanusi kah kah Mat Rempit RXZ
Langgan:
Catatan (Atom)